100,00 HIMPUNAN ISTANA NEGARA, CAKNALAH.
RAKYAT MEMBANTAH MAHATHIR & CO BELANJA RM5,200,000,000.00 UNTUK MUSNAHKAN BAHASA MELAYU SEPERTI MUSNAHKAN TULISAN JAWI YANG BERKUBUR.
RAKYAT MEMBANTAH MAHATHIR & CO BELANJA RM5,200,000,000.00 UNTUK MUSNAHKAN BAHASA MELAYU SEPERTI MUSNAHKAN TULISAN JAWI YANG BERKUBUR.
Masa yang berbaki untuk detik 7 Mac 2009 bersamaan 11 Safar 1430 hari Sabtu sudah tidak sampai 7 jam tempohnya ketika mendada blog ini. Pesan dan memesan sahaja yang mampu dijanakan, mudah-mudahan detik ketika masa keramat itu sekiranya tidak berlaku hari kiamat, InshaAllah pasti berlaku perarakan rakyat negara. Kita sinsing lengan tangan bahu membahu diantara satu dengan satu, dikiri kanan kita Cina dan India dan semua keturunan dalam negara tercinta Tanah Melayu-Malaysia.
Kita meneruskan keringat airmata wira pejuang bangsa mempertahankan Bahasa Ibunda – Bahasa Melayu bahasa negara untuk semua yang pernah dilakarkan ketika dulu disaat saya awal usia remaja, mengikuti abah ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur berkeretapi dari Arau ke KL. Kerana Pahlawan Wira Bahasa Melayu yang berasal dari Sanaa Hadratulmaut Yaman ketika itu (maaf - samada Pengerusi atau Pengarah DBP) mengirim surat menjemput abahku sebagai kawanya jua akrab kepada Almarhom Syed Jaafar Syed Hassan Albar (yang datuknya sekampung) ke DBP oleh Tuan Syed Nasir Bin Syed Ismail.
Sakelian anak muda yang menghadziri diri turut serta dalam perhimpunan dan perarakan tersebut, kawal dan santunlah diri anak-anak semua dengan dibajai dan disaluti akhlak yang mulia, tingkah laku budi pekerti. Supaya diri kita tidak dikembiri dan dihala dengan tohmohan oleh musuh dan lawan kita Umno yang mewakilkan kekuatan polis-tentera. Ingatlah wahai anak-anak muda perkasa penjana keamanan, bersama anda yang mengetuai dan mendahului perarakan adalah diantara tokoh-tokoh penting dalam bidang masing-masing. Baik selama dan semasa dalam perkhidmatan Kerajaan maupun diluar perkhidmatan kerajaan.
Mereka adalah datuk dan nenek kamu semua yang sejak dulu lagi mereka laduni mengetahui dan merasai tindakan pemerentah dahulu pasti kalau disepikan diri dan dinafikan tanggungjawab, maka kemusnahan dan pupusnya BAHASA MELAYU di Tanah Melayu-Malaysia pasti berlaku. Ketika datuk dan nenek kamu remaja dulu seperti anak cucu hari ini Sabtu 7 Mac 2009, dahulu iaitu pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, tepat 42 tahun 4 hari dipentas keramat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan kehadiran wira menjangkau lebih dari 2,000 dengan sokongan dan dukongan lebih dari 100 badan NGO dahulu.
InshaAllah sekiranya Allah mengizinkan tokoh-tokoh bahasa yang akan diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad mantan KP DBP merangkap Presiden GMP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Nik Safiah Abdul Karim, Dato’ A Samad Said Sasterawan Negara, Profesor Dr Awang Sariyan, Dato’ Baharudin Zainal (Baha Zain), Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain, Cikgu Azmi Hamid Presiden Teras, Profesor Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato’ Dr anwar Ridhwan dan ramai lagi baris pejuang pengamal Bahasa Melayu, sasterawan, budayaan yang semuanya ketahuan membangun membantah PPSMI.
