Saturday, August 16, 2014

DEBARAN 17 OGOS 2014: PAS SUJUD DIKAKI umNO(baru) ATAU KEKAL BERSAMA PR



DEBARAN 17 OGOS 2014: PAS SUJUD DIKAKI umNO(baru) ATAU KEKAL BERSAMA PAS.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
Thursday, August 16, 2014

Sejarah tidak dijadi guru

Saya sekadar memberi pandangan gerak rasa hati yang berkecamoq. Gembira dalam duka. Berpandukan kepada peristiwa bilamana dikenangkan kembali detik PAS bermuktamar di  Balai Seminar DBP ketika mana Almarhum Tun Syed Nasir Ismail menjadi pengerusinya. Yakni peristiwa muktamar agong PAS ke 28 pada 23 Oktober 1982, yang muktamar tersebut berakhir dengan  PAS menjadi porak peranda berkecai. Makanya rekod satu sejarah hitam kepada PAS terpalit selama-lamanya. Ketika itu saya remajadan Cikgu Pa (Mustapha Ali) juga remaja. Tetapi Mustapha Ali adalah KDPP ketika itu. 

Hingga kepada saat ini, ingatan dan pelupok mata saya menjalar kesuasana muktamar yang bingar di DBP. Benar, saya masih terpandang pemimpin-pemimpin PAS yang tersohor dan hebat ketika itu dan sampai sekarang. Mereka berbincang panjang bertelagah. Mereka adalah pemimpin PAS tulin macam lilin membakar diri untuk PAS, walau mereka terhempas dari PAS. Mereka kini yang dipuncak PAS sejarah pejuang PAS ketika itu, jangan dijadikan hampasnya mereka dan cuba membuang nama dan jasa besar mereka dalam sejarah PAS sekalipun mereka meninggalkan PAS atau kekal. Sesunggohnya mereka pemimpin yang telah berjasa menoraka dengan nyalakan obor perjuang dan obor kemajuan pembangunan PAS, sampaikan PAS menjadi rebutan rakyat sekarang 20 tahun selepas itu.

Mereka yang berada disaf pimpinan dan perwakilan detik itu di BS DBP; masih saya nama wajah-wajah mereka seperti Dato’ Asri Haji Muda, Ustaz Fadzil Noor, Dato’ Abu Bakar Omar, Ustaz Hassan Shukri, Cikgu Mustapha Long, Abu Kassim Abdullah, Haji Ahmad Shukri (Pengerusi Tetap), Dato’ Hassan Adli (Panglima jihad PAS), Cikgu Sudin Wahab, Haji Che Haq, Cikgu Wahab Abdul Rahman, Haji Zabidi Ali, Ustaz Baharuddin Latiff, Haji Abdullah Jasin, Haji Mahmood, Buniyamin Yaacob, Ustaz Mustapha Ibrahim, Ustaz Ismail Awang Pasir Pekan, Mat Majer Tumpat, Ustaz Halim Abdul Rahman, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Peguan Che Hassan Ishak, TG Haji Zakaria Ismail dan Nik Kamil dan ramai lagi.

Ustaz Hassan Salahuddin TKDPP, Cikgu Shukri Hashim Utan Aji, Haji Wan Sulaiman, Haji Wan Ismail, Cikgu Musa, Wan Ismail Machang, Wan Jamil Wan Mahmood, Ustaz Wan Hasan Ghuchil, Dato’ Nik Abdul Rahman Bunut Payong, Ustad Wan Daud Wan Yusoff, Haji Ismail Golok, Ustaz Khidir, Haji Mohd Amin Yakob (Haji Che Min) Ustaz Wan Yusoff suami Kakcik Asmah, Ustaz Nik Aziz Nik Mat, Haji Yusoff Rawa, Nik Mohd Amin (Jek). Haji Abidin Batu Gajah, Cikgu Shahrum Ibrahim Tendong, Suhaimi Said Temerloh yang banyak berhujah ketika beliau baru menjadi kerabat PAS ketika itu. Dan ramai lagi kalau mau ditintakan nama mereka. 

