Monday, March 9, 2009

MUKADIMMAH: PRK P.59 BUKIT GANTANG

MUKADIMMAH : PRK P.59 BUKIT GANTANG – PAKATAN RAKYAT (PR)/PAS BERSIMPAI MATI BERTONGKAT PARUH – TOLAK UMNO/BN.


Negeri harmoni, rakyat berpadu hati.


Sepanjang perjalanan mengisi perjuangan yang berlandaskan keadilan berteraskan sunah dan sirah, Baginda Junjungan Rasulullah Muhammad Ibn Abdullah Al Amin telah menghadapi pelbagai halangan dan tribulasi, mehnah dan kerenah manusia umat Baginda. Hari ini Isnin, 12 Rabiulawal 1430 bersamaan 9 Mac 2009, umat Islam dunia menyambut dan meraikan hari ulang keputeraan Baginda Junjungan, termasuk kita – Salam dan selawat kepangkuan Junjungan Rasulullah dan keluarganya. Saripati perjuangan Baginda Rasulallah yang berdepan dengan penentangan dari kaum keluarga darah dagingnya dan kaumnya sendiri yakni kaum Quraish.

Pasti tribulasi dan ganguan itu sentiasa diganggu gugat oleh BN keatas negeri-negeri yang diperentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang bermenteri besarkan dari PAS atau dari PKR. Khususnya di Perak Darul Ridzuan. Yang mana kerajaan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan PKR yang memerintah dan diterima baik oleh rakyat. Serta rakyat memberi sokongan padu kepada YAB MB DS Nizar dan saf Exconya dalam menjana memerentah negeri Perak, mentadbir negeri dibawah naungan Paduka Duli Sultan Tuanku, mengiktiraf dan bergandingan memerintah untuk kesejahteraan, keadilan dan pembelaan kepada rakyat Perak.


Kehendak dan kesatuan pilihan rakyat.


Justeru rakyat dikalangan keturunan Melayu, Cina dan India negeri Perak Darul Redzuan, dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, telah menolak mereka dan kalahkan BN-Umno dalam PRU12. Walaubagaimanapun titih warisan lanun dan penyamun tarbus ini, terus menerus berusaha pada setiap masa, mempergunakan dalam macam mana pekara dan gejala. Siang malam mencari panduan shaitan dan jin, bomoh dan dukun, berikhtiar untuk menjatuhkan kerajaan PR yang dikehendaki rakyat dengan dada lapang buka minda bertahta, diperkenan dan diiktiraf oleh Paduka Sultan Perak bergandingan memerintah.

Kepala lanun yang menjadi Presiden UMNO dan akan merampas jawatan Perdana Menteri dalam penghujung Mac 2009 nanti, telah mendapat akal beruk yang buruk. Iaitu untuk mendapat nilai tambah dan sokongan serta amaran gagah perkasa berkuasa dikalangan Umno dan amaran kepada komponan BN yang lain. Maka DS Najib membuka kepak gerudanya dengan tidak perlu wakil/pembantu untuk kali kedua menggunakan C4 yang berjasa kepadanya. Maka DS Najib meletup dan meledakkan SENDIRI pembunuh C4. Dijayakan secara haram zadeeh menerusi dan melalui perancangan sulit yang kotor lagi cemar diusahakan Najib. Puak-puak Umno-BN yang rakyat telah menolak mereka ketepi (Umno-BN) setelah 50 tahun memperkudakan rakyat, menoreh dan bersawah dan berladang diatas belakang rakyat.


Lanun dan penyamun.


Dengan keadaan yang terdesak seperti penyamun, perompak dan lanun laut dalam. BN-Barisan Nasional yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, BBRS, UPKO, SPDP dan PRS telah menterjermahkan mereka BN-Barisan Nasional kepada BN-Barua Najib, BN-Boneka Najib hatta BN-Bungkus Najis Najib. Mengizinkan BN memilih cara-cara lanun dan penyamun dengan Kepala Penyamun bertahta di Putrajaya bersemayam di Pejabat TPM/Menteri Kewangan batangtubuh bernama DS Najib Tun Razak merampas kuasa secara haram dengan menubuhkan Kerajaan Haram BN-Umno di Perak Darul Redzuan dengan melantik pintasan calun mamak boneka YB Dr Zambry AK sebagai MB2 non halal adanya.

Hakikat sebenarnya, BN-Umno ianya mendapat sokongan, pengesahan dan galakan dari ketua-ketua 12 parti komponen BN yang lain. Itulah rupa wajah BN sebenarnya. Komponen BN yang lain tidak boleh menafikan parti-parti mereka tidak terlibat sama, terhadap rampasan kuasa dan penubuhan kerajaan haram BN di Perak secara langsung, kerana semuanya dalam pengetahuan mereka. BN-Umno dengan megah bangga melakukan kerja-kerja haram; rampasan kuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram BN. DS Najin membelakangi dengan menafi dan memijak semua perlembagaan negeri dan undang-undang paksi penubuhan negeri Perak Darul Redzuan. Berpandukan dengan doktrin pengasingan kuasa sudah tidak wujud dalam kamus politik dan kamus demokrasi dalam tindakan kepala rampasan kuasa kerajaan di Perak oleh Najib Altantuya, BN-Umno keatas rakyat negeri Perak.

YAB DS Najin Altantuya berjaya melakukan perancangan rampasan kuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram Perak dan menghasilkan kejayaan memporak perandakan negeri dengan menyusahkan rakyat. Suasana semasa yang tidak menampakkan penyelesaian dapat ditemui dalam masa yang terdekat ini. Hari kian hari bertambah kusut membusut masalah. Untuk mengajar dan memberi peringatan dan keinsafan kepada pendukung-pendukung, watak-watak haram yang merampas kuasa di Perak. Serta berhasrat dalam melebarkan merampas kuasa haram dan bercadang pula untuk menubuhkan kerajaan haram Umno/BN di negeri-negeri lain sebagaimana yang diprogremkan keatas negeri-negeri yang diperentah oleh kerajaanPR, tidaklah seperti membuat kueh tahi itek atau kueh tahi babi.

YAB DS Najin Altantuya mendapat kerjasama dan usahasama penuh dari istana yakni Paduka Seri Sultan Perak sendiri. Mendapat bantuan dan sokongan padu solid dari SPR, PDRM, SPRM, Mahkamah/Hakim dan penjawat awam serta semua Media Kerajaan, dalam setiahaiwan bersekonkol untuk menjana dan memberi sumbangan haram masing-masing dalam kerjausaha merampas kuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram di Perak dengan berlindung BN-Umno itu ditembok istana Istana dan Paduka Seri Tuanku melantek MB2 Perak Darul Redzuan.


BN-Umno wajib uraikan pernyataan ini.


Umno-BN kaitkan Paduka Duli Tuanku Sultan menfitnahkan Tuanku yang rakyat baginda mendurhaka kepada Tuanku sejak rampasan kuasa haram dengan kerajaan haram BN-Umno di Perak. Apakah semua fitnah itu dalam pengetahuan dan naungan Paduka Duli Tuanku? Ampun tuanku! Sikap rakus dan kelanunan Umno-BN merampas kuasa secara haram dan menubuhkan kerajaan haram dengan mendapat laluan, sokongan dari istana.

