Pesanan Yang Relevan.
"Mereka bertanyakan kepadamu tentang hari kiamat, "Bilakah Berlakunya?" katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, Tidak seorang pun yang dapat menjelaskan kedatangannya sampai hari kiamat selain dari Dia, hari kiamat itu amat berat (huruharanya bagi makhluk yang dilangit dan dibumi). Hari kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". - (Al - A'araf : 187)
"Ya Tuhan kami sesungguhnya kami mendengar para pendakwah yang mengajak kami kepada keimanan, berimanlah kamu kepada Tuhanmu, maka berimanlah kami; Wahai Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan buanglah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami berilah kami apa yang telah engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhya engkau tidak menyalahi janji". - (Ali - Imaran : 193 - 194)
Untuk pribadi yang bernama TPM/MK/Pengarah Pilihanraya BN PRK P.36 Kuala Terengganu sebelumnya di PRK P.44 Permatang Pauh iaitu YAB DS Najib Tun Razak. Pasti didua kali kekalahan berturut-turut didalam mengetuai sebagai Panglima di medan perang, bagi yang bermaruah dan sedia memikul tanggungjawab dan resiko pasti dia meletakkan jawatan seperti pelepah kelapa. Jenis spesis pelepah pisang yang liat pasti pilihan meletakkan jawatan bukanlah budaya yang terdapat didalam UMNO.
Penghijrahan Adun Bota bukti Kerajaan Negeri pertahan Hak Melayu
Harakahdaily Thu Jan 29, 09 9:46:31 am MYT
IPOH, 29 JAN - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) hari ini menjelaskan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Dato' Nasarudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan ) membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak tetap komited mempertahankan nasib orang Melayu.
Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri tindakan tersebut juga melenyapkan segala dakwaan kononnya kerajaan negeri sekarang di bawah pimpinan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengikut telunjuk DAP.
"Apa yang berlaku menunjukkan beliau (Dato' Nasaruddin) selesa dengan kerajaan negeri sekarang dan membuktikan kerajaan negeri prihatin terhadap nasib orang Melayu di Negeri Perak" jelas beliau. "Kalau kerajaan negeri sekarang meminggirkan orang Melayu, mengapa beliau sanggup keluar UMNO dan menyertai PKR" tegas beliau lagi. Menurut rekod, Dato' Nasarudin yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Parit memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bota atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,068 undi.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau ditawarkan wang dan jawatan exco untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau menegaskan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali. "Ini kerana beliau sendiri (Dato' Nasarudin) telah membuat pengakuan di hadapan Menteri Besar semalam mengenai niat dan keikhlasan beliau untuk menyertai Pakatan Rakyat" jelas beliau lagi.
Inilah ledakan pintas C4 yang menghadapi UMNO-BN Perak yang menurut broker politiknya mutakhir kerajaan PR Perak akan ditamatkan pemerentahannya sebelum 3 Februari yang lalu menurut sumber berita yang saya menerimanya dari broker mereka yang pernah menjadi KDP PAS salah sebuah negeri di Utara Semenanjung. Kes utama dan amat besar menimpa UMNO-BN Perak sebaik YB Adun Bota menyerti PKR-PR sebagai penghalang angan-angan DS Najib menumbangkan kerajaan PR Perak. Bahananya porakperanda UMNO kesannya amat besar iaitu membawa kepada perubahan struktur UMNO Perak.
DS Tajul Rusli telah dipecat atau meletak jawatan dari semua jawatan-jawatan yang disandang dalam politik negeri Perak dan nasional, kecuali meneruskan menjadi Adun. Dalam masa yang sama dikatakan beberapa Adun UMNO akan berhijrah kedalam PR melalui PKR atau PAS. Tiupan ini sampai ke Putrajaya dan tindakbalas pantas ialah DS Najib mengambilalih Ketua Perhubungan UMNO Perak dan DS Zahid Hamidi menjadi Timbalannya. Sebaik perubahan drastik itu, satu perjumpaan taat setia kepada Najib & Zahid bukan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi diadakan di Ipoh dan beberapa Adun yang dikaitkan untuk keluar dari UMNO tidak menghadir diri dalam sesi pengakuan setia depan Najib. Dan alasan absent Adun berkenan jua dijelaskan oleh Najib bukan batang tubuh Adun yang absent itu. Taat setia kepala lutut.
