Monday, August 2, 2010

4 ADUN UMno TERAJANG MUKA HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN - TENDANG MUKA TS MUHYIDDIN YASSIN - SEPAK KEPALA MAT SAID - IDRIS JUSOH SENYUM PENYU.

4 ADUN UMno TERAJANG MUKA HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN - TENDANG MUKA TS MUHYIDDIN YASSIN - SEPAK KEPALA MAT SAID - IDRIS JUSOH SENYUM PENYU.

NAIB PRESIDEN UMno/KETUA BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU YB DATUK HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN - BACAAN DALAMANNYA TERSASAR - SEPERTI SEMBUNYI BANGKAI NAGA DIKAMAR TIDUR.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
18 Julai 2010 - Ahad - 6 Shaaban 1431

(Petikan untuk ulasan)
Hisham: Umno T'ganu tidak berentap lagi...
Abdul Rahim Sabri | Jul 4, 10 9:37pm

Pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata penilaian beliau terhadap Umno itu mendapati ianya kini "sangat baik dan stabil". "Kalau dahulu ada dua kumpulan berentap. Kini saya tengok stabil. Tidak ada kumpulan tertentu yang memecahbelahkan (Umno) negeri kepada dua.

"Cuma kita nak cuba anjakkan kepada tahap yang lebih agresif, lebih menjurus kepada pilihan raya dengan menyedarkan ahli-ahli supaya bekerja kuat, dan mendekati rakyat," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sedang di Dewan Tun Razak Institut kemajuan Desa (INFRA) di Bangi petang ini.

"Masa sudah sampai untuk kita bangkit, untuk kita tunjukkan kepada orang ramai, bahawa Umno sudah sedar Insaf dan bermuhasabah diri untuk melakukan transformasi. "Masa sudah sampai untuk kita bangkit, untuk kita tunjukkan kepada orang ramai, bahawa Umno sudah sedar Insaf dan bermuhasabah diri untuk melakukan transformasi," katanya yang juga naib presiden Umno. Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri turut ditanya mengenai cadangan rakan sejawatnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi supaya pengerusi perhubungan Umno negeri diserahkan kepada pemimpin Umno negeri.

Selain Hishammuddin yang mengetuai Umno Terengganu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai Umno Selangor dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengerusi Umno Wilayah Persekutuan. Katanya, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berhubung saranan tersebut. "Kita sedang membuat perancangan ke arah persediaan parti berdepan dengan pilihan raya umum ke-13.

'Bermakna perancangan kita dalam konteks perjalanan ke hadapan mengambil kira, semua aspek termasuk kepimpinan di peringkat negeri, usaha untuk memperkasakan ahli bahagian dan cawangan dan program-program akar umbi pun diambil kira. "Saya percaya bahawa Datuk Seri Zahid menyatakan dalam konteks yang lebih luas dengan melihat semua aspek termasuk kepimpinan tertinggi parti khususnya presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

"Saya percaya bahawa (saranan itu) akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti. Amanah yang diberikan adalah satu perkara yang kita akan pikul. Tetapi dalam konteks untuk menghadapi pilihan raya ke-13, kepimpinan semua peringkat mesti diteliti dengan baik-baik kerana yang hendak pastinya adalah kemenangan calon-calon kita yang dipilih di setiap negeri," katanya.

Kenyataan diatas merupakan gambaran kelabu damai syahdu keadaan semasa UMno Gganu, disuarakan oleh Ketua Badan Perhubungan UMno Terengganu import. Berbekalkan lampu aladin, kemian dan gaharu dikilik bersama. Maka dakwanya wujud kejayaan penyatuan kerjasama dikalangan UMno Gganu sejak beliau menerajui kepimpinan Ketua Badan Perhubungan UMno Terengganu. Sedap telinga memandang, leka mata mendengar info khayalan KBP UMno Gannu putra kepada mantan PM3. Nyatalah ribut petir, sabung ayam, tinju kuntau dah berakhir, dah zero sampai sifar UMno Gganu kita bebas dari perselisihan, bertekak dan sebagainya. Itulah digembor gambarkan situasi UMno Gganu kepada Timbalan Presiden UMno info sebelum kepak TPM mendarat di peresmian mensyurat agung tahunan UMno Bahagian Setiu, arakian adanya.

