Thursday, January 6, 2011

PUTRAJAYA LENGKARAN DAN DEBARAN PRU13 – PUPOH PANCANG DAN TUMANG YANG GOYANG TERCABUTKAH?
(BAHAGIAN KEDUA)

11 Muharam 1432 - Jumaat
17 DISEMBER 2010

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB


PRU12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 yang lepas, kini bererti umur kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri samada yang diperentah oleh BN atau PR telah mencapai usia kira-kira 2 tahun 10 bulan. Tarikh 9 Mac 2011 barangkali. Sekiranya berlaku sebarang kekosongan dalam apa-apa cara dan keadaan sekalipun samada di KaPar atau KaDun, termasuklah Dun Kota Seputih, Kedah. Sebaik sahaja mahkamah selepas 8 Mac 2011 memutuskan Dun Kota Seputeh berlaku kekosongan penyandang. Maka pastilah 1PRK tidak dijalankan oleh SPR kerana baki usia hakiki Parlimen atau Dun kurang dari 2 tahun. Saya macam menghidu yang keputusan kosong Dun Kota Seputeh selepas melepasi umur 3 tahun genap usia parlimen Penggal Ke12selepas PRU12 yang lepas, kita kelih tunggu dan tengok panggong dan kuda ditunggangi umNObn sekarang, menjadi skrip dari PWTC dan Putrajaya dinobatkan menjadi kenyataan.

Polimik dikalangan pengemar politik negara yang mengikuti perkembangan pasaran politik negeri-negeri dan pusat, ianya mencabar dan berdebar sama seperti perjalanan Bursa Malaysia di Papan Pertama. Baik umNObn maupun PR. Dari PWTC dalam mesyurat agung umNO baru-baru ini, Presiden umNO NTR RM didepan kabilah, juak-juak perwakilan dan pemerhati, NTR RM telah bersumpah ikrar walau tertanggal nyawa dari badan, mata putih dan tulang putih berkecai, PUTRAJAYA mesti umNO pertahankan, tak kiralah cara mana pun? Hebat, berani dan telus. Merpertahan umNO kerana maruah mertabat kerabat umNO terus bersemadi di PUTRAJAYA. Anak saya tingkatan 2 berkata, “Harga diri dan maruah umNO adalah di PWTC. Jangan sampai tergadai, terjual dan terlelong sebagaimana terjadi kepada bangunan umNO Kota Bharu Kelantan dijual kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan”. umNO NTR RM tersilap dan tersalah membuat sumpah, tidak pada tempatnya. NTR RM samalah diumpama seperti pergi jumpa doktor gigi (bukan Mantan MB Selangor) diklinik; pinta doktor tersebut merangkakan draft perjanjian beli negeri Selangor, cara kaedah dan tempat tidak menterjermahkan NTR RM sebagi seorang negarawan terbilang tetapi sorang yang tak ketahuan bersumpah malang.

Jadinya PUTRAJAYA bukanlah harta pesaka milik 1% kepada umNO maupun BN. Tetapi ianya adalah milik negara dan milik rakyat yang akan lakukan tranformasi kerajaan. Diatas faktor tersebutlah merupakan fakta jelas pemilikannya adalah terbuka digeruni NTR RM dan umNO. PUTRAJAYA bukan seperti PWTC didaftar milik bergrankan umNO. Tanpa dikongsi dengan mana-mana komponan parti BN. Dana jana membinanya dari sumber pelbagai, bersekali dana rasuah dalam menyiap PWTC. Orang kata macam tu, jadi, saya angkat sekadar mengulang. Sebelum sumpah dan sampah umNO mempertahankan PUTRAJAYA selepas PRU13 nanti, kini percakaran sesama pemimpin kabilah umNObn disemua negeri, baik umNO kerajaan apalagi umNO pembangkang, cukup parah bermasalah. Pemimpin-pemimpin umNO dan umNO itu sendiri sedang bertarong berhempas pulas sampai memulas, meliau jadi macam-macam penyakit kronik pada titik terakhir diantara titik-titik yang menjadi baki usia umNObn. Semasa mana NTR RM sebut macam kepala lanun berucap di Mesyurat Agong umNO di PWTC. Berkesudahan mengharamkan sementara persidangan dan pemilihan umNO tempoh 18 bulan, cukup berbelit dan melilit berangkai maknanya.

