TDM 22T PM, ANTARA DENDAM GODAM & PENDAM.
SELASA: 10 OKTOBER, 2012
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
MELAKAR SEJARAH
Dato' Sri Dr Mahathir bin Mohamed (Tun Dr Mahathir Mohamed - TDM) adalah Perdana Menteri Malaysia Ke3, mula menjawat jawatan pada 16 Julai 1981 dan meletak jawatan pada 31 Oktober 2003 setelah 22 tahun memerentah. Kerana Dr Mahathir menghadapi berdepan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan terhadapnya. Selama dan semasa Dr Mahathir mejawat PM, beliau telah mencipta sejarah negara dan dunia, kerana beliau termasuk sebagai pencetus dan pengasas parti siasah tersendiri iaitu menubuhkan umNO(Baru), sekaligus menjadi presiden pertama.
Menerusi umNO(Baru) Dr Mahathir barulah berkuasa dan amat selesa untuk melakar legasi, mendamba untuk mendaki puncak politiknya. Beliau gagah dengan kebal menguasai penuh dalam partinya umNO(Baru) baru ditubuh itu. Menjadi diktator terpimpin dengan mencengkam dalam kerajaan bN yang diwarisi dari Tun Hussein Oon sebagai pengerusi. Dr Mahathir miliki jenis hati belulang kering, cukup berbisa macam cobra lagi mencekam macam cicak disiling rumah. Berkuasa dan bermaharajalela ketika pejabat kerajaan Jalan Dato' Oon di Kuala Lumpur dan di Putrajaya. Beliau mampu melaksanakan projek dihujung lidah, barulah diikuti dengan dokumen kontrak yang macam belon.
Hinggakan menteri, timbalan menteri dan ketua penjawat awan yang menjadi sang pengampu hang kroni dalam parti dan kerajaan tak angkat kepala kerana takut pengecut bukan tanda hurmat. Sebabnya fail budu tempoyak sesama lanun dan penyamun dikalangan pemuka-pemuka umNO(Baru) dan komponan dalam bN ada dalam simpanan peti keramat Dr Mahathir. Ianya menjadi senjata pengerun, mengugut penentangnya yang berada dipusat maupun dikalangan mereka yang berkuasa diketing kerajaan negeri. Sampai saat ini sudah 9 tahun TDM bersara jadi PM dan besara sebagai presiden umNO(Baru) dan pengerusi bN. Tetapi masih bersuara macam gila talak, seolah-olah dia masih berkuasa, takut tak tentu hala. Kerana fail-fail bangkai pemimpin umNO(Baru) bN yang pencen dan bekerja terus berbakti menjadi senjata membataskan pergerakkan pemimpin umNO(Baru)bNuntuk bergerak dan melonjak mengatasinya. Semuanya dalam badan usus yang busuk, lebih busuk dari jamban terbang.
Dalam tangan dalam cengkaman Dr Mahathirlah tertintanya dengan dakwat beracun mengundang malang, iaitu sejarah hitam UMNO asal ditimpa malapetaka dan celaka disebabkan perebutan jawatan, berpaksi utamakan kepentingan diri. Kesan sejarah tersebut, kini disemadikan dianjung di Arkib Negara, di Muzium Negara dan di Zoo Negara untuk generasi anak cucu mengenanginya dengan deraian air mata duka. Mati berkuburnya UMNO asal Dato' Oon 1946 menjadi parti haram (bukan haramjadah kalimat sakti DS Najib Al Haj maki musuhnya di Felda) macam PKM/Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng - Rashid Maidin dulu. Jadinya negara menotakan 2 buah Parti dalam negara menjadi haram. Pertama PKM dan diikuti keduanya parti UMNO 1946.
Maklumat disembunyi dan disusut oleh semua media kerajaan. Yang mana kira-kira seminggu lebih PM Malaysia dijawat MCA oleh presidennya Lim Leong Sik. Sejarah hitam ini tidak diistihar dan diwar-war demi menjaga kemarahan Melayu dekat UMNO, realiti ini adalah pasti disudut undang-undang. Ianya dikatup rapat ditutup rapi, mengelak sampai kepengetahuan rakyat ramai ketika itu. Mati dan haramnya UMNO 1946, sesungguhnya ia bermuslihat jauh sebagai azimat dan senjata melengkapkan survival kelangsungan siasah Dr Mahathir, untuk melangkah, belari itulah hakikatnya. Negara menjadi mandom seketika melihat permainan cator politik seorang doktor nak jadi diktator. Dipandang dari luar tengok rendang bersih comel tetapi hakikatnya adalah cemar jijik dan kotor permainan pelaksanaan politik Dr Mahathir dulu sampai kini.
Haramnya parti UMNO 1946 distiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh YA TS Harun Hashim dan disahkan oleh Pendatar Pertubuhan Malaysia, Makanya secara otomatisnya Parti MCA menjadi parti utama senior terkanan dalam komponan bN sampai bila-bila sekiranya bN dilanjut usia, ini adalah fakta tak dapat diubah. Walau sekali pun umNO(Baru) nak tunjuk juah dan sombong, tetapi sejarah menafikannya walau 1000 kali jung puak-puak umNO(Baru) menidak. Dalam menghadapi meniti masa yang gawat, pada keadaan paling terdesak kerana begasak sesama sendiri dalam aruah parti UMNO 1946, kesannya bekas ahli UMNO 1946 terbelah menjadi dua puak macam pinang kotea dikacip. Satu puak di pimpin oleh Dr Mahathir Mohamed dari Utara Semenanjung, satu puak lagi oleh YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah daari Pantai Timor Semenanjung.
