Sunday, March 1, 2009

BERPAYUNG DI UMBI KUNYIT

BERPAYUNG DI UMBI KUNYIT


Ingat Mengingati.

“Maka ingatkanlah, kerana sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin. - (Surah Az-Zariat : 55).

“Sesungguhnya Allah memerintah kamu untuk menunaikan amanah (tugas yang menjadi tanggungjawab) kepada yang berhak. Sekiranya kamu menentukan hukum di antara sesama manusia hendaklah ditetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi nasihat kepada kamu dengan nasihat yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah selalu mendengar dan memerhatikan. - (Surah An-Nisa’ : 58).

“Maka perlihatkanlah olehmu (hai Muhammad) kepada apa yang diperentahkan, dan berpalinglah engkau dari orang-orang yang memepersekutukan Tuhan. Sesungguhnya Kami (Allah) yang memelihara kau dari orang-orang yang memperolok-olokkan. - (Surah Al-Hijr : 94 – 95).

‘Orang yang paling banyak mnegalami ujian (bala’) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih muia, kemudian yang lebih mulia. Seseorang diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat (kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkan berjalan bebas di atas muka bumi’. - (Hadis diriwayatkan : Bukhari, Ahmad dan at-Tarmizi).


Sah meyuloh dikala rembang; Sah menaungi di umbi kunyit.


Usaha-usaha penafian dan canang menyangkal oleh komponan & Co, Umno dan BN Negeri Perak - Umno Pusat terhadap episod pra sampai hampir menjangkau sebulan ini. Iaitu pembabitan langsung Putrajaya yang diketuai oleh TPM/Menteri Kewangan/KPB UMNO NP yang baru YAB DS Najib Tun Razak dengan kembar Siamnya MDJP/TKB UMNO NP juga yang baru YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi kini sah terserlah berasas dan berakar, bukan reka-rekaan fitnah dari para pembangkang, para blogger dan sekelian peminat politik glokal yang nama tajanya oleh DS Najib Tun Razak 2-3 tahun dulu.

Ianya mempunyai kebenaran dan realiti yang sentario global mengetahuinya. Fenomina ini disahkan berulangkali oleh YB Dk Dr Zambry Abdul Kadir disaat dirinya terkuak dan terkebil-kebil terpaksa menghadapi rakyat Perak secra solo berdepan menghadapinya mencari alasan.

Dr Zambry tidak kesempatan membuka kitab politik yang muktabar. Sekalipun beliau menjadi bidan pilihan kepada TPM/YB Ahmad Zahid Hamidi untuk mengurus melahirkan anak haram melalui kerja haram rampasan kuasa sekali pun bukan ala tentera membunuh. Tetapi pembunuhan telah berlaku dengan mendapat sokongan dan usongan, sekalipun beban dipikulnya seberat Bukit Larut. YB Dr Zambry AK sekarang berketik berkukuk, mengaung dan menguak serta mengembek memperjelaskan untuk pengetahuan rakyat negeri Perak khusus dan khasnya bahawa beliau adalah “Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak”.

Hatta peranan dari Putrajaya dan Bukit Chandan menobat MB Perak Ke2 ini diperakui sendiri oleh YB Dr Zambry AK setiap kali berdepan berjumpa rakyat Perak. “Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak”. Mesti patuh, taat setia kepada saya. Kalau enggan dan engkar, degil dan keras kepala turut memperakui menobatkan saya sebagai Menteri besar lantekkan Sultan. Kamu semua adalah penderhaka, ya! Rakyat penentang adalah penderhaka. Pantang Melayu menderhaka kepada raja, raja-raja Melayu. Saya biarkan kes dan rekod menderhaka lawan raja dan sultan kepada teman-teman bloger yang lain membuka kitab derhaka yang sifunya adalah dari nisab dan baka Umno jua mulanya.

Kilau membuta Lantek MB Perak Ke2.

