Monday, June 22, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: UMPAMA MARATHON KE GARIS PENAMAT, KAKI DI GODAM. UNDUR KEBELAKANG SEKALIPUN PADAH PESERTA MENENTANG.

2.25pagi - Jumaat 25 Jamadil Akhir 1430 / 19 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN:
UMPAMA MARATHON KE GARIS PENAMAT, KAKI DI GODAM.
UNDUR KEBELAKANG SEKALIPUN PADAH PESERTA MENENTANG.


Idea “Kerajaan Perpaduan” dilontar oleh Presiden PAS (MTB sesi 2009-2011) YB DS TG Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, sebaik tamat muktamar baru-baru ini disisi rostrum di hadapan sekelian perwakilan; cuma diapit dikanannya adalah Timbalan Presiden iaitu YB Ustaz Nasaruddin bin Mat Isa (AP - Bachok) dan dikanannya adalah YB Dato’ Haji Kamaruddin Jaafar (AP - Tumpat) mantan SU Agong. Ketika itu presiden tidak diapit diiringi oleh seluruh Naib-naib Presiden, Ketua-ketua Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat, khususnya Mursidul Am PAS serta timbalannya dan Ahli Jawatankuasa Kerja yang dipilih. Saya menyakini sebilangan besar saf pemimpin dan perwakilan tersentak dan terkejut, terkilan dan tidak senang dengan lontaran terancang presiden sebagai bekalan madu dan racun untuk perwakilan membawa olea-olea sarat idea “Kerajaan Perpaduan”. Pulang kenegeri dan kerumah masing-masing dengan telinga berdesing dan kepala pusing pening.

Benar, YB DS TG Haji Abdul Hadi Haji Awang Presiden PAS, yang baru saja dinobatkan MTB menjawat Presiden PAS. Negara dan dunia mengetahui keputusan tersebut menerusi lebuhraya jalorlebar. Apalagi Tok Guru yang kaya dengan ilmu dan kaya pengalaman lebuhraya internet. Kita perakui dan akor dengan realiti tersebut. Tetapi, langkah dan tidakkan sebelum TG Presiden campak keluar yang terbuku serta terpendam selama ini akan idea “Kerajaan Perpaduan”, pada hemat saya ianya lebih molek dan kondusif, lebih bertanggungjawab dan tertib jelujornya. Dengan cara kaedah berlapek memelihara suasana Muktamar Ke55. Wajarlan terawalnya terlebeh dahulu berbisek dengan kepimpinan kanan yang baru terpilih dan AJK baru. Bahawa dalam sidang media akan dilakukan Presiden sebaik tamat muktamar, akan disebut diangkat idea dan progrem “Kerajaan Perpaduan” kepada semua media dan perwakilan untuk pengetahuan, selepas agenda muktamar berakhir.

Sekiranya bisikkan Presiden kepada kepimpinan kanan akan ledakkan gagasan (Kerajaan Perpadun) yang disimpan Presiden telah mendidih peringkat temperature 200 darjah terpaksa juga dimuntahkan laharnya. Tetapi biarkanlah ianya dalam pengetahuan semua pimpinan kanan yang juga ramai MTB dan yang menang bertanding. Sekiranya mereka berSETUJU ledakkan idea “Kerajaan Perpaduan”, lontarkanlah dan seluruh pimpinan tersebut akan berdiri bergandingan tangan bertakbir tanda bersetuju dan memperakui melindungi ucapan dan ledak muntah Presiden dipertahan diperagakan. Bukan menjadikan saf pimpinan terpinga-pinga dan perwakilan kesal dengan seribu persepsi dan persoalan yang mencengkam minda dan perasaan. Duduk terpaku melihat hang aku yang dimalukan dihadapan perwakilan yang baru mengangkat mengundi kejawatan tertinggi parti.