Puncanya akibat pendan dan dendam dari pertandingan merebut jawatan Presiden dan semua jawatan yang lain dalam Persidangan Perwakilan UMNO, berkesudahan Dr Mahathir kalahkan Tengku Razaleigh dengan undi tipis penuh dramatik, belit panit dengan tipu daya. Selepas berbelah dua, masing-masing berlumba pula bekejaran ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk daftar parti baru untuk ganti UMNO 1946 asal yang dikafankan, untuk dinobat sebagai komponan terbaru dalam bN untuk gantikan UMNO 1946 yang haram itu. Disini permainan percaturan politik Dr Mahathir kehadapan ada style kerana dapat pintas Ku Li disudut menguasai penjawat awam bersamanya. Makanya berjayalah Dr Mahathir mendaftar parti baru bernama umNO(Baru).
Manakala puak Tengku Razaleigh gagal mendaftarkan parti barunya untuk menggunakan nama UMNO kerana lebih awal dipintas dikelentong oleh Dr Mahathir yang smart kerjanya walau berduri beranjau dilalui. Makanya puak Tengku Razaleigh sekadar berdaftar parti politiknya dengan nama PARTI MELAYU SEMANGAT 46 (Semangat 46). Merajuk dan terus berbalah berkerat rotan berpatah arang dengan Dr Mahathir. Sedangkan itulah hakikat hajatnya Dr Mahathir untuk sisih dan singkirkan siapa sahaja musoh penentang dari dalam. Akhirnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkelana membawa diri bersekali sebahagian dengan pengikutnya bersama PAS bersekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah - APU, untuk meneruskan usia perjalanan politik nasionalnya.
Sebaik parti umNO(Baru) berdaftar sepantas kilat macam cicak tekejut babi hutan, makanya puak Dr Mahathir bekejaran kepejabat bN agar jangan puak Tengku Razaleigh sampai dulu, untuk membuat permohonan kilat kemasukkan jadi komponan bN. Suasana yang panas dengan tindakkan yang terdesak untuk dapatkan keputusan pantas diluar kehadiran korom penuh bN. Masa situasi cukup terdesak, lalai jadi terkulai, lewat menjadi gawat pasti diri menjadi kandas pupus dalam perlumbaan ini. Makanya Dr Mahathir paksa permohonan untuk parti yang baru lahir 2 jam didaftar yakni umNO(Baru) untuk menjadi ahli komponan terbaru dalam bN ketika itu. Sebaik bN menerima umNO(Baru) menjadi komponan terbaru bN, sepantas itu baten PM dirampas oleh Dr Mahathir Mohamed dari Presiden MCA.
Ketika umNO(Baru) diterima menjadi komponan terbaru dalam bN, ianya sekadar wujud di pejabat Pendaftar Pertubuhan, dengan berbekalkan sijil pendaftaran umNO(Baru) yang dkeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, yang mana dakwatnya belum kering. Sedangkan ketika itu umNO(Baru) belum wujud selayak dan selengkapnya sebagai parti siasah yang gah, yang mengandungi rempah ratusnya dengan sayap-sayap dan terbentuknya Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Kaum Ibu - Wanita dan Pemuda diperingkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Ketika diterima dalam masa terdesak umNO(Baru), manusia awalnya menganggotai umNO(Baru) adalah pengasas permohonan sahaja, sama seperti sebuah syarikat Sdn Bhd diperbadankan oleh setiausaha di Pejabat Pendaftar Syarikat dengan modal dibenar RM50,000.00 dan modal berbayar RM2.00 itulah hakikat umNO(Baru) semasa tu.
Selepas itu dengan telunjuk dan kehendak Dr Mahathir sahajalah, spesis yang senada dan seirama denganya yang membujur lalu melintang pata, yang tega bermandi peluh mengesat peluhnya ketika nazar dan genting mendapat tempat dan kedudukkan dalam kerajaan dan pimpinan umNO(Baru). Mereka dilantik menjadi menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan lain-lain jawatan seperti perbadanan dan CLC. Barulah dengan mengisi memenuhi jawatan-jawatan yang dikehendaki mengikut perlembagaan parti baru umNO(Baru). Sebagai persediaan dan persiapan untuk bergerak dan melonjak mengambil tempat dan mertabat dalam komponan bN walau umNO(Baru), masih panas dan baru menganggotai bN. Mengelak supaya tidak tersisih dipulau dan sebagainya.
MELANGKAH, MEMBANGUN NEGARA SAMBIL MELANUN
Diawal tampok memerentah Dr Mahathir cukup diyakini oleh sebilangan rakyat, turut menyokongnya kerana terpesona dengan agenda slogan Dr Mahathir. Lantas Dr Mahathir menangani membendong kemaraan sokongan dan kebangkitan rakyat menyokong PAS ketika itu, iaitu KEBANGKITAN ISLAM dunia, ianya mengusar dan gelisahkan Dr Mahathir. Maka tindakan pintasan dan coverline dibuat. Makanya Islamisasi diperkenalkan dan dihidang sebagai sajian untuk santapan rakyat. Hasilnya cukup berjaya. Cemerlang sungguh tindakkan Dr Mahathir. Impak besarnya hinggakan ikon ABIM Saudara Anwar bin Ibrahim (ABI) pun terpersona menjadi UMNO. Tindakkan ini amat dirasai dan menjadi satu tamparan hebat dekat PAS yang mengharap Anwar Ibrahim akan menjadi Presiden PAS . ABI digilap DR Mahathir mendaki kejayaan politik dan kerjaya dalam umNO macam naik lif.
Ketika itu pemegang kuasa dalam umNO(Baru), adalah ditelunjuk Dr Mahathir, makanya jadikanlah mereka jenis lembu cucuk hidung ditarik kehilir direntap kehulu untuk makan dan minum diparit - longkang. Jawatan dan pelaksanaan menjadikan mereka kroni elit, dirikan jelapang kekayaan dan mal billion A+, 7 keturun tak habis mentah kedarah walau joli sakan oleh anak cucu cicit mereka. Rakyat terkedu dan tertipu dengan kempen BCA - Bersih, Cekap dan Amanah= Bodek Cucuk Ampu. Mewajibkan memakai tanda nama untuk semua penjawat awam dan perakam waktu kerja. Menukar jam menyamakan waktu dengan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung, Semenanjung kena iktut ubah masa mengikut masa di Sabah dan Sarawak. Melancarkan Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, Penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.
