MENUNGGU PRU13, PAS-PR, SEDIAKAH KITA?
RENCANA: IBN ABDULLAH AL AWAB
ISNIN: 29 HB ZULKAEDAH, 1433/15 OKTOBER, 2012
IA PASTI DATANG.
PRU13 pasti datang. Walau PM1Malaysia, Presiden umNO(Baru) Pengerusi bN, Menteri Kewangan merangkap Menteri Watina (wanita & betina) DS Najib RM al Haj takut gerun membubarkan parlimen membolehkan PRU13 diadakan. Walau dah beberapa kali DS Najib RM al Haj acah-acah dengan nada berani hakikatnya pengecut hangit, bilamana beliau berkata, "Kalau saya tengok dihadapan saya kehadiran yang ramai macam ni, rasa-rasa macam esok nak mengadap Agong nak bubar parlimen, tapi kena tengok fikir la dulu". Ucapan basi tersebut dan berlalu hampir 3 bulan, haram tak jadi kenyataan, ia sekadar gurauan pemasin gusi busuk saja. Berulang kali turun naik ke Sabah ke Sarawak, masih gerhana penuh matahari peluang Najib RM al Haj umNO(Baru)bN dapat mempertahankan PUTRAJAYA.
Jadi disini, pada hemat saya pujian Najib itu, sekadar lawak temberang. Kerana baik Najib RM al Haj sendiri, maupun pemimpin umNO(Baru)bN yang hadir ketika itu, mereka sepakat bersetuju, kehadiran mereka yang dikatakan ramai itu adalah kerahan dan paksaan keatas penjawat awam dan anak-anak sekolah. Mereka diberi bas percuma diangkut ke distinasi DS Najib RM al Haj ketempat berucap. Kehadiran mereka pula bibayar diupah mengikut title dan kedudukkan. Dapat slot muka free dikaca tv dengan buah tangan air kotak cap dacing rasuah, sebungkus mee maggi dan sehelai baju T wajah DS Najib RM al Haj . Kenyataan ini mereka sama-sama pakat-pakat setuju dalam hati dan realiti, tetapi nafi diluar sana. Amalan itu selama-lama dipraktikkan oleh umNO(Baru)bN, hatta sampai peringkat BERNAMA pun turut temberang, kampoh tempek gambar 2,3,4 keping jadikan 1 gambar nak bokti bohong sungguh ramainya orang sambut dengar merapu DS Najib RM al Haj.
Bubar atau tidak parlimen oleh PM1Malaysia DS Najib RM al Haj, tamat tempoh esok atau lusa, disini pendirian seluroh pimpinan PAS Kedah Darul Aman, para petugas PAS, para pejuang PAS dan para penyokong PR hendaklah beranggapan bahawa PRU13 adalah diadakan pada esok hari. Ertinya pengurusan parti disemua perengkat, MTD dan sebagainya dah rapi dan lendik disusun diatur setiap kali mesyurat dan perbincangan dalam PAS dan lebih besar dari itu sesama PR. Saya yakin barangkali semua persiapan pengurusan , persiapan persediaan, persiapan lojistik, persiapan dana dan seumpamanya sudah sempurna tahap 100% sudah digerakkan. Mudah2an semuanya berjalan lancar seiring dengan azam kita bermatlamat untuk MENUJU KE PUTRAJAYA selepas PRU13, InshaAllah.
Kini tunggu tiupan seruling parlimen dibubarkan, makanya di pihak PAS dan PR bersekali dengan semua jentera on serta merta. Semua petugas tentera PRU13 PAS-PR turun dan berada diposisi saf hadapan. Bergerak secara bersepadu dan kolektif, menjana mengerakkan perjuangan dengan penuh tanggungjawab, tampil mengisi tempat diposisi masing-masing dengan jiwa yang besar dengan semangat juang dan jihat yang berkobar-kobar. Dengan azam, nawaitu dan tawakkaal untuk bertempor dengan jentera umNO(Baru)bN termasuklah syaitan-syaitan yang nampak tanpa kita menuleh kebelakang. Kita bertempor dan kita gempor sampai syaitan-syaitan yang nampak tersungkur bersekali dengan samseng kepala pengat umNO(Baru) bila berdepan. Kita kepong dan kita pasong pengundi warganegara haramjadah, demi negara tidak dijajah.