Kini mamak pedukang boneka Najin Altantuya, mamak pedukang Dr Zambry dan barua-baruanya, mencipta istilah politik baru iaitu; menafikan dirinya dilantek Sultan sebagai MB2 haram Umno-BN. Semuanya menderhaka kepada Sultan Paduka Seri. Bilakah Paduka Seri Sultan mengeluarkan titah perentah murka secara mengatakan berdepan dengan seluruh rakyat Perak yang menafikan kepada mamak pedukang Dr Zambry sebagai menteri besar halal Perak semuanya menderhaka?

Bila Paduka Tuanku Sultan mengeluatkan titah perentah sebagaimana dakwaan mamak pedukang menjaja membela diri. Mamak pedukang jangan merekacipta mudah istilah durhaka. Bila Tuanku pinta mamak pedukang tolong sampaikan yang tuduhan rakyat sedang mendurhaka kepada Tuanku kerana tolak mamak pedukang sebagai MB2 bagi pehak Duli Paduka Tuanku? Sila maklumkan secara resmi bersurat untuk pengetahuan rakyat Perak wahai mamak pedukang. Hentilah lidah fitnah BN-Umno yang mamak pedukang adalah boneka semata-mata.

Kalau ada bila? Dimana Tuanku bertitah mengatakan semua rakyat Perak menderhaka kepada tuanku Baginda. Atau tunjukkanlah warkah kuning berchop mohor asli Paduka Seri Tuanku peristiharan secara bertulis dan hebahan dalam Khutbah Jumaat bahawa rakyat semua mendurhaka kepada beta kerana tolak mamak pedukang MB2 haram? Dimana warkah itu? Umno-BN sila sekarang tunjuk dan boktikan kepada sekelian rakyat Perak, sebagai alasan bokti sokongan mengesahkan rakyat Perak mendurhaka kepada Sultan dan Raja? Jangan menyalak adudumba menabur fitnah dan meniup api perkauman MENDERHAKA seperti anjing kurap tanpa tuan dan tempat berteduh.

Kalau Umno-BN tak dapat boktikan sekarang, nyatalah Umno-BN sebenarnya menderhaka kebawah Duli Pakuka tuanku Sultan Perak kerana membabitkan banginda mencipta kata-kata derhaka? Umno-Bn jadi anak jantan, buktikan tuduhan sebagai anak jantan yang anunya sebagai besi khursani bukan tuduhan pondan dibelakang mati Chow Kit KL. Maka saya simpulkan BN-Umno haram zadeeh dalam manipulasi minda rakyat. Mengajar dan mengajak rakyat derhaka setelah menggunakan istana, PDRM, SPR, SPRM dan beberapa jabatan purba turut juga mendapat bala. Untuk menghalalkan kerja haram BN-Umno yang terkutuk itu.


Rakyat Perak Darul Redzuan, Allah tunjuk gelanggang cara menghumban BN-Umno membaham bumi.


Maka sesungguhnya di medan PRK P.59 Bukit Gantang inilah PR/PAS dengan roh kekuatan, kesatuan kerjasama erat yang solid padu, umpama teras merbau dan teras cengal, yang diwelding simpul mati dikalangan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan untuk menemui durjana Umno/BN yang gila kuasa dan gila babi dalam tindakan tak ketahuan diluar norma ehsan.

Wahai rakyat dan pengundi Melayu! Wahai rakyat pengundi Cina! Dan wahai rakyat pengundi India! Anda semua adalah raja yang menjadi pengundi pada 7 April 2009 nanti di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Marilah kita simpul ikrar dan bersumpah baiah setia, bahawa kita akan memberi undi keramat kita dengan memangkah undi kepada calun PR dari PAS. Kita bertekad dengan membuktikan kita menolak Umno/Bn, Inshaallah.

Kita gandakan majoriti menang yang dimenangi oleh Allahyarham MP kita dahulu kesatuan dalam PR, PAS, DAP dan Keadilan, ayuh marilah kita bangun, marilah kita menghulurkan kepercayaan dan kejujuran serta keiklasan yang ditinta diletakkan dihati nurani kita untuk kita menebus dan mengambil kembali kerajaan PR yang dirampas secara haram, secara lanun oleh Umno/Bn. Kita lalui jalan tunjuk dengan memberi pukulan ko atau tko kepada calun Umno/BN dalam PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 yang mendapat sokongan rakyat “KETUANAN RAKYAT”, Inshaallah.

Sunday, March 8, 2009

MENANTI PRK N.25 BUKIT SELAMBAU

UMNO MELANGKAH LESU, LOOY TEMUI PENGUNDI DI
PRK N.25 BUKIT SELAMBAU.


SPR akur mengumumkan PRK N.25 Bukit Selambau mengikut skrip.

Sekali pun Umno-BN mempunyai power kebal yang super, dalam monopoli menguasai kekuatan haram sejak berzaman. Iaitu mewarasi pesaka salahlaku penyelewengan amanah rakyat dan amanah negara. Diantaranya adalah menguasai super kehendak-mengatur dalam menunggangi kekang seperti menaiki belakang babi utan ke atas SPR dalam memutuskan tarikh hari untuk PRK P.59 Bukit Gantang dan PRK N.25 Bukit Selambau. Perlakuan menjana rasuah ini sejak jenama lama BPR dan branding baru SPRM sememangnya Umno-Bn kebal tak makan saman, ianya digeruni oleh SPRM atau BPR.

Tarikh penamaan calun ialah 29 Mac 2009 hari Ahad sebaik Umno selesai bersidang pada 28 Mac 2009. Serta tarikh hari mengundi untuk PRK - N.25 Bukit Selambau Kedah dan PRK - P.59 Bukit Gantang Perak serta di ikuti PRK – Batang Ai Serawak adalah pada 7 April 2009 hari Selasa. Sememangnya SPR menjadi pak turut dalam mengurut batang anu Umno disudut menerima saka. Dalam penentuan PRU sekalipun tindakan yang luarbiasa dibuat kepada tarikh penamaan calun dan pengundian di PRK dihadapan kita sekarang.

Pentafsiran Mesyurat Agong pemilihan dan peralihan kuasa, bacaan mantik kitab muktabar politik pondok. Kerjalaku tersebut hakikatnya adalah merupakan fenomina rampasan kuasa terancang oleh DS Najib Tun Razak merampas jawatan Presiden Umno dan jawatan Perdana Menteri dari YAB DS Abdullah Ahmad Badawi. Luka yang parah, luka yang teperuak, bengkak bengkil, selak menyelak bogel londeh semasa berperang beradu kekuatan menjana jadi pemimpin Umno. Dalam suasana parah itulah mereka menerjun kekancah PRK serentak. Pasti mereka akan terus menajam persengketaan antara yang kalah dan yang menang itu, dilunggukkan kepada pengundi di 2 Bukit dan Sebatang, khususnya di Bukit Selambau ini.

PRK N.25 Bukit Selambau Kedah Darul Aman terpaksa diadakan kerana kekosongan disebabkan perletakkan jawatan oleh ADUNnya juga merangkap Exco KNK iaitu YB Encik V. Arumugam pada 8 Februari 2009 hari Ahad yang lepas. Beliau telah memberi alasan tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.
Selepas PRU12 pada 8 Mac 2009 yang lalu, Pakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan rakyat untuk memerintah Negeri Kedah, sebaik berjaya memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi. Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1). V. Arumugam yang mulanya bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai ahli Exco KNK.


Pengemis berprofil tinggi di Bukit Selambau - Membelon ulangjanji keji.


