Thursday, January 28, 2016

PM LANIE, MAKAN TAK HABIS – KATA ORANG UTARA.

PM LANIE, MAKAN TAK HABIS – KATA ORANG UTARA.

(NOTA: Saya yakin, Tun DMM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DS Dr Shahidan Kassim erti sangat tajuk diatas)

RENCANA  : IBN ABDULLAH ALAWAB

TARIKH     : 17 Rabiulakhir 1437 (Rabu) 27 Januari 2016

Mustajab doa, Tun DMM tengok kemusnahan umNO(baru).   

Barangkali doa yang dipanjatkan 20 tahun dahulu oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor, agar Allah Ta’ala panjangkan umor  Dr Mahathir Muhammed tertunai dan makbol nampaknya. Sekarang, Tun DMM sedang menyaksikan kehancoran dan perpecahan umNO(baru) di depan matanya diusia extra platinum. Tun DMM seksa jiwa dok tengok malapetaka sedang melanda Negara, disebabkan tangan seorang PM @ Menteri Kewangan yang mewarisi kepimpinan umNO(baru) bernama Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib TAR yang macam beraja dimata, bersultan dihati.

Parti umNO(baru) yang lahir pada 13 Februari 1988 oleh Tun DMM,  hampir mencecah usianya 28 tahun kurang 17 hari dari sekarang (kalau kata usia uMNO(baru) kini lebih dari itu adalah temberang dan bohong). Kini penyandang Presiden umNO(baru)@Pengerusi bN, PM@Menteri Kewangan, maha berkuasa sebagai Pengerusi MKN Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib TAR.

 Dengan kuasa di tangan, AP umNO(baru)bN secara menyedarinya Najib TAR merampas sebahagian kuasa SPBYDP, dibawa pindah kebahu Najib TAR. Jadilah Najib TAR penguasa tunggal pada hakikatnya yang berkuasa penoh dalam negara kita. Najib TAR kini terdedah mudah, kearah menjadinya seorang dictator. Minta disimpang jauh dinyahkan ke Lautan Hindi dari dipengarohi syaitan, jin dan iblis.

Justeru Tun DMM dengan mendapat sokongan dari banyak pehak NGO, persaorangan, mantan menteri dan sebagainya, telah berpadu muafakat sedang berhempas pulas menentang penguasaan Najib TAR. Tetapi dah 2 bulanterakhir ini penentangan Tun DMM dan gengnya mulai slow, kenapa dan mengpa? Manakala Najib TAR pula bersikap membujor lalu melintang patah dalam  membalas ancaman dari Tun DMM menerusi macai yang setia kepadanya. “Tidak dapat tandok, telinga aku pulas”.

Hakikatnya cengkaman buah cator politik umNO(baru) kini, berada dalam penguasaan besar ditangan Najib TAR. Kini Najib sedang mengasah taji kaki dan taring gigi bersalut dengan tembaga suasa tunjukkan kuasanya tak dicabar.  

Menjejak tapak & lejang Najib TAR.

Ketika hampir di penghujung kuasa DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM ke 5 dan Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN. Semasa menyandang Timbalan PM, DS Najib TAR telah menzahirkan dirinya adalah bersekutu, berpadui aur dengan tebing. Hatta macam kembar Siam atau umpama tahi dengan kentut diantara dirinya dengan DS Dr Ahmad zahid Hamidi ketika itu. Najib TAR telah bokti kepada seluroh rakyat pengundi khususnya kepada sekelian ahli dan penyokong umNO(baru) bahawa dirinya tidak selebik lembut seperti tohmohan dekatnya sebagai mana dilontar oleh beberapa pemimpin umNO(baru) di kawasan maupun negeri.

Maka Najib TAR terpaksa boktikan bahawa beliau adalah pemimpin yang keras yang berdarah pejuang Bugis membujor lalu melintang patah. Bila sauh diangkat dan layar ditebar, walau topan dihadapan mula meniup, sumpah pahlawan Bugis berpatah balik kepengkalan tidak ada dalam kamus. Melainkan mati. Itulah wajar kita rakyat pembayar cukai hendaklah mengenali seorang menesia bernama Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib TAR yang kini PM ke 6 untuk Malaysia.

Ketika itu PRU 12 baru berlalu yang mana penguasaan umNO(baru)bN dalam Negara perlahan mengecut dan menirus. Hatta beberapa negeri tradisi dan negeri baru Berjaya ditawan pembangkang PAS, DAP dan PKR. Dendam membara Najib TAR diatas kekalahan umNO(baru)bN. Dari lembek rakyat kata Najib TAR, akhirnya Najib TAR menyambut cabaran.

Maka Najib bangun melangkah gagah bertindak menjadi grombolan lanun bersama Zahid Hamidi. Mereka berdua mulakan formula dan membuka langkah untuk merampas kuasa atau kudeta kerajaan yang sah dipilih rakyat di negeri Perak Darul Redzuan. Najib dan Zahid melancarkan peluru dan peledak untuk melumpuhkan kerajaan PR pimpinan Ir Nizar Jamaluddin sepertimana yang telah sedia kita maklum. Kong kalikong ketika Najib TAR menjadi kepala lanun dan Ahmad Zahid menjadi penolong ketua lanun.

Maka pada 4 Februari 2009 rampasan kuasa atau kudeta keatas kerajaan yang di terajui oleh DS Nizar Jamaluddin pun tumbang berkubur. Semuanya adalah hasil usaha oleh Najib TAR bergandingan dengan Ahmad Zahid. Itu Najib tunjukkan kejantanannya dekat kerajaan pembangkang Pakatan Rakyat. Makanya kejayaan itu Najib dan Zahid terus beriringan melangkah dan kerkah mangsanya dikalangan umNO(baru) sendiri dan diluarnya dikalangan penjawat awam.

Sebaik beliau berkuasa penoh menjadi PM, sesama sendiri sesama parti dalam umNO(baru)bN, Najib test market menunjukkan bahawa beliau Presiden umNO(baru) yang berani tidak pengecut serta seorang PM yang berkarisma. Beliau telah memecat Mb Trengganu DS Ahmad Said kerana tidak mengikut dan menurut telunjuk Najib TAR. Mat Said engkar akan kehendak dan kemahuan Najib. Lantas Ahmad Said dipecat dan pantas diganti dengan penyandang baru. Kini Trengganu berliku pentadbiran kerajaannya dihujung tandok kerana hampir seimbang penguasaan dengan pembangkang.   

Gejala penentangan ini berlaku keranmu skandal terbesar diabad ini iaitu 1MDB dan banyak lagi cabang-cabang skandal dan salah guna kuasa sebagai PM juga sebagai Presiden umNO(baru). Mangsa terbesarnya adalah Najib TAR telah memecat Timbalan Presiden umNO(baru) TS Mohiyaddin Yassin Sebagai Timbalan PM diganti dengan regu kudeta rampasan kuasa kerajaan Perak dahulu iaitu DS Dr Ahamd Zahid Hamidi. Serentak dipecat adalah Naib Presiden umNO(baru) TS Shapie Apdal. Rupanya pemecatan pemimpin top 2 & 3 itu Najib Tar masih selesa berkuasa di PWTC maupun diputrajaya dengan lebih ganas dan kejam tindakkan dilakukan. Semuanya untuk menyelamatkan diri walau Negara hancor punah ranah. 
  
Sah Najib TAR jadi PM.

Lembaran sejarah merekodkan yang mana Tun DMM mantan PM ke 4 (15 September 1978 - 6 Julai 1981 jawaan TPM, 6 Julai 1981 - 31 Oktober 2003 jawatan PM tempoh 22 tahun) manakala Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan PM ke 5 (Januari 1999 – 31 Oktober 2003 jawatan TPM, 31 Oktober 2003 – 3 April 2009 jawatan PM tempoh 5 tahun).