TAMPIL DIMEDAN JUANG PRU13
Persiapan dan persediaan lengkap kita untuk bertempor berhadapan dengan grombolan samseng dan syaitan-syaitan yang nampak umNO(Baru)bN termasuk Benggala, Gurka, Indon dan Philipina yang dijadikan pengundi walau bukan warganegara haramjadah sungguh kerja laknat umNO(Baru)bN nak menang, sanggup menjadi pengkhianat dan penderhaka dekat negara. Matlamat kita jelas dan clear, terang macam bulan purnama iaitu mempertahankan Kota Darul Aman dan menaiki roket menuju ke Putrajaya, InshaAllah. Ketika kita berazam untuk terus memerentah dan mempertahan mendiami Kota Darul Aman, dan untuk mengorak langkah ke Putrajaya. Ianya tidaklah semudah kita ke Restoren Kak Jat, untuk oder sepinggan mee lembu+udang dan segelas serebat bandung untuk lunch. Ianya lebih dari itu susah dan payah terpaksa dirempuh dan dilalui, tribulasi dan sebagainya yang merentang mengalang kita temui dan menghalang mereka tolak masuk ke monson drain.
Jadi usaha dan pengurbanan kita, hatta sampai pada perengkat kita wajar (dalam makna wajib) mewakafkan diri kita, jiwa dan raga untuk perjuangan. Dalam sesuatu perjuangan ianya memerlu pengurbanan suci, sesuci Zam-zam dikali. Perjuangan yang suci yang kita lalui dalam wadah PAS sebagai harakah dan PAS sebuah parti politik memperjuan mendaulatkan Islam. Kini bersama-sama dalam keluarga besar dalam PAKATAN RAKYAT-PR. Perjuangan hebat dan megah macammana sekalipun dimiliki individu-individu, akan musnah berkecai dan tidak lengkap dan sempurna kalau tidak diikat serentak bersekali dengan kalimat suci "IKLAS DAN REDZA, IKLAS DAN REDZA". Percayalah akhirnya individu yang sering menunjol dirinyalah yang hebat dan utama dari orang lain, lambat laung ia akan terbabas dan kandas sebaik tembelang perut pedainya terborai.
Hebat macam mana sekali pun, bangga diri dan utamakan diri kita dengan megah dan gah, kita kepit MA dan Phd kita jaja keliling negara, ilmu kita setinggi Menara Kembar Petronas, lancar dan petah laju kita berketip berkata-kata macam burung kakak tua bertenggek dipokok akar seruntun. Kita pakar motobasi tak kering gusi kita membina membetulkan orang. Tetapi dalam masa yang sama kita gagal menerima teguran kawan yang tidaklah kita terlalu sempurna, terdapat juga serba kekurangan dan kelemahan walau kita pakar dalam bidang tertentu. Pantang gugur jawatan, kita tersentak berok gabuk, dengan pertanyaan kenapa? Kita tak dapat pebodohkan ahli dalam satu perkara dalam satu masa dan setiap masa. Kita gagal menerima keadaan dan ketentuan untuk menjadi ahli biasa terus berjuang dan boktikan kita no1 setia dalam perjuang bukan kerana pangkat dan derjat. Malang, kita mula menjadi syaitan, jerumuskan diri jadi perangai macam lembu NFC sentiasa gedit angkat ekor ketika menyeberang sungai yang tohor.
Itu-itu semua sememangnya kita akui, tetapi tanpa iklas dan redza dengan ketentuan Allah, suratan dan takdir serta ianya mestilah selari dengan sekelian ahli parti. Akhirnya mereka-mereka spesis ini akan menyeberang dan menyarong baju Abdullah bin Ubai untuk menjadi Qarun. Peduli dan pesetankan dengan badut-badut politik murahan. Percayalah Allah sentiasa memelihara PAS dari kehancuran sekalipun pengkhianat-pengkhianat musang berbulu babi ini melancarkan serangan bertali arus disemua posisi. Sebaik mereka tercampak keluar dari PAS, kerana gugur sendiri dan digugurkan. Yakin dan percayalah satu hari dan satu saat nanti mereka akan menjadi kupang tembaga, masa menunggu mereka. Telitilah sejarah penubuhan PAS, masuk keluar pemimpin, PAS dengan panji-panji keramatnya dari BULAN SABIT kepada BULAN PURNAMA, megah berkibar di5 negeri PR memerentah kini.
FENOMINA PEMIMPIN CAP??????