Termasoklah Cikgu Ahmad Fakaruddin, Haji Hassan Mohammad, Haji Zaid Meranti, Haji Hashim Haji Omar, Cikgu Yusoff Isa, Gikgu Haji Hussein Yaacob, Shaari Ali. Dato’ Nik Man, Haji Saufi Othman, Imam Shaari, Cikgu Haji Daud, Pak Nik Lah Arshad, Wan Mat Semut Api, Omar Mohammad, Salahuddin Abdullah, Sheikh Omar Amudi, Mokhtar Paloh, Ismail Merkit Gua Musang, Rusdi Arif, Tengku Puji, Ustaz Lokman Kadir, Awang Bakar dan ramai lagi. Cukup sekadar membenarkan saya berada dalam dewan seminar di DBP ketika itu (kepada mereka pemimpin dan perwakilan yang terlebih dahulu pergi mengadap Allah dan teman-temanku yang lain aku sedekah bacaan al Fatehah).

Pecah mencari peganti pemimpin

Wujudnya bibit-bibit yang mengundang dan menjemput kepada perpecahan, adalah kerana perwakilan ketika itu bertempor dalam  mencari dan meneliti untuk memilih pemimpin yang berwiba untuk mengisi keperluan dalam  kepentingan edaran semasa itu untuk memimpin PAS. Sejajar dan seiring dengan kebangkitan perkembangan semula Islam dunia, setelah kebangkitan di Iran yang dipelopori oleh Khoeminie pada tahun 1979 pulang dari buangan di Peranchis, kembali ke bumi Farsi.

Perpecahan besar PAS ketika itu terpaksa dibayar tuntas dengan harga yang terlalu mahal. Kerana perwakilan mencari pemimpin baru untuk ganti pemimpin lama secara berkerat rotan berpatah arang. Pertembongan hebat bukan seperti belaga lesung dengan alu yang melahirkan beras untuk ditanak sajian hidangan. Tetapi kemusnahan perpecahan dan kehancuran kesepaduan dialami. Dato ’Asri bersama teman pemimpin yang lain meletak jawatan secara memencak. Ada yang dipecat dari PAS dan yang keluar sendiri dari PAS dengan membawa lari banyak kerusi Dun dan KaPar PAS  menjadi bebas dan terjun dalam kawah UMNO.

Sebaik itu episode baru PAS bermula dibawah pimpinan Ulamak yang dipelopori asakkan dan dimertabatkan oleh DPP Pusat yang sebelumnya bersidang awal di Mesriah Bukit Mertajam. Turun Dato’ Asri dan sahabat-sahabatnya melepaskan jawatan dalam PAS, maka perwakilan menjulang Haji Yusoff Rawa menjadi peganti diregukan dengan Ustaz Fadzil, Nik Aziz Nik Mat, Haji Hadi Awang dll.

Rupa-rupanya selepas 32 tahun PAS berada dalam pasaran rakyat dengan mendapat sambutan sampaikan kaum India dan Cina bersama menganggotai PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Disaat rakyat dan jenerasi muda warganegara memberi sambutan dan sokongan tinggi dan padu kepada PAS dalam PR dengan mencapai undi popular sokongan 52% dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 yang lalu. Sayang terdapat segelintir pemimpin PAS sendiri yang tikam terjah ahli dan penyokongnya dari belakang kerana berhasrat sunggoh mereka nak kepangkuan riba umNO(baru)bN. Untuk meluluskan hasrat, niat dan hajat mereka untuk bersama-sama umNO(baru), sudah pasti mereka mesti mencipta reka sekitab tebal hujah menyokong kepada umNO(baru)bN ditebar disajikan kepada ahli, penyokong dan rakyat awam. 

