Saturday, September 25, 2010

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -
KALAU NAK KE PUTRAJAYA.

(BAHAGIAN KE DUA)

12 Syawal 1431 - Selasa - 21 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Santapan minda waris perjuangan kita:

Sedutan ucapan - amanat terakhir Almarhom Profesor Zulkifli Muhammad Timbalan Yang Dipertua Agong PAS 9.00 pagi 6 Mei 1964 di Bangunan PAS, Pejabat Badan Perhubungan PAS Kelantan, No 1960, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu. Dihadapan Adun PAS dan Apar, agar menjadi renungan kita sekarang setelah 46 tahun berlalu.

“Tuan-tuan yang mulia, boleh jadi ada diantara kita yang menyangka bahawa Tuhan tidak mensifat kita atas kewajiban kita ini, boleh jadi ada diantara kita yang memandang bahawa masalah yang ada di depan kita ini, adalah masalah pilihanraya. Masalah menjaga keduudkan kerajaan, masalah menjaga hati rakyat, masalah menjaga lebih buruk lagi, masalah mejaga kepentingan diri. Maka saya berharap pada hari ini supaya kita cabut semua ini dan kita kikis dari hati kita dan kita jadikan bahawa kita ini petugas-petugas yang diamanahkan oleh Tuhan untuk melaksanakan kewajiban yang maha suci.

Kewajiban yang belum didapati oleh beberapa ribu juta manusia peluang untuk membuat damekian sejak zaman berzaman hingga hari ini. Kita meminta rakyat mengundi kita. Kita meminta mereka mempercayai kita, bukan janji-janji hikmat tetapi dengan janji-janji akan menjalankan hukum Tuhan. Tuhan yang merenung apa-apa yang kita buat tiap-tiap hari. Tuhan yang memerhati kesungguhan perbuatan kita. Inilah sasudara-saudaraku, kedudukan kita pada hari ini, satu kedudukan yang sungguh dan benar. Satu kedudukan yang bukan dibuat-buat.

Tetapi satu kedudukan yang memang kita kehendaki kepada Tuhan berikan kepada kita. Maka janganlah kita lepaskan peluang ini dengan kelengahan dan kelalaian, dengan kecuaian dengan lupa apa yang ada pada kita ini, dan mejadikan apa yang di dapati sebagai satu nikmat yang hanya datang dari langit. Sebab kita ini, saudara-saudara, akan menghadapi Tuhan. Marilah kita jadikan kesungguhan perjuangan itu satu motto hidup kita. Marilah kita jadikan perjuangan Islam ini tidak kerja main-main, tidak kerja pilihanraya, bahkan tidak kerja Persatuan Islam Setanah Melayu tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan oleh Tuhan”.


Cermin Diri dan Hadapi Perubahan

Usaha-usaha di kalangan komponan PR kepimpinan dari bawah seperti cawangan, kawasan wajar telah wujud AJK Penyelarasan PR yang membabitkan PAS, PKR dan DAP, mengikut keperluan sesuatu Kawasan Parlimen (Kapar) dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun). Disini persoalan yang saya nampak dan menjadi bebanan yang berat dipikul untuk diperkatakan dalam menterjermah PR dalam kata sebenar. Komponannya ampuh, kental dan umph yang aktif aktivitinya. Sejujurnya wajar berjalan dan bergerak dengan aktiviti masing-masing atas nama aktiviti bersepadu PR.

Bukan saja PR yang lesu, tetapi parti komponan PR yang Adun atau Apar dari PAS, DAP dan PKR juga kawasan dan cawangan masing-masing terdapat yang tercungap-cungap nyawa-nyawa ikan dalam menjalankan aktiviti. Pelalksanaan dan pengisian cukup-cukup hambar dan semacam tidak wujud di alam nyata. Sekadar ianya gah dan hebat di dada akhbar parti masing-masing dan di modium blogger penyokong PR. Tidaklah semua begitu, tetapi sebilangan besar itulah hakikatnya. Dalam kontek PR Kedah, khususnya PAS, saya tidak mau menuding dan membutirkan kawasan, cawangan PR baik PAS, DAP maupun PKR.

Iaitu dalam menghadapi tidak wujudnya jawatankuasa penyelarasan secara bertulis dan berpejabat untuk merealisasi operasi aktiviti wajib bersepadu. Terdapat sesetengah Kawasan PAS dan cawangannya cukup aktif, penuh aktiviti. Terdapat juga kawasan yang lembab apa lagi peringkat cawangannya. Banyak cawangan yang wujud sekadar nama jawatan yang disandang, sedangkan AJKnya tidak komit dan komited dalam urusbina dan pentadbiran parti, jauhlah berfungsi dalam menjadi mata telinga kerajaan menyelesaikan masalah rakyat. Terdapat PAS Cawangan gagal dalam operasi bersepadu politik dan komuniti dalam menangani serta menemui ahli-ahli, rakyat pengundi dan sebagainya.

Lebih besar dari itu, matlamat bersama duduk semeja dalam mencari formula, jalan-jalan kearah menyelesaikan pengaduan pengundi, aduan permasalahan rakyat, secara terancang, bersepadu komit dan komited dengan pengaduan rakyat bukan sekadar menyelesai dihujung janji lidah seperti melepaskan batuk di tangga. Sekadar pusat atau pejabat khidmat masyarakat, yang mewakili Adun-Exco atau Apar. tidak diatas nama pelyelarasan parti. PR wajarlah tidak banyak mencipta dan mencari perbedaan pendapat, bertegang dan berentap sesama sendiri didalam pekara-pekara yang merugikan sekalipun nampak macam mempertahankan perinsip kepentingan masing-masing.




Sikap sesetengah pimpinan PAS kawasan dan segelintir pimpinan cawangan, khususnya mantan pemimpin PAS Kawasan dan cawangan-cawangan. Terdapat macam duri dalam daging, ranjau tertusuk dikaki. Mereka bukan berusaha mepertahankan parti daripada dicela oleh musuh politik parti dianggotainya. Tetapi mereka bersikap turut sekaki bedai dan tibai pemimpin yang menggantikan diri mereka bersekali semangkuk dengan musuh. Lupa segala macam peraturan berpersatuan memelihara etika dan sebagainya. Kalau mengambil sikap tutup mulut itu pun sudah cukup baik, tetapi mereka memperkecil dan sampai mempertikaikan kerajaan MB dan saf Exco yang parti mereka mengetuai kerajaan Kedah.

Apa nak jadi menesia jenis ini!!! Apa nak jadi !!!! Siang malam maki pati, ceritanya tak puas hati. Yang ni tak kena, yang tu tak kena. Hat tu salah, hat ni salah. Yang betul aku jadi ketua sampai kemampus walaupun jenis pemimpin ketam, pemimpin jebon. Sanggup bermanis muka duduk semeja dengan lawan musuh politik semata-mata bersekonkol mendedahkan rahsia parti dan rahsia pemimpin sebaik mereka tidak lagi berada disaf pimpinan utama. Atau bila mengetahui jalan keluarnya terbuka, tidak diberi kesempatan lagi di PRU13 menjadi calun mrwakili parti, kalau nak sangat jadilah calun sendiri, sebagai calun bebas. Saya bersua pemimpin jenis ini. Lanie kehulu hilir menjaja orang tak betul kita yang betul. Betulkah?

Apa yang saya kemuka bicarakan diatas, bukan menjadi cermin keselurohan PAS Kedah. Tetapi memang terdapat fenomina pemimpin yang begitu sifat dan gelagatnya macamtu. Ada yang cawangan lebih kehadapan dalam banyak pekara dari PAS Kawasan. Aktiviti komuniti berjalan lancar dengan macam-macam program yang dilaksanakan. Program ziarah, program ekonomi, program politik dan sebagainya berjalan lancar. Juga terdapat cawangan yang kaku dan lesu. Tetapi saya rumuskan kebanyakkanya bergerak dikala Ramadan dan Syawal. Dan kehadapan semasa parti menghadapi PRU atau PRK diluar persediaan yang masak, sekadar lepas batuk ditangga sahaja.

Apa yang cukup ketara adalah, tidak terdapat inisiatif dalam usaha-usaha pendaftaran pengundi baru dan menambah keahlian ahli cawangan. 10 tahun mejawat AJK PAS Cawangan, dua penggal menjawat AJK PAS Kawasan. Selama itu pun haram berjaya menarik komuniti menjadi ahli PAS dan didaftarkan sekaligus pengundi walau pun seorang. Subhanallah!!! Hatta, silap-silap anak bini pun tidak diusahakan pendaftaran menjadi ahli PAS sekali dan daftar jadi pengundi dilokaliti yang didiami. Dengan jawatan utama parti kehulu kehilir, mencari mendapat pengaruh dan kembangkan sayap, silap-silap jadi boker politik pun ada. Sanggup juai nama MB, Exco dan Adun, aku rapat semua dengan depa. Dalam pakit aku saja depa tu.

Kan kita lanie kerajaan? Saya tidak kata itu salah yang mutlak. Tetapi kelalaian, cuai kita sebagai pemimpin yang memikul amanah parti, dan parti kita menjunjung demokerasi berparlimen yang akan berdepan dengan pilihanraya. Pilihanraya dan pengundian memerlukan keahlian dan penyokong sebagai pengundi yang berdaftar.
Tetapi kita mengkhianati selama memegang jawatan dalam menunaikan amanah tersebut. Tidak berusaha turun kepadang menambah tingkatkan keahlian parti dan pengundi. Yang terpacak dan terpahat dihati adalah nak jadi ketua cawangan, Yang Dipertua Kawasan dengan harapan tinggi untuk jadi calun. Baik calun Dun silap-silap jadi Exco pula. Atau jadi calun Kapar, kalau dah PR dapat tawan Putrajaya aku komang-koman dapat jadi Pegerusi CLC atau Pengerusi Perbadanan Persekutuan jadilah. Inilah penyakit sekiranya tumbuh dibenak pemimpin parti politik, parti dan negara akan hancur. Bebaskanlah parti dari dapat Adun dan Apar sedemikian rupa.

Pemimpinkah kita? Hebatkah kita menjadi pemimpin? Jangan sampai kita menghidang santapan, mengandungi virus sindrom bibit penyakit di dalam dulang, mengundang cipta keadaan tegang dan bercakaran setiap kali perkara yang sama dikitar semulaolih orang yang sama. Diluar kawalan sekalipun dalam bentuk mempertahankan teras perjuangan parti. Seolah-olah tiada beban batu digalas. Sewajarlah hasil baik dan panduan yang terbaik, dicetuskan oleh pemimpin PR, barulah dibawa untuk diterjermahkan kebawah kepada pimpinan negeri, kawasan/ranting cabang atau cawangan.

Jejuluran itulah baru memungkinkan untuk mengatur kerangka strateji yang bersepadu dikalangan komponan PR dalam semua pekara. Dipersembahkan dengan penuh hemat dan berhemah lagi bertanggungjawab kepangkuan pengundi dan rakyat untuk mereka membuat pilihan terbaik diantara PR dengan BN yang lama manipulasi rakyat, sekupang untuk hampa, seribu dekat kami pemimpin umNO. Kadang-kadang saya berbeza pendapat dan pegangan dalam beberapa pekara yang dijalankan kerana untuk kepentingan dan keuntungan segelintir pihak, kalau-kalau tergelincir perjalanannya.

“Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Maka barang siapa memelihara (dirinya) dari segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa jatuh dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram”. (Maksud Hadis : Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak bererti saya pengkhianat dan pemusnah kepada PAS dan PR itu sendiri dalam mendasari majujaya, mantap dan perlu mendapat kuasa. Perubahan besar didalam PAS tetapi masih diatas paksi landasan perjuangan asalnya. Ini adalah satu pengurbanan besar pemimpin dan ahlinya menghadapi realiti politik semasa negara. Semuanya kerana pengalaman 49 tahun dahulu mematang serta memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan kepada diri sendiri dalam mengenali PAS di semua posisi. Menerusi PAS dalam Kerajaan Champoran dengan Perikatan dan berkebang menjadi BN, saya mampu membicarakannya mengikut apa yang saya fahami, dalam pekara yang sememangnya saya mengetahui.

Hasil dari Kerajaan Champoran dan diawal menjadi BN, ramai dikalangan pemimpin PAS mendapat peluang dan merasai nikmat tersebut sampai sekarang, dan ramai masih ada sampai sekarang dan saya mengenali mereka. Inshaallah. Serta saya belajar mengenali kerabat dalam APU - Angkatan Perpaduan Ummah iaitu Parti Melayu Semangat 46, semuanya adalah mantan pemimpin dan ahli-ahli umNObn di semua peringkat.

Dikalangan mereka terawal masih ada tetapi bilangan kian sedikit dari masa kesemasa kerana usia yang lanjut dan sarat dengan penyakit tua dan tidak terdaya lagi sekadar pemerhati dengan linangan air mata bangga dan bercampur duka sesetengahnya.

Serta parti serpihan dari PAS iaitu Berjasa dan Hamin (penubuhan parti Hamim saya dipinta khusus oleh Almarhum Ustaz Buniyamin Yaacob dan Almarhom Haji Che Min - Haji Mohamad Amin Yaacob ketika kami awal-awal sudah berada di Pejabat Perhubungan PAS Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu (ketika itu Ustaz Buniyamin rumahnya adalah menumpang di Tingkat 3 Bangunan PAS yang penjaga pemegang kunci adalah Almarhom Pak Teh meninggal di Mekah) untuk membuat laporan dan rekod gambar di penubuhan tersebut) yang pemimpin asal baik Berjasa maupun Hamin saya mengenali mereka dan sebaliknya.

Hatta saya berjiran bersebelahan dengan rumah Dato’ Muhammad Nasir mantan MB Kelantan dan Mantan Menteri Tak Berpotfolio selama 6 tahun (meninggal di Australia dan dimakamkan disana - Al Fatehah untuk Dato’ - juga ayah mentua kepada mantan Exco KNK Ustaz Muhammad Daud Iraqi) di Kubang Bemban, Jalan Meranti, berhampiran Pejabat Pertanian Pasir Mas. Serta kuarters JKR (Pejabat Pertanian Pasir Mas) didiami oleh Dato’ Mohamad Nasir saya dan famili pernah mendudukinya selama 12 tahun.

Selepas itu kepada BA - Barisan Alternatif disana Parti Keadilan dan bersatu dengan mantan pemimpin dan ahli Parti Rakyat bertukar nama PRK - Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin-pemimpin dan ahli mereka terdiri dari mantan ahli umNO, ABIM, hasil Reformasi, NGO dan macam-macam jenis keahlian bersama-sama dengan DAP. Mengenali dan mendampingi pemimpin disemua peringkat, serta dapat saya mengenali rapat akan pengikutnya, ahli-ahli PAS dalam mengenali hati budi, pengurbanan dan istiqamah dalam parti (PAS) dikala senang dan semasa susah.

Parti PAS itu sendiri memiliki ahlinya yang kental dalam kehidupan dan hidup susah menderita, kerana kekalutan menangani hidup dalam masa yang sama mengurus dan menyelamatkan PAS ditangannya. Harga kelebihan kepada saya, kerana saya dapat tangkap dan memberi pendapat spontan, dalam menangkis tembakan umNO. Serta saya memiliki kerajinan membuat catatan sehubungan dengan PAS. Serta saya Allah berikan sadikit daya ingatan dan mampu menulis.

Diantara ahli dan pemimpin PAS tempoh 20, 30, 40 tahun dahulu adalah bebeza dengan sekarang. Akrab pemimpin dahulu dengan ahli adalah tinggi, kerana mereka menjalin diatas dasar ukhwah tulin sebagai ahli PAS dengan pemimpinnya diatas dasar perjuangan tulin. Kabilah dan puak tidak menonjol seperti sekarang. Sampai mampu membina pengikut dan penyokong masing-masing untuk mendapat tempat menjawat pemimpin.


Sekiranya PAS memiliki pemimpin/ahli semacam kentalnya Almarhom TG Haji Mad Arif (peneroka) Grik Perak dan ramai seumpamanya, nilai waladnya kepada pemimpin dan parti lebih hebat tinggi dari pemimpin rumah agam dengan Mercedes yang menjalar. Ketika dulu-dulu kerana tugasan parti sampai ke Kota Bharu, tawakalnya yang tinggi, saya mengerti bahasa salamnya. Inshaallah saya mengerti juga sesama faqirullah memahami salam dan mukadimaahnya pantas saya melunasinya.

