Monday, April 25, 2016

PANTUN PRN SERAWAK KE11

PANTUN PRN SERAWAK KE11
IBN ABDULLAH ALAWAB – 25 APRIL 2016 - ISNIN

Otai lawak bertanding di Pekan,
Semangat tinggi, orangnya sopan,
PRN Serawak, SPR sudah istiharkan
Bertembong BN, Pakatan Harapan.

Lebam mata, Rahim Noor balun,
Pemangku PM, layanan macam abdi,
25hb. April ’16 hari penamaan calun
7 hb. Mei rakyat Sarawak mengundi.

Pengantin dipelamin kipas bersanding
Meriah berpantun, serta bermadah,
Calun PH yang sah akan bertanding
Jangan diperjalanan, berpaling tadah?

Sekat ke Serawak  pengecut tak tamadun
Bak kepala beruang, dihantok kedinding
Berkecai bersepai otak, kepala di pangkah,
Berkat AMANAH bertanding di 13 KaDun
Siapkan borang, untuk layak bertanding
Calun AMANAH, pengundi nak pangkah.

Berombak beralun jalan ke Dinding
Tersilap langkahan, ke Batu Pahat,
Semua calun PH, selamat bertanding
Bertanding menang, bukan penasihat.

Buah berembang, pohon pedada
Pedada berayun, ditiup sang bayu,
PBB Adnan Satem, usah babit dada
Rakyat dah cerdik, bukan kuda kayu.

Ratusan juta RM untukmu panda
Duit rakyat dikubor tidak bertempat,
Pengundi, buka mata dan minda
Pemimpin kaya, rakyat merempat.   

Sotong ketupat, lemang bersama wajib
Makanan nak dijual, bolehkah derma,
Sokong Adnan Satim, anda sokong Najib
Tidakkah Najib, penjenayah ternama?

Scandal 1MDB, perniagaan Ali Baba
Cina Jho Lo, licin belut kaki pekena,
Sadoran PAC- 1MDB, jadi cacamerba
Laporan ketua odit negara dimana?

MatLan 3.85 jual dokong dan langsat
Pekik menjual, terbatok dan terkentut,
Hasil minyak Serawak, dikaut ke Pusat
Bertekad 20% royalty AMANAH tuntut?

Mat lena Menteri Besar baru Kedah
Puru dikaki, dipeha bisulnya menanah
Kesian deman 42c, deman tak kebah,
Najib1MDB kelu, geleng tak kesudah
unMO(b) Penyu, mengundang punah
Hari kata mari, umNO(b) pasti rebah.  

Berenang berakit  ke Tanjong Rhu
Perahu lancang bertembong sampan,
Rakyat hakim Serawak, saya berseru
Mengundi! Pilihlah Pakatan Harapan.
Tengku Adnan menepok dahi
Scandal 1MDB menjadi barah,
Borang calun lengkap dipenuhi
Langkah Bismillah kita berserah.

Rombongan meminang di Kuala Balah
Ditengah perjalanan mengundang padah,
Wahai Ustaz CIM, berdoalah dekat Allah
Supaya semua kerja menjadi mudah.

IBN ABDULLAH ALAWAB – 25 APRIL 2016 - ISNIN 7.36 pagi