Saturday, March 15, 2014

HILANGNYA MH370 - B777-200 AIRCRAFT – KERAJAAN MINORITI 1MALAYSIA CEMAS, RIMAS DAN LEMAS.



RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 JAMADIL AWWAL 1435H (SABTU) 15 MARCH 2014


Pertanyaan terjawab

Semuanya terjawab baik dipehak macai yang mengendali SPR yang licinnya mengalahkan belut bendang padi. Ketika mengatur selia mengadakan PRK N25 Kajang yang lepas. Ianya cukup berprestej,   terancang dan disengajakan. Bertindak sewenang-wenang mengakhir tempoh edah PRK berkaitan hari penamaan calun dan hari mengundi (mengatasi tempoh ketika PRU13 yang lepas). Puak kehakiman dan pendakwaan yang memintas dengan niat menghukum DS Anwar Ibrahim. Jadi, DS Najib RM dan umNObarubN lega seketika dengan  keputusan hakim-hakim tersebut. Maka tersekatlah sementara langkah Kajang yang digagaskan.

TENGGELAM SEKETIKA malapetaka pertama. Disaat-saat rakyat Negara penyokong majority PR 52% sedang berdukacita serta bersimpati diatas kezaliman berterusan umNObarubN keatas DS Anwar Ibrahim. Menerusi konspirasi yang bersepadu melalui  skrip beracun diulang laksana. Natijah dari malapetaka bersekala besar tersebut, Negara dan dunia telah menyaksikan bidang kehakiman Negara menjadi cacamerba dan berulang. Bilamana mahkamah rayuan dari hakim berok seperti mabuk air daun ketum tunjukkan power. Dengan kuasa beracun yang berbaki ditangan, mereka bertindak mempercepat perbicaraan DS Anwar Ibrahim demi mempertahankan penguasa minority 47% di Putrajaya. Mereka rela dan setia menjadi macai dan boneka 5 bintang rupanya.

Bergayut dipintu mahkamah

Cemerlangnya komponan bersepadu dan kolektif kerajaan1Malaysia merealisasi kehendak umNObaru. Makanya tindakkan memintas dari mahkamah berjaya menghalang DS Anwar Ibrahim dari  bertanding sebagai calun PR dari PKR dalam PRK N25 Kajang. Justeru mahkamah rayuan amat-amatlah berbudi dan berjasa besar menjadi penyelamat kepada umNObarubN. Betapa takut dan gerunnya mereka yang berada di PWTC dan yang berligar di Putrajaya, sekiranya mahkamah tidak bertindak pantas memintas kemaraan legasi DS Anwar Ibrahim, makanya pasti hancurlah umNObarubN.

Ketikamana kudrat umNObarubN sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, maka mereka terpaksa berpaut kekuatan dengan mendapat bantuan mahkamah. Itulah  jalan pintas yang berbaki dimiliki DS Najib RM sebagai senjata simpanan yang ampuh yang dimiliki oleh umNObarubN bermaharajalela  dulu dan kini menghadapi lawannya.

Sah dalam pengamatan dan perkiraan umNObarubN sendiri, siapa sahaja yang bertembung dengan DS Anwar dalam PRK N25 Kajang, kalah dalam tangan. Mereka akan menerima malu besar hatta mampu menghapuskan deposit calun bN. Bukan itu persoalan besar kepada umNObaru sekat DS Anwar bertanding di PRK Kajang. Hakikat sebenarnya mereka telah membuat kajian, sekiranya peluang DS Anwar mampu menjadi ADUN Kajang, ianya menjadikan usia umNOBarubN di Putrajaya kian pendek dan singkat usianya. Kerana langkah tersebut mampu meranapkan penguasaan negeri disekeliling Kajang (Selangor) seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Perak di PRK14 nanti.