Justeru, jawapan tunai lagi tuntas dari Adun UMno Gganu kepada pemimpin tinggi UMno negara dan Terengganu, berdentum macam ledakan C4 puaka itu seperti diislahkan oleh 4 Adun UMno di Setiu dan pengikut mereka. Nyatalah realitinya, Hishamuddin gagal sembunyi bangkai gajah dibawah permaidai atau selam bersama-sama kapal selam negara. Amacam, ada tipu ka? Bersatu padulah sesama UMno dulu, selepas pas lulus barulah pasang pelana angan-angan untuk meminang PAS. Jong korap songkla panau badang penuh badan, kita adalah penjual ubat korap dan ubat panau jalanan. Sapa nak beli sapa nak caya? Gua tak caya lu? Jangan menyalak dakwa kita adalah juara perpaduan penyatuan. Sedangkan hakikat yang hebat tersehor UMno kita kaya dengan perpecahan dan persengketaan. Tidak bersatu seperti 1Malaysia yang diseru oleh Presiden UMno NTR. Jangan pedaya dimusim dunia info tidak bersempadan di lebuhraya maya, didepan mata dihujung jari, mengkhabarkan berita semasa terkini maupun yang sensasi, pasti terungkap terurai samada positif waima negatifnya.

(Jawapan langsung 4 Adun Terengganu - 14 Hari kemudian)
Hisham: 4 ADUN BN 'tak hormat' TPM - Jul 17, 10 10:43pm

(Hisham: Umno T'ganu tidak berentap lagi...- Jul 4, 10 9:37pm)

Kegagalan empat wakil rakyat kawasan Setiu menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu seolah-olah tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan majlis itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. "Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmian, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya.

"Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya. "Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Muhyiddin apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jabi, Ramlan Ali, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh, Adun Langkap Asha'ari Idris dan Adun Batu Rakit Khazan Che Mat tidak hadir pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu semalam. Berkongsi kekecewaan dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, Hishammuddin berkata pihaknya akan menasihatkan keempat-empat wakil rakyat berkenaan.

Nampaknya episode pertempuran ini belum berakhir tetapi kini makin hangat. Sebab pilihanraya makin dekat. Siapa yang bergelar juara dan siapakah yang kecundang? Rakyat Terengganu mengharapkan Umno yang akan kecundang. Rakyat sudah jemu melihat perbalahan yang tidak kesudahan tetapi mengaku juara rakyat dan ingin membela rakyat. Kalaulah masalah dalaman hancur lebur bagaimana nak membela rakyat. Jom selamatkan Terengganu. Kita humban Umno-BN ke laut cina selatan dalam pru ke 13 nanti.

4 ADUN UMno TERAJANG MUKA HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN - TENDANG MUKA TS MUHYIDDIN YASSIN - SEPAK SEKEH KEPALA MAT SAID - IDRIS JUSOH SENYUM SENGEH.

(Mari kita menyanyi lagu dibawah dengan penuh semangat macam penyengat)

Bersatu kita bersatu
Bersatu gulai kawah
Pakat-pakat bantu
Buat UMno jadi aruah.

Kita tegang urat
Kita pasang jerat
Biar kita dapat
Biar demo merempat.

Bersatu kita bersatu
Sambil ketuk kita palu
Jadi buta pekak kelu
Baru UMno Gganu bersatu.

Bersatu kita berkat
Pemimpin rakyat jelata
Tekan tengkok rakyat
Barang Naik harga.

Bersama kita ke Pekan
Naik Ferari naik sampan
1Malaysia UMno didepan
Rakyat Felda kita tekan.

Kekal ditempat atas
Kita berhempas pulas
Jangan cuba cantas
Pasti aku tindak balas

Bantu UMno bantu
Dekat kroni anak menantu
Kalau rakyat tak setuju
Pilih saja kerajaan baru.

Modal lama yang menjadi kebanggaan warga UMno yang dijunjung, iaitu legasi UMno disemua peringkat negeri dan 1Malaysia, ianya adalah pesaka penyakit kronik tali temali genatik. Iaitu menyimpan setia sifat dendam kesumat. Diikuti sikap tidak mengiktiraf dalam menghulur peluang memberi laluan dan sokongan kental kepada peganti. Sikap baban yang menolak serta menafi dalam memperakui keupayaan dan kebolehan peganti. Ianya menjadi virus H1N1 jadi alat pembunuh prinsip kerjasama bantu menolong. Dulu aku bantu hang; lani hang bantu aku, sudah terhapus dalam kamus UMno bermula tindak tinas Presiden UMno sendiri.

