Tuesday, March 24, 2015

BERGEGAR MACAM LINTAR, PERJALANAN YANG KABOR - KELUBANG BIAWAKKAH KITA KALI KE2?

Penentang dan penghalang tegar

Mantan MB Kelantan DN selama 23 tahun, merangkap Murshidul Am PAS juga PSJ PAS Kelantan Almarhum Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah susuk saiz fizikal yang kecil, tetapi berjiwa besar kental dengan ilmu di dada tuntas tolak umNO(baru)bN. Tetapi Almarhum Tok Guru juga pejal perjuangan menentang umNO(baru) dan bN kerana beliau mengenali batang tuboh dan dzamir mereka yang mengepalai umNO(baru)bN adalah spesis jenis tidak boleh di pakai jumlah.

Sebab itulah sampai bersara jawatan MB Kelantan Darul Naim, secara resmi Tokguru tidak pernah bertandang dan mengemis di pintu dan di kaki lima Putrajaya, jauhlah di tepi longkang PWTC. Kalimat sakti yang Tok Guru sebut adalah dengan umNO(baru)bN jangan sampai dua kali kita di pagut ular dan masok kedua kalinya kelubang biawak. Sesunggohnya saya memegang kukoh pesanan Tok Guru, kerana saya dilahirkan di kalangan sulbi UMNO. 

Sesungguhnya Tok Guru Nik Aziz adalah kehadapan berdepan dengan puaka-puaka yang telah bercadang untuk membawa PAS untuk berselingkuh dengan umNO(baru) sejak selepas PRU 2008 dahulu. Walau sekalipun diatas apa-apa nama yang muluk-muluk 'kerajaan Perpaduan ke, kerajaan UG ke". Sikap Tok Guru Nik aziz Nik Mat amat keras dan jelas menolak dan menentang lantang UG. Tok Guru lekas dan pantas memberi amaran keras dekat geng-geng yang bertindak kearah penubuhan UG dan menghancurkan PR. Akhirnya geng ulam' UG, menarik hand break dan................... 

Pelakon dan watak-watak yang menyumbang cadangan sumbang sulit untuk berselingkuh dalam kerajaan UG itu, kita semua sedia maklum seperti hari Jumaat diikuti Sabtu kita telah mengetahuinya dengan jelas seperti photo copies. Walau nama-nama mereka saya tidak mau sebut dan angkat dalam rencana ini, anda di luar sana usahalah sendiri mendapatkan realitinya. 

Angkara UG, fitnah pun melata

Bila kita sentoh UG mahu atau kita engkar, makanya terpaksalah kita sebut tokoh-tokoh utama dan penting yang telah main peranan besar. Mereka sebagai player dan pelaku cadangan sulit di tengah malam buta. Tetapi saya ambil sikap tidak mau sebut nama-nama mereka yang terbabit.Samada mereka itu masih kekal dalam PAS atau di singkir. Auwa bertindak menjadi unta tunggangan sebagai jejambat penghubung . Kerja usaha mereka itu, tak ubah seperti api dalam sekam umpama broker perantara.

Cadangan sulit UG2008 yang telah megegar dan bergelombangnya Jalan Raja Laut dan Pulau Melaka timbul. Bingkas dan tangkas bangun, dengan  pedas menolak dan menentang sekeras-kerasnya cadangan terdesak geng-geng untuk mertabat Melayu dan pelehap kuasa dan mulut ternganga. Air liur meleleh berjela terlior sangat, mendengar janji manismu umNO(baru)bN untuk beri habuan yang besar hadiah beberapa negeri untuk PAS kuasai selepas PRU2008. 

Kegagalan cadangan sulit untuk wujudkan kerajaan yang amat popular dibibir dan dzamir ulamak 'UG', itulah akhirnya muncul penentang penentang cadangan UG tersebut. Penentang UG ini, mereka telah ditudoh macam-macam tuduhan. dilemparkan fitnah dan adu domba  kepada puak pimpinan PAS di  kalangan profesional dan sewaktu dengannya. Yang mana mereka ini gulongan profesional di awal tahun 1980 telah bersama-sama PAS. Dikala PAS susah dan dikala senang dengan mengabdi diri bergelomang dalam PAS. Mereka mendepani tribulasi dari syaitan dan rangkaian umNO(baru)bN yang geng serban jubah telior untuk semeja sekelambu. 