Mereka sedang menyaksi peganti PM ke 6 (7 Januari 2004 – 3 April 2009 jawatan TPM, 3 April 2009 – sekarang PM) Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib TAR, Najib TAR sedang membawa Negara dan mengundang Negara dikenali sebagai Negara top rasuah di dunia. Huuuhhh!!! Hep! Hep! Horey.Hep! Hep! Horey, Hep! Hep! Horrey!. Hebat Negara kita kini, terkenal diperengkat dunia kerana prestasi rasuahnya direkodkan mencapai peningkatan yang mendadak  saban tahun sebaris dengan Zambawie. Beriringan dengan MH370 lesap tak tau kemana dan  MH17 jatoh ditembak di Ukrin Negara kita kini dikenali dunia.

Semuanya kerana usaha dan inisiatif bersunggoh-sunggoh PM @ Menteri Kewangan, Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib TAR melaksanakannya. Hebat dan tidak terlawan oleh mantan PM terdahulu baik yang masih hidup maupun yang dah mati. Termasok TAR juga tewas kepada anaknya Najib dalam merealisasi sebagai seorang PM yang berani, sunggoh-sunggoh berani menggunakan sesuka hati duit harta rakyat pembayar cukai macam milik dia anak beranak bersekali bini ke2nya.

Tamat perkhidmatan 5 PM, menerusi UMNO asal/Perikatan (simbul kapal layar) dan umNO(baru) bN. Makanya PM KE 6 yang mewarisi legasi umNO(baru)bN; Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib TAR cukup bergaya berkuasa. Ganjilnya, macamana terpanggil Wanita Pertama Negara dekat batang tuboh RM isteri kedua Najib TAR.

Sedangkan WANITA PERTAMA NEGARA adalah SPB Raja Permaisuri Agong. Mulalah rakyat curiga dan beliak mata menunggu, apa lagi yang RM wanita pertama Negara akan laksana niat yang terpendam untuk dizahirkan sepuas dan secukupnya. Benar sangkaan rakyat pembayar cukai, Najib TAR dan RM sentiasa di angkasaraya setiap bulan dari bandar Negara dunia berpusing singgah dengan belanja mewah. Duit siapa mereka boros itu broo?

Mulalah rakyat Negara pembayar cukai, mempertikai, pembabitan isteri kedua DS Najib TAR, diangkat menjadi wanita pertama Negara. WPN tersohor  sentiasa melaram bergaya dan berbelanja besar untuk hiasan dirinya, serba mewah lagi mahal mencecah 7-8 angka harga. Berjoli dengan membabitkan duit rakyat pembayar cukai, ianya amalan harian WPN RM dan Najib TAR sendiri termasok dalam hiburan menyanyi menari. Jet Negara rakyat pembayar cukai sebiji macam miliki hakiki mereka anak beranak. Haramjadah (pinjam kata Najib TAR sendiri, maaf kalau kasar) sunggoh mereka, mereka berbelanja dainosour seperti harta pesaka peninggalan emak bapak mereka.

Penjilat: Mulut disumbat kaki diikat.

Dalam menghadapi suara-suara penentangan dari blok pembangkang maupun penentang dari dalam  kalangan umNO(baru) itu sendiri. Samada yang telah bersara dari politik dan kerajaan termasoklah dikalangan sesama sendiri yang masih berkhidmat dalam politik dan kerajaan.  Dari pemimpin cawangan dan kawasan yang dipilih oleh ahli diperengkat parti. Bila mereka mendapat kedudokkan mereka rupa kiblat bersama rakayat bawah. Tetapi mereka telah memilih dan  kalih disudut sokongan itu, mereka rela bersekutu  menjadi macai yang taat setia dekat Najib TAR. Najib TAR Berjaya dengan cemerlang tambat ikat kaki mereka bilamana sebaik mulut mereka disumbat sampai kedalam rongga perut sarat dengan RM 7-8 angka.

Mulanya soksek soksek, akhirnya menjadi benar lagi beracun. Ianya terpaksa dilalui oleh PM Najib TAR ketika mengendali Putrajaya dan mengurus PWTC. Hampir tidak berbaki, warga pimpinan negeri,  kawasan umNO(baru) dan komponan bN semuanya Najib junjung. Dikhabarkan Najib TAR telah beli mereka menjadi khadam dan jurucakap resmi untuk membelanya dari sebarang  tudohan. Mereka akan menyangkal dan membawa sekoyan alasan untuk menafi dan membela tuannya Najib TAR. Walau akal yang sejahtera tidak dapat menerima akan reka bokti dikemuka, diketengah sebagai alasan membersih menyuci Najib TAR. Pantas mereka  respon dekat rakyat Negara dan dari orang luar, bahawa Najib TAR insan suci seperti kelambu Kaabah di Mekah.

Najib TAR bersahaja dalam menghadapi dan membendong skandal besar yang melengkari batang tubohnya iaitu 1MDB dah menjadi RM45B katanya. Dalam menghadapi kecaman derma dari Arab gila RM2.6B dan rangkaian dengannya termasok berita yang disiarkan dalam WSJ, SR dan lain-lain berkaitan Najib TAR terlibat dengan skandal salah guna kuasa dan rasuah. Sekalipun Najib gagal untuk kehadapan memberi penjelasan sebagai menafikan semua tuduhan yang dikatakan kepadanya. Tetapi Najib TAR Berjaya dengan tipu helah putar belitnya jadikan beberapa ketua jabatan utama dalam kerajaan dijadikan perisai dan tembok kebal melindungi Najib TAR. Walau Negara porak peranda.

Pendedahan  WSJ dan SR dibiarkan berjalan diperkatakan seluroh dunia. Tanpa dijawab dengan fakta, serta  tindakkan undang-undang diambil. Sekadar menjawab menafi  auta sahaja. Akhirnya bila terjerat menjadi isu berat terhimpit sampai pintu jamban, RM2.6B dalam akaunnya adalah derma dari Arab gila. Sampaikan Najib tidak tahu RM42,000,000.00 masok dan silap mata sapa keakaunnya pula.

Najib TAR, rempoh dan lumpoh.

