Saturday, September 25, 2010

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -

PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU -
KALAU NAK KE PUTRAJAYA.

(BAHAGIAN KE DUA)

12 Syawal 1431 - Selasa - 21 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Santapan minda waris perjuangan kita:

Sedutan ucapan - amanat terakhir Almarhom Profesor Zulkifli Muhammad Timbalan Yang Dipertua Agong PAS 9.00 pagi 6 Mei 1964 di Bangunan PAS, Pejabat Badan Perhubungan PAS Kelantan, No 1960, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu. Dihadapan Adun PAS dan Apar, agar menjadi renungan kita sekarang setelah 46 tahun berlalu.

“Tuan-tuan yang mulia, boleh jadi ada diantara kita yang menyangka bahawa Tuhan tidak mensifat kita atas kewajiban kita ini, boleh jadi ada diantara kita yang memandang bahawa masalah yang ada di depan kita ini, adalah masalah pilihanraya. Masalah menjaga keduudkan kerajaan, masalah menjaga hati rakyat, masalah menjaga lebih buruk lagi, masalah mejaga kepentingan diri. Maka saya berharap pada hari ini supaya kita cabut semua ini dan kita kikis dari hati kita dan kita jadikan bahawa kita ini petugas-petugas yang diamanahkan oleh Tuhan untuk melaksanakan kewajiban yang maha suci.

Kewajiban yang belum didapati oleh beberapa ribu juta manusia peluang untuk membuat damekian sejak zaman berzaman hingga hari ini. Kita meminta rakyat mengundi kita. Kita meminta mereka mempercayai kita, bukan janji-janji hikmat tetapi dengan janji-janji akan menjalankan hukum Tuhan. Tuhan yang merenung apa-apa yang kita buat tiap-tiap hari. Tuhan yang memerhati kesungguhan perbuatan kita. Inilah sasudara-saudaraku, kedudukan kita pada hari ini, satu kedudukan yang sungguh dan benar. Satu kedudukan yang bukan dibuat-buat.

Tetapi satu kedudukan yang memang kita kehendaki kepada Tuhan berikan kepada kita. Maka janganlah kita lepaskan peluang ini dengan kelengahan dan kelalaian, dengan kecuaian dengan lupa apa yang ada pada kita ini, dan mejadikan apa yang di dapati sebagai satu nikmat yang hanya datang dari langit. Sebab kita ini, saudara-saudara, akan menghadapi Tuhan. Marilah kita jadikan kesungguhan perjuangan itu satu motto hidup kita. Marilah kita jadikan perjuangan Islam ini tidak kerja main-main, tidak kerja pilihanraya, bahkan tidak kerja Persatuan Islam Setanah Melayu tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan oleh Tuhan”.


Cermin Diri dan Hadapi Perubahan

Usaha-usaha di kalangan komponan PR kepimpinan dari bawah seperti cawangan, kawasan wajar telah wujud AJK Penyelarasan PR yang membabitkan PAS, PKR dan DAP, mengikut keperluan sesuatu Kawasan Parlimen (Kapar) dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun). Disini persoalan yang saya nampak dan menjadi bebanan yang berat dipikul untuk diperkatakan dalam menterjermah PR dalam kata sebenar. Komponannya ampuh, kental dan umph yang aktif aktivitinya. Sejujurnya wajar berjalan dan bergerak dengan aktiviti masing-masing atas nama aktiviti bersepadu PR.

Bukan saja PR yang lesu, tetapi parti komponan PR yang Adun atau Apar dari PAS, DAP dan PKR juga kawasan dan cawangan masing-masing terdapat yang tercungap-cungap nyawa-nyawa ikan dalam menjalankan aktiviti. Pelalksanaan dan pengisian cukup-cukup hambar dan semacam tidak wujud di alam nyata. Sekadar ianya gah dan hebat di dada akhbar parti masing-masing dan di modium blogger penyokong PR. Tidaklah semua begitu, tetapi sebilangan besar itulah hakikatnya. Dalam kontek PR Kedah, khususnya PAS, saya tidak mau menuding dan membutirkan kawasan, cawangan PR baik PAS, DAP maupun PKR.

