Monday, October 11, 2010

SAH!!! TPM TS MY MENJADI MANDOM, UMNO JADI BAPOK. TAK SANGGUP GALAS PRK N45 GALAS.

SAH!!! TPM TS MY MENJADI MANDOM, UMNO JADI BAPOK. TAK SANGGUP GALAS PRK N45 GALAS.

(SERAH KU LI MENJANA BERAK JANJI MANEK URAI DULU)

10 - 10 - 10 Ahad - 2 Zulkaedah 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Delemma awal, penanda awal yang melanda serta menghantui umNO pusat dan umNO betis Kelantan dalam menghadapi PRK selama ini, maksudnya selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu kerana umNO menjuarai rekod kalah. Dalam menyandang medal emas di PRK, sekalipun di negeri umNO mengetuai kerajaan negeri. Terus tewas ditolak rakyat dikubu sendiri, kandas dalam mempertahankan kawasan Dun atau Kapar yang dimenangi semasa PRU12 dahulu.

Pemimpin umNO disemua peringkat parah terperuak dalam merawat luka, parut yang belum hilang. Kini di taket dan terperuak kembali di Dun N45 Galas dalam Parlimen Gua Musang dan pasti satu PRK Parlimen Batu Sapi di Sabah mengekori PRK Galas. Walau pun umNO bijak laksana selama-lamanya menjadi joki profesional menunggang kuda usang jenama SPR. SPR ini pula setia kawan bermain mata dengan mahkamah 1Malaysia. Yang jambul di kepala mahkamah adalah mantan peguam umNO merangkap Pengrusi Displin umNo, dia sendiri non berdisplin.

Kunun khabarnya pernah koyak rabak surat menikahnya dengan bini muda No2, sama macam kaki ekor koyak kertas mapio keputusan toto, pasai no toto di beli tidak ngam dengan no yang di cabut undi. Dengan menfikan satu PRK Dun Seputih di Kedah yang kosong diputuskan oleh Speaker Dun Kedah Darul Aman dan lebih setahun. Joki dan kuda belum lagi menemui garis penamat walau keempat-empat kaki kuda SPR terkehel dan jokinya dah tersembam baham tanah.

Dalam keadaan itulah, Allah menunjuk jalan dan membuka minda joki dan kuda diatas tadi, untuk terus belari dan berkejaran dipadang baru bernama Galas yang bersempadan dengan Manik Urai yang dulunya umNO berak di tandas pusing dan tandas terbang. Menyedari jamban dan tandas yang dijanjikan itu, sedangkan tahi janji PRK Manik Urai berselerak busuknya lebih busuk dari tahi kelawar dalam gua, maupun di Gua Musang. Ketakutan itulah menjadikan sesetengah pemimpin besar umNO pusat dan umNO betis menjadi mandom, bapok, pondan dan mak nyah.

Jangan marah kalau itu-itulah diperkatakan oleh lawan politik umNO dalam membuat pemerhatian dan penelitian awal di PRK Dun N45 Galas ini. Apabla umNo menghadapi badi dan bala rakyat menolak mereka dalam siri-siri PRK di Semenanjung dan di Malaysia Timor, ianya mendatang serta mengundang ketakutan dan kengerian kepada Presiden umNo/Pengerusi BN, Timbalan Presiden umNo/Timbalan Pengerusi BN untuk terus memegang baten tradisi. Iaitu mana-mana dalam PRK yang BN menghadapinya, makanya PENGARAH PILIHANRAYA adalah Timbalan Presiden umNo/Timbalan Pengerusi BN secara lazim dijalankan selama 50 tahun dahulu. Di atas pondan dan mandomnya TPM juga Timbalan Pengerusi BN/Timbalan Presiden umNO YAB TS MY, mengislahkan mandom dan pengecutnya, beban selama ini menjadi jenderal pengarah pilihanraya di PRK adalah ditengkok dan tanggungjawab TPM/Timbalan Presiden umNo/Timbalan Pengerusi BN.