Langkah utama dilakukan Najib TAR adalah porak perandakan PAC dengan anggota PAC sedia itu dipindahkan dengan cara dilantik oleh Najib menjadi menteri dan timbalan menteri. Peganti mengetuai PAC adalah barua kitar semula pengampu tegar. Jadi masakan PAS akan teruskan serius menyiasat 1MBD melainkan acah-acah wayang kulit sahaja. Manakala lebih jauh dan berani dari itu, Najib TAR telah bubarkan Special Taskforce yang sedang menyiasatnya. Peguam Negara TS Abdul Ghani Patail dipecat dan sertamerta tempatnya digantikan dengan pecacainya sebagai AG yakni ahli umNO(baru) TS Pendi.
Untuk melengkap langkah dan tindakkan lebih jauh Najib lakukan bersahaja. Walau rakyat pengundi pembayar cukai dan dunia luar tengok, bahawa sang Najib TAR ini sedang persiapkan dirinya untuk lengkapkan dirinya menjadi diktator tulin. Pegawai SPRM yang sedang menyiasat kes skandalnya ditangkap dan disiasat oleh PDRM dan diganggu digam dengan tukar. Diletak dibawahnya tanpa tugas tampa meja. Juga pegawai kanandalam PDRM dibesara dan ditukar sesuka hati Najib membuat arahan.
Pegawai BNM disiasat dan dokumen mereka dirampas. Hatta suara sumbang turut berkumandang bahawa gabnor BNM TS Aktar Aziz akan ditangkap atau dipecat. Politik Negara menjadi tidak tenteram. Ekonomi Negara merudum bergandingan dengan nilaian RM yang jatoh setiap hari. Rakyat sengsara menghadapi kos saran hidup yang tinggi dan mencekam kehidupan. Semua itu tidak berhenti disitu. Najib Nampak penentangan masih berbaki dan mereka menguasai negeri sebagai  MB Johor dan MB Kedah.
Di Alor Setar sekarang, Mukhriz dok ketaq demam tak kebah, dahi dan kepala berpeloh tak berhenti. Lutut mula longgaq dan duduk berdiri bergegar sambil lap air mata yang mencurah. Kerana masa lanie YAB DS Mukriz Tun Mahathir sedang menghadapi pada frasa terakhir, bersiap sedia terpaksa melepaskan jawatan  Menteri Besar Kedah (tak genap sepenggal). Telah  dan telah kemaskan fail dan barang pribadi di Kota Darulaman dan dibawa pulang kerumah. Bukti yang jelas petunjuk tepat  yang mempercepatkan lagi Mukriz ayun kaki dari kerusi MB Kedah yang berpusat di kota Darulaman adalah hari (Rabu 27 Januari 2016, 10.15 pagi) ini.
Dalam mesyuarat mingguan Exco yang dilantiknya, cuma muncul hadir 3 orang Exco bermesyuarat setia kawan dengan Mukhriz. Jumlah besar Exco yang lain mereka telah cungit sokongan (munafik politik) bersama penentang Mukriz. Yang mana semua mereka adalah mesra kamcing PM@Presiden umNO(baru) yang ni berpaling tadah menyokong Ahmad Bashah. Bahasa tuntas politik adalah berpaling tadah sokongan munafik politik. Mungkin hari ini Rabu 27 Januari 2016 mesyuarat terakhir kerajaan pimpinan Mukriz.
Hampir sah dan pasti beliau akan mengiringi TPM TS Mohiyaddin Yassin dan Shapie Apdal bakal dipecat oleh Najib TAR yang berkuasa penoh dalam umNO(baru)bN maupun dalam kerajaan pusat bN.  Masa terdekat sedang menghantui Mukriz.  Ianya adalah putaran pusingan sejarah. Dulu Tun DMM singkir Musa Hitam, Tun Salleh Abas dan YA Hakim-hakim yang tidak mengikut telunjok Dr Mahathir ketika itu. Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim juga adalah mangsa kepada dr Mahathir juga dipecat. Inilah dikatakan rukun hidup dunia. Tengok anak dia pula dihina sekarang. Simpati pun ada, padan muka pun ada.

Saya menjangkau.

Saya sebagai seorang yang meniliti memerhati kejadian dan jangkauan politik yang dijalankan oleh Najib TAR selama ini, sejak itu tertanam kemas dihati saya  dan meyakini penoh bahawa pelengkap herba survival politik Najib Tar dalam apa keadaan sekali pun yang Najib TAR akan mengharunginya, makanya Ahmad Zahid mestilah berada disisinya. Sebaik Zahid Hamidi berada disisi ditepi Najib TAR, maka Najib TAR menjadi perkasa lebih berani dan lebih tangkas sepentas untuk corak putaran umNO(baru) perengkat pusat, negeri dan kawasan. Serta Najib mampu dan berani membujor lalu melintang patah untuk bertindak menjorong  Negara mengikut acuan niat dihatinya. Bila niat itu untuk dizahirkan dan diterjermah, baik di PWTC maupun di Putrajaya.

Negara sedang mengalami  berdepan dengan turunnya harga komoditi Negara yang mampu menjunam keduduokkan ekonomi Negara. Dengan berdepan pula  nilai duit RM yang jatuh tanpa noktah sampai sekarang. Rakyat menghadapi beban dan penderitaan hidup susah hampir seperti kembali zaman  Jepun dan Bintang 3 memerentah Malaya dalam perang dunia ke 2 dulu. Najib TAR mencengkam rakyat jelata untuk menyelamat dirinya dari beban penyelewengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Najib TAR sedang berusaha bersunggoh cover dan bertindak mendinding membina tembok agar rakyat pembayar cukai lupa dan bebas dari memperkatakan Najib TAR ditengok bersih suci seperti kain putih cucian sebotol Clorox.

Walau Najib Berjaya menyingkir penentangnya sekalipun habis sekandang, Najib akan lakukan kerana demi dirinya terselamat. Walu Najib TAR dibersih dicuci dengan mandi 7 kali air bunga dan 7 kali air zam-zam setempayan habis. Tetpai ianyna dilakuan seorang diri diuar mahkamah oleh AG TS Pandi Ali, bertindak dirinya sendiri menjadi hakim. Rakyat Negara pembayar cukai masih tidak percaya akan kerja buat penyucian oleh Pandi AG keatas Najib. Rakyat masih yakin Najib terpalit dengan najis yang mesti dibasoh 7 kali melalaui pinru mahkamah dengan pendakwaraya yang addil dihadapan hakim yang saksama dengan pembelaan peguambela yang handal.

Lupakah Najib? Menjelang PRU 23 yang lepas, Najib merayu siang daa malam, mengemis merayu dekat rakyat hakim pilihanraya, “Saya tahu saya bukanlah Pm yang sempurna dalam dunia, tetapi saya merayu kepada rakyat pengundi sekelian, berilah saya peluang satu penggal lagi untuk saya membaiki segala kelemahan yang lepas”. Rakyat telah beri peluang dengan menerima raayuan Naajib tersebut.
Haramjadah! (maaf pinjam kata Najib sendiri, maaf) Najib telah menghianati rakyat pengundi sebaik dia dilantik menjadi PM kali ke2. Najib naikan harga minyak, Najib naikkan tol, Najib kenakan tengkok setiap rakyat dnegan cukai GST dan kroni-kroni mendapat projek bagi terus bernilai billion RM. Najib berniaga maya dengan 1MDB dan sekutu perniagaan. Akhirnya mengundang 1MDB bertimbun mengumpol hutang yang tidak diketahuai apa butiran perniagaan dan akaun yang dibuat. Negara papa kedana menanggong hutang keranamu Najib Najib nilai RM merudum bersekali dengan harga minyak dan dllnya merudum juga.
Saya yakin walau Najib Berjaya melepasi itu semua, tetapi itu-itu semua adalah sementara. Kerana Najib terpaksa bubarkan parlimen juga untuk PRU 14 dalam tmepoh 2 tahun dari sekarang. Tak tahulah dengan kuasanya yang besar sebagai Pengerusi MKN beliau akan padamkan dan gantongkan perlembagaan Negara atas nama keselamatan dan beliau kan menjadi pemerentah dictator?
Pemecatan Mukriz sebagai MB Kedah dan terus mendera Kelantan, Johor dan Trengganu, saya yakin genrasi ‘Z’, ‘Y’ dan ‘Z’ dalam PRU 14 ini mereka tidak termakan lagi rayuan minta tambah peluang sepenggal kepada Najib untuk terus memerentah. PRU 14 umNO(baru)bN, InshaALLAH akan menemui kuburnya yang telah digali sendiri oleh Najib TAR sejak tahun 2014 lagi.
RENCANA  : IBN ABDULLAH ALAWAB

TARIKH     : 17 Rabiulakhir 1437 (Rabu) 27 Januari 2016


Saturday, January 16, 2016

AMANAH : MENGUKUHKAN AKAR, MENJULANG PUCUK – PH DI GEMBELING

AMANAH : MENGUKUHKAN AKAR, MENJULANG PUCUK – PH DI GEMBELING.

Rencana       : IBN ABDULLAH ALAWAB

TARIKH        : 15 January, 2016 (Jumaat) 5 Rabiulakhir, 1437


Sejarah tidak berbohong.

