Wednesday, December 31, 2008

TERANCAM DAN BAHAYA DIHADAPAN: KERAJAAN PR PERAK.

Renung dan Jauh minda Meneroka. Saya sentiasa melihat dan hari ini 8 Disember 2008 bersamaan 9 Zulhijjah 1429 yakni hari Raya Aidil Adha atau orang Melayu memanggilnya Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban. Ketika menjelang 10 malam, tiba-tiba minda saya memberontak dan menumpukan perhatian dan fokas tepat kepada kerajaan P.R - Pakatan Rakyat mampukah bertahannya kerajaan PR Perak yang dipimpin oleh YB Haji Mohd Nizar Jamaluddin itu?

Perencanaan, tangkapan dan tuduhan dengan membina rekacipta tuduhan keatas dua Anggota Exco Kerajaan PR dan kedua-duanya adalah dari parti PKR. Sejak tumbang kerajaan PAS dipimpin oleh Daud Samad di Terengganu, Kerajaan PAS di Kelantan, manipulasi Kerajaan Gerakan di Pulau Pinang. Serta tumbangnya silih berganti Kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Serawak. Semua angkara tersebut dilaksanakan dengan mendapat sokongan bulat dari polis khasnya dari cawangan khas SB. Ugutan dan tindakan dari UMNO-Perikatan, UMNO-BN keatas Ahli DUN dari PAS dan beberapa parti dikalangan pembangkang lain, semuanya UMNO-Perikatan/UMNO-BN memenanginya sekali pun sebusuk acar dan air longkah, hatta lebih jijik lagi dari air anu seorang pelacur di Lorong Chow Keat.

Disinilah sempena Aihil Adha ini, saya memikirkan dengan penuh pandangan jarak kauh, apakah sahabat-sahabat dalam PR DAP, PKR dan PAS disemua perengkat mereka memandang sepi, atau lepas pandang tanpa memikirkan jalan tunjuk, dengan semangat mempertahankan dengan semua yang ada demi untuk menyelamatkan kerajaan PR. Pengalaman langsung yang saya tempoh dan saya hadapi bersama-sama teman di Kelantan sejak 1974 hinggalah 1986 ianya telah mematang dan memasakkan saya, sekalipun saya cuma seekor semut hitam saiznya dicelah-celah pimpinan besar PAS Kelantan ketika itu.

Kadang-kadang anjakan dan lonjakan nafsu amarah kita yang besar, kita dikalangan orang tuan yang sewajibnya kaya dan penuhi dengan kesabaran, pengetahuan sepak terajang ilmu politik yang kadangkala tasauf tidak sanggup menghadapinya tetapi kader-kader politik yang anjal di Kelantan, walau ilmu mereka seculit, tetapi istiqamah dan harga perjuangan itu adalah nilainya lebih tinggi dari dirinya. Diatas keberanian, diatas paksi jihad yang tinggi menghadapi musuh politik tradisi iaitu UMNO/Perikatan; Pemuda Tahan Lasak dan UMNO/BN. Disamping tangkapan dajal kerajaan menyumbat Tok Guru dan Pejuang PAS ke Baru Gajah ISA. Disaat itulah syahidnya KDP PAS Kelantan dikapak dihulu market Kota Bharu iaitu Almarhom YB Samad Gol Meiji.

Diatas jasad dan darah yang mengalir dari Assyahid Samad Gol itulah kira-kira 35 tahun kemudian PAS dan bangun memerentah dengan bergaya negeri Kelantan yang dipimpin oleh PSJnya Ayah Jit (panggilan kami kepada itu terhadap Mursidul Ama PAS merangkap YAB MB Kelantan- oleh almarhom Buniyamin Yaacob, Alamrhom Haji Che Hasan Ishak, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim, Almarhom Ayahnda Saufi Mufti Kuchelong). Wahai saudara-saudaraku PR di Perak Darul Redzuan (Diawal tahun 80han disaat kami menghadapi tribulasi di Kelantan, Setiausaha Perhubungan PAS Perak sekarang Haji Rahim Mat Areif- Titih Sungai Berembang/Pengkalan Assam adalah pegawai bank berkhidmat di BBMB Cawangan Pasir Mas).

Parti PAS yang mendapat cemerlang kepercayaan rakayat dalam beberapa siri PRU. Tetapi dalam PRU11 PAS hampir-hampir tumbang memerentah dengan majoriti satu kerusi dengan majoriti 2 undi di menangi oleh Cikgu Yaacob di Banggul Judah Macang (maaf saya tidak dapat mengingat dengan soheh dan masa suntuk untuk merujuk fakta sememangnya saya simpan). Ujian ketika inilah sebenarnya ujian tutas dan praktikal. Ujian antara iman, syurga dan neraka menusuk mereka. Tawaran pitih lumayan yang boleh menjunamkan merudum Kerajaan Kelantan Tok Guru. Selama 4 tahun rindunya Tok Guru Nik Aziz nak ke Mekah tetapi masa menegahnya.