Rupanya dalam keadaan tersebut, wujud sepsis konspirasi dalaman dikalangan pemimpin PAS secara rahsia dan terbuka derhaka kepada PR dan untuk berjinak dengan umNO(baru). Makanya barang tentu dan  pasti pengikut rakyat menjadi keliru dan membantah memberontak. Jadinya esok 17 Ogos Ahad adalah penentu PAS dalam PR dan nasib PAS timbul macam pelampong atau tenggelam macam ladong. Time is coming. 
 
17 Ogos 2014 debaran tak berdebar

Selepas berlaku peristiwa yang dinukilkan diatas berlalu hampir 32 tahun itu, kini  detik dan saat perpecahaan PAS sampai pada kemuncak dan kini genting menanti putus. Retak menunggu berkecai kalaupun tidak bersepaiseperti kaca terhempas kebatu.  Kalau dulu saya remaja PAS berpecah wokyah, kini ketika usia telah bertukar menjadi tua bangka yang sarat dengan keuzuran kronik usia saya dan usia PAS. Kini PAS diambang mengulangi peristiwa 1982 saya terbayang akan berlaku, kalau silap-silap edar. Kalau lebig dari separoh AJK PAS esok kepala mereka dingin, sedingin zam-zam diperigi, ALHAMDULILLAH PAS SELAMAT. Tetapi kalau mereka kepala ditiup topan dan putting beliung hajat Presiden and the geng ULAMA nak bersama umNO(baru) pasti jadi dan terkabul. 

Sebab itulah ketika mana saya terbayang dan tayang didepan mata pengalaman 32 tahun dulu di Balai Seminar DBP, air mata saya mengalir laju mengenangkan apakah perpecahan PAS akan berulang esok Ahad 17 Ogos 2014. Keputusan peristiwa besar tersebut yang tidak disahkan melalui muktamar agong atau oleh muktamar khas. Cuma sekadar kuasa pemutus tertinggi dalam menangani. Ledakkan Presiden PAS tidak semena-mena laju keluarkan sokongan kepada TS Khalid yang khalis terus menjadi MBS walau dipecat oleh parti diwakilinya dan dikota sahkan oleh Dewan Ulama dan Majlis Syura. Sedangkan mesyurat penuh AJK PAS Pusat belum diadakan. 

Pemimpin tertinggi mengeluar kenyataan menyokong TS Khalid yang kalis situ, sedangkan masa yang sama bila ahli dan penyokong Pas-PR pemimpin lain bangkit dengan respon menentang, makanya mereka bermadah: Ahli dan pemimpin hendaklah sabar, dan terima sepenuhnya keputusan yang akan diputuskan dalam mesyurat khas bin penting pada 17 Ogos Ahad esok. Tetapi maksumkah semua mereka bersuara menyokong dengan tuntas TS Khalid kekal MBS sedangkan AJK PAS Pusat belum bersidang?

Jadinya 2X5 sahaja kepimpinan PAS dengan perangai buruok yang dihinggapi, dialami oleh TS Khalid Ibrahim sekarang. Apa kurangnya konten pemimpin kanan dan dewan ulama dan majlis syura sokong TS Khalid terus kekal menjawat MB sedangkan AJK PAS Pusat Belum bersidang? Manakala loyar burok TS Khalid pula apabila beliau sekilas pantas semudah singa ketangga istana secara solo berbekalkan air lior dan angkat sembah melutuk, infokan kedepan Altuanku Sultan walau beliau dipecat dari PKR, tetapi masih mendapat kepercayaan Adun Selangor. 

Sedangkan ketika itu jangan kata 12 Adun, langau pun tidak bersama TS Khalid ketika mengadap pohon perkenan Sultan terus jadi MB. Bila DS Dr Wan Azizah bersama Adun dengan sumpah berkanun menyokong Wan Azizah menjadi MB. Haram jadah sunggoh, TS Khalid kepercayaan tersebut hendaklah diterjemahkan didalam Dun dengan persidang atau persidangan khas. Pemimpin PAS utama mengugut ahli dan penyokong jangan menbantah tingkah laku mereka sama saja dengan Khalid Ibrahim boleh Wan Azizah dan PKR-Pr tak boleh, makanya sahlah haramjadah sunggoh Khalid Ibrahim ini.

