KENAPA? PM61MALAYSIA YAB DS NAJIB POPULAR?
20 Julai 2010 - Selasa - 8 Syaaban 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Riuh rendah gegea 1Malaysia terbeliak dan terkedip-kedip, teruja bercampur bangga dalam seronok pun ada sampai tak terkata. Yakni menyambut fenomina semasa UMno yang ketuloinya YAB DS NTR berjawatan Presiden UMno. PM6 1Malaysia/Pengerusi BN lanie. Rakyat dah kembali alih sokongan keatasnya berdasarkan pendapat rambang oleh Merdeka Center. Dikala detik mengalami lemas kalut dan serabut PM6 menghadapi berhempas pulas berdepan suasana. Iaitu penciptaan rekod keramat dalam mencapai kejayaan gemilang tewas dan kalah disetiap PRK selepas PRU12. Mengembirakan kini DS NTR dah dapat 72% sokongan popular mengatasi 5 mantan PM terdahulu, yang mana 3 dah kembali dan 2 masih hidup.
Congakkan loya politik kampong dengan biji getah, kalau setahun DS NTR dah 72% sokongan popular rakyat, 2 tahun 144% sokongan dan 3 tahun 216% ehh! Ehhh!! Ehhhh!!! Hebat sungguh putra sulung PM2 ini, pasti, NTR tidak bernafas dalam lumpur. Jangan tunggu lama-lama, cepat-cepatlah bubar Parlimen. Mampuih PR baham tanah untuk menghadapi PRU13 kelak. Terkebel-kebel mata Tun Mahathir, kagum pun ada, macam tak percaya pun ada yang besaq sungguh dan sakan rakyat kembali sokong Najib. “Aku tak sangka”,22 tahun dulu pun aku tak disokong rakyat macam tu. Walau macamtu UMnoBN menang juga di setiap PRU. Dok tunggu apa lagi, nilah masa PM6 DS NTR adakan segera PRU13, cadang dan madah mantan PM4 Tun Mahathir sifu kepada PM6 sekarang.
Masih ku ingat dengan sesungguh ingatanku dan ku saksikan. Bahawa dulunya mereka-mereka inilah, yakni pemuka penyokong PM6 1Malaysia DS NTR sekarang. Alat perkakas jenama tu lah juga, adalah dari cebisan spesis jenerasi BCA bodek cucuk ampu sejak 22 tahun dulu. Dulunya setia habis kepada Tun Mahathir dan Tun Abdullah semasa menjawat Presiden UMno, Pengerusi BN dan PM. Itulah tradisi lama BCA UMnoBN keatas pemimpinnya, untuk sama-sama mendapat peluang sambil mencari habuan usus. Ketika Tun Maha dan Tun Lah memiliki pasak gerham dan taring yang kuat tidak mampu tergugat ketika itu, semuanya dan segala-galanya seruan pekik sorak bergema sokongan adalah kepada Tun Maha dan Tun Lah. Kini semua sokongan dah berubah dan berbelah kepada PM6 1Malaysia DS NTR.
Dulu dan lanie dah menjadi lagenda purba disimpan diarkib maupun muzium tidaklah di zoo, iaitu kata ampu keramat yang dah berkubur dah; hidup Mahathir! Hidup Mahathir!! Hidup Mahathir!!! Kami sokong Mahathir kami sokong UMno Kubang Pasu. Ungkapan sanjungan ampuan tu dah berkubur lesu. Kaleh sokongan dan ampu baru, oleh spesis yang sama, wajah dan gambar yang sama itulah menjaja pula dengan hidup Pak Lah! Hidup Pak Lah!! Hidup Pak Lah!!! Kami sokong Pak Lah kami sokong UMno Kepala Batas. Kalimat-kalimat tersebut dicantas dan dah berkubur bersekali dengan Wawasan 2020 menjadi was-was dalam realitinya. Islam Hadhari pun dah pi kalang pukang bersekali dengan imamnya Pak Lah kini Tun Lah bersama-sama menantu YB KJ dimalukan berterusan oleh DS NTR dalam macam-macam cara. Jenis KP UMno mukanya tebal, orang baut apa pun tap apa.