Dr Mahathir melaksana projek mega raksaksa bertaraf naga secara runding terus, kata sebut saja kos harga, lebih menyayat hati dan pilu memperkenalkan cost plast projek pembinaan dan penyiapaan UTM Skudai, projek sebesar itu, belanja bina bertambah berlipat kali ganda, bertambah harga setiap bulan. Ulang lungguk projek pusingan ke2, ke3 dalam masa yang sama dekat kroni BCA menerusi beberapa wajah syarikat, hakikatnya syaitan tak nampak yang sama jua pemiliknya. Jadinya barulah dapat melahirkan usahawan Bumiputra umNO(Baru) berjaya dalam usaha menipu negara rakyat.
Peristiharan hala tuju negara Wawasan 2020, Negara Maju, membina Putraja, Cyberjaya menara kembar Petronas dan banyak lagi. Disinilah lahirnya kroni-kroni yang mampan menghimpun dan melungguk projek-projek berbilion RM nilai dalam satu-satu masa diatas paksi dan asas yang kukuh bergelumang dalam najis rasuah.
Membangun negara tidak salah, baik dan Alhamdulillah terima kasih. Tetapi dalam masa yang sama dimix bersekali segala macam jenama rasuah haramjadah kata DS NTR RM, kos projek dicamporkan hun dan persen disemua tahap perengkat menjadi pelengkap harga projek. Letakkan untung berkali ganda kerana memulihara rasuah terus berkembang. Disana macam-macam cerita kontraktor cap broker jenama ayan, goyang kaki gelek pungkoq, Ali Baba, Mutu Dolah, berjela-jela sub-kontrak. Rasuah macam teh tarik dan aircap sauh. Projek boleh, pembangunan ok, tetapi yang haramjadah adalah rasuah. Rasuah mampu jahanamkan negara dan dikutuk dilaknat oleh Allah. Kerana rasuahlah umNO(Baru) jahanam dan bN dah nak tumbang sekarang.
Jadikan Projek berganda kos, disinilah kroni bN berjaya dengan seloka dan slogan mewujudkan orang-orang kaya Malaysia dari kalangan BUMIPUTRA hakikatnya adalah khusus dan khas untuk kroni BCA umNO(Baru) dikalangan Melayu Islam dan India Muslim dikalangan ahli dan kroni UMNO(Baru) dan bN. Macamtu punya dok ada, mereka balon sakan tak entang deka sapa-sapa saja. Diperalatkan BUMIPUTRA sebagai khemah umNO(Baru) berlindung untuk sebat sekelian projek diatas muka bumi, dalam perut bumi, diangkasa raya maupun ddilautan dalam, semuanya matlamat merealisasi hasrat umNO(Baru) dikalangan mereka dengan memperkudakan menjadi lembu kalimat BUMIPUTRA sekalipun namanya Merican, Naina, Kutty dan sebagainya.
Sepanjang perkhidmatan sebagai PM Ke 3, Dr Mahathir mempunyai azam yang tinggi, setinggi Menara Kembar Pertonas untuk memajukan negara, serta seluas Putrajaya dan Ceberjaya. Semua ini rakyat tidak menafikannya. Persoalannya beliau menggunakan serampang banyak mata macam gergaji papan panjang 3 depa. Surong makan tarik makan, semua projek mereka sebat diatas nama projek membangun negara menjayakan DEB untuk bantu BUMIPUTRA umNO(Baru) menjadi kaya. Pasang setiausaha, pasang Mercedes, makan pagi, tengah hari dan malam di hotel 10 bintang. Lagak dan bongkak Melayu baru kaya umNO(Baru) kalahkan raja dan sultan. Sebiji kerja setan mereka sempurnakan. Tipu bini tipu anak, bini dahaga dirumah dan anak tertanya-tanya, ayah kita usahawan apa?
Disitulah juga terletak gedong dan mal harta Qarun kroni, samada anak, kaum famili dan kawan taulan. Dr Mahathir melonggok RM melampau menjadikan mereka lanun daratan dan penyamun handalan. Mereka-mereka ini, PDRM dalam kocek mereka, SPRM dalam genggam mereka, tak makan saman dan kebal dan tebal dari undang-undang. Penjawat awam takut dan tabik dengan mereka-mereka ini. Kuasa digenggam undang-undang ditangan, mereka songlap harta rakyat negara macam lanun dan penyamun tarbus, membagi, menganugerah projek mega dan melungguk diudara angkasa, dalam bumi dan perut bumi, dalam hutan belantara dan didasar lautan. Semuanya mereka kikis dan kukur. Rakyat melihat melompong.
Menjadikan mereka orang-orang kaya sakan kerana anugerah projek khusus dan khas dari PM. Digasak mentedah kedarah puak-puak umNO(Baru) tetapi yang menjadi mangsanya adalah BUMIPUTRA sampailah kini, yang kenyang kedarah kaya raya Melayu Bumi dan India Bumi dudok dalam umNO(Baru). Pantang dicadang, sekeping kertas permohonan sampai kemeja Dr Mahathir, tanpa dokumen wajib dan wajar sesuatu projek berpandukan peratoran, semuanya diluluskan tidak perlu ditimbang dengan dacing atau kati lagi. Kerana Dr Mahathir arif mengenali pemohon tersebut.
Macamana alimnya Dr Mahathir melihat air sungai berkocak pada sungai yang dalam diair yang keroh, ikan menangkap menjadi gelombang. Dr Mahathir dah tau spesis ikan tersebut, hatta jantan betinanya bersekali dengan harga ganda saiz beratnya. Hebat!!!!!! Dengan laduni Dr Mahathir dapat membaca dan menilainya projek mega diatas sekeping kertas A4 sekalipun ianya photokopi.