Baik Jalor3 Beras usang Jati, Ustaz Nasa yang kepala2 hati10, belajarlah dari sejarah PAS. Usahlah anda ber2 sombong mengatasi Iblis, hentikanlah mengangkat diri anda, yang anda adalah manusia terbaik lagi terpilih, very vvvv special dan sempurna, bijak kehadapan dari pemimpin PAS yang lain dalam semua sudut disemua perkara. Sekarang ragu-raguku keatas anda berdua ketika mana anda mendadak memanjat mendaki menjadi pemimpn dalam PAS setelah ahli PAS terpersona dan tertipu dengan langkah lenggok anda mulanya hati kecilku tidak setuju, rupanya benar. Wallahhi, 12 tahun dulu aku bisikkan kepada isteriku (adik kepada Dr Pakar Phatalogi Forensik yang saksi kerajaan ketika itu, lawan kerajaan, "katakan DS Anwar Ibrahim tak lakukan liwat").
Bisikkan aku detelinga biniku, 'Ummi, maaflah abang tak percaya samasekali dekat Dr Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin Mat Isa apalagi Che Pa Tok Pegawa Ali (Ibrahim Ali)'. Bertiga mereka ini, sepanjang abang mengenali Ustaz Nakahie Ahmad, Ustaz Mustapha Taib, Ustaz Mohd Nor Idris. Hatta Haji Wan Ismail, Wan Sulaiman Pasir Putih, Zahari Awang AP Kuala Krai, penyakit dan perangai mereka jelas didapati ada pada Hassan Ali dan Nasa'. 'Ummi tengoklah Hassan Ali dan Nasa, hebat macam mana sekali pun, mereka akan rebah kebumi dan sujud dikaki lembu'. Kerana dalam PAS mereka hambat kekayaan, kejar pangkat dan nak bolot kuasa, semua dalam PAS bodoh-bodoh belaka mereka berdu saja yang pandai.
Akhirnya kini mereka menjadi tupai, musang berjanggut, tempoh setahun riwayat mereka berdua akan menjadi hikayat hilang dibawa arus ditiup angin. Akhirnya hanyut dan tidak terdampat lagi dimana-mana pantai maupun pulau, mereka pasti bersama walau tak sekali dengan syaitan-syaitan yang nampak melawan kembali PAS yang memberi tapak dan RM dekat mereka. Kita ambil perhatian dan pengajaran dari Hassan Ali dan Nasa ini, walau masih ada yang puja mereka. Hassan Ali akan senasib dengan Hassan anak rimau.
Saya sentiasa berhati-hati sekali, bila saya membuka rencana yang ianya berkisar dengan PAS-PR. Saya cuba sedaya upaya walaupun 1/8 peluru itu yang terlepas dari rencana saya, janganlah ianya menjadi racun pemusnah kepada PAS-PR. Apalagi dijadikan ianya diantara modal kepada umNO(Baru)bN dan peganutnya dikalangan syaitan-syaitan yang nampak kelih, kembali membedil PAS. Saya pasti tidak akan tibai dan sakai pemimpin-pemimpin PAS-PR. Kerana saya mengenali dikalangan mereka yang berada di Kota Darul Aman dan di Kota Sarang Semut dalam kontek PAS-PR Kedah dimata saya dan dihati saya. Saya sentiasa berkata biar tergigit tetapi jangan kerkah baham.
Mereka ada yang saya kenali lebih dari 40 tahun. Saya generasi lama dipenghujung Ketua Pemuda PAS Pusat Haji Wahab Yunus bergilir dengan Cikgu Pa (Dato' Mustapha Ali SUA PAS sekarang). Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Halim Abdul Rahman (AP Pengkalan Chepa Dato' Haji Halim Abdul Rahman) saya dibawahnya ketika itu. Kelemahan saya mutakhir ini, ialah apabila saya cuba membicarakan tentang PAS, hati saya pilu, saya tersedu dan terisak-isak mengingat dan mengenangkan dah ramai kawan-kawan saya khususnya di Kelantan dan di Kedah dan Perlis, mereka dah mengadap tuhan mereka Allah Azzajawalla, saya terhenti untuk gerakkan jari melakar terus menulis. Terbayang keiklasan mereka, disaat susah payah mengendong PAS melebar sokongan, dikala PAS tidak mendapat pasaran dimata dihati rakyat.