Iaitu dalam menghadapi tidak wujudnya jawatankuasa penyelarasan secara bertulis dan berpejabat untuk merealisasi operasi aktiviti wajib bersepadu. Terdapat sesetengah Kawasan PAS dan cawangannya cukup aktif, penuh aktiviti. Terdapat juga kawasan yang lembab apa lagi peringkat cawangannya. Banyak cawangan yang wujud sekadar nama jawatan yang disandang, sedangkan AJKnya tidak komit dan komited dalam urusbina dan pentadbiran parti, jauhlah berfungsi dalam menjadi mata telinga kerajaan menyelesaikan masalah rakyat. Terdapat PAS Cawangan gagal dalam operasi bersepadu politik dan komuniti dalam menangani serta menemui ahli-ahli, rakyat pengundi dan sebagainya.

Lebih besar dari itu, matlamat bersama duduk semeja dalam mencari formula, jalan-jalan kearah menyelesaikan pengaduan pengundi, aduan permasalahan rakyat, secara terancang, bersepadu komit dan komited dengan pengaduan rakyat bukan sekadar menyelesai dihujung janji lidah seperti melepaskan batuk di tangga. Sekadar pusat atau pejabat khidmat masyarakat, yang mewakili Adun-Exco atau Apar. tidak diatas nama pelyelarasan parti. PR wajarlah tidak banyak mencipta dan mencari perbedaan pendapat, bertegang dan berentap sesama sendiri didalam pekara-pekara yang merugikan sekalipun nampak macam mempertahankan perinsip kepentingan masing-masing.




Sikap sesetengah pimpinan PAS kawasan dan segelintir pimpinan cawangan, khususnya mantan pemimpin PAS Kawasan dan cawangan-cawangan. Terdapat macam duri dalam daging, ranjau tertusuk dikaki. Mereka bukan berusaha mepertahankan parti daripada dicela oleh musuh politik parti dianggotainya. Tetapi mereka bersikap turut sekaki bedai dan tibai pemimpin yang menggantikan diri mereka bersekali semangkuk dengan musuh. Lupa segala macam peraturan berpersatuan memelihara etika dan sebagainya. Kalau mengambil sikap tutup mulut itu pun sudah cukup baik, tetapi mereka memperkecil dan sampai mempertikaikan kerajaan MB dan saf Exco yang parti mereka mengetuai kerajaan Kedah.

Apa nak jadi menesia jenis ini!!! Apa nak jadi !!!! Siang malam maki pati, ceritanya tak puas hati. Yang ni tak kena, yang tu tak kena. Hat tu salah, hat ni salah. Yang betul aku jadi ketua sampai kemampus walaupun jenis pemimpin ketam, pemimpin jebon. Sanggup bermanis muka duduk semeja dengan lawan musuh politik semata-mata bersekonkol mendedahkan rahsia parti dan rahsia pemimpin sebaik mereka tidak lagi berada disaf pimpinan utama. Atau bila mengetahui jalan keluarnya terbuka, tidak diberi kesempatan lagi di PRU13 menjadi calun mrwakili parti, kalau nak sangat jadilah calun sendiri, sebagai calun bebas. Saya bersua pemimpin jenis ini. Lanie kehulu hilir menjaja orang tak betul kita yang betul. Betulkah?

Apa yang saya kemuka bicarakan diatas, bukan menjadi cermin keselurohan PAS Kedah. Tetapi memang terdapat fenomina pemimpin yang begitu sifat dan gelagatnya macamtu. Ada yang cawangan lebih kehadapan dalam banyak pekara dari PAS Kawasan. Aktiviti komuniti berjalan lancar dengan macam-macam program yang dilaksanakan. Program ziarah, program ekonomi, program politik dan sebagainya berjalan lancar. Juga terdapat cawangan yang kaku dan lesu. Tetapi saya rumuskan kebanyakkanya bergerak dikala Ramadan dan Syawal. Dan kehadapan semasa parti menghadapi PRU atau PRK diluar persediaan yang masak, sekadar lepas batuk ditangga sahaja.