Macam cendawan tumboh, ramailah ulama' senior, ulamak pucuk ubi, ulama' jadian. Suara berbisa,penanya cukup tajam dan ampoh. Dituju halanya kepada pemimpin-pemimpin PAS dari gulongan profesional yang bukan ulamak. Mereka hala dan lontarkan kecaman dengan macam-macam tudohan yang dicipta. Semata-mata dijadikan alasan dan sebab mempertahan dan menghalalkan pelakon dan pelaku yang terlibat dengan idea dan nak realisasi UG terbela, dan sanggup pula mereka mencela. 

Puncanya bila pimpinan profesional dan pengikut rakyat bawah penyokong tegar PR menghalang dan menolak tuntas cadangan sulit, cadangan haram UG.Itu adalah hakikat bukan hikayat.

Antara petah dan latah

Selagi ianya bernama umNO(baru), umnO(baru) ini dengan peranan dan saranan APCO mengetahui akan hujung jatuhnya nasib umNO(baru) dalam PRU14 nanti. Alternatif vaksin dan penawar penyelamat kepada nasib umNO(baru) dalam PRU14 adalah dengan putar dan kitar HUDUD hendaklah diperkasa dan didaulatkan. Islam mesti dipertahankan. Melayu dan Raja-raja Melayu mesti dipertahankan. Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi musoh-musoh Islam juga adalah musoh-musoh Melayu. Melayu terancam ditanah airnya sendiri dan macam-macam lagi dicanang, dengan berlenang air mata buaya. Sedihny nasib Melayu dan Islam menimpa, sebenarnya angkaramulah wahai pemimpin umNO(baru)bN.

Ratap tangis dan hiba umNO(baru), rupanya geng ulama' dalam PAS merasa geli dan berminat. Serta tertarik hati dengan penuh kepercayaan bulat seperti bulan purnama. Meneliti dan menerima dengan faseh yakin dengan senda gurindam yang dimainkan oleh pemain-pemain profesional dalam umNO(baru) yang serba ultra pramatikadalah iklas nan jujur para Nabi. PAS menerusi juak-juak ulama' senior seusia badek jagong, mensanjong tinggi setinggi menara KL dan menara kembar Petronas. Gayong bersahut bersambut akan keloh kesah umNO(baru) meratapi nasib-nasib burok bakal menimpa Melayu, Agama Islam, Raja-raja Melayu dan watan. 

Mereka turut palu gong dan tiup serunai dan napiri mengiringi dengan seruan ratip ratap umNO(baru). Mereka berjabat salam dan masing-masing dikalangan ulama PAS dan pemimpin umNO(baru) amat mesra berkunjung ziarah taut ukhwah. Mereka sanggup berkunjung kerumah menziarahi ketika sakit. Samada dirumah dan dihospital. Dalam dan luar negara. Makanya tercetuslah mereka semangat dan power baru bersendikan umNO(baru). Yakni mereka bersunggoh walau seribu kali dinafi untuk bermalam dan mimpi suci dalam UG.

Lantas semboyan dihalakan kepada penentang UG berkala dan bersusun rapi mereka menyemai benih padi. getah dan swit. Kemuncaknya ulama' berkalimat barua dan broker bertembong berjabat berselawat dengan kaki boros kaki joli haramjadah, penderhaka dan jemuan.

Diatas asas itulah makanya untuk bersaing dengan pemimpin PAS profesional yang mendokong kental PR yang mendapat sokongan besar dikalangan rakyat marhean. Pemimpin profesional yang denyut nadi mereka adalah bersama susah senang dengan penderitaan kemiskinan rakyat dan mereka turun kepadang berlumpur berpeluh bersama rakyat. Yang umNO(baru) sebagai kerajaan selama 60 tahun lebih penyebabnya.

Justeru agar mereka tidak tercicir dan terpinggir dalam denyut nadi rakyat bersama mereka, makanya geng-geng ulama' telah menemui formula ampuh dan teguh menghadapi bersaing dengan Profesional PAS. Iaitu sambut dan gilap ratip selawat umNO(baru) hatta diganda dan diangkatkan lebih tinggi dari apa yang umNO(baru) ratib. Ulama PAS pasak dengan masak dan mengasak dengan lasak. iaitu kalimat sakti penganut umat Islam. HUDUD dan rangkaiannya.

Pemuka-pemuka umNO(baru) senyum panjang dan melerek kerana lakonan ratib mereka dipercayai dan diyakini sepenuhnya geng ulama' PAS. umNO(baru) dari kelab malam bertukar ke mesjjid surau berselawat distadium. Makanya ulama' PAS bertambah yakin dengan umNO(baru). Sanggup pula mereka berseteru dan memburu pemimpin PAS gulungan profesional semata-mata untuk lurus kelingking berkait.