Presiden UMno sendiri sanggup menolak ketepi ketua Pemuda yang dipilih rakyat menerusi PRU12 menjadi AP. Dinafikan hak dengan memberi peluang menduduki kerusi Menteri sedangkan beliau adalah graduan keluaran Oxford. Sedangkan lawannya yang kalah menjawat Timbalan Menteri termasuk timbalannya. Gejala-gejala menurut pak turut tauladan inilah, ia mengundang semarak menjalar kenegeri-negeri dikuasai UmnoBN, bertambah parah UMno di negeri dikuasai Kerajaan Pakatan Rakyat. Sampaikan warga dan pemimpin UMno negeri berkenaan dibual mimpi diluar sedar yang UmnoBN adalah pembangkang masih tidak mennyedari dan menginsafi, sentiasa tersasul dan terpacul ungkapkata dunggu dan tindakan.

Mereka masih tidak percaya selepas PRU12 pada 8 Mac 2010 bahawa UMno telah rebah tersungkur di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan membaham tanah di Kelantan. Sikap dan tindakan anak macam pointianak, menantu seperti hantu. Samada UMno di negeri menang apalagi dinegeri kalah rebah, pemimpin UMno terus mengutamakan percakaran, kroni dan kabilah, mengimarakkan permusuhan dengan menghunuskan keris bogel pesaka UMno lama ini, menghala keperut lawan musuh sesama UMno sendiri. Sebaik disintuk dilimau dan dilanggir. Kerana UMno dan penghuninya berpegang kepada perumpamaan rakan BN dari MCA; iaitu ikan buruk busuk bermula dikepala.

Ternyata ada kebenarannya. Lanjutan warisan percakaran dibawa terus dikala seruan tubi 1Malaysia oleh PM6 untuk rakyat negara. Disudut lain retorit tersebut diluar yakin dan kepercayaan PM6 sendiri yang Melayu akan kembali sokong UMno. Maka gelanggang baru dipalu dengan jenama PERKASA, silap-silap ditangani huruhara negara. Bilamana Ahli Parlimen UMno sudah dinafikan untuk jawatan menteri, timbalan menteri mau pun kerusi Speaker dan 2 kerusi timbalan Speaker Parlimen. Ahli-ahli Parlimen yang rakyat pilih, tetapi ianya ditolak dinafikan PM6 1Malaysia. Tetapi pilihan dirinya sendiri menerusi ahli SENAng diaTUR menjawat Menteri dan Timbalan Menteri.
Kini Presiden UMno/Pengerusi BN/PM6 1Malaysia YAB DS Najib telah mencipta rekod negara iaitu melantik terlalu ramai Menteri dan Timbalan Menterinya ianya datang dari SENATUR yang berkhidmat untuk Najib bukan mewakili rakyat dikalangan Ahli PArlimen. Terutama tenaga komponan BN Cina dan Bumiputra datangnya dari Sabah dan Serawak. Mereka cukup-cukup mendapat perhatian perdana dan layanan utama dari PM1Malaysia, pasai apa? Penyakit Najib menafikan keadaan inilah, maka fenomina perbalahan dan pertentangan yang tajam berlaku dalam UMno disemua negeri sekarang. Presiden UMno sendiri tak percaya kepada AP UMno untuk menjawat menteri dan timbalan menteri. Dendam kesumat Najib sampaikan ketepikan KP UMno YB KJ. YB KJ dilayan macam pelarian Vietnam dan Burma, ditolak diasak begitu rupa.

Samada PM6 sedang merealisasi 1Malaysia atau menolak ketepi AP UMno, kerana buat apa sahaja dikalangan AP UMno, pasti mereka membisu dan kelu. Kerana apa? Kerana mereka adalah AP UMno cap ayam cap cencaluk budu belacan taraf rubber stamp intregriti mereka. Sebab itulah apa yang berlaku di Setiu, ianya adalah ledakkan tajamnya permusuhan dikalangan kabilah-kabilah UMno Gganu, semata-mata umpama merebut menguasai dan memonopoli telaga minyak di Kertih. Prilaku Adun UMno macam kanak-kanak Tadika Kemas yang longgar longlai seperti gasing paku longgar. Sampaikan agenda diri dan kabilah terbawa-bawa diheret masuk sampai kedalam DUN Gganu semasa bersidang.

