MASINNYA MULUT TUN DR MAHATHIR
PANTANG SEBUT JADI................
IBN ABDULLAH AL AWAB
Rabu: 5 September,2012 / 18 Syawal,1433
Saya masih ingat ketika saya dizaman budak-budak 55 tahun dulu, ketika itu lahir di kampong di Sungai Berembang. Ketika itu untuk urusan ke Pekan (maksudnya Kangar) samada mengguna bot tambang laut, lepas itu sungai digali oleh DID, atau kayoh gerek ke Kuala Perlis lepas tu naik bas Mengali (Benggali) ke Pekan. Atau kami naik gerek batas 3' lebar atau bejalan kaki melalui Bok Tui (Behor Tui), Tanjung Gelam sampailah Bok Mali (Behor Mali) kira-kira sejam setengan - dua jam bejalan. Kami akan tinggal gerek ditepi Pondok Lebai Semea (Lebai Ismail) sandar ditepi perdu pokok pukoi lima, baru naik bas Mengali ke Pekan yang mainya dari Simpang Empat Syed Kassim.
Almarhum Tok Nyang saya pasti bila balik dengan bas dari Pekan akan singgah di Pondok Lebai Ismail solat. Selepas tu pi ambil air tawaq, dirumah Haji Din alim Bok Mali. Kata Tok Nyang saya, "Haji Din ni mulutnya masin dan lidahnya macam tok wali lidah itam, dia orang Petani". Kata-kata itu saya masih ingat sampai hari ni. Ketika mana saya erti hidup ini, selepas 30 kata-kata Tok Nyang, maka ianya benar terserlah masin sungguh mulut Haji Din Bok Mali. Anak-anaknya menjadi ulamak besar tersohor iaitu Ustaz Ishak (kawin dengan Maimunah Napiah - Kampong Permatang Limau Manis), Dato' Dr Haron, Dato' Hasan Al Haafiz. Saya mengenali dengan adik-adik ustaz yang lainnya. Kenapa saya muatkan cerita dalam rencana ini?
Saya mengimbau kesah ini kerana ianya mempunyai kautan tentang "mulut masin" tajuk rencana saya. Haji Din mulutnya masin doanya mustajab, Allah anugerahkannya dengan anak-anak yang hebat dan soleh, Alhamdulillah saya tumpang bergembira dan bersyukur tentang ini.
Manakala Tun Dr Mahathir Mohamed (TDM) yang lahir pada hari Jumaat 20 Disember, 1925 yang tidak lama lagi akan mencecah usia 87 tahun. Diantara orang yang pernah mendoakan agar Dr Mahathir untuk umurnya dipanjangkan oleh Allah adalah Almarhom Dato' Ustaz Fadzil Noor mantan Presiden PAS. TDM Cukup berpengalaman dalam UMNO dan menubuhkan partinya sendiri selepas UMNO diharamkan di mahkamah iaitu umNO(Baru), bermatlamat untuk menyingkir ahli UMNO asal yang lebih senior dan berpengaroh darinya. Itu adalah hakikat yang terselindung dan yang tersirat.
Saya melihat oleh kerana usianya itu sendiri lebih tua dari UMNO ditubohkan Dato' Oon, sekalipun beliau dah tidak presiden UMNO(Baru) dan Perdana Menteri, cengkaman dan pengarohnya masih berbisa macam ular tedong selar bila mematuk. TDM akan menghimpit dan mehindik dan membelit dan rat macam ular sawa kepada mangsa politiknya yang mewarisi umNO(BarU) yang cuba memandai membuang dan ketepikan legasi politik dan perancangan yang digarapkannya sebelum meninggal Putrajaya. Hinggakan Pak Lah dan Najib batang tak terangkat berdepan dengan TDM. Masinnya mulut dan keramat Tun Mahathir digeruni oleh Ahli umNO(Baru) sampai kepada premier dan turus penjawat awam, tunduk dan menjadi pecacai terompah untuk TDM.
Sampai hebatnya siang malam lanyak Raja-Raja Melayu menjadi layu, disentaknya kekebelan Raja-Raja diletak dicelah ketiaknya. Ketika itu juak-juak umNO(Baru) bersama TDM, mereka cukup-cukup samseng merealisasi slogan BCA, Bodek Cucuk Ampu. Nak tau masin tak masin mulut Dr Mahathir selepas melepas jawatan politik dan dalam kerajaan, dia hentam tibai Tun Lah dengan tungkat semamu sampai belah dari Putrajaya dan PWTC. Dia jua tibai Najib tetapi dengan rambut kembang kurang sakit kesannya. Kerana Najib petaroh timbangtara tukarganti memperagakan Dato' Mukhris sebagai pengadang, dinding dan pelapik. Boleh tahan la penangan dirasai DS Najib Al Haj macam lembu kondo saja merespon keatas TDM.