Dakapan Almarhom dengan saya masih segar sampai kini, sama seperti dakapan dengan Almarhom TG Haji Daud Yusoff Meranti. Orangnya hebat, zuhud jujur dan iklas dalam mempertahankan PAS disemua keadaan. Walupun zahir diri dan pakaiannya bersahaja, tetapi kaya meliana zuhud dan iklas jujur (Tuhanku! Allah mencucuri rohnya dan sentiasa dialam kubur di Rahmati dan di cucuri Rahmat - Al Fatehah untuk mereka).


Pas Berkembang - Hadapi Saingan Tekanan

Walaupun PAS kahadapan dari kejumudan umNO dalam banyak pekara, tetapi kita kena akur kelebihan umNO dengan saki baki dan daki penguasaan sekarang diperingkat pusat sebagai kerajaan Malaysia. Samada dalam keadaan kerajaan BN lemah dan dipertikaikan, namun umNo yang tidak terdapat kamus takut kepada undang-undang dan perlembagaan negara termasuk tidak takut, gerun dan takut dengan dosa pahala syurga neraka.

Saya percaya umNObn pasti menggunakan sisa-sisa kuasa kerajaan pusat akan melipatgandakan memperalatkan, memperkuda, dengan rakus semua jentera kerajaan disemua perengkat untuk memenangkan calun-calun umNObn dalam PRU13 nanti. Apabila PAS memecah dan membuka pintu mengalu-alukan warganegara yang bukan berugama Islam, turut bersama-sama berjuang didalam dan dibawah panji-panji PAS. Sebelum dari ini, semua itu dikatakan mustahil, tetapi ianya telah menjadi kenyataan iaitu dengan tertubuhnya DHPP - Dewan Himpunan Penyokong PAS setaraf dengan dewan-dewan PAS yang sedia ada.

Nyatalah PAS telah mendapat kepercayaan dan keyakinan dari warganegara bukan Islam, memperakui PAS adalah satu parti nasional yang rasional diterima baik dikalangan bukan Islam untuk menjadi pemerentahan di peringkat pusat bersama dengan komponan lain dalam PR. Nyatalah PAS akan bertambah kukuh dalam mendapat sokongan untuk menghadapi PRU13 nanti. Tempoh 50 tahun jarum fitnah, api perkauman, yang umNObn toucher menekan rakyat dengan mencipta reka fitnah perdana keatas PAS dan memesongkan dalam memberi pandangan Islam mengikut acuan umNObn tidak mengikut Islam berpandukan Al Quraan dan Al Sunah telah berakhir dan lebur dalam tempoh 10 tahun mutakhir ini.


PAS telah berjaya meroboh dan menghancurkan fitnah dan fahaman menekan rakyat bukan Islam dan berugama Islam menghindar dan jauhkan diri dengan PAS sudah berlalu. Kini pasa baru umNObn menghadapi PAS dizaman PM6 1Malaysia untuk melawan PAS dan PR adalah dalam visi serta kerangka baru yang sedang umNObn fikir dan akan dijalankan dengan rakus untuk PRU13 nanti. Kini, umNObn sedang mengali telaga minyak, dan membina kilang mancis api menghadapi rakyat dan pengundi negara untuk kembali bersama umNObn.

Saya yakin, semua bala tentera, dari jenis askar upahan, askar kerahan tenaga, dari jenis hamba abdi tawanan, askar-askar yang terlatih bernama SPR, SPRM, PDRM, Mahkamah dan Jabatan Peguam Negara akan menjalankan visi dan misi masing-masing untuk ditunggang oleh umNObn dalam menjaga pelihara segalam macam pertolongan dan perlindungan kepada umNObn dan sekelian pemimpinnya, sebagaimana ramai orang memperkatakan. Kini semuanya tidak mustahil, siang malam RTM dan TV swasta, menerusi semua saloran, mula menjulang kejayaan umNObn cukup teratur, hebat dan berjasa besar kepada rakyat.

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang sederhana pastilah mereka mengikutimu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh kamu”. (Maksud Surah At - Taubah : Ayat 42).

Inshaallah di BAHAGIAN KE TIGA: PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU - KALAU NAK KE PUTRAJAYA. Dengan tajuk kecil khusus Mehnah dan Kerenah Didenai PR, Inshaallah.

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
12 Syawal 1431 - Selasa - 21 September 2010

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -
KALAU NAK KE PUTRAJAYA.

(BAHAGIAN PERTAMA)

8 Syawal 1431 - Jumaat - 17 September 2010

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB


Info pembuka rencana renungan sebagai ikutan:

Mantan TIMBALAN YANG DIPERTUA AGONG PAS: Ustaz Zulkifli Muhamad atau nama besar Profesor Zulkifli Muhamad dilahirkan malam Rabu 19 Ramadan 1345 Hijrah bersamaan 22 Mac 1927 di kampong Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak DR. Ketika berumur 2 bulan Ustaz Zulkifli mendapat penyakit polio mengakibatkan kakinya cacat sepanjang hidupnya. Beliau merupakan Ahli Parlimen PAS paling berwibawa tersohor, dihurmati kawan dan lawan. Almarhum telah mencatatkan rekod sebagai wakil rakyat yang mencatat sejarah negara, apabila beliau berucap selama 4 jam tanpa berhenti ketika membahaskan diparlimen.

Ketika berkhidmat sebagai wakil rakyat, Profesor Zulkifli dilantik menganggotai Ahli Majlis Universiti Malaya sesi 1960-1960. Penghurmatan dan pengiktirafan sumbangannya dalam bidang pendidikan tinggi. Di PRU3 pada 25 April 1964 beliau diamanahkan sekali lagi mempertahankan kawasan parlimen Bachok, Kelantan. Sekali pun menghadapi tentangan sengit dari umNOperikatan beriringan dengan umNOperikatan dengan selogan bersatu menghadapi ganyang Malaysia konfrantasi dari Indonesia, serta menghadapi masalah dalaman PAS, diatas faktor kewibawaan dan keiklasan Profesor Zukiflil mampu mempertahankan kawasan diamanahkan kepadanya.

Malangnya sebelum pembukaan persidangan Dewan Rakyat Penggal Ke3, Ustaz Zulkifli bersama-sama dengan isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin terlibat dalam kemalangan maut jalanraya di Batu 4 ½, Jalan Kuantan, Pahang pada 6 Mei 1964. Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar dari Kota Bharu (hebahan berita kemalangan dan kematian Almarhum dan Almarhumah dimaklumkan dalam siaran warta berita radio jam 10 malam. Saya mengingatinya penyiar yang menyiarkan berita tersebut adalah Abu Bakar Haji Ahmad). Berita tersebut menjadi pilu dan amat dukacitanya diterima oleh kaum keluarga khususnya sahabat handainya yakni pengundi di parlimen di Bacuk khasnya pemimpin-pemimpin PAS. Apalagi menjelang sebelum beliau bertolak sempena meraikan Adun dan Ahli Parlimen yang baru mencapai kemenangan PRU13, Ustaz Zulkifli menyampai satu ucapan.

Ucapan tersebut diangkatkan menjadi AMANAH DAN WASIAT PROFESOR ZULKIFLI MUHAMAD. Hatta badan perhubungan PAS Kelantan ketika itu, didewan tempat Ustaz Zulkifli menyampaikan ucapan terakhir itu, telah memahatkan dengan nama DEWAN ZUL - DEWAN ZULKIFLI yang terletak di No 1960, Bangunan PAS, Jalan Dato’ Pati 15000 Kota Bharu, Kelantan. Jenazah mereka berdua dimakamkan bersebelahan dikampong kelahirannya. Ketika meninggal dunia Almarhom berumur 37 tahun. Beliau telah 46 tahun meninggalkan perjuangan dan menemui penciptaNya Tuhan Sekelian alam, Allah azzajawalla, mudah-mudahan rohnya dan ustazah ditempatkan bersama roh para-para Nabi, Shuhada’ dan para Rasul dan Ambiak - Al Fatehah).


Memahami dan Mengenali PAS Sepanjang Zaman

Parti Islam Se Malaysia - PAS telah mengambil ketetapan dan membuat keputusan, hatta ketetapan dan keputusan tersebut diulang terus, di ikrar melalui dan menerusi Muktamar tahunan PAS bersama secara resmi oleh kepimpinan PAS Pusat yang dipersetujui dengan persepakatan dewan-dewan dalam PAS. Bersekali dengan sekelian ahli-ahlinya dan turut disokong dan dihargai dari penyokong-penyokong multi bangsa negara. Walaupun ketika di pertengahan ikrar tersebut sedang berjalan, seperti sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persepakatan PR. Dikalangan pemimpin dan ahli, sesetengahnya, di calar dengan berbeda pandangan yang berbeza pada lama yang tidak berkesudahan dan berpenghujung.

Walau pun begitu sedikit sebanyak mengundang juga kegelisahan di kalangan ahli dan penyokong PAS - PR. Kerana sikap yang di tunjukkan dalam persepakatan PR itu mampu tergugat membawa bencana. Semuanya kerana melihat kepentingan politik semasa, untung dan ruginya, mengikut perhitungan dan pengamatan masing-masing. Puncak kejayaan PAS dalam mewarnai politik negara, bilamana PAS memutuskan membuka pintu keahliannya kepada bukan Islam kepada berbagai bangsa rakyat dan pengundi dalam negara kita. Kalau dahulu dikatakan mustahil tak mungkin berlaku. Kini telah menjadi kenyataan dengan penubuhan DHPP - Dewan Himpunan Penyokong PAS yang diangkat dan diiktiraf oleh Muktamar PAS. DHPP ianya setanding fungsinya dengan dewan-dewan sedia dalam undang-undang tubuh PAS, kecuali satu dua pekara.

Penubuhan DHPP ini yang membolehkan pimpinan di kalangan DHPP diberi laluan dan kepercayaan menjawat jawatan, serta bertanding mewakili PAS dalam PRU dan PRK, dimana-mana kawasan Dun maupun Parlimen yang bersesuaian. Ini merupakan perkembangan yang positif dan kehadapan dalam keputusan politik dalaman PAS dan diperbincangkan dengan mendalam diluar PAS oleh parti politik khusus dari komponan BN. Samada DHPP ini menjadi tekanan dan saingan yang hebat kepada komponan BN dari MIC, MCA dan Gerakan dalam peluang mendapat sokongan pengundi. Khususnya multi undi dalam PRU13 saya jangkakan diantara Mei - Julai 2011 nanti. Sekurang-kurangnya diuji dalam PRK Dun Kota Seputih, dalam masa terdekat sekiranya umNObn SPR berani. Sebagai ujian awal akan laba yang dipungut hasil kelahiran DHPP kedunia persada politik tanah air. Mengatakan umNObn telah pulih kebah, atau cuma di muka tv sahaja.


Pandangan dan Pengamatan Pribadi

Semua parti politik dalam negara termasuk PAS menerima pakai sistem demokerasi berparlimen, sebagai alat - wadah subur berpolitik untuk mendapatkan kuasa dalam negeri dan negara, menerusi parti politik halal. Tetapi umNO pernah seketika menjadi parti plitik yang haram macam parti Kominis dan berkubur di tangan mantan Presiden umNO Tun Dr Mahathir Mohamed akibat perselisihan pertembongan dalam merebut jawatan Presiden umNO dengan Naib Presiden umNO ketika itu juga Menteri Kewangan (maaf saya khilaf atau Menteri Perdagangan Antarabangsa) YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah anak Kelantan. Dan seketika mantan parti umNObaru lahir, Dr Mahathir mengadu nasib dan ehsan bertenggek di dagu MCA, ini adalah hakikat berlaku dan trajedi besar malapetaka mengundang maut kepada umNO hasil perselisihan rebut jawatan presiden umNO.

Walau apa pun tindakan sintuk limau, berbedak dan berlanggir, disudut catatan sejarah dan hari itu dalam sejarah yang dicatatkan, umNO sekarang adalah umNO kelahiran baru oleh Pendaftar Pertubuhan tahun 1987 sebagai gelanggang baru kepada Dr Mahathir untuk menguasai kepentingan politik semasa ketika itu menjadi Presiden parti dan teruskan menjadi Perdana Menteri melalui parti ciptaan sendiri. Ini adalah fakta sejarah negara, bukan fitnah. Pendekatan yang umNO ambil dan lakukan samalah seperti sipenipu dan si pembohong.
Samalah seperti komuniti membiarkan berterusan menipu dan bohong berterusan berlaku tanpa dihalang sekat, akhirnya komuniti lupa dan lama lama, lama lama tipu dan bohong itu dilupai, bertukar menjadi benar suci. Macam tulah pendekatan ditiru ambil umNObaru. umNObaru kelahiran baru tanpa disedari mereka tipu padam perkataan BARU, lama-lama, lama lama jadilah manipulasi menggugurkan perkatana ‘baru” tinggal umNO sahaja. Pendaftar pertubuhan yang dibawah telunjuk umNObn, samalah noda dusta umNO dibiar saja bermaharajalela berkaitan gugurkan perkataan ‘baru’ di kepala surat resmi umNO. Sedangkan umNO yang ada seakrang lahirnya pada tahun 1987 jadi umNObaru, baru berusia 23 tahun dan dikatakan umurnya lebih tua dan bangka dari itu.

Dipehak YBM TS Tengku Razaleigh pula menuboh Parti Melayu Semangat 46 (PMS46). Usia PMS46 tidaklah panjang, kerana gagal dan keciwa menghadapi badai perjuangan yang mencabar. Memandangkan koi hari kian pupus pengikut kerana sirih pulang keganggang ikan kelubok Mengelak menjadi ahli dan pemimpin tunggal PMS46 seperti pernah wadah muntahkan YBM TS Tengku Razaleigh dahulu, tidak kesampaian dan menjadi kenyataan. Akhirnya secara adhoc beliau sendiri membunuh parti diasasnya. Maka mati lah PMS46 tanpa kubur dan batu tanda, beramai-ramai berlutut dibawah dagu umNObaru Dr Mahathir.

Tetapi lainnya dengan parti HAMIN yang diasaskan oleh TS Dato’ Asri Haji Muda cubaan membunuh parti diasasnya menemui kegagalan ditentang kuat. Trajedi itu membawa kepada secara solo Dato’ Asri berkelana menjadi umNO, sampai akhir hayatnya mengikut seingatan saya.

Dengan lahirnya DHPP - Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai anak bungsu PAS ketika ini, secara lahir dan hakikatnya kita melihat PAS menjadi kuat perkasa dalam mendapat sokongan rakyat diluar berugama dari Islam dan tidak dari ahli tradisi orang-orang Melayu selama ini. Pandangan dan pendapat tersebut saya bersetuju. Tetapi akibat dari kelahiran DHPP itu juga, kesan sampingan hendaklah diambil kira samaada disudut dalaman dan luaran.

Saya tidak mau memperkatakan kesan sampingan dalaman kali ini, tetapi berjanji untuk membicarakannya dalam rencana khusus akan diusahakan dalam masa yang terdekat, sekiranya diizinkan Allah, Inshaallah. Disini saya akan sentuh kesan sampingan yang kencang akan membadai dari luar yakni dari musoh lawan tradisi PAS - PR iaitu umNObn dalam semua keadaan disemua tindakkan berterusan bertali arus. PAS - PR hendaklah bersiap siaga sepenuhnya menghadapi tentangan dari sekarang hinggalah wisel PRU13 ditiup dan hilal PRU13 diumumkan oleh PM6 1Malaysia kelak.

Justeru, PAS - PR itu sendiri wajib bersifat demokerasi untuk melunasi sistem demokerasi negara, dengan bersedia lapang minda menerima perbedaan pandangan, berfikir bersedia dengan kepala dan minda yang dingin, sedingin zam-zam ditelaga. Dalam menghadapi pandangan pro dan kontra dari semua pihak. Janganlah ianya disempitkan, dijumudkan dengan tafsiran yang negatif membuat keputusan dan hukuman dikeranakan kita tidak mampu, terdaya menangkis dengan jujur apa yang diperbincangkan oleh sekelian blogger, apalagi blogger tidak diundang dihajti oleh PAS umpama melukut ditepi gantang, terhegeh-hegeh tebal muka dan hemoi, terus menulis memperkatakan PAS - PR diluar kotak kipas, kerap mengampu hatta dari jenis makan upah, walau diketika kesihatan yang kritikal sarat penyakit mini markit. Berencana samada maut lebih awal dari berkuburnya umNObn yang nyanyok memerentah negara.