Perebutan dan pertentangan pemuka-pemuka UMno di Gganu bukanlah diatas paksi perjuangan. Tetapi berkisar mencari makan kedudukkan, merompak projek dan menjana menjadi Qarun junior setidaknya Qarun mini. Penguasaan Presiden, Timbalan Presiden dan semua Naib Presiden mengetuai beberapa negeri, ahli UMno melalui juak ketului mereka mempertikai kehadiran ketua import. Pangkat dalam parti dan kerajaan besar dan perkasa, apa guna kalau masa mereka dicurahkan dikawasan dan negeri kelahiran. Mereka berjaya menjawat jawatan kerana berkuasa. Tetapi mereka kalut dan gagal menyelesaikan kemelut dan kemelar parti, tetapi berjaya mengundang masalah baru muncul mari uji parti.

Kerana UMno pusat memalukan mereka sebagai ahli UMno berwibawa dengan menafikan dikalangan mereka sendiri memegang KBP UMno negeri. Bukan ketua import tunjuk dari PWTC dan kuasa Putrajaya. Menyedari penolakkan Ahi UMno Pulau Pinang melalui macam-macam fael dan kerenah itulah, maka terkeluar terpacul dari mulut Menteri Pertahanan/Naib Presiden UMno juga ketua impot KBP UMno Pulau Pinang. Menyedari dan menginsafi dengan merungut, supaya pengerusi perhubungan Umno negeri diserahkan kepada pemimpin Umno negeri mengetuainya. Selain Hishammuddin Naib Presiden mengetuai Umno Terengganu, Presiden DS NTR mengetuai Umno Selangor dan TPM TS Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden KBP Umno Wilayah Persekutuan. YB Shapie Apdal Naib Presiden mengetuai KBP UMno Kedah.

Ianya menjurus kepada perbalahan UMno Bahagian Sungai Petani dan jurang yang dalam diantara Bashah dengan mantan MB Mahathir Khalid. Perlumbaan dua ketului ini, sentiasa mengundang masalah tambah kepada UMno Kedah yang demam tak kebah.

Ahli UMno lip pok klip klok melihat Hishamuddin Tun Hussein yang diamanahkan UMno dengan kedudukan puaka dirinya sebagai sepupu Presiden UMno/PM6 1Malaysia/Pengerusi BN/Menteri Kewangan apalagi Hishamuddin adalah Naib Presiden/Menteri Dalam Negeri. Dengan gagah perkasa sebagai wira turun ke Gganu menjawat KBP UMno Terengganu. Sepupu ka, Naib Presiden ka, Menteri Dalam Negeri ka, nampaknya 4 Adun yang bertaraf anak jantan menolak Hishamuddin dan ramai lagi yang menolak tetapi berselindung ditabir mantan MB. Hishamuddin mulanya memperakui UMno Gganu damai ok. Tetapi tak sampai 2 minggu kemudian, Hishamuddin inilah juga mengatakan UMno Gganu parah dan belum sembuh permusuhandikalangan banyak puak sejak selepas PRU12 dulu. Apamacam jadi macam tu Hisham?

Sadar dan akuilah KBP UMno Terengganu YB Dk Hishamuddin Tun Hussein, 4 Adun UMno itu bukan sahaja 'tak hormat' khadiran YAB TPM TS Mohiddin Yassin/Timbalan Presiden UMno. Tetapi pada hakikatnya mereka terajang muka Hishamuddin Tun Hussein,tendang muka TS Mohiddin Yassin, sepak sekeh kepala MB Mat Said. Akhirnya Idris Jusoh tersengeh senyum puas mengator rakit, perkemas dayung dan pasang enjin. Itulah hakikat 4 Adun tak hadhir diri jengoi ke mesyurat agung UMno Bahagian Setiu baru-baru ini.

Amalan purba yang diguna pakai selama-lamanya oleh UMno iaitu, sentiasa menuding telunjuk mencipta macam-macam tuduhan keatas lawan seteru politik. Menggunakan kemudahan semua media, hatta mempergunakan media kerajaan negara sebagai alat menyuburkan propoganda dan kadang-kadang berunsur fitnah perdana disuapkan kepada rakyat. Sajian hama diseberang lautan UMno nampak, walau berita cerita dipungut dari sumber kaki 5, tukang karut dan tukang reka, jadikan ianya macam dari sumber yang sah dan saheh. Gah kita jaja dengan memperalatkan sekelian media. Sedangkan naga panjang dan besar merayap dipeluput mata, UMno gagal melihatnya. Kadang-kadang UMno menafikan terdapat naga dipeluput mata, walau tahi mata naga terpaksa setiap pagi dan malam membersihnya.

