Monday, December 22, 2008

PAS-PR : RENCAH RESEPI KEMENANGAN - DI PRK P.35 KT 17012009

Santapan Nurani

"Alif Laam Min. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "kami telah beiman", sedangkan mereka tidak diuji lagi". - (Al 'Ankabut: 1 - 2)

"Dan tatkala orang-orang Mu'min melihat gulongan-gulongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "inilah yang dijanjikan 'Allah dan RasulNya kepada kita", Dan benarlah 'Allah dan RasulNya. Dan yang damekian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. Diantara orang-orang Mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada 'Allah, maka diantara mereka ada yang gugur, Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak berubah (janjinya)". - (Al-Ahzab: 22 - 23)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antarakamu, dan agar Kami menyatakan (baik-buruknya) keadaanmu". - (Muhammad : 31)

'Jauhilah kamu dari prangsaka kerana prangska itu merupakan cerita yang paling dusta, jangan kamu mencari rahsia, mengitip, berdengki, marah memarahi dan mengupat. Hendaklah kamu semua menjadi bersaudara kepada seseorang Muslim yang lain. Taqwa adalah disini, taqwa adalah disisini. (Baginga menunjukkan ke dadanya). cukuplah bokti yang seorang itu jahat apabila ia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain haram darahnya, maruahna dan hartanya'. - (Al-Bukhari Dan Muslim)


Berganding Membahu

Ramuan dan adunan, sifir congak dikalangan rakyat jelata dan rakyat marhean keatas komponan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR), berhubung erat rapat atau rengangnya dikalangan Pemimpin Perdana PR; bersatu atau bercelaru diantara mereka. Ianya akan terserlah dapat dilihat oleh rakyat khususnya oleh pengundi-pengundi di PRK P.36 Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 ini. Justeru tempoh dua minggu masa-masa yang berbaki, wajarlah takwin harian Pimpinan Perdana PR termasuk Pimpinan Utama di negeri-negeri dikuasai oleh PR diubah sesuai oleh mereka. Agar mereka dapat mencelah hadir dipagi hari penamaan calun 6 Januari 2009 Selasa akan datang tanpa mencipta, dengan membuat pelbagai alasan mengudzurkan diri turut serta diperarakkan calun PR menghadapi PRK P.36 Kuala Terengganu..

Penampilan hadiranya diri mereka, ianya amat perlu untuk kemantapan dan perpaduan kerjasama dikalangan komponan PR. Kehadiran batang tuboh mereka pasti dapat menjana tambahnilai, anjakkan dan lonjakkan semangat juang dan sokongan rakyat menjadi padu, kuat ampuh dan kukuh. Pemimpinan PR mempunyai tugas dan berperanan besar untuk menangkis serta menolak, sanggah dan menafikan tuduhan, perpecahan dan sebagainya yang dipermainkan oleh lidah askar upahan UMNO/BN keatas PR bersekali dengan sogokkan jurang pendapat dikalangan pemimpin PR dari media citak. Semua saloran tv dan radio kepunyaan rakyat-kerajaan dan swasta menjadi barua suruhan dan pecacai kepada UMNO/BN sebagai tentera upahan kehadapan untuk berdepan dengan PAS/PR. Semua dakyah tersebut wajib ditangkis ditepis oleha seluroh pimpinan PR di medan PRK P.36 Kuala Terengganu nanti.

Menyinsingnya fajar Selasa 6 Januari 2009 bersamaan 9 Muharram 1430, sanjungan dan harapan pengundi komposisi kepelbagaian kaum dan keturunan seramai 80,229 dan rakyat, dimedan PRK P.36 Kuala Terengganu. Ditegas dan diulangi disini, perlunya pimpinan perdana PR turut bersama-sama mengiringi dan mengarak calun PAS/PR bertanding sebagai peluru ledakkan semangat kearah menjana sokongan padu kepada calun PR dari PAS menghadapi lawan kita BN-UMNO dan mungkin calun-calun bebas yang lain. Kehadiran semua MB dan KM kerajaan PR bergandingan membahu adalah utama dan pentingnya mewakili kerajaan negeri-negeri PR dan rakyatnya.