Dalam masa yang sama minggu lepas khasnya Isnin UMNO khususnya melibatkan DS Najib telah memikat 2 ekor kijang emas milik PKR dari PR ianya dikhabarkan disangkar dan dikurong dengan kawalan di Pekan Pahang dikatakan di mahligai DS Najib Tun Razak. Kijang-kijang emas tersebut seekornya berumah di Utara Perak iaitu Changkat Jering dan seekor lagi berjaya dipikat di Selatan Perak yakni di Behrang. Kehilangan 2 ekor kijang ini tanpa khabar berita, ianya amat merisaukan keluarga kedua-duanya. Dimana mereka bersembunyi? Kenapa? Dan mengapa? Kerisauan ini tentulah berganda dan amat memberi kesan dan tekanan kepada kerajaan PR khususnya YAB MBnya dari PAS itu. Kerana kesannya besar.
Lima hari berlalu sehingga hari Ahad bayang kijang-kijang ini juga tidak dapat dilihat kelibat mereka. Mereka membisu dan rela disembunyikan sebagai pelarian atau mereka kijang-kijang mangsa penculekkan atau manga pikat biasa. Ketika itu tidak ada keluarga dan tanggungjawab oleh mereka. Tidak ada prihatin kepada tugas dan amanah melunasi perkhidmatan kerja sebagai Exco dengan buta melarikan diru membisu, kemana perginya mereka berlindung? Sampaikan YAB MB memberi kataputus akan melakukan report kepada polis sehubungan kehilangan mereka melebehi 24 jam.
Tup-tup didalam satu progrem resmi kerajaan yakni dihari merayakan Wilayah Persekutuan sehubungan kehilangan 2 ekor kijang PKR ini disahkan oleh PM DS Abdullah Badawi ianya adalah dalam perancangan dan pengetahuan UMNO-BN sebagaimana lebih tiga ADUN Pakatan Rakyat di Perak sertai BN?
Jika benar kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa ada ADUN pembangkang akan sertai UMNO atau BN di Perak. Abdullah tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.“Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengingatkan PKR jangan berangan bahawa ada lagi wakil rakyat BN di Perak yang akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.Ini kerana menurutnya, tindakan tersebut termasuk penghijrahan sekumpulan ahli UMNO di Bota untuk menyertai PKR hanya bersifat sementara.Beliau yang baru diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak berkata, cita-cita PKR itu juga tidak akan menjadi kenyataan kerana sokongan rakyat terhadap BN masih lagi kukuh.
Bedilan C4 Tepat Mengena.
Kehilangan 2 ekor kijang emas yang pintar tetapi bermasalah moral sebagaimana yang didakwa oleh BPR kini dikenali dengan SPRM yang akan menjejak ke mahkamah. Kesempatan dan teruang ini pawang dan dukun bernama DS Najib bertindak mengurung kijang-kijang emas tersebut untuk disintuk limau dan dilinggirkan dengan limau purut dan mandi bunga dari menghindar membuang sial oleh pawang dan dukun UMNO-BN.
Maka pemburu profesional yang mempunyai lesen madatori, sekiranya beliau pemburu ini melepaskan ledkan C4 pasti ianya mengena mangsa. Sekiranya 2 ekor kijang ini bernasib baik tidak berkecai tetapi dentumannya telah meluluhkan seluruh badannya pasti kijang-kijang ini akan keluar dari sangkar emas. Pemilik sangkar memahami dan amat mengerti sumpahan malapetaka ini. Maka pemburu profesional tersebut memuntahkan ledakan C4nya dan ianya tepat mengena mangsanya.
Speaker: Dua Adun PKR Perak letak jawatan
Feb 1, 09 8:15pm
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya. Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak."Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.Sivakumar tidak menyatakan bagaimana beliau menerima surat peletakan jawatan tersebut.
Dua Adun PKR itu 'hilang' sejak lima hari lalu, sekaligus mencetuskan spekulasi yang mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional. Jamaluddin, 52, dan Osman, 57, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos tahun lalu kerana didakwa menerima rasuah berhubung permohonan satu projek perumahan berharga RM180 di Sri Iskandar di Perak Tengah. Kes mereka akan didengar pada 10 Februari depan.
Profesional Hunter ini mampu mengeluarkan 2 ekor kijang emas dari sangkar perak di Pekan Pahang menyembunyikan diri keluar dari persembunyian. Pemikatnya amat arif dan amat berpengetahuan bahawa kalau pemburu profesional memuntahkan pelurunya tepat kesasaran pasti kijang emas. Respon dari itu kijang-kijang tersebut keluar dari kurungan mereka dengan membuat penafian dan membuat alasan:-
Kijang Emas Bangkit Berkukok.
Jamaluddin: Saya tidak letak jawatan. Bagaimanapun, pengumuman speaker mengenai peletakan jawatan kedua-dua Adun PKR itu dipertikaikan, sekurang-kurangnya oleh Jamaluddin.Menurut laporan The Star Online, Jamaluddin dilaporkan menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.
Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing."Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.Oleh itu, katanya, beliau dan Osman masih Adun PKR dan tidak pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu atau menjadi wakil bebas, atau hendak menyertai Umno, lapor Bernama.