Kalau tidak mendapat persetujuan dari pemimpin besar selain dari persetujuan Timbalan Presiden, usah kemuka dan muntahkan idea “Kerajaan Perpaduan” setelah muktamar berakhir; batal saja hajat dan usah campakkan idea tersebut. Demi keharmonian PAS dan keutuhan PR dan kerajaan PR dibeberapa negeri. Sebab semua agenda muktamar telah tamat dan selesai sebaik ucapan penangguhan Presiden. Campak dan muntah idea “Kerajaan Perpaduan” dikala perwakilan tidak berpeluang untuk menyatakan menghalang sanggah atau angguk setuju keatas ledakkan idea “Kerajaan Perpaduan”. Ianya merupakan diskriminasi, tidak adil dan tidak saksama kepada perwakilan dalam mendengar, memerhati lippok, liplap sidang media Presiden tersebut tanpa terdaya dan termampu kepada sekelian perwakilan muktamar untuk turut membahaskan; menagkis idea atau menambah sokong.

Secara pribadi saya kesal dengan campakkan idea “Kerajaan Perpaduan” sekali pun diatas kehendak dan konsep dakwah yang berlawan dengan ucapan Ustaz Hadi di Peradong dahulu yang diangkatkan menjadi AMANAT HAJI HADI. Diusahakan oleh sahabat lama saya (yang berniaga kaset di Tingkat 1 Bangunan PAS Kota Bharu, 1960 Jalan Dato’ Pati) USTAZ OMAR KHALID yang kena ISA dan menjadi UM No sebaik dilepaskan dari tahanan ISA. Berlindung mencari makan dengan TNB sebagai tenaga pengajar, mungkin masih di Universiti Tenaga Nasional di Bangi, Walalhualam. Pasti isi ceramah atau Amanat Haji Hadi itu berlaga dan bertembung besar dan bercanggah sakan dengan gagasan idea “Kerajaan Perpaduan” diperkatakan oleh tokoh besar yang sama 30 tahun dahulu. Pandangan tuntas keatas UM No dahulu, meleset dengan idea terkini terhadap kesungguhan pada UM No, sampai tahap sudi dan rela menyaksikan PAS berkecai lantaran muntahan idea “Kerajaan Perpaduan” Presiden PAS.

Tetapi, muntahan campak idea “Kerajaan Perpaduan” Presiden PAS tersebut, ianya tidak tepat dan tidak bersesuaian dengan ketika dan masanya. Ketika mana UM No yang reput dan UM No yang sarat pemimpin-pemimpinnya bergelumang rasuah dan Timbalan Presiden UM No sendiri TS Mohiyaddin Yassin mengatakan UM No telah berada dipenghujung hayat. Dipenghujung hayat UM No yang disahkan oleh pemimpin utama UM No, dikala itu Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan beberapa lagi telah berusaha sambung dan ulurkan talihayat dan taligayut. Berazam dan bercita-cita besar untuk kedalam gebar dan kelambu UM No berselimut bersama-sama. Mashaallah. Saya berlandaskan fakta hujah realiti ketika itu, sekiranya sekelian pimpinan kanan dan AJK baru mengiakan idea Presiden, PASTI-lah mereka akan bangun mengiringi dan mengelilingi TG Presiden, mengangkat tangan bertakbir dan berpelukkan sakan dengan Presiden, memberi sanjungan dan dokongan special dan mantapnya idea “Kerajaan Perpaduan” Presiden PAS tersebut.

Oleh kerana selepas selesai muktamar, penangan pengat menyengat idea “Kerajaan Perpaduan” dari Presiden YB DS TG Haji Abdul Hadi, persepsinya menjadi busuk dan kian berulat menanah, kalau dibiarkan tanpa vaksin menghadapi penularannya. Maka “Kerajaan Perpaduan” ini juga mecapai tahap 6 sama bahayanya wabak selesema babi Mexico H1N1 kalau silap-silap edar tidak ditangani dengan satu tindakkan tuntas terhadap PAS itu sendiri dan beberapa kerajaan PAKATAN RAKYAT dibeberapa negeri, tergugat dan tergigit. Ianya adalah angkara Presiden, Timbalan Presiden dan SU Agong yang baru menjananya. Sesungguhnya saya tidak mampu dan berupaya untuk melihat peristiwa perpecahan dalam PAS 1982 mengundang berulang. Maka sesuatu langkah wajar diambil demi disiramkan kembali dengan atar dan air zam-zam, kerana masa masih terluang, Inshaallah.