Disinilah pemuafakatan solid dikalangan Pegawai Turus Kerajaan masing-masing mendapat bahagian, mengikut kedudukkan dan kepentingan. Penjawat Awam premier yang menyeleweng, mereka sentiasa mendapat pembelaan dan sokongan serta mendapat tempat. Hatta mendapat kepercayaan dihati PM Mahathir untuk berkhidmat dibawa ketiak dan dibawah dagunya. Pegawai spesis inilah dinaik pangkat dan mendapat perlindungan dan kebal dari BPR, pegawai jenis inilah menjadi kuda tunggang sampaikan kekandang babi pun mereka sungkoq.
BERTINDAK DAN MENENTANG HALANGAN
Pertembungan badan eksekutif dan badan kehakiman negara melalui secara menyeluruh angkara Dr Mahathir yang mabuk kuasa. Dalam keadaan mahkamah dan hakim-hakim bebas tidak dicengkam, bila melihat beberapa keputusan mahkamah tidak menyebelahi selari dengan kehendak Dr Mahathir. Maka Dr Mahathir akan kembali ke Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk terus mendapat sokongan walau membujur lalu melintang patah. Kuasa dari parlimen ditagih, digunakan oleh Dr Mahathir membuat cadangan pindaan dan sebagainya. Akhirnya mampu jail mahkamah dan penjarakan kebebasan hakim. Diantara gejala besarnya fenomina semasa itu diantaranya:-
Seorang wartawan asing John Berthelson yang berkhidmat dengan Akhbar Wall Street Journal berpusat di Hong Kong tetapi memegang permit kerja di Malaysia. Permit kerjanya dibatalkan oleh kerajaan Dr Mahathir bN. Kes ini dibawa ke mahkamah tinggi kemudian mahkamah agung memutuskan pembatalan kerajaan itu tidak sah. John Berthelson menang dalam rayuan perbicaraannya. Keputusan ini membangkitkan kemarahan oleh Dr Mahathir Mohamed - Perdana Menteri seperti laporan yang terdapat dalam majalah TIME pada 24 November 1986.
Memaksa jadikan alat menutup gaung penyelewengan dan korup. Beliau (Dr Mahathir) telah mengarahkan Petronas membantu "BMF" yang kerugian $2.6 bilion dengan membeli saham bank itu. Encik K.C Chia pelanggan Bank Bumiputera mendakwa kerajaan dan Petronas dalam Mahkamah Tinggi atas alasan Petronas menyalah gunakuasa wang Petronas. Ketika kes tersebut berjalan di mahkamah, Dr Mahathir dan kerajaannya bN mengusul di Parlimen untuk meminda, melulus dan menguatkuasa Akta Petronas pada tarikh sebelum kes ini supaya Petronas boleh membeli saham Bank Bumiputra. Akhirnya K.C Chia kalah dalam perbicaraan tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Agung daripada membayar perbelanjaan mahkamah.
Mengukuhkan kedudukkannya, maka Dr Mahathir @ Kerajaan membuat pindaan Kanun Acara Jenayah (CPD), mahkamah Agung memutuskan bahawa pindaan itu tidak sah. Kerajaan juga meminda undang-undang Kanun Jenayah untuk mengawasi perkembangan politik yang menggunakan agama Islam sebagai taktik. Pindaan ini dipersoalkan di Mahkamah Agung dan memutuskan pindaan ini tidak sah. Sebelum ini, rakyat agak bebas bebas bercakap, kritik kerajaan yang menjurus penyelewengan, rasuah dan sebagainya melalui akhbar The STAR yang mantan PM Pertama YBM TAP saban minggu menulis dalam kulum khasnya dalam The Satar. Jadinya Dr Mahathir memintas YBM Tengku dengan penjarakan penulisannya dalam The Star melalui Dewan Rakyat dan Negara di Parlimen.
Justeru itu, Parlimen melulus pindaan Akta Rahsia Rasmi - OSA bertujuan memperkasa dan melindungi apa-apa saja kerja buat dan kebejadan Dr Mahathir dan umNO(Baru)bN. Tindakan Dr Mahathir presiden umNO(Baru) pengerusi bN atas nama kerajaan bN itu dibantah oleh rakyat dengan mengeluarkan pelbagai pendapat. Bantahan ini telah mendapat liputan meluas oleh akhbar. Kerajaan mahu rahsia kerajaan disimpan baik tetapi rakyat mahu supaya maklumat diberitahu kepada rakyat. Oleh itu, Sultan Perak juga mantan KHN menyeru agar Perlembagaan Malaysia disemak semula. Sementara YA Hakim Datuk Harun Hashim pula membuat saranan agar keanggotaan Dewan Negara diubah cara perlantikan kepada pemilihan PRU.
Dengan keputusan YA Hakim Harun Hashim, Perdana Menteri dalam beberapa ucapannya menegur hakim dengan kata-kata beracun yang disiarkan Akhbar New Straits Times bertarikh 7 September 1987 kira-kira dialihbahasa, "PERDANA MENTERI: Jangan campurtangan. Setengah hakim-hakim tidak menumpukan kepada peranannya,..... setengah-setengah hakim telah mengeluarkan fikirannya atas isu politik di luar bilik mahkamah seperti menyeru Perlembagaan disemak semula....."
Usaha Perdana Menteri untuk menyingkirkan Hakim Harun Hashim melalui persidangan Dewan Rakyat pada Oktober 1987 tidak mendapat sokongan.
DENDAM
Pada 24 April 1987, Perdana Menteri telah memenangi pemilihan pucuk pimpinan dengan kelebihan 43 undi saja. 11 orang ahli UMNO tidak puas hati dan membawanya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon pemilihan itu dibatalkan atas alasan pemilihan itu disertai cawangan-cawangan tidak didaftarkan di bawah undang-undang persatuan. Hakim Harun Hashim telah membuat keputusan dan mengisytiharkan secara lisan dan tidak bertulis bahawa Pertubuhan UMNO sebuah parti haram. Keputusan ini menggemparkan negara. Apabila Hakim Harun Hashim memberi keputusan bertulis, Perdana Menteri membuat sungutan dan mengkritik cara pengadilan itu, kerana katanya ada perbezaan di antara keputusan lisan dan keputusan bertulis.