Kaedah-kaedah tersebut adalah sifat manusia yang koro minda dalam menghadapi dan mengalami fenomina gagalnya menggalas pikul amanah dalam berperanan menjalankan tugas hakiki. Kejayaannya Cuma galas bengkong jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMno Terengganu, dibawah piwaian uummppphhh, tidak dihurmati peduli oleh pemuka-pemuka UMno Terengganu keatas pendatang mengetuai mereka. Apa-apa pun jangan sedap mulut menghala kepada orang. Berdegar sebagai diamanahkan UMno menjawat KP UMno Terengganu.

Dua kaedah untuk mengangkat peragakan diri kita; pertama kata musuh kita tidak kuat dan berpecah belah keduanya mengatakan kita sudah suci klear dari sebarang pertentangan dan permusuhan selepas PRU12 dulu. Inilah langkah dan kaedah direalisasikan oleh Menteri Dalam Negeri YB Dk Hishamuddin Tun Hussein juga Naib Presiden UMno merangkap Ketua Perhubungan UMno Terengganu, dalam mengatasi persepsi panjang yang dirinya ditolak UMno Terengganu.

Kenapa dan mengapa? Setebal thesis Sarjana Muda dapat dikemukan oleh mantan MB DS Idris Jusoh, MB kini DK Mat Said dan mantan Menteri Felda TS Dr Yusof Nor dan beberapa pelaku pelakun tokoh utama yang lain disetiap perengkat daerah di Terengganu. Untuk diangkat dipersembahkan kepada Presiden UMno-Pengerusi BN merangkap PM6 1Malaysia YAB DS Najib Tun Razak membicarakannya seperti ketam nipah tuju mohon dapat tolong, silap-silap disepitnya.

TPM TS Muhyiddin Yassin yang mana dirinya adalah Timbalan Presiden UMno merangkap Menteri Pendidikan telah melafazkan kesal, rasa kecewa bercampur malu di persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu baru-baru ini yang dirinya mencemar diperasmian persidangan tersebut. Beliau ditolak dan dipulaukan terang-terang dengan beraninya oleh 4 Adun penyokong tegar Idris Jusoh iaitu;- 1. Adun Jabi YB Ramlan bin Ali 2. Adun Permaisuri YB Abd Halim bin Jusoh 3. Adun Langkap YB Asha'ari Idris 4. Adun Batu Rakit YB Khazan Che Mat. Sekalipun Idris Jusoh dan tulang keringnya ahli parlimen Setiu YB Datuk Mohd Jidin Shafie juga KUB Setiu hadir cemar diri di hadapan TS MY adalah macam Tok Dalang di pentas Wayang Kulit.

Kenapa jadi macam tu? Kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin UMno Terengganu disemua peringkat adalah jenis cap ayam dan cap kucing. Penyakit tidak mau mengalah, penyakit dendam kesumat yang ditanamkan kepada pengikut tegar setia mantan MB dan mantan KP UMno Terengganu. Masing-masing menyemai menanam benih dengki dendam kesumat dengan menolak dan terus tidak mengiktiraf Mat Said sebagai MB ganti UMno BN Terengganu selepas PRU12 sejak 8 Mac 2008 dulu. Dendam kesumat tersebut maseh subur segar magar. Perbalahan diantara group Idris Jusoh dengan group Mat Said dan kabilah kecil-kecil yang lain, berpanjangan dan berterusan membara macam api dalm sekam. Sulit sukar untuk diubati jauhlah dari vaksin menyembuhkannya.

Kerana pemimpin UMno Terengganu termasuk 4 Adun tersebut mengalami penyaakit berat peringkat 4 virus H1N1, HIV, JE taun dan sebagainya. Keempat Adun tersebut adalah penyokong tegar peringkat tunjang disatu pehak. Sekiranya taukehnya kata hadir, hadirlah mereka. Tetapi oleh kerana pengaruh taukeh lebih tinggi dan lebih umph dan berbisa dari TPM TS MY merangkap Timbalan Presiden UMno. Justeru dengan sendirinya TPM TS MY merangkap Timbalan Presiden UMno menjadi kecil dan kerdil tidak dipandang tinggi dan diendahkan oleh 4 Adun tersebut. TPM TS MY merangkap Timbalan Presiden UMno kepada telah ditolak dan dimalukan.