Maaf, saya sentiasa teringat dan terbayang detik 35-40 tahun dulu, Almarhum Buniyamin Yaacob sekeluarga rumahnya di T3 Bangunan PAS Jalan Dato' Pati, Kota Bharu Dewan Zulkifli Mohd, Almarhum Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Almarhum Ustaz Yahaya Othman, Almarhom Tok Guru Haji Daud Meranti (Haji Daud Haji Yusoff ayahnda kepada Speaker DUN Kelantan Dato' Nasaruddin Daud), Almarhum Ayahnda Haji Che Min, Almarhum Ayahnda Pak Su Pi (Haji Saupi Haji Othman Ku Chelong Bachuk) dan ramai lagi. Seangkatan dengan saya di Kelantan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman masih sihat. AP Kota Bharu Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (kini Dato) dan ramai lagi.
Sedetik dan sesaat pun saya tidak pernah lupa Almarhom Prof Zulkifli Mohd, Almarhum Haji Yusoff Rawa, Almarhom Ustaz Fadzil Noor, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhum Ustaz Osman Marzuki, Almarhum Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhum Dato' Abu Bakar Umar, Cikgu Sudin Wahab, Haji Ismail Tunjang dan ramai lagi. Dan beberapa nama besar yang lain seperti Almarhum Ustaz Amaludin Darus (ayahnda mentua sahabat saya Haji Pa - Haji Hanipa Haji Ahmad Yatim ADUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas). Saya amat rapat dan mempunyai tali keluarga dengan Almarhum Ustaz Abu Bakar Hamzah (jenazahnya disemadikan disisi kubur anaknya di Nilam Puri Kelantan). Darinyalah saya mengenali MB Kedah sekarang Ustaz Azizan Razak, yang mana beliau sama-sama belajar di Kent Universiti UK.
PUNGUTLAH ILMU DAN TAULADAN DARI SEJARAH
Idea penubuhan PAS sebenarnya lahir dari alim ulama UMNO ketika berlangsungnya Muktamar Ulama Ke3 di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworh, Pulau Pinang. Akhirnya PAS ditubohkan pada 24 November, 1951 dan didaftarpada 31 Mei, 1955 dengan memegang Nombor Pendaftaran: 733 Pulau Pinang. Maka terlantiklah AJK pertama dengan; Yang Dipertua Agung - Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan, Timbalan Yang Dipertua Agung - Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah, Naib Yang Dipertua Agung (Utara) - Tuan Haji Hussein Che Dol, Naib Yang Dipertua Agung (Tengah) - Fakir Muhammad Nor, Naib Yang Dipertua Agung (Selatan) - Abdul Rahman Jamaluddin al Jambuli, Setiausaha Agung - Ustaz Haji Ahmad Maliki.
Bendahari Agung - Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein, AJKnya - anggota jawatankuasanya - Tuan Haji Yahya Joned, Tuan Haji Uthman Talib, Tuan Haji Mohammad Nor, Tuan Haji Zabidi Ali, Tuan Haji Abdul Wahab, Tuan Haji Assaiya, Muhammad Mahzub dan Tuan Haji Ahmad Nadur (Al Fatehah untuk mereka semua). Mereka adalah tokoh nama-nama besar yang semerbak mewangi bak setanggi dalam memikul amanah sulong komponan pertama yang memimpin PAS. Kerana mereka kita dan PAS terus berkembang dan bercambah menjadi dihati anak muda dan mendapat sokongan dari pelbagai bangsa yang tidak Islam. Pengurbanan dan jasa besar merekalah, makanya PAS berdiri megah sampai sekarang mengatasi UMNO Dato' Oon yang haram serta mati disebabkan perebutan kuasa untuk menjadi Presiden, jadi Perdana Menteri dan sebagainya.
Sesungguhnya PAS yang ada pada hari ini, telah mencapai usianya 61 tahun. PAS lebih matang berwibawa dan dewasa usia dan lebih kaya pengalaman dari umNO(Baru) Dr Mahathir Mohammed al Soros Kutty. Kita akui umNO(Baru) amat kaya dan amat berpengalaman, sesiapa tidak dapat menafikannya disisi sudut yang lain. Dalam sudut menjalankan aktiviti umNO(Baru) dan menyuntik membina pengaruh cara rasuah, pemilihan pemimpin secara rasuah adalah senjatanya yang ampuh, fitnah dan mengadu dumba doa ratibnya. Itulah umNO(Baru) yang kini pengikut ahlinya adalah dikalangan syaitan-syaitan yang nampak. Agaknya RM40,000,000.00 itu duit SOROS dekat Musang Taman tersilap sampai ke pintu pejabat umNO(Baru) Sabah yang nak rebah. Sebab tu PM1Malaysia rahsiakan pendermanya, Najib berani umum siapa penderma? Rakyat nak juga tahu sipemurah tersebut.