Tahun 1987 pelbagai kenyataan politik tuntas dibuat oleh tokoh-tokoh politik, suasana ketenteraman menjadi bahaya untuk umNO(Baru)bN. Dengan itu kerajaan membuat tangkapan beramai-ramai di bawah ISA dikenali dengan Operasi Lalang. Sebahagian tahanan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebebasan. Mahkamah Agung berdasarkan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, telah menolak dakwaan dan memutuskan tangkapan adalah sah. Dalam pada itu, Karpal Singh membuat dakwaan berasingan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan penahan Karpal Singh tidak sah dengan alasan salahguna kuasa dan membebaskannya tetapi dia ditangkap semula sebaik sahaja dibebaskan.
Rakyat bebas bercakap melalui akhbar terutamanya The Star. Justeru itu, Parlimen melulus pindaan Akta Rahsia Rasmi. Tindakan kerajaan itu dibantah oleh rakyat dengan mengeluarkan pelbagai pendapat. Bantahan ini telah mendapat liputan meluas oleh semua akhbar. Kerajaan mahu rahsia kerajaan disimpan baik tetapi rakyat mahu supaya maklumat diberitahu kepada rakyat. Oleh itu, Sultan Perak menyeru agar Perlembagaan Malaysia disemak semula sementara Hakim Datuk Harun Hashim pula membuat saranan agar keanggotaan Dewan Negara diubah cara perlantikan kepada pemilihan dalam pilihanraya. Sebaik The Star menjadi milik bN melalui MCA dan YBM TAR tak menulis lagi dalam The Star sejak itu sampai la senaskah pun tak pernah saya beli saya pulau sampai kini.
Kemuncak ibu segala dendam, sebaik UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh YA TS Harun Hashim. Didalam kekuasaan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, terjadilah malapetaka kepada negara iaitu KRISIS PERLEMBAGAAN 1988. Disebalik itu Dr Mahathir adalah seorang pendendam tegar keatas sesiapa sahaja yang membantah dan menentang NALURI hatinya. Sekalipun kehendak beliau terpaksa korbankan sesiapa menjadi mangsanya agar beliau selesa merentas mencapai kejayaan walau sekalipun melangkaui undang-undang negara. Ia persetankan itu semua. Dr Mahathirlah PM yang menggunakan partinya umNO(Baru) disaat kemuncak ahli umNO(Baru) memberi sokongan yang tinggi.
PM Dr Mahathir Mohamed membuat ucapan di Dewan Rakyat pada 3 November 1987 membawa usul meminda Akta Percetakan. Ucapan ini disiarkan oleh New Straits Times 4 Disember 1987. Antara usul ialah menarik balik dan menggantung dan membatal lesen pencetakan boleh dibuat oleh Menteri tanpa diberi peluang kepada tuan punya lesen membuat bantahan.
PM Dr Mahathir 12 Januari 1988 telah mengingatkan dengan mengeluar amaran kepada hakim-hakim tentang sikap bebas dan peranan mereka membuat keadilan dalam perbicaraan dimahkamah. Akibat serangan bertubi-tubi PM Dr Mahathir mohamed terhadap badan kehakiman cukup celupar dan mengeciwakan rakyat. Maka pada 12 Januari 1988, Tun Salleh sempena majlis pelancaran buku bertajuk "Law, Justice and the Judiciary, Transnational Trend" telah memberi ucapan dan sekali menerangkan peranan badan kehakiman.
Antara intisari ucapan YAA KHN Tun Salleh Abbas berkata "Dalam sistem demokarasi, peranan mahkamah ialah penjaga perlembagaan. Peranan ini tidak lagi patut dipersoalkan tetapi baru-baru ini peranan itu telah dipersoalkan yang mana kebebasan mahkamah adalah berada di dalam kecemasan. Buktinya ialah komen-komen yang dibuat baru-baru ini adalah memalukan mahkamah. Jika mahkamah membuat keputusan bertentangan dengan kerajaan, ini bukan bermakna hakim-hakim telah menjadi anti kerajaan dan menyebelahi parti pembangkang...... Saya membuat ucapan bukan sebagai melawan tetapi sebagai penjelasan, mudah-mudahan serangan yang dibuat ke atas mahkamah dapat diberhentikan".
Kemuncaknya melalui tribunal kangkong yang ditunjuk oleh Dr Mahathir, dalam melunasi kehendah hasrat Dr Mahathir, makanya tribunal kangkong pun mencekek menjadikan mangsa akan YAA KHN Tun Salleh Abbas dan lima orang hakim yang lain iaitu YA Tan Sri Wan Sulaiman, YA Datuk George Edward Seah, YA Tan Sri Azmi Kamaruddin, YA Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan YA Tan Sri Wan Hamzah. Akhirnya Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan Sualiman dan Dato’ George Seah dipecat daripada jawatan mereka, diganti dengan hakim yang junior bermasalah. YA Hakim Harun Hashim juga turut menyumbang kemarahan PM Dr Mahathir. Semua ini-ini, menjadi lipatan sejarah hitam negara khusus dan khasnya badan kehakiman negara, kes ini menjadi legenda kebanggaan pribadi Dr Mahathir sebagai PM Malaysia Ke3.
Beliau bergaya dengan melangkah bertindak sungguh-sungguh pada kerja tidak sungguh-sungguh. Iaitu dengan sokongan dan peluang terdedah ditangan, beliau bertindak keatas mangsanya. Dr Mahathir sigai dan tibai sampai bengkak bengkil sekelian Raja-raja Melayu dan Sultan, meniup seruling menanam perasaan benci yang mendalam kepada Raja-raja Melayu dan Sultan diatas imuniti-kekebalan. Dr Mahathirlah yang berani dengan penuh kesombongan dan ego melaut dan cukup tinggi. Beliau telah melondeh keburukkan Raja-raja Melayu, secara terbuka dan biadap diluar norma-norma kesopanan orang Melayu menghadapi rajanya, Dr Mahathir lakukannya dan disokong oleh Melayu umNO(Baru). Dr Mahathir round Malaysia memburuk raja-raja Melayu, sampai spenda tuanku pun dilondehnya sekali. Tegamak dia lakukan.
