Dari: IBN
ABDULLAH AL AWAB.
23 Jamadil
akhir 1433/14 Mei 2012 – ISNIN.
Rakyat dari negeri-negeri seluroh
negara, walau sekalipun diancam dan dikecam, diberi amaran oleh penguasa uBn
melalui komponan bersekutu mereka (PDRM, Mahkamah dan macam-macam lagi) “jangan ke Dataran Merdeka” pada 28 April 2012
diperhimpunan “BERSIH
3.0 – DUDUK dan BANTAH”. Rakyat telah meraikan tunjuk bantahan
kepada kerajaan uBn
pimpinan NdR
(Najib dan Rosmah) dianggarkan mencecah setengah juta peserta atau
dengan angka 500,000. Tujuan penganjur dengan fokas dan matlamat, supaya perjalanan susunan pilihanraya negara yang
dikendali selia oleh SPR (Setia pada Rosmah) dibebaskan dari semua
jenis penipuan dan penyelewengan. Yang selama ini, ianya menjadi senjata
penyelamat uBn dalam PRU-PRU.
Putar belit pulas pusing, bercabang
lagi berlapis maka berkukulah ia. Yakni sepupu NDR yang berkuasa di KDN - Menteri
Dalam Negeri. Kuasa telunjuknya bisa mengigil mengeletar macam demam kora. Maka
menikuslah sekelian penghuni Bukit Aman, dari spisis PDRM dan jabatan sewaktu
dengannya. Hishamuddin
bin Hussein - HBO mengendali perjalanan peserta bersih dari menara
Bukit Aman yang bergelora. HBO meneropong menerjah, mengarah menghulurkan taktik
dan teknik. Dapatkan ilham cara-cara menukar peserta bersih aman menjadi
huruhara dalam sekelip mata. Peserta BERSIH 3.0 aman sentosa sejak petang 27
April sampai pukul 2.30 petang 28 April. Angkara harubiru dari penyamar anggota
PDRM sendiri, maka jadilah huruhara sebiji macam dihajati uBn untuk modal
kutukkan selepas itu. Ini bukan auta, ianya adalah nyata.
Untuk apa? Makanya jadilah PDRM
samseng berlesen, menganas mencari mangsa tak kira dimana dipremis ibukota
negara pada 28 April yang lalu. Prilaku samseng tersebut tersimpul dijadikan modal
haram menuding telunjuk kearah musuh dan lawan saingan politik uBn. Diwar-war
dicanang semua media perdana pecacai uBn. Kununnya cemar
sungguh perhimpunan BERSIH 3.0. Itu saja senjata uBn yang berbaki. Kini yakni
fitnah dan propaganda megiringi PRU13 memayungi uBn. Peristiwa mengganas dan
zalim PDRM melindungi uBn, dah terukir menjadi rekod dalam akib sejarah negara.
Apabila perpaduan rakyat menerima dan
mengiktiraf ‘BERSIH
3.0” adalah satu wadah keramat, untuk menghalau hanturaya, hantukaya,
hantutipu yang dah 12 PRU bersarang dalam uBn. Sesungguhnya rakyat mengharapkan
dalam PRU13,
tidak lagi diulang penipuan dalam semua sudut disemua pekara semasa mengurus
dan mengendali sebelum dan selepas PRU 13 nanti oleh SPR, tak lama lagi. Himpunan
duduk bantah 500,000 peserta di BERSIH 3.0,
28 April 2012 Sabtu lalu. Kesan yang
segera dan nyata penghuni di PWTC tak dapat tidor lena. Manakala penguasa Putrajaya bergegar dan mengeletar. Saksikan
himpunan rakyat BERSIH 3.0 dalam tuntut keadilan perjalanan PRU13.