Arakian adanya kroni pengampu juak-juak UMno ketika dulu, berduyung-duyung ke hulu ke hilir timur ke barat, follow kemana jua. Yang berada pitih meliana, pi jengoi timpa sampai ke airport. Sua domoi tunjuk muka, aku penyokong tegar mai ni untuk sambut dan bye-bye. Bye-bye ketika nak bertolak keluar negara dan tiba balik. Aku ampu sakan untuk cari makan. Pemuka-pemuka UMno BN dari Kangar sampai Johor Bharu, dari Kucing melompat ke Kota Kinabalu, mereka berimpun jengoi tunjuk sua muka, salam cium tangan baik Tun Maha yang berkarisma maupun Pak Lah yang lembek dah belah (aku sokong hang olak-olak saja kerana nak kebenda). Dari Tua-tua Bahagian, Wanita ibu, Pemuda mandom, Putri menawan sampailah kepada Putra bangka ampu gegak gempita terpa dipintu betolak dan tiba di airport. Berebut-rebut macam temekung hurung shit sebaik dilepas keluar dari usus, sungguh bukan nak fitnah.
Putra Tun Maha Datuk Mohzani dan hantu Oxford peragawan Tun Lah Badawi YB KJ Rembau mesti tidak mudah lupa, dan tidak akan lupa sampai bila-bila. Dulu semua mereka keliling cium tangan, cium pungkor pak kami dan pak mentua kami. Puak-puak yang usung PM6 YAB DS NTR sekarang, baik anak keling merantau ke Baling dan ramai lagi jenis-jenis pelangi, cari makan macamnya memang ada sepanjang zaman dalam UMno. Lanie telunjuk kelangit menjerit memekit dengan baju dipakai tertera angka 1. Nak projek lebih dari 1Ringgit Malaysia, tetapi nak bini muda lawa pasti lebih dari 1dah tentu. Tanya Bung MPK - timbalan ketua BBCBN di Parlimen kalau tak percaya. Lanie spesis wajah dan gambar yang sama juga yang mengelilingi Tun Dek dan Tun Lah iaitu my dady kata Dk Mohzani dan my father inlong kata YB KJ MPR.
Dulu depa-depa nilah juga tukang karut dan tukang sorak tukang tempik. Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!! Hidup Mahathir!!! Kami sokong Che Dek. Dalam masa itu jugalah depa pijak kepala Che Dek dan ligan Che Dek terjun dari PWTC dan terbang melayang dari Putrajaya. Lepas tu ratib berpindah seruan pun turut berubah pula mengikut masa. Dah lupa dah Islam Hadhari bersekali imamnya seolah-olah tak pernah wujud dalam negara dalam UMno BN. Koi-koi lupa dan koi-koi telan masa Wawasan 2020 menjadi waswas 0202. Kini ular menjadi belut, cicak menjadi biawak, burung cak menjadi sewah. Semua pelakun-pelakun tegar jenis spesis ini dah berubah kala berubah wajah bergincu dan berbedak, berubah hala sokong menjaga usus perut pedai agar tak berkecai bersepai.
Ada yang cukor bulu kening ganti bulu landak, cukoq misai tampai dengan lipstik. Ooooiiiiiiii hampa semua kena tau, kami semua lanie dah berpindah kem baru dalam rumah yang sama. Kami kini pengampu tegar dan serabut pencetus retorit 1Malaysia kami junjung kami kendong kami pekong, hatta kami bengkong. Jangan buat-buat tak ingat dengan melupa. Semua rakyat jelata negara, cam keleh molek-molek dalam elok-elok, belek dan tengoklah gambar wajah hakiki para pengikut UMno dulu, kini dan sikit sahaja masa yang berbaki? Dulu hidup Pak Lah! Hidup Pak Lah!! Hidup Pak Lah!!! Kami sokong Pak Lah, kami sokong UMno Kepala Batas. Hebat gah dan mendidih membuak-buak sokongan sampai suhu 88 ¾ darjah celcius pulak!!!!!!! Kami kencing dah dekat kepala Pak Lah, dia deman terkejut tak kebah.
Akhirnya jadi ketulah, Pak Lah dia pun belah bersama Islam Hadhari bersama Khairi. Kini Pak Lah sekadar menjadi makmun dan melamun dengan Islam Hadharinya di JAKIM kalau tidak dia jadi jakun terlepas sokongan terbebas semua jawatan berhabuan. Spesis yang sama jugalah yang rentap sentak turun merudum Che Dek dan Pak Lah dari PWTC dan dari Perdana Putra, Putrajaya. Hubaya! Hubaya!! Hubaya!!! Wajah-wajah itulah juga kini, lagi sekali berpindah sokongan menadah tangan memohon habuan. Kini legasi BCA - Bodek Cucuk Ampu dah setahun lebih berpindah kepada penguasa baru di PWTC serentak bersekali di Putrajaya Perdana Putra. Kini retorit dan selogan baru lebih umph, ampuh dan bermaya dan mantop. Semua mereka adalah jenis joker-joker politik sokongan dalam UMno.