Malapetaka menimpa

Macam disampok polong dan dirasok pelesit. Tiba-tiba mahkamah rayuan menjadi tak ketahuan  tambahan dan masa kecederaan pada Jumaat 7 March 2014. Swastakan hukuman ketika azan berkumandang, menandakan masoknya waktu Maghrib. Sepantas MH370 terbang take off keangkasaraya; tetapi lebih pantas lagi trio hakim mahkamah rayuan  menjatuhkan hukuman penjara dan denda kepada DS Anwar Ibrahim kecuali rotan. Cukup ironis,  mempermudahkan  lagi bilamana peguam pribadi DS Najib RM dijadikan pendakwaraya. Solidnya hakim dan pendakwaraya dalam kes DS Anwar Ibrahim seperti tahi dengan kentut, seia sekata adanya.

Cukup teruja dan fantastic seperti mee segera berjenama Maggi. Apa tidaknya semua tenaga manusia yang terlibat sepakat. Kelibat mereka sudah ready dan semua suis berfungsi menunggu mangsa yang amat-amat digeruni ditakuti oleh DS Najib RM, Tun Dr Mahathir, Tun Daim dll sewaktu dengan mereka. Walaupun masa pejabat hakikinya telah ditutup. Semuanya bukan menjadi halangan. Kerana kami trio hakim berok berkuasa dimahkamah rimba. Hukuman hakim trio mahkamah rayuan tersebut keatas DS Anwar berjalan lancar dengan hukuman penjara dan denda. Matlamat mempercepatkan perbicaraan dengan keputusan yang rakus. Ianya adalah dengan jelas terang lagi bersuluh, bermaksud menghalang dan  menafikan peluang DS Anwar Ibrahim menjadi calun mewakili PR - PKR dipenamaan calun pada 11 March 2014 PRK DUN N25 Kajang.

Bila dilaporkan pesawat MH370 yang hilang dipemantauan  skrin rada menerusi DCA jam 1.30 pagi. Hilangnya  pesawat MH370 ianya mengambil tempat sebagai berita utama ganti berita DS Anwar. Hilangnya pesawat MH370, mulanya macam berita nasional. Tetapi sekelip itu juga ia bertukar menjadi berita penting perengkat antarabangsa – internasional. Mendapat perhatian yang serius dari Negara-negara dunia, apalagi dari negara yang warganya terlibat sebagai penumpang pesawat MH370.

Sampailah kepada hari ini dah 8 hari. Belum lagi pehak kerajaan 1Malaysia muktamatkan berita benar terhadap MH370 yang hilang itu. Masih berteka teki dengan waris mangsa susah hati menanti berita pasti dari DS Najib RM.

Pertemporan berita - resque tak menentu

Hilangnya MH370 dari rada mengesannya sebaik selepas sejam take off. Kini berita hilangnya pesawat MH370 bersekali dengan penumpangnya. Berita tersebut menjadi berita tergempar dan trajedi kepada Negara dan sedih kita mendengar dan menerima berita tersebut. Malangnya berita yang dikeluarkan oleh kerajaan1Malaysia sementelah lambat, ianya keliru dan kusut bila laporan diberikan itu bercanggah sesama sendiri. Rakyat Negara dukacita dengan berita tersebut dan Negara asing mencemuh. Berita  tidak tepat diberi. Apakah ketika itu DS Najib RM berpegang tuntas kepada perumpamaan lama Melayu, “Biarkan lambat asalkan selamat?’ Kalau kebakaran berlaku, kalau itulah sikapnya untuk bertindak hulur pertulongan-bantuan, satu bandaraya akan menjadi abu kerana sebatang mancis atau sepuntung rokok Malboro.

Demekianlah dengan pesawat tersebut. Sekiranya tempoh yang lama diambil untuk mengatur dan bertindak menubohkan pasukkan resque untuk mencari, menghulur bantuan dan pertulongan. Makanya sudah pasti nasib bertambah pendek dan singkatnya masa dan peluang yang berbaki disudut kemampuan bertahan, makanan dan keperluan lain penumpang dan pesawat. Diatas tidak peka dan lewat member maklumat tepat dan segera, terhadap nasib pesawat MH370 tersebut, rakyat jadi serabut dan kalut. Dengan penuh pertanyaan apa lagi yang nak disembunyikan kerajaan1Malaysia kepada rakyat.