Ketika rencana ini saya terus menyiapkannya, idea “Kerajaan Perpaduan” ini ianya bukan untung serta laba yang diperolehi oleh PAS tetapi sedang menanggung kerugian, dengan modal-modal lingkup dan lesap kalau ianya bahan dagangan; usahlah diharapkan untungnya. Lanjutan idea tersebut kini ahli PAS dan PR seolah-olah semua media perdana laporkan PAS berada diatas bara api. PAS berjaya dibelah dijorong selepas resmi Presiden PAS ledakkan muntahan idea “Kerajaan Perpaduan” tersebut dihadapan Muktamar Ke55 PAS setelah resmi penutupan dilaksanakan. Kini dan lanie, musuh PAS dalam semua bentuk disemua peringkat, termasuklah musuh Pakatan Rakyat di semua bentuk dalam semua pemerhatian sedang merayakan bertepuk tangan, kerana misi tanpa senjata diluar pertemporan perperangan taktik teknik saraf telah memerangkap Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri dan mereka menang mudah.

UM No-BN berjaya mewujudkan porakperanda, pertentangan dan pertelingkah kerana isu dalaman yang dimuntahkan Presiden sehubungan idea “Kerajaan Perpaduan”. Barangkali, kini Presiden dan Timbalan Presiden bersekali SU Agong tidur nyenyak lenanya seraya turut bergembira dengan laba pribadi dikecapi mereka, walau suasana dalam PAS khasnya respon dari Mursidul Am PAS YAB Dato’ TG Haji Nik Abdul Aziz barangkali akan mereka momokkan sebagai kambing hitam dan penghalang niat besar mereka di tunjuk salahkan kepada Tok Guru Nik Aziz. Perencanaan program Kerajaan Perpadaun yang mendapat sokongan total dari Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan beberapa individu lain sebagaimana diperkatakan oleh orang lain (tidak dari lidah saya) maka saya simpulkan pengamatan saya dengan penuh hemat dengan kiasan.

Iaitu, idea dari YB DS TG Haji Abdul Hadi Presiden PAS terhadap idea “Kerajaan Perpaduan” samalah umpama PENYERTAAN MARATHON PELBAGAI BANGSA DALAM PERSETUJUAN PENGANJORAN, BILA PERLUMBAAN PENYERTAAN HAMPIR TIBA KE GARIS PENAMAT, TIBA-TIBA KAKI PESERTA DI GODAM. PESERTA DIPAKSA MEMINUM AIR DIRAGUKAN HAK HALAL PENGELUAR. HATTA DI AJAK UNDUR KEBELAKANG SEKALIPUN PADAH PESERTA MENENTANG, DENGAN MEMUNGKIRI PERSETUJUAN BERSAMA MENGANJUR MARATHON.

SelurUh pembaca yang membaca blog saya http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/ pasti dapat membuat penilaian dan hukuman keatas setiap rencana saya yang lepas-lepas, sekalipun blogger bertaraf kampong dan kongkang, spesis blogger koridor5 (kaki5) lagi cokia. Sejak dahulu sampailah sekarang, tidak setitik kalam keluar saya membantah dan memaki hamun pemimpin PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat. Apalagi dikalangan ulama dan Tok Guru. Kejahilan saya dan penghormatan saya kepada ulama dan tokguru terserlah. Hatta semasa Tok Guru Ayah Pa Pasir Tumboh, UM No heretnya dengan tuduhan palsu hampir 30 dahulu, cokia inilah dengan teman-teman yang lain sentiasa mengiringi Tok Guru Ayah Pa kemahkamah (YB Ustaz Baihaki Atikullah adalah titeh Tok ayah Pa), saya yakin fakta ini.


Saya tidak akan peroi garam kunyit pada luka, atau hadiahkan cincin kepada sikudung. Tidak berhasrat untuk menjadi juara kepada lembu dan ayam laga sebagai jogha dalam kes idea Kerajaan Perpaduan yang dikeluarkan oleh Presiden. Nyatalah hakikat kini adalah mengundang perpecahan kepada PAS tahapnya lebih tinggi berdepan dengan cadangan untuk berdakwah kepada pihak ketiga. Cadangan Kerajaan Perpaduan menurut real dakwah, dalam yang sama kehancuran, perpecahan, dan pertentangan pendapat hatta peringkat bertegang kerongkong, membujur lalu melintang patah. Apakah untungnya idea “Kerajaan Perpaduan” tersebut? Nyatalah idea selepas Muktamar Ke55 dilontarkan, didalam dalaman PAS sendiri khususnya ahli dan penyokong untungnya cuma SEDEPA, tetapi rugi 100 BATU. Itulah hakikat sebenar yang saya nampak.

