Saturday, January 29, 2011

umNObn CEMAS BERGELORA DI PRK N5 TENANG 30 JANUARI 2011.

umNObn CEMAS BERGELORA DI PRK N5 TENANG 30 JANUARI 2011.
BN BUKAN SEKADAR BARANG NAIK, MENJURUS ANCAMAN BENCANA NEGARA.

24 Safar 1432, Sabtu
29 Januari 2011
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

umNO yang diputerakan dalam istana Johor Bharu, Johor kira-kira 64 tahun yang lampau, direkodkan sebagai negeri tegar karat dan tumang umNO negara 1Malaysia. Dalam mengiringi menyambut tahun-tahun baru hijrah 1432 dan masihi 2011. umNO Johor telah melakar sejarah dengan membuka gelanggang PRK peringkat Dun termasuk Merlimau Melaka. Disebabkan kematian Adun. Datuk Sulaiman Taha telah meninggal dunia kerana mengidap penyakit jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hosipital Pakar Ampang Putri, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2010 yang lalu (Al Fatihah untuk Allahyarham dan ucapan takziah kepada keluarganya). Sejajar dengan kekosongan tersebut, pihak SPR telah mengumumkan yang tarikh penamaan calon untuk PRK N5 Tenang dah berlalu pada 22 Januari 2011 hari Sabtu dan hari mengundinya pada 30 Januari 2011 hari Ahad. Pertandingan 2 penjuru, diantara calun PR-PAS bertembung calon dari umNObn.

Hakikatnya melampau lebih setahun, 1umNO 1Malaysia pimpinan DS NTR RM pengecut untuk menghadapi PRK Kota Seputih, Kedah. Walau YB Speaker Dun Kedah telah mengistiharkan Dun Kota Seputih kosong dan tidak lagi diwakili oleh Adun dari umNObn. Kerana mantan Adunnya melanggar undang-undang bersabit culas hadhir kemesyurat Dun dengan sengaja, tanpa diizinkan oleh Speaker. Disini SPR sekali lagi menjadi belacu, sinonim sikap bias keringat usaha menyelamatkan Dun tersebut. Pertama kali sejarah 1Malaysia tercatat apabila Pengerusi SPR dan SPR bertindak membuka pintu kamar mahkamah tinggi mendahului umNO membuat bantahan, bukan istiharkan Dun Kota Seputih kosong. Ajaib binti heran SPR ni, menggunakan mahkamah 1Malaysia menghalang keputusan muktamat speaker. Hatta mahkamah juga menjadi pelana, kekangan tunggangan kepada 1umNO 1Malaysia. Disana mereka menemui hakim yang buta dan pekak, untuk membuat keputusan tersendiri yang bebas adil. Kerana tuan yang menyuapnya terpaksa dijagai, dibelai seada-adanya.

Belum langsai PRU N5 Tenang, suasana dan suhu politik negara menjadi membara tidaklah sampai seperti Tunisia, Mesir dan Yaman. umNO terpaksa juga menghadapi PRK Dun Merlimau Melaka. Kerana Adun-Exconya meninggal dunia pula. Manakala di Selangor Speaker Dun Selangor YB Teng Chang Kim telah membuat peristiharan Dun Pelabuhan Klang kosong tidak diwakili setelah mantan Adun katak jadi spesis umNO Badrul Hisham Abdullah. Sama seperti perlakuan culas mantan Adun Kota Seputih Kedah juga umNO. Kini rakyat Selangor, negara dan dunia sedang memerhati dan sedang membuat penilaian. Adakah sekali lagi Pengerusi SPR akan naik tangga mahkamah. Juga bertindak muafakat bergandingan untuk berterusan manipulasi undang-undang semata-mata untuk menyelamatkan 1umNO walau pun edahnya kira-kira 2 bulan lagi. Walaupun Presiden 1umNO 1Malaysia NTR RM mendakwa kini umNO dalam genggamannya dah kembali puleh mendapat sokongat rakyat. Kerana seronok terhibur dengan slogan 1Malaysia dengan pelbagai rencah herba disumbat ketelinga setiap masa azimat RM dikaca TV.