Kesian sunggoh, orang Melayu asal turut sama bermulut celupar, maki hamun raja-raja mereka yang sebangsa dengan mereka. Bukan raja mereka mai dari India, Pakistan maupun Turkey. Rakyat macam dituba oleh Dr Mahathir ketika itu dan mabuk mamai tanpa usul pereksa terus memeberi sokongan. Diketika cacamerba itulah pindaan pindaan perlembagaan diangkat ke Parlimen dipinda dan diluluskan. Diikuti dengan DUN Negeri-negeri kecuali DUN Kelantan tidak bersama kalautak silap ingatan saya (sila betulkan kalau fakta salah), justeru jadilah Dr Mahathir mengatasi kuasa raja-raja Melayu disudut berkuasa dan kebal.
Dr Mahathir puas lega mampu Melayu diauta ditipunya. Dicabut rentap kekebalan Raja Melayu. Kemuncaknya menubuh Mahkamah Khas untuk pembicaraan salahlaku Sultan dan Raja. Itulah jasa terbesar Dr Mahathir Mohamed @ umNO(Baru) keatas Raja-raja Melayu dan Sultan. Hidup Mahathir!!!!Hidup Mahathir!!!! Bergema laung ketika itu.
PEGANTI YANG DIBENCI DICACI, KENAPA?
Sebaik Dr Mahathir meletak jawatan, meninggalkan bN di Putrajaya dan umNO(Baru) di PWTC. Sesungguhnya ketika itu partinya dan kerajaan sedang mengalami penyakit busung tempayan, sedang membengkak merining menanah menunggu pecah. Seperti mati dan haramnya parti UMNO 1946 yang diasas ditubuhkan oleh Dato' Oon Jaafar, makanya ditangan Dr Mahathir UMNO 1946 menjadi aruah dikafan.
Begitulah nasib yang saat ketikanya sedang melanda umNO(Baru)bN. Kalau silap-silap dr merawatnya dan vaksin yang salah, takut malang berulang menimpa. Kalaulah umpama kesilapan pakar korap dipaksa merawat penyakit jantung, damekianlah umNO(Baru)bN berada diposisi ditolak rakyat, merudum menjunam dimata rakyat ramai, macam musim daun getah Felda meluroh tersilap niaga dipapan bursa Malaysia.
Datuk Seri Abdullah dilantik jadi PM Ke5 pada31 Oktober 2003, ketika usianya 64 tahun. Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber, untuk menerus jalankan tugas PM. Beliau menjawat jawatan TPM pada 8 Januari 1999 dan Menteri Dalam Negeri. Pak Lah 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 dalam politik, ini mematangkan beliau menjalankan tugas PM, Presiden umNO(Baru) dan Pengerusi bN.
Lahirnya dari titih ulama' dan mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti. Pak Lah setia dekat Dr Mahathir tidak berbelah bagi. Ketika Umno diharamkan pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuh Parti Melayu Semangat 46, beliau bersama umNO(Baru) diasas Dr Mahathir.
Pengesahan Dr Mahathir diatas pemilihan ganti PM selepas beliau, "Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut. Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah".
Selepas DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, mulalah Dr Mahathir memberi komen dan pandangan yang menghina, memperlekeh dan merendahkan keupayaan dan kebolehan Pak Lah menjalankan tugasnya sebagai PM dan Presiden Ke2 umNO(Baru) beliau bermadah tak kesudah, "Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah. Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah. Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan".
Lantas Dr Mahathir dengan sokongan bulat dari TS MY dan kuncu-kuncunya memula langkah mengorak kerja berusaha menolak keluar Pak Lah dari Putrajaya dan dari PWTC untuk meletak jawatan dengan alasan menantunya KJ jadi raja di T4 Perdana Putra dan utamakan kroni dan mungkir janji."Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir. Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya. Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan".
Hakikat sebenarnya, ketika mana Pak Lah mengambil alih Putrajaya dan PWTC, Dr Mahathir telah menggunakan kedua-dua tangannya dan akal kepala hotaknya menghancur, membelah mengodam bN, umNO(Baru) dan Kerajaan bN. Pak Lah mewarisai kerajaan bN macam Ya Keli mengidap jantung, kencing manis. Manakala kerajaan bN disambungkan beliau berada dalam strok, sakit jantung korap dan panau bewak. Walau pun itu, Dr Mahathir menepis menafikan segala cabok dan burok itu adalah hasil pelaksanaannya selama 22 tahun. Dia sendiri mengesahkan umNO(Baru) dilahirkannya busuk dari kepala (dirinya sendiri) sampai keusus, itulah hakikat umNO(Baru) dibanggakan Mahathir yang diwarisi Pak Lah, kesian juga aku dekat Pak Lah. Dia kawan baik Almarhum Abah aku sejak babanya lagi Almarhum Haji Ahmad Badawi.
Mulut mindanya terus berbisa membuat koreksi, "Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan. Jika Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah".
Kata hina Dr Mahathir lagi dekat Pak Lah, "Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka “Mr Clean” tidak begitu clean. Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama. Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah. Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian".
Dr Mahathir terus bermadah dengan berhelah, "Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri. Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN. Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri".
Selepas Pak Lah terpaksa meletak jawatan angkara Dr Mahathir bersekutu dengan TS MY dan juak-juak sewaktu dengannya. Makanya calun idaman calun dihati Dr Mhathir akan mengambil tempat, pastilah anaknya mendapat tempat dalam kerajaan bN dari pengerusi yang baru.
Kerjaya politik Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang lahir 23 Julai, 1953 setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Mendapat simpati dengan menang tak bertanding di Kapar Pekan didapati kosong setelah kematian bapanya. Ketika itu beliau AP paling muda ketika itu, berumur 23 tahun. Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.
