PERKASANYA PEMUDA umNO(Baru) DAN SEJATI ANGGOK BEROK DI KAMPONG BARU.
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH ALAWAB
Jumaat 10 malam : 5hb Zulkaedah, 1433 - 21 September, 2012
Sebelum saya tumpukan minda untuk menyiapkan rencana ini, ianya tidak sempurna dan lengkap, sekiranya saya tidak mengimbaukan sejarah 4-5 tahun yang lalu. Kerana ia berkait rapat terhadap kata dan laksana, umpama kata orang tua dulu-dulu; ayam berkokok ekor bergelumang tahi, menuduh orang malangnya pulang kemuka sendiri macam melontar bomerang, jenohlah untuk menepis buka tari silat kuntau dan utau buat penapian. Samada KJ ingat atau lupa atau buat-buat lupa lawak bodoh, maka jadilah dia spesis diantara mahluk dimuka bumi ini yang lidahnya bersimpang cabang serta berlapis macam kek lapis Sarawak Borneo. KJ adalah menantu kepercayaan bulat kepada bapa mentuanya ketika itu, Mr Clean Islam Hadhari Presiden umNO(Baru) dan Perdana Menteri yakni Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sangat-sangat saya ingat ketika persidangan umNO(Baru) di PWTC berlangsung ketika itu, dalam masa yang sama rakyat negara bangun secara terbuka, puluhan ribu atau ratusan ribu rakyat tanpa diupah dipaksa disogot dengan wang, habuan dari mana-mana pihak. Mereka berhimpun berdemo melafazkan penentangan, bantahan tuntas terhadap kerajaan umNO(Baru)bN yang menindas serta melakukan penyelewengan terhadap rakyat negara dengan berselindung dalam kelambu DEMOKERAS walau dihalang. Selama-lamanya umNO(Baru)bN untuk berdepan langsung rakyat dan PR amat bacul. Justeru mewakili bagi pihak umNO(Baru)bN berdepan rakyat penyokong PR adalah penjawat awam setia dari PDRM, Mahkamah, Peguam Negara dan DB Kuala Lumpur secara langsung hentak, tibai pelekoh rakyat penentang umNO(Baru sebagai tentera upahan mereka.
Atau bahasa bakunya disimpulkan menjadi ndair, pecacai, budak suruhan, macam kasut kayu dan selipar Jepun haramjadah. Penyebabnya ketika mana SPR menjadi benteng kukoh dalam melindungi pulihara tuan beroknya umNO(Baru)bN dalam pelaksanaan PRU bias cara-cara menangkan umNO(Baru)bN. Rakyat jelata ketika itu bersama-sama kepimpinan utama PR di Dataran Merdeka (dijajah kembali oleh umNO(Baru)bN) melalui menerusi kebal dan tebal undang-undang rimba yang menjadi saka dan puaka pelindung kebal umNO(Bar)bN. Rakyat, pemimpin PR menjadi mangsa keadaan berdepan sakan dengan askar upahan umNO(Baru) PDRM bersekali bersekonkol bala tentera yang lain.
Ketika itulah para perwakilan umNO(Baru) di PWTC gusar gundah dan takut rakyat negara di ibu kota demo menuntut hak rakyat dikembalikan. Takut dan pedihnya mata telinga perwakilan umNO(Baru) pemuda maupun umNO(Baru) yang tuanya.
Mereka menyaksikan lagsung dari internet. Kehadiran puluhan ratus ribu rakyat keluar secara sedar dan bertanggungjawaban secara sukarela disemua perengkat bangsa-bangsa negara. Mereka berhimpun berdemo menghala kepada umNO(Baru)bN yang sedang cemas. Mereka di PWTC ketika itu melihat sejarah di Philipina, Indonesia, Jepun dan beberapa negara dunia yang lain. Terkejutnya Ketua Pemuda umNO(Baru) juga menantu PM ketika menyaksikan ramainya rakyat jelata berhimpon demonterasi menyokong PR menentang umNO(Baru)bN, lainnya penyokong umNO(Baru) mesti diupah dirasuah ditatang untuk berjuang. Chih!! Kepalang.