Disini, beranikah tindakan terhadap 4 Adun tersebut diambil tindakan tatatertib? Njatalah dengan jelas, bahawa episode pertembongan dan perbalahan perdana selepas Idris Jusoh dilucutkan dari jawatan MB Terengganu dan Ketua Badan Perhubngan UMno Terengganu, digantikan dengan Mat Said. Ianya menajam dan terus menirus seperti keris pesaka tm UMno sebaik selesai PRU12 8 Mac 2008 dahulu. Terus berlanjutan mengundang parah dan banyak belah seperti api dalam sekam menjadikan abu, terus berparut dan bernanah tanpa vaksin, sinseng, bomoh dan dukum mampu mengubatinya.

Ketumbukan pemuka-pemuka UMno Gganu, sudah tersasar fokas dalam semua aspek. Kabilah Idris Jusoh, kabilah Mat Said dan kabilah kecil yang lain sedang berjalan diluar landasan real perjuanga, samada untuk kebaikan UMno apalagi kerajaan negeri UmnoBN Terangganu.

Pemimpin UMno tetap pemimpin UMno yang ciri-ciri dan sifatnya umpama pelepah pisang dan maru yang cukup liat untuk gugur sendiri. Kadang kala perlunya disentak turun untuk gugur, itu pun kadang kala masih liat kedududkkan yang enggan pelepah berpisah dengan batangnya dengan sendirinya. UMno yang memimpin tidak jadikan diri mereka menyaksiakan seperti pelepah nyior, pelepah pinang dan pelepah ibus yang sampai masanya ia gugur sendiri dan jatuh. Tidak perlu disenyoh disentak atau sampai menggunakan golak perak memangkas. Inilah kurangnya budaya pengurbanan dan memberi peluang kepada pelapis sambung legasi kepimpinan dan perjuangan.

Nyatalah perbalahan dalam UMno seperti kaca terhempas kebatu. Ianya mengakibatkan hancur berkecai sulitlah untuk menyelamatkan kehancuran pecah. Mereka pemimpin UMno tidak belajar dengan falsafah lintah. Lintah dicincang 4 kerat, dilepaskan kembali dalam kolah yang sama, dalam masa yang singkat dan pantas ia bercantum kembali menjadi sekor sebelum dicincang. Falsafah lintah inilah wajar pemimpin UMno merenung. Merkea kenal pelepah pisang dan sebagainya juga mereka kenai lintah, kerana mereka asalnya dari kampong yang lintah dan pokok pisang berada disekitar rumah ibu bapa mereka dahulu. Mereka tolak cara-cara lintah, mereka punggah ambil falsafah pelepah pisang.

Akhirnya apa nak jadi! Apa nak jadi!! Apa nak jadi!!! Maka jadilah UMno parah ditolak rakyat disebabkan tingkah laku pemimpinnya. Tengoklah pertembongan 3 puak utama UMno Selangor. Puak Mat Tayson, puak Toyol dan puak Noh Omar dan juak kroni Ketua Badan Perhubungan UMno Selangor jenama impot. Perbalahan UMno Rantau Panjang yang sepanjang Rantau Panjang berbalah berbalah panjang sehingga ledakan pistol di Tiang Candi Repek hampir 30 tahun dahulu. UMno Sungai Petani yang bertempor seperti main sarkas digelanggang tinju. Semuanya bukan kerana perjuangan, tetapi pertarongan merebut jawatan untuk mendapat habuan yang kot-kot masih berbaki dan tercicir.

Lebih memalukan dan parah, UMno negeri kelemboi yang mempunyai 3 bahagian. Mantan MB DS Dr Shahidan Kasim Alhad Tambun Tulang bukan TS Dr Abdul Hamid Pak Wan Teh, yang gila talak 3 untuk kembai menjawat jawatan MB Perlis. Bukan sahaja menolak Dr Mat Isa sebagai MB pegantinya, tetapi sentiasa menentang dan mencerca Dr Mat Isa dan sampai hati mengatakan Dr Mat Isa adalah MB Perlis CAP RUBBER STAMP. Eh! Ehh!! Ehhh!!!

Dengan semua diperkatakan itu, bersatukah UMno. Bagaimana rasa ingin sesetengah mahluk manusia Malaysia yang berazam menjadi broker perpaduan penyatuan Melayu dengan PAS.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
18 Julai 2010 - Ahad - 6 Shaaban 1431