Sunday, October 21, 2012

MENJELANG 17 JANUARI 2008



Selayang Pandang



Bagi candu tegar dan pengemar politik setempat dan negara, khusus pemimpin parti-parti politik khasnya UMNO dan PAS. Tarikh diatas sebagai subjek pilihan saya, pasti mereka yang arif sedia maklum tarikh tersebut bersemadi ingat sebagai hari-hari bersejarah dan hari besar untuk rakyat dan pengundi di kawasan P. 36 Kuala Terengganu. Yakni satu PRK akan dijalankan untuk memilih wakil parlimen meraka yang baru menggantikan wakil terdahulu yang meninggal dunia baru-baru ini, iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail pada 23 November 2008 yang lalu.



Pehak SPR telah mejalankan perkhidmatan baik cemerlangnya mengadakan persidangan berkaitan khusus dengan PRK P. 36 Kuala Terengganu jam 11.00 pagi 5 Disember 2008 memutuskan perlantikan Ketua Pengurus Pilihanraya dan 6 Pembantunya. Mengumumkan tarikh rit pilihanraya diwartakan, tarikh penamaan calun dan hari membuang undi. Termasuklah jumlah pengundi yang disahkan bersekali dengan jumlah tempat mengundi dan saloran mengundi. Semuanya dihebahkan dan disahkan. Berterima kasihlah kepada SPR setakat jana kerjanya diperingkat awal ini.




Senario Berbeza PRK PP vs PRK KT.




Untuk info semasa dan maklumat senario PRK selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas. Membuka gelanggang PRK adalah kawasan Parlimen - P. 44 Permatang Pauh diadakan PRK berikutan perletakkan jawatan penyandangnya DS Wan Azizah Wan Ismail juga Presiden PKR. Bertujuan memberi peluang dan laluan kepada suaminya juga (penyandang AP PP) sebelum beliau untuk bertanding. Maka pada 26 Ogos 2008 terlakarlah sejarah negara dan sejarah pribadi selepas 10 tahun DS Anwar Ibrahim dapat kembali kepangkuan dewan rakyat sebagai Anggota Parlimen dan sekali gus dipilih menjawat jawatan Ketua Pembangkang selepas memenangani di PRK pertama selepas PRU12 8 Mac 2008 yang lalu.




Dengan kemenangan berganda PR-PKR (DS Anwar Ibrahim) menewaskan calun UMNO-BN dengan mencapai mejoriti mengatasi undi yang diperolehi oleh calun UMNO-BN. Maka satu sejarah negara telah tercatat dan ianya direkodkan oleh SPR dan negara terpahat. Kemenangan PR yang diwakili parti PKR dinegeri yang kerajaan negerinya dikuasai oleh PR diketuai oleh DAP. Kesapaduan yang jitu dikalangan PR - PKR, DAP dan PAS serta selera rakyat yang kuat yang berkehendakkan pembaruan baru politik negara.




Negeri Pulau Pinang diantara negeri yang bersilih tukar kerajaan negeri. Selepas merdeka sampailah di tahun 1969 Perikatan - UMNO, MCA dan MIC menguasai kerajaan berketua menterikan Mendiang Tan Sri Ong Paw Nie. Selepas PRU5 kerajaan Perikatan Pulau Pinang tumbang ditangan Parti Gerakan. Tokoh Melayu/Arab yang bersama Gerakan ketika itu adalah Dr Syed Hussein Al Attas, Mustapha Mussein dan beberapa lagi. Dr Lim Chong Eu dilantik menjawat Ketua Menteri.




Jangkauan muslihat dan matamatik bistari Perikatan diperingkat pusat mengembangkan strateji dalam tambahnilai anjakan pradigma menjadi Barisan Nasional (BN) dari simbul kapal layar kepada dacing untuk menerus dan melebarkan jangkauan memerentah negara dari penguasaan yang hampir tewas dalam pilihanraya tahun 1969. Terwujudnya BN dan Gerakan memasuki menjadi anggota BN. Maka berkuburlah kerajaan Gerakan Negeri Pulau Pinang berganti dengan kerajaan baru BN tetapi mengekalkan Tun Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri. Sejarah panjang Gerakan/BN memerentah Pulau Pinang masa yang lama barulah diganti dengan KM baru yang dijawat oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.



Suratan politik dicatatkan oleh negara dan negeri Pulau Pinang itu tersendiri yang mana BN/Gerakan kecundang besar dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Maka bergantilah pula kerajaan Pulau Pinang dengan kerajaan Pakatan Rakyat - diketuai oleh DAP, PKR dan PAS. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru ialah YB Tuan Lim Guan Eng. Beralih kepada PRK P.36 Kuala Terengganu yang bakal diadakan pada 17 Januari 2009 hari Sabtu yang topik subjek perbincangan saya.




PRK P. 35 Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang meninggal dunia pada 23 November 2008 baru-baru ini iaitu YB Datuk Razali Ismail dari UMNO/BN dan negeri Terengganu ini juga menguasai kerajaan negeri, walau lintang pukang, carca merba negeri pengeluar minyak ini untuk memutuskan perlantikan jawatan Menteri Besar. Sampaikan sesetengah pehak dikalangan UMNO menghalakan "Natang" kepada kebawah DYMM SPB YDA kebetulan juga adalah Raja Berdaulat kepada Negeri Terengganu Darul Iman. Kabilah YB Datuk Seri Idris Jusoh bertembung taji dengan Datuk Ahmad Said.



Kemenangan berpehak kepada Ahmad Said menjawat Menteri Besar, Idris Jusoh mata putih dan sasau. Pertarongan UMNO kabilah Idris Jusoh berterusan bertempor dengan kabilah Ahmad Said sehingga saat genting menjadi putus menjelang pilihanraya pemilihan pemimpin-pemimpin UMNO disemua perengkat seperti peperangan Israil dengan Pelastin. Ianya pasti akan berlanjutan hingga Mac 2009 ini. Dapatkah gencatan senjata dapat dilakukan mereka untuk tempoh sekarang sehingga jam 5.00 petang 17 Januari 2009 untuk fokas pada PRK yang mereka hadapi? Merekalah yang mampu menjawab dan bertanggungjawab dengan positif atau negatif. Disaat UMNO bertarong menghunus keris mencari pemimpin mereka yang akan ditentukan penjawatnya menjelang Mac 2009, dicelah-celah inilah saorang wakil Parlimen dari Terengganu juga penyandang Timbalan Menteri meninggal dunia.





Agen Gerak Propoganda.



Pilihanraya yang dilalui oleh UMNO-BN dinegeri yang mereka juga mentadbir kerajaan negeri Terengganu tentu sekali berbeza dengan PRK di Permatang Pauh yang mereka hadapi dengan menemui tewas yang berganda. Sekalipun UMNO-BN telah memperalat dan memperkudakan hampir seluruh jentera kerajaan Persekutuan, disemua perengkat, beruniform, penjawat awam serta pelbagai kemudahan dalam semua jenis. Semuanya hak kemudahan kerajaan dilanyak guna sepenuhnya untuk membantu, propoganda kepada UMNO-BN khususnya calun.









Tabor Dan Labor.