Pengelibatan awalnya dalam UMNO dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981. Pada tahun 1982 Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan setelah terlibat dalam pembunuhan keatas wakil rakyat juga Speaker DUN Negeri Sembilan.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar bin Ibrahim (ABI) setelah ABI didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi Ketua Pemuda umNO(Baru) pertama pada 25 Mei 1988 sebaik ummNO(Baru) ditubuhkan sebagai ganti UMNO 1946 yang haram dikafankan dipintu mahkamah. Pada tahun 1993 pula beliau bertanding jawatan Naib Presiden umNO(Baru), ekoran ABI bertanding jawatan Timbalan Presiden umNO(Baru). Najib terus mempertahankan jawatan Naib Presiden umNO(Baru) di pemilihan pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004 dilantik menjadi TPM, dan menjawat PM pada 3 April 2009 serta memegang Menteri Kewangan. Sebaik timbul kes lembu haram umNO(Baru), Ds Najib al Haj pegang tambah satu lagi kabinet ganjil untuk dirinya. Najib jadi Menteri Wanita spesis jantan pertama di Malaysia mungkin di dunia juga. Sejajar dengan bini ke2nya DS Dr RM WPN. Kira-kira dah 3 tahun 6 bulan DS Najib al Haj menjawat PM. Banyak misteri yang berlaku dan misteri lama masih muncul tak terjawab. PM Ke6 DS Najib al Haj banyak mencipta retorit, pening dan pusing kepala menteri untuk menghapal. Apalagi rakyat jelata yang melata hidupnya. Sedangkan rukun Islam Hadhari Pak Lah pun dah luput dari ingatan dan ditelan keadaan dan tuntutan semasa.
Najib terus berslogan dengan mengetengahkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan hasratnya. KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan agensi-agensi kerajaan. National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara mengikut acuan Ds Najib Al Haj. Iaitu bermatlamat mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah. Meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.
PM1Malaysia dalam menghadapi untuk mengambil hati rakyat agar kembali menyokong dan mengundi calun bN dalam PRU13. Lantas membuka pentas menganjurkan rasuah secara terang dan tanglaq kepada rakyat. Melalui program bercorak rasuah langsung kepada rakyat kata TDM, iaitu BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia. Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau. Memang benar. Tetapi dalam masa yang serentak Najib al Haj menjadi raja rasuah. Lungguk projek mega kepada adik-adik dan kroni dan kepada anak yang bapanya ditakuti lagi digeruni DS Najib al Haj iaitu TDM, macam tikus takutkan singa.
PM Ke6 DSNajib Al Haj, ketika sebagai TPM lagi bini ke2nya DS Dr RM telah belagak menjadi WPN, style dan gaya hidupnya menyusuri dan menjejak mantan bini Presiden Philipina Emeldia Marcos. Kesemua pakaiannya adalah berprestij naga, dibeli sendiri dari luar negara yang berjenama top klas dunia, bukan dikaki 5. Ianya digunapakai oleh oleh orang-orang kaya dunia dan bini mereka sahaja. Tak tau nak kata berapa ratus juta duit negara hak rakyat tiris jerlus kerana memuaskan nafsu serakah bini ke2 PM Ke6 DS Dr Hajjah RM WPN, main-main ka, taraf dan gaya kena maintain. 'Kan aku WPN bini kepada PM1Malaysia Ds Najib al Haj. Kalau tidak koman dan malu negara kalau bini PM ke2 WPN tak bergaya, low class leeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!
DENDAM DAN PENDAM
TDM mula mebuka mulut dan menulis menajamkan benci dan memusuhi DS Abdullah Haji ahmad Badawi (Pak Lah), apabila PAk Lah mula memansuhkan projek-projek besar kepentinngnan langsung TDM. TDM mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya ketikamana Pak Lah sedang membina imej reformnya. Pak Lah telah melakukan kesilapan keatas TDM diluar jangkaan dan jangkauannya berfikir. Apabila Pak Lah bertindak pantas melepaskan musuh ketat TDM iaitu DS Anwar bin Ibrahim. Umpama Pak Lah melepas seekor harimau lapar keluar dari kandang dan sedia mengaum dan membaham mangsanya. TDM merasai ia akan menjadi mangsa pembalasan dari Anwar Ibrahim diatas kezaliman dan kekejaman dilakukan kepada Anwar Ibrahim.
TDM memang sedar dan banyak kali berfikir diatas kesan dan akibat keluarnya Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh kepada dirinya TDM, membuatkan dia menjadi resah, gelisah dan terbayang pintu penjara pula. Jadinya TDM takut dan menikus bila Anwar Ibrahim pasti lebih berdaya dan berkemampuan diluar penjara dalam mengator langkah mengorak menyusun strateji perjuangan melalui politik dan demokerasi berparlimen. Dr Mahathir terlalu marah dekat Pak Lah melepas Anwar Ibrahim, sedangkan beliau telah bersusah payah lelah untuk memasukkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara melalui dakwaan penipu dan dusta. Dan TDM bertambah marahkan Pak Lah kerana berani dan mengusik pula mendakwa keatas kawan karib dan lama TDM iaitu TS Eric Chia, bersabit tuduhan jenayah penyelewengan duit rakyat dan negara. Ini semua bala menimpa dekat TDM
Sebaik sahaja Pak Lah belah dari Putrajaya dan PWTC, DS Najib al Haj adalah peganti Pak Lah direstui ditaja dijulang oleh TDM. Sebaik DS Najib mengambil hati balas budi akan peranan TDM seiring dengan takutnya DS Najib al Haj dekat TDM, makanya walau anak TDM kalau dalam pertandingan Ketua Pemuda umNO(Baru) dan tersungkur dikaki KJ menantu Pak Lah. dDisini DS Najib al Haj bermain politik selamat diawalnya dengan melantik sikalah Mukhris jadi Timbalan Menteri dibawah Dato' Pa Jeli.
