MENGIMBAU GELOMBANG PRU12, 8 MAC 2008 - DEBARAN PRU13 PASTI DIHADAPI - BERGANTIKAH PENGUASA DI PUTRAJAYA?
(BAHAGIAN PERTAMA)
9 Muharam 1432 - Rabu
15 DISEMBER 2010
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
Rakyat negara kita yang bernama pengundi, mereka telah menunaikan tanggungjawab besar dengan mengejutkan, memberi 1pengajaran, persediaan dan amaran kepada umNObn di beberapa negeri dan umNObn pusat. Macam seperti getah menurun mengalir selepas di toreh oleh pekebun. Iaitu fenomina 1gelombang, 1ombak besar macam tombak menusuk ke dalam badan umNObn dengan 1kejutan kali ke2 dalam PRU12, yang dicatat dan dilalui oleh negara kita Malaysia seperti direkod kali pertama di PRU3, 10 Mei 1969 dahulu.
Perjalanan PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, kira-kira 2 tahun 9 bulan dah berlalu ketika rencana ini dibuat. Walaupun rakyat, pengundi khususnya parti lawan umNObn, yang PR berhadapan dengan kepongan, keadaan padang dan gelanggang PRU 12 tidak sama rata sejak PRU-PRU yang terdahulu, bersekali dengan pelbagai gangguan dan halangan. Dah ditembusi tembok maya perkauman yang umNObn bina kukoh lebih dari 50 tahun, telah runtoh seperti tembok Berlin di German.
Namun umNObn yang solid mencengkam dan mengenggam rapat, menunggang perkhidmatan awam dan menandu penjawat awam serta melakukan faraid penuh.
Mrnggunakankepelbagaiana kemudahan awam negara dan khazanah rakyat negara secara rasuah, kepada kepentingan umNObn dalam PRU-PRK. Semua secara sedar macam di jadi dan diabdikan sebagai kemudahan senonim pemilikan kepada umNObn dalam PRU untuk menghadapi lawan. Walaupun begitu umNObn telah mula ditolak oleh rakyat dan pengundi, terutamanya dikalangan pengundi muda dan pengundi baru di kawasan penempatan urban dan di semi urban.
umNObn sekadar cuma mampu mencapai kemenangan tipis, mampu bertahan dengan sokongan buta cuma di kawasan yang terdapat simpanan tetap pengundi yakni di Felda melalui peneroka, kem tentera menerusi pengundinya adalah askar dan kem PGA pengundinya dulu dikenali dengan polis hutan. Silap-silap anak bini pun didaftarkan sebagai pengundi simpanan macam laki juga. Disanalah terdapat harta Qarun, simpanan tetap. Ini adalah hakikat dan realiti sejati.
Kejayaan awal parti-parti pembangkang dalam menghadapi umNObn dalam PRU12 dahulu, adalah dituai dari hasil persefahaman, persetujuan dicapai bersama sesama pembangkang. Ianya adalah di atas usaha-usaha serta inisiatif possitif dengan gigih dan sabar oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dirintis oleh Almarhom Dato’ Ustaz Fadzil Noor untuk merealisasi persepakatan dikalangan parti-parti pembangkang. Dinginnya kepala dan minda pemimpin-pemimpin dikalangan parti pembangkang PAS, DAP dan PKR, maka wujudlah suasana persefahaman yang positif.
Perencanaan persefahaman diklangan parti-parti pembangkang, dalam menwujudkan kerjasama politik dan pilihanraya. Ianya mengundang musoh menjadi kecil untuk di hadapi dan dapat ditentang bersama secara kolektif untuuk menghadapi umNObn. Keputusan menghadapi pilihanraya PRU12 dengan meletakkan calun 1lawan 1disetiap KaDun dan KaPar agar undi tidak berpecah. Nyatalah percaturan tersebut, yakni 1pembangkang bertembong dengan 1umNObn diterima baik oleh rakyat dan pengundi.Percubaan kerjasama politik dan pilihanraya pada PRU12, ianya disambut baik dan di terima dengan seadanya dikalangan ahli dan penyokong parti masing-masing. Merampas 5 negeri dan Wilayah Persekutuan. Menafikan penguasaan 2/3 dalam Parlimen termasuk menafikan juga di Dun Negeri Sembilan.
