Wednesday, March 4, 2009

ANAK BAPAK

ANAK BAPAK, TERJUN KE TEMPAYAN CENCALUK; BIAR BATANG DAN TELUR ANU TERENDAM.


Pengalaman ayahndanya sebagai orang besar bergelar istana – orang dalam, disamping kong kalikong menguasai politik negeri dan politik negara yang berjayamaju gelaran tersebut dipusaki oleh anakondanya YAB DS Najib Tun Razak. Kejayaan terbesarnya adalah menjuarai kerjapintar dalam merealisasikan gerakerja rampasankuasa Umno-Perikatan cap kapal layar dan Umno-BN cap dacing, yang mana dacing itu dimansuhkan digantikan dengan timbangan kilonya oleh Tun Dr Mahathir Muhammed Kutty. Titih jiwa Bugis sebagai pahlawan yang takketahuan, atas nama demokerasi yang busuk hati adalah kedepan diluar nurma dan susila luhur demokerasi.

Rakus dan dzolim memperalat serta menungani dan memperkudakan seluruh alat dan lojistik awam dan negara, bertindak dengan melanun menceroboh merampas kuasa beberapa kerajaan negeri yang diperentah oleh parti saingan kepada Umno-Perikatan/BN dan MCA/Perikatan. Mengaburi dan menipu sepanjang zaman dengan menghalalkan apa saja kesempatan dan melalui kuasa ditangan sebagai senjata. Mengganas dengan berpayung berselindung pada pelbagai alasan, cara dan tindakan biadap seperti samseng lanun kata anak muda lanie umpama geng, ya! Gengstar, sanggup menggunakan peledak peletup C4.

AyahndanyaIa berjaya merampas negeri Terengganu dan Kelantan dari PAS, memusnahkan kerajaan Gerakan di Pulau Pinang. Memporak perandakan kerajaan negeri Sabah dan Serawak. Mencipta isu dan meniup asap api perkauman dengan menafikan parti-parti yang menang dalam PRU 1969 untuk menubuh kerajaan negeri di Selangor dan Perak. Di galang dan di halang. Bertindak memansuhkan banyak kawasan DUN yang dimenangi pembangkang di Selangor. Serta bertindak mewujudkan Kuala Lumpur sebagai ibu Negara. Dayatipu dan manipulasi ini maka barulah rampasan haram berjaya dengan UMNO/Perikatan melalui Almarhom Datuk Haron Idris menubuhkan kerajaan Selangor. Manakala di Perak lebih kurang sama cara dan kaedah digunakan. Tangkap seksa, beli dan tipu ADUN, maka Umno/Kapal Layar tubuhlah melayari kerajaan.

Bapak borek anak rintek dan anak bapak yang kepala bapak. Kong kalikong dan tujoh keturunan kerja pesaka bapak borek anak rintek ini barulah terlepas, orang tua-tua kata. Ianya bukan hadis bukan al Quraan tetapi pengalaman ingat orang lama yang relevan membaca minda. Kebenaran kata orang tuanya ternyata. Kini anaknya telah mewarisi kepala lanun dengan azam kesumat dendam dan sebagai taruhan markah untuk pengesahan sokongan merampas jawatan Presiden Umno dan merampas jawatan Perdana Menteri atas nama peralihan kuasa.



Hakikatnya adalah lanun merampas kuasa teranang ala iT alam jalor lebar style glokal menerajang tendang turun YAB DS Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan Presiden Umno dan jawatan Perdana Menteri inilah pentafsiran yang banir dan akar serabut jahil memahaminya. Kalau sesama Umno sanggup menggunakan peledak peletup C4, apalah sangat kerajaan PR di Perak Darul Redzuan. Samalah dengan style bijaktelajak ayahndanya menubuhkan Majlis Tindakan Negara – Mageran oleh ayahndanya selepas PRU 1969. Terajang perlembagaan dan digantung peranan Parlimen dan semua DUN untuk pantas merampas menjadi PM ke2 negara.