Tetapi sekiranya kalau diutarakan itu sebenarnya bertujuan negatif, negatif dan jahatlah maksudnya. Makanya keadaan-keadan tersebut menjadi kewajipan PAS menangkis dan mematikan tohmahan dan asakkan fitnah dengan beralaskan hujah dan fakta. Inshaallah kalau itulah terjadi, sekiranya talian internet berfungsi ok (tidak sekarang macam haram jadah, serupa siput babi tua bergerak), saya mendului anda untuk memikul tanggungjawab dan menggalas untuk membuka medan menjawab selengkapnya tuduhan dikemukakan itu, Inshaallah.
Berikutnya ini sesungguhnya ia adalah pandangan pribadi saya tidak kena mengena dengan PAS mau pun PR khasnya komponan parti yang lain. Sesungguhnya saya tidak berhajat ianya dijadikan satu perbahasan terbuka keatas pandangan saya. Kita tidak mahu sekadar untung sekarong rugi sejelapang. Ianya sekadar info yang positif dipertimbangkan dikalangan komponan PR memikirkannya.

DHPP ini dalam kontek PR Kedah, sekiranya pemimpin dan ahli dalam DHPP ini tahap integriti dan mereka menerima dalam menjunjung sepenuhnya perjuangan dan istiqamah kepada parti (PAS) dan perjuangan sejagat. Sekiranya PKR dalam PRU12 yang lepas, gagal mengemukan calun terbaik, sekadar dengan calun tangkap muat dan calun anggok gila jadi calun dari jenis ayam raga bertaraf ikan kasai di market. Kalau PKR masih gagal mengemukakan calun kehendak pengundi rakyat, yang menjamin kemenangan dan ketaat setiaan Adun kepada PR yang mewakili komponan parti PR.

Tindakan prilaku pukulan maut tikam belakang ini PKR dan DAP telah melaluinya dengan luka dan duka tidak berkesudahan, disumpah dan diseranah rakyat pengundi. Fenomina tersebut agar tidak berulang, petualang dan pengkhianat PR dan pengundi. Justeru alternatif calun dari DHPP wajar menjadi pilihan, untuk mencapai kemenangan. Mengelakkan pengundi dan PR memikul biawak hidup, sampai biawak tersebut menjadi bangkai.

Walaubagaimanapun haruslah diingat, bahawa rekod PAS tidak pernah belot dalam sebarang janji ikrar dalam politik dan tindakkannya. Kerana menunaikan janji bukan mungkir janji adalah keutamaan dalam membuat keputusan dalam PAS. Iaitu hasil anjakan kesepakatan ahli-ahli yang mahu PAS terus kekal bersama didalam Pakatan Rakyat - PR turut memimpin dan dipimpin disesetengah pekara. PR telah mengikat ikrar menanam azam dan matlamat untuk ke Putrajaya sebaik selepas PRU13 nanti. Sama ada ianya merupakan angan-angan Pak Kadok atau realiti sejati.

Semuanya bergantung kepada usaha keras yang berterusan, bagaimana memperkasakan perpaduan tulin dikelompok kepimpinan PR Pusat, negeri kawasan dan cawangan. Sekarang masa pengisian dan pelaksanaan untuk mantapkan parti dan komponan PR. Bukan masanya kita goyang punggong dan goyang kaki meratap untuk sasaran ke Putrajaya selepas PRU12 nanti, diluar persiapab, persediaan dengan usaha-usaha bersepadu yang kental, berterusan dan berpanjangan.

PR - PAS, DAP dan PKR bukannya umNObn, walau pun dikalangan ahli PKR ramai dari mantan ahli umNO, MCA, MIC dan parti-parti yang lain. Tidak sewajarnya simpul mati pembahagian kerusi dalam BN kepada komponan-komponan tertentu dijadikan milik pesaka, walau setiap kali PRU berdepan dengan kalah dan sulit mempertahankan kawasan. Keadaan tersebut sepatutnya dikaji semula di review dan di pertimbang untuk lakukan pertukaran kawasan. Kerana pasca PRU13 mementom dan mood rakyat adalah berbeza dengan PRU12 dahulu dan ramai pula pengundi baru membuang undi kali pertama.

Saya melihat terdapat kawasan Parlimen dan Dun yang tidak mencerminkan kekuatan akar umbi parti komponan PR bertanding disitu dibeberapa negeri termasuk negeri Kedah Darul Aman dan secara resmi bermastautin di taman perumahan Padang Serai. Dimana bumi dipijak; disitulah langit dijunjung. Kemenangan calun tidak semestinya kerana kekuatan kewibawan integriti individu batang tubuh calun, tetapi ramainya kerana bergantung tumpang kepada parti komponan memberi peluang bertanding. Ramai calun yang menang menjadi Adun atau Apar terbalik kot selepas selesai pilihanraya. Pengundi dan ahli parti menjadi abdi, Adun dan Apar menjadi tuan membina kehidupan hidup anjak diri dan keluarga bergaya dan bermuka-muka dengan menafikan tanggungjawab keatas pengundi.




Adun mewakili Dun dan Apar mewakili Parlimen dengan semua kemudahan dan elaun yang diperolehi, keutamaan dikepalanya adalah idaman rumah agam, Mercedes S320 cermin hitam dan seumpamanya. Terdapat ketika itu pelangannya dari gulungan yang pelek-pelek berjumpa pun di rumah kopi hotel 5 bintang berbincang. Pengundi makan hati rindu untuk menemui Adun dan Apar yang mereka pilih dalam PRU12 dahulu. Adun dan Apar jenis ini PR jangan mempertimbangkan lagi diri mereka, walau nama mereka hebat diperengkat nasional.

Sedangkan jemputan undangan pengundi rakyat tidak ada masa untuk hadhir. Yang sampai adalah kroninya sebagai wakil. Bukan sekali banyak kali, tak makan saman. Setiap program adanya pemimpin utama parti dan PR pasti jengoi domoi. Adun, Apar jenis ini adalah Adun atau Apar yang petualang dan pengkhianat kepada rakyat pengundi dan parti. Sesetengah calun Dun maupun calun Parlimen kemenangannya bukan diatas dasar batang tubuhnya dipilih. Tetapi kerana parti yang diwakilinya.

Terdapat calun yang menjadi pilihan pengundi dan bertepatan dengan aspirasi pengundi multi setempat. Tetapi ramai dikalangan mereka kepimpinan parti terlepas pandang, menafikan memberi peluang bertanding, diatas sebab dan alasan yang tidak menasabah dan merugikan semua pihak. mengipas bermuka-muka dihadapan pemimpin parti dan pemimpin utama PR. Saksikanlah bagaimana pemimpin yang mulanya mulutnya keluar api, hidungnya berasap maki hamun dan macam-macam kepada umNO dan kepimpinan, kini dimana? Perlunya ditanam iman yang kental bukan semangat kosong yang mendidih ala koka kola, bukan kerana disepuh dengan dibakar terlebih dahulu.

(DISAMBUNG DI BAHAGIAN KEDUA)

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

8 Syawal 1431 - Jumaat - 17 September 2010
PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -
KALAU NAK KE PUTRAJAYA.

(BAHAGIAN KE TIGA)

15 Syawal 1431 - Jumaat - 24 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Mehnah dan Kerenah Didenai PR

Dalam apa-apa juga bentuk kerjasama yang terjalin, diantara beberapa parti politik di dalam satu gabungan besar, ia adalah bermatlamat untuk membina satu kekuatan kuasa tenaga politik dalam menghadapi satu kuasa tenaga politik yang lain. Usaha kerja untuk menyatukan matlamat satukan tujuan diatas tindakkan bersepadu dan kolektif. Berganding tangan bersama-sama dikalangan parti pembangkang dalam menghadapi PRU dan PRK dibawah 1bumbung dikenali dengan 1lambang. Bertujuan dengan mudah oleh rakyat pengundi memberi undinya dengan keyakinan penuh. Ianya bukanlah satu kerja mudah, serta pantas dalam menjadikannya menjadi kenyataan seperti sekarang dah terserlah. Tidak semudah dan sesenang macam kita kukus balut membuat ketupat, membuat kuih bakul atau moruku.

Usaha-usaha yang di semai 22 tahun dahulu, baru nampak hasil awalnya dituai di PRU12 pada 8 Mac 2008 dan sebelumnya di PRU11 pada 2004 di sessi percubaan. Reformasi permuafakatan usaha merintih jalan sebagai perintis kearah jalinan kerjasama untuk mewujud pakatan politik parti-parti pembangkang. Bermula dengan APU - Angkatan Perpaduan Ummah, BA - Barisan Alternatif kepada PR - Pakatan Rakyat. Adalah jawapan cetusan aspirasi tindakbalas rakyat diatas umNObn mencipta reka pertuduhan kepada TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim juga Menteri Kewangan dengan tuduhan liwat. Sekarang dipusingan ke2 berhadapan tuduhan yang sama untuk kepenjara kali ke2, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia DS Anwar Ibrahim juga sebagai Ketua Penyelaras tidak resmi. Tujuan tindakan umNObn bertujuan untuk melumpukah PR atau kucar kacirkan PR.

Kejayaan membentuk kerjasama politik pembangkang yakni PR, diawalnya berdepan cabaran dan halangan berat dihadapi, dalam masa usaha-usaha untuk membentuk 3 parti kedalam kesatuan PR. Baik dikalangan PAS dan dipihak DAP juga PKR hatta pandangan diluar sana yang bertali arus palu gendang tegang dan nyalakan api perpecahan. Seolah-olah digambarkan oleh musoh tradisi PAS, DAP dan PKR, macam untuk satukan seekor singa lapar dengan seekor harimau yang ganas. PAS dengan iltizam intipati perjuangan PASnya manakala DAP dengan caranya. Sekeras-keras pemimpin PAS dan setandinglah DAP, akhirnya mereka terpaksa kurbankan ego pribadi masing-masing dengan meletakkan keutamaan rakyat negara diatas dan kehadapan. Lebih utama dari PAS dan DAP dalam menghadapi dan berdepan dengan umNObn, usaha besar dan keramat cetusan DS Anwar Ibrahim.




Sepanjang tempoh 50 tahun umNoperikatan/umNObn berjaya adu-dumba dalam seruan berpuaka membina tunjuk ajar kepada parti-parti pembangkang. Iaitu cara-cara perpecahan dikalangan parti-parti pembangkang berjalan lacar. Kaedah tersebut memudahkan umNObn ratah dan kuburkan parti-parti politik pembangkang di kubur besar PRU dan dikubur kecil di PRK dulunya adalah realiti. Sampaikan YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah pun akhirnya diatas keciwa dan tidak sabar menaroh harapan patinya satu saat nanti akan berjaya juga dalam PRU, akhirnya parti diasasnya dibunuh dan melutut kepangkuan Dr Mahathir didagu umNObaru.

Walaubagaimanapun generasi baru warganegara selepas pasca negara mencapai kemerdekaan, disana taktik dan strateji umNObn melaga-laga, semata-mata nakkan porak perandakan pemimpin parti pembangkang sudah tidak releven lagi. Ianya telah ketinggalan masa dan rakyat telah tolak ketepi letakkan dimuzium. Teknik dan tektik purba berpuaka umNO megadu dumba pecah hancurkan parti pembangkang gagal pada PRU12 yang lepas. Kedaannya umNObn menderita, keciwa dan bercakaran sesama sendiri, setelah runtuh sekerat negara dan beberapa negeri hampir tersungkur, khususnya negeri-negeri maju ke pemerentahan PR. Lebih besar dari itu mengundang BN dan umNO diambang perpecahan satu dan satu komponan mereka berkecai dan silap-silap bersepai.

Pengundi adalah hakim kepada demokerasi negara. Pengundi - rakyat sedang melihat dengan penuh minat perhatian. Dalam menilai permainan makyong, wayang kulit di panggung baru negara. Selogan retorit politik “api dan petrol umNObn”. PM6 1Malaysia DS Najib. Ditangan kanan menjulang 1Malaysia; di tangan kirinya mengendong PERKASA sarang puaka peti sejuk pemimpin apotunis umNO pencen. Orang tua-tua lama berkata, kawaq dan polis tidak boleh mendiami serumah. Iman dan kufur tidak boleh bersarang dalam 1dada manusia dalam 1masa yang sama. Ertinya, ucapan yang keluar dari mulut ditutur kata oleh sekeping papan yang lembut basah, sesungguhnya ia tidak dapat membuat dusta dan pembohongan besar keatas nafsu hatinurani yang kudus, tetapi dalam masa yang sama faseh membohongi manusia diluar sana, tidak hati kecilnya.

Pemimpin parti terpaksa bergerak dan bertindak seiring dengan kehendak ahli parti masing-masing yang maukan pembangkang bersatu dalam menghadapi umNObn di PRU dan PRK satu lawan satu di Kadun dan Kapar. Keiklasan pemimpin dan pemimpin-pemimpin yang hebat menerima pandangan ahli, pengundi dan penyokong. Pengurbanan dan tanggungjawab yang tepat masanya diatas keberanian tersebut mencetuskan reformasi tersebut, ianya mengundang malang, dan umNObn sudah punyai jawabannya tersendiri. Iaitu kuasa baru politik negara yang bernama PR menjadikan usia umNObn kian pendek dan sedang dirubin kubur, kubur manakah umNObn akan disemadikan? Samada kubur terhampir di PRU13 atau waima di kubur negara di PRU14? Kini umNobn tidak boleh take for granted terhadap sokongan orang-orang Melayu dan multi mengundi kepadanya, walau Najib keliling dunia.







Boktinya diatas inisiatif tindakan penyelarasan awal diantara PAS, DAP dan PKR di Semenanjung dalam menghadapi PRU12 dahulu, ikrar dikotakan iaitu tidak belaga bertarong sesama sendiri. Kita satu sahaja calun berhadapan dengan umNObn. Hasilnya menjadi dan terbukti. Kelantan dikekalkan dan menawan negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan ditawan oleh pakatan pembangkang dan detik selepas menubuhkan kerajaan negeri-negeri makanya PAS, DAP dan PKR di kenali dengan nama keramat PR - Pakatan Rakyat. Kesan dari itulah sampai saat rencana ini, saya yakin 100% umNObnlah yang menjadi penyebab utama unsur-unsur penghalang tangan hantu kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia menyekat kelulusan pendaftaran PAKATAN RAKYAT - PR, sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah dan berdaftar.

Ataupun kalau tidak Pendaftar Pertubuhan Malaysia dari jenis yang tidak bijak laksana disudut membuat penilaian serta diikuti dengan memikul tanggungjawab amanah negara menjalankan tugas keputusan sendiri yang bebas lagi telus, dan jenis setaraf JKKKP disudut menjalan dan melaksan bidang tugas kerjanya, ianya amatlah memalukan negara. Bukan jenis menjadi pegawai barua kepada umNObn dalam skop pegawai mesti memberi perkhidmatan terbaik kerajaan, bukan baru kerajaan. Janganlah sampai Pendaftar Pertubuhan sekadar mampu bersuara di penghujung persaraannya. Sebagaimana mantan bukan santan IG KPN TS Musa TS Hassan sebaik tidak dilanjutkan kontrak kerja kali ke3 dengan katanya “kerjanya digangu oleh pihak ke3”, begitulah maksud kata-katanya . Siapa orang ke3?

Secara resmi atau diluar resmi wujudnya PR dalam negara dan ianya menjadi kenyataan pada negara. Sebaik persefahaman mendukungi PR, saya nampak disini kurangnya idealisma hakikat kebenaran menjadi keutamaan, tetapi sekadar maukan memenuhi tuntutan untuk bertanding samada Kadun maupun Kapar. Tanpa memikirkan pekara gejala sampingan yang terpaksa dipikul dibeban kepada rakan, atas persefahaman PR walau tindakkan tersebut tidak bijak dan ganjilnya pengundi dan ahli-ahli parti gabungan dalam membuat pentafsiran politik dan kekuatan pembinaan politik setempat semasa Nafsu besar, tamak dan mengikut perasaan apabila sekerat dua ahli dan penyokong mendesak pimpinan dan mengasak dan mengancam dengan cara-cara yang bukan-bukan disaat perbincangan pembahagian kerusi yang diperuntukkan kepada setiap komponan diberi peluang keutamaan untuk menang.

Kadang-kadang dalam memenuhi kouta peruntukkan kerusi menjadi keutamaan, hinggakan baju dipakai tidak diukur melalui badan sendiri. Umpama perbandingan bekas tapak kaki kambing dengan bekas tapak kaki gajah ditanah yang lembut. Samalah seperti dahagi sesaorang nak berbini 4 empat mengikut sunah. Sedangkan dirinya sendiri mengakui isteri pertamanya yang dinikahnya dah masuk 16 tahun masih bertaraf dara terang tang tang. Begitulah juga isteri kedua dan ketiga juga masih dara. 3 bini di 3 buah rumah belum mendatangkan benih dan zurait. Tetapi sembangnya pasai hebat jantan dan sebagai jantan hebat lebih dari Man kerbau. Bini baru ke4 rumah lagi besar baru dinikahnya, menangis sebab sayangnya suaminya kepadanya sampai tak mau guna, tak mau sentuh dan....., terlalu sikap sayang bini, bini gersang diperaduan walau kemewahan harta tak terkira. Suami ego berbini 4, sekadar bini sebagai bunga orkit bahan perhiasan sahaja.

Begitulah sesetengah komponan PR, menuntut dan harapkan yang bukan-bukan diatas dasar kouta Dun dan Kapar. Dun tu mau, Dun ni mesti untuk kami dan begitulah Kapar. Bukan sekadar berharap untuk mendapat banyak Dun dan Kapar ditandingi, tetapi diwaktu yang sama memberontak dan mengugut nakkan lagi, kerana pong dan asakkan ahli yang gila nak jadi tok wakil. Benar bertanding boleh dimana-mana kawasan Dun dan Kapar. Ada kudrat dan sokongan ka? Macam mana pekerja-pekerja sukarela pembantu merealisasi keperluan calun sebaik di hari penamaan calun sampailah di hari pembuangan undi dan ketika undi dikira dibilang, cukupkah alat perkakas tenaga manusia tersebut? Atau seperti sediakala pehak lain yang dipaksa memikul tanggungjawab semua-semua itu macam memikul tugas kerja biawak hidup? Yang dihantar menjadi petugas PACA sekadar kenai abc sahaja. Masuk ke tempat mengundi dimasa yang lewat terpinga-pinga, tanya hang bertugas untuk parti apa? Nak bua tanda macam mana? Itulah qualiti petugas dikikirimkan, ini adalah hakikat bukan mencerminkan lesemuanya, tetapi banyak macam tu terjadi di hari pilihanraya.

Dimanakala menghadapi PRU diatas nama BA - Barisan Alternatif dahulu, terdapat dikalangan calun dari parti tertentu, sekadar mempunyai calun, penyokong dan pencadang dari parti sendiri. Saksi dan wakil calun resmi dan tidak resmi pun terpaksa mendapat khidmat dari ehsan parti lain dalam BA, ini adalah benar. Usah cakaplah pekerja-pekerja sukarela pilihanraya yang lain seperti perayu undi, pekerja di bangsal panas, pemerhati undi dan pembilang undi disemua saloran, akhirnya baik untuk calun Dun dan calun Kapar, petugas PAS yang terpaksa memikul tanggungjawab sepenuhnya kerana diatas kepentingan dan keutamaan BA - Barisan Alternatif. Ini benar-benar berlaku, bukan omong-omong kosong tetapi menjadi kenyataan. Bukan satu tempat, tetapi banyak tempat dibanya negeri berlaku perkara yang sama.

Sampailah pada tahap sekarang ketika menghadapi PRU12 dahulu dipersefahaman membawa kepada PR - Pakatan Rakyat hatta berlaku secara besar-besar di PRK Dun Lunas dahulu, kebanyakkan petugas resmi pilihanraya yang bertugas sebaga PACA hampir disemua saloran, ampun maaf cakap tutur kata, ianya terpaksa diisi oleh petugas-petugas PAS walau ramai tetamu-tetamu luar yang memeriahkan sokongan semasa PRK tersebut pada 29 November 2001 Saifuddin Ismail Nasution mendapat 10,0511 manakala S. Anthonysamy MICbn meperolehi 9,981 undi dengan majoriti 530 undi. Kelemahan dalaman parti baru dalam menyediakan petugas pilihanraya ditempat yang penting yang memerlukan segala-gala keutamaan, kental, berani dalam bilik mengundi berasaskan peratiran dan undang-undang pilihanraya.

Memanglah, menyusun strateji menuntut kouta kerusi cukup mudah dan seronok, apalagi dikalangan yang membuka kepak mengibar sayap, pacak tumang macam tumang tambang kerbau balar dipermatang sawah nak jadi wakil rakyat. Ini penyakin ahli politik yang merbahaya lebih bahaya dari HiN1 atau berdepan dengan singa lapar sebulan nak dapat mangsa. Payah-payah mengugat partinya sendiri maksudnya kepada induk Pr. Macam pukul emak sindir menantu, marah nyamok bakar kelambu dan bersekali dengan rumah.




Justeru, dihadapan terbentang terhidang, adalah mendapat khidmat puaka sokongan kita gunakakan modium blog dari blogger tertentu dan kita hebahkan macam dunia mau kiamat kepada media perdana semua jenis milik umNObn dan media Kerajaan milik rakyat. Saya sedang memerhatikan dikalangan pemimpin PR, dah pandai berlakon dan mencari pengarah dan penerbit untuk janakan skripnya nak jadi wakil rakyat tertunai.

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
12 Syawal 1431 - Selasa - 21 September 2010

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -
KALAU NAK KE PUTRAJAYA.

(BAHAGIAN KE TIGA)

15 Syawal 1431 - Jumaat - 24 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Mehnah dan Kerenah Didenai PR

Dalam apa-apa juga bentuk kerjasama yang terjalin, diantara beberapa parti politik di dalam satu gabungan besar, ia adalah bermatlamat untuk membina satu kekuatan kuasa tenaga politik dalam menghadapi satu kuasa tenaga politik yang lain. Usaha kerja untuk menyatukan matlamat satukan tujuan diatas tindakkan bersepadu dan kolektif. Berganding tangan bersama-sama dikalangan parti pembangkang dalam menghadapi PRU dan PRK dibawah 1bumbung dikenali dengan 1lambang. Bertujuan dengan mudah oleh rakyat pengundi memberi undinya dengan keyakinan penuh. Ianya bukanlah satu kerja mudah, serta pantas dalam menjadikannya menjadi kenyataan seperti sekarang dah terserlah. Tidak semudah dan sesenang macam kita kukus balut membuat ketupat, membuat kuih bakul atau moruku.

Usaha-usaha yang di semai 22 tahun dahulu, baru nampak hasil awalnya dituai di PRU12 pada 8 Mac 2008 dan sebelumnya di PRU11 pada 2004 di sessi percubaan. Reformasi permuafakatan usaha merintih jalan sebagai perintis kearah jalinan kerjasama untuk mewujud pakatan politik parti-parti pembangkang. Bermula dengan APU - Angkatan Perpaduan Ummah, BA - Barisan Alternatif kepada PR - Pakatan Rakyat. Adalah jawapan cetusan aspirasi tindakbalas rakyat diatas umNObn mencipta reka pertuduhan kepada TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim juga Menteri Kewangan dengan tuduhan liwat. Sekarang dipusingan ke2 berhadapan tuduhan yang sama untuk kepenjara kali ke2, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia DS Anwar Ibrahim juga sebagai Ketua Penyelaras tidak resmi. Tujuan tindakan umNObn bertujuan untuk melumpukah PR atau kucar kacirkan PR.

Kejayaan membentuk kerjasama politik pembangkang yakni PR, diawalnya berdepan cabaran dan halangan berat dihadapi, dalam masa usaha-usaha untuk membentuk 3 parti kedalam kesatuan PR. Baik dikalangan PAS dan dipihak DAP juga PKR hatta pandangan diluar sana yang bertali arus palu gendang tegang dan nyalakan api perpecahan. Seolah-olah digambarkan oleh musoh tradisi PAS, DAP dan PKR, macam untuk satukan seekor singa lapar dengan seekor harimau yang ganas. PAS dengan iltizam intipati perjuangan PASnya manakala DAP dengan caranya. Sekeras-keras pemimpin PAS dan setandinglah DAP, akhirnya mereka terpaksa kurbankan ego pribadi masing-masing dengan meletakkan keutamaan rakyat negara diatas dan kehadapan. Lebih utama dari PAS dan DAP dalam menghadapi dan berdepan dengan umNObn, usaha besar dan keramat cetusan DS Anwar Ibrahim.

Sepanjang tempoh 50 tahun umNoperikatan/umNObn berjaya adu-dumba dalam seruan berpuaka membina tunjuk ajar kepada parti-parti pembangkang. Iaitu cara-cara perpecahan dikalangan parti-parti pembangkang berjalan lacar. Kaedah tersebut memudahkan umNObn ratah dan kuburkan parti-parti politik pembangkang di kubur besar PRU dan dikubur kecil di PRK dulunya adalah realiti. Sampaikan YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah pun akhirnya diatas keciwa dan tidak sabar menaroh harapan patinya satu saat nanti akan berjaya juga dalam PRU, akhirnya parti diasasnya dibunuh dan melutut kepangkuan Dr Mahathir didagu umNObaru.

Walaubagaimanapun generasi baru warganegara selepas pasca negara mencapai kemerdekaan, disana taktik dan strateji umNObn melaga-laga, semata-mata nakkan porak perandakan pemimpin parti pembangkang sudah tidak releven lagi. Ianya telah ketinggalan masa dan rakyat telah tolak ketepi letakkan dimuzium. Teknik dan tektik purba berpuaka umNO megadu dumba pecah hancurkan parti pembangkang gagal pada PRU12 yang lepas. Kedaannya umNObn menderita, keciwa dan bercakaran sesama sendiri, setelah runtuh sekerat negara dan beberapa negeri hampir tersungkur, khususnya negeri-negeri maju ke pemerentahan PR. Lebih besar dari itu mengundang BN dan umNO diambang perpecahan satu dan satu komponan mereka berkecai dan silap-silap bersepai.

Pengundi adalah hakim kepada demokerasi negara. Pengundi - rakyat sedang melihat dengan penuh minat perhatian. Dalam menilai permainan makyong, wayang kulit di panggung baru negara. Selogan retorit politik “api dan petrol umNObn”. PM6 1Malaysia DS Najib. Ditangan kanan menjulang 1Malaysia; di tangan kirinya mengendong PERKASA sarang puaka peti sejuk pemimpin apotunis umNO pencen. Orang tua-tua lama berkata, kawaq dan polis tidak boleh mendiami serumah. Iman dan kufur tidak boleh bersarang dalam 1dada manusia dalam 1masa yang sama. Ertinya, ucapan yang keluar dari mulut ditutur kata oleh sekeping papan yang lembut basah, sesungguhnya ia tidak dapat membuat dusta dan pembohongan besar keatas nafsu hatinurani yang kudus, tetapi dalam masa yang sama faseh membohongi manusia diluar sana, tidak hati kecilnya.

Pemimpin parti terpaksa bergerak dan bertindak seiring dengan kehendak ahli parti masing-masing yang maukan pembangkang bersatu dalam menghadapi umNObn di PRU dan PRK satu lawan satu di Kadun dan Kapar. Keiklasan pemimpin dan pemimpin-pemimpin yang hebat menerima pandangan ahli, pengundi dan penyokong. Pengurbanan dan tanggungjawab yang tepat masanya diatas keberanian tersebut mencetuskan reformasi tersebut, ianya mengundang malang, dan umNObn sudah punyai jawabannya tersendiri. Iaitu kuasa baru politik negara yang bernama PR menjadikan usia umNObn kian pendek dan sedang dirubin kubur, kubur manakah umNObn akan disemadikan? Samada kubur terhampir di PRU13 atau waima di kubur negara di PRU14? Kini umNobn tidak boleh take for granted terhadap sokongan orang-orang Melayu dan multi mengundi kepadanya, walau Najib keliling dunia.

Boktinya diatas inisiatif tindakan penyelarasan awal diantara PAS, DAP dan PKR di Semenanjung dalam menghadapi PRU12 dahulu, ikrar dikotakan iaitu tidak belaga bertarong sesama sendiri. Kita satu sahaja calun berhadapan dengan umNObn. Hasilnya menjadi dan terbukti. Kelantan dikekalkan dan menawan negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan ditawan oleh pakatan pembangkang dan detik selepas menubuhkan kerajaan negeri-negeri makanya PAS, DAP dan PKR di kenali dengan nama keramat PR - Pakatan Rakyat. Kesan dari itulah sampai saat rencana ini, saya yakin 100% umNObnlah yang menjadi penyebab utama unsur-unsur penghalang tangan hantu kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia menyekat kelulusan pendaftaran PAKATAN RAKYAT - PR, sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah dan berdaftar.

Ataupun kalau tidak Pendaftar Pertubuhan Malaysia dari jenis yang tidak bijak laksana disudut membuat penilaian serta diikuti dengan memikul tanggungjawab amanah negara menjalankan tugas keputusan sendiri yang bebas lagi telus, dan jenis setaraf JKKKP disudut menjalan dan melaksan bidang tugas kerjanya, ianya amatlah memalukan negara. Bukan jenis menjadi pegawai barua kepada umNObn dalam skop pegawai mesti memberi perkhidmatan terbaik kerajaan, bukan baru kerajaan. Janganlah sampai Pendaftar Pertubuhan sekadar mampu bersuara di penghujung persaraannya. Sebagaimana mantan bukan santan IG KPN TS Musa TS Hassan sebaik tidak dilanjutkan kontrak kerja kali ke3 dengan katanya “kerjanya digangu oleh pihak ke3”, begitulah maksud kata-katanya . Siapa orang ke3?

Secara resmi atau diluar resmi wujudnya PR dalam negara dan ianya menjadi kenyataan pada negara. Sebaik persefahaman mendukungi PR, saya nampak disini kurangnya idealisma hakikat kebenaran menjadi keutamaan, tetapi sekadar maukan memenuhi tuntutan untuk bertanding samada Kadun maupun Kapar. Tanpa memikirkan pekara gejala sampingan yang terpaksa dipikul dibeban kepada rakan, atas persefahaman PR walau tindakkan tersebut tidak bijak dan ganjilnya pengundi dan ahli-ahli parti gabungan dalam membuat pentafsiran politik dan kekuatan pembinaan politik setempat semasa Nafsu besar, tamak dan mengikut perasaan apabila sekerat dua ahli dan penyokong mendesak pimpinan dan mengasak dan mengancam dengan cara-cara yang bukan-bukan disaat perbincangan pembahagian kerusi yang diperuntukkan kepada setiap komponan diberi peluang keutamaan untuk menang.

Kadang-kadang dalam memenuhi kouta peruntukkan kerusi menjadi keutamaan, hinggakan baju dipakai tidak diukur melalui badan sendiri. Umpama perbandingan bekas tapak kaki kambing dengan bekas tapak kaki gajah ditanah yang lembut. Samalah seperti dahagi sesaorang nak berbini 4 empat mengikut sunah. Sedangkan dirinya sendiri mengakui isteri pertamanya yang dinikahnya dah masuk 16 tahun masih bertaraf dara terang tang tang. Begitulah juga isteri kedua dan ketiga juga masih dara. 3 bini di 3 buah rumah belum mendatangkan benih dan zurait. Tetapi sembangnya pasai hebat jantan dan sebagai jantan hebat lebih dari Man kerbau. Bini baru ke4 rumah lagi besar baru dinikahnya, menangis sebab sayangnya suaminya kepadanya sampai tak mau guna, tak mau sentuh dan....., terlalu sikap sayang bini, bini gersang diperaduan walau kemewahan harta tak terkira. Suami ego berbini 4, sekadar bini sebagai bunga orkit bahan perhiasan sahaja.

Begitulah sesetengah komponan PR, menuntut dan harapkan yang bukan-bukan diatas dasar kouta Dun dan Kapar. Dun tu mau, Dun ni mesti untuk kami dan begitulah Kapar. Bukan sekadar berharap untuk mendapat banyak Dun dan Kapar ditandingi, tetapi diwaktu yang sama memberontak dan mengugut nakkan lagi, kerana pong dan asakkan ahli yang gila nak jadi tok wakil. Benar bertanding boleh dimana-mana kawasan Dun dan Kapar. Ada kudrat dan sokongan ka? Macam mana pekerja-pekerja sukarela pembantu merealisasi keperluan calun sebaik di hari penamaan calun sampailah di hari pembuangan undi dan ketika undi dikira dibilang, cukupkah alat perkakas tenaga manusia tersebut? Atau seperti sediakala pehak lain yang dipaksa memikul tanggungjawab semua-semua itu macam memikul tugas kerja biawak hidup? Yang dihantar menjadi petugas PACA sekadar kenai abc sahaja. Masuk ke tempat mengundi dimasa yang lewat terpinga-pinga, tanya hang bertugas untuk parti apa? Nak bua tanda macam mana? Itulah qualiti petugas dikikirimkan, ini adalah hakikat bukan mencerminkan lesemuanya, tetapi banyak macam tu terjadi di hari pilihanraya.

Dimanakala menghadapi PRU diatas nama BA - Barisan Alternatif dahulu, terdapat dikalangan calun dari parti tertentu, sekadar mempunyai calun, penyokong dan pencadang dari parti sendiri. Saksi dan wakil calun resmi dan tidak resmi pun terpaksa mendapat khidmat dari ehsan parti lain dalam BA, ini adalah benar. Usah cakaplah pekerja-pekerja sukarela pilihanraya yang lain seperti perayu undi, pekerja di bangsal panas, pemerhati undi dan pembilang undi disemua saloran, akhirnya baik untuk calun Dun dan calun Kapar, petugas PAS yang terpaksa memikul tanggungjawab sepenuhnya kerana diatas kepentingan dan keutamaan BA - Barisan Alternatif. Ini benar-benar berlaku, bukan omong-omong kosong tetapi menjadi kenyataan. Bukan satu tempat, tetapi banyak tempat dibanya negeri berlaku perkara yang sama.

Sampailah pada tahap sekarang ketika menghadapi PRU12 dahulu dipersefahaman membawa kepada PR - Pakatan Rakyat hatta berlaku secara besar-besar di PRK Dun Lunas dahulu, kebanyakkan petugas resmi pilihanraya yang bertugas sebaga PACA hampir disemua saloran, ampun maaf cakap tutur kata, ianya terpaksa diisi oleh petugas-petugas PAS walau ramai tetamu-tetamu luar yang memeriahkan sokongan semasa PRK tersebut pada 29 November 2001 Saifuddin Ismail Nasution mendapat 10,0511 manakala S. Anthonysamy MICbn meperolehi 9,981 undi dengan majoriti 530 undi. Kelemahan dalaman parti baru dalam menyediakan petugas pilihanraya ditempat yang penting yang memerlukan segala-gala keutamaan, kental, berani dalam bilik mengundi berasaskan peratiran dan undang-undang pilihanraya.

Memanglah, menyusun strateji menuntut kouta kerusi cukup mudah dan seronok, apalagi dikalangan yang membuka kepak mengibar sayap, pacak tumang macam tumang tambang kerbau balar dipermatang sawah nak jadi wakil rakyat. Ini penyakin ahli politik yang merbahaya lebih bahaya dari HiN1 atau berdepan dengan singa lapar sebulan nak dapat mangsa. Payah-payah mengugat partinya sendiri maksudnya kepada induk Pr. Macam pukul emak sindir menantu, marah nyamok bakar kelambu dan bersekali dengan rumah.

Justeru, dihadapan terbentang terhidang, adalah mendapat khidmat puaka sokongan kita gunakakan modium blog dari blogger tertentu dan kita hebahkan macam dunia mau kiamat kepada media perdana semua jenis milik umNObn dan media Kerajaan milik rakyat. Saya sedang memerhatikan dikalangan pemimpin PR, dah pandai berlakon dan mencari pengarah dan penerbit untuk janakan skripnya nak jadi wakil rakyat tertunai.

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
12 Syawal 1431 - Selasa - 21 September 2010

Saturday, September 18, 2010

PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN

PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN
(LIKU DAN PAYA SEDANG DILALUI)

YANG LAMA JANGAN DILUPA, YANG BARU JANGAN SOMBONG.

7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
Sebagai pembuka kata rencana ini, saya pungut muat kata ucap Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 38 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, setelah 3 tahun PAS menawan Kelantan diatas nama Angkatan Perpaduan Umah PAS dengan Parti Semangat Melayu 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah . Muka Surat 29 di para dua iaitu;-
“Dalam sepanjang sejarahnya, PAS tidak sekadar mengenakan tindikan displin terhadap ahli-ahi biasa, Pernah displin dikenakan kepada mereka yang pernah menjadi Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Agung, malah yang jadi Menteri Besar pernah dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Mereka yang istiqamah dengan perjuangan tidak memandang tindakan itu sebagai anti ahli tetapi menerimanya dengan semangat jemaah. Mereka yang tidak puas hati dengan tindakan itu sentiasa diberi peluang merayu dan setiap rayuan diberi pertimbangan”.
Menjejak PAS Kedah
Seorang ulama yang aktif dalam Umno kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air ketika itu termasuklah melibatkan diri, adalah seorang pemuda waja anak kelahiran Kedah, Pak Ya Junid sinonimnya TG Haji Yahya bin Junid. Pak Ya telah aktif dalam gerakan menentang penjajah British, kemudian beliau mengasaskan Persatuan Ulama Kedah pada 1946 bersama dengan Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra. Diwaktu yang sama Pak Ya turut menyertai Kesatuan Melayu Kedah (KMK) dan beberapa kali mewakili persatuan ini ke Kongres Kebangsaan Melayu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Umno pada 11 Mei 1946.
Bilamana KMK menyertai Umno, maka Pak Ya turut menjadi ahli Umno yang aktif semasa itu, sama seperti saya kata manis bersekali didalam gula, wanginya didalam atar. Sebaik sahaja tertubuhnya PAS maka beliau menganggotai PAS diperingkat awalnya sampai akhir hayat usianya. Pak Ya belajar di Pondok Chegar, Gajah Mati dan berguru dengan TG Ahmad Rabat pada 1924. Beliau kemudian belajar dibeberapa pondok seperti Pondok Tandop (TG Abdul Ghani Awang), Pondok Titi Gajah (TG Haji Endut) dan akhirnya ke Pondok Khairiyah, Pokok Sena, Seberang Perai. Di pondok ini, beliau mendapat sentuhan dari TG Haji Tuan Hussein Kedah, ulamak Banjar yang terkenal itu.
Tahun 1931 Pak Ya berhijrah ke Kelantan untuk berguru dengan Tok Kenali selama 2 tahun di Pondok Masjid Muhammadi. Antara guru beliau di sini ialah TG Saad Kangkong, TG Ali Pulau Pisang dan TG Yaakub Legor. Selepas kematian Tok Kenali pada 1933, beliau belajar di Madrasah Ahmadiah Pondok Bunut Payung dan sempat berguru dengan TG Abdullah Tahir dan TG Mokhtar Ahmad. Selain pondok di Bunut Payung, Pak Ya juga mengambil kesempatan untuk bermulazamah dengan ulama besar seperti Mufti Dato’ Ahmad Maher, Mufti Dato’ Sheikh Mohd Nor Ibrahim dan TG Yaakub Gajah Mati.
Sebaik TG Haji Ahmad Fuad Hassan mengetuai Bahagian Agama Umno pada 1950, satu Persidangan Ulama Se Malaya diadakan di Muar Johor. Diikuti oleh persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Ketika PAS hendak ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Bagan Dalam Butterworth di Kelab Melayu Bagan. Beliau merupakan ahli PAS di generasi terawal dengan memegang bilangan ahli PAS No 12. Dalam perjumpaan tersebut TG Yahya bin Junid dilantik menjawat Ahli Jawatankuasa Agung PAS sehingga 1960-an. Dalam masa yang sama beliau turut memegang jawatan penting dalam Dewan Ulama PAS Pusat.
TG Haji Yahya bin Junid adalah tokoh yang paling lama memegang jawatan Ketua Dewan Ulama’ PAS Kedah iaitu tempoh 20 tahun sehingga 1995. Jawatan tertinggi yang dipegang oleh TG Haji Yahya bin Junid dalam PAS adalah Ahli Majlis Syura Ulama PAS semenjak 1987. Di samping itu juga, Pak Ya pernah dua kali dipilih menjadi Adun Sala (1974 dan 1978). Lanie kawasan tersebut diwakili oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak. Kerena ilmu yang tinggi dimiliki TG Haji Yahya bin Junid, maka beliau di lantik sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Majlis Fatwa Kedah dan AJK Zakat Kedah selama 40 tahun. Manakala khidmatnya dalam Majlis Fatwa berakhir pada 1985 setelah beliau berkeras dengan pendirian bahawa mangsa peristiwa Memali adalah syahid, sedangkan Majlis Fatwa yang dikuasai Umno berpandangan sebaliknya.
Ketika PAS sedang sibuk bersiap menyambut ulang tahun ke-50 pada 23 Ogos 2001, pengasas PAS Kedah ini telah dijemput oleh penciptNya kembali menemui Allah pada 6 Ogos 2001. Jenazahnya diimamkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Beliau meninggalkan jasa yang besar kepada perjuangan Islam di negeri Kedah dan negara amnya termasuk di institusi pendidikan pondok dan sekolah arab, dengan melakar nama yang tersohor. Dengan jasa-jasanya kepada PAS yang tidak ada tolak banding itu, bersekali dengan menjadi tokoh Pendidik tulin sebagai guru diatas daya usaha mengasas dan mendirikan pondok dan berkembang pesat mengikut zaman dengan membina sekolah agama arab. Sekolah yang melahirkan puluhan ribu murid dan pelajar. Yang mereka keudiannya menjadi manusia dengan menjawat jawatan utama dalam negeri kedah dan negara. Murid-murid beliau itulah sedang terus mendoakan guru mereka TG Haji Yahya Jonid.
Kalau saya sampai hari ini tersentuh, pasti Almarhom TG Haji Yahya Jonid lagi tersentuh bersekali dengan warga Pondok Pak Ya yang lain, bila musibah kebakaran pondoknya yang berlaku pada dengan mengurbankan putra putri pelajar anak didiknya. Musibah yang cukup menyayat hati, dan sampai kini tidak dapat dilupakan. Walau pun begitu pengajian diteruskan sampai saat ini.
Disamping guru-guru pondak diatas yang turut serta melibatkan diri dalm PAS, selain dari itu diantara tokoh-tokoh lain seperti Almarhom Haji Abdullah Abbas Nasution, Almarhom Ustaz Azhari Abdul Razak, Almarhom Dato’ Abu Bakar Umar, Dato’ Sudin Wahab, Haji Ahmad Shukri, Ustaz Halim Arshad, Almarhom Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Aris Awang, Mohd Najib Fahmi dan ramai lagi pemimpin selepas mereka. Ramai dikalangan mereka sudah meninggal dunia (Al Fetaheh untuk mereka).
“Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu, iaitu beberapa derjat”. (Maksud Surah al-Mujadilah:11)
Atas maksud celik sejarah, mempelajari dari sejarah sekadar selayang pandang secara rambang, saya membicarakan PAS di Kedah masa awalnya dan penglibatan tokohnya yang sewajarnya dikenang. Hendaklah di ingati di sepanjang zaman dengan penuh hurmat dan menginsafi. Yakinlah! Merekalah yang memulakan perjuangan PAS ini, dengan meletak batu asas (PAS) membolehkan kita menerima dan mewarisi wadah perjuangan ini penuh yakin dan pasrah. Jangan pelekeh mereka, jangan menghina mereka, jangan meletak kesalahan kepada mereka, hatta usahlah melebel mereka seraya memperkecilkan pengurbanan usaha mereka terdahulu dengan lebel yang bukan-bukan tidak menyenangkan. Biri-biri yang mati tidak merasai sakit sekalipun telinganya disayat. Tetapi mata yang melihat merasai sakitnya hati kecil yang merintih. Perjuangan yang mereka mula, dengan kerengat dan air mata, dengan darah Syuhada Memali akhirnya kita panjat Wisma Darul Aman. Subhanallah.

Jadi, jangan belit dan balikkan sejarah, kerana mereka tidak mampu membuat pembelaan diatas penghinaan kita kepada mereka; kerana mereka dah mengadap Tuhan mereka Allah Azzajawalla. Marilah kita basahi dan sirami mereka dengan doa-doa sejahtera, dengan mengenangkan jasa-jasa mereka membangun dan menghidupkan PAS ini. Dahulu di saat orang menolak PAS, ketika mana orang mencerca mencebeh kepada PAS dan lawan kita meludah puui!!!!!. Ketika mana mereka menyeru ajak sokong masuk PAS. Merekalah dulu-dulu dihadapan mempertahankan PAS, dikala susah senang, dikala duka mereka, dengan rezeki yang dipekin. Sekupang ditangan, 5 duit ketabung PAS. Senaleh padi yang ada, setengah senaleh sedekah jariah mereka kepada PAS. Itulah sumber dana berkat PAS sampai subur kini. Diatas pengurbanan mereka itulah anda mewarisi PAS sekarang. Memastikan anda bersemadi di Wisma Darul Aman dan mampu berehat di Mentalon. Berfikirlah sejenak, bertafakut renung renunglah. Siapalah kita.

“Allah bersaksi bahawa tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Dia; sedangkan malaikat dan orang-orang berilmu tegak dengan adil (lurus); tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa”. (Maksud Surah Ali Imran: 18)

PAS Kedah yang majmuk ini, sesungguhnya dikalangan PAS yang kental gagah membela PAS macam Almarhom Pak Mat Jawa, Almarhom Syuhada’ Othman Talib. Mereka kaya perjuangan membujur lalu melintang patah menghadapi musuh PAS juga musuh mereka walaupun mereka miskin faqir ilmu. PAS Kedah juga sampai sekarang berganda memiliki pemimpin besar dari jenis kaya ilmu kaya harta. Terdapat yang kaya gedung kitab-kitab besar Arab, kitab Agama Muktabar. Tetapi dikalangan mereka tandus miskin faqir, kerdil disudut kental perjuangan seperti Ustaz Nakahei Ahmad dan ramai lagi. Tanpa malu segan silu ayam 2 ekor di lau, sekor itulah disembeleh digulai dijamukan kepada pemimpin mereka sayangi di rumah buruk layak dipanggil dangau. Kayuh gerek sebelah tangan pegang lampu gaselin berkayuh ke tempat ceramah 10 batu jauh di pelantar belakang muat pembesar suara. Tunggu kehadiran orang kampong untuk ceramah jual PAS dan perjuangannya. Insaf dan bayangkanlah!!!!

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Maksud Surah al-Anfal: 63)

Semuanya masih terbayang dipelupuk mata ku, sampai saat ini air mata berderau mengenangkan PAS dulu dan kini serba canggih dan mewah. Mereka ada Mercedes dan macam-macam lagi, bermuktamar menginap dihotel 5 bintang. Pendapatan besar profesional. 40 - 45 tahun dulu, pekin simpan duit sebulan $2.00 cadang cukup untuk pi muktamar PAS di KL. Baju seluar pinjam. Beg pun pinjam. Ikut dan tumpang lori ikan, lori surat khabar dan lori barang. Kebanyakkan pemandunya keturunan Cina. Suasana dulu mereka dengan mudah kira bicara membenarkan menumpang. Sampai saat ini ku terkenang diakhir tahun 70han. Betapa baik hatinya pemandu lori dulu.

Jadi, wahai pemimpin PAS di Kota Sarang Semut, wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman. Kenangkanlah mereka-mereka terdahulu yang telah dahulu pergi mengadap Allah dulu dari kita. Tetapi sesetengah dikalangan mereka, masih mempunyai waris-waris yang hampir. Wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman, jejaklah anak-anak mereka, cucu-cucu maupun cicit mereka. Salahkah? Rugikah? Kurangkah kedudukan kita? Layangkanlah ingatan penghurmatan dengan secepis sekeping tinta pahatan jasa perjuangan mereka dimajlis besar mengenangkan jasa budi mereka di Seri Mentalon. Sebelum fajar dan anak bulan PRU13 kelihatan, lakukanlah sesuatu kerana disana ianya memiliki banyak hikmah yang besar dan maanfat pulangan kepada kita juga. Anak cucu cicit mereka berkembang biak lebih ramai dari mereka bapa atau datuk mereka dahulu. Kembalikanlah anak cucu cicit kepangkuan PAS dengan penuh kasih sayang. Jamulah mereka walau setegup air sekeping roti kapai sebiji meskut, tanda kita ingat jasa ayah tokwan nenek mereka. Realisasi dan lunasilah!!!!!!!!!!!

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianti Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”. (Maksud Surah Al-Anfal: 27)

Apalah erti dan maknanya kita membuat jamuan besar, sekiranya disaat yang sama kita melupai anak cucu pejuang-pejuang PAS terdahulu. Kita beri dan menghargai penghargaan kepada gulungan dan pihak tertentu. Tetapi kita malu, kita loket memberi penghargaan kepada pejuang kita dimajlis khusus. Apakah kurangnya jasanya sahabatku Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhum Ustaz Othman Marzuki dan ramai lagi kepada PAS?. Kalau depa umNObn tidak menghargai dan mengingati tokoh-tokoh pejuang kita, ianya benar dan tepat. Tetapi kalaulah kita juga subur sambungkan dalam menafi penghargaan kepada mereka, wajarkah? Bahagian protokol dan bahagian politik pejabat YAB MB, semarakkanlah, mudah-mudahan sisa-sisa usia ini dapat saya turut saksikan majlis tersebut. Inshaallah, dalam masa terdekat.