Bila saya berhajat untuk membikin rencana ini, yang membicarakan tentang PARTI AMANAH NEGARA - AMANAH. Iaitu parti yang saya menyertainya bersama dengan isteri dan anak-anak, sebaik ianya didaftarkan oleh Pendaftar ROS pada 16 Oktober 2015 yang lepas. Hari ini 16 Januari 2016 genaplah usia AMANAH 4 bulan, Alhamdulillah. Saya terpanggil untuk membicara akan AMANAH ini. Sejujurnya saya pasti gagal untuk membicarakan AMANAH, kalau saya tidak mencari perdu tunjangnya yang mengundang kepada tertubohnya AMANAH.

Lahirnya PARTI AMANAH dalam Negara kita, ianya merupakan satu tuntutan dan keperluan yang dinanti  rakyat untuk  menganggotainya setelah mereka keciwa dengan perubahan hala tuju PAS. AMANAH amat senifikan, ianya bukan satu kerja yang main-main dan suka-suka untuk memenuhi selera serta atau mengisi masa  lapang setandan pemimpin setelah muktamar menolak mereka dengan talak tiga dari PAS. Saya mengulangi; penubuhan AMANAH adalah satu tuntutan dan keperluan untuk berperanan dipersada pentas politik semasa Negara untuk berbakti kepada rakyat dan Negara. Memikul tanggongjawab bersama dalam pasokkan PAKATAN HARAPAN yang telah dikat ikrar dengan menteri perjanjian pada 9 Januari 2016 yang lepas.  

Kelahiran AMANAH bukanlah suatu kerja yang sengaja dan gatai tangan serta gatai mulut. Tetapi kelahiran AMANAH telah diusahakan dengan penuh rasa tanggungjawab, berhati-hati dan cukup amanah. Memikir dan menimbang buruk baik dan kesannya oleh mantan setandan pemimpin PAS pusat yang disingkir menerusi muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor. Ianya berlaku sebagai respon yang pantas, juga merupakan jawapan tuntas keatas penyingkiran yang langkah tersebut PAS tidak menduga secepat itu AMANAH mampu dituboh dan digerakkan terlalu pantas. Sebenarnya penyingkiran secara menyeluroh lebih awal dan serentak, berlaku di perengkat cawangan, kawasan dan negeri lebih awal dimuktamar masing-masing.

Cukup ngeri usaha-usaha penyingkiran yang rapi, diprogrem oleh kepimpinan ulamak terhadap pemimpin PAS gulongan profesional dan NGO yang mengaplikasi kerja secara profesional. Seolah-olah gulongan profesonal yang mendapat sokongan rakyat dan dihati rakyat menjadi halangan dan saingan kepada geng ulamak disudut sokongan ahli dan rakyat. Jadi mereka perlu dinyahkan segera sebelum menjelang PRU 14. Barulah akan tercapai dan tertunai kehendak dan bisik-bisik suara gajah ulamak selama ini yang tersekat dan terbantut bersabit dan berkaitan dengan UG.  

Nilai yang terkulai dari ulamak.

Berjiwa besarlah wahai uztaz ulamak, sedar dan insaflah bahawa pemimpin professional yang bukan ustaz dan tidak ulamak berganding NGO itulah sejak 35 tahun dahulu, mereka menjadi tonggak dan pengerak utama PAS siang dan malam berceramah menemui rakyat. Sejarah merekodkan 35 tahun dahulu sampailah tahun 2000 dikalangan merekalah, kalau mana-mana kawasan dan cawangan PAS, perlukan dana untuk membina dan siapkan markaz, terbayang dikepala mereka untuk menampong pembiayaan siapnya, hendaklah diadakan ceramah dan penceramah bakal diundang.

Sesunggohnya sumber dana dan kewangan itu berada dalam mulut Mat Sabu, mulut Salahuddin Ayub,mulut Husham Haji Musa,  mulut Mahfuz Omar, mulut Khalid Samad, mulut Dr Hatta dan beberapa lagi untuk program ceramah perdana dan pasti agenda niat adalah untuk dapatkan dana dari sekelian yang hadhir. Alhamdulillah.

Mereka adalah pemimpin yang telah tebokti tahan diuji sepanjang masa dalam memperjuangkan kebenaran. Mereka berdepan dengan semua keadaan ancaman tribulasi. Kerana berbekalkan ketabahan dan kesabaran dengan iman yang kental pejal.  Mereka dengan berani melangkah dan pasrah menentang penyelewengan kerajaan. Yakni kezaliman oleh umNO(baru)bN. Yang mana umNO(baru) kirimkan berdepanan mereka ketika berceramah atau demo, adalah askar upahan seperti FRU, polis, dan sewaktunya. Mereka telah lali dan mangli dengan lokap, penjara dan sebagainya. Serta masok keluar mahkamah. Menghadapi perbicaraan mungkin baki perbicaraan 5 tahun lagi tak selesai.

Mereka berjuang untuk kepentingan rakyat didaulatkan. Mereka pemimpin tadi, bersikap tuntas untuk menjatuhkan umNO(baru)bN melalui dan menerusi PRU. Mereka adalah pemimpin professional dan NGO yang mendukong sepenohnya PR bermula dari BA dan sebagainya. Mereka bukan berjuang sekadar duduk berkuliah di mesjid diatas member atau berkuliah disurau. Yang mana selesai majlis kuliah, setamat mengajar dok tunggu salam bersampul dengan pemanggil atau penganjor, yang sama-sama faham akan tafsir salam tersebut. Salam bersampul ini kadang-kadang mejadikan kali terakhir ia kesurau tersebut.

Doktrin pemisah kepimpinan.

Secara totoknya gerakkan padu geng ustaz ulamak mendapat restu penuh dari Presiden, KDU, Timbalan MA dan beberapa pemimpin kanan  lain. Jadi para ustaz  bertembong dan bertempor dalam muktamar ke 60 di Batu Pahat Johor tahun 2014. Melalui doa laknat yang dibacakan oleh Dr Azhar Yaakob yang diaminkan oleh sekelian penyokong. Selepas daripada doa itu, ianya adalah secara resmi izin dari presiden untuk mereka menjalankan peranan berterusan keseluroh Negara. Matlamatnya adalah untuk tolak sepenuhnya pemimpin professional dan NGO dari memimpin PAS. Peranan ini dijayakan oleh Nasaruddin Mat Isa dan Dato’ Hassan Ali dan beberapa batang tuboh lagi yang menjadi broker politik kepada umNO(baru)bN.

Usahasama dan gandingan padu dari mereka dengan mendapat liputan besar dalam MediaPrima (TV dan akhbar) RTM Utusan Meloya ketika itu berita utama dimuatkan adalah pemimpin ulamak PAS dan para ustaz menjelang muktamar dan ketika muktamar dapat liputan penoh. Diatas kekeliruan itulah dalam muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor hasil besar muktamar adalah; PAS tolak kerjasama dengan DAP dan otomatik PR berkubur disaat itu. Keduanya  mereka Berjaya dengn cemerlang, singkirkan segugus pemimpin professional dan NGO dimuktamar tersebut.

Sepoi-sepoi angin  bertiupan akhirnya menjadi kencang. Iaitu hasrat Haji Hadi Awang dan Dr Haron Din UG yang dicanang mula, hendaklah dibajai dan dijurus air untuk naikkan candek dan pucok. Missi UG adalah bermatlamat satukan Melayu demi perpaduan Melayu disatukan dikaki umNO(baru)bN untuk mertabatkan islam.  Dah lama disemai dan berhajat untuk menuainya. Sudah pasti rancangan tersebut dalam PAS akan wujud pro dan kontranya.