Jelas dan sahlah Peranan penguasa Putrajaya yang diketuai oleh DS Najib dan DS Dr Ahamd Zahid Hamidi menjadi kepala dalam perancangan merampaskuasa kerajaan negeri Perak yang sah kerajaan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dilantek oleh Paduka Sultan Perak dengan 2 kali pintu Bukit Candan dibuka luas disambut dan mendapat maklumat sebelah pehak info dan jalanan rampasan kuasa oleh DS Najib dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Salah putus dan salah pandang secara langsung membiaskan sokongan dan dokungan kepada satu pehak dan membelasah disatu pehak yang menghasilkan pahit umpama jadam, hitam bak pungkor kuali. Di Perak 3 fungsi utama intitusi yang memulihara dan memertabatkan negeri Perak Darul Redzuan selama ini, telah berkecai seperti pasu bunga seramik terhempas kelantai. Bacaan dan tanggaban rampasan kuasa non tentera itu dapat diatasi dalam tempuh 24 jam, rupa-rupanya ianya menyimpang dan meleset. Untung seringgit rugi sekoyan, dari carek menjadi koyak robek dan yang condong menyembah bumi. Sampai keperengkat mengepak mengorak mendapat sifu bomoh dan dukun dari anak cucu Queen London.

Kerajaan MB Ke2 dan Exco 6 umpama Kerajaan Haram Buangan Perak disudut bacaan dan penerimaan akar tunjang, akar serabut hatta sampai kebanirnya oleh sebilangan besar oleh rakyat Perak Darul Redzuan. Ianya diperkuat dan diperkukuhkan dengan alasan jelas nyata, UMNO-BN takut menghadapi rakyat dalam pilihanraya. Keberanian menjadi lanun moden merampas kuasa menubuhkan kerajaan haram boneka DS Najib semata-mata. YB Dr Zambry AK menghidup dan gerakkan kerajaan haramnya mengikut keluhuran DUN dan kehendak rakyat Perak adalah dengan dinobatkan seterusnya oleh akhbar perdana milik UMNO, RTM dan TV3 & Co.

Dan sekali sekala diperkuatkan dengan amaran kepada rakyat berbentuk nilai cara jalan tunjuk bergerak menjana merealisasikan kerajaan haram kepada Dr Zambry oleh PM DS Abdullah Ahmad Badawi dan pencetus no wahidnya DS Najib Tun Razak. Sekalipun mereka telah menyedari dan tidak dapat menipu hati kecil mereka sedang berperang dengan nafsu menyesal dengan mengheret istana Bukit Chandan dan Paduka Tuanku Sultan untuk menyokong gagasan haram pencabulan perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Mantan KHN ianya tidak mempunyai sifat maksum, walaupun berpengalaman tetapi disudut mutakhir ini, rakyat kesal dengan Umno yang mengheret istana membela mereka.

Peranan besar secara terus dan langsung oleh SPR dan kerjausaha semangkok dari komponan baru SPRM ianya menjadi tulang belakang dan tulang kering terwujudnya kerajaan haram rampasan kuasa di Perak. SPR dan SPRM menjadi alat utama dalam menyimbah najis dan semua jenis kekotoran kepada kemuliaan DUN Perak. PDRM juga meneruskan kerja-kerja keji mereka selama ini.

Mereka (SPR, PDRM dan SPRM) telah menempah jasa besar keatas tuan mereka selama ini iaitu Umno-BN. Khususnya dalam kes terpilih dan terancang ini kepada Umno Perak, dengan menghancurkan fungsi dan intitusi DUN Perak yang Speakernya dihina dan dinafikan bidang kuasa mutlaknya dengan mencipta sejarah dunia dan hari ini dalam sejarah apabila bidangkuasa Speaker dinafikan oleh pehak-pehak lain semata-mata berfungsi mewujudkan rampasan kuasa non tentera dalam mewujudkan kerajaan haram di Perak Darul Redzuan.