Wahai wira pahlawan pejuang bahasa! Wahai wira pahlawan pejuang Budaya dan Sastera! InshaAllah hari ini 7 Mac 2009 hai Sabtu bersamaan 10 Rabiulawal 1430 bapa-bapa, datuk-datuk dan nene-nenek Negarawan sakelian anda tidak dikelompok anda mempertahankan Bahasa Melayu. Kami anak-anak dan cucu-cucumu akan bergandingan tangan mempertahankan hak dan kewajiban secara bersama dan bersekali tersusun, kita tentang dan kita lawan. Percayalah kepada kami akan anak cucu ini, sebagaimana kami percaya dan yakin datuk dan nenek tidak lari, kami bergalang ganti diri mendinding datuk nenek jam 2.00 petang nanti.
Kami anak cucu berjanji, seurat bulu roma datuk dan nenek kami tidak gugur angkara berdepan dengan perkakas upahan, pecacai Umno yang bersalut atas nama uniform PDRM. Kami galang Ganti kami mengulangi ikrar keramat ini. Budayan dan negarawan bersama kita adalah YB TG DS Haji Abdul Hadi Awang, YB DS Anwar Ibrahim, YB TN Lim Keat Siang, Datuk Abu Bakar Chik. Kita ada Cikgu kain pelikat, dan ramai pimpinan politik.
Datuk Dr Hassan Ahmad, Bapak A Samad Said, Dato’ Dr Nik Safiah dan Ilmuan yang lain, peganglah, yakinlah Mat Sabu tidak akan membiarkan anda semua dihina. Mat Sabu adalah pengalang ganti. Ia berpengalaman kepalai perarakan besar-besaran memimpin dan memimpin. Pengalaman tunjuk perasaan sejak remaja sampai la disudut ini mungkin saya mengiktirafkan Mat Sabu telah sampai Profesor Emeritus Dr. Mat Sabu telah lulus semua tunjuk perasaan. Mat Sabu mampu menyelesaikan dengan kelokap dan ke ISA. Jadi Ilmuan semua percayalah dengan Mat Sabu.
Anak-anak muda diberikan maklumat dan info disini, bahawa puak-puak UMNOlah sejak dahulu hingga sekarang dan seterusnya cuba mengkafan dan mengkuburkan mentalkinkan BAHASA MELAYU didalam negara kita untuk tempoh jangka panjang 30 tahun masa hadapan. Mereka merekacipta alasan untuk mengkafankan BAHASA MELAYU dengan bersembunyi disisi petualang durjana pelaksanaan PPSMI - PEMBELAJARAN PENGAJARAN METAMATIK dan SAINS DALAM BAHASA INGGERIS. Umpama kata Pak Samad Said “Mereka pemimpin Umno memiliki telinga satu yang pekak; serta memiliki lidah yang berlapis lagi bercabang, sjak dulu, sekarang dan sampai kiamat”.
UMNO melalui Menteri Pelajarannya yang terdahulu sampai Datuk Hishamuddin Tun Hussein Oon terus menipu rakyat negara seterusnya. Bila rakyat menentang mereka membohongi dengan sesungguhnya fakta pembohongan bahasa dengan dilaksanakan PPSMI ini anak orang kampong pembelajaran Metamatik dan Sains telah meningkat. Mereka bohong. Mereka menurunkan serendah-rendahnya garis tahap lulus. Amat ajaib penipuan dan pemalsuan pemarkahan dibuat. Pasti dihadapan sana anak orang kampong lulus tapi hakikatnya kandas dalam realiti peperiksaan.
Samalah untuk memudah pahamkan rakyat, sebagaimana penipuan dan pendustaan pemimpinan Umno mewar-warkan untuk meningkatkan ekonomi Melayu dengan mengistiharkan menurunkan garis pemisah papa susah miskin dengan peristiharan, “Setiap orang Melayu yang memeliki wang tunai RM1,000, tanah 3 ekar maka perjuangan Umno sejak dulu sampai kiamat telah membebaskan belenggu orang Melayu dari papa kedana menjadi jutawan”. Justeru, samalah keadaanya matlamat selogan beracun PPSMI dengan kisah yang saya nukilkan untuk melonjak minda.
Dengan doa restu semua pejuang yang berlapang masa, waktu diizinkan kesihatan sihat. Mudah-mudahan pekak menjadi dengar, keras menjadi lembut. Sekiranya terus keras membuta, kita leburkan mereka dalam PRU13 dan buangkan mereka dinegeri-negeri dan negara. Kita kembali tahtakan BAHASA MELAYU, InshaAllah.