Bila Presiden berkehendak, Mursidul Am dan Ketua DU seia sehati, makanya doktrin pemisah gulongan professional dan NGO, adalah pengkhianat dan penghalang kepada PAS untuk laksanakan HUDUD. Ahli pengikut penyokong dibawah  ditanam dan dipasak. Pasti akan lahir percanggahan dan perpecahan dalam PAS kerana nakkan UG. Maka penentang UG ini disimpulkan sebagai gulongan yang menentang ulamak. Maka mereka perlu disingkirkan dari PAS untuk memudahkan kehendak Presiden, Mursidul Am dan Ketua DU. Setiap masa kumpulan ustaz ulamak dok hambat dok ligan sesiapa yang tak bersetuju dengan presiden,”sila keluar dan tinggalkan PAS”. Bila dah ramai yang tinggalkan PAS, mereka gelisah dan resah kata pula,”sesiapa yang tinggal dan keluar dari jemaah mereka kafir dan tinggalkan islam”. Pening kepala dibuat mereka broo.

Sebagai peringatan kepada yang jahil maklumat dan tandus kenyataan, berhentilah menuding jari dengan menudoh pelbagai dengan kecaman serta gelaran burok dan sebagainya diatas kelahiran AMANAH dan pemimpinnya. Berhentilah dari meratip dan terus menghina AMANAH dan memperlekeh pemimpinnya. Ingatlah, bahawa mereka yang kamu perlekeh dan kamu hina itu, mereka adalah pemimpin yang berjasa besar kepada PAS selama dan semasa mereka mewakafkan diri mereka dalam PAS. Mereka lebih awal daripada pemimpin ulamak yang setahun jagung menyertai PAS dan mendapat nikmat darinya kerana PR yang merekalah berusaha menjayakannya.

Membujor lalu melintang patah.

Setiap pemimpin yang disingkirkan itu, mereka telah memberi saham yang besar kepada PAS berkaitan perkembangan dan kemajuannya dalam pentas politik tanah air. Ianya menjadi kegelisahan dan ketakutan besar kepada sekelian pemimpin umNO(baru)bN. Seperti mereka takut bertemu singa dan harimau dihutan untuk tempoh dua kali terakhir PRU. Bukan pemimpin umNO(baru)bN sahaja yang takut dengan mereka, rupa-rupanya ianya berjangkit ketakutan itu kedalam rumah PAS sendiri yakni pemimpin PAS itu sendiri.

Hakikatnya gulongan ulamak ustaz takut kedudukkan mereka akan terjejas, terancam dan terpinggir sekiranya PR terus menjadi dominan dan kukuh untuk PRU 14. Sudah barang pasti gulongan professional berkedudukkan dalam PR dihargai rakyat pengundi kerana mereka sunggoh-sunggoh menjulang PR untuk ke Putrajaya dengan usaha besar buka NIAT sahaja. Dari mereka tersisih, lebih baik langkah awal kita bertindak dengan memintas singkirkan gulongan professional dan NGO dari PAS, hendaklah disegerakan. Manakala umNO(baru)bN takut berkubur dalam PRU 14, makanya  sepakatlah dan sependapat nyahkan mereka. Maka untuk bersama umNO(baru)bN demi HUDUD dapat dibawa ke Parlimen, makanya musoh utama mesti disingkir terlebih dahulu, baru mudah kerja-keraj nak dibuat.

Maka disinilah lahirnya geli dan keletek umNO(baru) dekat pemimpin PAS yakni ‘HUDUD’. Kalau Pas nak laksanakan ‘HUDUD” kami umNO(baru) bersedia menghulur tangan bekerjasama dengan PAS demi untuk mertabatkan Islam dan menjaga kepentingan Melayu. Jarum galah yang dimain selama ini oleh Nasarussin Mat Isa dan Hassan Ali telah berhasil dan pemimpin ulamak PAS touching dan terpersona denganya. Janji dan harapan muluk-mulok yang ditanam dibenam kejiwa pemimpin tertinggi ulamak PAS. umNO(baru) kerana Islam dan Melayu akan sehidup semati dengan PAS, mulanya begitulah kira-kira madah. 

Syarat mutlak yang terpaksa dipenuhi oleh PAS adalah singkir dan buang semua peminpmin PAS yang profesioanl dan NGO yang tegar dan konsistan menentang umNO(baru)bN selama ini. Diatas merekalah terbena kekuatan memperkasakan PR sebaris dengan DAP dan PKR. Kesannya adalah umNO(baru)bN  hampir-hampir  tumbang dalam PRU 13. Kalaulah tidak diselamatkan oleh kebejatan dan syaitan dalaman SPR itu sendiri. Selagi bernama umNO(baru)bN bohong adalah denyut nadi mereka. Kini PAS tersepit dan menjerit kuat yang umNO(baru)bN telah tipu mereka sampai dalam Parlimen walau mereka berjaya lakonan real dalam DUN Kelantan.

Harganya amat mahal broo untuk HUDUD dibawa ke Parlimen seperti yang dijaja selama ini. Iaitu semua penentang dalaman dari PAS yakni gulongan professional dan NGO disingkirkan. Kedua PAS mesti pisahkan diri dengan DAP. Bila keduanya berjalan serentak, iaitu PR mati berkubor dalam muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor. Setelah PAS hancur dibelah dua, setelah PR mati berkubor, akhirnya umNO(baru)bN menrayadan merai kemenangan besar mereka secara mutlak. Yakni kejayaan pemimpin ulamak PAS telah bunoh PR secara resmi dalam muktamarnya. Dan dalam muktamar itu juga PAS singkirkan musoh-musoh umNO(baru)bN yang ulamak dan ustaz turut bariskan juga adalah musohnya. Kedua-dua keraja tersebur 20 tahun umNO(baru) gagal lakukan. Tetapi pimpinan ulamak dalam PAS cuma 2 tahun berjaya cemerlng bunoh PRdan singkir pemimpinya sendiri yang berkelibar.

PAS telah tewas dengan umNO(baru)bN diatas dungu dan belenggunya mantik politik. Ulamak ustaz membaca gagal membaca NIAT cabok umNO(baru)bnN yang tersepit sejak tipu daya berlalu selama 60 tahun. Kini masing-masing bertelagah ulamak dan ustaz PAS sesama mereka. Mereka bertembong dalam satu pekara secara terbuka dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan. Pertelingkahan sebagai pemimpin utama PAS pusat dan PAS Selangor. Nampak jelas wajah perjuangan NIAT pedai masing-masing. Masing-masing sedang melalui pusingan U. Adakah retak mereka akan terbelah lagi?

Persoalannya adakah mereka yang yang dipanggil ustaz yang mengajar dimesjid dan surau, dengan akhirnya salam bersampul sebagai penyokong tegar Presiden dan Mursidul. Mereka itu sahajakah pemimpin PAS? Selain daripada itu yakni group  professional dan NGO mereka semua bukan pemimpin PAS untuk dilindungi dan dihargai? Sebab itulah Presiden dan Mursidul Am tidak menghalang dan melarang kepada pengikut mereka yang sanggup menudoh bukan-bukan kepada pemimpin professional yang sama-sama melalui proses usrah, tamrin dan sebagainya.

Mereka catorkan dan  melebel, menghina semahu-mahunya gulongan professional yang menjadi pemimpin PAS ketika itu dengan gelaran yang burok. Sedangkan mereka ketika itu adalah Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK? Sampai ketahap halal darah dan terkeluar dari agama menjadi munafik dan kafir. Kenapa gejala burok jahiliyah pengikut yang memdabik dada membusong jenama mereka adalah ustaz ulamak. Sedangkan ahlak mereka begitu rendah  dan pekerti itu tidak dihalang? Yang bukan ustaz semuanya bukan pemimpin dan tidak layak menjadi pemimpin PAS?

Saya sentiasa bersangka baik dengan parti lama saya, serta rakan-rakan yang lain yang menyokong dan menganggotainya lebih dari 35 tahun. Jangan sedap mulut menudoh dan menghina parti nyamok parti serpihan. Lupakah anda semua, tidakkah PAS itu sendiri merupakan parti serpihan pertama yang lahir dari perut UMNO asal? Gulungan ulamak dan penyokong ulamak lupakah sejarah kelahiran PAS juga adalah parti serpihan, lupakah?