PAS Berkembang Bersekali Kematangan Pemimpin dan Pengikutnya

“Katakanah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerentahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kekuasaan pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkalah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dari Engkkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam Ke kuasaan Engkaulah sahaja segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Maksud Surah Ali Imran: 26)

PAS negeri Kedah bersekali dengan pimpinan PAS Kedah Darul Aman, sejak penubuhan PAS Kedah telah menyertai semua PRU dan PRK untuk Dun dan Parlimen. PAS Kedah dipimpin dan diterajui oleh beberapa tokoh terdahulu yang menjawat Pesuruhjaya mengikut kesesuaian pengisian semasa tuntutan keperluan ketika itu. Mereka meletakan PAS dipersada dan diatas landasannya bergerak diatas paksi yang benar dan hak. Sebaik Ustaz Fadzil meninggal dunia, Pesuruhjaya PAS Kedah dipegangan diterajui oleh sahabat karib Almarhom Ustaz Fadzil iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak. Allah takdirkan Ustaz Azizan telah mengetuai menuboh kerajaan PR - PAS bersama-sama PKR dan DAP menjadi realiti bukan cobaan tidak mimpi. Kini di kenali YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak MB Kedah Darul Naim selepas PRU12 yang lepas. Alhamdulillah.

(NOTA:Saya imbau kenangan kira-kira 16 - 17 tahun dahulu. Sebaik YAB TG Nik Aziz Nik Mat menjawat jawatan MB Kelantan. Dalam kunjungan lawatan kerja Presiden PAS Pusat Ustaz Fadzil Noor bersama Ustaz Azizan Razak ketika itu baru melepaskan jawatan pensyarah di UKM. Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan menginap di Hotel Ansar (bilik 208). Seperti biasa Ustaz Fadzil memanggil saya menemuinya di Hotel Ansar jam 8 malam (ketika itu hampir benar negara akan menghadapi PRU). Tepat masa dijanjikan terlebih dahulu saya dapatkan buah tangan kesukaan Ustaz Fadzil kalau sampai di Kota Bharu iaitu roti tempayan, gulai daging cincang dan kaki lembu bersama teh tarik kegemaran Ustaz Fadzil. Saya melangkah kebilik Ustaz Fadzil, Ustaz terus memperkenalkan saya dengan Ustaz Azizan. Ketika itu Ustaz Fadzil siap dengan jarumnya untuk menyuntik ubat insulin penyakitnya dan pinta saya bantu sempurnakan. Maaf Ustaz, ana tak boleh. Disitulah Ustaz Azizan maklumkan kepada saya yang asal keluarganya dari Sungai Baru, Sungai Belati. Saya maklumkan sebelum masuk tadi, “ana nampak Ustaz Hassan Mahmud Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan nak jumpa Ustaz, dia pesankan sesuatu untuk kehendak dirinya disampaikan kepada Ustaz, ana tinggalkan diluar Ustaz Azmi adik TMB II Ghazali Ishak juga maksud sama tumpang juga nak jumpa Ustaz maksud berkisar tempat di PRU”. Semuanya bersikar dengan calun-calun Ustaz Fadzil pinta pandangan saya kerana saya mengenali. Selesai saya memberi pandangan jam 11 malam saya pohon beredar dan jumpa pagi besok di kedai Jaafar Rawas(belum meninggal dunia ketika itu). Sebelum beredar baru saya panggil kedua-dua tadi bertemu Ustaz Fadzil, bersalaman dan sama-sama kami meninggalkan Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan inilah 16 tahun kemudian selepas PRU12 pada 8 Mac 2010 menjawat jawatan MB Kedah Darul Aman. Dan selepas 2 tahun 6 bulan baru kali pertama menjejak kaki kekediaman resmi MB, sebaik menerima panggilan undangan phone dari pegawai khasnya jam 8.03 pagi. Dari Bagan Dalam tepat jam 12.02 tengah hari saya sampai di kediaman resmi MB di Mentalon hari rumah terbuka MB Kedah. MB Ustaz Azizan turun dari pentas, bersalaman dan berdakapan dengan saya dengan menyembut nama saya. Dengan bertanya dok di Kelantan atau di KL, saya jawab di Padang Serai. Tanya macam mana boleh mai? Ustaz Hassan Razak kal pukoi 8 pagi tadi dan menanya tentang kesihatan. Terima kasih Ustaz Azizan masih menghargai ana. Ana doakan Ustaz dan keluarga dalam sihat sejahtera dan selesa menjalankan tugas sebagai Adun dan MB, Alhamdulillah).



Selari dengan peredaran masa dan perkembangan zaman, rakyat negara generasi baru selepas merdeka, yang mereka merdekakan minda dan merdekakan perjuangan dari belenggu khurafat umNObn yang sentiasa menekan rakyat marhaen “Hanya umNObn sahajalah yang mampu memerentah negara ini untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman rakyat dengan aman damai dan makmur”. Pasca dunia tanpa sempadan, peranan jalor lebar dan lebuhraya maklumat dalam beberapa versi yang canggih. Fahaman khurafat tentang umNObn tersebut rakyat sebahagian dari warganegara yang sebagai pengundi menterjermahkan dalam pembentukkan dipeti undi. Ianya memungkikan hampir kerajaan BN pusat tersungkur.

Swing dan citarasa rakyat dan pengundi menyeluroh di peringkat nasional, dengan rakyat memberi kepercayaan kepada PR mempertahankan Kelantan dan menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan. Manakala Negeri Sembilan nyaris-nyaris umNObn tumbang, tetapi setakat condong sahaja. Itu adalah sejarah yang negara rekodkan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Sekarang PAS didukungi keanggutaan oleh umat-umat Islam yang majmuk bangsanya serta majmuk pekerjaannya, didalam kepelbagaian katogeri hidup dan kehidupan yang menunjangi Pas Kedah membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan besar dari bangsa keturunan negara juga bersifat majmuk dari India, Cina, Bumiputra Sabah Sarawak hatta PAS mendahului umNO membuka pintu menubuhkan satu dewan baru sebagai saya baru kepada PAS yang setara dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan seumpamanya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS - DHPP. Kini era PAS diberi kepercayaan besar dikalangan penyokong bukan Islam iaitu DHPP yang dianggotai pelbagai keturunan bangsa memberi kepercayaan dan bersama PAS merealisasi keadilan kesejahteraan politik sejagat negara.

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa”. (Maksud Surah - Al Ma’idah: Ayat 8).

Asam garam didalam PAS tidak sama dengan garam belacan didalam umNObn. Sebusuk-busuk pemimpin atasan PAS khususnya dkalangan AJK PAS Pusat mereka tidak berzina dan minum arak, saya menyakini pernyataan ini dengan simpul mati. Mereka mampu membaca khutbah dan menjadi imam untuk solat Jumaat dan solat sunat 2hari raya hatta menyempurnakan solat jenazah dan menjadi kepala halipah membaca Yaasin dan tahalil dan menyempurna sembelehan qurban dan aqiqah dan sebagainya. Hebatnya PM6 1Malaysia, 1kali pun tak pernah naik keatas mimbar membaca khutbah dan mengimamkan apa-apa solat sekadar menjadi makmun, fakta ini saya tidak fitnah, ia adalah benar. Dalam umNO ada yang boleh agama; tepati jarang-jarang, kadang-kadang kata Almarhom TS P. Ramli.


Melayani Menghadapi Mehnah dan Kerenah

Ahli-ahli PAS diperengkat cawangan, yang berkampong dengan juzu lebih besar bernama PAS Kawasan. Asas pemimpin dari cawanganlah meletakkan diri mereka setakah kekawasan. Selanjutnya panjat ke peringkat negeri di Badan Perhubungan PAS Negeri dan Dewan Harian PAS Negeri yang bermula di peringkat kawasan. Disinilah mereka akan melangkau ketakah akhir di posisi AJK PAS Pusat disemua dewan-dewan. Terdapat juga pemimpin yang diatas nama keperluan kepentingan keutamaan jemaah ditarik dan diletakan di Kawasan terutamanya di pusat sebagai AJK PAS Pusat. Tanpa melalui proses kepimpinan cawangan, kawasan dan negeri. Khususnya dikalangan elit profesional atau tokoh pencen penjawat awam tinggi.


Fenomina kepimpinan sesuatu cawangan dengan cawangan lain disudut kepimpinan terdapat perbedaannya. Termasuklah kepimpinan diperingkat PAS Kawasan. Sesetengah PAS Kawasan berkebetulan kepimpinan PAS Kawasan adalah juga sebagai Adun kadang-kadang sekali gus menjawat Exco atau Ahli Parlimen samaada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Kadang-kadang mai tegang juga kalau tidak bijaksana pengurusan kalau Adun, Ahli Parlimen pula tidak terpilih menjawat jawatan di Kawasan setidak-tidaknya. Semuanya sedikit sebanyak menjadi duri dalam daging kalau tidak diurus pentadbiran dan pengurusan dengan sebaik-baiknya. Ada cawangan yang hebat kerana ketuanya orang hebat dan sebaliknya.

Hatta kepimpinan kawasan pun akan bermasalah sekiranya tidak ditangani. Terdapat sesetengah kawasan dan Dun mendapat Adun yang serba loket dan tidak mempedulikan parti dan ahli. Genggam tak tiris, belulang kerbau balar kering. Kadang-kadang perbelanjaan parti yang dimanahkan diluar cermat dan berhati-hati bertukar menjadi perbelanjaan pribadi guna untuk jana sendiri sesuka hati. Diluar membuat catatan perisitharan dan rela berdepan menyelesaikan yang kusut, meleraikan yang bersimpul. Sikap angkuh berhelah, mencipta reka menghalal tindakkan membersikan diri tidak melalui saloran. Pemimpin serba pengampu, selalunya cawangan yang diuruskan cacamerba dan kawasan pun tidak terurus. Rekod parti dan rekod perbelanjaan sering mengundang masalah sesama AJK dan kadang-kadang sampai bertegang urat bersimpai tuduh.

Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui dan menyelami mereka secara bersungguh-sungguh, mengikut keadaan hidup dan kehidupan mereka ahli kita, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka semuanya. Membantu kemantapan ahli dan mnegukuhkan kepercayaan mereka kepadanya. Dengan itu dia dapat menggunakan tenaga mereka untuk keperluan parti. Bukan jenis pemimpin yang mengambil kesempatan pelekoh hak-hak ahli menjadi hak pemimpin. Kisaran ini janganlah kita dikalangan PAS mengulangi apa yang umNObn lakukan selama mereka memerentah. Jangan pemimpin mencari makan diatas kepala rakyat. Pertolongan rakyat pohon mesti bersekali dengan harga upah menyelesaikan maksud. Pemimpin jangan amalkan kerja-kerja keji tersebut. Maaf cakap la, berterus terang lebih baik dari pendam benam.

Kepimpinan cawangan, kepimpinan kawasan dan kepimpinan negeri dalam menghadapi kemelut pemimpin yang mengundang masalah kepada parti, mengundang benci dan penolakkan ahli, pengundi dan rakyat jelata dikala PRU12. Jangan sekali-kali biawak hidup mewakili parti di calun kembali. Pasti calun dan parti akan berdepan kepangkuan hakim rakyat untuk memutuskan. Jenis pemimpin berjenama besar tetapi sekadar luaran kosmatik, di sana satu pertimbangan khusus, keputusan yang tepat walau pun pahit wajarlah disempurnakan. Bertindak awal lebih baik dari lengah bertindak. Kerana ianya mengundang ancaman kalau tindakkan di ambil hampir dengan hari pilihanraya. Jangan kerana cuba menyelamatkan satu individu, kita terpaksa kurbankan satu Dun atau satu Kawasan Parlimen yang mengundang dalam mengurang peluang penguasaan.

Kerana sekian lama ahli, penyokong, rakyat dan mengundi memperkatakan jangan sekali-kali calun itu, di pilih di letakkan kali kedua untuk kami undi. Kami dah tak mau dah calun tu. Cukup la. Sekalipun ianya menjadi kesayangan kepimpinan disebabkan tertentu hubungan tertentu. Justeru, usahlah memperjudikan pengundi, kerana pengundi adalah hakim pemutus menang kalahnya kerusi Dun juga Kerusi Parlimen. Walau hebat mana pun sesaorang pemimpin itu, bintang dan derjatnya, tersohornya dengan gelaran dan akdemik profesional, kalau rakyat pengundi benci mereka depa tak peduli. Kepimpinan janganlah sampaikan memusnahkan peluang menang dengan memerangkapkan parti meletakkan parti dikandang salah dipenjara kerana buruknya calun. Dikeranakan terdapat pemimpin yang tersilap memilih calun dikalangan ahli-ahli terbaik yang ramai. Kerana terpengaruh dengan lakonan pribadi diluar menyedari dan merasai melakukan kesalahan keatas amanah parti dan amanah ahli. Inilah fenomina terkini parti menghadapi kepimpinan yang ahli tersalah membuat pilihan.

Era PRU13 ahli lagi sekali jangan tersalah dan silap memilih pemimpin untuk ditunjuk angkat menjadi Adun, Ahli Parlimen. Pilihkanlah wahai ahli, wahai pengundi rakyat jelata, pemimpin anda seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu 50 tahun dahulu, 40 tahun dahulu nak cari orang menjadi calun Dun dan Parlimen tidak ada yang menawarkan diri, kerana disana mereka fikirkan kalah dalam PRU, bukan diatas dasar perjuangan maukan reza Allah. Kini apabila PAS memiliki kerajaan, PAS menjadi sebutan, pasti menjadi hambatan sesetengah dikalangan kita pasang angan-angan. Cara aku, kedudukan aku, hebatnya aku, lebihnya aku, pro nya aku, alimnya aku. Diawal dan diakhir nama ada gelaran makna. Aku lebih dari ahli-ahli yang comot, petani, nelayan, penyadat sawit, jaga kilang, pemandu teksi. Kamu tidak sesuai kerana tak pandai sesuaikan diri dalam majlis besar dalam dewan, dalam parlimen dan bersantap dengan raja dengan sultan.

Jadi akulah layak dipilih untuk jadi calun. Sana saya derma 5Ribu, sana sana 10Ribu, situ kampong pendalaman seratus. Masjid Jamik dimajlis MB berbuka puasa saya derma 100Ribu replika cek, lagi besar dermawan saya dimajlis berbuka puasa bersama MB dan Tuanku setengah juta replika cek juga. Hampa apa ada? Tengok aku derma banyak mana? Setengah kilo kurma murah tak main la. Tak layakkah aku dipilih? Replika 100Ribu dan setengah juta melambung bila cek hakiki yang bersaiz 4” X 7” sebaik dimasukkan ke akaun pokai ac dan lama katup. Reblika 10Ribu melantun dan 5Ribu pon pok. Tak pok adalah seratus kerana itu adalah tunai. Pasai apa jadi macam ni? Tat pa jangan hingaq nanti kalau saya dapat dipilih jadi calun saya bagi penuh, saya janji saya akan tunai. Sumpah!!! Tak caya gua ka!!!! Saya paparkan ini sebagai renungan sempadan, seloka maklumat. Kalau-kalau terdapat jenis tu, awai awai kita tolak ketepi kelongkang. Jangan undang masalah jemput padah.

7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Wednesday, September 15, 2010

AJAIB DAN MISTERI MENJADI MUSTAHIL - TETAPI REALITI.

AJAIB DAN MISTERI MENJADI MUSTAHIL - TETAPI REALITI.

KALAU TIDAK KERANA PEMBUNUHAN KEJAM
KEATAS DATUK JUTAWAN KOSMETIK DAN 3 MANGSA LAIN
DI YAKINI SUSPEK UTAMA TERUS SELAMAT, KENAPA?

