MENGIMBAU SEJARAH, MEMATANG DAN MENGINSAFKAN.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
KHAMIS: 8 NOVEMBER 2012
SAYA MENGENALI MEREKA
Anehnya saya mengenali saudaraku Yang Berbahagia Tuan Haji Subky Abdul Latif lebih dari 40 tahun. Usia saya muda sikit dari Haji Subki sejak dulu sampailah sekarang dan bila-bila saya muda dari Haji Subky saheh lagi pasti. Dulu-dulu setiap kali kalau saya turun ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu saya sentiasa menggunakan perkhidmatan bus ekspres 'BUDAYA' yang ternama ketika itu dimiliki teman saya Nik Lah dan saya baik dengan abangnya Nik Din. Saya sering bersama dengan Pak Muda - Haji Amransahabat karib Nik Lah taukeh Budaya. Pasti selesai urusan saya, saya akan bersama dengan Almarhom Hussein Yaakob Kuala Krai (Pak Su Sin atau tersehor dengan nama Ibn Muslim dalam akhbar Harakah) dan Saudara Yusoff.
Kerana amanah abah saya walau tidak setuju hati pada mulanya, tetapi akhirnya menjadi keutamaan dan rela saya pula. Sentiasa saya pergi menziarahi Dato' Senu Abdul Rahman kerumahnya (Mantan Nenteri Penerangan dan Penyiaran ketika itu juga Setiausaha Agong UMNO). Dato' Senu manusia biasa menjadi UMNO sampai kemati, tetapi saya menghurmati beliau dan saya menziarahi beliau beberapa kali ketika sakit sungguh-sungguh. Disaat beliau sakit saya kasih sungguh-sungguh dekat Dato' Senu kerana ia kawan Abah saya. Saya membaca Yaasin untuknya dan memegang erat tangannya yang lemah, airmatanya yang berlinang itu, macam tarikan magnet menarik airmata saya mengalir bersamanya.
Sarat jugalah beberapa pekara penting dalam UMNO saya ketahui dari Setiausaha Agong, yang tidak dilaporkan menjadi resmi, ianya menjadi pengetahuan kukoh maklumat pribadi saya sampai kini. Ia menceitakan perjuanganya sebelum masuk dan aktif dalam UMNO. Belia menceritakan susah payah dia ke US belajar dahulu, anak-anak sekarang bayangkan 70 tahun dulu atau lebih diatas kepayahan dan kesusahan. Semuanya dapat diatasi dengan azam yang tinggi dengan kemahuan melangit yang tegar dan fokas. Apa-apa pun, dari Dato" Senu pula saya berkesempatan berkenalan dengan Enchik Mohd Khir Johari mantan Menteri Pelajaran zaman YBM Tengku menjadi PM dulunya tersohor dengan Pengerusi Persatuan Badminton dan Sepak Raga negara dan pak penakan (ayahnda saudara saya) Cikgu Shuib Kasa menjadi setiausahanya.
Sepatutnya saya mengenali Subky Latif, dari Pak Su Sin - Ibn Muslim kerana mereka berdua dari Utusan Melayu mengenali diantara satu dengan lain jauh lebih lama. Tetapi anehnya saya mengenali Saudara Subky Latif dari Dato' Senu. Dato' Senulah yang meriwayatkan kepada saya bahawa Subky Latif akan menjadi seorang wartawan sehebat Pak Melan dan Hussein Yaakob. Itu masih saya ingat sampai sekarng. Kata Dato' Senu, "Kedua-dua menesia ni, dua ekoq ni (rujok Subki dan Hussein) depa jenis mati kering dalam mempertahankan kebenaran, sanggup hidup susah papa. Bukan jenis juai diri dengan orang besar nak mencari mentah kedarah macam wartawan lain. Dua-dua ni aku malu sangat dekat depa. Jujoq menulis dan bertanggongjawab". Itulah saya ingat sangat kata-kata Dato' Senu, pasai Haji Subky dan Ibn Muslim. Tempatnya Dato' Senu cakap itu adalah di Federal Hotel Jalan Bukit Bintang. Itu adalah kenangan lama.
Saya lanjutkan sikit pengalaman dilalui ini. Dulu kalau saya ke KL, saya akan bermalam di South East Asia Hotel kerana senang saya pergi solat di Masjid Pakistan. Di Masjid Pakistan inilah saya sampai menjadi kawan kerana sentiasa bertemu beliau menunaikan solat dimasjid tersebut iaitu pelakon handalan watak jahat. Orangnya warak iaitu A. Rahim (Almarhom, jenazahnya dibawa balik ke Singapura disemadikan di negeri kelahirannya) dan Pak Ali Rahman film star berasal dari Air Kuning, Perak (baru meninggal dunia) dan Ibrahim Din pelawak 3 serangkai dengan SM Salim dan Jamal Kerdil cukup tersehor zaman dahulu. SEA Hotel, ketika itu merupakan stesyen ahli-ahli politik negara maupun dari Sabah dan Sarawak bermalam ketika Parlimen bersidang bertemu bertukar-tukar fikiran di coffee house. Dihotel ini sarat denngan 1,000 sejarah kelaku dan gelagat ahli-ahli Parlimen bN dapat disaksikan, macam-macam hal!!!!!!!!!??????????
Disinilah saya mengenali Datu Dzulkifli, Datu Mustapha, AK Alauddin, Ampong Puyong, Yahya Lampong, Mat Shah Tembakau dll dari Sabah dan Sarawak. Suka mendengar mereka bercerita pasai politik dan pelbagai dengan gayabahasa amat menarik. Saya mengenali menjadi rapat dengan Bang E (YB Haji Shaari bin Jusoh - AP UMNO Kangar belum wujud Kapar Arau pasti tentang ini) ketika itu. Disinilah juga saya menyaksikan dengan penuh keinsafan, pengajaran sebak dan air mata mengenang setiap kali saya terlintas teringat dulu-dulu 1970- 1980han khususnya di kota KL serba manis, busok dan ganas trillion sejarah tidak dicatat.