Diatas pertembongan fikrah dan hala tujulah menyebabkan UMNO asal pecah kali pertama. Para ustaz dan tuan guru ketika itu, memisahkan diri dengan menubohkan PAS pada 24 November 1951 di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley - Seberang Prai, Pulau Pinang. Sahlah PAS adalah parti serpihan mendahului PARTI AMANAH. Kompom, tidak takwil lagi. Kata dulang paku serpih, kata orang PAS yang lebih.

Mengukuhkan akar, menjulang pucuk.

Hari ini 16 Januari 2016 genap 4 bulan usia dan umor PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH. Dalam usia yang amat baru itu kalau dinisbahkan kepada baby yang baru lahir, sekiran-kiranya perkembangannya ia baru dapat belajar menerap. Tetapi AMANAH dalam masa 4 bulan tersebut telah dapat menembusi seluroh negeri dalam Negara. AMANAH telah dapat menubohkan AMANAH di perengakt negeri, hampir semua negeri disaat ini telah menuboh AMANAH. Serta Berjaya menuboh AMANAH di peringkat kawasan sehingga masa ini melebihi 150 kawasan AMANAH dapat ditubohkan. Dalam bulan Januari dan Februari 2016 skarang, adalah masa penuh kerja pemimpin kanan pusat untuk turun ke negeri-negeri untuk tuboh AMANAH negeri, Alhamdulillah.

Dalam masa yang serentak pemimpin-pemimpin negeri terpaksa turun kekawasan-kawasan untuk kawal selia menubbohkan AMANAH Kawasan dan seterusnya. Semuanya kini berjalan lancar. Serentak dengan itu program ziarah, program ceramah dan program amal dan sokan mendampingi generasi ‘X’,’Y’ dan ‘Z’ berjalan lancer dalam Negara. Gerakkerja amal yang Alief jalankan sekarang dan Pemuda AMANAH, usaha-usaha mereka rakyat pengundi sedang tengok perhati dengan teliti. Mereka tulin menjalankan kewajipan atau Cuma sekadar berlakon.

Sekarang tidak ada jalan pintas untuk AMANAH dalam mengamit dan memanggil rakyat pengundi untuk dudok bersama menyertai menganggotai AMANAH. Dalam kesempitan kehidupan rakyat pengundi sekarang, AMANAH hendaklah turun sampai kedapor rakyat dan tengok, berasap atau berapi dapor mereka? Persekolahan anak-anak mereka macamana? Kini bukan masanya kita bermadah dengan bunga-bunga bahasa. Kita turun dan touching hati nurani rakyat pengundi dengan bantu tulong dan cakna ringankan penderitaan mereka diatas kezaliman kerajaan umNO(baru)bN mencengkam rakyat dengan macam-macam cukai serta harga barang melambong.

Seruanku ku disini, walau seruan ini umpama ketam. Biar aku dikategorikan ketam; asalkan aku  tidak lanun dan penyamun dan penyangak harta rakyat Negara. Sekaranglah masanya pengurbana itu mulanya hadhir dari pemimpin. Pemimpin yang kita tengok macam mereka kaya, kekayaan anda itu kita kongsilah bersama-sama dengan rakyat jelata. Maafkanlah saya, untuk pemimpin yang memiliki empat atau lima buah kereta, berjiwa besarlah kita wahai pemimpin rakyat AMANAH. Jual sebuah kereta dan dana darinya kita masokkan kedalam tabong jihad kita, InshAllah itu adalah saham akhirat.

Sepantas itu kita dapat kumpulkan dana. Kalau kita memiliki 5 pemimpin diperengkat AMANAH setiap kawasan dan 10 diperingkat ngeri dan lebih-lebih lagi pemimpin pusat. Saya yakin sejumlah dana tunai yang besar dapat kita kumpol dan dapat kita agihkan untuk rakyat yang amat-amat perlu seperti di Sik, Baling dan di Kuala Krai dan gua Musang. Dalam masa yang sama, diatas kewibawaan selama ini pemimpin berada ditengah-tengah gelanggang kehidupan selama semasa dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta.

Pasti ramai kenalan dan korporat dapat didekati dan sama-sama kita mengajak mereka infakkan sedikit harta kekayaan itu, biarkanlah kita menjadi wasilah menyampaikan kepada rakyat pendalaman yang menderita sekarang. Berat mata memandang, lebih berat bahu memikul. Marilah kita ringankan semua itu atas nama kemanusiaan dan ehsan.Dengan aktiviti parti AMANAH yang dilaporkan berjalan lancar perkembangan dengan mendapat  sambutannya yang hebat dan menyeluroh disemua negeri terutama Kelantan yang mengatasi negeri-negeri lain disudut keahlian. Usaha-usaha murni Aleif cukup mendapat perhatian dan semuanya sedang dinilai oleh rakyat pengundi. Mereka sedang memerhati dan meneliti AMANAH.

Sekarang menjadi tanggongjawab setiap individu ahli AMANAH zahirkan diri mereka mengambil peranan dalam AMANAH dan buat seibok dengan aktiviti mengikut kepakaran, kebolihan dan skill masing-masing bagi yang termampu dan terdaya.

Satu masa dalam tahun 1983 dirumah saya diami ketika itu di No. 25 PWD Jalan Meranti, almarhum Senator Amaluddin Darus berkata dekat saya,”sheikh, sekiranya kita berkerja berterusan tanpa jemu dalam parti tanpa mengharapkan dapat kita bina gudang untuk longgok harta, kekayaan diatas perjuangan kita. Masa tu musoh amat takut dengan kita. Kalau kita pijak atas nyata tersebut, ertinya parti kita bertambah kuat dan berkembang. Jadi parti lawan kita pasti merasa gelisah dan tidor tak lena”.

Diatas kata dan nasihat sifu politik saya alarhum Ustaz Amaluddin Darus (al Fatehah untuk almarhum) dah beralalu 33 tahun. Kini detik saya menulis rencana ini saya teringat sangat yang mana PARTI AMANAH berada diposisi apa yang dilafazkan oleh alMarhum Amaluddin kepada saya. Sebab AMANAH SEDANG DAN TERUS MENDAPAT SOKONGAN YANG HEBAT DARI RAKYAT, ertinya parti lama kita dan umNO(baru) itu sendiri berdepan dengan mengecil dan kepayahan. Sebab itulah penulis politik pro umNO(baru)bN terpaksa menulis bagi pihak PAS. Mengatakan AMANAH tidak mampu berlawan dengan PAS dan tidak dapat bertahan lama.

Sekarang AMANAH telah mendapat sambutan hangat dan hebat dari rakyat pengundi yang keciwa dengan kerajaan umNO(baru)bN dan mereka amat benci dengan rasuah dan salahguna kuasa yang Perdana Menteri @ Menteri Kewangan sendiri melibatkan dirinya. Kesempatan rakyat sedang membenci kerajaan umNO(baru)bN, maka pemimpin AMANAH hendaklah tampil mebuat pencerahan kenapa dan mengapa rakyat kini ditimpa beban cukai yang menjerat tengkok  rakyat secara individu melalui GST tidak dikecuali status kehidupan rakyat.

Mengukuh Pakatan Harapan – PH.

Dalam menghadapi PRU 14, tidak ada lagi pencerobohan dipintu belakang ketika peperangan PRU 13 berulang. Rakyat sedang menanti keputusan pendaftar ROS meluluskan permohonan dari PH untuk didaftarkan sebagai pakatan gandingan politik secara resmi dengan menggunakan satu simbul. Ertinya dalam PRU 14 nanti adalah pertarongan BN lawan PH. Kalau berlaku juga tiga atau empat penjuru ianya adalah dari parti ketiga atau calun bebas.