Apa yang cukup ketara adalah, tidak terdapat inisiatif dalam usaha-usaha pendaftaran pengundi baru dan menambah keahlian ahli cawangan. 10 tahun mejawat AJK PAS Cawangan, dua penggal menjawat AJK PAS Kawasan. Selama itu pun haram berjaya menarik komuniti menjadi ahli PAS dan didaftarkan sekaligus pengundi walau pun seorang. Subhanallah!!! Hatta, silap-silap anak bini pun tidak diusahakan pendaftaran menjadi ahli PAS sekali dan daftar jadi pengundi dilokaliti yang didiami. Dengan jawatan utama parti kehulu kehilir, mencari mendapat pengaruh dan kembangkan sayap, silap-silap jadi boker politik pun ada. Sanggup juai nama MB, Exco dan Adun, aku rapat semua dengan depa. Dalam pakit aku saja depa tu.

Kan kita lanie kerajaan? Saya tidak kata itu salah yang mutlak. Tetapi kelalaian, cuai kita sebagai pemimpin yang memikul amanah parti, dan parti kita menjunjung demokerasi berparlimen yang akan berdepan dengan pilihanraya. Pilihanraya dan pengundian memerlukan keahlian dan penyokong sebagai pengundi yang berdaftar.
Tetapi kita mengkhianati selama memegang jawatan dalam menunaikan amanah tersebut. Tidak berusaha turun kepadang menambah tingkatkan keahlian parti dan pengundi. Yang terpacak dan terpahat dihati adalah nak jadi ketua cawangan, Yang Dipertua Kawasan dengan harapan tinggi untuk jadi calun. Baik calun Dun silap-silap jadi Exco pula. Atau jadi calun Kapar, kalau dah PR dapat tawan Putrajaya aku komang-koman dapat jadi Pegerusi CLC atau Pengerusi Perbadanan Persekutuan jadilah. Inilah penyakit sekiranya tumbuh dibenak pemimpin parti politik, parti dan negara akan hancur. Bebaskanlah parti dari dapat Adun dan Apar sedemikian rupa.

Pemimpinkah kita? Hebatkah kita menjadi pemimpin? Jangan sampai kita menghidang santapan, mengandungi virus sindrom bibit penyakit di dalam dulang, mengundang cipta keadaan tegang dan bercakaran setiap kali perkara yang sama dikitar semulaolih orang yang sama. Diluar kawalan sekalipun dalam bentuk mempertahankan teras perjuangan parti. Seolah-olah tiada beban batu digalas. Sewajarlah hasil baik dan panduan yang terbaik, dicetuskan oleh pemimpin PR, barulah dibawa untuk diterjermahkan kebawah kepada pimpinan negeri, kawasan/ranting cabang atau cawangan.

Jejuluran itulah baru memungkinkan untuk mengatur kerangka strateji yang bersepadu dikalangan komponan PR dalam semua pekara. Dipersembahkan dengan penuh hemat dan berhemah lagi bertanggungjawab kepangkuan pengundi dan rakyat untuk mereka membuat pilihan terbaik diantara PR dengan BN yang lama manipulasi rakyat, sekupang untuk hampa, seribu dekat kami pemimpin umNO. Kadang-kadang saya berbeza pendapat dan pegangan dalam beberapa pekara yang dijalankan kerana untuk kepentingan dan keuntungan segelintir pihak, kalau-kalau tergelincir perjalanannya.

“Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Maka barang siapa memelihara (dirinya) dari segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa jatuh dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram”. (Maksud Hadis : Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak bererti saya pengkhianat dan pemusnah kepada PAS dan PR itu sendiri dalam mendasari majujaya, mantap dan perlu mendapat kuasa. Perubahan besar didalam PAS tetapi masih diatas paksi landasan perjuangan asalnya. Ini adalah satu pengurbanan besar pemimpin dan ahlinya menghadapi realiti politik semasa negara. Semuanya kerana pengalaman 49 tahun dahulu mematang serta memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan kepada diri sendiri dalam mengenali PAS di semua posisi. Menerusi PAS dalam Kerajaan Champoran dengan Perikatan dan berkebang menjadi BN, saya mampu membicarakannya mengikut apa yang saya fahami, dalam pekara yang sememangnya saya mengetahui.

Hasil dari Kerajaan Champoran dan diawal menjadi BN, ramai dikalangan pemimpin PAS mendapat peluang dan merasai nikmat tersebut sampai sekarang, dan ramai masih ada sampai sekarang dan saya mengenali mereka. Inshaallah. Serta saya belajar mengenali kerabat dalam APU - Angkatan Perpaduan Ummah iaitu Parti Melayu Semangat 46, semuanya adalah mantan pemimpin dan ahli-ahli umNObn di semua peringkat.