Tempoh PRU-12 yang lalu 8 Mac 2009 (yakni hari ini ketika menyiapkan isi blog ini genaplah setahun PRU12 berlalu)) dan PRK - N.25 Bukit Selambau pada 7 April 2009 Selasa masanya adalah genap 1 tahun 1 bulan (30 hari). PR-PKR, Umno-BN dan calun-calun bebas sekiranya ada, kembali menghadapi undi keramat pengundi. PR melalui PKR akan selesa menemui pengundi-pengundi dan pasti akan berdepan bertarong mempertahankan DUN ini dari direbut oleh BN – MIC serta menghadapi beberapa calun bebas upahan. Sudah pasti Umno yang mendideh nafsu untuk bertanding terus mengigit gusi. Tidak dilayan dan diberi peluang serta ruang oleh MIC khususnya Samy Vellu Presiden MIC di PRK Bukit Selambau ini.

Calun PKR dari keturunan India yang pasti mewakili PR dalam PRK N.25 Bukit Selambau ini, wajib memilih tokoh yang terpilih itu berkualiti, integriti, jatidiri setanding sekurang-kurang tetapi lebih dari tahap ketahanan integriti yang dipegang, ditelan dimamah oleh V. Arumugam tidak mengkhianati PR dan kepercayaan pengundi sekali pun berdepan dengan ugutan maut dan pelawaan mewah hidup yang secara haram dari tawaran Umno-Bn. Terima kasih setingginya V. Arumugam dan teruskanlah hidup dengan aman damai.

Kemenangan PKR mewakil PR dalam PRK N.25 Bukit Selambau ini amatlah utama dan penting. Kerana kemenangan tersebut dapat memenuhi komposisi kaum keturunan sedia menunggu jawatan Exco, kekosongan perlantekan kerana menunggu selesai PRK N.25 Bukit Selambau pada 7 April 2009 nanti memenuhinya. Jadi kemenangan adalah perlu untuk PKR dan amat perlu untuk PR dalam menangani iklim politik negara semasa yang cacamerba di tunggang oleh Umno-BN sebagaimana hancurluluhnya kerajaan PR di Perak dengan terwujudnya rampasankuasa dan kerajaan haram Umno-Bn dilahirkan.

Umno-Bn telah pun hampir sebulan memperkudakan beberapa jabatan kerajaan persekutuan turun mengemis dan amat sangat cakna dan mengambil perhatian dengan muka tebal di kawasan DUN Bukit Selamba ini, hinggalah menjelang 7 April 2009 ini. Broker politik Umno keluar masuk menemui pengundi Melayu dengan merimbun asap berkirap agar peluang PRK Bukit Selambau ini diberi kepada Umno untuk bertanding.

Juak-juak Umno memberi dan mengeluarkan kepelbagaian fatwa, alasan kenapa Umno perlu bertanding difaktorkan pengundi Melayu lebih ramai dari pengundi-pengundi India dan Cina. Kalau BN tidak memberi peluang kepada Umno bertanding dalaman Umno akan menaja calun bebas Melayu menghadapi PRK khususnya MIC-BN. Kelopak dan bunganya telah mengembang.


Bukit Selambau menjadi janji BN-UMNO/MIC, lambakan projek adhok. Pengundi kenyang muntah mengkelan projek angin.


Walaupun DS Najib Tun Razak sekarang ini, bertindak memindahkan untuk sampai tempoh 7 April 2009. Akan pejabat TPM dan pejabat Menteri Kewangan ditempatkan terus di Bukit Selambau atau di Bandar Amanjaya Sungai Petani beroperasi, saya membuat telahan awal kontang dan kosong jumlah ‘Bajek Mini’ diumumkan 10 Mac 2009 Selasa depan, dengan segala macam petunjuk, keburukan dan busuknya Umno, MIC dan BN itu sendiri serta kerajaan pusat BN yang ibarat jantan tua berbini 4 muda usia, keempat-empat bininya semuanya masih berstatus dara, kerana suami (Bn) tidak berupaya menyempurnakan tuntutan batin keempat bini tersebut. Lanie hakikatnya BN-Umno berdepan menghadapi fenomina muflis tunai.

Penduduk, rakyat dan pengundi-pengundi di N.25 Bukit Selambau, samada dikalangan orang Melayu, dikalangan orang India dan dikalangan kaum Cina, bahawa mereka sejak PRU12 8 Mac 2008 yang lalu, mereka telah merdeka dalam membuat pilihan pangkah mengundi calun. Mereka duduk dikampong, maupun diladang getaha atau kelapa sawit, mereka mampu membaca akhbar didalam bahasa ibunda mereka iaitu India dan Cina dengan harga yang amat murah. Surat khabar yang menggunakan lidah bahasa ibunda mereka tidak kecoh dan menipu dan manipulasi berita. Hatta terdapat akhbar mereka yang dicetak keluar edar jual 2 kali sehari. Mereka celek berita dan celek maklumat. Terdapat ramai dikalangan mereka yang mampu melayari jalor lebar.

Sekalupin orang Melayu sudah pupus akhbar bahasa dan tulisan ibunda mereka yakni tulisan jawi-arab sejak 40 dahulu. Ketua dan Penghulu yang bertindak menghapuskan tulisan Melayu Jawi, Akhbar Melayu Jawi adalah pemimpin dan Menteri Pelajaran Umno. Tulisan Melayu telah dikuburkan oleh Umno itulah jasa keramat dan jasa teragung Umno/Perikatan, Umno/Bn mengkuburkan Tulisan Jawi akhbar-akhbar Jawi dan Majalah-majalah Jawi untuk seluruh negara. Umno dan pemimpin Umno dan pemimpin pewaris Umnolah yang bertanggunjawab mutlak menkafan, menguburkan tulisan jawi dimuka bumi Tanah Melayu ini bersekali dengan kuburnya nama negaranya.

Musnah menjadi padang jarak padang terkukur mereka pula sejak 6 tahun yang lepas 2003 dikepalai oleh mamak PM Mahathir Mohammed Kutty telah mengeluarkan perbelanjaan wang rakyat/wang negara sejumlah RM5.2 billion untuk memusnah pula tempoh 40 tahun pula Bahasa Melayu di Bumi Malaysia dengan mewajib PPSMI dan menafikan Bahasa Melayu. Umno-BN/Mahathir Kutty membelanja kira-kira lebih kurang RM867,000,000,00 membelanjakan wang setahun untuk meruntuh dan memusnahkan Bahasa Melayu.

Rakyat negara khususnya pengundi Bukit Selambau menghala soal dan pertanyaan kepada pemimpin Umno khusus dan khasnya kepada Menteri Pelajaran Datuk Hishamuddin Tun Hussein kalau sejumlah wang RM5.2 billion dan agihan setahun RM867,000,000.00 dibelanjakan untuk mengembali dan mertabatkan kembali Tulisan Jawi dan penguasaan membaca Jawi, bayangkanlah bagaimana kemajuan dan melonjaknya bilangan yang mampu ditahap terbaik kembali menguasai Jawi membaca dan menulis hatta progrem mendaulatkan Bahasa Malaysia. Tetapi pitih, duit, wang sejumlah itu mereka gunakan untuk memusnahkan Bahasa Melayu secara terancang. Setelah mereka berjaya kafan kuburkan Tulisan Jawi, akhbar Jawi yang tinggal jawinya adalah di Perlis dan di Seberang Prai Pulau Pinang setahu saya.