BERSIH 3.0 telah menyatukan etnik
utama negara Melayu, Cina, India dan etnik yang lain berganding dan bersilang
tangan dalam matlamat SATU TUJUAN. Justeru uBn menjadi tak ketahuan, macam
jantan galak mati pucuk.Terkejut terperanjat besar.
uBN NdR 1Malaysia dan TSMY tak taukah
BERSIH 3.0 akan disempurnakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012? Mereka
tahu. Sebab tulah awal-awal lagi buat-buat program selari serentak masa dengan
BERSIH 3.0 diadakan. Kenapa? uBn dah agak dah untuk NdR dan TSMY menyimpulkan
28 April 2012 dapat bertahankah benteng usang yang keramat yakni PDRM
melindungi uBn? Akhirnya sehari sebelum dan pada 28 April 2012 hari Sabtu NdR
dan TSMY, serahkan ibu negara Kuala Lumpur kepada rakyat berhimpun untuk BERSIH 3.0, biar dikendalikan
oleh PDRM diawasi oleh sepupunya NdR. Mereka lari mendapatkan sokongan di
Kucing dan di Kota Kinabalu. Rakyat tidak dapat memahaminya membaca tersurat dan
tersirat NdR-TSMY, tetapi bacaan saya dan hemat saya ada kebenarannya.
Kejayaan 500,000 peserta dari pelbagai
etnik negara berada di ibu negara Kuala Lumpur. Peserta kotakan, merealisasi
BERSIH 3.0 dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Walau dihalang, sekalipun
digalang oleh uBn melalui pecacai mereka seperti Nenek Bandar Kuala Lumpur,
polis maupun dari kamar Mahkamah dari hakim cap beruk, cap ayam maupun cap
kera. uBN panas mengelegak, SPR menjadi nanar dan gila babi. Lagi berganda gila
babi bila rang undang-undang pindaan perkemas dan perkasakan uBn berkaitan
mudahtipu perjalanan pilihanraya yang sedang dibentang dibincang di Dewan
Negara oleh anggota Senet di rentap, ditarik balik. Apa kejadahnya berlaku
kepada uBn ini, jadikan Parlimen sekian tunggangan mereka, bukan sekali.
Berulang kali.
Justeru sekembalinya NdR – TSMY dari
Kucing dan kota Kinabalu. 8 hari kemudian selepas gerun melihat rakyat 500,000
menjayakan BERSIH 3.0 di ibu kota ibu negara Kuala Lumpur. NdR – TSMY melarikan
diri kegua untuk mendapatkan sokongan penghuni pendalaman etnik orang Asli di
Gua Musang pada 5 May 2012, serta melakukan propaganda, fitnah sakan kepada
BERSIH 3.0. NdR bukan saja pindah gol, tetapi dia NdR pindah ubah stadium bersekali
dengan pemain, pengadil dan penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak.
Sabdanya di gua, Gua Musang, kira-kira seperti berikut:-
“Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang
berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan
untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi”.
Perdana Menteri berkata
tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang
dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. “Mereka ada niat untuk tawan
Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau
lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan”.
“Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir,”
katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan
di Padang Pusat Sivik.NdR semasa lawatan
politik uBn sehari ke Kelantan di padang
Pusat Sivik, Gua Musang.
Perdana Menteri berkata
kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba
menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Beliau berkata dalam
cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas
antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan
polis dan harta awam. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar
kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.“Kepada kumpulan ini,
bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi. “Saya
tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka
hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen,” katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang
sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi
mereka menolak tawaran itu.“Mereka tolak Stadium Merdeka kerana niat mereka
itu, kalau negara harmoni dan semua dalam keadaan baik, mereka tidak boleh
duduk di takhta Putrajaya,” katanya. “Saya tabik kepada orang Gua Musang, kita
boleh beritahu pada puak yang berhimpun dekat Dataran Merdeka bahawa orang Gua
Musang lebih bertamadun daripada mereka“. Mereka (penduduk Gua
Musang) mencerminkan masyarakat madani, menghormati prinsip undang-undang dan
tidak mahu kacau bilau,”. Sabda NdR.
Ibu kota ibu negara terlepas dari
uBn, makanya NdR ke Gau Musang secara simboliknya merayu kepada YBM TS TRTH MP
Gua Musang, janganlah tibai uBn dan belasah dengan pelepah nyior belakang NdR
dalam mengemudi AMANAH. Itulah yang tersirat.
Dari: IBN
ABDULLAH AL AWAB.
Siap jam 10.54 pagi.
23 Jamadil
akhir 1433 - ISNIN.