Beralasan negarif purba, kalih hakikat menafi tolak realiti dalaman umNO yang mengalami reput relai. Disaat sepakat pemimpin perdana umNO menuding menuduh menfitnah selengkapnya kepada PKR dan PR. Di sepanjang PKR mengadakan pemilihan kepimpinan. Pemimpin perdana umNO menghala meriam kapal selam berpeluru peledak C4, sayang PKR tidak berkecai macam wanita Monggolia Altantuya Shaaribu, yang meledak, meletupnya masih menjadi misteri, siapa punya angkara? Sayangnya, jenis pemimpin perdana umNO yang air lior belum basi, lidahnya belum kering dalam membuat tuduhan fitnah perdana kepada PKR. Terkulom dan terkelehum macam kena sampuk; tudohkan orang tak sama bikin tindakan dalam diri (umNObn) sendiri, huuuiii. Terserlahlah pemimpin perdana umNo adalah jenis cap ayam cap badak. Jenis telor dan batang peliar macam batang keladi berah. Ketika mengatakan parti lawan cukup sedap. Tetapi apabila melihat dalam kain bugis kain belaci, kain cukin sendiri, baru tahu pemimpin umNO tahu hakikatnya umNO penoh korap longsong, panau jelatang, kudis buta, puru merayap mengelilingi pemimpin perdana umNO dan induk umNO sendiri. Pemimpin perdana umNO dayus, bapok dan pondan takut mengadakan pemilihan pemimpin.

Mesyurat agong yang diharamkan selama 18 bulan dengan alasan purba, demi selamatnya pemimpin umNO sekarang yang merampas dari Pak Lah diatas nama peralihan kuasa. Alasan kambing tak mau mamah daun sirih. Sebenarnya, demi: Mengelak dan menghindarkan peperangan besar dalam perebutan mendapatkan jawatan. Elakkan mengundang 1001masalah pecah dan kehancuran, dalam berdepan PRU13 itulah hakikat yang sengotinya. Hatta cukup digeruni oleh pemimpin perdana umNO sekarang kalau diadakan pemilihan dalam mesyurat Agong, dikhuatiri bertemu tewas dalam mempertahankan jawatan masing-masing. Hatta presiden dan timbalan presiden pun belum terjamin kedudukan mereka selamat kalau ditentang. Dan diantara yang menunggu umNO adalah peristiwa ulangan 4 Februari 1988. Sebab itulah PM NTR RM mengharamkan (kata beralas menangguh) pemilihan pemimpin dimesyurat agong selama 18 bulan. Melalui sisik angin PWTC baru-baru ini NTR RM mengumum dan memngesahkan umNO menghadapi reput dan relai berdepan pertembongan sesama sendiri dalam pemilihan umNO sebelum menghadapi PRU13 kelak.

Jadi seiring mengharamkan mesyuarat dan pemilihan pemimpin umNO, NTR RM meniup membina semangat ala lanun kepada perwakilan. Demi umNO yang kayakan kita pemimpin perdana umNObn, kita mesti menjadi seperti lanun disamudera merampas apa saja melintas. Menjadi penyamun kawaq dan pencuri mendapatkan apa sahaja didaratan demi mempertahankan kekayaan kita (kroni umNObn) selama-lamanya. Keranamu umNObn alat kami berkuasa, membina gedong dan gudang menghimpun dan melunggok kekayaan kelumpuk dan kabilah diatas macam-macam jenama. Mari sejenak bersama-sama kita mengimbau, menghayati dan berfikir sejenak pasai malapetaka perdana 22 tahun lampau. Musibah perdana lagenda umNO. Semuanya adalah kesan peristiwa perebutan puncak pucok tampok kuasa yakni pertelingkahan merebut jawatan utama umNO. Mengundang dan merancang untuk umNO menerima padah dan umNO patah kerana ghairah. umNO menjadi parti haram macam Parti Komunis Malaya di Mahkamah Tinggi KL, pada 4 Februari 1988 oleh YA Hakim TS Dato’ Harun Mohd Hashim.

Natijah keputusan mahkamah tersebut mengundang UMNO yang diputra dan ditahnimkan dianjung seri Istana di JB, Johor 11 Mei 1946 menjadi aruah, gemulah dan almarhum ketika usia 42 tahun. Hakikatnya UMNO tulin tersebut, dah mati dikafan dah ditalqinkan menurut skrip merah hitam Dr Mahathir Mohammed, menafikan musoh NO1nya, YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir dari umNO(baru) ditubuhkan oleh Dr Mahathir. Bukan sahaja umNO itu haram, Dr Mahathir dan juak-juak nya round Malaya mendapat sokongan menghalalkan tindakkan kerjanya keatas sultan dan raja. Selepas itu sultan dan raja-raja diganyang, dilondeh ditarik taring oleh Dr Mahathir dan pemimpin perdana umNO ketika itu. Sungguh dan benar tulin cerita ini bukan fitnah. Walau didaftar kembali tetapi ia adalah umNO(baru) ditubuh dikepalai oleh Dr Mahathir. Kini dipikul oleh NTR RM, parti baru umNO(baru) walau nama semacam-serupa tetapi tetap tak sama. Usia umNO(baru) ini adalah 22 tahun. Ini adalah fakta sejarah negara. Dalam hal ini sengaja cipta keliru dan menipu usia umNO(baru). umNO(baru) Dr Mahathir Mohamed adalah umNO kelahiran semula sebagaimana dipercaya penganut agama Hindu.