Kini 1Malaysia dengan identiti pengenalan slogan trade mark (TM) angkat jari telunjuk kelangit, waima yang berpusat di Putrajaya dan berkiblat berbetis di PWTC. Makanya berkukuk dan berketoklah pencen tua bangka, ungka-ungka di menara gading pun meleleh air liur pegang 1,000% kepercayaan macam kalam Al Quraan dan Al Hadis terhadap betapa usaha Merdeka Centre. Mendapati terkini telah sampai tahap popular sakan 72% PM6 1Malaysia YAB DS NTR. Samalah macam sotong paul mejadi nujum dalam bola dunia yang berlalu di Afrika Selatan. Yakni rakyat cukup ok, berpuas hati dengan Najib menerajui kerajaan 1Malaysia, BN UMno. Sokongan 72% itu mengakibatkan mata tebeliak, otak berputar akai berligar, minda menimpa dengan mengeluarkan pandangan. Kagumnya mantan sifu NTR iaitu Tun Maha betapa hebatnya NTR. Jadi dengan sokong besar tu eloklah segerakan ada PRU13.
Kerana jaminan kemenangan berpehak kepada NTR melalui kerajaan 1Malaysia UMno BN. Jangan tunggu lama-lama, nanti nama jadi cacamerba dan sokongan merudum. Kita semua akan susah menerima padah, kalau-kalau selepas PRU13 UMnoBN tewas. Macam rakan-rakan kita di Jepun dan tok guru kita England UK dan sepupu di Australia. Kalau penyokong dan kroni 1Malaysia YAB DS NTR memberi sebab-sebab sampai rakyat sokong NTR tahap 72% sokongan dah dikemukakan. Walau pun begitu ramai penyokong dan penentang DS NTR diluar sana yang merasakan banyak faktor dan fakta yang menjadikan YAB PM6 1Malaysia DS NTR popular dicicirkan, sengaja tidak dimuatkan. Rakyat percaya tiada tinta untuk meninta secara detail fakta dan persepsi sedonia popularnya PM6 1Malaysia DS NTR kita ni.
Diantara yang saya pungut akan sebahagian faktor sentiasa basah dibibir rakyat memperkatakannya dengan menuding menjulang telunjuk kelangit. Popularnya DS NTR sampai 72% seperti laporan usaha Merdeka Center. Tetapi ianya masih tertinggal terlepas pandang atau sengaja diabaikan. Untuk dimuat dijadikan sebagai punca penyebab dan faktor bersepadu PM6 DS NTR menjadi popular macam Obama setidak-tidaknya seperti aruah M Jakson. Selagi PM6 YAB DS NTR tidak memiliki jatidiri dan kekuatan tulin bermaruah dalam memperagakan value harga diri terpelihara macam kitab.Iaitu azam untuk membersihkan dirinya sesuci hening zam-zam diperigi menerusi pembelaan dan penafian hakiki di mahkamah, selagi itulh ia menjadi nanar dan nanah. Setiap masa rakyat negara akan terus ratip sebut faktor menjulangnya nama DS NTR dimata negara dan donia. Baik penyokong maupun lawan politiknya.
Sebagaimana ramai orang membersihkan dirinya, mempertahankan kewibawaan diri sejati sebagai anak jantan dipintu mahkamah dihadapan hakim, bukan membiarkan ianya tidak berkesudahan dicela nistapa. Pasti tidak lengkap dan masih tidak tepat disudut menafi atau padam tinggalkan muntahkan faktor utama yang mengundangnya popular PM6 1Malaysia YAB DS NTR bersama Rosnah. Tidak cukup umph untuk membersih diri sekadar bersaksi dikepala lutut berpenyakit untut melalui media pengampu cap ayam cap kambing. Kita ungkap semuanya barulah popular dan tersehor YAB DS NTR PM6 negara 1Malaysia lebih bergema dan berganda dari PWTC Putrajaya bergema di NY dan melanton ke London.
