Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.
23 Jamadil akhir 1433/15 Mei 2012 –
SELASA.
Rakyat masih ingat dan seolah-olah ianya baru sahaja berlaku,
keatas penjawat awam (negeri/persekutuan) di negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya
telah dimalukan menerusi secara resmi penghinaan anugerah hadiah penyapu sampah
sebenar. Dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo. Dr
Khir toyo adalah Ketua Eksekutif kerajaan umNO uBn Selangor dahulu, menjelang
sebelum PRU12 diadakan. Hadiah
penghinaan kepada penjawat awam tersebut, diberi kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu
Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs). Dihari Anugerah Khas
Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006. Amat biadap lagi kurang ajar,
jenis hadiah dihulurkan oleh Menteri Besar yang kurang ajar dan kurang adab
susila.
Ianya adalah cara-cara resmi pertama oleh kerajaan umNouBn
yang diketuai oleh Dr Khir Toyo selaku YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Darul
Ehsan. Ianya adalah bentuk pengiktirafan membalas budi dan jasa diatas
perkhidmatan penjawat awan kepada negeri Selangor. Satu donia tau penghinaan
tersebut. Kerajaan Yahudi di Isreal yang zalim lagi kejam dan dilaknat oleh
Allah itu pun, tak sampai hati untuk memberi hadiah penyapu kepada kakitangan kerajaannya.
Malangnya pemimpin besar dari umNO uBn dari manusia bertaraf cap ayam, cap
obor-obor dan cap katak sahajalah yang mampu menghulurkan hadiah terkutuk seperti itu itu. Lupa yang
dirinya adalah seorang Menteri Besar dari
umNo Bn. MB umNO uBn ini dari
spesis manusia pupus akhlak, muflis budaya
bangsa dan agama dianuti agaknya.
Mereka dimalu dan dihinakan sesungguhnya dengan angkuh,
bongkak lagi sombong oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Darul Ehsan YAB
Dato’ Sri Dr Khir Toyo. Siapakah Dr Khir Toyo? Ketika mana hadiah penyapu
dihulurkan kepada penjawat awam tersebut, beliau adalah Ketua Eksekutif
Kerajaan uBn, Ketua Perhubungan umNO Negeri Selangor juga Pengerusi Bn Selangor.
Pasti penerima hadiah penyapu tersebut, satu penghinaan besar keatas mereka
yang memalukan. Mangsa penerima hadiah penyapu tersebut, mereka duka nistapa
lagi hiba dan tidak terduga. Pemberinya
adala Menteri Besar Selangor, bukan penghuni di hospital Tanjung Rambutan atau
Tampoi. Penerima dan keluarga
penerima anugerah penyapu tersebut,
pasti tidak melupai bahkan akan mengingatinya sehingga ke akhir hayat.
Tindakkan tersebut adalah kerangka misi penghinaan dari ketua kerajaan negeri dari umNO uBn
Selangor dahulu. Direkod dan disimpan di arkib negara menjadi bahan rujukkan sejarah.
Ianya akan terus dikenang, manakala penerima dan keluarganya mengundang marah
kepada Khir Toyo dan parti umNO uBn yang tidak bertindak dan menghukum keatas
Dr Khir Toyo prilakunya oleh Jawatankyasa disiplin umNO. Salah dan tolak
pandang tersebut, akhirnya rakyat sendiri yang mengajar dan menolak DR Khir
Toyo bersekali dengan kerajaan dan partinya umNO uBn kelongkang dipembalasan
PRU12.
Ketikamana kuasa berada ditangan, ia terlalu kejam dan
sesungguhnya kejam sekali Menteri Besar uBN Selangor ketika itu. YAB Dato
Menteri Selangor Dato’ Seri Khir Toyo dikala itu, dikala mana dia berada di
pucuk dan di puncak tampuk kekuasaan, dia menjadi zalim lagi rakus. Sombong,
angkuh diatas kekuasaan dan kekayaan yang dikaut dikukur semahu-mahunya. Ketika
itulah maruah penjawat awam-kakitangan kerajaan dipijak dan dienjetnya. Dihinanya
secara resmi sebagai ketua kerajaan uBn Selangor diprogram resmi. Eh!!!!!
Ehhhh!!!!! Tak patut, biadap lagi kurung ajar dia. Kini nasi dah menjadi bubur.
