Saturday, August 25, 2012

MENANTI PARLIMEN DIBUBAR


MENANTI PARLIMEN DIBUBAR -
ibnabdullah alawab
25 Ogos 2012 Sabtu 7 Syawal 1433

Debaran PRU13, sedang ditunggu oleh sekelian parti politik, ahli dan penyokong. Menjelang PRU13, mantan Presiden umNO/Pengerusi bN mantan PM TDM dah keluarkan petua mengundi. Dalam mabuk ketupat, tersedak gulai kawah barang kali, makanya TDM kenai sungguh parti setan dan parti jenis malaikat. Bukan itu saja TDM samakan setan dengan malaikat.

Petua TDM, sampai saat ini anak mantan Mufti Perlis sebelum Dr Marza menjadi bisu kelu. Menteri askar senang diator masuk lubang cacing. Kalau inilah modai umNObN yang mainya dari kepala otak TDM, pasti rakyat dan pengundi meningkat keliru menjadi harubiru. Bila menerima petua TDM yang diluar termaktub dalam kitab yang muktabar.

Saya tak mau tudoh dan kata TDM nyanyok, atau telajah pintar terlebih pandai dan amat cerdek. Kalau nyanyok tentu dia tak pulon angkat junjung sintuk 2 puteranya. Sorang juara dancing dan sorang taukeh arak. Hak kepala botak TDM nak letak jadi MB Kedah dan tok arak nak jadi menteri pusat. Kesian dekat ahli cai umNO desa. berempas pulas sekadar jadi cai bedi anak pinak TDM.

Masih ku ingat doa Almarhum Ustaz Fadzil, dia doakan supaya Mahathir ni Allah bagi umoqnya panjang.  untuk dia tengok sebelum dia mati, umNObn akan memintasnya kedalam kubur di PRU13.

Pas n PR bersedia berganding tangan satukan minda dan sepadukan tekad, hadapailah lawan utama dimuka bumi ini diarena PTU13 iaitu umNObn.

Sama-sama kita tengok, lepas tu TDM and kroni and family melilau nak lari dan sembunyi dimana.



JANGAN HIDUPKAN TARIKH LUPUT (BIARKAN TEMEKONG, JANGAN DIANGKAT JADI SEMBILANG)


IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS: 5 SYAWAL 1433 / 23 OGOS 2012

Saya menyeru kepada kepimpinan PAS, parti yang saya sokong dan dukungi sejak 1960 ketika saya kecil mengenalinya melalui Almarhum Ustadz Abu Bakar Hamzah. Apalagi ketika beliau menjadi calun PAS di PRU tahun 1969. Beliau, Ustaz Abu Bakar Hamzah ketika itu masih segar bugar dalam ingatan saya bertanding di Kadun Sanglang beliau tewas 5 undi dengan pencabarnya Almarhum Pengulu Japaq (Dato' Jaafar Hassan akhirnya menjadi MB Perlis ganti TS Sheik Ahmad Mohd Hashim). Dan kalah di Kapar Perlis Selatan dengan Almarhom Tuan Haji Mokhtar Ismail.

Ketika itu, dipenghujung saya belajar sekolah rendah kebangsaan, Allah berikan kelebihan saya melukis. Maka saya membantu membuat poster bulan bintang (simbul PAS ketika itu) di belahan tin minyak tanah dan di papan lapis dan memasang poster merangkai ditali rapiar. Seronok ketika tu lawan dengan perikatan simbul kapal layar. Ustaz Bakar Hamzah sebaik selesai penamaan calun, malamnya mai kerumah menemui ibuku (keluarga rapat UABH) pinta emak sokong dan beri undi untuknya.  Daripadanyalah saya mengenali cicak berak kapoq, mengkarong, keridik dan sebagainya. Yakni bidalan mehnah dan kerenah kepimpinan PAS ketika itu. Dah 52 tahun berlalu dan usia saya sendiri menjangkau 60 tahun lebih.

Sejujurnya, sebaik selepas dua kali menghadapi repair jantung sejak 2010 kesihatan saya menurun mendadak. Saya  tidak terdaya berdepan dengan laptop untuk tempoh lebih setengah jam, macam-macam rentangan dihadapi. Itu pun sesungguhnya saya amat bersyukur kehadzrat Allah, kerana terus memberi roh untuk meneruskan hidup dan melaksanakan kehidupan, mengikut yang termampu disemua pekara. Sekalipun didalam keadaan sakit, jiwa dan perasaan tetap amat begelora diminda untuk melakarkan rencana, mengikut perkembangan politik semasa, khususnya PAS dan PR secara menyeluroh dan lawan politiknya. 

Kadang-kadang amat memedihkan, untuk mengharap anak-anak membantu menaip, sedangkan mereka sendiri bergelut dengan masa yang terhad. Apalagi akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan UPSR. Tak berapa hari saja lagi. Kembali kepada tajuk saya "Jangan, Hidupkan Tarikh Luput" biarkan temekong, jangan diangkat menjadi sembilang. Memungkinkan jenerasi baru tidak dapat memahami bidalan lama untuk menghadapi sesuatu kes, tanpa menyentoh tubuh badan dan namamnya, orang dulu-dulu dah ketahui siapa dimaksudkan. Jadinya siapa temekong?
Spesis ikan temekong adalah kebawah sekali kalau diperaga banding dengan ikan sembilang, seludu, pelotan, sembilang karang, pedukang dan akhirnya temekong dan bersaiz kecil sahaja. Jenis tidak bersisik dan memiliki tiga sengat duri yang agak bisa juga, terutamanya ikan sembilang dan sembilang karang.

PAS dan PR sedang berdepan dengan PRU13 ketika ini pada bila-bila masa sahaja. Justeru, fokaslah kepada persiapan angkatan balatentera pilihanraya untuk menghadapi PRU13 dengan persediaan, persiapan dan bekalan secukupnya. Jangan masa yang amat suntuk ini, kepimpinan tertinggi PAS mencuri dan mengambil masa tersebut dipergunakan untuk membincangkan pasai temekong. Sedangkan temekong tersebut pasti akan dihanyut oleh topan dan badai tersadai dipantai menjadi bangkai juga akhirnya. Biarkanlah sekor temekong itu dimasukkan kedalam pelastik kalis pecah, kalau-kalau punyai pasaran. Atau pembeli baru untuk dibesiang dikerat dimamah. 

Jadinya pemimpin PAS usah sebok peduli akan temekong tersebut. Temekong percayalah bisanya tidak berapa lah. Tapi kalau mati busuqnya memang kuat. Biarkanlah samada hidup atau mati temekong tersebut, PAS usah sentuh samasekali. Percayalah, kalau kita membincang pasai temekong sekor ni, seolah-olah kitalah cuba angkat taraf temekong untuk mendapat info dan macam kita goncang loceng jaja juai temekong sekoq ni dipapan kosong Bursa Malaysia. Kalau itu langkah PAS seolah-olah temekong reput tadi kita nak angkatnya diluar bubu menjadi ikan sembilang, Silap-silap jadi ikan tenggiri. Jangan. Biaq dari spesis temekong tu menjadi buntai atau umang-umang.

Tanak beras jati sekepoi, pakat-pakat buat kenduri selamat. Beras jati ditanak nasi makan rendang asam poi dengan temekong lengat. Cuba-cubalah.

IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS: 5 SYAWAL 1433 / 23 OGOS 2012