Hasan n Nasa belajarlah dari sejarah PAS yang panjang itu. Walaupun ianya berliku, tetapi ianya berlandas Al Quraan, Hadis, Ijmak dan Kias dulu sampai kini, walau anda kelentong siang dan malam menipu rakyat tentang PAS kini menabor fitnah sebaik anada jadi gila talak melalakmenikam PAS yang berjasa keatas anda. Sebaik setelah ahli PAS tolak keluar anda ber2 dalam saf pimpinan. Nyahlah anda ber2 dalam barisan depan parti syaitan-syaitan yang nampak kalau syaitan yang nampak kebuloq dengan anda. Ayuh silalah. PAS bertambah laba dan andalah, akhirnya akan menjadi kupang tembaga atau macam kaca pecah bederai terhempas kebatu. Akan senasib seperti Ustaz Nakahei, Dato' Mustapha Taib dll kini sunyi sepi dari bibir umNO(Baru) dilupa sama sekali dan tidak lagi dikenali oleh pemimpin semasa umNO(Baru).
Belajarlah dari Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan Yang Dipertuan Agong PAS Pertama beliau keluar dari PAS melalui Persidangan Khas dan menyertai PARTI NEGARA yang dituboh oleh sahabat karibnya Dato' Onn Jaafar. Walaupun beliau Tuan Guru Haji Ahmad Fuad keluar dari PAS bersama-sama dengan parti barunya, beliau cukup berhemah dan mulia hati dan perjuangan. Beliau tidak serang dan mencaci PAS dan memperlekeh teman-temannya yang lain yang terus berada dalam PAS ketika itu. Hatta beliau terus menjalin hubungan dan ukhwah Lillah berterusan. Beliau tidak bermusuh dan mencari musuh dengan parti PAS diasas dan dianggotainya itu. Suci hati dan suci perjuangannya. Jauhlah kalau dibandingkan dengan sikap sesetengah bekas pemimpin PAS terkini.
Berbedza dengan bijak pandai yang menyertai PAS kini, bila mana PAS macam saham yang diniagakan di Bursa Malaysia mendapat lonjak untung dari pembeli, merkea masuk PAS dah secara diam-diam dah pasang matlamat dan bina kem pengaroh dan pasang hajat untuk menjadi Adun, nak jadi Exco hatta nak mengidak kerusi MB. Kini sampai mereka berkeyakinan jadi ahli PAS nak dapat jadi calun AP dapat jadi menteri, timbalan menteri dan sebagainya. Spesis cerdit pandai beginilah yang gadai PAS dan gadai perjuangan. Disinilah saya melihat tempang macam tempea sesetengah individu yang pernah berada dalam piminan PAS kebelakangan ini, sebaik ahli mengambil keputusan resmi dalam muktamar rehatkan mereka tidak selesa sejenak menjadi orang biasa. Rupa-rupanya mereka selama ini adalah penyamar perdana yang tegar dalam PAS dikalangan ahli. Mereka bertukar berubah wajah sebaik menjadi pengikut mereka lantas menjelma menjadi cobra dan tedung sela.
BERPADA-PADALAH KITA, JADILAH PEMBINA BUKAN PERUNTOH
Memanglah ujian keatas ahli biasa dengan pemimpin ianya berbeza. Kadang-kadang ahli kental dengan perjuangan, mereka tahan dipanas terik peluh membasah. Mereka mampu berhujan mengigil memegang panji-panji perjuangan. Dipucuk kekabu di pucuk kelapa sekalipun dada melocot berdenai darah, merak mampu pacak bendera PAS, poster PAS dan bena PAS, susah dan payah mereka bangga, menterjermah perjuangan mengikut ilmu didada yang seculin. Tetapi yang seculin itu disempurnakan dengan penuh iklas dan tawaduk. Mereka ragas dimalam hari yang gelap pacak bendera dipucuk kekabu dipucuk nyior cuma Malaikat, Rasul dan Allah saja yang melihat, mereka tidak gebang tidak canang kerja buat mereka semalam. Besok rakyat gah melihat dengan bangga panji-panji PAS dipucuk nyior di pucuk kekakbu. Mereka mencari gerangan siapa yang berani tu? Saya tak kata berani, tetapi keiklasan suci menerima perjuangan adalah utama.