Terlajak perahu boleh undur terlajak hulur hadiah penyapu Khir Toyo tersungkur
dan merapu. Khir Toyo dapat tulah dari penyebab hadiah penyapu tersebut.
Balasan setimpal dan tunai, Dr Khir Toyo terima musibah
mendapat padah.Disebabkan bias dan sialnya penangan hadiah penyapu tersebut. Sumpah seranah dari penerima dan keluarga dan
seluruh penjawat awam dan rakyat dengan menadah tangan berdoa. Akhirnya
terungkap dan terjawab sudah. Allah, rakyat menghukum dan membalas penghinaan
Dr Khir Toyo didalam peti-peti undi sebagai penentangan dan bantahan resmi dan
tuntas di PRU13. Akhirnya umNO uBn merudum dan tewas dalam PRU12. Pasti
diantara gejala dan penyebab, punca kalahnya umNo uBn dalam PRU12 di Selangor,
Dr Khir Toyo menerima dan akur akan kesan badi hadiah penyapu itulah; diantara
punca besar rakyat tolak umNO uBn.
Peristiwa tersebut berlaku ketika hampir PRU12yang lepas. Pengerusi
Perhubungan umNO Selangor/Pengerusi Bn Selangor melakukan kesilapan amat besar.
Yakni penghinaan khusus kepada penjawat
awam dan keluarga dan amnya rakyat negeri Selangor Darul Ehsan dengan hadiah
penyapu sampah. Akhirnya rakyat menyampah dengan dengan kezaliman penghinaan
hadiah tersebut. Rakyat menyambut dan mengajar didalam peti undi. Makanya kerajaan
umNO Bn Selangor menjadi aruah dan mendiang selepas PRU12. Ini adalah
kenyataan, reality rakyat. Padahnya Dr Khir Toyo, Allah hina dirinya dengan
macam-macam musibah. Menjadi kupang tembaga dimata rakyat.
Itu kesah 4 tahun dahulu yang pahit macam jadam, macam akar
seruntun dialami okeh unNo uBn Selangor dan umNO PWTC. Kalau tindak tanduk MB
Selangor mampu sebuah kerajaan umNO uBn tersungkur, menjadi aruah dan gemulah.
Mari kita sama-sama mengamati kesah ini pula dengan sabar. Ianya berlaku
menjelang hampir dengan PRU13. Apa cerita dan kesahnya? Ambil perhatian berat
dan utama. Jangan sesekali kita lupa atau buat-buat tak ingat. Penghinaan NdR
kepada rakyat, selaku PM.
Sejarah jahanan dan berkuburnya sebuah negeri, kerana Menteri
Besar biadap dengan rakyat, tidak menjadi iktibar, teladan oleh NdR – Najib dan
Rosmah. NdR terlupa sejarah tersebut yang berlaku 4 tahun yang lepas. Nyata NdR
mengikut jejak langkah Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo. Kini beliau
tidak lagi Menteri Besar, tidak juga bergelar Dato’Seri setelah sultan rentap
balik bintang kebesaran (bukan penyapu). Maka dikenali Dr Khir Toyo. Allah
membalas dengan memalukan beliau secara segera, melakukan salah rasuah didapati
bersalah, dan dihukum penjara, jadi banduanlah beliau.
Itu kesah hancurnya Kerajan Negeri Selangor umNO uBn yang
menjadi kebanggaan rebutan sama sakat umNO. Oleh Menteri Besarnya sendiri iaitu
Dr Khir Toyo. Kini menjelang sebulan saja lagi PRU13 (dalam pengamatan dan hemat
saya). Tiru macam saya tetapi lebih besar dari apa yang dilakukan oleh Menteri
Besar Selangor umNO uBn. Ianya telah dilakukan sendiri oleh Presiden umNO
Malaysia – Pengerusi bN 1Malaysia YAB DS Najib bin Tun Razak Alhaj. Lebih mesra
dengan nama timang-timangan NdR. Bala sedang dihadapi oleh umNO uBn dalam
menghadapi persediaan PRU13. Diatas biadap dan celuparnya lidah tidak bertulang
NdR.