Satu harapan dan saranan saya, semua pemimpin PH disemua peringkat, hendaklah apa-apa yang burok ketika berada dalam PR dahulu, sla buang dan hanyutkan semuanya keperairan Lautan Hindi. Usha diulang dan dibawa bersama kedalam PH. Sulit untuk diperkata, payah untuk dibicara. Tetapi saya berpesan kepada diri saya dan untuk pemimpin PH dari DAP, PKR dan AMANAH persamaan dikalangan kita, sama-sama kita doa dan raikan dengan jujur dan iklas. Perbezaan dan kelainan dikalangan kita carilah penyelesain dengan dingin seperti seorang duta berperanan mendamai. Bukan seperti jenderal tentera.

Sekarang, dalam keadaan Presiden umNO(baru)dan Pengerusi bN sedang diasak dan ditaji dari dalam partinya sendiri. Bergelut menghadapi tuduhan skandal besar dunia yang mengundang merudum nilai RM dan pelabor lari keranamu Najib. Diatas keadaan itu PH hendahlah mengambil peluang terbaik membuat penyediaan dan persediaan alternative sebagai kerajaan menanti selepas PRU 14 kelak.

Siap : 9.22 malam – 16 Januari 2016 – Sabtu.


IBN ABDULLAH ALAWAB.

Thursday, January 14, 2016

NEGARA DI AMBANG MUSNAH – PENYELAMATNYA SIAPA?

 NEGARA DI AMBANG MUSNAH – PENYELAMATNYA SIAPA?

Rencana       : IBN ABDULLAH ALAWAB

TARIKH        : 4 Rabiulakhir 1437 (Khamis) 14 January 2016


Untuk yang berfikir.

Kita menerima kedatangan tahun hijrah 1437 yakni 1 Muharram (Rabu) bersamaan 14 Oktober 2015. Manakala ambang tahun 2016 pada 1 Januari (Jumaat). Tahun hijrah 1437 mendahului tahun masihi 2016 lebih daripada dua bulan setengah. Umat Islam di Negara kita dan dunia telah menyambut ulang tahun keputraan Junjungan Rasul Nabi Muhammad al-Amin pada 12 Rabiulawal, 1437 (Khamis) bersamaan 24 Disember, 2015 dan besoknya 25 Disember 2015 (Jumaat) umat Kristian menyambut hari  Krismas – Hari Natal. Baik Nabi Muhammad maupun Nabi Isa, mereka adalah Nabi dan Rasul yang Allah utuskan kedunia fana ini untuk umat masing-masing. Baginda berdua telah Allah kesahkan dalam al Quraan. Besar maknanya 2015, kerana kita dua kali dapat menyambut mauled Nabi Junjungan. 

Pembuka aktivi tahun 2016 untuk rekod pribadi saya, walau dalam keuzuran dan kesempitan penutup akhir 2015. Malam 9.30 tepatnya melalui Terminal B’wort 30 Disember 2015, saya ditemani anak bungsu Abdullah Fahmi 8 tahun bertolak ke KL dengan perkhidmatan awam. Isteri tidak dapat bersama kerana menguruskan anak ke asrama untuk sesi belajar 2016. Sementelah  beliau dengan tugas SPBT di SMK SK untuk ikatan siap sedia. Untuk diagihkan kepada lebih kurang seribu pelajar. Dua tujuan utama ke KL. Pertama menunaikan tugas dan kewajiban sebagai abang (setelah emak dan abah kembali kepangkuan Allah – al Fatehah untuk Emak dan Abah) menyempurna dan serikan majlis pernikahan adik kali kedua, dengan pensyarah UiTM. Masing-masing kali kedua diakad nikah di Mesjid Shah Alam, Sesyen 17 pada 1 Januari 2016 hari Jumaat jam 10.50 pagi. Alhamdulillah.

Keduanya pada 1 Januari 2016 untuk menghadiri jamuan dana PARTI AMANAH KELANTAN. Yang dirancangkan oleh sahabat2ku Cikgu WARWA, Ustaz CIM, Ustaz Muhammad Hussein, Haji Nordin dan lain-lain.  

Seusai solat Jumaat, ruang yang ada saya manfaatkan bersama dengan adik (pensyarah UTM Skudai), menemani saya  menziarahi anak yang belajar Asasi Sains (Sem 2) di Kampus Denkil  sebelumnya di Kampus Palam(Sem 1– 3.8). Ketika bermesra lepas rindu dekat anak,   terdetik dihati  ajak adik dan ipar mohon share membiayai 1 meja kutipan dana AMANAH Kelantan yang diadakan malam nanti di Petaling Jaya. Adik-adik bersetuju membiayai sepenoh kerana mereka berhajat sangat untuk mendengar live ucapan DP Haji Husham Musa Adun Salor itu.

Niat besar saya untuk menemui sahabat seperjuangan Pakatan Harapan. Kebanyakkan saya bertemu meraka masa terdekat adalah di PRK Parlimen Permatang Pauh. Kecuali beberapa sahabat yang saya bersua dimedium maya setiap masa.

Kita merancang tetapi Allah Maha Perancang. Malangnya saya amat keuzuran yang amat syaraai. Silap menjamah jamuah tadi memenuhi selera walau kesihatan dialami menegah, saya mengalami dada amat pedih berpanjangan. Jadi, jam 8.00 malam adik sendiri telah membuat keputusan batalkan kejamuan  AMANAH Kelantan tersebut. Makanya  saya dalam keadaan keuzuran tersebut akor dengan keputusan adik-adik demi untuk kebaikkan saya sendiri. Adik2 tidak benarkan saya pulang dengan kenderaan awam. Jadinya  mereka memandu dan menghantar saya pulang kerumahku di SK PS dengan kenderaan mereka, itulah kehendak Allah tak mampu diatasi. Kami berdukacita tak kesampaian keprogrem AMANAH KELANTAN di PJ. Maaf teman.

Sedih tidak dapat bersua dengan sahabat-sahabat seperti Cikgu WARWA, Sdr Husham Musa sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Terutamanya Sdr Khalid Samad dan Sdr Dr Hatta Ramli (kedua-dua mereka punyai nostalgia sebelum dalam PAS lagi). Kesian juga dekat adik dan iparku, sekadar rehat 2 jam dirumahku, mereka terpaksa pulang ke Johor, Taman Sri Skudai. Mereka juga menghadapi persekolahan anak-anak dan kuliah di UTM. Masih sempat hulurkan RM dekat ku, terima kasih adik-adik semua. Saya kesahkan keadaan kesihatan yang tidak menentu, tentu anda diluar sana kemungkinan saya beralasan. Terpulanglah. Saya tidak berdaya menghalangnya. Maaflah dengan info pribadi tersebut.

2015 Serba cacamerba. 

Saya telah mengikuti mandomnya ekonomi  dan malapetaka yang menimpa politik Negara yang meleset tahun 2014 hingga berlenggu ke tahun 2015. Yang menelorkan keadaan Negara menjadi sengsara cacamerba, kerana Putrajaya dibangunkan sebagai pusat pemerentahan kerajaan persekutuan. Menjejaki PM terdahulu Tun MrClean, DS Najib TAR ketua besar menghuni di Pejabat PM1Malaysia @ Menteri Kewangan Utama@ Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN YAB DS Najib TAR menjadi penyelam sambil tegok air. Yakni  berfungsi dengan aktif  menjadi pejabat urusan perniagaan ’korporat berprofil mega’ bersekala besar. Saiznya seluas sedalam Lautan Hindi, yang dikatakan MH370 sesar disana, sampai lanie misteri kehilangannya.

Malang sunggoh nasib rakyat pembayar cukai dan Negara, Penguasa Putrjaya telah kandas total untuk membendong dan mengawal dari ledakkan meletop terburai. Yakni  perniagaan bertaraf bintang banyak, yakni  angin maya Ali-Baba jenama 1MDB dan sekutu dengannya. Pintar dan putar, serta bijaklaksana PM1Malaysia @ Menteri Kewangan Negara @ Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN YAB DS Najib TAR berjaya  cemerlang gemilang perniagaan rahsianya dengan Negara terpaksa memikul dan menggalas timbunan lunggokkan hutang mega. Kalau silap-silap perhitungan Negara akan menjadi karama muflis papa kedana. Hutang 1MDB setinggi Menara PWTC broo.