Saya mengambil respon positif dengan teguran dan amaran yang dikeluarkan oleh Murshidul Am PAS YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tuntas fokas terhadap Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin berkaitan dengan 4 perkara pokok dan amaran yang diutarakan oleh Tok Guru:- (1) Fasal Nak heret PAS kedalam Kerajaan Perpaduan dicanangkan (2) Letak Jawatan Timbalan Presiden PAS (3) Keluar dari Pas masok UM No dan (4) Letak jawatan sebagai AP Bachok dan PRK diadakan. Dan pandangan kedua datang dari adindaku mantan Ketua Dewan Pemuda PAS – Naib Presiden (tengah) PAS YB Salahuddin Ayoub, berharap dan merayu agar segera Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin pergi berjumpa mengadap Tok Guru Nik Aziz. Pengamatan dan laduni Tok Guru adalah lebih hampir lagi benar dengan program Ustaz Nasaruddin dan yang semusim dengannya untuk tandu PAS menjayakan memenuhi cita-cita politik pribadi dengan PAS dimangsakan bersekali dengan lain-lain pemimpin dan seluruh sekelian ahli dan penyokong.

Rakyat dan ahli bawah, sesungguhnya tidak pernah menyusah dan memusnahkan PAS, sejak dulu, kini dan bila-bila, Inshaallah. Pengikut dan ahli serta penyokong peringkat bawah sentiasa mendinding dan melindungi PAS dan pemimpinya selama ini. Ahli dan penyokong bawahan sentiasa memberi sokongan kepada pemimpin yang dipilih dan dilantek mereka. Sejak awal penubuhan PAS dalam tahun 1951 di Dewan Club Melayu Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang, maka Presiden dan Timbalan Presidenlah yang menjadi beban, menjadi liabiliti yang dihadapi parti PAS sejak era mula sampaikanlah terkini. Entah dimana salah dan silapnya ahli-ahli dan penyokong dibawah memberi kepercayaan dan mandat memimpin agar longkang dan parit buruk tidak diterjuni. Pertentangan pendapat dan ingin kedepan memimpin dan yang didepan keras kong untuk mengundur diri, ianya berligar dan berkisar dikalangan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Mana-mana parti politik dalam negara kita pemimpin tertinggilah yang menjuarai sesuatu idea sekalipun ianya tidak disenangi, tidak mendapat sokongan dan kepercayaan ahli sesuatu perkara. PAS selepas tamat Ucapan Penutup Presiden dalam Muktamar PAS Ke 55 baru-baru ini. Maka setamat penutupan muktamar maka rasmilah Presiden PAS muntahkan idea yang membawa masalah kepada PAS hatta masalah langsung secara terbuka kepada ahli-ahli dan penyokong. Justeru sebilangan besar dikalangan AJK Kerja dan semua Naib-naib Presiden, Semua ketua-ketua Dewan khususnya tonggak dan tumang paksi tiang seri PAS iaitu Murshidul am PAS dan sebilangan besar ahli-ahli dan penyokong PAS terutama dari negeri yang mempunyai kerajaan PR menentang langsung Presiden dan Naib Presiden dengan gagasan idea idea “Kerajaan Perpaduan”.

Berpandukan sejarah, dan sejarah telah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kita, pertentangan halatuju Presiden dan Timbalan Presiden dengan ahli-ahli PAS dan penyokong, pertembongan minda Presiden dan Timbalan Presiden dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong. Sekiranya Presiden mahupun Timbalan Presiden maseh dan terus keras keng maukan ahli dan penyokong mengiakan projek mereka dengan mengorban dan akikahkan parti yakni PAS. PASTI PAS dan ahli-ahli dan penyokongnya akan sentiasa perkasa gagah berdiri setinggi lambangnya BULAN PURNAMA di atas sana. PASTI kalau niat mau dijana diteruskan idea “Kerajaan Perpaduan” maka jalan pendek dihadapan Presiden, dihadapan Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong, maka ahli dan penyokong telah tunjukkan jalannya seperti berlaku kepada pengasas PAS sendiri, Yang Dipertua Agong PAS Dato’ Asri, telah terpaksa keluar meletakkan jawatan dan tinggalkan PAS.