Justeru orang Melayu Bn-Umno tak mampu terus menipu di PRK N.25 Bukit Selambau apalagi kelmarin, semalam 7 Mac 2009 Sabtu mereka melihat Pahlawan/Wira Bahasa, Seniman dan para Profesor yang turut serta 120 NGO dengan rakyat mahen 150,000 dari kalangan pelbagai bangsa turun bahu membahu membantah Umno-BN tentang penggunaan PPSMI untuk menghapukan pula Bahasa Melayu sekalipun berdepan peluru pemedih mata dan air beracun disemburkan. Melayu Bukit Selamba ingat tentang ini. Mereka berpadu pangkah bersatu hati untuk mengurangkan sebanyak yang mungkin undi dicapai oleh MIC/BN dengan memberi kemenangan besar kepada PR-PKR pada 7 April 2009 nanti, Inshaallah.

Kaum India dan Cina mereka tekah melihat dan merekodkan apa yang kerajaan melalui agen pemusnah berlesennya keatas M. Kugan dan baru-baru ini berhampiran dengan kita di Karangan. Peristiwa pembunuhan tembak oleh pemegang lesen pembunuh wakil Umno/Bn sekalipun rakyat serender meletak tangan diatas kepala, peluru terus memuntah membunuh. Kami perhati, kami menyaksi dan kami mendengar. Yakin dan percayalah kami kaum India dan Cina akan menterjemahkan undi kami ini lanjutan dari undi PRU12 dahulu dengan lebeh besar dan lebih bergaya untuk memenangkan calun dari PR diwakili PKR untuk kami memdapat kembali status Exco kepada ADUN kami yang baru.

Perkataan yang keluar dari lidah TG Nik Aziz MB Kelantan dan tuturkata diluahkan oleh Presiden PAS TG DS Haji Abdul Hadi Awang, kami lebeh menyaki dan mempercayainya dari yang berhambur keluar dari mulut Samy Vellu dari MIC. Kami menunggu untuk mengajar dan menolak BN-MIC di Bukit Selambau pada 7 April 2009 nanti.

Saturday, March 7, 2009

UMNO BUKA SATU DEMI SATU DAN BERMUSUH DENGAN PAKSINYA

UMNO BUKA SATU DEMI SATU DAN BERMUSUH DENGAN PAKSINYA.
UMNO DIPERKASAKAN OLEH : PDRM, SPRM, SPR , RTM & TV3 & CO.


Hari ini, Sabtu 10 Rabiulawal 1430 bersamaan 7 Mac 2009, rakyat kembali mengusung ‘Keranda 152’ yang telah diusung oleh Wira Bahasa, Wira Bangsa genap 42 tahun 4 hari yang dilakarkan ketika dulu diantaranya oleh Almarhom Tun Syeg Nasir Ismail, Tongkat Waran, A Samad Said dan ramai lagi maaf tak mampu membariskan disini.

Pra perhimpunan dan amanat yang dicanai dan disepuh diawal malam di Dewan Dato’ Fadzil di Taman Melewar oleh pimpinan panglima Bahasa dan Budayan serta Pimpinan Tegar Pas dalam ikrar janji, ikrar perjuangan dalam mempertahankan pemimpin untuk besok di hadapan Istana Negara, hari ininya berbaloi.

Saya ingin mendengar tinta suara hatinurani yang keramat dan berkat dari Datuk Dr Hassan Ahmad, Bapak A Samad Said, Profesor Ameritus Dato’ Dr Nik Safiah, Profesor cendiakawan ilmuan yang lain khusus Cikgu Kain Pelikat amat ku hurmati. Apakah rakyat membiarkan datuk dan nenek mereka sejak jam 1.00 th terkial-kial kesaorang menghadapi serangan wakil upahan Umno mengganas dan provokasi ketenangan rakyat nak ke Istana Negara?

Tidak yakin dan tidak percayakah datuk dan nenek serta budayawan ilmuan kepada pimpinan dan kesungguhan dan istiqamah kepada TG DS Hadi Awang, Mat Sabu dan lain-lain, semuanya menerima resiko seksa dari penjawat awan negara yang mewakili pehak Umno memusuhi rakyat yang berbeda pandangan dan pendapat dengan Umno, semuanya adalah penderhaka.

Maka itu semua rakyat ini wajib diseksa dengan bom asap dan ayer beracun yang mereka warisi dari Zionis Yahudi disudut cara-cara menyeksa dikalangan kita. Mereka (Umno) lupa yang mengetuai perarakan 150,000 hari ini adalah dulunya adalah diantara paksi-paksi yang mengukuhkan Umno dan kini bila mereka yang alim dan laduni dalam racun semilu di PPSMI ini merayu kembali menobatkan BM dalam pembelajaran S n M, mereka tidak rela ditandu cucuk hidung. Sisa denyut Umno kini adalah PDRM, SPRM, SPR , RTM & TV3 & CO.

Hari ini rakyat bersama mereka dan keringat yang digembeling kira-kira 50 hari berjaya mendapat kejutan dan respon pantas dari Pak Lah. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sain dan Metematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan isu yang lebih besar tercetus.

Kita ulangkan dalam masa terdekat, sekiranya Umno masih keras pedal dan pekak badak menganjurkan bantahan dengan menganjurkan Perarakan Perdana PPSMI2, Inshaallah. Pandangan pribadai saya, wajarlah semua kita terus padukan kesatuan dan sokongan dengan dalam PRU13 ini dengan kita memangkah undi kita kepada PR samada PAS, DAP atau PKR mengikut kesesuai calun yang ditentukan.

100,000 HIMPUNAN TENTANG PPSMI

100,00 HIMPUNAN ISTANA NEGARA, CAKNALAH.
RAKYAT MEMBANTAH MAHATHIR & CO BELANJA RM5,200,000,000.00 UNTUK MUSNAHKAN BAHASA MELAYU SEPERTI MUSNAHKAN TULISAN JAWI YANG BERKUBUR.


Masa yang berbaki untuk detik 7 Mac 2009 bersamaan 11 Safar 1430 hari Sabtu sudah tidak sampai 7 jam tempohnya ketika mendada blog ini. Pesan dan memesan sahaja yang mampu dijanakan, mudah-mudahan detik ketika masa keramat itu sekiranya tidak berlaku hari kiamat, InshaAllah pasti berlaku perarakan rakyat negara. Kita sinsing lengan tangan bahu membahu diantara satu dengan satu, dikiri kanan kita Cina dan India dan semua keturunan dalam negara tercinta Tanah Melayu-Malaysia.

Kita meneruskan keringat airmata wira pejuang bangsa mempertahankan Bahasa Ibunda – Bahasa Melayu bahasa negara untuk semua yang pernah dilakarkan ketika dulu disaat saya awal usia remaja, mengikuti abah ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur berkeretapi dari Arau ke KL. Kerana Pahlawan Wira Bahasa Melayu yang berasal dari Sanaa Hadratulmaut Yaman ketika itu (maaf - samada Pengerusi atau Pengarah DBP) mengirim surat menjemput abahku sebagai kawanya jua akrab kepada Almarhom Syed Jaafar Syed Hassan Albar (yang datuknya sekampung) ke DBP oleh Tuan Syed Nasir Bin Syed Ismail.

Sakelian anak muda yang menghadziri diri turut serta dalam perhimpunan dan perarakan tersebut, kawal dan santunlah diri anak-anak semua dengan dibajai dan disaluti akhlak yang mulia, tingkah laku budi pekerti. Supaya diri kita tidak dikembiri dan dihala dengan tohmohan oleh musuh dan lawan kita Umno yang mewakilkan kekuatan polis-tentera. Ingatlah wahai anak-anak muda perkasa penjana keamanan, bersama anda yang mengetuai dan mendahului perarakan adalah diantara tokoh-tokoh penting dalam bidang masing-masing. Baik selama dan semasa dalam perkhidmatan Kerajaan maupun diluar perkhidmatan kerajaan.