Jadinya, saya sang kerdil ini memujuk hati dan jantung saya yang mana tempoh kurang dari 24 jam 17 Ogos Ahad esok, bagi saya sejujurnya saya berhemat; 

Lebih baik saya kembali menemui Allah terlebih awal, dari terseksa untuk saksikan kehancuran perpecahan PAS kali ini, yang mana 30 tahun pula jenerasi baru PAS baru mampu untuk PAS ketika itu, rakyat kembali menerima dalam persada politik negara. Sedia dikala anak-anak muda Pas-PR dibibir mereka dan dihati mereka dengan sokongan tinggi kental. Tiba-tiba mereka bertindak diluar mendapat mandate ahli dan rakyat, mereka nak bersekonkol dalam kawah umNO(baru)bN yang mereka katakana serba rasuah penipu itu. 

Tetapi walaupun itu, sesunggohnya saya telah bersedia lebih tempoh 3 minggu untuk menghadapi ianya bukan lagi debaran tetapi ianya sudah tidak berdebar kepada saya tarikh 17 Ogos 2014 dan PAS kini sekadar badut sahaja dinilai oleh rakyat dan penyokong PR, ampun maaf kerana saya mendengar kata-kata itu dari seorang pemimpin PAS Tasik Gelugor. 

Beban dijunjung malang diundang 

Saya sudah menjangka dengan jawapan yang pasti tidak tersasar dan tergelincir. Kini AJK PAS Pusat akan membawa PAS kelembah perpecahan dan kehancuran atau terus bersama-sama memperkukohkan PR dan sedia mati berkurban untuk perkasakan PR selepas besok dan bersama dalam PR untuk menghadapi PRU14 bersama rakyat jelata Negara pelbagai banga member kepercayaan dekat PR memerentah Negara.

Iaitu samaada kepimpinan PAS akan buat keputusan untuk SUJUD DIKAKI umNO (baru) atau KEKAL BERSAMA PR. Pasti keputusan salah satu akan diputuskan oleh AJK  PAS Pusat yang bersidang di Pejabat Agong Jalan Raja Laut. Samada keputusan diputuskan itu  pejabar agong itu dipenuhi  dengan air matadan karamkan Jalan Raja Laut oleh ahli-ahli akar umbi dan penyokong tegar PAS dan penyokong setia PR yang menunggu kebijaksanaan pemimpin mereka atau ianya apa? Atau menghancur luluhkan harapan kepergantungan ahli-ahli PAS, penyokong PAS dan penyokong PR. 

Kepada pemimpin yang dipentas kepimpinan PAS sekarang, Ahli Majlis Syura Ulama, Dewan ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat. Kini peledak pemusnah  C4 ditangan kiri anda, pedang terhunus ditangan kanan anda. Kedua-dua senjata ditangan anda itu samada anda nak musnahkan umNO(baru) bN atau anda akan halakan dengan bengis dan kejam untuk cantas dan cincang lumat PR. Anda semua pada 17 Ogos Ahad ini, mampu dan berkuasa penuh melakukannya untuk mencipta sejarah hitam maupun sejarah manis PAS-PR. 

Keputusan yang pasti dibuat oleh kepimpinan PAS 17 Ogos 2014 walaupun ianya telah basi dan menjadi cabok kes PAS menerusi pucuk pimpinan no wahid secara terbuka memberi sokongan kepada Khalid yang khalis sebagai MBS diluar keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat. Yakin dan percayalah pasti akan diadili oleh ahli, penyokong dan rakyat dalam PRU14 nanti dan respon dengan protes yang mengerunkan walau rakyat diingat dan diugut pemimpin dengan macam-macam alasan basi yang telah terlewat dan sudah hangus dan berkubur segala nilainya dimata ahli dan penyokong.