Ini merupakan kali pertama beliau memperjelaskan keadaan sejak dilaporkan hilang lima hari lalu, di tengah-tengah spekulasi yang mereka menyertai BN.Jamaluddin juga berkata, beliau mengambil cuti sakit sejak hari Rabu, dan menafikan beliau hilang. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan di mana beliau berada semasa dikatakan 'hilang' itu.
Pemburu Profesional pintar tadi, yakni Speaker DUN Perak Darul Redzuan, melangkau langkah bergaya memaklumkan perletakan jawatan sebagai Adun oleh kedua ekor kijang dan menjadi babi hutan itu dan kerusi mereka berdua kuatkuasa sertamerta kosong dan dimaklumkan kepada Pengarah SPR Negeri Perak sebagaimana kenyataan berikut;-
2 DUN kosong: Speaker Perak serah surat kepada SPR
Feb 2, 09 10:43am
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang. Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.
Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu. Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.
Penafian - Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini.
Sementara itu, Ahmad Adli yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan menerima surat itu dan akan menyerahkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk tindakan selanjutnya. Menyentuh mengenai kesahihan kedudukan kedua-dua kerusi itu berikutan penafian oleh Jamaluddin dan Mohd Osman, Ahmad Adli berkata beliau menyerahkan kepada pengerusi SPR untuk membuat keputusan tersebut.
"Memandangkan hari ini cuti umum di Putarajaya (sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan), saya jangkakan keputusan akan dibuat esok mengenai kedudukan kedua-dua kerusi itu," katanya.
Jamaluddin dan Osman menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan ermohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah. Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di Ipoh selama tiga ari bermula 10 Februari ini.
Tertangguh Seketika.
Nafsu besar UMNO-BN khususnya nafsu membuak-membuak DS Najib Tun Razak dan DS Ahmad Zahid Hamidi dengan mendapat nasehat dari nujum Tahi Sumpah Kotak 6 nampaklah kegagalan strateji dan kegagalan progrem pelaksanaan. Kehadiran kijang yang dipikat dan kijang yang ditangkap paksa dengan kepelbagaian janji di mahligai DS Najib Pekan Pahang, tidak menjadi dan berdayamaju. Sekalipun ianya disahkan oleh YAB PM romus yang disahkan kepada YAB PM oleh juak-juak nujum dan pawang mereka semasa menhadiri hari cuti WP disisi MWP Zul Hasnan Rafeq mengumumkan kemasukan beberapa Adun PR kedalam UMNo dan dialu-alukan, seperti info diawal ini.
Bahawa kijang sentiasa melupai jerat, tetapi jerat sentiasa menunggu dan menanti lintasan kijang. Mereka berdua terupa dan sememangnya mereka lupa dan menafikan kenyataan dan kebenaran terhadap kesan dan kesudahannya. Tindakan Speaker DUN Negeri Perak mengumumkan perletakan sebagai Adun di kawasan masing-masing ianya telah ada jawapan gelap dalam sifir perkiraan UMNO-BN. Gerhana yang melanda itu amat dimengertikan oleh ahli-ahli politik yang matang bahawa hayat kedua-dua kijang itu sebagai Adun yang mempunyai nilai sebuah kerajaan negeri kepada UMNO-Bn Perak sekelip mata ianya menjadi nilai babi hutan yang menjadi beban dihadapi dan akan ditunggang oleh UMNO.
Keputusan Mutlak Di Tangan SPR yang Bersidang 3 Februari 2009. Walau apa-apa pun komen yang panjang yang diperkatakan oleh mereka yang arif dengan undang-undang serta kes serupa sebagai bahan kes. Mantan Speaker DUN Negeri Kelantan memberi padangan bahawa satu PRK di 2 DUN Perak wajar diadakan. Senada pendapat yang dikemukakan oleh Pakar Undang dan Perlembagaan Negara Profesor Dr Aziz Bari.
Tambah mengukuhkan lagi yang kekosongan pasti akan berlaku menurut undang perlembagaan dan undang-undang tuboh kerajaan Perak mantan Pengerusi/mantan Setiausaha SPR yang baru 34 hari melepaskan jawatannya juga berkata semalam sebagaimana dilaporkan. Bahawa satu PRK wajib diadakan oleh SPR untuk kedua-dua kawasan DUN tersebut kerana peristiharan dan pengumuman Speaker DUN egeri tidak boleh dicabar dimana.
Walau apa-apa, saya pasti keputusan sebenar dapat diketahui oleh kita sebaik keputusan resmi dilakukan kira-kira sejam dari sekarang. Saya sudah blog ini dengan pertanyaan. Ada PRK di kedua DUN atau tidak?
7 Muharram 1430 / 3 Februari 2009 : 11.50 pagi
Ibn Abdullah Awab : http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com