6 Syawal 1431 - Rabu - 15 September 2010-09-15
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Sebelum membicarakan tajuk ini secara ringkas, bertepatan dengan Syawal dan kita umat-umat Islam masih berada disuasana minggu pertama bergembira menyambut hari lebaran, meraikan kehadiran hari raya Aidil Fitri Minal Izin Walfaizin. Untuk Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, pemandunya Allahyarham Kamarudin Shansudin, peguamnya Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim, pegawai bank CIMB Cawangan Kampong Baru, Kuala Lumpur Allahyarham Noorhisham Mohamad dan seluruh umat-umat Islam yang terdahulu menemui Allah mudah-mudahan semoga Allah mencucuri roh mereka dengan wangian setanggi dari syurga firdausi! Sama-sama kita membaca Ummu Kitab al Quraan Al Fatihah. Kepada semua keluarga yang terlibat, saya dan keluarga mengharapkan anda disana, banyak-banyak bersabar menghadapi musibah tersebut. Sebagai umat Islam yang beriman dengan Allah, redzalah kita dengan ketentuan Allah akan Qadza dan QadzarNya keatas setiap hambaNya. Subhanallah yang Mengetahui segala-galaNya.

Saya beranggapan kes pembunuhan kejam yang berlaku keatas jutawan kosmetik Nouvelles Visage - Empire NV yang terkenal, Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 mangsa yang lain. Episod 13 hari yang bermula 30 Ogos 2010 dan terungkai terang bersuluh pada 12 September 2010 yang lepas. Iaitu ditarikh yang sama dipersaraan resmi perkhidmatan 41 tahun Inspektor General KPN Tan Sri Musa Tan Sri Hassan yang amat disayangi lagi ditatangi oleh kerajaan Malaysia dari 3 Perdana Menteri yang kaya dengan jasa besar kepada negara khususnya kepada kerajaan umNObn 1Malaysia. Seolah-olah kes profil tinggi pembunuhan kejam tersebut sebagai hadiah khusus dalam mengiringi persaraan resmi kepada IG KPN TS Musa TS Hassan. Bye!! Bye!!! Bye!!! TS selamat pencen dan selamat bersara, sama ada dipesaraan beliau dapat tidur lena atau akasnya. Bersama bersekali timbunan kes profil tinggi lain yang banyak dipertikaikan rakyat jelata selama perkhidmatan beliau menjadi IG KPN, dapat diselesai dan ada yang diabai mejadi kes-kes tersadai terbengkalai tidak mampu dilerai.

Disebalik pembunuhan kejam tersebut, disana Allah menunjuk pandukan jalan untuk merungkai beberapa kes hilang lesap warganegara dan warga asing kes terdahulu yang ada kena mengena.Tetapi IPD PDRM Banting, Kuala Langat sepi menangani dengan hambar oleh pihak berwajib tertentu. Justeru, sebab musabab berkait dan berangkai dapat diusai beberapa kes yang sepi sejuk gedi ditangani oleh PDRM Banting, Kuala Langat.. Khasnya PDRM dan CPO Negeri Selangor Darul Ehsan khususnya OCPD Banting. Pasai apa dan kenapa? Sat lagi kita ungkai kita usai. Kerana dikelaskan non profil tinggi maka ketepi dulu dan bekukan selama ini. Sebaik suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 mangsa yang lain menggemparkan negara dikala negara diambang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 53 pada 31 Ogos 2010 dan bersiap untuk menyambut hari raya aidil fitri. Maka disini barulah ada kesungguhan sikit dari PDRM mula hidupkan balik ketuk kibas fail lama dari habuk dibuka semula, pasai apa?




Saya yakin berpandukan dengan lesunya penyiasatan kes lama keatas suspek penting utama, kalau tidak berlakunya pembunuhan tersebut suspek masih bebas terlepas sebarang tuduhan, entahlah berapa ramai lagi akan menjadi mangsa pembunuh tersebut (suspek). Minda saya memberontak dengan persoalan yang memerlukan jawapan. Berpandukan dengan keluhan dakwaan mantan IG KPN TS Musa TS Hasan iaitu campurtangan pihak tertentu dalam urusan Polis Diraja Malaysia mengawal ketenteraman awam.”Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada “command and control” dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan”. Jadi tidak perlu pihak ketiga untuk untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang”. “bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM” kata TS Musa dihari-hari akhir perkhidmatan bersuara.

Diatas fakta diatas yang diluahkan oleh orang no1 dalam PDRM, makanya saya malas dan berasa sial untuk menyebut nama pembunuh (suspek) Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 mangsa yang lain, yang telah terdapat report keatas peguam pembunuh itu dengan kes-kes hilang manusia warganegara dan warga negara dunia sedap sepi, PDRM Banting Kuala Langat buta dan lepas pandang. Tidakkah penjenayah tersebut seorang peguam yang bejabatnya bertentangan IPD PDRM Banting, Kuala Langat yang pemisahnya adalah jalan utama kira-kira 120 m jarak. Butakah sekelian warga penghuni IPD Banting Kuala Langat? Butakah atau apa? Bagaimana mungkin IPD dan OCP dan bahagian jenayah berat ringat timbul tidak memantau, hantau dan sebagainya? Bolehkah warga IPD Banting Kuala Langat lepas tangan dan berselindung diheali temucut disebatang tiang bendera 1Malaysia? Bolehkah? Penjenayah dihadapan mata IPD tak nampak? Bekerja dan berkhidmatkah anda atau apa?

Mungkin anda tidak nampak salah dan tanggungjawab anda dalam hal pengawalan, peninjauan, risikan dan apa lagi bahasa PDRM mendapatkan maklumat. Saya buka minda pembaca sekelian dengan satu contoh untuk mendekatkan kebenaran dan realiti. Katakanlah (umpama sahaja) dalam jarak 300 m dengan IPD Banting Kuala Langat adalah Masjid Jamik Banting. Manakala bertentangan dengan masjid tersebut terdapat hotel cokia, yang menyediakan perkhidmatan jalang tua macam-macam bangsa ada. Bebas pelangan menjelang masuk waktu Maghrib pelangan-pelangan setia regular, pekhun, sengket mundar mandir turun naik masuk keluar hotel cokia tersebut dengan mendapat minuman setan cap rimau, cap sauh melepaskan nafsu serakah haram jadah tak kira waktu, tak kira bulan. Faham dengan bidas cerita saya paparkan kepada pembaca.

Justeru, bolehkah, dapatkah, percayakah sekelian manusia dan penduduk khususnya Al Fadzil Tuan Iman dan Al Fadzil Imam Muda, Muaazin, Bilal, Siak, Noja, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan lain-lain pemegang jawatan hatta sekelian makmum. Semua-semua saya sebutkan tidak percaya, tidak nampak dan menafikan dengan keras, wujudnya hotel cokia sundal, jalang dan pengunjungnya memakmur memeriahkan rumah jalang hotel cokia itu. Kerja jalan tahan..... dan arak macam air tebu dipremis bertentangan dengan mesjid jaraknya 120 m. Semuanya fitnah tak ada. Percaya dan boleh percaya ka jawapan yang diberikan oleh warga mesjid tersebut kepada kita? Fikir-fikirkanlah. Kalau contoh dibawah tidak munasabah perbandingan berlaku hotel jalang bertentangan mesjid semua tidak tahu. Maka mustahil penjenayah dihadapan IPD warganya tak tahu terlepas pantau pandang.

Jadi, berpandu dengan kelohan mantan IG KPN TS Musa TS Hassan, wajar IG KPN yang menjawat resmi jawatannya pada 13 September 2010 mengambil perhatian penuh dan tindakkan warga IPD Banting, Kuala Selangor bersekali dengan penguasa atasan PDRM Selangor DE. Kalau tidak pasti, serabut tuduhan keatas PRDM. Tengok-tengoklah. Jangan sampai bunuh dalam negara kita berkesudahan macam senangnya kucing bunuh tikus.

6 Syawal 1431 - Rabu - 15 September 2010-09-15
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Tuesday, September 14, 2010

(BAHAGIAN KE - DUA) - MANTAPKAN KERAJAAN

(BAHAGIAN KE - DUA)

PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN
(KEDAH SEJAHTERA - RAKYAT SELESA)

28 Ramadan 1431 - Selasa - 7 September 2010
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

MANTAPKAN KERAJAAN

Pungutlah Iktibar Dari Pertelingkah Lawan.

Mantap atau goyah, goyang dan tumbang sesebuah kerajaan itu secara ghalibnya, kerana tidak penguasaan majoriti 2/3 di Dun maupun di Parlimen. Ianya sekadar kelaziman cermin politik dalam negara kita, tetapi tidak kepada negara-negara maju dunia. Walau pun begitu, penguasaan 2/3 menguasai Dun ianya belum tentu memiliki fungsi kekuatan, perpaduan dalam melaksanakan pengisian kerajaan. Ia bergantung erat diatas sikap persefahaman, dikalangan sesama Adun yang tidak wujud berpuak, berkelompok dan berkabilah. Mengalami perpecahan satu dalam dua dalam 1sangkar. Semuanya semata-mata menunaikan kepentingan keutamaan diri dan peribadi. Bukan berfungsi pada dasar kepentingan perjuangan, menunaikan aspirasi matlamat parti. Mereka berpecah kepada serpihan pelbagai jenama gelaran.

Contoh terkini di 2 negeri pemerentahan umNObn di negara kita. Negeri Terengganu Darul Iman dan Perlis Indera Kayangan - Darul Sunnah dimaksudkan. Sekali pun dalam 1parti 1umNObn, mereka Adun-adun umNObn mengalami dendam kesumat dengki meninggi. Sikap tidak memperakui keupayaan pengganti dan menghulurkan sokongan tiada dlam kamus mereka. Tetapi sebaliknya mengundang percakaran tegar sesama sendiri. Mereka bermusuhan berlanjutan bagai anjing dengan kucing. Kerajaan umNObn pasca selepas PRU12 di kalangan MB dengan mantan MB dan kabilah Adun-adun, seperti musuh utama perlu disembelih, dicah keting ditaket tulang kering menjadi agenda utama. Itulah fenomena yang menimpa sesama kabilah-kabilah umNObn disudut menghadapi takut kuasa puaka terlepas dari genggaman dan terlepas habuan dana di pelehap selama ini .

Kerana disebalik kuasa puaka itulah disana, terdapat banyak harta karun dan harta timbul. Berterusan menjadi cakaran rebutan khususnya kepada Adun umNObn yang menjawat MB, barisan Exco dan dikalangan Adun biasa yang mengetuai CLC dan digandakan pula dengan menjadi Pengarah atau Pengerusi Perbadanan Agensi Kerajaan baik diperingkat negeri apa lagi peringkat pusat. Hilang kuasa bererti hilanglah bukit emas dan telaga minyak ditangan. Petelingkahan dan perbalahan sesama sendiri berkaitan kuasa menjadi agenda perdana dalam umNObn. Apalagi sekiranya 1kerajaan negeri diikuti kerajaan pusat terlepas. Maka pasti macam dunia kiamat dirasai oleh pemimpin-pemimpin umNObn. Sebab itulah hina dina menimpa pemimpin umNObn, sanggup mereka kini subur balas, dalam gelar MB pak anggok ditandu telunjuk, cap ayam, cap berok dan macam-macam cap jenama, kata tajam terukir disembor, jadi mainan macam cucu-cucu mereka di Tadika Kemas mula belajar.

Walaupun umNObn menguasai 2/3 dalam Dun, kerajaan umNObn sampai kini terus berentap, berkrisis, berlaga sesama sendiri macam lembu berlaga. Ianya ibarat pelengkap menggali kubur melangkah percepatkan lagi ke titik akhir hayat umNObn. Kerajaan umNObn Terengganu dan Perlis, sebenarnya sengaja mereka sedang menyiap dan perlengkapkan diri dalam mengekori menjejaki UMno Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan untuk tukar batin kepada PR selepas PRU13 nanti Inshaalah. Saya nampak macam kebenaran dalam kenyataan dengan semerbak saya menghidu fenomena tersebut. Saya harapkan PR khususnya PAS di Negeri Terengganu Darul Iman dan Negeri Perlis Indera Kayangan/Darul Sunnah untuk mengetuai kerajaan PR di kedua-dua negeri tersebut. Ingatlah, ianya tidak mustahil dan ganjil.

Ianya serba kemungkinan diterjermahkan menjadi kerajaan PR, menerusi persediaan jihad pelaksanaan yang rapi dari PR untuk mengambil alih kerajaan, sebaik pengundi dan rakyat memberi kepercayaan undi mereka, Inshaallah. Hujah diatas dan kebenaran berada dengan kerajaan umNObn negeri Terengganu Darul Iman sekarang. Disana kepimpinan MB menghadapi pembangkang dalaman tekenal dengan cap ayam, cap sauh dan macam-macam jenama dikemukakan untuk menajam pertembungan. Perlis pula popular dengan memiliki MB suruhan kata mantan MB, disamping menghadapi pembangkang sebenar iaitu PAS-PR.

Tetapi realiti sekarang yang kerajaan PR Kedah Darul Aman, sekalipun tidak mendapat majoriti 2/3 penguasaan dewan, tetapi mendapat sokongan besar dan dukongan bulat dari Adun PR dari PAS, PKR dan DAP. Ianya tegap dan mantap mampu menghadapi kerapuhan pembangkang umNObn yang tempang dalam dan luar Dun. Walau diperingkat awal kerajaan PR Kedah Darul Aman, pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak, menghadapi gangguan, sabotaj bersepadu dari pembangkang umNObn yang bersekutu dengan macam-macam pihak berpusat di PWTC juga di Putrajaya. Walau dengan gusi yang bernanah dan berdarah, umNObn masih cuba juga mengigit dan menggugat menerusi strategi basi dalam pelbagai cara dan macam-macam gejala diusaha terhadap kerajaan PR Kedah, sehingga lanie gagal.

Pembangkang umNObn sanggup berusaha bersungguh-sungguh dalam pekara tidak sungguh. Sungguh-sungguh menabur fitnah disepanjang PR memerentah mengambil alih kerajaan. Walaupun pembangkang umNObn Kedah melancarkan penentangan bertali arus. Pembangkang umNObn tetap gagal mendapat kepercayaan berpaling tadah dari Adun PR yang memungkinkan kerajaan PR Kedah ditumbangkan menerusi rampasan kuasa kudeta dari umNObn. Seperti perlanggaran undang-undang dan perlembagaan dilakukan umNObn di negeri Perak Darul Redzuan. umNObn terus dilanda virus H1N1, apabila Adun Kota Seputih menjadi hitam legam kekosongan Dun Kota Seputih dilakukan batang tubuh berkenan, dan Adun MCA pula bercuti panjang dari BN dan Dun. Kini, tenat dan penat lelah umNObn berhasrat teruskan agenda jahat mereka untuk menggugat kerajaan PR Kedah Darul Aman pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak.







Melepasi Cabaran Mendaki Kejayaan

Selepas bulan Mei 2010, nyatalah kedudukan PR telah mendapat perhatian besar dan sokongan dari rakyat majmuk Kedah, kukuh dalam Dun. Disini, saya yakin proses semulajadi keguguran Adun PR dari PKR di Dun Kedah Darul Aman. Adalah langkah proses nyahkan petualang dan pendurhaka dari parti dalam memacu perjuangan rakyat, bertujuan mematangkan kerajaan serta memantapkan kerajaan. Menepati keadaan masa yang tepat, walau kerajaan menghadapi sedikit sebanyak gangguan, menggugat perjalanan kelancaran Kerajaan sebelum ini. Seperti menampi beras untuk menasingkan diantara beras bernas dengan antah melukut dan hampa. Ianya bermatlamat untuk melahirkan Adun PR dalam Dun Kedah bersih, seperti membasuh kain putih dengan drive atau omo dan dibilas untuk mantap warnanya berkualiti umph.

Kerana Adun PR Kedah dan kerajaan PR Kedah, mereka telah mempunyai contoh sejarah, di Dun yang klasik dibawah pimpinan sifu mereka. Kegentalan dan pejalnya kerajaan PAS-BA dengan kelebihan memerintah majoriti 1kerusi 2undi pada sesi 2004 - 2008 dinegeri Kelantan dalam Dun Kelantan. Itupun tak mampu umNObn gugat. Menteri Besar YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu dan mantap memerentah negeri Kelantan, sehingga Dun dibubarkan. Dan mencipta kejayaan cemerlang cuma tinggal 6 jahanam pembangkang (seperti dikatakan sendiri dikalangan Adun umNO sebaik menerima keputusan PRU12 dahulu), pimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz dalam PRU12 dan kembli di persada kerusi MB Kelantan, lebih gagah dan perkasa. Ahamdulillah.