Mereka adalah datuk dan nenek kamu semua yang sejak dulu lagi mereka laduni mengetahui dan merasai tindakan pemerentah dahulu pasti kalau disepikan diri dan dinafikan tanggungjawab, maka kemusnahan dan pupusnya BAHASA MELAYU di Tanah Melayu-Malaysia pasti berlaku. Ketika datuk dan nenek kamu remaja dulu seperti anak cucu hari ini Sabtu 7 Mac 2009, dahulu iaitu pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, tepat 42 tahun 4 hari dipentas keramat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan kehadiran wira menjangkau lebih dari 2,000 dengan sokongan dan dukongan lebih dari 100 badan NGO dahulu.

InshaAllah sekiranya Allah mengizinkan tokoh-tokoh bahasa yang akan diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad mantan KP DBP merangkap Presiden GMP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Nik Safiah Abdul Karim, Dato’ A Samad Said Sasterawan Negara, Profesor Dr Awang Sariyan, Dato’ Baharudin Zainal (Baha Zain), Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain, Cikgu Azmi Hamid Presiden Teras, Profesor Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato’ Dr anwar Ridhwan dan ramai lagi baris pejuang pengamal Bahasa Melayu, sasterawan, budayaan yang semuanya ketahuan membangun membantah PPSMI.

Wahai wira pahlawan pejuang bahasa! Wahai wira pahlawan pejuang Budaya dan Sastera! InshaAllah hari ini 7 Mac 2009 hai Sabtu bersamaan 10 Rabiulawal 1430 bapa-bapa, datuk-datuk dan nene-nenek Negarawan sakelian anda tidak dikelompok anda mempertahankan Bahasa Melayu. Kami anak-anak dan cucu-cucumu akan bergandingan tangan mempertahankan hak dan kewajiban secara bersama dan bersekali tersusun, kita tentang dan kita lawan. Percayalah kepada kami akan anak cucu ini, sebagaimana kami percaya dan yakin datuk dan nenek tidak lari, kami bergalang ganti diri mendinding datuk nenek jam 2.00 petang nanti.

Kami anak cucu berjanji, seurat bulu roma datuk dan nenek kami tidak gugur angkara berdepan dengan perkakas upahan, pecacai Umno yang bersalut atas nama uniform PDRM. Kami galang Ganti kami mengulangi ikrar keramat ini. Budayan dan negarawan bersama kita adalah YB TG DS Haji Abdul Hadi Awang, YB DS Anwar Ibrahim, YB TN Lim Keat Siang, Datuk Abu Bakar Chik. Kita ada Cikgu kain pelikat, dan ramai pimpinan politik.

Datuk Dr Hassan Ahmad, Bapak A Samad Said, Dato’ Dr Nik Safiah dan Ilmuan yang lain, peganglah, yakinlah Mat Sabu tidak akan membiarkan anda semua dihina. Mat Sabu adalah pengalang ganti. Ia berpengalaman kepalai perarakan besar-besaran memimpin dan memimpin. Pengalaman tunjuk perasaan sejak remaja sampai la disudut ini mungkin saya mengiktirafkan Mat Sabu telah sampai Profesor Emeritus Dr. Mat Sabu telah lulus semua tunjuk perasaan. Mat Sabu mampu menyelesaikan dengan kelokap dan ke ISA. Jadi Ilmuan semua percayalah dengan Mat Sabu.

Anak-anak muda diberikan maklumat dan info disini, bahawa puak-puak UMNOlah sejak dahulu hingga sekarang dan seterusnya cuba mengkafan dan mengkuburkan mentalkinkan BAHASA MELAYU didalam negara kita untuk tempoh jangka panjang 30 tahun masa hadapan. Mereka merekacipta alasan untuk mengkafankan BAHASA MELAYU dengan bersembunyi disisi petualang durjana pelaksanaan PPSMI - PEMBELAJARAN PENGAJARAN METAMATIK dan SAINS DALAM BAHASA INGGERIS. Umpama kata Pak Samad Said “Mereka pemimpin Umno memiliki telinga satu yang pekak; serta memiliki lidah yang berlapis lagi bercabang, sjak dulu, sekarang dan sampai kiamat”.

UMNO melalui Menteri Pelajarannya yang terdahulu sampai Datuk Hishamuddin Tun Hussein Oon terus menipu rakyat negara seterusnya. Bila rakyat menentang mereka membohongi dengan sesungguhnya fakta pembohongan bahasa dengan dilaksanakan PPSMI ini anak orang kampong pembelajaran Metamatik dan Sains telah meningkat. Mereka bohong. Mereka menurunkan serendah-rendahnya garis tahap lulus. Amat ajaib penipuan dan pemalsuan pemarkahan dibuat. Pasti dihadapan sana anak orang kampong lulus tapi hakikatnya kandas dalam realiti peperiksaan.

Samalah untuk memudah pahamkan rakyat, sebagaimana penipuan dan pendustaan pemimpinan Umno mewar-warkan untuk meningkatkan ekonomi Melayu dengan mengistiharkan menurunkan garis pemisah papa susah miskin dengan peristiharan, “Setiap orang Melayu yang memeliki wang tunai RM1,000, tanah 3 ekar maka perjuangan Umno sejak dulu sampai kiamat telah membebaskan belenggu orang Melayu dari papa kedana menjadi jutawan”. Justeru, samalah keadaanya matlamat selogan beracun PPSMI dengan kisah yang saya nukilkan untuk melonjak minda.

Dengan doa restu semua pejuang yang berlapang masa, waktu diizinkan kesihatan sihat. Mudah-mudahan pekak menjadi dengar, keras menjadi lembut. Sekiranya terus keras membuta, kita leburkan mereka dalam PRU13 dan buangkan mereka dinegeri-negeri dan negara. Kita kembali tahtakan BAHASA MELAYU, InshaAllah.

Wednesday, March 4, 2009

ANAK BAPAK

ANAK BAPAK, TERJUN KE TEMPAYAN CENCALUK; BIAR BATANG DAN TELUR ANU TERENDAM.


Pengalaman ayahndanya sebagai orang besar bergelar istana – orang dalam, disamping kong kalikong menguasai politik negeri dan politik negara yang berjayamaju gelaran tersebut dipusaki oleh anakondanya YAB DS Najib Tun Razak. Kejayaan terbesarnya adalah menjuarai kerjapintar dalam merealisasikan gerakerja rampasankuasa Umno-Perikatan cap kapal layar dan Umno-BN cap dacing, yang mana dacing itu dimansuhkan digantikan dengan timbangan kilonya oleh Tun Dr Mahathir Muhammed Kutty. Titih jiwa Bugis sebagai pahlawan yang takketahuan, atas nama demokerasi yang busuk hati adalah kedepan diluar nurma dan susila luhur demokerasi.

Rakus dan dzolim memperalat serta menungani dan memperkudakan seluruh alat dan lojistik awam dan negara, bertindak dengan melanun menceroboh merampas kuasa beberapa kerajaan negeri yang diperentah oleh parti saingan kepada Umno-Perikatan/BN dan MCA/Perikatan. Mengaburi dan menipu sepanjang zaman dengan menghalalkan apa saja kesempatan dan melalui kuasa ditangan sebagai senjata. Mengganas dengan berpayung berselindung pada pelbagai alasan, cara dan tindakan biadap seperti samseng lanun kata anak muda lanie umpama geng, ya! Gengstar, sanggup menggunakan peledak peletup C4.