Saban hari saya nampak (maaf dan ampunkanlah daku Ya! Raabb! Tidak sezarah niat menghina apa lagi tuan tuboh dah kembali menemui Tuhannya Allah, Al Fatehah khusus untuk mu Mak Ainon, mudah2an Ibu bahagia di furdusi sana) primadona film Melayu Mak Ainon dengan pakaian tak terurus dengan tin susu ditangan ketika usia yang lanjut dan kesihatan tidak sempurna, berkelana dari satu tempat ketempat meja kemeja disekitar SEA Hotel dulu, meminta sedekah mendapatkan sesuap nasi. Pilu sayu saya kenangkan peristiwa itu. Setiap kali saya nampak pasti saya menyantuni Mak Ainon menanya khabar dan sedekahkan sekadar wang. Munafiklah aku kalau menafikan yang lakonan Mak Ainon menjadi hiburan ku akan dialognya sampai sekarang. Setiap kali saya ternampak Mak Ainon dulu pasti saya pesan dekat Mak Ainon, "Mak Ainon! Dirikanlah Sembahyang Mak Ainon, pasai akhirnya kita kena mengadap Allah juga".
Saya amat beruntong disudut mendapat pengalaman dan pengetahuan berkawan dengan Pak Su Sin - Ibn Muslim. Melalui dan menerusi Ibn Muslim dapatlah saya mengenali dan rapat dengan Hantu Raya - Pak Sako batang tubohnya Haji Ishak Haji Mohamad. Benar, dua kali saya menghantarnya Pak Sako kerumahnya du Ulu Pansun Dusun Tua. Pak Su kenalkan saya dengan Pak Melan Abdullah, Pak Hassan Haron, Dato' Aziz Antara dan beberapa lagi. Bertentang dengan SEA Hotel itu terdapat Restoran pemiliknya adalah Yusof Suria (mantan SU Akhbar Menteri Pelajaran En Khir Johari) isterinya seorang pelakon film dan drama. Saya tak dapat nak ingat namanya, hujung namanya Ton - Mazliaton kot, maaf kalau salah. Sudu dan sendok gergasi adalah trademark restorannya, yang digantong disekeliling restoran. Ianya adalah satu sindiran tajam politik negara yang bergolak ketika itu.
Seingat saya Haji Subkylah diantara pengerak menubuhkan PAS di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dulu. Diantaranya Ketua Pemuda Haji Wan Azman Wan Abdullah, Azmi Ali peguam (asal Tanah Merah Kelantan). Apabila Subky mengerakkan PAS KL, saya sering turut serta dalam programnya. Sesunggohnya, bagi saya secara pribadi Pak Su Sin - Hussein Yaakob dan Haji Subky adalah amat saya menghurmati mereka dan saya kasih sayang mereka kerana Allah apalagi mereka berdua banyak membantu PAS dalam penulisannya (Al Fatehah untuk Ibn Muslim, Dato' Senu, Dato' Aziz Antara, Pak Sako).
MB SELANGOR, KM PULAU PINANG DAN MB KEDAH
Saya melihat ramai wartawan-wartawan muda yang berada di Utusan Melayu dan Berita Harian, kerajaan negeri yang dikuasai umNO(Baru) dan pusat, diatas perkhidmatan mereka telah diiktiraf diatas tugasan dan perkhidmatan, tak kiralah propoganda atau fitnah kepada PAS, PKR dan DAP - PR. Hasilnya mereka diberi anugerah pengiktirafan gelaran. Jadi apalah kiranya disini saya merayu kepada YAB TS Dato' MB Selangor TS Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng dan YAB MB Kedah YB Dato' Seri Azizan, apalah salahnya please, tolong majukan sebutir bintang kepada Yang Berbahagia Haji Subky Latif yang membawa gelaran DATO' selain dianugerahkan oleh sekelian cucu-cucunya selama ini.
Hargailah peranan besar belia dalam bidang kewartawanan, ahli politik khususnya PAS hatta menjadi calun KAPAR di Wilayah Persekutuan, Kemaman Terengganu dan di Kubang Pasu lawan Dr Mahathir Mohammed. Kerajan PR-PAS di Kelantan dan di Kedah, Kerajaan PR-PKR di Selangor dan Kerajaan PR-DAP di Pulau Pinang kalau tidak anda mempertimbangkan kebesaran gelaran kepada Haji Subky Latif, adakah kita harapkan ianya disumbang oleh kerajaan negeri dari umNO(Baru)bN?????????
Dikalangan rakyat penyokong PR khususnya dari PAS, PKR dan DAP tidak kenalkah anda dengan haji Subky. Saya sejak dulu sentiasa dekat isteri dan anak-anak saya ulangi betapa besar dan hebatnya dan abang/abah kagum san hurmat kepada Dr Chan Man Hin, Fan Yu Teng, V. David, SP Chelliah, Lim Keat Siang, P Patto dll. Mereka adalah pejuang tulin dan negarawan walau kerajaan umNO(Baru)bN padam nama mereka. Oh!! Satu lagi nama besar TS Tan Chee Koon, kalau saya pergi dapatkan rawatan darinya feenya free.
Coretan dan kenangan, dikala kita sakit dan kematian menghimpit, macam mau kita bercerita untuk dapat kita berkongsi demi seculin maklumat membuka minda. Maafkanlah saya!!!!!!!
KHAMIS: 23 ZULHIJJAH 1433 / 8 NOVEMBER 2012