Kehadiran Ditunggu Pengundi PRK KT

Individu-individu ini, berdiri dan berpaksi sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri. Gandingan semangat dan berkat YAB TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di tengahnya Calun PR-PAS bersebelahanya Presiden PAS YB TG DS Haji Abdul Hadi Awang dan PSJ PAS Terengganu Datuk Mustapha Ali dan KU PKR YB DS Anwar Ibrahim. YAB Tuan Lim Guan Eng - DAP KM Pulau Pinang, YAB DS Ustaz Azizan Razak - PAS MB Kedah, YAB TS Khalid Ibrahim - PRK MB Selangor dan YAB DS Ir. Haji Mohammad Niza Jamaluddin - PAS-Cina MB Perak, ianya menjadi simbul penyatuan dan kerjasama yang akan mematikan serangan dan tohohan UMNO-BN keatas PR.

Kehadiran pimpinan utama dikalangan DAP yang dihormati adalah perlu seperti YB Tuan Karpal Singh, YB Dr Tan Seng Giaw, YB Profesor P. Ramasamy, YB Datuk Ngeh Koo Ham, YB Cik Teresa Kok Suh Sim, YB Tuan Govind Singh Deo dan lain-lain. Manakala dikalangan pemimpin PKR seperti Profesor Dr Syed Hussein Syed Ali, YB Yuan Azmin Ali, YB Tuan N. Gobalakrishnan disamping tokoh-tokoh yang lain. Rakyat dan pengundi Kuala Terengganu yang sedang menghadai PRK kecil, amat memerlukan maklumat dan info semasa kebaikkan yang telah dijanakan oleh kerajaan PR sejak memerentah mengambil alih kerajaan beberapa negeri selepas PRU12 8 Mac 2008 yang lepas dengan menafikan fitnah oleh UMNO/BN dan pimpinan mereka.

Manakala dikalangan tokoh dan pemimpin-pemimpin kanan PAS negeri dan pusat wajar/wajib hadir diri dipagi penamaan calun. Semua ADUN-ADUN dan semua AP PAS dan ADN PAS, termasuklah semua pimpinan Dewan-dewan dalam PAS, Ulama', Pemuda, Muslimat dan bakal Dewan Muhibbah PAS dan pimpinan PAS Negeri-negeri dan Pimpinan PAS Kawasan-kawasan sewajarnya berperanan besar dalam semua keperluan menjana perjalanan dan pengisian pilihanraya disemua sudut mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Ianya adalah diatas satu matlamat dan satu tujuan iaitu sumbangan untuk menjana kemenangan kepada CALUN PAS. Demi untuk maruah PAS dan keutuhan Presiden PAS sediri dan PR amnya.


Dekatkan Jurang Kemenangan di Ambang

Selama dan semasa berkampong di Kuala Terengganu ini, wajarlah semua pehak pimpinan dan ahli dan penyokong dikalangan PR dapat mendapat sebanyak mungkin pengundi-pengundi diatas pagar dikalangan semua posisi kaum agar mengundi memangkah calun PAS. Gelanggang PRK ini amatlah penting kepada PR- khususnya untuk PAS, DAP dan PKR itu sendiri. Supaya kemenangan ini dapat mencipta kejayaan sebagai hadiah untuk tahun baru 2009 dan tahun baru hijrah 1430 yang masih dibulan pertama sambutannya. Hakikatnya adalah untuk mematikan kesombongan-ego UMNO/BN disaat-saat mereka menuju penghujung hayat atas nama kerajaan pusat.

Rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu menanti pemimpin-pemimpin PR dapat menjana minda mereka, dengan bahasa mudah dari lidah yang paseh jujur iklas. Bukan keluarnya dari pemimpin yang lidah berlapis dan bercabang. Mereka inigin tahu kedudukkan sabenar wang royalti mereka dan bagaimana kerajaan pusat UMNO/BN mau pun negeri telah pecah amanah dalam menafi wang royalti tersebut serta mencabul wang royalti tersebut dibelanjakan untuk pembangunan luar dari Terengganu. Rakyat ingin tahu keadaan sabenar sehubungan dengan PITIH ROYALTI ini.

Mudah-mudahan resipi dan ingredients terbaik dapat digarapkan oleh pimpinan perdana PR, ianya akan mendatangkan laba yang setimpal iaitu menebus kekalahan kecil dalam PRU12 yang lalu dengan mencipta kemenangan dengan diizinkan 'Allah dengan majoriti diantara 825 - 1300 undi majoriti. Inshaallah.


Siap jam: 12. 5 pagi 26 Disember 2008