Monday, March 9, 2009

MUKADIMMAH: PRK P.59 BUKIT GANTANG

MUKADIMMAH : PRK P.59 BUKIT GANTANG – PAKATAN RAKYAT (PR)/PAS BERSIMPAI MATI BERTONGKAT PARUH – TOLAK UMNO/BN.


Negeri harmoni, rakyat berpadu hati.


Sepanjang perjalanan mengisi perjuangan yang berlandaskan keadilan berteraskan sunah dan sirah, Baginda Junjungan Rasulullah Muhammad Ibn Abdullah Al Amin telah menghadapi pelbagai halangan dan tribulasi, mehnah dan kerenah manusia umat Baginda. Hari ini Isnin, 12 Rabiulawal 1430 bersamaan 9 Mac 2009, umat Islam dunia menyambut dan meraikan hari ulang keputeraan Baginda Junjungan, termasuk kita – Salam dan selawat kepangkuan Junjungan Rasulullah dan keluarganya. Saripati perjuangan Baginda Rasulallah yang berdepan dengan penentangan dari kaum keluarga darah dagingnya dan kaumnya sendiri yakni kaum Quraish.

Pasti tribulasi dan ganguan itu sentiasa diganggu gugat oleh BN keatas negeri-negeri yang diperentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang bermenteri besarkan dari PAS atau dari PKR. Khususnya di Perak Darul Ridzuan. Yang mana kerajaan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan PKR yang memerintah dan diterima baik oleh rakyat. Serta rakyat memberi sokongan padu kepada YAB MB DS Nizar dan saf Exconya dalam menjana memerentah negeri Perak, mentadbir negeri dibawah naungan Paduka Duli Sultan Tuanku, mengiktiraf dan bergandingan memerintah untuk kesejahteraan, keadilan dan pembelaan kepada rakyat Perak.


Kehendak dan kesatuan pilihan rakyat.


Justeru rakyat dikalangan keturunan Melayu, Cina dan India negeri Perak Darul Redzuan, dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, telah menolak mereka dan kalahkan BN-Umno dalam PRU12. Walaubagaimanapun titih warisan lanun dan penyamun tarbus ini, terus menerus berusaha pada setiap masa, mempergunakan dalam macam mana pekara dan gejala. Siang malam mencari panduan shaitan dan jin, bomoh dan dukun, berikhtiar untuk menjatuhkan kerajaan PR yang dikehendaki rakyat dengan dada lapang buka minda bertahta, diperkenan dan diiktiraf oleh Paduka Sultan Perak bergandingan memerintah.

Kepala lanun yang menjadi Presiden UMNO dan akan merampas jawatan Perdana Menteri dalam penghujung Mac 2009 nanti, telah mendapat akal beruk yang buruk. Iaitu untuk mendapat nilai tambah dan sokongan serta amaran gagah perkasa berkuasa dikalangan Umno dan amaran kepada komponan BN yang lain. Maka DS Najib membuka kepak gerudanya dengan tidak perlu wakil/pembantu untuk kali kedua menggunakan C4 yang berjasa kepadanya. Maka DS Najib meletup dan meledakkan SENDIRI pembunuh C4. Dijayakan secara haram zadeeh menerusi dan melalui perancangan sulit yang kotor lagi cemar diusahakan Najib. Puak-puak Umno-BN yang rakyat telah menolak mereka ketepi (Umno-BN) setelah 50 tahun memperkudakan rakyat, menoreh dan bersawah dan berladang diatas belakang rakyat.


Lanun dan penyamun.


Dengan keadaan yang terdesak seperti penyamun, perompak dan lanun laut dalam. BN-Barisan Nasional yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, BBRS, UPKO, SPDP dan PRS telah menterjermahkan mereka BN-Barisan Nasional kepada BN-Barua Najib, BN-Boneka Najib hatta BN-Bungkus Najis Najib. Mengizinkan BN memilih cara-cara lanun dan penyamun dengan Kepala Penyamun bertahta di Putrajaya bersemayam di Pejabat TPM/Menteri Kewangan batangtubuh bernama DS Najib Tun Razak merampas kuasa secara haram dengan menubuhkan Kerajaan Haram BN-Umno di Perak Darul Redzuan dengan melantik pintasan calun mamak boneka YB Dr Zambry AK sebagai MB2 non halal adanya.