AyahndanyaIa berjaya merampas negeri Terengganu dan Kelantan dari PAS, memusnahkan kerajaan Gerakan di Pulau Pinang. Memporak perandakan kerajaan negeri Sabah dan Serawak. Mencipta isu dan meniup asap api perkauman dengan menafikan parti-parti yang menang dalam PRU 1969 untuk menubuh kerajaan negeri di Selangor dan Perak. Di galang dan di halang. Bertindak memansuhkan banyak kawasan DUN yang dimenangi pembangkang di Selangor. Serta bertindak mewujudkan Kuala Lumpur sebagai ibu Negara. Dayatipu dan manipulasi ini maka barulah rampasan haram berjaya dengan UMNO/Perikatan melalui Almarhom Datuk Haron Idris menubuhkan kerajaan Selangor. Manakala di Perak lebih kurang sama cara dan kaedah digunakan. Tangkap seksa, beli dan tipu ADUN, maka Umno/Kapal Layar tubuhlah melayari kerajaan.

Bapak borek anak rintek dan anak bapak yang kepala bapak. Kong kalikong dan tujoh keturunan kerja pesaka bapak borek anak rintek ini barulah terlepas, orang tua-tua kata. Ianya bukan hadis bukan al Quraan tetapi pengalaman ingat orang lama yang relevan membaca minda. Kebenaran kata orang tuanya ternyata. Kini anaknya telah mewarisi kepala lanun dengan azam kesumat dendam dan sebagai taruhan markah untuk pengesahan sokongan merampas jawatan Presiden Umno dan merampas jawatan Perdana Menteri atas nama peralihan kuasa.



Hakikatnya adalah lanun merampas kuasa teranang ala iT alam jalor lebar style glokal menerajang tendang turun YAB DS Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan Presiden Umno dan jawatan Perdana Menteri inilah pentafsiran yang banir dan akar serabut jahil memahaminya. Kalau sesama Umno sanggup menggunakan peledak peletup C4, apalah sangat kerajaan PR di Perak Darul Redzuan. Samalah dengan style bijaktelajak ayahndanya menubuhkan Majlis Tindakan Negara – Mageran oleh ayahndanya selepas PRU 1969. Terajang perlembagaan dan digantung peranan Parlimen dan semua DUN untuk pantas merampas menjadi PM ke2 negara.

Inilah bibit najis caranya ayahndanya ligan dan nyahkan YAB Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj sebagai Perdana Menteri juga sebagai Yang Dipertua Agong Umno ketika itu. Anak bapak, cara-cara itulah anakonda sulongnya YAB DS Najib Tun Razak menguasai Umno dan menguasai jawatan Perdana Menteri. Kalau ayahnda berjasa merampaskuasa negeri-negeri seperti dinyatakan awal tadi, maka kuah tumpah ke nasi; najis bukan Najib lepas kejamban. Maka kepala lanun warisan ini telah merampaskuasa dari kerajaan rakyat Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR kepada kerajaan haram, haram zadeeh Umno-BN adanya.

Sebagai diantara pewaris orang besar dan orang berpengaroh orang istana yang utama di Pahang. Gampang sisek dan galur inilah ianya mendapat gayung bersambut daripada istana Bukit Chandan bukan chandan kirana. Pintu gerbang dan pintu istana dan karpet kuning dibentangkan tradisi menyambut memperagakan lanun datang menyembah. Menerusi bisa perbincangan dengan lidah yang paseh bokti palsu yang menjadi asli mengkaburi mata Shah Tuanku dengan kelebihan value added berbekalkan bahasa tinggi istana diwarisi sejak datuknya. Maka Paduka Sultan Perak yang mantan Ketua Hakim Negara yang alim dan waraknya dalam undang-undang, dunia semua mahluk diplanek bumi memperakuinya. Tetapi Paduka Sultan Peraklah tidaklah mempunyai kekebalan ‘maksum’.

Maka bermulalah bias istana kepada rakyat Tuanku Baginda diporak perandakan oleh pendatang dari negeri Pahang mendatang sembah. Hancur luluh harapan dan sanjungan dan kepercayaan rakyat marhean kepada Duli Paduka Tuanku dan doa-doa untuk Tuanku oleh rakyat marhean terhenti dan terkedu ditunjuk lafazkan di Masjid Ubudiah disaat Tuanku memecat YAB MB Ir Nizar. Dalam ilmu dan firasat Duli Tuanku Paduka, kalau inilah bukan caranya; pasti Umno-Bn yang berjasa kepada beta dan keluarga tidak terbalas. Kalau bertindak membubarkan DUN Perak dalam falaq Umno-Bn hatta arif minda Tuanku pasti disuasana PRK Negeri kerusi BN yang ada 28 akan tinggal gusi.

Faktor ini Umno-Bn mengerti dan amat-amat memahaminya mengikut mud rakyat mutakhir ini. Maka caranya adalah melanun dan merampaspuasa dengan mendapat perkenan tuanku Paduka Baginda. Umno-Bn dan Paduka Tuanku berjaya, tapi Tuanku. Tuanku untung menubuhkan kerajaan haram Umno-BN dan bertentangan dengan rakyat duli Tuanku sendiri yang bilangannya ¾ adalah berpehak kepada kerajaan PR yang dipimpin oleh YAB DS Ir Nizar yang Duli Tuanku lanteknya sebaik selepas PRU12 8 Mac 2008 dulu. Rakyat akan terjermahkan pertentangan dengan keputusan Duli Tuanku didalam PRU P.59 Bukit Gantang nanti. Lagenda dan episod selanjutnya akan terurai.

Bagi kerajaan PR yang dipimpin oleh YAB DS Ir Nizar bersama saf Exco yang Duli Tuanku lantek dulu berserta semua ADUN PR yang lain, hatta bersama rakyat marhean dan rakyat jelata pelbagai kaum keturunan pasti mempertahankan kerajaan ini. Sekalipun jiwa dan roh mereka tersiseh dari jasad. Mempertahankan kerajaan adalah wajib sifatnya oleh pemimpin, itulah yang menjadi pegangan kerajaan PR dan pengikut mereka, pengundi dan rakyat jelata. Tuanku bersama Umno/BN; tetapi rakyat jelata bersama PR. Tuanku itulah pendirian kerajaan PR dan rakyat Tuanku keatas kerajaan halla mereka yang Paduka Tuanku lantek dulu bukan buah ulu.

DS Najib dan DS Ahamd Zahid Hamidi mereka pasti mempertahankan kerajaan haram rampasankuasa ini seperti terjun kedalam tempayan cencalok dan tempayan budu sampai kebatang dan telor anu terendam, mereka mempertahankan. Apakah Tuanku akan turut serta? Atau Tuanku membubarkan DUN Perak dan PRK Negeri diadakan untuk kembali yang kusut menjadi lurus. Serta rakyat menentukan kerajaan yang mereka pilih bukan kerajaan haram melalui pintu istana. Untuk rakyat kembali menaungi dan mendaulatkan, mendoakan kebawah Duli Tuanku dan Keluarga, adanya.

