PANTUN PARLIMEN 16 MAC 2016
Dara Sulu ramping, pakai bengkong
Makan tengah hari, makan pulasan,
MP Bintulu menyinga kong ka likong
Bantah Najib1MDB, sokong barisan.
Kenapakah di roboh Kota Melaka
Kota di bena dengan simen dan bata
Bata dipikul Pakndak dan Paklong,
Penerbangan Negara MAS jadi puaka
Menanggong hutang daily RM lima juta
Apa lagi harta yang hendak dilelong?
Bahana GST, rakyat miskin jadi
sengsara
Tengok anak kelaparan perasaan hiba,
Penerbangan MAS sembeleh rakyat Negara
Mata air MP Bintulu, meleleh basah ke
riba.
Pemimpin umNO dok bersengketa
Sengketa nak korek, ada nak palam
Korek dan palam mereka berlaga,
Malaysia Air Port turut diperkata
Bila hujan lebat, berubah jadi kolam
Pakat-pakat timba air dengan raga.
Megah para pemimpin di atas astaka
Pemimpin yang menipu banyak masalah,
Kenapa semua itu menjadi malapetaka
Kerana projek rasuah, tak mula Bismillah.
Bila hujan lebat, kuyup dan basah
Menteri Besar Kedah baru Ahmad Basah
Sesama umNO(baru) dia dibangkang
JKR pula MP bintulu peluang belasah
Bukan buat jalan, tetapi buat
longkang.
DS Rosmah Mansor titlenya al hajjah
Lakinya di cadang PM sampai kiamat,
MP Semporna Shapie bangun berhujah
keselamatan kawasannya, tak selamat
YB Tan Sian Giau bijak bermadah
Madah berbunga, serta berbahasa,
BLOK KE 3 pembankang dilancar sudah
Parti agama dengan Ikatan bangsa.
Khalid al Walid pakar memanah
Kebolehan yang hebat, Allah kurnia,
Tergugatkah PR dan PARTI AMANAH
Kelahiran BLOK KE 3, lahir kedunia.
IBN ABDULLAH AL AWAB – 16 MAC 2016 - RABU