Ketika itu haji dan umrah sudah tidak menjadi tuntutan kepada Wakil Rakyat PAS di DUN Kelantan Ketika itu. Kesabaran tersebut ditambah duka lagi bila dalam PRK Pengkalan Pasir PAS kecundang dan King Frog Gold Send hilang pitih deposit. Iman yang kental, sedikit sebanyak ilmu yang mereka (ADUN) menerima dan menelan sepenuhnya, ianya menjadi azimat dan pendinding keselamatan kepada mereka dan kerajaan PAS Kelantan selamat dengan Izin 'Allah sehingga ianya dibubarkan sejajar dengan bubarnya Parlimen. Diatas kesabaran menjadi dajal pembelot pitih dan tikam parti dan kerajaan dari belakang, janji 'Allah keatas kerajaan PAS Kelantan dalam PRU12 8 Mac 2008 akhirnya menjunam UMNO-BN dan berbaki 6 jahanam.

Ampun dan maaf wahai rakan taulan khususnya dikalangan PKR; samada anda yang telah ditangkap dan direkacipta tuduh, tanyalah pada iman dan perjuangan kamu, mampukah kamu berjihad melawan bisikan dajal iblis meninggalkan perjuangan? Kepada anda berdua yang didakwa dan anda diuar sana ADUN atau Exco dari PKR mampukah anda mempertahankan diri anda sebagaimana lakaran sejarah dan rekod dunia dicipta oleh Pejuang-pejuang PAS dikalangan ADUN sessi 2000-2004 melawan bidek dan ajakan syaitan yang merugi didunia dan diakhirat.

Mampukah kentalnya iman dan perjuangan anda semua seperti ADUN PAS 21 terkial-kial dengan senjata ampuh iaitu tawakkal, doa tanpa putus akhirnya 'Allah menjayakan mereka. Itulah pimpinan ruhani Tok Guru yang wakar DS Anwar Ibrahim dan Ahli PKR ADUN/Parlimen terima dan belajar senjata dari Tok Guru. Pemuda dalam PKR yang semangatnya mendidih bergelak sampai tahap 500 darjah tanpa disalut dengan ilmu iman mereka sudah tidak bersama dengan anda lagi PKR. Janganlah kagum sangat dengan syarahan dan ucapan bersembor bunga api dari mulut berpidato dikalangan kita amat hebat dihadapan tepok sorak pendengar, orang yang sama solatnya seperti anak-anak 7 tahun bersolat. Orang yang sama juga tidak lazimkan diri menatap dan membaca Al Quraan tetapi semua akhbar perdana adalah santapan rohani.

Akhirnya mereka akan kehilangan stamina, kehilangan minda dan diluar keupayaan dan kesanggupan dalaman menerima pidato diri sendiri. Mereka boleh berpidato sampaikan burung helang yang sedang terbang diangkasa, berhenti dan hinggap turut mendengar syarahan pidato pemuda yang darahnya mendidih sedangkan ilmu kawalan darah dan perasaan tidak dibelai bersama, mereka-mereka ini awalnya adalah seperti Roslan Kasim, Ezam dan rakan-rakan rangkaian mereka. Saya disini menaroh harap yang tinggi dan suarahati kecil saya turut memperakui bahawa wakil rakyat dikalangan PAS yang dilateh langsong oleh Naib Presiden PAS Sahibul Fadzilah Sheikh Ustaz ahmad Awang anak murid kelahiran Gunung Semanggol anak biji diidkan Almarhom Usraz Abu Bakar Al Baqir, Inshaallah mereka kenal matakati mata hati perjuangan, syurga maupun neraka.

Kenapa saya tidak sentuh rumah tangga DAP? Saya akan sentuh satu masa lagi.

Saya berdoa semuga kerajaan PR dilindungi dan dipimpinNya sebagaimana 'Allah melindungi kerajaan PAS kelantan bertahan samapi PRU dengan majoriti 1 ADUN dengn kemenangan 2 undi majoriti.

(Ketika inilah saya sebak sentiasa mengingat Tuan Guru Haji Mat Aris Gerik, yang kalau ke Kelantan dulu pasti beliau bermalam dirumah saya, saya acapkali menghadapi buntu sentiasa bertawasal dengan sedikit ilmunya yang saya pungut);

jam 11.30 malam 9 Zulhijjah 1429 - 8 Disember 2008

Bagan Dalam, Butterworth

Ampun dan maaf dari saya "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"

iBN ABDULLAH AWAB : http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/