Ketika PM DS Najib berada di UN New York, ketika itulah semasa beliau seketika menjadi First Man in Malaysia, penyakit panau korap longsong, puru dan kudis buta digalas beliau selama ini, TS MY TPM mengumunkan 1Malaysia bagi tahu, beliau kalih semua beban penyakit tersebut dipindahkan kepada Ku Li YBM Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah menjadi PENGARAH PRK N45 GALAS hatta menjadi calunnya.

Justeru, adakah sifat mandom, bapok TPM TS MY ini akan berterusan di PRK Parlimen Batu Sapi di Sabah apabila wakilnya kemalangan maut dijalan raya semalam 9 Oktober 2010. Jadinya pasti berlaku bersekali dengan PRK Dun Seputih. Kalau dalam menghadapi PRK Parlimen di Sabah TPM kembali menjadi jantan yang keras waja kembali menjadi PENGARAH PRK, nyatalah itu namanya jantan bertempat.

Tetapi digelanggang pendekar segala pendekar tempat beradu, TPM TS MY takut untuk menghunus keris bersilat bertari di dalam gelanggang pendekar Galas, untuk menggalas johan pendekar ulung Galas dari Gua Musang. Sat semangat jantan, sat semangat mandom bapok, wajarkah jenis ini menjadi pemimpin negara? Nyatalah sekadar pemimpn lembu sapi sahaja.

Kembali kepada YBM TS TRH, yang sejak 1987 sekelian pemimpin umNO pusat termasuk sebahagian besar pemimpin umNO betis di Kelantan, sentiasa memalukan Ku Li. Hatta sampai peringkat pemimpin umNo(baru) yang YBM TS TRH tumpang itu dihina dan dimalukan sampaikan dihalang oleh Pemimpin umNO mantan dan kini, menafikan bukan kemenangan menjadi Presiden. Tetapi sekadar menempah nama dan menempah kelayakkan untuk tersenarai menjadi calun Presiden umNO. Tetapi berkecai dan berderai, seolah-olah macam temukut ditepi gantang umNO lakukan kepada YBM TS TRM. Sekadar menjadi hero purba gua sekadar menjadi Ketua umNO Bahagian Gua Musang dan Dun N45 Galas didalamnya.

Tiba-tiba, apabila Allah tunjukkan PRK di N45 Galas, umNO dan juak-juak umNO mandom di PWTC dan di Putrajaya, mereka melihat bahawa sekuntuk bunga raya berduri yang layu, disegarkan umNO dengan setangki minyak atar menwangi, memuji, mengampu, menjulang segala macam bahasa dan jasa, bahawa Ku Li lah orangnya calun dikalangan 3,000,000 ahli umNo yang mampu dan selayaknya berdepan dengan calun PAS-PR dalam PRK N45 Galas menjadi PENGARAH PRK N45 Galas bersekali dengan menjadi calun pilihan no wahid kepada umNO/BN di PRK N45 Galas.

Semuanya dah terlambat dan terlewat, dalam apa bahasa sekali pun umNO kembali menepong tawar dan melanggir dan rendamkan Ku Li dengan minyak atar. Seiring dengan kembalinya lawatan kerja dari luar negara YBM TS TRH kenegara, beliau menerima pada dasarnya menjawat kotea menjadi PENGARAH PRK N45 Galas dan akan mengadap PM pada bila-bila masa. Diketika yang samalah juga Allah tentukan PRK Parlimen Batu Sapi di Sabah terpaksa diadakan kerana penyandangnya dari BN-PBS meninggal dunia dalam kemalangan maut jalan raya.

Kepimpinan kerajaan pusat umNObn, macam dikerat sebelah kaki sampai kepaha macam kena kencing manis. Kerana PRK Galas belum berlaku, terpaksa menghadapi PRK Parlimen Batu Sapi pula. Adakah BN akan tunggang dan pacu kudanya cap SPR ini, pantas adakan persidangan dan dahulukan dari Galas dalam membuat keputusan hari penamaan calun dan hari mengundi kerana umNObn berpegang disana adalah simpanan tetap. Agar semangat labanya dapat dibawa kegalas. Jangan ingat Batu Sapi selamat, jangan-jangan lembu punya susu sapi dapat nama? Sama-sama kita tengok kepandai joki menunggang, dengan kuda tua berlari.

10 - 10 - 10 Ahad - 2 Zulkaedah 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB