Dari:
IBN ABDULLAH AL AWAB.
25 Jamadil akhir 1433/17 Mei 2012 – Khamis.
umNO(Baru) KELENTONG UMUR
KELENTONG RAKYAT. NAFI SANGGAH SEJARAH
KELAHIRAN umNO(Baru).
Dalam apa-apa pekara sekali pun yang berjenama sifatnya
penipu; tipu umur, tipu bini, tipu rakyat dll. Ianya adalah penipu, menjadi menipu
dan terus menipu sampai kiamat. Akhirnya lama kelamaan, penipuan tersebut
dilupai yang penipuan tersebut berkesudahan diterima menjadi betul. Apabila
setiap hari diratip disebut keatas penipuan tersebut diputar. Tipu itu dilupai
oleh rakyat dan pemimpin buat-buat lupa. Tetapi hati nuraninya tidak dapat
ditipu termasuklah sejarah hakiki negara. Ini kerja kepimpinan umNO(Baru),
hidup menipu nama. Atas apa-apa alasan sekalipun; tipu tetap tipu, tipu dan
tipu. Walau sekalipun professor sejarah pengampu, membenarkan penipuan menjadi
benar. Tipu pasti tipu walau proses kongkalikung dipekung menjadi busung
disanggah.
Inilah dilalui dan diwarisi pembohongan berkaitan usia umNo(Baru)
ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohamed kununnya mencapai usia 66 tahun, mendapat
sambutan tawar dan hambar dari ahlinya. Wajib fakta tersebut adalah dusta akbar.
Walaupun begitu, ianya kini diterima pakai pembohongan tersebut menjadi benar. Ianya
bukan fakta, tetapi sebenarnya adalah dusta, auta semata-mata. Sila berkunjung ke
Arkib Negara. Disana terlakar dan terungkap kebenaran yang disimpan. Pasai umNO
asal oleh Dato’ Onn Jaafar adalah berbeza walau nampak namanya, sama dengan
umNO(Baru) bin Dr Mahathir Mohamed yang melahir dan mendaftarkan penubuhan di
Pejabat Pendaftar Pertubuhan dahulu.
Saya tidak dengki jauh dari khianat dan dendam kesumat
melihat melihat juak-juak umNO(Baru) kaya meliana, mengaut mengukor harta
negara jadi warisan keluarga. Sebabnya mereka tidak dapat melepaskan diri
diakhirat kelak. Pasti berdepan dengan Allah disana kelak mendapat pembalasan.
Tetapi membohongi sejarah hakiki, dengan matlamat menipu dan mengeliru rakyat,
tiada maaf bagimu sampai bila-bila. Mencipta berjela-jela auta dengan rakyat
disogok, mencelarukan minda rakyat. Meracuni pemikiran rakyat supaya mudah lupa
dalam paksa dengan silap mata. Iaitu memperdayakan rakyat dengan persepsi UMNO
tidak perubahan, tetap seperti yang asal
lagi asli, adalah salah lagi mengelirukan. umNO(Baru) bin Dr Mahathir bin
Mohamed umpama jauhnya seperti langit dengan bumi dengan UMNO asal. Jangan jadi penipu dan
terus menipu dalam hal ini.
NdR baru merayakan ulangtahun umNO(Baru) dengan kelentong
mencapai usia palsu 66 tahun memerentah
negara, minggu lepas dan belum berakhir siri-siri agenda merayakannya. Walau
pun hambar kalau mau dibandingkan sambutan rakyat jelata di perhimpunan BERSIH
3.0 pada 28 April 2012 yang lepas.
Sejarah telah membenarkan kepada
kita, bahawa UMNO asal-tulin lahir hasil
selepas Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama. Diusahakan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab
Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru UMNO telah
ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar. Penubuhan UMNO oleh
Dato’ Onn bin Jaafar diterajui sebagai Yang
DiPertua Agong UMNO MALAYA pertama.
Dato’ Onn Jaafar
Natijahnya dapat mengelak orang-orang Melayu di Malaya dari tenggelam di bawah satu perkembangan
politik dan ekonomi semasa ketika itu. Walaubagaimanapun Dato’ Onn bin Jaafar
telah keluar dari memimpin dan keahlian UMNO. Yang memimpin UMNO selepas itu adalah YBM Almarhom Tunku Abdul
Rahman Putra alhaj. Dipenghujung usianya YBM Almarhom Tunku Abdul Rahman Putra alhaj keluar meninggalkan UMNO.
Memberi sokongan besar kepada Parti
Melayu Semangat 46 yang ditubuhkan
oleh YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Tentang keahlian Tengku Abdul
Rahman dalam Parti Melayu Semangat 46 saya tak dapat mengingat dengan pasti.