Sesungguhnya saya tidak mahu itu berlaku dan berulang untuk sejarah terus mencatatnya. Jadi saya merayu dan amat berharap kepada Presiden PAS YB DS TG Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Timbalan Presiden YB Ustaz Nasaruddin bin Mat Isa dan Dato’ Mustapha Ali (Cikgu PA mantan KP kami dahulu) dan dua tiga badan yang lain seperti dimaklumkan. Henti dan buangkanlah sahaja niat untuk bersama-sama UM No dengan idea “Kerajaan Perpaduan” untuk dilaksanakan anda. Kerana ahli dan penyokong menentang walau diatas alasan yang wangi harum, kerana ahli dan penyokong menghidunya macam air danor dan ianya merbahaya untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang macam peledak bomjangka atau lebih bahaya dari Peledak C4 yang menghancur kecaikan gadis Monggolia Altantuya Shaaribu.

Serabutya TP PAS YB Ustaz Nasaruddin menghadapi cabaran dan sanggahan Tok Guru (sebagaimana saya perincikan seperti diatas) hinggakan beliau tidak menghadirkan dirinya dalam persidangan di Parlimen semalam Khamis 18 Jun 2009-06-19. Tok Guru tidak solo dalam menangani menghadapi serta berdepan idea “Kerajaan Perpaduan” isu yang dimuntahkan sebaik selepas mesyurat Exco KNK pada 16 Jun 09 Rabu yang lalu.Saya terkejut kaku apabila dalam slot berita tv (tak ingat chanel mana) selepas tamat mesyuarat mingguan Exco KNK dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh wakil-wakil akhbar perdana dan RTM serta Primaworks melaporkan. Marah sungguh Tok guru kepada YB Ustaz Nasaruddin. Saya mengenali MB ini, sejak 1974 dan kami penyokong setianya dahulu rata-rata memanggilnya dengan kasih sayang Ayah Jit, panggilan itu kadang-kadang saya teruskan dengan penuh hormat sekalipun kini seorang MB, seorang Mursidul am PAS Ke2.

Khabar kencang menjadi tofan sedang bertiup, ada pihak cuba kaiskan Tok Guru ketepi dalam hemat perhati matahati saya. Sesiapa sahaja jangan lakukan perkara keji tersebut. Marahnya Tok Guru kepada Ustaz Nasaruddin, 10 kali ganda nadanya, mimik mukanya tatkala peristiwa perpecahan PAS khususnya pertarongan Tok Guru dengan Yang Dipertua Agong PAS Dato’ Haji Asri Haji Muda juga Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu, yang saya imbau dan rakamkan untuk rencana ini, saya ubahsuai. Secara jujur saya mengimbau kembali peristiwa sejarah besar PAS Kelantan dan Pusat amnya tempoh 27 tahun berlalu disaksikan di Dewan Zulkifle Mohamad pada kira-kira jam 10.00 pagi, Jumaat Oktober 1982 (sekembalinya dari Muktamar di DBP Kuala Lumpur yang menyebabkan Yang Dipertua Agong PAS ketika itu Dato' Asri Muda dan pengikut setianya meletak jawatan masing-masing yang disandang berkesudahan dengan mereka keluar PAS. Tetapi Dato’ Asri masih mengekalkan jawatan sebagai Pesurohjaya PAS Negeri Kelantan.

Diantara intipati luahan perasaan Uztaz Nik Aziz ketika itu adalah "Pas Kelate tak boleh ada dua nakhoda, demo nak ke kawea atau nak ke Dato' Asri, demoe pilih? (Saya nukilkan disini, amat serius dan konsisten dan garang dengan kacamata diatas dahi mengeluarkan kenyataan tersebut) Sepontan ketika itu Exco dan Dewan Harian Pemuda Pas ketika itu yang sememang sediakala penyokong setia kepada Ustaz Nik Aziz Nik Mat bersama pimpinan pelajar universiti, meluru bergandingan tangan secara spontan melahir serta melafazkan sokongan padu dan berdiri teguh mempertahankan Uztaz Nik Aziz untuk menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dihadapan stage dewan, sokongan dan gema takbir menyusul dengan kuat membelah Dewan Zul berulang-ulang dan masing-masing memberi ucapan sokongan yang pendek.