Padu dan barulah lengkap info dan fakta popular sedonia. Maka layaklah bubar parlimen dan sempurnalah secara mengejut macam tsunami melanda donia dulu buat PRU13, any time kira-kira ok. Maka barulah adil dan saksama kepada rakyat untuk tingkatkan lagi popular sokongan ketahap 120%. Semua pehak jangan kelentong, muatkan sama untuk menjana tambahnilai popular dan tingkatkan sohornya YAB DS NTR PM6 1Malaysia yang kita kasihi tu. Sudah jelas dan sudah faham pengundi, diantara info dan persepsi yang tercicir adalah;-
1. Fenomina berhantu kes pembunuhan berkecai dan bersepai putri dari Monggolia, Altantuya Shaaribu dengan peledak C4 milik angkatan tentera Malaysia, ketika DS NTR kongsi jawatan TPM dan Menteri Pertahanan bersekali dengan rangkaian pembantu. Ianya berkait dengan kekasih dan pelobi - dana komisyen. Altantuya dan kematiannya dikaitkan rapat dengan urusniaga Kapal Selam Scorpene ini juga masih menjadi misteri. Rakyat negara dan pemerhati dunia tidak tahu siapakah sebenar Sirul Azhar dan Azilah Hadri yang sentiasa ditopengkan. Disembunyi dan dinafikan sekelian rakyat negara dan donia tengok rupa wajah mereka yang ditopengkan, pasai apa?
2. Semasa DS Njib menguasai Kementerian Pertahanan sebagai Menteri Pertahananlah menyebabkan 2 enjin Jet dicuri diseluduk keluar negara dan dijual penuh misteri macam cerita seorang menteri dahulu dicekup oleh pencegah maksiat di Villa Port Dikson dan dibantu katup cuci kes oleh mantan MB Negeri Sembilan sebagaimana ramai orang mengatakan info lagenda tersebut. Rakyat tidak menerima dan percaya dengan barisan alasan Zahid dan Najib keatas 2 enjin ini hilang dari kawalan ketat pihak keselamatan negara. Dalam erti kata lain, keselamatan negara kini tidak lagi berada pada tahap yang sepatutnya. Macam sarang labah-labah.
3. PM6 DS NTR 1Malaysia mengambilalih letakkan Felda dalam cengkaman kaki dan genggman tangannya dengan nafsu serakah joli tanpa peduli. Melingkupkan hazanah tunai Felda menjunam muflis diluar kotak hakiki keperluan utama para peneroka. Salahbelanja dan salahurus terbabas real daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009. Atas nama kebajikan kebaikan peneroka, kedudukan 2010 tak tau lagi. Dr Tan Kee Kwong kini Pemimpin PKR, mantan TM Tanah dan Pembangunan Koperasi sehingga tahun 2004, mendesak SPRM menyiasat dakwaan salahurus dalam Felda. Sebagaimana diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam persidangan Parlimen.
4. Najib dan UMno menyuburkan judi, penyokong kuat kepada judi sukan. Kenyataan jawapan di Parlimen Y.B Dato’ Dr. Awang Adek Hussin Timbalan Menteri Kewangan. kemudian disokong oleh Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri . Mereka berhujah bahawa judi sukan adalah untuk orang bukan Islam.
5. DS Najib ketika menjawat jawatan TPM telah merampas penguasaan kuasa UMno Perak dengan letakkan dirinya menjadi Ketua Perhubungan UMno Perak dengan terajang singkir TS Tajul Rosli Ghazali Jawi dan Ahmad Zahid Hamidi menjawat TKPUP. Dengan niat terancang iaitu menjadi kepala kudeta merampas kuasa kerajaan halal pilihan rakyat pimpinan DS Nizar kerajaan Pakatan Rakyat kepada kerajaan haram kudeta dengan melantik Dr Cambry Tamby menjadi MB haram kudeta dan akhirnya menjadi MB mahkamah Perak. Semua usaha itu adalah untuk tunjuk bokti kepada negara dan donia, kemampuan dan keberaniannya untuk melangkah ke jawatan PM bunga-bunga mekar nak tendang keluar Pak Lah dari Putrajaya dan PWTC.