Puncanya spesis pemimpin ketua Negara paling amanah ‘Mahaguru’ (Shahrizat Jalil nobatkan). SPBYDA melantik beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Haramjadah (maaf pinjam kata Najib TAR sendiri) sunggoh, dia ambil kesmepatan dan peluang semahu-mahunya. Bukan boros joli belanja. Tetapi dia juga nak jadi ahli perniagaan ternama seperti Lim Goh Tong dll. Sikap putrajaya yang rakus bersaksi kepada kepala lutut, maka jadilah malapetaka besar abad ini SKANDAL 1MDB dan jajaran dijaja seluroh pelusok dunia.

Tangani Skandal 1MBD dan sedekah Arab gila RM2.6B.

Demi untuk menangani dan cubaan selamatkan 1MDB, Perdana Menteri @ Menteri Kewangan utama, Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN bermula dia AhPar Pekan. Najib TAR sanggup bertindak memecat siapa sahaja, sesuka hatinya pindah buang, tindakkan di kenakan keatas Ketua Jabatan dan kakitangan mereka yang sedang melakukan siasatan keatas 1MBD dan sedekah Tok Arab gila. Najib TAR telah memporak perandakan cabang tonggak utama tertegaknya Negara kita selama ini dengan rakus. Najib TAR ganyang, sepak terajang semahu-mahunya kerana beliau membabit dada ‘Aku Pahlawan Bugis” dan bermadah. Sampai begitu sekali sikap anak TAR bila jadi PM.

Kenapa dan mengapa seberani itu Najib TAR tidak mau melepaskan jawatan politik dan jawatan eksekutif kerajaan yang disandangnya? Kenapa berani sunggoh Najib TAR ini? Jawapannya telah disah dan diperkatakan secara clear dan terang oleh hulubalang using, hulubalang yang kaya pengalaman iaitu batang tuboh bernama YB Dato’ Shahril Samad. Dalam bahasa mudah kita memahaminya, bahawa Najib TAR telah menjadi taukeh manusia dengan membeli sekelian Ketua umNO(baru) Bahagain  dan ketua komponan bN terutamanya AhPar bN. Najib ikat dan gari mereka dengan duit. Maka mereka jadi badut sebagai kuasa penyelamat dan pendidnding kepada Najib TAR. Menangani di perengkat bawah sebagai penyelesaian sampai keperingkat parlimen Najib menodainya.

Wahai rakyat pembayar cukai pengundi semua, ketahuilah kita, bahawa Najib TAR telah  beli dengan harga berjuta akan Ahli Parlimen bN, dan ketua parti perengkat negeri dan bahagian. Dijadikan senjata untuk terus mempertahankan dan menyokong Najib walau sekalipun Najib kencing dan berak didalam bilik tidor mereka. Pasti mereka akan membenar dan mengiakan sesunggohnya berak kencing Najib TAR lebih wangi dari minyak attar Badawi. Mereka akan membela Najib TAR sekalipun nyawa mereka tercabut. Mereka pasrti mencanang bahawa Najib TAR adalah ‘mahaguru’ pemimpin agong dan pemimpin mithali, pemimpin tersohor dan pemimpin yang berjasa kepada rkayat Negara lebih dari sapa-sapa dalam Negara kita ketiamana mereka berkuasa.

Seluroh mereka yang menjadi terompah dan belacinya Najib TAR, tak kira siapa mereka dan taraf mereka sekarang, masa akan menentukan nasib kalian dan pasti rakyat akan menghukum anda semua. Segagah sekuat kerajaan Firaun, Rom dan Italy dulu pun hancor, inikan pula kerajaan Najib TAR dan kuncu macai belacinya? Ada nak sanggah.

Tidak cukup dengan itu, Najib TAR setelah membeli dia peralat dan perangkap Ahli Parliemn bN di Dewan Rakyat, Najib jadikan kuda dan kaldai tunggangnya. Bila Ahli Parlimen menjadi kuda dan kaldai, mereka menolak kepentingan Negara dan rakyat. Semata-mata untuk selamatkan seorang menesia bernama Najib TAR dari dinyahkan dari PWTC dan dari Putrajaya. Sehingga mereka sanggup membuang kuasa SPBYDA, kerana untuk selamtakan Presiden umNO(baru) Pengerusi bN DS Najib TAR.

Yang selama ini pemimpin umNO(baru) jaja 1Malaysia merekalah menjaga Melayu, jaga Raja-Raja Melayu dan Agama Islam. Hakikatnya, mereka semua adalah badut dan joker politk yang penuh dengan dosa dan noda keatas rakyat pengundi rakyat pembayar cukai. Mereka semuanya adalah temberang besar, raja lawak berganda. Demi untuk selamat 1MDB harta tanah Negara telah dijual kepada bangsa Cina yakni Cina benua komunis. Hah! Apa lagi tanah mana nak dijual untuk bayar hutang 1MDB?

Taji dan taring Najib TAR, pasti diujinya

Makanya jadilah Menteri Kewangan @ Perdana Menteri YAB DS Najib TAR Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN menjadikan manusia tunggal; manusia paling berkuasa diatas muka bumi Malaysia yang dinobat dan dimertabatkan oleh sekelian AP bN  melalui sokongan undi dalam persidangan baru-baru ini. Kini, menjelang PRU 14 dengan kuasa luar biasa tersebut umpama kuku tembaga membara lagi beracun itu, dengan sokongan padu dari macainya yang taat kerana takut dan terjerat. Sah pasti Najib akan guna 100% pindaan undang-undang baru itu akan diaktif diaplikasi sepenohnya untuk mengepong, menghambat setiap tapak serta meneliti butiran percakapan yang menyinggong Najib dan Rosmah oleh pemimpin lawan politiknya dari PH juga musoh selimutnya dikalangan umnO(baru) dan bN.

Semuanya akan menjadi mangsa politik Najib seperti serigala membahan mangsanya dibelantara. Negara kita akan samapi fenomina itu tmepoh 5 bulan dari sekarang. Ketua-ketua Penguasa beberapa jabatan utama dalam Negara, demi kerana pangkat diangkat Najib dekat mereka. Pasti mereka menjalankan tusas mereka bila suiz Najib tekan on, maknya mangsanya akan ditangkap tanpa usul bicara. Mak Negara kita akan menjadi Negara polis setaraf Negara Israel dan Negara-negara komunis dan dictator yang lain. Masanya sekarang dan menjelang PRU 14. Sama-sama kita tunggu keganasan Najib TAR keatas rakyat Negara ini.   

Dengan fenomina apa yang berlaku dalam Negara kita sekarang, apabila rakyat membantah dan maupun perubahan politik dan perubahan kerajaan supaya Negara berada pada landasan yang betul dalam politik dan perjalanan ekonominya. Malangnya pada hemat saya yang kerdil ini, samada diluar dan sementelah dalam parlimen dipersidangan kedua-dua dewan. Dewan Rakyat dan Dewan Negara seolah-olah pemimpin umNO(baru)bN dan AhPar, merekalah yang menjadi juara sebenarnya memberi titian laluan kepada menesia yang bernama Najib TAR setapak demi setapak, sejengkal kehasta peluang cerah terbuka untukmu Najib TAR, anda menuju untuk menjadi seorang DIKTATOR keatas Negara tercinta ini. Kalau ianya dibiarkan.

Selepas ini, siapakah yang akan tampil menjadi penyelamat kepada Negara ini?


Rencana       : IBN ABDULLAH ALAWAB -

 Khamis - 14 January 2016