Sesungguhnya DS Najib al Haj sebaik melangkah dan terus belari, ketika belari itulah kadang-kadang DS Najib al Haj terpijak kaki TDM, tersandong pinggang dan kadang kala tertepuk dan terhentak dan luku kepala TDM dan beliau merasai sakit dan luka dan berdarah. Akhirnya TDM garang dan berang macam beruang jantan tua. Kelaparan, membaham mangsan dalam majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. Justeru DS Najib al Haj keliru dan takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan TDM yang bukan kepalang dalam satu bubu dan kelong bersama anaknya dan TPM TS MY untuk membaham DS Najib al Haj pada bila-bila masa sahaja.
Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. TDM mengatasi sekelian menteri kerana mendapat liputan berita tv dan akhbar perdana setiap pergerakkannya. Beberapa kali TDM menjadi nujum dan mengeluar amaran keras dan telus kepada PM1Malaysia DS Najib al Haj supaya menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.
TDM memasang jerat dan simpai dekat PM1Malaysia Ds Najib al Haj, disebabkan PM1Malaysia Ds Najib al Haj dan bini ke2nya DS Dr Hajjah RM WPN dibaluti dan diselimuti dengan sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2013 BN pada hari Jumaat, tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal ketat oleh kroni DS Najib al Haj yakni anak yatim tapi dah tua bangka masih berdansa macam kera dapat bunga tahi ayam candu.
Masa mutakhir ini DS Najib al Haj sedang menghadapi delima serangan dari TDM. Lemah longlai Najib memimpin umNO(Baru) dan memerentah negara dengan bN sedang menunggu masa untuk dipelehap dan dikuburkan oleh PR yang diketua musuh NO1 dibunia yang digeruni ditakuti oleh TDM sekalipun kelibat bayangnya, iaitu DS Anwar Ibrahim. TDM khatam banyak kali untuk membunuh karektor dan nyawa DS Anwar Ibrahim tetapi ianya masih dilindungiNya dan mendapat pertolonganNYA untuk terus berdepan dengan umNO(Baru) dan bN. Disinilah sebenarnya ketakutan terpendam TDM kini dan selanjutnya menghadapi detik kematian.
Serangan TDM nak jatuhkan Najib adalah pemikiran lapok dan kununya untuk diganti dengan TS MY dan anaknya yang kepala botak raja dansa mendapat tempat utama dalam umNO(Baru) ditubuhkannya. Agar terus diwarisi darah titihnya bukan titih Dato' Oon. Supaya tidak terlepas ketangan orang lain yang bukan darah dagingnya. TDM tidak senang dan lenang jiwa melihat parti umNO(Baru) ditubuhkannya itu dipimpin oleh keturunan Dato' Oon dan sakat keluarganya, sedangkan TDM dah bunuh UMNO Dato' Oon, tiba-tiba anak cucu dan sakat Dato' Oon bertapak bertampok dalam umNO(Baru) Dr Mahathir. Ini tak bolej jadi, tak boleh dibiarkan berterusan sebelum aku mati, akau mesti bertindak lakukan sesuatu. TDM nak pastikan umNO(Baru) satu saat terdekat akan diwarisi memimpin umNO(Baru), inilah yang amat terpendam dalam hati gelora TDM. Untuk jayakan pendam hatinya ia akan godam sakan sapa saja.
Diantara pendemnya yang amat sangat adalah diatas fakta yang nyata dlihat TDM dan ditengok oleh rakyat jelata. Sakit hati TDM dan amat keciwa sekali nampaknya TDM ini. Setiap kali TDM pendam setiap itu dendamnya tak kesudah. Ia akan bangun bingkas godam dengan menggunakan apa saya yang dapat dicapinya walau ia berdepan dengan disisi Allah menjadi mahluk dibenci dilaknat Allah, beliau akan berkata sekalipun bercanggah dengan fakta Al Quraan dan Hadis Junjungan Nabi akhir zaman. Itulah kemusnahan besar yang bernama TDM ini.
Setiap kali beliau terlintas yang mantan PM sebelumnya dan anak mereka mendapat kedudukkan terbaik dalam umNO(Baru)bN dan negara, hancur luluh jiwa raga TDM. TDM tak kesah atau mengalah dengan Pak Lah menantunya KJ dan anak, kerana Pak Lah dan KJ dah dipancung melambung jatuh merudum dalam peta umNO(Baru)bN. Tetapi setiap kali ia mengingat Tun Razak, TDM keciwa hancur luluh. Kerana malalui UMNO tok wannya ia menjadi MB Pahang dan umNO(Baru) TDM sampai puncak menjadi PM, Presiden umNO(Baru) dan Pengerusi bN, dan beliau memohon belas ehsan untuk anaknya sebarang tempat dalam umNO(Baru) sedangkan dia pengasasnya juga dalam bN kerajaan.
Hatta anak Tun Hussein Oon pun jauh meninggalkan anak TDM dalam umNO(Baru). Cucu Dato' Oon ini Hishamuddin TH menjadi pemimpin kanan dalam umNO(Baru) ditubuh TDM sedangkan anak TDM macam melukut ditepi gantang sekarang dalam umNO(Baru). Inilah dikesal dan amat mendukacitakan TDM. Hatta memegang kabinet dengan menteri kanan dalam kabinet sepupunya. Melompong dan amatlah keciwa TDM melihat kejayaan anak Tun Razak dan anak Tun Hussein Oon yang kedua-duanya adalah PM sebelumnya.
Ini-inilah sebabnya TDM menjadi manunsia yang DENDAM GODAM & PENDAM sangat selepas 22T PM, dan kini pemerhati yang gelisah dan yang resah. Kerana dirinya dah meramal umNO(Baru) tajaannya dan bN akan berakhirlah sudah melalui PRU13. Lebur dalam negara sebagai parti yang memerentah selama 0000. Ngeri TDM menyaksikan teman-temannya di Indonesia, Philipina, Mesir, Libya dan negara-negara yang lain. Sebaik tewas, rakyat menuntu keadilan dan pengadilan. Inilah takutnya TDM dan sekelian umNO(Baru) bN menghadapi rea;iti selepas PRU13 2013 Mac nanti. Wallahualam.
SELASA: 10 OKTOBER, 2012
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB