RAKUS DAN BUNGKUS, umNO(Baru)bN MERBAU PULAS ZAHIRKAN.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
ISNIN: 5 NOVEMBER, 2012
Dalam menghadapi dan menangani segala tipu daya dan sungguh sungguh tipu dari umNO(Baru)bN, baik diperengkat kampong JKKKP/JKKK dan lebih tinggi dari itu. Saya menghadapi mereka dengan menggunakan kaedah bermain karom dan billiard untuk memasuk buah kelubangnya. Sebab itulah walau topik saya adalah umNO(Baru)bN perengkat rendah di DUN N33 Merbau Pulas dalam Kapar P17 Padang Serai, Kedah. Saya membuka minda melangkau lebih jauh meneroka dan menerjah umNO(Baru)bN, agar dapat melihat usus pedai yang busuk seperti disahkan sendiri oleh Dr Mahathir Mahammed al Kutty penguasa dan pengasas umNO(Baru).
Kebetulan saya melihat serta dapat saksi akan hasil usaha tangan beluang kudrat empat kerat, baki pemimpin umNO(Baru)bN di DUN Merbau Pulas saki daki ahli dan pengikut setempat kepada umNO(Baru)bN. Berak kerja mereka membuka gelanggang PRU13, memasang papan tanda pejabat pilihanraya untuk DUN Merbau Pulas pada 18 Oktober, 2012 (Ahad) dipremis kerajaan, tak kiralah hak kerajaan manapun ertinya salah guna dan haram kerja tersebut. Muka tak tau malu rupanya papa kedana umNO(Baru)bN perengkat pusat sampai keketing.
Sampaikan gobok pejabat pun habok taka ada, bukan nak mengata auta, tetapi ianya benar belaka. Itulah realiti sebenarnya umNO(Baru)bN gambaran seluroh negara yang pandai urus tadbir ekonomi, dijaja berjela-jela dekat rakyat. Sampai detik rencana saya dibuat 6 November, 2012 (Selasa) dapat saya simpulkan sebagai tunjuk pelaksanaan dan kesudahan benarlah jenis pembangkang dalam negeri Kedah Darul Aman ini umNO(Baru)bN amat RAKUS dan menuju menjadi BUNGKUS juga akhirnya selepas keputusan PRU13 nanti.
Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang lama berhubung kait dengan seni, teknik dan tektikal yang mencakup semua pekara dalam semua sudut. Jelaslah kebetulan sebaik-baiknya dapat saya melihat hasil berak kerja dengan perhatian sepintas lalu, mereka umNO(Baru(bN) DUN Merbau Pulas sengaja atau itulah isi hati nurani dan usus yang terborai terjelor keluar yang mana keburukkan mereka iklaskan tanpa disedari dipamir dan diislahkan. Iaitu menerusi bendera dacing yang digantong senget, yang sememangnya umNO(Baru)bN timbangan senget sebelah.
Mungkin kesedaran itu mai sebaik rencana ini dibaca dan dibetulkan letak duduk 4 bidang bendera yang mengundang sial padah tersebut untuk DUN Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai. Dalam masa yang sama sesunggohnya, diluar sedar mereka sampai sekarang, mereka diperhatikan macam tajamnya AES menangkap dan menzalimi pengguna jalanraya negara yang PR mempersoalkan sampaikan KJ Ketua Pemuda umNO(Baru) dan ramai dikalangan AP bN menyokong penuh bantahan PR keatas cengkaman AES. AES tak kira agama, bangsa dan anutan politik masing-masing kerana umNO(Baru)bN mencari mentah kedarah mudah diatas kesusahan penderitaan rakyat membayar denda, bukan bermatlamat mendidik tetapi mengaut duit.
Sesungguhnya mereka sendiri menyerlahkan dalaman hati nurani mereka yang PRU13 mereka umNO(Baru)bN perengkat DUN Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai terus bungkus bersekali dengan di Putrajaya, sebaik selepas PRU13 nanti. Anak muda yang berjiwa kental dalam PRU13 nanti bersama dalam PR akan bertindak membenam umNO(Baru)bN di PRU13 nanti.
Anak muda menyakini berpandukan empat negeri pentadbiran perentah PR diketuai PAS, PKR dan DAP jauh meninggal kerajaan yang di ketuai umNO(Baru) dan PBBbN dalam semua sudut. Mereka jadikan laporan dari Ketua Audit Negara yang memberi pengakuan dan pengiktirafan negeri PR terbaik disudut mengendali perbelanjaan duit rakyat dengan teliti dan berhemat.