Ketika umNO(baru) ditangan Pak Lah, untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat sebaik parlimen penggal Ke11 dibubarkan. Makanya PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008. Rakyat dan pengundi bertindak membuat transformasi kerajaan menolak BN di 5 negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Makanya kerajaan PR ditubuhkan di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan umNObn tersungkur KaPar hampir total. Justeru dengan sendirinya kedudukan umNObn dan waris pemimpin-pemimpinnya dinegeri-negeri tersebut menjadi kecil lemah dan tidak bermaya jadi mengecut kering dan gering. Episod dan fenomina umNObn tersungkur di 5 negeri termasuk Wilayah Persekutuan, jadinya mengundang umNO lemah dari cawangan, kawasan sampailah ke perhubungan umNO negeri. Walaupun transformasi berlaku di 5 negeri dikuasai PR – PAS, PKR dan DAP. Namun sikap sombong degil umNObn tidak mengiktiraf kerajaan PR di 5 negeri tersebut. Hatta lebih malang umNO telah merampas kuasa di Perak. Menubuh kerajaan haram kudeta ,kepala perancangnya adalah NTR RM sekarang. umNObn dengan mendapat bantuan askar upahan dan askar kerahan suruhan bernama KSN, SPR, Mahkamah, PDRM, serta hamparan karpet kuning dan balatentera lain.

Kekalahan umNObn di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan, menzahirkan pemimpin-pemimpin umNObn dinegeri berkenaan bercakaran dan menuding jari dan menggenggam penumbuk mencari kambing hitam, naga buaya dan sebagainya untuk dikenali pasti punca virus umNobn kecundang terlentang sampai terkangkang panjang. Sesungguhnya kesan transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada PR mengundang malapetaka sebab punca pendapatan pemimpin-pemimpin unNObn di peringkat bahagian, cawangan dan negeri terbantut, menjadi lesu dan tak menentu untuk bergerak dan berak kepada pengikutnya. Pemimpin-pemimpin peringkat bahagian, tidak lagi mampu berlagak nampak sibuk turun kecawangan seperti santa-claus. Turun berbekalkan umpan projek, gula kanji propoganda habuan kepada jong kampong, setelah kehilangan penguasaan negeri.
Dulu, kini dan selama-lamanya umNO terdidik dan menjadi budaya pemberian benda-upah adalah utama dalam umNObn, untuk menggerakkan parti. Ini menjadikan koi lemah pengurusan pentadbiran di kawasan, apalagi pasti di cawangan lebih parah. Bukan itu sahaja pergolakkan besar yang berlaku dalam kepimpinan umNO Perlis, Terengganu, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain negeri masih buntu, tidak menemui jalan untuk mereka bersatu. Semuanya berhubung rapat dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat pusat, kesan keputusan PRU12 duhulu. Sampaikan walaupun umNO menerusi NTR RM mengharamkan setahun setengah mesyurat dan pemilihan umNO, tetapi budaya dari kelambu umNO sendiri kini bercambah gasak dan asak menelanjangkan pribadi pemimpin perdana umNO di peringkat negeri dan pusat. Di Tambun Tulang Perlis DS Shahidan Kassim yang berbisan dengan mantan Mufti dibogel dimalukan tanpa berjawap dan tindakkan dari Shahidan. Anak Yatim dari Jelebu dalam pengetahuan bininya bersekongkol menutup bangkai gajah tok mia.

Kedua-dua episod tersebut mengatasi fitnah kepada DS Anwar Ibrahim. Fenomina ini akan terus berlengkar dan bergegar dimaya internet mengkisahkan. Iniinilah gejala NTR RM haramkan pemilihan mesyurat umNO, semata-mata nak tumpu kepada PRU13 yang rakyat dah tumpoi dengan umNO khususnya calun-calun umNO yang akan dikemukakan kelak. Khabarnya drama di pantai Port Dickson Negeri Sembilan akan diputar kembali sekiranya, diantara pemegang rahsia untuk kali ini masih tidak diangkat menjadi calun. Samada menjadi calun KaDun maupun KaPar. Dari sumber-sumber berita disampaikan kepada saya, ramai dikalangan tongkang tokoh umNO tidak mau berharap untuk dilantek menjadi Ahli Dewan Negara sebagai Senator melalui pusat atau perlantikan oleh Dun, kerana mereka percaya PRU13 adalah penanda penamat umNO di PUTRAJAYA. Sepertimana kerajaan pusat umNObn cukup takut dan teruja dengan angka 13, sampaikan sesetengah bangunan tidak tercatat tingkat atau level 13 begitulah didalam lift. Ini ini-lah fenomina umNObn NTR RM menghadapi PRU13 nanti. Cepat, segera atau lambat PRU13 diadakan umNObn berdepan dengan cabaran hebat rakyat maukan transformasi kerajaan PUSAT melalui dan menerusi PR.

Tindakan bersepadu umNObn kini, untuk menampakkan umNObn kuat perkasa, bersatu macam bancuhan simen, batu pasir dan air kelih mix dan solid. Makanya peranan tersebut diletakkan sepenuhnya sebagai panglima wira disintuk limau beradu digelanggang, panglanun, panglahap alat-ulat komponan pertahanan umNO. Hatta tempek bedak sejuk bedak pengket, spray wangian boss, kosmatik tarek muka hidung dan cemara menggunakan perkhidmatan APCO, komponan Mediaprima tv dan media citak perdana serta RTM dan Utusan Meloya sudah muflis idea dan modal ampu kerana ampau dah pencen. Disinilah tempelan letak kepalsuan kuat umNO khususnya dan khasnya umNObn, bersatunya umNObn dan kukuhnya umNObn. Kini wira-wira perkasa umNO adalah Polis, SPR, SPRM, Mahkamah, Peguam Negara. Kala jengking, lipan bara, hantu raya dan istana menjadi tarohan penyelamat umNO. Sedangkan pengayut-pengayut umNO semuanya bersembunyi didalam kelambu, dalam kepompong dayus, untuk langsong bertarong dengan lawannya PR - PAS, DAP dan PKR.

Nampak umNObn macam kukuh perkasa seperti dikatakan diatas, semuanya hasil peranan yang direalisasi dilansaikan oleh pecacai diatas. Mereka berperanan penuh dengan takutnya kepada RM. Terpaksa memuji semuanya dari umNObn harum semerbak mewangi. Menceritakan semua pemimpin umNObn yang habrak semuanya baik-baik berakhlak mulia belaka. Pandai bergencok menari, pandai dedah urat, pandai menguruskan rasuah secara berhemah dan terancang, makanya itulah mithali perjuangan. Makanya media elotronik dan citak perdanalah yang menjadi kalut dan tali barut kepada umNObn, menghebahkan kepada rakyat jelata belit dan putar, luruskan yang bengkok, rasuah dijadikan sumbangan, perpecahan dan berantuk sakan dalam umNObn aman damai. Walau bangkai umNObn di Konvensyen Ke2 sejak 50 tahun nak disembunyikan, busuk dan busong tetapi rakyat pengundi menghidu busuk nanah, danor dan danarnya.

Maka canteklah umNO, hebatlah umNObn, ekonomi ok sebab itulah harga barang naik macam nama BN juga, macam harga solek bini najib. Tipu harga barang naik-BN dengan memainkan kona baring istilah membodoh dan memperdayakan rakyat dengan jenama penyelarasan harga. Demi mengutamakan dahulukan rakyat, demi rakyat harga barang wajib naik kerana itulah parti BN-barang naik. Rakyat adalah lembu dan sapi kepada kerajaan BN meneroka dalam melaksanakan kejayaan BN sekali pun rakyat baham tanah dan pelepah kelapa sawit. Felda tak ada maslah, sebab umNO kikih belum habis tunggu baki masa nak kukuq Felda jadi mangsa, macam matinya Bank Bumiputra yang entah kemana kejayaan perdana umNO. Itulah bijak pandai langsai mengurus.

Sesungguhnya, falsafah saripati dan intipati dari Konvensyen Pakatan Rakyat Ke2 yang diadakan di bersebelahan dengan kediaman mantan PM, mantan Presiden umNO, mantan Pengerusi BN Tun Abdullah Ahmad Badawi Alhadhari pada 19 Disember 2010 di Dewan Mellineium Kepala Batas, Pulau Pinang secara terbuka mampu diadakan walau usianya baru setahun jagung dan dilaporkan media. Sedangkan BN yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan telah berusia 37 tahun baru 2 kali mengadakan Konvensyen, itu pun Konvensyen Ke2 diadakan dalam keadaan tertutup. Walau pun tertutup kepanasan dan haba konvensyen tersebut kentut busuk, busong dan muntah jentayu terbocor, dikeluarkan dikalangan pemimpin dan peserta konvensyen Ke2 BN itu bertambah parah. Sanggah kepada ketua umNO dalam BN dan monopoli jawatan dan kuasa perdana dilungguk kepada umNO disanggah. Hatta umNO berhadapan tentangan hebata dari komponan tua dalam BN. Kerana polisi BN ditinta di PWTC. Tuduh dan kata sesama BN samalah kentut dengan shit.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

9 Muharam 1432 - Rabu
15 DISEMBER 2010