Persefahaman pembangkang itu, diterima dan mendapat respon positif dari rakyat dan pengundi dengan yakin dan percaya telah memberi sokongan, dengan mengundi memangkah calun-calun dikemukakan PAS, DAP dan PKR, ianya menjadi dan berbaloi. PRU12 telah menghukum dengan beberapa taikun umNObn tumpas. Hatta umNObn hilang kuasa di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan GerakanBn kecundang di Pulau Pinang termasuklah menawan Wilayah Persekutuan menguasai KaPar. Begitulah rakyat, pengundi dan parti politik lawan umNObn mampu mencabar ego kebejadan umNObn. PRU12 umNObn rebah demam tak kebah, tersungkur walau tidak membaham tanah koi.
Sebenarnya keputusan PRU12 di Semenanjung, umNObn telah tewas. Undi popular pakatan pembangkang ketika itu memperolehi 52% undi sedangkang umNObn di tolak rakyat dengan 48% undi. PAS, DAP dan PKR memenangi 82 kerusi parlimen menafikan majoriti 2/3. Manakala diperingkat Dun PAS menang 83, PKR 42, DAP 71 dan calun Bebas 2 kerusi. BN memperolehi 307 Dun dan jumlah Pakatan Pembangkang dan bebas adalah 208 Dun di menangi. Akhirnya PR dapat memerentah 5 buah negeri. Kekalahan di PRU12 tersebut sampaikan ianya bergegar, gegak gempita macam diserang lagenda geruda. Penunggu di PWTC menjadi kucar kacir nana, manakala di Putrajaya menjadi tidak bermaya dan tidak aman macam kuman menyerang.
Sebaik selesai PRU12, kepimpinan tinggi parti-parti pembangkang terpaksa akur dengan kehendak rakyat dan pengundi. Dalam menghadapi mengisi politik semasa citarasa anak muda negara tercinta. Justeru, makanya persefahaman pembangkang tersebut, diangkat dan dinobatkan menjadi satu realiti politik baru negara dalam bersama-sama bergandingan eratkan kenalan menjadi persahabatan, kepada penyatuan menubuhkan kerajaan negeri. Maka lahirlah PAKATAN RAKYAT - PR. PR sebagai modium politik baru saingan maut kepada umNObn. Ianya memudahkan rakyat pengundi membuat pilihan ketika menghadapi PRU13 nanti. Kini PR di mata rakyat dan di hati pengundi, di geruni umNObn kini.
Kini umNObn terpaksa juga menggunakan kalimat keramat RAKYAT yang sebati dengan PR. Meniru PR jadi modal propoganda politik lapok perkauman umNObn yang ketinggalan zaman. Di masa dan saat rakyat menolak serta berazam penuh untuk meletakkan umNO di muzium dan di Arkib Negara. Ketika itulah malapetaka menimpa umNObn sebaik selesai PRU12 pada 8 Mac 2008 dahulu. Kesan dan penangan PRU12 tersebut, umNO menghadapi tekanan berdepan perpecahan. Bernanah dan punah bila ungkabangka bangun campor kakitangan sokongan berantai dari mantan Presiden umNO dan Perdana Menteri.
Akhirnya sasaran membuang dan nyahkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Al Hadhari dari Putrajaya berjaya. Menjadi kenyataan sebagai objek korban menyelamatkan umNO. Serta Pak Lah juga terpaksa meninggalkan PWTC di ibu kota Kuala Lumpur macam tsunami baham umNO. Makanya kerusi keramat di Putrajaya dan bangku beracun PWTC, diambil alih oleh naga dari Tasik Cini. Kini denyutan nadi Putrajaya dan PWTC, dibantu dan mendapat khidmat kacau ganggu dari isteri ke2 bernaman RM. Bukan Ringgit Malaysia, anak-anak muda kata Rosak Malaysia.