Kehancuran umNO uBn dalam PRU13 adalah hasil yang ditanam
oleh NdR Presiden umNO merangkap Pengerusi bN. Kalau masin mulut anakku, masin
mulut isteriku, peristiwa biadap yang diungkap oleh Perdana Menteri 1Malaysia
NdR. Sekiranya mimpiku di kamar pembedahan jantung, mengkhabarkan kepadaku
oleh temanku, sahabatku dan guruku,
iaitu Almarhom Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusoff Meranti (ayahnda kepada YB
Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud – Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz
Mansor Daud – Mudir Mahad Mahamadi (Perempuan) Kota Bharu, kalau tidak silap
saya dan anak-anak almarhom yang lain: Kalau diizinkan saya akan membincangkan
khusus tentang Tok Guru Haji Daud Meranti, Inshaallah kalau kesihatan
mengizinkan).
Ini adalah badi dan ganguan besar kepada NdR untuk
menghhadapi dan berdepan dengan PRU13. (petikan dari blog-blog sahabat. Maaf
dan terima kasih. Ini dapat menjimatkan masa saya).
‘HARAM JADAH’: KATA-KATA
BIADAP DAN KESAT PM NdR umNO Bn.
KUALA LUMPUR 13 Mei: Majoriti peneroka Felda berang dengan
tindakan biadap perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan perkataan
makian kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures
Holding (FGVH). Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi
Said berkata, perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan Najib langsung tidak
menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan yang baik.
“Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka
yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda. “Ramai
peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini masih mahu
dipertahankan?,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan. Pada 8 Mei lalu,
Najib menghamburkan perkataan biadap ‘Haram Jadah’ sebanyak dua kali dan
menyatakan pengkhianat tidak boleh menerima ‘durian runtuh’ yang diberi oleh
Felda. Kata-kata itu diucap di Felda Jengka 8, Pahang ketika mengumumkan pemberian
RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.
Bagaimanapun, kata Suhaimi, wang berkenaan merupakan umpan
supaya peneroka bersetuju dengan penyenaraian FGVH, malah pembayaran sebanyak
tiga kali yang dibuat juga mencurigakan. “Semua peneroka Felda tahu ganjaran
RM15,000 itu hanyalah umpan. Pelik rasanya bila dibayar secara berperingkat,
sebanyak tiga kali. “Kalau Najib yakin boleh menang, beri terus wang itu.
Kenapa berperingkat? Kita bimbang janji tinggal janji. Kalau Barisan Nasional
kalah kelak, baki wang tak dillunaskan,” kata Suhaimi. Kata Suhaimi, sebagai
talian hayat Umno-BN, pengundi Felda terus diasak dengan taburan ‘wang segera’,
semata-mata untuk mengekalkan sokongan.
Pada masa ini terdapat 54 kawasan Parlimen dan 96 Dewan Undangan
Negeri (DUN) melibatkan penempatan Felda di 317 tanah rancangan.
JERANTUT, 9 Mei 2012 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian
runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda. Beliau
menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi
api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH
disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.
“Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian
ini. Saya nak lihat muka-muka ini, nak terima durian runtuh atau tidak. “Saya
tidak redha mereka ini menerima durian runtuh,” kata Najib sambil mendapat
sorakan dari hampir 50,000 warga peneroka hadir pada Majlis Sejahtera Peneroka
Bersama Perdana Menteri. Najib turut menyifatkan pembangkang sebagai sudah
kehabisan dan ketandusan modal untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga
penyenaraian FGVH dipolitikkan.
“Sebenarnya
pembangkang sudah ketandusan modal. “Kalau mereka tidak mampu memenangi hati
nurani rakyat, mereka cuba kaedah mencelarukan pemikiran. “Yang baik
dipolitikkan, yang menguntungkan diselewengkan kenyataan dan fakta supaya
pemikiran rakyat bercelaru dan boleh salahkan UMNO,” tegas Najib
Celuparnya mulut NdR dan biadapnya mengatasi Dr Khir Toyo,
lingkup negeri Selangor membaham tanah. Kini berganti dan bergilir NdR umNO bN
menemui lubang kubur yang digali oleh NdR sendiri di Jerantut, negeri datangnya
NdR.
Sama-sama kita tengok keputusan PRU13 nanti. Kerajaan Firaun
dan Namrud hancur. Inikan pula umNO bN.
Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.
23 Jamadil akhir 1433/15 Mei 2012 –
SELASA.