Walau pun itu selepas dirinya TDM, TS Sanusi Joned merajuk berok melakukan protes tanpa demonterasi bertindak keluar dan talak satu dengan umNO(Baru) yang mana TDM sendirilah yang mengasas dan menubuhnya umNO(Baru) tersebut. TDM telah melontar penghinaan kepada mantan parti ditubuhnya itu dengan membebel katanya,"hanya orang-orang kurang bijak dan takut kedudukannya tergugat sahaja yang tinggal di dalam Umno". Dan katanya lagi, "hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO. UMNO dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakkan Doktor masuk PAS.”
Melalui dan menerusi pengalamannya yang kaya selama dan semasa Tun Dr Mahathir memimpin umNO(Baru) dan mengenggam dan mencekam kerajaan BN yang dia menjadi Perdana Menterinya. Makanya dia kenai sekoq-sekoq semua AP, Adun yang dilantiknya menjadi MB/KM dan Exco, menjawat Menteri, Timbalan Menteri, SU Parlimen dll samada yang masih berkhidmat, yang pencen dan yang gila nak jadi calun dalam PRU13 untuk mewakili umNO(Baru). Inilah puncanya pemuka-pemuka umNO(Baru) takdak telor nak berdepan Dr Mahathir sekalipun TDM tidak duduk dah lama meninggal kerusi empuk Putrajaya dan kerusi pening di PWTC. Bisa bayang TDM kepada pemuka-pemuka umNO(Baru) sampai ketulang hitam, kadang-kadang bubun mengelegak kerana takutkan semboran dari TDM.
Pengalaman dan pengetahuannya melaut tentang umNO(Baru) dan kompunan BN. Makanya TDM sedang melihat dan tengok umNO(Baru)bN yang dipimpin oleh DS Najib Al Haj cukup tenat dan nazak, macam kereta Toyota tua 1955 satu selinder dilebuhraya, merangkak macam kora bau. TDM gelisah dan resah melihat BN akan tumbang dalam PRU13 ni, kerana petandanya banyak sekali. BN mengekori PR dalam mendapat sokongan rakyat. Dan BN jauh ketinggalan kebelakang disudut kualiti dan kuantiti dari pemimpin PR dari PAS terutamanya, DAP dan PKR. Anak muda 1Malaysia dah bersama PR, dan semua bangsa dikalangan mereka boleh pakai baju t bertukar kaling begitulah benderanya.
Pemimpin-pemimpin kanan PR dari PAS, DAP dan PKR boleh duduk satu pentas berceramah, dan duduk bersila makan bersama-sama hatta dengan rakyat jelata mesra sesungguhnya bukan macam lakonan pemimpin BN terutamanya dari umNO(Baru). Diatas sebab itulah dengan segala kekurangan, keburukkan, kebejadan, rasuah dan macam-macam lagi. Ianya mengerunkan TDM, jadi untuk motovasi dirinya dan parti peninggalannya, khususnya semangat dan motovasi yang parah punah untuk membangun semangat gila babi haramjadah kepada rakyat pengundi untuk PRU13. Minggu lepas TDM merayu kepada sekelian rakyat 1Malaysia agar: "'Better the devil you know than the angel you don’t', maksudnya “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal..."
Sungguh kurang sopan dah tua bangka, jadi tua-tua keladi makin tua menjadi-jadi. Tua-tua umbut, tua bangka buta perut. Sampai tahap TDM membuat perbandingan Syaitan dengan Malaikat. Punak rakyat kalau ikut pedaya Mahathir. Sampai saat ini ular dalam semak dalm umNO(Baru) tidak membantah dan sanggah. Diam membisu dan tandanya setuju. Pangkah undi SETAN umNO(Baru)bN tak pa ok, janji umNO(Baru)bN selepas PRU13 terus kekal bertahan di Putraja. Ini kerja orang gila.