YBM Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj
Selepas peristiwa trajedi 13 Mei 1969, Almarhom Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
mengambil alih memimpin UMNO. Kematian Tun Razak, kepimpinan UMNO berpindah
tangan iparnya iaitu putra kepada Dato’
Onn bin Jaafar iaitu Tun Hussein bin
Dato’ Onn. Kematian Tun Hussein makanya Presiden UMNO diambil alih pula oleh
Dr Mahathir bin Mohamed. Disinilah
persimpangan berlaku. Kejayaan terbesar Dr Mahathir Mohamed adalah mematikan
UMNO Asal dikafan dan ditalkin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur difaktorkan seperti dibawah:-
Tun Abdul
Razak Dato’ Hussein
Selepas
pemilihan AMT UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada 24 April 1987. Keputusannya Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamed telah menewaskan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan lebih undi 43 majoriti untuk jawatan Presiden.
Manakala Encik Ghaffar Baba kalahkan
Dato’ Musa Hitam majoriti 40 undi untuk jawatan Timbalan
Presiden. Kesannya macam apai dalam sekam, berkesudahan dengan pembabitan perang
dan perpecahan besar dalam UMNO berlaku. Selepas persidangan yang mulanya
bertunas berputik bibit-bibitnya sebelum persidangan agung lagi lagi.
Akibatnya wujud Kumpulan 12, dikalangan ahli UMNO pada 25 Julai 1987 mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur. Supaya mengisytiharkan bahawa pemilihan AMT UMNO pada 24 April 1987 batal dan tidak sah kerana
penipuan. Makanya pada 4 Februari 1988
Mahkamah Tinggi telah mengisytihar UMNO
sebagai pertubuhan tidak sah (haram – bukan haram
jadah)).
Tun Hussein
Onn
Kerana didapati wakil dari cawangan-cawangan yang tidak
berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada
pengharaman UMNO. Maka mati dan berkuburlah UMNO ASAL tersebut dalam Mahkamah
tinggi Kuala Lumpur dikerusi keramat YAA Hakim Tan Sri Harun Hashim (kini
almarhom – alfatehah untuknya).
Sebaik sahaja UMNO diharamkan ketika masa pada 4 Februari 1988, maka UMNO lenyap dibumi fana ini, itu adalah
hakikat dan reality. Matinya UMNO ketika itu UMNO pupus sebagai komponan diantara
parti menganggotai BN. Semua yang
mewakili UMNO yang diharamkan itu, menganggotai kabinet dan sebagainya adalah
diatas nama individu sebagai AP, ADUN atau Ahli Senet. Sama ada ditulis atau tidak itu adalah kebenaran
sebenar. Maka bererti umur dan usia UMNO
Asal yang diasas ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar itu, cuma berumur mutlak hingga 4 Februari 1988 adalah seusia 41
tahun 8 bulan 23 hari.
Apa-apa pun lahir selepas mati haki secara teknikal ianya adalah sah
mati mutlak. Kerana mati parti
dan haram parti UMNO Asal, tidaklah
matinya seperti mati wanita Monggolia
Altantuya disebabkan peledak peletup C4.
Manakala haramnya UMNO Asal, tidaklah umpama haram babi, bukan haram jadah. Sebaik UMNO Asal mati dan dikafankan
sebaik ditalkin. Alternatif nya 2
kumpulan yang bertarong, kedua-dua kumpulan tersebut adalah ahli-ahli
kepada gemulah-aruah UMNO Asal. Mereka berebut kepejabat Pertubuhan untuk
menubuh satu parti baru. Untuk dibawa masuk, dipertimbangkan agar sah
menganggotai komponan BN, menerusi parti yang baru daftar, menerusi sijil
pendaftaran baru (kalau ibu yang melahir anak, sijil lahir baru).
Diatas kepintaran dan nasib menyebelahi Dato’ Seri Dr
Mahathir Mohamed mantan Presiden UMNO Malaysia. Beliau bergabong dengan
beberapa mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Makanya permohonan
pendaftaran umNO(Baru) pada 13 Februari
1988 dilakukan dan diluluskan oleh
Pendaftar Pertbuhan pada hari yang sama iaitu 13 Februari 1988 kalau tidak salah ingatan saya (maaf, kalau
terlupa tarikh). Dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa
bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pihak Dr Mahathir menghantar permohonan kepada BN. Dewan Tertinggi BN menerima
keanggotaan parti yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu
parti umNO(Baru) menjadi komponan BN yang baru pada 16 Februari 1988.
Tun Dr
Mahathir Mohamed
Justeru usia dan umor
umNO(Baru) yang diluluskan pendaftarannya pada 13 Februari 1988, maka usua hakiki umNO(Baru) sejak didaftarkan itu
sampai pada hari ulang sebenarnya
pada 13 Februari 2012 adalah 24
tahun. Jangan tipu daaaa!!! Kata Almarhom TS P. Ramli. Manakala umur umNO(Baru) disaat artikal ini
dibuat (17 Mei 2012) adalah 24 tahun 3 bulan 4 hari. Tipu lah NdR dan sekelian pemimpin umNO(Baru) menyambut umNO(Baru) dah 66 tahun.
Kira macam mana? Sifir
mana dipandu diikut wahai pimpinan umNO(Baru)? Wahai NdR!!! Wahai Tun Dr
Mahathir.
Jadi kerja buat di bawah ni kita nak kata apa?
Fikir-fikirlah. Lu fikirla sendiri, kata Nabil.