Sejak mendapat perkenan Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Al Sultan Kedah sebaik PRU12 pada 8 Mac 2008 menerima hakikat yang realiti. Sesungguhnya umNObn telah tewas dan tidak mendapat kepercayaan rakyat pengundi. Selari dan selaras dengan rakyat memilih PR - PAS, PKR dan DAP untuk memerentah negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan Tuanku Al Sultan Yang Berdaulat (kata Almarhum Ustad Fadzil , “Sultan yang cukup berhemah tinggi, bersopan santun cakapnya cukup lemah lembut bila bercakap bertitah dengan rakyat jelata dan bertimbang rasa”) telah menerima baik dan menjalin kepercayaan penuh dan memperakui mengikut perlembagaan dan tubuh kerajaan negeri Kedah berpandukan keputusan PRU12.

Maka Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah memperkenankan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dari PAS mengetuai kerajaan PR Kedah dengan mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar Kedah Darul Aman yang baru. Serta diikuti sepenuhnya mengangkat sumpah memegang jawatan saf Exco Kerajaan negeri. Ianya mendapat perkenan penuh kebawah DYMM Tuanku Al Sultan. Makanya dalam masa yang singkat Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, telah menganugerah bintang kebesaran kepada YAB MB yang membawa gelaran Dato’ Seri termasuk dikalangan bebera saf Exco.




Kerajaan PR pimpinan YAB MB Dato’ Seri Azizan Razak dan saf Exconya, kini sedang mendapat perhatian, perhatian dari sekalian rakyat jelata pengundi yang bermastautin dalam negeri Kedah. Serta pengundi anak negeri yang berada diperantuan diseluruh negara. Beriring dengan salam KEDAH SEJAHTERA, dalam masa yang sama banyak masa kerajaan, YAB MB dan saf Exco terpaksa menghabis masa yang banyak dalam membuat menangani peninggalan kerja-kerja terbengkali kerajaan umNObn yang bermacam-macam kategori, kencing berak serta muntah hantu raya. Kerja membasuh ada sampai peringkat menyemak pun ada. Disamping meneruskan kerja peninggalan yang baik berjalan lancar. Jelas saat ini dah masuk usia kerajaan PR Kedah Darul Aman 2 tahun 6 bulan.

Para penjawat awam turus dan penjawat awam yang dibawahnya telah dapat menyesuaikan diri. Mengikut cara dan stail pemerintahan kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Azizan serta penjawat awam utama perlantikkan politik dibawah pejabat YAB DS MB Kedah Darul Aman. Dalam keadaan ini para penjawat awam wajib menyatakan sekongan kepada dasar dan polisi kerajaan Negeri Kedah semasa. Bukan menjadi duri dalam daging, mengugat Kerajaan negeri dari menerusi peguasaan pentadbiran dan pelaksanaan pengurusan urus tadbir diluar etika sumpah setia taat kepada kerajaan. Penjawat awam negeri Kedah adalah bebas sepenuhnya dalam membuat pilihan parti politik sokongan mereka. Tetapi janganlah berpolitik kepartian semasa ketika menjalankan tugas-tugas kerajaan yang mereka memikul memegang amanahnya.

Mana-mana kerajaan negeri dalam negara kita, bila mendapat sokongan penuh dari Tuanku Al Sultan dan Istana, serta mendapat sokongan besar dari penjawat awam, bukannya mereka umpama api dalam sekam, garam dalam laut. Disini jelas saya nampak lubang kubur resmi umNObn akan ditemui selengkapnya dalam PRU13. Makanya pada menghadapi ujian terkini adalah melalui PRK Dun Kota Seputih, yang kosong diwakili setelah Adun umNO digugurkan melalui undang-undang tubuh kerajaan Negeri Kedah. DI PRK itulah samaada umNObn berkubur dengan jasad disemadikan di PRK Kota Seputih atau mati tanpa kubur. Kedua-duanya adalah mati dalam erti kata umNObn tidak ada wakil di Dun Kota Seputih. Pasti SPR bermasalah besar berdepan dengan Speaker Dun Kedah. Saya mengulangi dan menegaskan disini, kedua-duanya jawabannya adalah mati. Kerana Dun dan Speakernya menolak dan menafikan wujudnya Adun Kota Seputih sekarang.


Mantapkan Kerajaan PR Kedah Darul Aman.

Era kerajaan PR; PAS, DAP dan PKR sekarang telah lulus dalam pepereksaan memerentah walau tempoh 2 tahun 6 bulan. Kini zaman menanam menyemai dan akan kita tuai hasilnya pada PRU13 nanti, Inshaallah. Menjadi kewajiban YAB Dato’Seri MB dan anggota saf Exconya menjalankan misi pemerentahan berpandukan undang-undang yang termaktub. Masa dan suasana, memyedari semua penjawat awam mampu membezakan tugas peranan eksekutif kerajaan dengan kepentingan bias kepada parti yang dalam PR yang diwakili. Dalam dua dalam satu iaitu kepentingan parti dan kepentingan kerajaan. Saya cukup-cukup tegar dan memegang kepada realiti, keadilan dan kesaksamaan semasa menjalankan tugas. MB dan para saf Exco dapat membezakan pelaksanaan menjalankan program kerajaan wajarlah, diselesai dan dijana sepenuhnya di Wisma Darul Aman, sekali pun wartawan media mengasak MB atau Exco untuk dapat info.
Kalau wartawan media nak juga maklumat, sila ke Pejabat Perhubungan PAS Kota Sarang Semut Batu 10, menjadi kewajipan MB sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Exco, katok tibai pembangkang umNO sebagai jawapan resmi politik diatas asak fitnah pembangkang keatas PAS pimpinan DS Azizan Razak termasuk PR sebagai Ketua Penyelaras PR negeri Kedah Darul Aman. Sekiranya berkaitan dengan urusan tadbir kerajaan dan perlaksanaan dipertikaikan oleh umNObn pembangkang, maka medannya adalah dipejabat YAB MB dan saf Exco di Wisma Darul Aman. Kalau itulah dapat dijanakan dengan membeza diantara kepentingan membela kerajaan dan disatu pihak lain keutamaan dan kepentingan politik menjaga selia parti yang kita wakili dikalangan PR. Mengelak dari tidak dicemoh dan diperlekehkan dengan macam-macam mehnah dan kerenah oleh pembangkang umNObn kepada Kerajaan PR Kedah Darul Aman. Iaitu memperalatkan alat kerajaan untuk parti.


Membela, Menjana Pengisian Kerajaan

Kerajaan negeri Kedah sejak mengangkat sumpah selepas PRU12, terus mendapat gangguan, tohmahan, fitnah yang bertali arus dengan strateji yang bersepadu dari pembangkang iaitu umNObn. PAS dan PR mampu menterjermahkan diri menjadi sebuah kerajaan dan memerentah dengan seadanya. Sedangkan oleh kerana lamanya memegang tampuk kerajaan, umNObn gagal menjadikan diri mereka sebagai pembangkang yang sehat. Mereka sentiasa tersasul dan tatkala menghadapi penyokong ahli mereka menonjolkan diri, seolah-olah mereka masih berkerjaya sebagai kerajaan. Semuanya telah dapat dipatahkan dengan bijaksana dan bersahaja oleh kepimpinan parti PR dan Ketua Eksekutif Kerajaan PR Kedah Darul Aman Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman YAB DS Ustaz Azizan Bin Haji Abdul Razak.

Sekarang umNObn telah masuk zon masa tambahan dan kini mengalami penat lelah dan letih, kerana stamina mereka dah berkurangan dan lapik perut mereka dah jadi nipis. Kegagalan tersebut, pembangkang umNObn di negeri Kedah Darul Aman dikalangan sesama sendiri kian berpecah. Pertentangan perselisisan kian menajam dan menjadi-jadi. Dikalangan mereka ada yang memutuskan mencari pengkalan baru dan ada yang berkelana. Tetapi ramai yang kecewa, mengalami dan menghadapi tekanan perasaan pupusnya kuasa berlarutan sampai menjadi tekanan jiwa. Sesetengahnya terdapat yang merintis, terkejut dan masih tak percaya yang umMObn Kedah tak ada dah Kerajaan. Lanie adalah pembangkang.

Sebab itu kita belajarlah dari sejarah, dalam menimbang parti dan memberat peragakan kerajaan. Pastilah parti wujud dahulu baru kerajaan. Tidak seperti telur ayam, siapa yang mendahului sejarahnya, menjadi teka teki sampai kini. Sokongan padu rakyat pengundi kepada parti dan mengangkat menjadi Adun atau Apar dikalangan yang berintergriti menjadikan parti kukuh dan diyakini serta kerajaan yang ditubuhkan menjadi kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dalam memenuhi keperluan rakyat. Sebab itulah sekiranya parti tersilap langkah memilih calon mewakili parti dalam PRU13 dan PRK dikalangan berudu kodok, musang atau jebon, maupun kala jenking. Rakyat terpaksa mengundi demi muslihat menjaga parti, akhirnya parti dan pengundi mendapat rugi. Parti memiliki Adun dan Apar seperti anjing menggigit tulang melihat bayang-bayangnya, atau seperti menyelamat singa lemas, akhirnya kita dibahamnya.

Komponan PR PAS, PKR dan DAP telah mengalami dan merasai keadaan sakit pedih tersebut. PR dan PAS khasnya dalam kontek negeri Kedah, jangan tersilap langkah memilih calon. Jangan lagi kita memikul biawak hidup apa lagi biawak gabok, tanggung bangkai anjing kurap yang sedang kita tanggung hasil PRU12. Beberapa ekor jebon Adun dan musang Apar. Jangan sampai pisang berbuah dua kali dan jangan mengulangi masuk ke lubang biawak. Terdapat jenis fail wakil rakyat sesi 2008 dikalangan PR baik PAS, DAP maupun PKR, rakyat mengenali dan mengawasi mereka sekarang dan jangan PR samada PAS, DAP dan PKR terlepas pandang, atau sengaja lepas pandang kerana ia merupa kroni. Anjing-anjing kurap ini, katak berudu dan kala jengking ini atau yang setara dengannya, ambil sikap putus mutlak, mereka sudah diharamkan mutlak untuk tagih calon Adun dan Apar. Kita talak tiga.

Jangan kerana mereka dikalangan Adun bijak ampu, bijak pandai pusing diperingkat atasan penguasa parti. Jangan kerana petah berhujah, pandai melepas diri berhelah, pemimpin penguasa parti mati kaki bersekali hujah kerananya. Adun jenis itu tak apa, kita kekalkan untuk semusim saja lagi, biarkanlah di dapat pencen penuh. Atau biarkanlah selepas PRU13 nanti bagi peluang dia menjawat Exco tentu dia berubah perangai bertukar sikap. Justeru, jangan sekali-kali memperjudi kehendak rakyat dan kemahuan rakyat disudut undi yang akan diberi. Parti mampu dan berkuasa meletak sesiapa sahaja mewakili parti, walau rakyat pengundi akar umbi benci dan tidak peduli. Penguasa parti komponan PR dan Penguasa PR itu sendiri ingatlah pernyataan ini. Rakyat adalah pengundi kepada calun dari mana-mana parti. Bukan calon parti yang mengundi memilih rakyat pengundi.

Rakyat adalah hakim pengundi berdaulat dalam sistem demokrasi berparlimen dalam memilih Adun dan Apar. Silap-silap edar penguasa parti dalam memutus memilih calun, dengan membelakangkan samasekali pandangan dan cadangan balas ahli-ahli parti diperingkat bawah yang mereka, urat nadi dan susah senang, panjang pendek dalam memenuhi mengisi keperluan kehidupan. Penguasa parti dan pemimpin diatas sana wajar (dalam makna wajib) mendengar dan menerima serta akur pandangan dan cadangan balas pemimpin rakyat jelata bernama pengundi hakim dalam pilihanraya. Kerana pemimpin rakyat mereka melata dan bergerak bersama-sama beriringi dengan denyutaan nadi rakyat juga pengundi setiap masa bukan bermusim. Mereka mengenali hatibudi dan perut pedai diantara satu dengan lain. Dikala senang maupun dikala susah menderita yang mencenkam. Belajarlah dari pengalaman dan dari rekod sejarah.

Bencinya pengundi kepada calun mengakibatkan parti ditolak pengundi dan hilang kerajaan. umNObn merasai kini dibeberapa negeri. Pengundi tolak calun samalah pengundi tolak parti kerana tolak calun. Parti dan calun umpama manis didalam gula, masin dalam garam. Tiada gula tiadalah manis; tiada garam tiadalah masin. Usah pisang berbuah dua kali. Tengoklah umNObn bila mereka tolak TS Mohamed Yaacob sebagai Pengerusi Badan Perhubungan umNO Kelantan dan calun-calun pilihannya, kerajaan umNObn Kelantan ranap. Samalah juga keadaan kembar menimpa umNObn di Terengganu. Bilamana rakyat benci menolak TS Wan Mokhtar sebagai ketua parti dan ketua kerajaan bersekali dengan calun-calun kroninya. Akhinya jawapan dalam PRU umum kerajaan umNObn pimpinannya ranap tersungkur. Justeru ambillah pelajaran dan pengajaran darinya. Usah mengulangi kesilapan umNObn disudut menolak kemahuan tuntutan rakyat pengundi.



Tetapi penyakit yang berat yang dapat dikesan dan dilihat oleh ahli parti, penyokong dan pengundi adalah penyakit kepimpinan PAS Kawasan, cawangan dan dewan-dewan yang sampai tahap tegar. Iaitu penyakit tidak sabar dan penyakit mempertikai ketua pemimpin, bilamana diri dibawah dipong, dibodek diampu, dipuji mengatakan anta lebih layak dan lebih berhak untuk mengisi sesuatu jawatan tersebut kerana penyandangnya dah tua dan dah tak bermaya. Sesetengahnya ada yang mengikut tari gong dipalu menari sumbang dengan langkah tempang. Gejala ini disemua posisi. Jadinya humbanlah penyakit dan bibit penyakit tersebut kedalam sungai Sungai Kedah biar dihanyutkan kelaut. Baik Adun biasa, baik saf Exco, ingtkanlah bahawasanya diri kamu berada ditempat itu, ianya bermula dari parti memberi tempat. Rakyat ahli dan pengundi meletakkan anda dikeadaan posisi menjawat Adun.

Kami dari luar sini, untuk anda anta didalam diatas sana, agar membawa terus madrasah Ramadan dan semua isi intipati Ramadan menjiwai dan membaluti roh dan jasad anda dan bersekali dengan kami seadanya. Sekupang yang disedekahkan diatas nama taqwa kepada faqir miskin, lebih mulia disisi Allah walau semilion derma dihulurkan dengan sekeping replika cheque diserah dihadapan tv dan media untuk info dunia yang penuh makna dalam tanda tanya. Justeru, pengundi adalah pengadil muktamat dalam berkuasa mewarnakan PRU dan PRK, hargai dan berilah penghurmatan kepada pengundi dan rakyat. Rakyat dan pengundi tidak merempat memohon dari kerajaan, tetapi kerajaan wajib menunaikan keperluan asas rakyat pengunsi. Parti dan bernama bakal Adun dan Apar atau mantan Adun dan Apar yang pasti menjadi pengemis undi yang faqir dikala menghadapu pilihanraya.

Parti kukuh kerana kental perpaduan ahli. Menangnya wakil rakyat dan parti kerana ahli, penyokong bersekali dan undi rakyat pengundi sepakat kata membina kecenderungan swing memenangkan kita atau kandaskan kita. Jadi ahli penyokong rakyat pengundi memberi ingatan jangan memperdagankan jawatan Adun dan jawatan Exco sebagai jelapang mencari makan dan membina kekuatan dan kabilah anjakan mendapat kedudukkan. KEDAH SEJAHTERA bebaskanlah Adun dan saf Exco dari sifat-sifat tersebut. Jadikanlah anda wakil rakyat sebenar, Exco sebenar mengikut kehendak parti dan kehendak rakyat. Jangan bila berada diatas sama, parti dan ahli bersekali rakyat pengundi dijadikan umpama ladang dan lautan sebagai destinasi memunggah hasil dan khazanah.

Siap pada: 1 Syawal 1431 - Jumaat
10 September 2010 - Menjelang Subuh

Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL IZIN WAL FAIZIN. MAAF DZAHIR DAN BATIN. AZAM DAN TEKAD MADRASAH RAMADAN YANG KITA LULUS DARINYA, UNTUK KITA BINGKAS BANGUN MELIHAT PARTI KITA PAS, DIMANAKAH MASING-MASING DENGAN KELEBIHAN DAN KEUPAYAAN KITA TAGIH MEMBANTU MEMANTAP DAN MEMPERKASAKANNYA DISEMUA KEADAAN BERSIAP SIAGA DALAM MENGHADAPI, MENGHARUNGI MENDEPANI PRU13 DAN SEBELUMNYA DI PRK KOTA SEPUTIH.