Samada anda-anda dalam sidang AJK 17 Ogos Ahad esok, anda berjiwa besar atau sebaliknya menjadi kerdil membaham lumat hancurkan PR yang mandate itu 5 tahun diulang ikrar setiap kali dalam Muktamar Agong PAS Pusat, makanya bersedialah kita mengundang perpecahan yang lebih besar dari perpecahan tahun 1982. Perpecahan yang silap-silap edar tindakkan dan keputusan dibuat ianya  akan mengundang PAS akan berkecai dan bersepai ditengah perjuangan kerana mempertahankan MB bebas yang mendapat sokongan umNO(baru) secara terbuka dari TPM TS Mohiddin Yassin. 

Hebat sunggoh menesia yang bernama Khalid Ibrahim yang kalis ini, mampu menjadikan PAS sebagai kaldai ditunggangnya. Khalid bijaksana pintar dan putar  memperdaya PAS untuk beliau kekal menjadi MB Selangor walau dipecat PKR. Ini adalah respon saya yang seiklasnya saya bebas dari debar dan berdebar menunggu tempoh 24 jam. Kenapa dan mengapa? Pemimpin PAS rela dan sanggup selamatkan Khalid, walau PAS itu sendiri berkecai dan berpecah asalkan TS Khalid selamat dikerusi MBS. Kerana dengan itu, ianya adalah link mudah dan jalan pintas PAS sujud dikaki umNO(baru)bN. 

Mengundang malapetaka

Maaf sebut, saya melihat ulama yang muktabar alim banyak mazhab itu, mereka alim al Quraan dan Alim al Hadis itu, samada mereka berada dalam Ahli Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama PAS dan AJK Agung PAS Pusat dan Ustaz-ustaz muda didewan-dewan. Kebanyakkan dikalangan mereka, mereka keluarkan  hujah-hujah yang bernas lagi mantap terhadap kes-kes yang dialami dan dihadapi PAS bersama dalam PR sejak 3 tahun berakhir ini dengan memberi kredit tinggi kepada pemimpin umNO(baru)bN secara maya. Akhirnya, kini sampai digaris penamat dan kemuncaknya PAS untuk membuat keputusan.

Ramai dikalangan mereka berhujah dengan lendik dan berbahasa halus binti lunak dengan hujah simpul mati dan bersimpai kemas kemin macam simpai serban dikepala.  Rata-rata mereka keluarkan hujah yang berjela dan berliku yang sarat dengan tamsil. Semua-semua itu saya membuat kesimpulan pribadi. Alasan dikeluarkan mereka adalah semata-mata bermatlamat kearah dan kepada maksud untuk tolak perjuangan bersama dalam PR dan untuk beralih angin dan merasai menikmamti kepentingan baru untuk melulus dan menghalalkan menikah dengan umNo(baru) semata-mata. 

Sikap dan tindak yang dilakukan pucok pimpinan PAS dan sekiranya mereka mendapat pengiktirafan oleh sekelian AJK PAS Pusat dalam mesyurat esok 17 Ogos 2014 Ahad. Makanya seperti info macam bertih yang saya terima, bersedialah PAS menghadapi ratusan cawangannya yang akan dibubarkan bermula esok. Sebaik pembuburan cawangan PAS mereka, mereka akan diri dan tegakkan cawangan baru melalui parti baru sebagai wadah menerus perjuangan mereka iaitu DAP menjadi pilihan muktamat mereka.

Hatta PAS kena bersedia lebih berganda dan porak peranda dari fenomina perpecahan PAS tahun 1982. Bila ramai AJK PAS Pusat akan keluar dari PAS termasok dikalangan Adun-adun dan AhPAR disebelah pantai barat, utara dan selatan semenanjong. Mereka ucapkan sayonara kepada PAS. Penghulu keluar PAS kali ini YB Shaari Sugib dan YB Hasnol. Kedua Yb ini telah membuka gelanggang sebagai pahlawan PR walau ada yang gelar mereka penderhaka. 

Sama-sama kita menanti esok. Minta jauh PAS berkecai kerana berkeras mempertahankan TS Khalid menjadi MBS dan hajat untuk bersama umNO(baru)bN.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
Thursday, August 16, 2014