Sila tengok kelih petikan sebahagian dari
artikal dibawah:-
66 Tahun Perjuangan UMNO
Limpahkan Nikmat Kepada Seluruh Rakyat – Najib
Oleh : Alkam Ab Latif
KUALA
LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selama 66
tahun penubuhannya, UMNO telah membuktikan bahawa perjuangan parti itu telah
memanfaatkan semua rakyat Malaysia, ia telah melimpahkan nikmat kepada semua
tanpa mengira kaum, anutan agama mahupun fahaman ideologi.
Sambil menyifatkan
UMNO adalah satu pertubuhan massa yang bersifat kebangsaan dan demokratik,
beliau berkata keunikan UMNO ialah ia parti yang sentiasa terhubung dengan
denyut nadi serta menggarap aspirasi rakyat.
Justeru
tegasnya tuduhan liar pihak tertentu bahawa UMNO ialah parti rasis, anti
demokrasi mahupun parti elitis tidak benar sama-sekali. “Hari ini genap 66
tahun usia UMNO. Alhamdullilah 55 tahun daripada kewujudan tersebut telah
menyaksikan UMNO menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang
semenjak merdeka terus diberi kepercayaan melalui pilihan raya yang adil dan
bebas oleh majoriti rakyat untuk memimpin negara.
“Sepanjang tempoh tersebut juga menyaksikan bagaimana UMNO
dan rakan-rakannya di dalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional
menyelamatkan demokrasi dari rahang kediktatoran komunisme, menjadi bidan
kepada pembentukan Malaysia, membawa pembangunan kepada kawasan luar bandar,
melancarkan perang terhadap kemiskinan dan buta huruf, merencana kejuruteraan
sosial yang menyaksikan pembentukan kelas menengah yang besar, melaksanakan
prakarsa pembaharuan tanah melalui FELDA, melakukan pelaburan besar di dalam
bidang pendidikan dan prasarana asas negara dan merubah status negara dari negara
pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan
sederhana tinggi”, katanya dalam satu perutusan sempena sambutan Ulang Tahun
UMNO ke 66 di sini, hari ini.
YBM TS TENGKU RAZALEIGH TENGKU HAMZAH |
Akibatnya UMNO ASAL sudah tidak wujud lagi didunia
fana, jauhlah menjadi sebagai komponan dalam BN. Maka Dr Mahathir Mohamad terpaksa menyerahkan tugas Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu adalah Datuk Seri Ling Liong Sik.
Justeru Dr Mahathir
Mohamad tidak
layak menjadi Perdana Menteri Malaysia
kerana parti teras telah diharamkan dalam
tempoh beberapa ketika. Malaysia tanpa 'Perdana Menteri buat beberapa hari sehinggalah UMNO(Baru) ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan
Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah
Tun Ling Liong
Sik. Walaupun bagaimanapun
tidak berlaku perlantikan watikah secara
rasmi daripada Yang
diPertuan Agung kepada Datuk Seri Ling
Liong Sik.
Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah
pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara
Dato Onn , syarikat perniagaan
milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO Asal tidak dapat dikenalpasti. Ini adalah sejarah sebenar
yang tidak diwar-warkan, ketika itu dan sampai kini.
Diatas kepintaran dan nasib menyebelahi Dato’ Seri Dr
Mahathir Mohamed mantan Presiden UMNO Asal. Beliau bergabong dengan beberapa
mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Makanya permohonan pendaftaran
umNO(Baru) pada 13 Februari 1988
dilakukan dan diluluskan oleh
Pendaftar Pertbuhan pada hari yang sama iaitu 13 Februari 1988 kalau tidak salah ingatan saya (maaf, kalau terlupa
tarikh). Dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas
Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pihak Dr Mahathir menghantar permohonan kepada BN.
Dewan Tertinggi BN menerima keanggotaan parti
yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu parti umNO(Baru) menjadi komponan
BN yang baru pada 16 Februari 1988.
Dustalah umNO(Baru) itu telah mencapai usia 66 tahun
dirayakan. Sedangkan ia ditubuh dan
didaftarkan pada 13 Februari 1988. Tipu sungguh rupanya puak-puak
umNO(Baru) ni.
Yang mati tetap mati dan pasti mati, begitulah yang dialaminya. Saya
berpegang teguh dan beriman sesunggunya yang mati dan hidup kembali. Adalah
ceritanya yang dinukilkan oleh Allah didalam Al Quraan. Maksud Surah Al Kahfi :
18 : 12 - 14
“ Kemudian Kami bangkitkan
mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara
mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua
itu). “
“Kami ceritakan kepadamu
(wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu
orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka
dengan hidayah petunjuk.”
“Dan Kami kuatkan hati mereka
(dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid)
lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan
langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari
padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan
mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(Maksud Surah Al
Kahfi : 18 : 12 – 14)
Penutupnya, saya menyangkal dengan fakta dan hujah umNO(Baru)
tersebut dah mencapai usianya 66 tahun.
Oleh
: IBN ABDULLAH AL AWAB.
25 Jamadil akhir 1433/17 Mei 2012 – Khamis.