Terkejut dan tersentak YB Khairy Jamaluddin, dalam ucapannya memberi amaran dan ugutan kepada pemimpin PR dan rakyat yang berdemo. Khairy Jamaluddin darahnya mendidih meluap2 berani garang dan berang marah sungguh dekat pemimpin PR dan rakyat yang berdemo dipentas umNO(Baru) di PWTC. Makanya dipentas Pemuda umNO(Baru), ketika berucap dIsesi pemuda berdegar-degar berani macam singa dikasi, melimpah semangatnya, menyengat macam tebuan. Cukup petah KJ berpidato berkubar-kubar silap langkah kekubur terbenam dalam lumpur. Katanya, "Kita sedang tengok berok-berok dan monyet bersama tuannya menjerit-jerit terkinja-kinja di Dataran Merdeka, mereka ingat Pemuda takut? Saya boleh ajak puluhan ribu Pemuda kesana untuk lawan mereka sekarang..........". Pak Mentua KJ pun tak mengalah dengan gempar menantunya KJ, seraya bermadah, "Saya pantang dicabar".
Malangnya ucapan itu tidak memjana tambah untuk batang tuboh KJ disisi DS Najib Al Haj dan DS RM WPN. Tidak ada kesian untukmu KJ dariku (DS Najib Al Haj)) belas ehsan untuk menganggotai kabinet 1Malaysia setidak-tidaknya timbalan menteri sekali pun menang jawatan Ketua Pemuda umNO(Baru) Malaysia. Harapan KJ dikapan diketepi oleh DS Najib Al Haj. KJ sayu dan pilu lagi menyayat hati. Manakala pak mentuanya merajuk teriak tak kering suara, tak kesudah Pak Lah belah dari Putrajaya angkat pungkor kelar dari PWTC. Lantaran itu ramai dulunya pengisab batang menantu dan pak mentua samada pemuda umNO(Baru) dari Melayu Islam dan India Muslim akhirnya berpindah taat setia pula. Dari KJ - Pak Mentua kepada taukeh puaka. Ahli-ahli umNO(Baru) kampong dan Felda tak buta nampak sangat sapa-sapa depa mereka.
Kenapakah mereka begitu? Tindakan mereka berjenerasi adalah untuk terus dapat meneruskan hidup berpaut bergayut bak ungka. Itulah falsafah nyata diamalkan oleh sekelian pemimpin umNO(Baru) dulu dan kini. Membodek mendapat tempat, berkelana sebat peluang jana kedudukan. Macam jalang di CKR. Pindah hotel ke hotel, bilik kebilik berpindah randah mencari mentah kedarah habuan dunia. Rakyat negara menjadi mangsa pada dustanya pelaksanaan aplikasi DEMOKERASI cara-cara cacamerba umNO(Baru)bN, dulu kini dan selama-lama kalau tidak ditolak kelongkang dalam.
Kalau empat lima tahun dahulu YB Khairy Jamaluddin melontar tuduhan kepada orang yang hadhir dalam menjayakan himpunan dan demo dikategori sebagai haiwan spesis MONYET dan BEROK. Sah lagi benar petang tadi mereka sah manusia menunai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampong Baru. Sebaik selesai solat diluar mesjid sah dan benar jadilah mereka macam BEROK dan MONYET berkinja mabuk buah ara, mabuk pekasam nasi jati hangus, buat lawak bodoh diatas pentas puaka. BEROK dan MONYET itu rupanya adalah YB KJ, 2 anak Ali sepusat sepusing. Seorang cap beras kampit pelastik SEJATI penjulang Islam Melayu. Disinya perkakas pekasam jenama PERKASAu Che Pa. Nampak sangat saya monyet berok tua, muda bersilat kuntau diluar kandang disalah gelanggang tunjuk tembelang. Maka terborailah keluar isi perut isi pedai bertaburan dan berjela diatas pentas.
Matlamat umat Islam dalam negara kita pada selepas Solat Jumaat 5hb Zulkaedah, 1433 - 21 September, 2012 adalah bersatu bersama bergabung tenaga suara dan kesatuan mewakili umat Islam Malaysia bergandingan berhimpun dan bergerak menuju ke perkarangan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat. USA adalah ketua kepada sekelian SYAITAN YANG NAMPAK untuk berhimpun membantah film 'INNOCENCE OF MUSLIMS' yang dibuat di Amerika oleh warganegara Amerika. Sedangkan PAS disemua negeri, melalui pimpinan PAS negeri/pusat telah mengadakan perhimpunan masing-masing pada Jumaat 27 Syawal, 1433 bersamaan 14 September, 2012 sebaik selesai solat Jumaat ditempat masing-masing. Sokongan rakyat cukup padu dibantahan yang diketua pemimpin PAS negeri. Sayang, diminggu tersebut umNO(Baru) dan pemimpinnya masih mabuk raya lena berdengkor lembu.
Sekali UMNO, bertukar umNO(Baru) ianya masih dalam salsilah genatik umNO juga. Sebaik ketinggalan kereta lembu, tersedar mereka cuba gerak dan tindak dari Pemudaa umNO(Baru) untuk turut membantah, kalau tidak malau jang. Diawalnya macam satu persetujuan tercapai diantara KP umNO(Baru) YB KJ dengan KP Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi untuk bersekali beriringan serentak untuk solat Jumaat di Masjid Tabung Haji.
Sebaik selepas solat pimpinan DPPM bersama ahli dan penyokongnya berhimpun bersama pemimpin Pemuda umNO(Baru) ahli, (penyokongnya sekiranya ada). Bersama-sama mengorak langkah bergandingan bahu berarak menuju menghala depan perkarangan pejabat Duta Amerika syarikat ke Malaysia, yang jaraknya kira-kira 300m. Pemimpin kedua-dua pihak berucap menunjukan bantahan keras keatas pembikinan film yang menghina Nabi Junjungan Rasullallah Al Amin. Seterusnya menyerahkan naskah memorandum resmi bantahan ditangani bersama kepada Duta USA.
Malang, jalang sungguh mereka rupanya. Mereka membatalkan niat hasrat tersebut. Pemuda umNO(Baru) 1Malaysia batalkan niat pupuskan hasrat untuk berganding dengan DPPM. Mereka Pemuda umNO(Baru) akor dan anggok menerima tekanan resmi dari PWTC, Putrajaya dan DS RM WPN. Pindahkan program ke Masjid Jamek Kampong baru. Kenapa begitu? Apakah helah tujuan Pemuda umNO(Baru 1Malaysia? Apa rahsia dan muslihatnya? Sebaik perhimpunan dianjurkan PAS Malaysia melalui DPPM di Masjid Tabung Haji dan penyerahan naskah resmi bantahan kepada wakil duta syaitan nampak yang bacul pengecut macam Pemuda umNO(Baru 1Malaysia juga. Pemuda umNO(Baru) yang berkubu diperkarangan Masjid Kampong Baru juga selesai.
Maka sebaik kedua-dua puak tersebut berjaya berhimpun mengikut makna masing-masing. Justeru, dapatlah saya mengulas intipati dan intisari yang didapati dikedua puak tersebut, khususnya yang tersirat tersurat dipihak Pemuda umNO(Baru) 1Malaysia pimpinan YB Khairy Jamaluddin.
Selain mendapat tekanan dan arahan dari penguasa kerajaan di Putrajaya dan penguasa umNO(Baru dari PWTC, samasekali pemuda umNO(Baru) jangan bersama melibatkan diri dengan DPPM dan penyokongnya. Pengamatan saya adalah umNO(Baru) bertindak main wayang dan olok-olok semata; sedangkan DPPM bersungguh berganding sehati sejiwa solid mereka hadir di Kedutaan Amerika. Pasti imej umNO(Baru) 1Malaysia menjadi rosak dan pemimpin kerajaan bN1Malaysia lingkup beselerak dipelupuk mata sahabat karibnya yakni Mr Barrck Obama, berak bersama jangan terhalang. Maka sauh diburitan ditarik naik, maka belabuhlah Pemuda umNO(Baru) main petri, mak yong dan boria di laman Masjid Kampong Baru. Kerana disitu sekawah nasi basi beras jati dengan sekerat perkasam disituuntuk disantap.
Benar sungguh kalam TDM, baik SYAITAN yang NAMPAK dapat membantu umNO(Baru) dari MALAIKAT yang tidak nampak kelih. Benar lagi benar halangan dan pandangan dari Putrajaya dan PWTC kerana berpandangan jauh jauh untuk selamatkan Pemuda umNO(Baru) dan pemimpinnya bersekali dengan pemimpin induk umNO(Baru). Apa dia? DS Najib Al Haj disingahsana Putrajaya cukup memahami, arif alim lagi waraq dengan sikap dan sifat sekelian ahli dan penyokong umNO(Baru) dulu kini dan bila-bila.
Sedangkan aku Presiden umNO(Baru) pengerusi bN1Malaysia dan PM, war-war lama di RTM dan MediaPrima, hatta disogok diupah. Makan free, minum dan baju t percuma rakyat pandang sepi hadir kemajlis PM. Inikan pula pimpinan cicak mengkarung dalam umNO(Baru) nak himpun demo nak bersekali dengan jenis kumpulan PR terutamanya DPPM yang mix lagi solid raksaksanya mereka tuntas memikul perjuangan. Spesis penyokong DPPM adalah mahluk berjuang mengharapkan balasan pahala dan mati syahid kalau terkorban dimedan juang. Wahai Pemuda umNO(Baru) DPPM dan penyokongnya usahlah cadang nak bersama. Nanti nisbah kehadiran 100 penyokong DPPM dan 5 penyokong Pemuda umNO(Baru)bN. Jadi! Dekat dengan PRU13, hampa jangan malu dan kuburkan umNO(Baru) sebelum PRU13 sebenar.
Keduanya denyut nadi di Putrajaya dan di PWTC, sekadar nak ambil hati rakyat dekat PRU13 yang mana umNO(Baru) juga membuat bantah diatas Nabi Junjungan dihina. Tetapi olok-olok, Pemuda umNO(Baru) nak bersungguh kenapa? Pasai apa? Sedangkan jemaah regular sedia mendirikan solat di Masjid Kampong Baru setiap Jumaat kehadiran sendat dan melimpah keluar masjid. Jadi, kalau penyokong Pemuda umNO(Baru) hadir sekadar 100 peserta, kalau pandai goreng dan bijaksana auta, beres kita loncong kira seramai itulah peserta yang berhimpun menjaya demo Pemuda umNO(Baru) membuat bantahan. Inilah sifir yang diguna pakai oleh pemimpin tua bangka dalam umNO(Baru). Pemuda umNO(Baru) kena belajar cara-cara penipu dalam urus tadbir majlis yang adhok.
Ketiganya didataran Masjid Jamik Kampong Baru, dipetang hari penghulu segala hari, terserlahlah sudah, terlondeh kain dan seluar jerot Pemuda umNO(Baru).
Dengan jarak jauh yang selamat dari pejabat Kedutaan Besar Amerika, disini terukirlah sifat-sifat munafiq, telunjuk lurus kelingking berkait umNO(Baru) selama ini, khususnya Ketua Pemuda umNO(Baru) 1Malaysia YB KJ graduan Oxford-Cambridge bersekali beras jati berlauk perkasam, dengan lidahnya yang paseh, tajwidnya yang sempurna. Disini temboliknya jelas nampak, rupanya tersasar sungguh hatinya dengan membalun komponan PR disisi masjid, mengangkat umNO(Baru) yang menjadi bangkai tahi keusus itu terbaik untuk raykat yang rukok dan sujud. Bukan sasaran dan bantahan bersemangat berapi kepada Amerika Berak Bersama diatas rakyatnya bikin film menghina Junjungan Nabi kita.
Wahai rakyat sekelian, kenalilah wahai rakyat, itulah perangai umNO(Baru). Kejujuran keiklasan dengan dusta tidak dapat bersekali dalam satu hati. Justeru itulah Pemuda umNO(Baru) akor jangan bersama DPPM. Tabit cakaplah, kalaulah Ketua Pemuda umNO(Baru) 1Malaysia YB KJ berucap begitu sepentas dengan pemimpin DPPM dan PR, pakat lawan ludah sorang 3 kali, ia akan terseksa dengan lemas air lior, tidak perlu sepak terajang atau C4 menghadapi gedebea KJ, beras jati usang dan sekepal peekasam ikan temekong. Rupa-rupanya beliau dah membuat keputusan awal lagi sebelum nak bersama dengan DPPM untuk bersama-sama menghina PAS dan PR dari spesis manusia lidah bercabang dan berlapis cap beras jati berlauk perkasam ikan temekong Pulau Gorek dan sungai Bunut Susu.
Baik KJ, Beras Jati usang sekampit maupun sekerat pekasam temekong, hadirnya mereka adalah bermain wayang, bermain putri dengan modal haramjadah dan keberanian songsang, maki hamun PAS dan pemimpin PAS dan pemimpin PR, dengan harapan pintu PWTC ternganga dan terbuka mereka bertiga untuk dicampak tauliah ehsan sebagai balun Kapar ditempat sedia atau dipertimbangkan. Cheh!!!!!!! Pantang ahli dan penyokong tegar umNO(Baru), jalannya berliku, jurangnya dalam, bukitnya mendongak, sekian lama kami taram nak jadibalun Kapar itu, dah RM5,000,000.00 dah dicambah beli hati rakyat. Tidak semudah itu kami nak serah mudah dekat beras jati usang sebakul dan pekasam temekong seekerat. Pantang tok nenek kami menerima calun-calun tunjuk. Dulu boleh!! Sekarang dah lain.
Itulah saya membuat penilaian rambang Pemuda umNO(Baru) menjadi monyet dan berok di dataran Masjid Kampong Baru. Jadinya langsailah tuduhan mengatakan dulu penyokong PR berhimpun demo di Dataran Merdeka adalah berok dan monyek. Sahlah ludah dan gelemanya bersekali dijilat licin macam kepala DS Najib al Haj. Kata dikotakan oleh KJ. Apa macam, fitnah juga ka!!!!!!
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH ALAWAB
Jumaat 10 malam : 5hb Zulkaedah, 1433 - 21 September, 2012