IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS: 5 SYAWAL 1433 / 23 OGOS 2012
Saya menyeru kepada kepimpinan PAS, parti yang saya sokong dan dukungi sejak 1960 ketika saya kecil mengenalinya melalui Almarhum Ustadz Abu Bakar Hamzah. Apalagi ketika beliau menjadi calun PAS di PRU tahun 1969. Beliau, Ustaz Abu Bakar Hamzah ketika itu masih segar bugar dalam ingatan saya bertanding di Kadun Sanglang beliau tewas 5 undi dengan pencabarnya Almarhum Pengulu Japaq (Dato' Jaafar Hassan akhirnya menjadi MB Perlis ganti TS Sheik Ahmad Mohd Hashim). Dan kalah di Kapar Perlis Selatan dengan Almarhom Tuan Haji Mokhtar Ismail.
Ketika itu, dipenghujung saya belajar sekolah rendah kebangsaan, Allah berikan kelebihan saya melukis. Maka saya membantu membuat poster bulan bintang (simbul PAS ketika itu) di belahan tin minyak tanah dan di papan lapis dan memasang poster merangkai ditali rapiar. Seronok ketika tu lawan dengan perikatan simbul kapal layar. Ustaz Bakar Hamzah sebaik selesai penamaan calun, malamnya mai kerumah menemui ibuku (keluarga rapat UABH) pinta emak sokong dan beri undi untuknya. Daripadanyalah saya mengenali cicak berak kapoq, mengkarong, keridik dan sebagainya. Yakni bidalan mehnah dan kerenah kepimpinan PAS ketika itu. Dah 52 tahun berlalu dan usia saya sendiri menjangkau 60 tahun lebih.
Sejujurnya, sebaik selepas dua kali menghadapi repair jantung sejak 2010 kesihatan saya menurun mendadak. Saya tidak terdaya berdepan dengan laptop untuk tempoh lebih setengah jam, macam-macam rentangan dihadapi. Itu pun sesungguhnya saya amat bersyukur kehadzrat Allah, kerana terus memberi roh untuk meneruskan hidup dan melaksanakan kehidupan, mengikut yang termampu disemua pekara. Sekalipun didalam keadaan sakit, jiwa dan perasaan tetap amat begelora diminda untuk melakarkan rencana, mengikut perkembangan politik semasa, khususnya PAS dan PR secara menyeluroh dan lawan politiknya.
Kadang-kadang amat memedihkan, untuk mengharap anak-anak membantu menaip, sedangkan mereka sendiri bergelut dengan masa yang terhad. Apalagi akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan UPSR. Tak berapa hari saja lagi. Kembali kepada tajuk saya "Jangan, Hidupkan Tarikh Luput" biarkan temekong, jangan diangkat menjadi sembilang. Memungkinkan jenerasi baru tidak dapat memahami bidalan lama untuk menghadapi sesuatu kes, tanpa menyentoh tubuh badan dan namamnya, orang dulu-dulu dah ketahui siapa dimaksudkan. Jadinya siapa temekong?
Spesis ikan temekong adalah kebawah sekali kalau diperaga banding dengan ikan sembilang, seludu, pelotan, sembilang karang, pedukang dan akhirnya temekong dan bersaiz kecil sahaja. Jenis tidak bersisik dan memiliki tiga sengat duri yang agak bisa juga, terutamanya ikan sembilang dan sembilang karang.
PAS dan PR sedang berdepan dengan PRU13 ketika ini pada bila-bila masa sahaja. Justeru, fokaslah kepada persiapan angkatan balatentera pilihanraya untuk menghadapi PRU13 dengan persediaan, persiapan dan bekalan secukupnya. Jangan masa yang amat suntuk ini, kepimpinan tertinggi PAS mencuri dan mengambil masa tersebut dipergunakan untuk membincangkan pasai temekong. Sedangkan temekong tersebut pasti akan dihanyut oleh topan dan badai tersadai dipantai menjadi bangkai juga akhirnya. Biarkanlah sekor temekong itu dimasukkan kedalam pelastik kalis pecah, kalau-kalau punyai pasaran. Atau pembeli baru untuk dibesiang dikerat dimamah.
Jadinya pemimpin PAS usah sebok peduli akan temekong tersebut. Temekong percayalah bisanya tidak berapa lah. Tapi kalau mati busuqnya memang kuat. Biarkanlah samada hidup atau mati temekong tersebut, PAS usah sentuh samasekali. Percayalah, kalau kita membincang pasai temekong sekor ni, seolah-olah kitalah cuba angkat taraf temekong untuk mendapat info dan macam kita goncang loceng jaja juai temekong sekoq ni dipapan kosong Bursa Malaysia. Kalau itu langkah PAS seolah-olah temekong reput tadi kita nak angkatnya diluar bubu menjadi ikan sembilang, Silap-silap jadi ikan tenggiri. Jangan. Biaq dari spesis temekong tu menjadi buntai atau umang-umang.
Tanak beras jati sekepoi, pakat-pakat buat kenduri selamat. Beras jati ditanak nasi makan rendang asam poi dengan temekong lengat. Cuba-cubalah.
IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS: 5 SYAWAL 1433 / 23 OGOS 2012