Hakikat sebenarnya, BN-Umno ianya mendapat sokongan, pengesahan dan galakan dari ketua-ketua 12 parti komponen BN yang lain. Itulah rupa wajah BN sebenarnya. Komponen BN yang lain tidak boleh menafikan parti-parti mereka tidak terlibat sama, terhadap rampasan kuasa dan penubuhan kerajaan haram BN di Perak secara langsung, kerana semuanya dalam pengetahuan mereka. BN-Umno dengan megah bangga melakukan kerja-kerja haram; rampasan kuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram BN. DS Najin membelakangi dengan menafi dan memijak semua perlembagaan negeri dan undang-undang paksi penubuhan negeri Perak Darul Redzuan. Berpandukan dengan doktrin pengasingan kuasa sudah tidak wujud dalam kamus politik dan kamus demokrasi dalam tindakan kepala rampasan kuasa kerajaan di Perak oleh Najib Altantuya, BN-Umno keatas rakyat negeri Perak.

YAB DS Najin Altantuya berjaya melakukan perancangan rampasan kuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram Perak dan menghasilkan kejayaan memporak perandakan negeri dengan menyusahkan rakyat. Suasana semasa yang tidak menampakkan penyelesaian dapat ditemui dalam masa yang terdekat ini. Hari kian hari bertambah kusut membusut masalah. Untuk mengajar dan memberi peringatan dan keinsafan kepada pendukung-pendukung, watak-watak haram yang merampas kuasa di Perak. Serta berhasrat dalam melebarkan merampas kuasa haram dan bercadang pula untuk menubuhkan kerajaan haram Umno/BN di negeri-negeri lain sebagaimana yang diprogremkan keatas negeri-negeri yang diperentah oleh kerajaanPR, tidaklah seperti membuat kueh tahi itek atau kueh tahi babi.

YAB DS Najin Altantuya mendapat kerjasama dan usahasama penuh dari istana yakni Paduka Seri Sultan Perak sendiri. Mendapat bantuan dan sokongan padu solid dari SPR, PDRM, SPRM, Mahkamah/Hakim dan penjawat awam serta semua Media Kerajaan, dalam setiahaiwan bersekonkol untuk menjana dan memberi sumbangan haram masing-masing dalam kerjausaha merampas kuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram di Perak dengan berlindung BN-Umno itu ditembok istana Istana dan Paduka Seri Tuanku melantek MB2 Perak Darul Redzuan.


BN-Umno wajib uraikan pernyataan ini.


Umno-BN kaitkan Paduka Duli Tuanku Sultan menfitnahkan Tuanku yang rakyat baginda mendurhaka kepada Tuanku sejak rampasan kuasa haram dengan kerajaan haram BN-Umno di Perak. Apakah semua fitnah itu dalam pengetahuan dan naungan Paduka Duli Tuanku? Ampun tuanku! Sikap rakus dan kelanunan Umno-BN merampas kuasa secara haram dan menubuhkan kerajaan haram dengan mendapat laluan, sokongan dari istana.

Kini mamak pedukang boneka Najin Altantuya, mamak pedukang Dr Zambry dan barua-baruanya, mencipta istilah politik baru iaitu; menafikan dirinya dilantek Sultan sebagai MB2 haram Umno-BN. Semuanya menderhaka kepada Sultan Paduka Seri. Bilakah Paduka Seri Sultan mengeluarkan titah perentah murka secara mengatakan berdepan dengan seluruh rakyat Perak yang menafikan kepada mamak pedukang Dr Zambry sebagai menteri besar halal Perak semuanya menderhaka?