Diantaranya gagah berdada menghulurkan sokongan terbuka adalah saya sendiri Almarhom Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood (Timbalan KPP Kelantan), Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Haji Hashim Haji Omar Kubang Bemban, Sdr Husam Musa - UM (kini Exco KNK), Sdr Muhammad Hussein - UM (kini MP Pasir Putih) dan beberapa lagi. Ketua Pemuda Pas Kelantan ketika itu Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa - 8 Mac 2008) tidak hadir (saya masih menyimpan gambar keramat tersebut dan baju yang saya pakai ketika itu masih dijagai dengan baik). Insan yang kami sokong dan kami dukung itu tidak salah dan tidak silap kami menghlurkan sokongan kudus kami ketika itu. Kerana tokoh itulah yang telah melepasi 19 tahun menjawat jawatan MB Negeri Kelantan Darul Naim. Hingga kesaat ini, saya tidak pernah sama sekali berdetik dihati apalagi bersuara tinggi dihadapan Ayah Jit ini, kami mengenali dirinya, saya mengenali dirinya.

Sayalah diantara faqir yang sentiasa membeli nasi bungkus/nasi berlauk dan teh o bungkus di kedai makan Sumatera (bungkus cucuk dengan paku) atau pohon pertolongan Pak Teh (ketika itu pemegang kunci-kunci Bangunan PAS - kemungkinan meninggal di Mekah) juga Almarhom Pak Su Pi yang sentiasa memicit badan/belakang Tok Ayah Jit (Haji Saufi Kuchelong), makan bersama-sama. Sudah pasti Almarhum Buniyamin kami makan bersama-sama (ketika itu Buniyamin rumah tumpangnya adalah di Dewan Zulkifle - amat besar hambatan hidup dilalui Bung dan keluarga ketika itu), mungkin YAB TG Datuk Nik Aziz masih ingat ketika detik dan susah kita dahulu. PAS berpecah diatas masalah yang tidak wajar ditelitikan disini. Kini PAS kalau silap gayanya kalau tidak diuruskan buang terus kalimah dan azam idea “Kerajaan Perpaduan”, maka bibit perpecahan adalah terdedah kepada PAS.

Kalau 27 tahun dahulu dalam tahun 1982, diantara puncanya datang dari Yang Dipertua Agong PAS Almarhom Dato’ Asri Haji Muda, maka kali ini ianya juga berpunca dari idea dari Presiden PAS dengan sokongan perkasa dari Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru berpaksikan “Kerajaan Perpaduan” PAS menjadi mangsa kehancuran. Justeru UM No sedang dan terus memasang jerat, dan jeratnya telah mengena. Jerat tersebut telah dipasang dimerata-merata dikawasan PRK di N. 41 Manik Urai. Justeru, wajarlah jalan keluarnya wajiblah pantas diadakan sidang khas membincangkan putusan idea “Kerajaan Perpaduan” dan satu keputusan kepimpinan wajar dikuatkuasakan kerana menyanggah keputusan muktamar menyokong sepenuhnya dalam bersama-sama mempertahankan Pakatan Rakyat.

Mudah-mudahan semuanya menjadi baik, dan PAS untuk semua tetapi tidak bersama UM No-BN, itulah kehendak ahli PAS dan rakyat jelata, penyokong dan pengundi PAKATAN RAKYAT hatta KELAB PENYOKONH PAS dan berbagai NGO yang bersama PAS dan PR termasuk individu tokoh-tokoh penting utama masyarat negara kita. Untuk kebaikkan PAS sekarang wajar kita beriringan dan bersepadu diperengkat ahli-ahli PAS dan Pemimpin PAS perengkat atas berani dan tampil memikul tanggungjawab menangkis dan menolak total untuk tempoh sekarang terhadap idea “Kerajaan Perpaduan” sekalipun ianya bersunggoh-sunggoh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan dua tiga individu demi untuk menyelamatkan PAS dalam PR dan menjaga kepentingan lebeh besar iaitu Kerajaan PR.

Siap menjelang Suboh - 5.12pagi

Rencana dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.