YAB DS Ir Nizar dan kerajaan beliau telah mengejutkan Paduka Duli Tuanku, kerana Persidangan tergempar diadakan sekalipun di perkarangan parking kereta dibawah pokok. Nizar dan sakelian Exco dan ADUNnya dengan saorang wira bernama Speaker telah mencipta sejarah negeri Perak, sejarah Negara dan sejarah Dunia. Ya! Donia telah tahu bahawa para pengamal undang-undang dunia mengenali akan Raja berkuasa yang Ahli DUN negerinya bersidang dibawah pokok, macam cerita Tan Sri P. Ramli yang dah menjadi realiti. Pasti Duli Paduka Tuanku Sultan amat amat bangga dengan keadaan yang pembabitan langsung Tuanku menghancurkan Perlembagaan Negeri Perak menjadi pasir berdamar bukan Pasir Remis

Tahta kuasa ditangan duli Tuanku, pisau peledak C4 bersama Tuanku, sekelian sebahagian rakyat yang mempertikai kebiasan dan berpehak kepada lanun Umno/Bn itu rakyat Tuanku mendurhaka kepada Tuanku?

Sunday, March 1, 2009

BERPAYUNG DI UMBI KUNYIT

BERPAYUNG DI UMBI KUNYIT


Ingat Mengingati.

“Maka ingatkanlah, kerana sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin. - (Surah Az-Zariat : 55).

“Sesungguhnya Allah memerintah kamu untuk menunaikan amanah (tugas yang menjadi tanggungjawab) kepada yang berhak. Sekiranya kamu menentukan hukum di antara sesama manusia hendaklah ditetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi nasihat kepada kamu dengan nasihat yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah selalu mendengar dan memerhatikan. - (Surah An-Nisa’ : 58).

“Maka perlihatkanlah olehmu (hai Muhammad) kepada apa yang diperentahkan, dan berpalinglah engkau dari orang-orang yang memepersekutukan Tuhan. Sesungguhnya Kami (Allah) yang memelihara kau dari orang-orang yang memperolok-olokkan. - (Surah Al-Hijr : 94 – 95).

‘Orang yang paling banyak mnegalami ujian (bala’) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih muia, kemudian yang lebih mulia. Seseorang diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat (kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkan berjalan bebas di atas muka bumi’. - (Hadis diriwayatkan : Bukhari, Ahmad dan at-Tarmizi).


Sah meyuloh dikala rembang; Sah menaungi di umbi kunyit.


Usaha-usaha penafian dan canang menyangkal oleh komponan & Co, Umno dan BN Negeri Perak - Umno Pusat terhadap episod pra sampai hampir menjangkau sebulan ini. Iaitu pembabitan langsung Putrajaya yang diketuai oleh TPM/Menteri Kewangan/KPB UMNO NP yang baru YAB DS Najib Tun Razak dengan kembar Siamnya MDJP/TKB UMNO NP juga yang baru YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi kini sah terserlah berasas dan berakar, bukan reka-rekaan fitnah dari para pembangkang, para blogger dan sekelian peminat politik glokal yang nama tajanya oleh DS Najib Tun Razak 2-3 tahun dulu.

Ianya mempunyai kebenaran dan realiti yang sentario global mengetahuinya. Fenomina ini disahkan berulangkali oleh YB Dk Dr Zambry Abdul Kadir disaat dirinya terkuak dan terkebil-kebil terpaksa menghadapi rakyat Perak secra solo berdepan menghadapinya mencari alasan.

Dr Zambry tidak kesempatan membuka kitab politik yang muktabar. Sekalipun beliau menjadi bidan pilihan kepada TPM/YB Ahmad Zahid Hamidi untuk mengurus melahirkan anak haram melalui kerja haram rampasan kuasa sekali pun bukan ala tentera membunuh. Tetapi pembunuhan telah berlaku dengan mendapat sokongan dan usongan, sekalipun beban dipikulnya seberat Bukit Larut. YB Dr Zambry AK sekarang berketik berkukuk, mengaung dan menguak serta mengembek memperjelaskan untuk pengetahuan rakyat negeri Perak khusus dan khasnya bahawa beliau adalah “Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak”.

Hatta peranan dari Putrajaya dan Bukit Chandan menobat MB Perak Ke2 ini diperakui sendiri oleh YB Dr Zambry AK setiap kali berdepan berjumpa rakyat Perak. “Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak”. Mesti patuh, taat setia kepada saya. Kalau enggan dan engkar, degil dan keras kepala turut memperakui menobatkan saya sebagai Menteri besar lantekkan Sultan. Kamu semua adalah penderhaka, ya! Rakyat penentang adalah penderhaka. Pantang Melayu menderhaka kepada raja, raja-raja Melayu. Saya biarkan kes dan rekod menderhaka lawan raja dan sultan kepada teman-teman bloger yang lain membuka kitab derhaka yang sifunya adalah dari nisab dan baka Umno jua mulanya.

Kilau membuta Lantek MB Perak Ke2.

Jelas dan sahlah Peranan penguasa Putrajaya yang diketuai oleh DS Najib dan DS Dr Ahamd Zahid Hamidi menjadi kepala dalam perancangan merampaskuasa kerajaan negeri Perak yang sah kerajaan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dilantek oleh Paduka Sultan Perak dengan 2 kali pintu Bukit Candan dibuka luas disambut dan mendapat maklumat sebelah pehak info dan jalanan rampasan kuasa oleh DS Najib dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Salah putus dan salah pandang secara langsung membiaskan sokongan dan dokungan kepada satu pehak dan membelasah disatu pehak yang menghasilkan pahit umpama jadam, hitam bak pungkor kuali. Di Perak 3 fungsi utama intitusi yang memulihara dan memertabatkan negeri Perak Darul Redzuan selama ini, telah berkecai seperti pasu bunga seramik terhempas kelantai. Bacaan dan tanggaban rampasan kuasa non tentera itu dapat diatasi dalam tempuh 24 jam, rupa-rupanya ianya menyimpang dan meleset. Untung seringgit rugi sekoyan, dari carek menjadi koyak robek dan yang condong menyembah bumi. Sampai keperengkat mengepak mengorak mendapat sifu bomoh dan dukun dari anak cucu Queen London.

Kerajaan MB Ke2 dan Exco 6 umpama Kerajaan Haram Buangan Perak disudut bacaan dan penerimaan akar tunjang, akar serabut hatta sampai kebanirnya oleh sebilangan besar oleh rakyat Perak Darul Redzuan. Ianya diperkuat dan diperkukuhkan dengan alasan jelas nyata, UMNO-BN takut menghadapi rakyat dalam pilihanraya. Keberanian menjadi lanun moden merampas kuasa menubuhkan kerajaan haram boneka DS Najib semata-mata. YB Dr Zambry AK menghidup dan gerakkan kerajaan haramnya mengikut keluhuran DUN dan kehendak rakyat Perak adalah dengan dinobatkan seterusnya oleh akhbar perdana milik UMNO, RTM dan TV3 & Co.

Dan sekali sekala diperkuatkan dengan amaran kepada rakyat berbentuk nilai cara jalan tunjuk bergerak menjana merealisasikan kerajaan haram kepada Dr Zambry oleh PM DS Abdullah Ahmad Badawi dan pencetus no wahidnya DS Najib Tun Razak. Sekalipun mereka telah menyedari dan tidak dapat menipu hati kecil mereka sedang berperang dengan nafsu menyesal dengan mengheret istana Bukit Chandan dan Paduka Tuanku Sultan untuk menyokong gagasan haram pencabulan perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Mantan KHN ianya tidak mempunyai sifat maksum, walaupun berpengalaman tetapi disudut mutakhir ini, rakyat kesal dengan Umno yang mengheret istana membela mereka.