Bila Paduka Tuanku Sultan mengeluatkan titah perentah sebagaimana dakwaan mamak pedukang menjaja membela diri. Mamak pedukang jangan merekacipta mudah istilah durhaka. Bila Tuanku pinta mamak pedukang tolong sampaikan yang tuduhan rakyat sedang mendurhaka kepada Tuanku kerana tolak mamak pedukang sebagai MB2 bagi pehak Duli Paduka Tuanku? Sila maklumkan secara resmi bersurat untuk pengetahuan rakyat Perak wahai mamak pedukang. Hentilah lidah fitnah BN-Umno yang mamak pedukang adalah boneka semata-mata.

Kalau ada bila? Dimana Tuanku bertitah mengatakan semua rakyat Perak menderhaka kepada tuanku Baginda. Atau tunjukkanlah warkah kuning berchop mohor asli Paduka Seri Tuanku peristiharan secara bertulis dan hebahan dalam Khutbah Jumaat bahawa rakyat semua mendurhaka kepada beta kerana tolak mamak pedukang MB2 haram? Dimana warkah itu? Umno-BN sila sekarang tunjuk dan boktikan kepada sekelian rakyat Perak, sebagai alasan bokti sokongan mengesahkan rakyat Perak mendurhaka kepada Sultan dan Raja? Jangan menyalak adudumba menabur fitnah dan meniup api perkauman MENDERHAKA seperti anjing kurap tanpa tuan dan tempat berteduh.

Kalau Umno-BN tak dapat boktikan sekarang, nyatalah Umno-BN sebenarnya menderhaka kebawah Duli Pakuka tuanku Sultan Perak kerana membabitkan banginda mencipta kata-kata derhaka? Umno-Bn jadi anak jantan, buktikan tuduhan sebagai anak jantan yang anunya sebagai besi khursani bukan tuduhan pondan dibelakang mati Chow Kit KL. Maka saya simpulkan BN-Umno haram zadeeh dalam manipulasi minda rakyat. Mengajar dan mengajak rakyat derhaka setelah menggunakan istana, PDRM, SPR, SPRM dan beberapa jabatan purba turut juga mendapat bala. Untuk menghalalkan kerja haram BN-Umno yang terkutuk itu.


Rakyat Perak Darul Redzuan, Allah tunjuk gelanggang cara menghumban BN-Umno membaham bumi.


Maka sesungguhnya di medan PRK P.59 Bukit Gantang inilah PR/PAS dengan roh kekuatan, kesatuan kerjasama erat yang solid padu, umpama teras merbau dan teras cengal, yang diwelding simpul mati dikalangan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan untuk menemui durjana Umno/BN yang gila kuasa dan gila babi dalam tindakan tak ketahuan diluar norma ehsan.

Wahai rakyat dan pengundi Melayu! Wahai rakyat pengundi Cina! Dan wahai rakyat pengundi India! Anda semua adalah raja yang menjadi pengundi pada 7 April 2009 nanti di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Marilah kita simpul ikrar dan bersumpah baiah setia, bahawa kita akan memberi undi keramat kita dengan memangkah undi kepada calun PR dari PAS. Kita bertekad dengan membuktikan kita menolak Umno/Bn, Inshaallah.

Kita gandakan majoriti menang yang dimenangi oleh Allahyarham MP kita dahulu kesatuan dalam PR, PAS, DAP dan Keadilan, ayuh marilah kita bangun, marilah kita menghulurkan kepercayaan dan kejujuran serta keiklasan yang ditinta diletakkan dihati nurani kita untuk kita menebus dan mengambil kembali kerajaan PR yang dirampas secara haram, secara lanun oleh Umno/Bn. Kita lalui jalan tunjuk dengan memberi pukulan ko atau tko kepada calun Umno/BN dalam PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 yang mendapat sokongan rakyat “KETUANAN RAKYAT”, Inshaallah.