Dikalangan mereka terawal masih ada tetapi bilangan kian sedikit dari masa kesemasa kerana usia yang lanjut dan sarat dengan penyakit tua dan tidak terdaya lagi sekadar pemerhati dengan linangan air mata bangga dan bercampur duka sesetengahnya.

Serta parti serpihan dari PAS iaitu Berjasa dan Hamin (penubuhan parti Hamim saya dipinta khusus oleh Almarhum Ustaz Buniyamin Yaacob dan Almarhom Haji Che Min - Haji Mohamad Amin Yaacob ketika kami awal-awal sudah berada di Pejabat Perhubungan PAS Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu (ketika itu Ustaz Buniyamin rumahnya adalah menumpang di Tingkat 3 Bangunan PAS yang penjaga pemegang kunci adalah Almarhom Pak Teh meninggal di Mekah) untuk membuat laporan dan rekod gambar di penubuhan tersebut) yang pemimpin asal baik Berjasa maupun Hamin saya mengenali mereka dan sebaliknya.

Hatta saya berjiran bersebelahan dengan rumah Dato’ Muhammad Nasir mantan MB Kelantan dan Mantan Menteri Tak Berpotfolio selama 6 tahun (meninggal di Australia dan dimakamkan disana - Al Fatehah untuk Dato’ - juga ayah mentua kepada mantan Exco KNK Ustaz Muhammad Daud Iraqi) di Kubang Bemban, Jalan Meranti, berhampiran Pejabat Pertanian Pasir Mas. Serta kuarters JKR (Pejabat Pertanian Pasir Mas) didiami oleh Dato’ Mohamad Nasir saya dan famili pernah mendudukinya selama 12 tahun.

Selepas itu kepada BA - Barisan Alternatif disana Parti Keadilan dan bersatu dengan mantan pemimpin dan ahli Parti Rakyat bertukar nama PRK - Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin-pemimpin dan ahli mereka terdiri dari mantan ahli umNO, ABIM, hasil Reformasi, NGO dan macam-macam jenis keahlian bersama-sama dengan DAP. Mengenali dan mendampingi pemimpin disemua peringkat, serta dapat saya mengenali rapat akan pengikutnya, ahli-ahli PAS dalam mengenali hati budi, pengurbanan dan istiqamah dalam parti (PAS) dikala senang dan semasa susah.

Parti PAS itu sendiri memiliki ahlinya yang kental dalam kehidupan dan hidup susah menderita, kerana kekalutan menangani hidup dalam masa yang sama mengurus dan menyelamatkan PAS ditangannya. Harga kelebihan kepada saya, kerana saya dapat tangkap dan memberi pendapat spontan, dalam menangkis tembakan umNO. Serta saya memiliki kerajinan membuat catatan sehubungan dengan PAS. Serta saya Allah berikan sadikit daya ingatan dan mampu menulis.

Diantara ahli dan pemimpin PAS tempoh 20, 30, 40 tahun dahulu adalah bebeza dengan sekarang. Akrab pemimpin dahulu dengan ahli adalah tinggi, kerana mereka menjalin diatas dasar ukhwah tulin sebagai ahli PAS dengan pemimpinnya diatas dasar perjuangan tulin. Kabilah dan puak tidak menonjol seperti sekarang. Sampai mampu membina pengikut dan penyokong masing-masing untuk mendapat tempat menjawat pemimpin.


Sekiranya PAS memiliki pemimpin/ahli semacam kentalnya Almarhom TG Haji Mad Arif (peneroka) Grik Perak dan ramai seumpamanya, nilai waladnya kepada pemimpin dan parti lebih hebat tinggi dari pemimpin rumah agam dengan Mercedes yang menjalar. Ketika dulu-dulu kerana tugasan parti sampai ke Kota Bharu, tawakalnya yang tinggi, saya mengerti bahasa salamnya. Inshaallah saya mengerti juga sesama faqirullah memahami salam dan mukadimaahnya pantas saya melunasinya.