Peranan besar secara terus dan langsung oleh SPR dan kerjausaha semangkok dari komponan baru SPRM ianya menjadi tulang belakang dan tulang kering terwujudnya kerajaan haram rampasan kuasa di Perak. SPR dan SPRM menjadi alat utama dalam menyimbah najis dan semua jenis kekotoran kepada kemuliaan DUN Perak. PDRM juga meneruskan kerja-kerja keji mereka selama ini.

Mereka (SPR, PDRM dan SPRM) telah menempah jasa besar keatas tuan mereka selama ini iaitu Umno-BN. Khususnya dalam kes terpilih dan terancang ini kepada Umno Perak, dengan menghancurkan fungsi dan intitusi DUN Perak yang Speakernya dihina dan dinafikan bidang kuasa mutlaknya dengan mencipta sejarah dunia dan hari ini dalam sejarah apabila bidangkuasa Speaker dinafikan oleh pehak-pehak lain semata-mata berfungsi mewujudkan rampasan kuasa non tentera dalam mewujudkan kerajaan haram di Perak Darul Redzuan.

Ciptalah seluas Pulau Pangkor dengan alasan untuk menghalalkan kerajaan haram Umno-BN hasil Rampasan kuasa tersebut. Rakyat tidak dapat menerimanya. Rakyat menafikannya. Rakyat telah membuat hukum iaitu umpama ambil air kencing basoh pungkor akan kerajaan Dr Zambry itu; bersih dan sucikah ia? Itulah katapadu yang tepat dihalakan kepada kerajaan haram Dr Zambry hasil Rampasan kuasa. Sekat dan nafilah mengikut citarasa Dr Zambry. Rakyat sedang menunggu untuk merealisasikan amanat keramat dari Sasterawan Negara Bapa A. Samad Said terjermahlah kuasa kita kedalam peti undi di Parlimen Bukit Gantang nanti.

Undi simpati rakyat dari Melayu, India dan Cina akan telentang di Bukit Gantang calun UMNO-BN letaklah sapapun calun dari BSN, calun dari jenis Jin. Kalau Jin dari jenis manusia kita ketahui makanannya. Kita bisa menguruskan Jin, sekalipun calun BN itu Jin, PR mampu menewaskannya, Inshaallah saya yakin dengan ini.
(Nota: Saya terkedu sebaik kembali dari HK peluang membuka blog Harakahdaily rupa-rupanya mantan Ketua Pemudaku Ustaz Wan Jamil meninggal dunia (almarhom menjadi KDP PAS Kelantan menggantikan YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman MP Pengkalan Chepa) Timbalan KDP PAS Kelantan ketika itu adalah Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali. Saya adalah anggota DHP PAS Kelantan ketika itu. Saya mengenali dan rapat dengan Almarhom Ustaz Wan Jamil ini adalah melalui Almarhom Ustaz Ismail Awang MA – YDP PAS Tumpat dan mantan Calun Parlimen Tumpat. Alfatehah untuk almarhom Ustaz. Ustazah dan anak-anak sabar dan doakanlah semuga Almarhom Ustaz rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh para nabi dan rasul – Saya tatapkan disini gambar penyaksian sokongan dan Ustaz memberi sokongan total kepada pengesahan Ustaz Nik Aziz Nik Mat ketika berdepan dengan Ayah Mat dulu)


(PIMPINAN DEWAN HARIAN PEMUDA PAS KELANTAN & PIMPINAN SISWA, SEBELUM KULIAH NIK AZIZ NIK MAT BERGANDING TANGAN MENGISTIHARKAN SOKONGAN TEGUH PADU DIATAS PIMPINAN ULAMAK. PAGI JUMAAT PERTAMA SELEPAS KEMBALI DARI MUKTAMAR 1982 DI DBP KUALA LUMPUR. KELIHATAN NO.2 -DARI KIRI ALMARHOM USTAZ WAN JAMIL- TKDPPK KETIKA ITU, NO.3 - HUSAM MUSA -UM, NO. 4 - MUHAMMAD HUSSAIN UM-MP PP DAN NO. 5 HASHIM HAJI OMAR - Maaf photo lama berumur 27 tahun)


Dalam suasana leteh lesu memikul kesihatan dan pilu mengenangkan teman seperjuangan telah kembali menemui Allah. Teman dan sahabat-sahabatku yang telah meninggal dunia fana ini telah ramai, diantaranya adalah Almarhom Ustaz Ismail Awang MA Tumpat, almarhom Haji Cek Hassan Ishak Peguam, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim Salor, Almarhom Cikgu Majid Pohon Buloh Pasir Mas, Alamarhom Ustaz Mawardi Ahmad Kenali, Almarhom Jaafar Rawas, Almarhom Ustas Abdul Kadir Hassan Bunut Susu, almarhom Ustaz Buniyamin Yaakub, Almarhom Ustaz Wan Hasaan Guchil, Almarhom Wan Aziz cucu Cikgu Haji Omar, Almarhom Pak Su Pi Mufti Ku Chelong, Almarhom Pak Nik Lah, Almarhom Nik Kamil dan ramai lagi - alfatehah untuk mereka.

Ibn Abdullah Awab - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com

Tuesday, February 10, 2009

PRK P.59 BUKIT GANTANG, PERAK DARUL REDZUAN

Petang tadi saya cadangkan kepangkuan Pemimpin Tertinggi PAS Pusat dan PAS Perak, calun terbaik mewakili PAS dalam PRK P.59 Bukit Gantang mengantikan Allahyarham YB Roslan Shaharum jam 12.00 tengahari tadi adalah YAB DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Ini adalah penunjuk tepat untuk memberi sokongan undi dalam menterjemahkan suara keramat rakyat dalam terus membara memberi sokongan, Inshaallah. Sekiranya diizinkan Allah saya akan membuat ulasan demi untuk anjakkan kerja dan jejak langkah, jejak pintas dan kilas mati terhadap UMNO-BN dan komponan baru BN-UMNO agar kembali memaki baju tradisi tanpa meminjam atau izinkan orang memakai baju kita.
Mudah-mudahan perkiraan saya pengalaman dan pengamatan, sesungguhnya tidak menjadi kesalahan kepada saya mengeluarkan angka yang berligar dalam minda saya yang tertumpu ke PRK P.59 Bukit Gantang kita jadikan Bukit Jelapan untuk mengurung jembalang belang.
INSHAALLAH MELALUI PENGALAMAN LAMPAU, SASARAN SAYA IBN ABDULLAH AWAB
DALAM PRK P.59 BUKITGANTANG PADA BILA-BILA, SASARAN KELUAR MENGUNDI
79.5% DAN PURATA KOMPOSISI KELUAR UNDI.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KETERGN JUM. PENGUNDI J.K. UNDI M35,213 - C14,849 - I 5,386 - L 22 - JUMLAH
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
55,471 79.5 %
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS-PR 45 % 70 % 60 % 20 %
15,845 10,394 3,231 4 29,474
MAJ (3,478)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UMNO -BN 55 % 30 % 40% 80 %
19,368 4,455 2,155 18 25,996
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan izin Allah sekiranya diantara penguasa Langit sana, bertepatan dengan usaha, istiqamah dalam mempertahankan hak yang kita pertahankan kemenangan kita adalah hampir dan pasti Inshaallah berlaku.
Selasa: 14 Safar 1430 / 10 Februari 2005 - 1.12 pagi