6. Menteri Pertahanan lanie YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kerajaan membayar 1.341 bilion euro kira-kira RM6.7 bilion untuk pembelian 2 kapal selam Scorpene oleh mantan Menteri Pertahanan terdahulu DS Najib. Sedang berjalan penyiasatan oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah. Sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran untuk tempoh 6 tahun dengan menjelaskan “Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,”. Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan PM6 DS NTR sebagai “Bayaran penyelarasan dan perkhidmatan bantuan”.
7. DS Najib melalui kajian Merdeka Centre yang beliau kini mendapat sokongan 72% kerana retorit politiknya 1Malaysia gah gegak gempita dicanang oleh media swasta dan media rakyat diperalatkan. Tetapi dalam masa yang sama DS Najib tidak untuk mendapatkan undi Melayu. Jadinya ia memerlukan gelanggan dan panggong baru, sekalipun mencabar canggah retorit 1Malaysianya sendiri. Maka acuan usang yang purba perkauman Melayu sempitnya dengan mengiktirf PERKASA dan GERTAK. Walau Najib tidak mempercayai kepada Ibrahim Ali yang liar macam singa Afrika Selatan. Namun Najib hadir dikongres PERKASA dan turut berucap di program tersebut pada 29 Mei lalu. Tindakan Najib tersebut mengundang keresahan persoalan pertanyaan di kalangan komponen BN, termasuk MCA yang sedang bertegang leher dengan PERKASA berhubung isu melibatkan kepentingan Melayu dan Cina.
8. Najib popular dan nak popular diperengkat donia untuk nilaian pingat emas putih bukan tembaga suasa. Makanya secara haram dan sulit gunakan duit rakyat negara dengan upah mencicah RM77,000,000.00 firma yang mempunyai hubungan kait terus dengan regim Yahudi yang berpengkalan di Tel Aviv iaitu APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL. Ianya semata-mata untuk lonjak tunjuk naik DS Najib sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden-pengerusi UMnoBN dengan presiden AS Obama.
9. Malahan diperingkat global nama PM6 1Malaysia DS Najib kian dikenali kerana mendapat info free bertubi-tubi kali didedahkan sehubungan dengan kes pembunuhan Altantunya, Skandal Kapal Selam, Kes Liwat II, Felda Bangkrap dan kini rakyat dalam negara turut memberi perhatian dan membuat penilaian. Tenaga utama yang melonjak popular free PM Ds Najib diperingkat global adalah RPK - Raja Petra Kamaruddin dan P.Balasubramaniam yang diburu oleh UmnoBN dan Kerajaan 1Malaysia. Twin pelarian ini kini bebas membongkar apa sahaja dari luar negara. Inilah yang menakutkan PM Najib disamping namanya popular didonia.
10. Apabila UMno dan sekutu Najib mendakwa DS Anwar menyuap memberi upah menyebabkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia bukan PM6 Malaysia yang ditemubual secara ekslusif Cable News Network (CNN) dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. CNN adalah sebuah agensi berita antarabangsa yang paling telus dan profesional di dunia. Tidaklah seperti media ampu cap ayam negara 1Malaysia seperti Bernama, RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian yang sentiasa kirap kipas Najib dan menyembunyikan sampah sarap, korap panau H1N1 dibawah permaidani Persia. Akhirnya CNN menafikan DS Anwar Ibrahim membuat bayar dan kenyataan UMno-Najib disangkal dan dinafikan keras oleh CNN.
11. Menyuburkan komponan komprensif rasuah dalam setiap kali UmnoBn menghadapi PRK. Segala rasuah dan janji-janji rasuah PRK, ianya melonjak naik nama PM6 1Malaysia popularnya macam saham Berjaya di Papan Pertama Bursa Malaysia. Serta menekan sakan rakyat dengan pelbagai istilah. Hakikatnya adalah BN harga barang naik, kerajaan Boneka Negara tekan rakyat naikkan kapitalis.
Maka dengan info tambah ini, maka bertambahlah gah dan popularnya PM6 1Malaysia. Kita mau PM popular yang nampak popular; kita mahu pemimpin yang baik , yang tidak takut membuat keputusan demi kesahjeteraan rakyat. Kita mahu pemimpin yang menolak rasuah; yang tidak membeli undi, yang hormat kapada undang undang. Yang betul betul menjaga kepentingan Melayu dan rakyat semua, bukan menjaga dan melindungi kroni dan merealisasi hasrat dan cita-cita bini.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com
20 Julai 2010 - Selasa - 8 Syaaban 1431