Canang palu rebana dan temberang RTM, Media Prima, akhbar perdana. Katanya umNO telah pulih sembuh, bebas sifar dari semua penyakit kronik. Dakwaan rakyat dah kembali kepangkuan kangkang umNObn. Tetapi mesyurat wajib 1umNO diharamkan 18 bulan oleh NTR RM. Kerana apa? Kerana rakyat berterima kasih bistari bijaklaksana NTR RM manipulasi menguasai BN melunasi Barang Naik jadi BN Bencana Negara, NTR RM hebat menjadikan BN Barang Naik untuk keselesaan rakyat menghadapi sisa-sisa hidup yang kian merempat. BN Barang Naik setiap minggu dan setiap bulan rakyat jadi tak ketahuan. Kesannya samun, bunuh, rasuah dan entah.... Petrol naik banyak kali, rakyat suka hati happy keranamu umNO bantu rakyat beli harga BN Barang Naik, tk BN. Bawang merah RM10 sekilo, bawang putih RM 10 sekilo, bawang besar RM4 sekilo, terima kasih BN Barang Naik keranamu. Barang Naik harga BN pulihara dzamir nurani taukeh dan taikun. TK umNO BN Barang Naik untuk menjana membela rakyat didahulu diutamakan dengan Barang Naik untukmu BN. BN bestari memerintah menangani rakyat jelata mengundang papa melarat kerana BN Barang Naik mu umNO 1Malaysia.

Dalam keadaan itu pun NTR RM bacul cap pengecut untuk menghadapi PRK di Dun Kota Seputih Kedah. Justeru nyatalah dakwaan war-war jajaan di semua media perdana, kertas dan elektronik adalah pembohong dan pelawak 1umNO 1Malaysia dah pulih dah kebah dari demam. Masakan kita pulih, kita kuat gagah perkasa, tetapi menjadi pondan mati pucuk menghadapi pengundi rakyat? BN Barang Naik berkali-kali naik, angkaramu umNO BN menjadi ancaman BENCANA NEGARA kalau rakyat biarkan. Makanya rakyat dan pengundi di PRK Dun N5 Tenang berada dalam KaPar Labis, APnya YB Chua Tee Yong dipesakai dari ayahndanya mantan menteri prono (anak-anak muda cakap) juga Presiden MCA sekarang iaitu DS Dr Chua Soi Lek. Pihak SPR telah membuat pengesahan Dun 5 Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak membuang undi mereka pada 30 Januari 2011 hari Ahad ini. Pecahan pengundi mengikut keturunan, ialah pengundi Melayu 7,014 (47.54%), Cina 5,766 (39.08%), India 1,780 (12.07%) bakinya adalah pengundi dari Bumiputra Sabah/Sarawak dan Orang Asli. Janalah tranformasi politik dengan menolak parti BN Barang Naik menjadi ancaman BENCANA NEGARA.

Anak-anak muda pelayar internet facebook dan sebagainya berkata, “1umNO memiliki simpanan/deposit tetap kira-kira 3,000 undi di 3 kawasan Felda iaitu Felda Chemplak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang. Apalagi sekarang Felda dikepalai oleh Pengerusi Felda baru cap jijik najis rasuah yang disahkan oleh umNO 1Malaysia sendiri, ketika mana pertarungan merebut jawatan dahulu. Bahana rasuah menghasilkan terpelancut jawatan menteri, Menteri Wilayah Persekutuan. Kini kurangnya Melayu menyertai menyokong 1umNO makanya pemimpin rasuah kitaran semula disuntik dilimau dan dilanggar untuk dijadikan kuda tunggangan untuk memacu Felda semahu dan seadanya. Lumrahlah kalau Pengerusi Felda dirinya penuh dengan kurap panau dan puru, macamana nak tegur akan penyakit terdapat pada orang lain jauh sekali nak memberi virus pelali penghalang. Kurap panau sendiri tak terubat, nak tegur bantu orang? Tetapi umNO yang tolak Islam pemimpin jenis cap inilah menjadi pilihan dan keutamaan. Kerana kitab umNO kata ianya boleh lagi membolehkan. Ia tak salah sebab rasuah dalaman umNO. Ka benar begitu pegangan 1umNO?

Sekiranya 1umNO mendakwa calon pilihan MB Johor DS GO mantan ADO Rengit Mohd Azahar Ibrahim mendakwa akan memperolehi peluang menang dengan majoriti lebih besar dari yang dicapai di PRU12 dahulu. Berbanding berdepan dengan calon PR dari PAS iaitu Cikgu Normala binti Sudirman atau disekolah dan orang-orang kampung mengenali dengan panggilan mesra mudah dan dekat dihati dengan panggilan Cikgu Mala. Cikgu Mala baru meletak jawatan dan besara dalam perkhidmatan perguruan, perkhidmatan pendidikan. Seiring dengan war-war Cikgu Mala adalah calon mewakili PR dari PAS bertanding di PRK N5 Tenang, ketika itulah juga Pengarah Pelajaran Johor telah melakukan pertukaran mee segera ke Johor Bharu. Sebaik dihentak dan diperkatakan secara meluas akan kezaliman dan kekejaman diatas pertukaran tersebut, akhirnya PPJ akor dalam terdesak dan menanggung malu tak berkesudahan menarik balik menjilat licin ludahnya dengan membatalkan pertukaran tersebut. Itulah kerja penjawat awam pecacai 1umNO dulu, kini dan selama-lamanya.

Dakwaan 1umNO yang calun BN 1Malaysia pilihan DS GO yang dikhabarkan tidak disetujui oleh TS MY, mudah mendapat peluang menang adalah auta. Pelawak dan itu itu semua adalah hebahan dan rendang berita. Saya menyangkal yang calon umNObn mudah mendapat kemenangan dengan majoriti besar di Tenang adalah bergelora, berolak dan beralun. Banyak kalangan dikalangan umNO lokal di Tenang mempertikai pilihan MAI sebagai calon menang mudah untuk PRK N5 Tenang. Fakta dan realiti batang tuboh pribadi calun umNObn PRK N5 Tenang kini berdepan dengan sarat dengan masalah pribadi ketika berkhidmat ADO dulu. Diperkatakan seluasnya dimedium internet dikalangan blogger dikalangan umNO sendiri yang menentang calun tersebut. Hatta kini media perdana khususnya RTM dan Mediaprima menerusi semua saloran TVnya berusaha mengambus, melindungi, kirap kipas hatta lebih laju dari pemimpin umNO dalam episod-episod slot berita dan slot khas, usaha-usaha memuji memuja dan memaparkan setiap gerak harian calon umNO MAI.

Hatta yang tak dilaporkan adalah berak kencing dan bilik tidur calun. Selain dari itu disaji dengan penuh kosmatik berjenama besar sebesar badan calon. Orang Cina panggil macam tu badan adalah topoui. Pengundi PRK N5 Tenang, walau anda mendapat halangan dan ancaman agar jangan menyokong dan memberi undi kepada calon PR-PAS Cikgu Mala, tetapi jalankanlah tranformasi undi menyeluruh anda dengan bulat tekad bulan purnama, 30 Januari 2011 Ahad ni, undi dan X PANGKAHLAH Cikgu Mala, seorang mantan Guru Cemerlang yang sekian waktu mengajar dan mendidik anak-anak anda untuk menjadi anak yang berguna. Cikgu Mala mendapat anugerah GURU CEMERLANG bukan kerana rasuah, bukan kerana menipu. ANUGERAH CEMERLANG di perolehi dihargai kerana KOMIT DAN KOMITED MENGAJAR DENGAN CEMERLANG mengajar anak-anak anda wahai pengundi.

Selamat mengundi kepada sekelian pengundi-pengundi PRK DUN N5 TENANG. Selamat sejahtera semua.

RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

24 Safar 1432, Sabtu
29 Januari 2011

NOTA: DENGAN PERGERAKAN YANG TERBATAS, CUKUP-CUKUP TERHAD KEUPAYAAN KINI. SAYA KINI SEDANG MENITI HARI MEMBILANG MASA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN JANTUNG “CORONARY ANGIOGRAM”, DI JABATAN KARDIOLOGI. KEADAAN BERTERUSAN MEMAKSA UNTUK SAYA BEREHAT. Ampun maaf - IBN ABDULLAH AL AWAB