Masin sungguh rupanya mulut orang yang bernama Dr Mahathir ni, tak sampai seminggu SYAITAN DARI UMNO(BARU) YANG JENNIS UMANG-UMAN BERSELINDUNG MACAM UMANG-UMANG benar-benar jengoi dan keluar berupa manusia MENGGANAS. Mengesahkan sebenar-sebenar mereka yang bersembunyi kini dah keluar dari kepompong persembunyi dengan nyata terang tak kera mana-mana tempat. Keluar bergrombolan mengganas mencari musohnya dikalangan PR. SYAITAN-SYAITAN ini mendapat perlindungan dari PDRM, MDN, dan mereka cukup kebal dah 2 tahun. Menjadi-jadinya sebaik TDM muntahkan airlior basinya pasai SYAITAN baru-baru ini. Ya! Syaitan umNO(Baru) spesis umNO(Baru) dan suku sakatnya dari PERKASA, PEKASAM dan beberapa lagi.
Samseng Umno mulai provokasi, cuba ceroboh masuk pejabat KEADILAN
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 6 September: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof memuji tindakan profesional penyokong parti itu ketika berhadapan serangan samseng Umno di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, semalam. Beliau berkata, tindakan itu membuktikan penyokong Pakatan Rakyat tidak bertindak ganas seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak, walaupun berhadapan kumpulan itu yang cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan pejabat.
“Masa itu kami melihat sekumpulan samseng Umno pakai baju merah. Mereka yang memulakan provokasi itu bertindak agresif, menjerit menggunakan kata-kata kesat dan cuba meluru masuk ke dalam bangunan pejabat. “Alhamdulillah, walaupun waktu itu penyokong kita ramai, kita tidak bertindak balas. Kita hanya halang mereka daripada menceroboh.
“Kita tidak mahu terus mencetuskan kekecohan dan tidak mahu menyemai sikap samseng di kalangan penyokong kita,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari semalam, sekumpulan 30 samseng Umno berdemo dan bertindak ganas di depan pejabat itu menyatakan bantahan mereka berkaitan isu kibaran bendera Sang Saka Malaya pada sambutan malam ambang kemerdekaan, Khamis lalu.
Provokasi itu disertai enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Barisan Bersatu Nambikkai. Dengan memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional, mereka memegang kain rentang sambil menjerit menyebut ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presidennya, Kalai Vanar menuduh Anwar sebagai pengkhianat serta perosak kemakmuran negara dan mendakwanya mendalanagi kekacauaan yang berlaku dalam negara. Samseng Umno itu turut bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan. Demonstrasi itu dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.
Antara NGO lain yang terlibat dalam bantahan tersebut termasuk Kelab Perpaduan Insan Selangor, Waris Malaya, Malaysian People Organization, Alternative Action Team, Gerakan India Malaysia dan Kelab Prihatin China Malaysia.
Sambutan hangat yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini. Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN.
Pada jam 4.20 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah.
Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Jelasnya, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 4.30 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.
KEADILAN akan meneruskan Jelajah Merdeka Rakyat seperti yang dirancang dan rombongan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke Perak pula hari ini. Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.
Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Ini bukanlah kali pertama keselamatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan
KEADILAN dan Pakatan Rakyat diancam.
Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan KEADILAN dirosakkan.
- Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN.
- Kereta Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi. Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara.
Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini. Menjelang pilihanraya umum ke-13, saya yakin serangan akan meningkat dan KEADILAN akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.
AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN
1 SEPTEMBER 2012
TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN
1 SEPTEMBER 2012
SAYA PETIK SEKADAR 2, 3 CONTOH SYAITAN MENGGANAS DEKAT PR-PKR
Dengan masinnya lidah TDM Tun Dr Mahathir, kini TDM sedang menuai pandangan, arahan dan harapannya untuk umNO(Baru)bNSYAITAN menang dalam PRU13 saya jangkakan pada 13 November 2012. Makanya SYAITAN_SYAITAN yang bersembunyi tampil keluar mengganas dan pehak keselamatan sedang melindungi mereka. Kerana tidak ada siasiatan dan tangkap dibuat keatas SYAITAN-SYAITAN YANG KELUAR MENJELMA sasarannya adalah PR khususnya kepada Pimpinan Utama PKR dan PAS.
TDM berbangga, DS Najib Al Haj berterima kasih tak terhingga kepada TDM, kerana memudah bantu kerjanya menghadapi PR dalam PRU13 nanti. Justeru saya ingatkan kepada TDM dan DS Najib Al Haj bersedialah dengan doa-doa, dan bantuan MALAIKAT, akhirnya SYAITAN YANG TIMBUL, syaitan spesis manusia tulin, akhirnya akan gugur dalam PRU13.
InshaAllah kalau ketika itu saya masih diizinkan Allah bernafas, maurasanya untuk turut serta tanam dan makamkan umNO(Baru)bN dikubur baru serambi bangunan PARLIMEN.
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH ALA AWAB