1Negara menjadi gelisah kerana menanti dengan berdebar berita pasti MH370. Apalagi kesedihan dan dukacitanya waris-waris penumpang pesawat tersebut menanti dan menunggi berita hamper yang bukan rakyat Negara. Kegelisahan dengan penuh pertanyaan dan mestri dari waris penumpang dari Negara dunia.  Jadi bukan dalam Negara mempersoalkan sikap lambat kerajaan dan standart berita dilaporkan, hatta diperingkat antarabangsa, beberapa Negara telah mempersoal tahap bantuan keselamatan diberikan. Apalagi mereka mempersoalkan maklumat tidak mantap. Maklumat yang bercanggahterhadap fakta, masa dan macam-macam lagi. Lebih malang masa yang diambil cukup lama dan mengeciwakan rakyat.

Bubu, kelapa, tungkat dan tikar

Saya berpendapat disini, oleh kerana DS Najib RM dan kerajaan1Malaysia minority 47% lambat dan lewat sangat bertindak dalam menyelesaikan kerja-kerja bantuan mencari pesawat MH370. Maka dikalangan pemimpin Negara seperti dimaklumkan sendiri oleh Mahaguru Nujum Negara VVVViiP sedunia tersebut, telah pinta-mengarah beliau tampil diri menghulurkan turut mencari MH370 yang hilang itu. Makanya Mahaguru Nujum Negara sedunia membesarkan diri menabor bakti ke KLIA bersama gengnya berbomoh, jampi serapah berusaha dengan cara-caranya sendiri ritual dengan sebiji bubu buloh dan dua batang buloh dijadikan teropong. Mungkin simbolik kot.

Selesai ritualnya MH370 tak juga dapat berita. Barangkali untuk menambahkan umph dan nilai tambah kesan ritual, makanya Mahaguru Nujum Dunia tersebut yang mesra dengan sekelian pemimpin umNObaru dan UMNO LAMA sejak zaman perikatan cap kapal layar mai kali kedua untuk usaha tabor jasa mencari MH370 yang hilang. Kali ni Mahaguru Nujum sedunia dan gengnya menjalankan cara-cara dan usaha serapah jampi khurafat syirik dengan mengguna sebidang tikar-hamparan, sebatang tungkat tas sakti dan dua biji nyior muda. Tiga pembantu diatas tikar yang depan berkayuh dengan tungkat, yang tengah meronta dan belakang menatang dua biji kelapa muda. Sedangkan Mahaguru Bomoh sedunia dok buat jampi serapah berseru ditepi. Sayang sampai saat rencana ini tak juga sah saheh MH370 berada.

Dunia geleng gelek kepala  

Malang menimpa Negara, kerja perkhidmatan bomoh yang mengamal syirik dan khurafat itu mendapat perhatian dengan kecaman diperingkat antarabangsa. Negara kita dicerca dan dihina terutamanya dari Negara-negara maju. Termasuklah dari Negara Arab yang mmepersoalkan mengamal sihir syirik rupanya Negara Malaysia dalam usaha-usaha resmi Negara pandangan mereka dalam mencari pesawat MH370 yang hilang. Maka kalau dua kali  Mahaguru bersama geng muncul di KLIA tampa halangan, ertinya macam seolah-olah beliau diundang dengan kehendak sesaorang pemimpin penting negara. Tetapi 2 kali Mahaguru usaha MH370 beritanya entah kemana.

Negara dan PM1Malaysia DS Najib RM dihina dan dicemuh. Kerana dalam kurun ke21 ini, masih terdapat Negara yang mendakwa Negara Islam mengamalkan Ahli sunah Waljamaah dan bermashab shafie secara resminya. Yang berhempas pulas rahun 2020 untuk menjadi Negara maju. Tetapi masih mengamal dan mempercayai kerja sihir dan syirik dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang. Rakyat turut mendapat malu keranamu Mahaguru dukun Ngara sedunia. Nasib, nasib kita.

Tandatanya?

Kehadiran dua kali Mahaguru Bomoh VVVViiPP Negara sedunia menjadi penuh tanda Tanya kepada kita selepas terburai cerita dari mulut Datuk Mahaguru tersebut. Baru saya tahu sejak zaman kapal layar YBM Tengku Abdul Rahman sampai kepada DS Najib RM dan pemimpin umNObaru utama beberapa negeri telah mendapat perkhidmatannya. Apalagi mahaguru jelas menyebut negarawan dari umNObaru adalah pelanggan yang mendapat khidmatnya berbomoh. Sebab itulah dakwanya mereka-mereka tersebut Berjaya kerana hasil perbomohannya. Samada benar atau auta, ianya perlu mendapat penjelasan dari setiap individu yang namanya disebut dengan yakin lagi jelas yang dibomohkannya dan mendapat kejayaan. Apakah ertinya semua ini? Rakyat perlu mendapat penjelasan.

Walau isteri taukeh lembu menafikan pengelibatan bN mempunyai hubungkait dengan Mahaguru tersebut, tetapi nyata terpampang benar Datuk Mahaguru bersama-sama bergambar dengan pempimpin utama umNObaru dengan anugerah selepang gelaran kebesaran darinya sebagai mahaguru dengan menyandang khalipah. Nampaknya nafi Sharizat macam nafi garam tidak masin dan gula tidak manis sifatnya. Kesian dekat ibu taukeh lembu kondo ini. Membela bN diluar pengetahuan yang jelas lagi tepat. Macam MH370 yang hilang penuh pertanyaan tak berjawab sekarang.

Berani dikandang sendiri

Apalagi pegawai-pegawai dan menteri gagal berintraksi dengan wartawan antarabangsa yang berpengalaman dan bersedia dengan homework. Mungkin selama ini, mereka hebat kerana berdepan dengan wartawan dari MediaPrima, RTM dan Utusan Meloya yang mereka takut berdepan dengan menteri dan orang utama Negara. Bila wartawan luar mengasak, mereka lari dan adanya terlebih awal mengingatkan sekelian wartawan tidak ada pertanyaan. Melain kain terima bulat-bulat statement yang diberi, stop belah. Aduh!!!! Bengong memikirkan standard dan lualiti dimata internasional glokal kepada pemimpin negaraku.

Mereka sedar, walau pun calun ganti kepada DS Anwar nanti, mampu menafikan deposit calun bN dari MCA (Mau Cari Ampau). Apa-apa pun sikap umNObarubN khususnya dan pendirian DS Najib RM, mereka rela bersedia kalah dengan sesiapa sahaja, asalkan bukan dengan DS Anwar menjadi calun. umNObarubN sememang mereka menerima hakikat akan kalah dalam PRK N25 Kajang. Tetapi biarkanlah kalah bukan ditangan DS Anwar, walau terpaksa DS Najib RM menyandang gelaran pengecut pondan maupun bapok dari jatuh tersepok dari Putrajaya.

Yang mana langkah Kajang itu akan mengundang kesan dan bencana yang besar kepada pemuka-pemuka umNObaru yang mendiami di PWTC dan yang berpusing di Putrajaya. Mereka cukup yakin dan berpendapat sebulat suara. Pelaksanaan LANGKAH KAJANG tersebut, ianya cukup mengancam dan umNObaru akan terlepas Putrajaya dan negeri disekeliling Kajang dan Selangor. Cukup-cukup ditakuti oleh kerajaan minority 47% akan fenomina tersebut. Apalagi langkah tersebut pantas dan cukup awal dihidu oleh lagenda tua yang pernah memimpin Negara dan mengaut harta rakyat Negara, iaitu Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan tokoh umNObaru yang lain.

Kalau pengendalian kerajaan lembab dalam mengendali mencari MH370, rakyat akan menghukum DS Najib RM dengan satu referendum yang tuntas dalam keputusan PRK N25 Kajang pada 23 March 2014 nanti. Sama-sama kita saksikan hakim rakyat lawan trio hakim berok.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 JAMADIL AWWAL 1435H (SABTU) 15 MARCH 2014