Ciptalah seluas Pulau Pangkor dengan alasan untuk menghalalkan kerajaan haram Umno-BN hasil Rampasan kuasa tersebut. Rakyat tidak dapat menerimanya. Rakyat menafikannya. Rakyat telah membuat hukum iaitu umpama ambil air kencing basoh pungkor akan kerajaan Dr Zambry itu; bersih dan sucikah ia? Itulah katapadu yang tepat dihalakan kepada kerajaan haram Dr Zambry hasil Rampasan kuasa. Sekat dan nafilah mengikut citarasa Dr Zambry. Rakyat sedang menunggu untuk merealisasikan amanat keramat dari Sasterawan Negara Bapa A. Samad Said terjermahlah kuasa kita kedalam peti undi di Parlimen Bukit Gantang nanti.

Undi simpati rakyat dari Melayu, India dan Cina akan telentang di Bukit Gantang calun UMNO-BN letaklah sapapun calun dari BSN, calun dari jenis Jin. Kalau Jin dari jenis manusia kita ketahui makanannya. Kita bisa menguruskan Jin, sekalipun calun BN itu Jin, PR mampu menewaskannya, Inshaallah saya yakin dengan ini.
(Nota: Saya terkedu sebaik kembali dari HK peluang membuka blog Harakahdaily rupa-rupanya mantan Ketua Pemudaku Ustaz Wan Jamil meninggal dunia (almarhom menjadi KDP PAS Kelantan menggantikan YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman MP Pengkalan Chepa) Timbalan KDP PAS Kelantan ketika itu adalah Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali. Saya adalah anggota DHP PAS Kelantan ketika itu. Saya mengenali dan rapat dengan Almarhom Ustaz Wan Jamil ini adalah melalui Almarhom Ustaz Ismail Awang MA – YDP PAS Tumpat dan mantan Calun Parlimen Tumpat. Alfatehah untuk almarhom Ustaz. Ustazah dan anak-anak sabar dan doakanlah semuga Almarhom Ustaz rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh para nabi dan rasul – Saya tatapkan disini gambar penyaksian sokongan dan Ustaz memberi sokongan total kepada pengesahan Ustaz Nik Aziz Nik Mat ketika berdepan dengan Ayah Mat dulu)


(PIMPINAN DEWAN HARIAN PEMUDA PAS KELANTAN & PIMPINAN SISWA, SEBELUM KULIAH NIK AZIZ NIK MAT BERGANDING TANGAN MENGISTIHARKAN SOKONGAN TEGUH PADU DIATAS PIMPINAN ULAMAK. PAGI JUMAAT PERTAMA SELEPAS KEMBALI DARI MUKTAMAR 1982 DI DBP KUALA LUMPUR. KELIHATAN NO.2 -DARI KIRI ALMARHOM USTAZ WAN JAMIL- TKDPPK KETIKA ITU, NO.3 - HUSAM MUSA -UM, NO. 4 - MUHAMMAD HUSSAIN UM-MP PP DAN NO. 5 HASHIM HAJI OMAR - Maaf photo lama berumur 27 tahun)


Dalam suasana leteh lesu memikul kesihatan dan pilu mengenangkan teman seperjuangan telah kembali menemui Allah. Teman dan sahabat-sahabatku yang telah meninggal dunia fana ini telah ramai, diantaranya adalah Almarhom Ustaz Ismail Awang MA Tumpat, almarhom Haji Cek Hassan Ishak Peguam, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim Salor, Almarhom Cikgu Majid Pohon Buloh Pasir Mas, Alamarhom Ustaz Mawardi Ahmad Kenali, Almarhom Jaafar Rawas, Almarhom Ustas Abdul Kadir Hassan Bunut Susu, almarhom Ustaz Buniyamin Yaakub, Almarhom Ustaz Wan Hasaan Guchil, Almarhom Wan Aziz cucu Cikgu Haji Omar, Almarhom Pak Su Pi Mufti Ku Chelong, Almarhom Pak Nik Lah, Almarhom Nik Kamil dan ramai lagi - alfatehah untuk mereka.

Ibn Abdullah Awab - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com