Sesunggohnya, akhirnya umNO(baru) berjaya dengan cemerlang dan terbilang dengan setengah biji batu beracun yang di pekong dilontar  ke Jalan Raja Laut, terlentang dan mati dua ekor burong. Iaitu dalam PAS pemimpin bergasak bertarong sesama sendiri. Manaka dikalangan penyokong, ahli menjadi porak peranda dan caca merba bersengketa kerana mu geng UG. Keduanya komponan PR umNO(baru) berjaya pecahkan setelah sumbat kali ke4 DSAIke penjara Sungai Buloh.

Keduanya PR yang dibena adalah mengikut kehendak dan acuan rakyat selepas arena reformasi diantara PAS, DAP dan PKR menjadi porak peranda diatas sikap kita yang tidak taat pada ikatan janji bersama. Ditengah lemah dan kalang kelibunya PR, diatas kelemahan itulah Presiden PAS menjuarai HUDUD dan kepentingannya menurut perentah Allah bukan menurut kehendak PR.

Kemuncaknya dengan megah sebagai shuhada dimedan jihad YAB Dato' MB Ustaz ahmad Yaakob, TMB Dato' Nik Amar Abdullah dan 42 Adun lagi RUU Kanun Jenayah Shariah diluluskan. Alhamdulillah, Subhanallah. Dan bil persendirian akan dibawa kepersidangan Parlimen yang sedang bersidang sekarang oleh Presiden PAS sendiri. Alhamdulillah Subhanallah. tahniah.

umNO(baru) memungut laba

Ketika lulusnya RUU KJS dalam DUN Kelantan baru-baru ini, belum al Sultan tuanku menandatanganinya, suara sumbang dari pemimpin umNO(baru) berkembang dan bercambah. umNO(baru) sekali-kali tidak akan hancurkan dirinya dalam gabungan komponan bN kerana nak sokong RUU KJS yang akan dibawah PAS untuk diluluskan dalam parlimen. Tekanan berapi dari komponan parti-parti dalam bN nak singkirkan umNO(baru) keluar dari bN, sahlah umNO(baru) akan mengabai AhPar umNO(baru) yang berugama Islam untuk menyokong rang RUU KJS yang akan dibentang oleh Presiden PAS sendiri.

Nampaknya ulama' PAS yang faqeh ini telah ditupu hidup-hidup diatas darat. Mereka dipatuk ular kali kedua. Dan masuk lubang biawak juga kali kedua. Kalau nanti umNO(baru) mengambil sikap menolak dalm pengundian dalam parlimen rang RUU KJS yang dibawa Presiden Haji Hadi mewakili PAS. Kalau berajaya dan diluluskan saya nazar akan puasa sunat 3 hari berselang kerana keuzuran.

Sah PAS bersuloh ditengah rembang

Dalam Persidangan Raja-raja Melayu terakhir baru-baru ini, samada Dato' MB Kelantan atau Dato' TMB Kelantan yang mengiringi al Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V, sedia maklum akan butiran keputusan Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu yang tertinggi dalam negara dan negeri kita menjaga dan mendaulat Islam. 

Khabarnya Majlis Raja-raja Melayu dalam persidangannya kratas kertas Kerajaan Persekutuan membentangkan kertaskerja yakni berkaitan dengan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah - hudud. Khabar beritanya yang saheh, tetapi tidak disajikan kepengetahuan awam yang mana Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu tersebut telah membuat keputusan menolak kertas cadangan tersebut. 

Makanya kalau presiden PAS membawa bil persendirian keparlimen, dalam suasana yang damekian, sahlah puak-puak pemilik Kerajaan Persekutuan yang ditunjang umNO(baru) dalam bN, mereka tidak akan menyokong dan meluluskan hasrat cadangan Haji Hadi. 

Kalau itulah sikap dan keputusan Raja-raja Melayu dan sikap dan keputusan bakal dibuat oleh umNO(baru)bN apakah rasionalnya bill persendirian itu dibawa kedada parlimen untuk disah dan diluluskan oleh ahli-ahli parlimen. Sedangkan kunci dan mangga telah mereka perolehi.

Disinilah, sekiranya ianya sengoti benar berlaku, makanya PAS dibawah ulama' pimpinan Haji Hadi dipatuk ular tedong kali kedua dan berjaya masok lubang biawak juga kali kedua. Maaf, sekadar kita bertukar pendapat, bukan untuk bertarong menghunus keris. Tetapi pengamatan dan pengalaman lamalah kita berkata. 

RENCANA DAN GAMBAR: IBN ABDULLAH AL AWAB
TARIKH: 24 MARCH 2015 (SELASA) 3 JAMADILAKHIR 1436