Kejayaan parti pembangkang dalam PRU12 adalah cetusan langsung, menyambong tinta perjuangan yang di pehat oleh ayah ibu serta datok dan nenek mereka di melalui PRU3 pada 10 Mei 1969. Iaitu tempoh 41 tahun dahulu. gelombang, ombak besar dan kejutan tersebut ianya adalah lanjutan sambong perjuangan yang tertangguh. Di PRU3 pada 10 Mei 1969 dahulu, datuk nenek dan ayah ibumu telah memberi cabaran besar kepada umNOperikatan dalam menterjermah implikasi landskap sosiopolitik dan iktisas kepada negara. Dalam PRU3 itu, walaupun ketika itu parti pembangkang bukan sahaja menghadapi lawan utama umNOperikatan, tetapi terpaksa juga menghadapi pertembongan sesama pembangkang sendiri.
Seingatan saya, banyak kawasan Dun dan Parlimen undi menang Perikatan: umNO, MCA dan MIC sekiranya ketika itu tercapainya persefahaman pembangkang dengan satu lawan satu, seperti dilaksanakan di PRU12 yang lalu. Dah tentu perikatan berkubur dan BN tak wujud, anda fikirlah sendiri, anda fikirlah kemungkinan itu dengan jujur.
Samada ianya kebetulan atau keadaan turut membantu umNOperikatan selepas PRU3, selepas 3 hari keputusan pilihanraya yang tidak menentu dan SPR itu sendiri buntu jadi hantu. Seiring selepas tidak menentu itu, keadaan tersebut terungkai dan diungkai dengan tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969 negara. Justeru atas nama keselamatan negara, umNoperikatan yang kehilangan besar kuasa, diperingkat beberapa negeri, umNOperikatan gagal korum Adun untuk menuboh kerajaan negeri dan kerajaan pusat turut gagal ditubuh oleh umNOperikatan.
Maka inisiatif menubohkan MAGERAN yang diketuai dan dianggotai oleh 4, 5 kerat pemuka umNOperikatan, menjadikan peristiwa hitam 13 Mei selepas keputusan PRU3 yang berkeputusan umNOperikatan telah di tolak oleh rakyat dan pengundi. Jadi macam ikan tawar dihadapan bapa kucing, makanya di kambing hitamkan 13 Mei tersebut sebagai alasan herba pelengkap mensabah mengaburi rakyat negara dan dunia.
Untuk kenapa MAGERAN ditubuhkan berperanan penuh menggantikan amalan demokerasi berparlimen dan institusi Raja dan Sultan ketika itu tidak berfungsi, semuanya menjadi beku kaku keranamu MAGERAN. Hatta YBM Tengku Abdul Rahman sendiri tersingkirlah sebagai Perdana Menteri, kerana parlimen dan institusinya digantung keranamu MAGERAN. Penyingkiran YBM Tengku Abdul Rahman sesama umNO juga rampasan kuasa secara halus oleh peneraju MAGERAN dihadapi oleh YBM Tengku.
Maka dari fungsi MAGERAN inilah sebagai platform, sambil selam sambil meneguk air oleh penjawat MAGERAN. Jadinya MAGERAN menyumbang jasa besar kepada memperkukuhkan kedudukkan pemimpin umNO dan komponan Perikatan itu sendiri. Dengan memberi ruang dan peluang berperanan besar secara menyeluroh di bawah dan dari dalam bush jaket MAGERAN diperingkat negeri dan negara. Ianya merupakan tindakan dan langkah persiapan, persediaan. Sebagai alat penyambong hayat kuasa umNOperikatan dalam masa yang sesuai di keadaan yang tepat, sebaik demokerasi ala umNOperikatan dikembalikan.
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
9 Muharam 1432 - Rabu
15 DISEMBER 2010