Dakapan Almarhom dengan saya masih segar sampai kini, sama seperti dakapan dengan Almarhom TG Haji Daud Yusoff Meranti. Orangnya hebat, zuhud jujur dan iklas dalam mempertahankan PAS disemua keadaan. Walupun zahir diri dan pakaiannya bersahaja, tetapi kaya meliana zuhud dan iklas jujur (Tuhanku! Allah mencucuri rohnya dan sentiasa dialam kubur di Rahmati dan di cucuri Rahmat - Al Fatehah untuk mereka).


Pas Berkembang - Hadapi Saingan Tekanan

Walaupun PAS kahadapan dari kejumudan umNO dalam banyak pekara, tetapi kita kena akur kelebihan umNO dengan saki baki dan daki penguasaan sekarang diperingkat pusat sebagai kerajaan Malaysia. Samada dalam keadaan kerajaan BN lemah dan dipertikaikan, namun umNo yang tidak terdapat kamus takut kepada undang-undang dan perlembagaan negara termasuk tidak takut, gerun dan takut dengan dosa pahala syurga neraka.

Saya percaya umNObn pasti menggunakan sisa-sisa kuasa kerajaan pusat akan melipatgandakan memperalatkan, memperkuda, dengan rakus semua jentera kerajaan disemua perengkat untuk memenangkan calun-calun umNObn dalam PRU13 nanti. Apabila PAS memecah dan membuka pintu mengalu-alukan warganegara yang bukan berugama Islam, turut bersama-sama berjuang didalam dan dibawah panji-panji PAS. Sebelum dari ini, semua itu dikatakan mustahil, tetapi ianya telah menjadi kenyataan iaitu dengan tertubuhnya DHPP - Dewan Himpunan Penyokong PAS setaraf dengan dewan-dewan PAS yang sedia ada.

Nyatalah PAS telah mendapat kepercayaan dan keyakinan dari warganegara bukan Islam, memperakui PAS adalah satu parti nasional yang rasional diterima baik dikalangan bukan Islam untuk menjadi pemerentahan di peringkat pusat bersama dengan komponan lain dalam PR. Nyatalah PAS akan bertambah kukuh dalam mendapat sokongan untuk menghadapi PRU13 nanti. Tempoh 50 tahun jarum fitnah, api perkauman, yang umNObn toucher menekan rakyat dengan mencipta reka fitnah perdana keatas PAS dan memesongkan dalam memberi pandangan Islam mengikut acuan umNObn tidak mengikut Islam berpandukan Al Quraan dan Al Sunah telah berakhir dan lebur dalam tempoh 10 tahun mutakhir ini.


PAS telah berjaya meroboh dan menghancurkan fitnah dan fahaman menekan rakyat bukan Islam dan berugama Islam menghindar dan jauhkan diri dengan PAS sudah berlalu. Kini pasa baru umNObn menghadapi PAS dizaman PM6 1Malaysia untuk melawan PAS dan PR adalah dalam visi serta kerangka baru yang sedang umNObn fikir dan akan dijalankan dengan rakus untuk PRU13 nanti. Kini, umNObn sedang mengali telaga minyak, dan membina kilang mancis api menghadapi rakyat dan pengundi negara untuk kembali bersama umNObn.

Saya yakin, semua bala tentera, dari jenis askar upahan, askar kerahan tenaga, dari jenis hamba abdi tawanan, askar-askar yang terlatih bernama SPR, SPRM, PDRM, Mahkamah dan Jabatan Peguam Negara akan menjalankan visi dan misi masing-masing untuk ditunggang oleh umNObn dalam menjaga pelihara segalam macam pertolongan dan perlindungan kepada umNObn dan sekelian pemimpinnya, sebagaimana ramai orang memperkatakan. Kini semuanya tidak mustahil, siang malam RTM dan TV swasta, menerusi semua saloran, mula menjulang kejayaan umNObn cukup teratur, hebat dan berjasa besar kepada rakyat.

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang sederhana pastilah mereka mengikutimu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh kamu”. (Maksud Surah At - Taubah : Ayat 42).

Inshaallah di BAHAGIAN KE TIGA: PAS - PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU - KALAU NAK KE PUTRAJAYA. Dengan tajuk kecil khusus Mehnah dan Kerenah Didenai PR, Inshaallah.

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
12 Syawal 1431 - Selasa - 21 September 2010