Diatas faktor dan fakta itulah anak muda akan melanjutkan kepercayaan dan amanah memerentah negara selepas PRU13 nanti kepada PR. Anak muda bersama PR nakkan pelajaran percuma, mau bebas dari belenggu hutang, maukan kemudahan kereta impot berqualiti dengan berharga murah dan bebas dari hutang PTPTN.
Dan anak muda membaca dan khatam dan tersemat kukoh dalam minda mereka, terhadap butiran falsafah yang terungkap dalam BUKU JINGGA PR menuju ke Putrajaya selepas PRU13. Barulah semua kandungan dan falsafah BUKU JINGGA PR dapat diterjermahkan menjadi kenyatan kepada rakyat. Tidak sebengong seperti umNO(Baru)bN yang menuduh PR pandai berjanji. Memanglah manifesto PR dalam PRU13 bersekali dengan BUKU JINGGA adalah rangkuman janji pilihanraya. P
R sebaik menjadi kerajan pusat di Putrajaya barulah dapat PR laksanakan menefisto BUKU JINGGA. Awat umNO(Baru)bN ni jadi bengong buta perut sangat? Mereka anak muda hari ini yang bebas dari konkongan anutan politik lapok ibu bapa mereka. Anak muda mampu berfikir melangkau fikiran lapok ayah emak mereka yang umNO(Baru)bN sahaja mampu....... kepada rakyat, dah lapok dan tak laku hujah dan modal politik usang tersebut dekat anak muda.
Anak muda berpelajaran keluaran menara gading, berkemahiran tinggi dalam akses jalor lebar lebuhraya internet, fb, twitter dan sebagai. Mereka manfaat sepenuhnya dan bertanggungjawab menyibar kepada rakyat jelatan disemua pelusuk negara. Mendahului dan kembali memantau semua program propoganda fitnah yang terancang dari umNO(Baru)bN yang disebarkan secara basi, busuk dan cemar oleh RTM, MediaPrima melalui TV3, TV8, TV7, TV9 dan dari akhbar-akhbar perdana seperti Putusan Meloya, Cerita Heran dan sebagainya.
Sememangnya telah menjadi lumrah kehidupan seharian manusia, bagi yang tidak menggunakan pengelihatan mata yang Allah anugerahkan untuk melihat. Serta bagi yang mempunyai otak yang didalamnya mengandungi akal minda yang gagal berfikir untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Samada sesuatu itu dilakukan kerana menzahirkan realiti dalaman hati nurani secara kebetulan atau sengaja. Ianya pasti berdepan persepsi dan mengundang riaksi dari orang ramai. Mereka sewajarnya sejenak berfikir dan bertafakur sejenak dan membuat penilaiannya. Samada penilaian buruk atau baik positif maupun pada negatifnya disenangi atau dibenci lawan.
Ketikamana saya sedang meniti usia, menjangkau enam puloh tahun lebih, saya sentiasa melihat dalam masa yang sama terus berfikir dengan koreksi. Sentiasa melihat PAS dan musuh tradisional lawan politiknya kini umNO(Baru)bN. Sejak dulu saya melihat komponan parti utama dalam PERIKATAN (paska sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan 31 August, 1957), sampai kepada Kerajaan Champoran PAS turut menjadi komponan penting, komponan utama dalam BN adalah UMNO yang ditubohkan oleh Dato' Onn tahun 1946.
Sebaik berkubur mati dikafankan haramnya UMNO oleh Dr Mahathir Mohammed al Kutty 1987, makanya negara masuk episod baru yang mana UMNO Dato' Onn telah hilang dalam rekod keahlian serta merta dalam rekod keahlian BN dan rekod pendaftaran di Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Ini adalah fakta yang jelas, sekali pun pahit untuk dihadzam oleh sekelian pemimpin dan ahli umNO(Baru). Termasoklah harta benada UMNO lama yang secara sah halal atau haram turut berada rekodnya di pejabat Pendaftar Harta Pesaka kerana pemilik sahnya telah mati dikubur dan dikafankan olehDr Mahathir Mohammed al Kutty.
Bukan sekadar UMNO Dato' Onn berkubur, secara teknikalnya seluroh kerajaan bN tersungkur berkubur seiring dan sejajar dengan haram dan matinya UMNO Dato' Onn. Natijah buruk dan malapetaka kepada negara ketika itu sampai sekarang. Iaitu angkara perebutan kuasa dan permusuhan hebat dalam UMNO Dato' Onn dan wujudlah dua puak. Iaitu puak diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan satu puak lagi dikepalai oleh Dr Mahathir Mohammed al Kutty.
Hinggakan PM Malaysia diserahkan kepada parti paling kanan dan senior bN iaitu MCA dengan Lim Liong Sik. Saya menegaskan disini dengan penuh yakin lagi bertanggungjawab iaitu; sebaik UMNO Dato' Onn mati dan haram, makanya parti paling kanan dan paling senior sejak tahun 1987 sampailah kehari ini komponan utama dalam bN adalah parti MCA bukan parti umNO(Baru) sebagaimana yang didakwa oleh sekelian pemimpin umNO(Baru) sejak awal Dr Mahathir, sampai zaman Pak Lah dan kini dalam gengamanan yang longgar menunggu masa tersungkur.
Saya kembali kepada tajuk rencana ini umNO(Baru)bN DUN N33 Merbau Pulas rakus dan Kapar P17 Padang Serai menunggu bungkus. Tengoklah yang tersurat yang tersirat dalam perut pedai pemimpin umNO(Baru)bN DUN N33 Merbau Pulas dan P17 Padang Serai. Bagi yang segala-galanya buta walau terpampang terdedah mereka tidak nampak dan ambil perhatian dan ambil pusing. Asalkan dapat hisap sebatang rokok, sekeping roti canai secawan teh tarik dah puas bangga kerana itu sogokkan dari pemuka-pemuka umNO(Baru)bN JKKK kata Ustaz Azhar Idrus, sudah cukup dan memadai. Itulah nilai hasil perjuangan.
Tengoklah betapa rakusnya pemimpin dikalangan yang bodoh dalam umNO(Baru)bN seperti mana Dr Mahathir dalam kenyatannya, disini nampaklah kebenarannya khusus untuk umNO(Baru)bN di DUN N33 Merbau Pulas dalam Kapar P17 Padang Serai. Walau ia sebatang pokok yang ditebang, ianya tetap rakus khianat kerana pokok yang usianya lebih 20 tahun itu bukan milik punya umNO(Baru)bN. Tetapi megah dan samsengnya mereka kerana pokok tua yang merimbun itu melindungi papan tanda bilik berakan sakan umNO(Baru)bN, maka pokok dijadikan mangsa ditebang kerana melindungi papan tanda umNO(Baru).
Tetapi bagi saya yang berfikir mengikut acuan politik umNOBaru)bN lebih jauh kenyataannya dari itu. Bukan sekadar menebang pokok tersebut supaya nampak dengan jelas pejabat dan papan tanda. Hakikat yang tersirat adalah, mereka umNO(Baru)bN di N33 Merbau Pulas dan P17 Padang Serai, memberi amaran keras kepada pemimpin umNO(Baru)bN di Alor Setar, dan pemimpin umNO(Baru) di PWTC. Bahawa kalau bukan kami anak jati dari umNO(Baru) Merbau Pulas dan bukan anak jati Padang Serai, kalau diletakkan bertanding dalam PRU13 ini, kami akan cantas dan tebang macam pokok tersebut dan menangkan PR. Itulah simboliknya pokok tersebut ditebang.
Salah umNO(Baru)bN Merbau Pulas tebang pokok tersebut, tetapi ianya mendalam kepada penguasa umNO(Baru) Alor Setar dan PWTC Kuala Lumpur. Tidak cukup dengan itu-itu yakni menebang poko yang berumur seusia dengan umor umNO(Baru)bN Dr Mahathir itu. Itu mereka dah memberi amaran seiring dengan makna pokok itu ditebang iaitu, 4 bidang bendera bN yang sudah berusia 38 tahun itu dah kami memberi tahu yang sengaja kami gantung terbalik dacing tersebut. Yakni dengan makna dan maksud yang tersirat, kami lebih suka bN dan umNO(Baru) bungkus dan tersungkur di DUN N33 Merbau Pulas dan P17 Padang Serai. Kalau umNO(Baru)bN tak percaya kami umNO(Baru)bN Merbau Pulas isyarat tebang calun luar dengan kami tebang pokok. Dan nak kalahkan calun luar dengan gantung tunggang langgang bendera dacing 4 bidang. Kalau tak percaya mai-mai tengok kelih atau tengok gambar yang dipaparkan.
Kedian dekat Mat Bashah dan AP tanggo. Sama-sama pakat tengok dan membuat analisa dan koreksi.
Itulah namanya mendenai kehidupan menjana perjuangan.
BIARKANLAH GAMBAR BERCERITA DAN MENJADI SAKSI. BIARKANLAH GAMBAR MEMBUKA USUS HATI NURANI MEREKA. SAMA-SAMA BERFIKIR, SAMA-SAMA KITA MERENUNG: RAKUS DAN BUNGKUS umNO(Baru)bN DI PRU13.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
ISNIN: 5 NOVEMBER, 2012