Maaf cakap, fenomina baru kini PAS juga sudah ada elemen-elemen yang berada disaf pemimpin, mejadi Adun dan Ahli Parlimen yang dah pandai pasang angan-angan, macam pasang pelana dibelakang kuda untuk kita pacu selaju-laju perlumbaan dalam peluang dan jawatan. Kita bertemu dan berdepan dengan pemimpin yang ada 2 jenis. Pertama pemimpin jenis pelepah nyior. Kedua pemimpin jenis pelepah pisang. Pemimpin jenis pertama jenis pelepah kelapa mudah disisi harakah dan ahli. Kerana pemimpin ini menyedari, sekiranya sampai waktu difikirkan ahli atau masa perlukan perobahan dan pertukaran; dia dengan sukarela suci hati menarik diri secara terhormat dan beradap. Sesungguhnya pemimpin jenis ini sekarang, sukar kita temui kini walaupun begitu masih ada dalam PAS pemimpin mulia itu seperti Pesuruhjaya PAS Perlis YB Ustaz Hashim Jasin, yang awal-awal pohon mengundur diri. Sejujurnya saya menentang dan tidak setuju dengan langkah Ustaz Hashim tersebut.
Pemimpin kedua jenis pelepah pisang. Pemimpin jenis inilah yang menyulitkan PAS dan payahkan ahli dan berlenggu masalah. Ia tidak akan luruh walau pun terkulai. Kita tarik dan kita senyoh belum tentu ia tanggal. Kadang-kadang kita perlukan lading atau candong kerat pelepah pisang yang terkulai itu, barulah dia putus. Jenis ini ramai, usahlah kita munafik dan hipokrit dalam hal ini. Yang baru sepenggal nak penggal kedua, yang kedua nak penggal ketiga. Yang menjadi Adun biasa kini, pasang angan-angan bagi sekali lagi peluang kalau-kalau dapat pulak merasai kerusi Exco. Yang dah menjawat Exco Kanan idam nak jadi MB. Yang dah Ecxo nak berubah nak bertanding pula di Kapar. Kerana kalau tak dapat jadi Menteri, Timbalan Menteri dan Pengarah/KE CLC pun tak pa. Janji bila berhenti kelak, pencen Exco dapar, pencen Adun dapat dan pencen AP boleh, kalau pemimpin sebeginilah kita hadapi PAS akan hancur. Ahli dan pemimpin mesti erat bekerjasama mengenali dan muhasabah diri.
Lebih mlaang lagi mereka lebarkan pengaroh, kukuhkan sokongan dengan jawatan ditangan mereka membina kabilah, dapatkan pengikut tegar mempertahankan diri mereka untuk melonjak keatas diatas nama perjuangan dan kebenaran. Kunonnya hak itu jawatan itu adalah untuk aku kerana aku kini dah berada disaf no2, no3 kenapa peluang aku dihalang. Pekara-pekara begini umpama kita memberi peledak C4 kepada musoh untuk runtuhkan negeri yang kita bena selama ini diatas kudrat kesungguhan ahli dan penyokong. Kini, kita nak bengkong tempat dan jawatan untuk pribadi kita katakan demi kepentingan parti dan harakah. Sekali pun kita berdepan dengan tidak kepatuhan kepada jemaah dengan alasan yang tidak menasabah untuk kita berada ditempat idaman. Kadang-kadang terpaksa luku ludah muka kawan.
Langkah dan tindakkan sebini, kita berjaya membina pribadi dan menjulang pengikut. Tetap dalam masa yang sama sebenarnya kitalah pengkhianat dalaman yang menuba dari dalam untuk meruntuhkan kerajaan. Kita buka membina, tetapi kita meruntuh. Jangan ada dikalangan Adun dan AP dari PAS yang bersikap dan bersifat, kalau kali ini aku tak lagi biberu peluang, berkerat rotan berpatah arang. Biar sama-sama terlepas dan tak dapat. Biarkan lawan musuh menang dari hang menang menjadi itu itu, kerana bukannya aku. PRU13 dah sampai masanya, kini wahai pemimpin, wahai Adun, wahai AP bermuhasabahlah diri anda. Dimana kelumpuk anda berada sekarang menjelang Parlimen dan Dun dibubarkan. Samada kita terus menjadi pemimpin yang diredzai Allah atau bertukar menjadi samseng?
Andalah yang dapat menjawabnya. Anda tidak bisa menipu hati kecil dan dzamir anda, sekalipun kita mampu membohongi boss kita, pengikut kita anak bini dan sebagainya. Maafkanlah ana wahai pemimpin. Wasalam.
RENCANA: IBN ABDULLAH AL AWAB
ISNIN: 29 HB ZULKAEDAH, 1433/15 OKTOBER, 2012