Friday, December 26, 2008

MIMBAR MESJID JAMEK AN NAJAH PADANG SERAI: 26 DIS 2008/28 ZULHIJJAH 1429 (3.00 PTG)

Dari Khatib dan Mimbar


Khatib yang menyampaikan khutbah Jumaat di Mesjid An Najah Pekan Padang Serai, diatas mimbar diantara intipati khutbahnya adalah sehubungan HUKUM HUDUD yang ramai sebahagian umat Islam mempertikaikannya pada masa kini. Khatib mengemukakan beberapa contoh yang hukum hudud ini adalah dari 'Allah dan bukan pandai-pandai cintaan manusia. Atau hukum hudud ini bukanlah agenda politik mana-mana pehak dan gulongan tetapi ianya wajib dijalankan oleh pemerentah kerajaan Islam.
Khatib juga mengeluh yang menentang hukum hudud ini datangnya dari pemimpin-pemimpin utama negara, dengan berlandaskan keperluan untuk menjalankan hukum hudud ini tidak terdapat dalam piagam Perlembagaan Persekutuan yang digubal diketuai oleh Lord Read, bagaimana kita nak menjalankan hukum hudud ini?
Seterusnya khatib mengulas dengan membuat perbandingan;
Sembahyang itu datangNya dari 'Allah dan 'Allah memerentahkan hambanya mendirikan sembahyang, mereka sembahyang tidak membantah.
'Allah memerentah hambaNya berpuasa dibulan Ramadan, mereka patuh dan akur mereka berpuasa sebulan diikuti dengan menyambut hari raya Aidil Fitri.
Begitulah 'Allah memerentah hambaNya mengeluar zakat dan fitrah mereka mereka menjalankan perentah 'Allah tersebut.
'Allah memerentah mereka mengerjakan ibadat Haji didalam musimnya, mereka mengerja dan menunaikan ibadat Haji hatta sanggup mengeluarkan wang ringgit kerana patuh dengan suruhan dan perentah 'Allah itu.
Tetapi apabila 'Allah memerentahkan mereka menjalankan pemerantahan mengikut kehendak 'Allah berhubung dan berkait dengan HUKUM HUDUD mereka membantah dan mereka engkar akan hukum dan perentah 'Allah tentang HUKUM HUDUD untuk dijalankan oleh mereka sebagai pemerentah.
Lantas khatib menerangkan hukum-hukum keatas sesiapa sahaja yang melawan dan menyanggah pelaksanaan HUKUM HUDUD seperti hukum kepada yang mencuri. Hukum kepada perempuan dan lelaki yang dah atau belum berkahwin itu melakukan zina dan beberapa pekara berkait hudud dan hukumnya.
Manakala intipati khutbah keduanya khatib merayu agar semua jemaah khususnya jemaah kariah Mesjid An Najah Padang serai, wajib ambil peduli dan ambil perhatian khusus mengeluarkan sedekah, derma dan wakaf imfaq untuk menampong pembiayaan bangunan baru Pusat Pengajian Pendidikan Islam kariah Mesjid Jamek An Najah Pekan Padang Serai yang dalam pembangunan pembinaannya sekarang. Rebutlah peluang untuk bersedekah dan mewakafkan untuk tujuan ilmu dan pendidikan ini.
Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Masihi 2009, pehak pengurusan dan pentadbiran Mesjid Jamek An Najah telah mengadakan:-
KARNIVAL ISLAM AN NAJAH - MESJID JAMEK AN NAJAH KARIAH PEKAN PADANG PADANG SERAI MENGADAKAN EXPO IKTISAS:
BERMULA 20 DISEMBER 2008 - 26 DISEMBER 2008 JUMAAT
Sehubungan dengan itu kemuncak dari Karnival An Najah tersebut pada malam ini selepas 'SOLAT ISHA' - Jumaat 26 Disember 2008 bersamaan 28 Zulhijjah 1429 satu majlis FOROM PERDANA akan diadakan DIHADAPAN PERKARANGAN MESJID JAMEK AN NAJAH.
Ahli-ahli panel forom tersebut disahkan dalam pengumuman sebelum khutbah tadi adalah:-
1. LEFT. GENERAL DATUK USTAZ JAMIL KHIR (KAGAT)
2. DATUK USTAZAH SITI BAHYAH MAHMOOD (PENDAKWAH & SELEBRITI TV9)
3. USTAZ ROSLAN CHE RUS
Seluruh muslimin dan muslimat yang berhampiran dengan Pekan Padang Serai dialu-alukan hadir kemajlis forom tersebut
4.19 ptg