Inilah bibit najis caranya ayahndanya ligan dan nyahkan YAB Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj sebagai Perdana Menteri juga sebagai Yang Dipertua Agong Umno ketika itu. Anak bapak, cara-cara itulah anakonda sulongnya YAB DS Najib Tun Razak menguasai Umno dan menguasai jawatan Perdana Menteri. Kalau ayahnda berjasa merampaskuasa negeri-negeri seperti dinyatakan awal tadi, maka kuah tumpah ke nasi; najis bukan Najib lepas kejamban. Maka kepala lanun warisan ini telah merampaskuasa dari kerajaan rakyat Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR kepada kerajaan haram, haram zadeeh Umno-BN adanya.

Sebagai diantara pewaris orang besar dan orang berpengaroh orang istana yang utama di Pahang. Gampang sisek dan galur inilah ianya mendapat gayung bersambut daripada istana Bukit Chandan bukan chandan kirana. Pintu gerbang dan pintu istana dan karpet kuning dibentangkan tradisi menyambut memperagakan lanun datang menyembah. Menerusi bisa perbincangan dengan lidah yang paseh bokti palsu yang menjadi asli mengkaburi mata Shah Tuanku dengan kelebihan value added berbekalkan bahasa tinggi istana diwarisi sejak datuknya. Maka Paduka Sultan Perak yang mantan Ketua Hakim Negara yang alim dan waraknya dalam undang-undang, dunia semua mahluk diplanek bumi memperakuinya. Tetapi Paduka Sultan Peraklah tidaklah mempunyai kekebalan ‘maksum’.

Maka bermulalah bias istana kepada rakyat Tuanku Baginda diporak perandakan oleh pendatang dari negeri Pahang mendatang sembah. Hancur luluh harapan dan sanjungan dan kepercayaan rakyat marhean kepada Duli Paduka Tuanku dan doa-doa untuk Tuanku oleh rakyat marhean terhenti dan terkedu ditunjuk lafazkan di Masjid Ubudiah disaat Tuanku memecat YAB MB Ir Nizar. Dalam ilmu dan firasat Duli Tuanku Paduka, kalau inilah bukan caranya; pasti Umno-Bn yang berjasa kepada beta dan keluarga tidak terbalas. Kalau bertindak membubarkan DUN Perak dalam falaq Umno-Bn hatta arif minda Tuanku pasti disuasana PRK Negeri kerusi BN yang ada 28 akan tinggal gusi.

Faktor ini Umno-Bn mengerti dan amat-amat memahaminya mengikut mud rakyat mutakhir ini. Maka caranya adalah melanun dan merampaspuasa dengan mendapat perkenan tuanku Paduka Baginda. Umno-Bn dan Paduka Tuanku berjaya, tapi Tuanku. Tuanku untung menubuhkan kerajaan haram Umno-BN dan bertentangan dengan rakyat duli Tuanku sendiri yang bilangannya ¾ adalah berpehak kepada kerajaan PR yang dipimpin oleh YAB DS Ir Nizar yang Duli Tuanku lanteknya sebaik selepas PRU12 8 Mac 2008 dulu. Rakyat akan terjermahkan pertentangan dengan keputusan Duli Tuanku didalam PRU P.59 Bukit Gantang nanti. Lagenda dan episod selanjutnya akan terurai.

Bagi kerajaan PR yang dipimpin oleh YAB DS Ir Nizar bersama saf Exco yang Duli Tuanku lantek dulu berserta semua ADUN PR yang lain, hatta bersama rakyat marhean dan rakyat jelata pelbagai kaum keturunan pasti mempertahankan kerajaan ini. Sekalipun jiwa dan roh mereka tersiseh dari jasad. Mempertahankan kerajaan adalah wajib sifatnya oleh pemimpin, itulah yang menjadi pegangan kerajaan PR dan pengikut mereka, pengundi dan rakyat jelata. Tuanku bersama Umno/BN; tetapi rakyat jelata bersama PR. Tuanku itulah pendirian kerajaan PR dan rakyat Tuanku keatas kerajaan halla mereka yang Paduka Tuanku lantek dulu bukan buah ulu.

DS Najib dan DS Ahamd Zahid Hamidi mereka pasti mempertahankan kerajaan haram rampasankuasa ini seperti terjun kedalam tempayan cencalok dan tempayan budu sampai kebatang dan telor anu terendam, mereka mempertahankan. Apakah Tuanku akan turut serta? Atau Tuanku membubarkan DUN Perak dan PRK Negeri diadakan untuk kembali yang kusut menjadi lurus. Serta rakyat menentukan kerajaan yang mereka pilih bukan kerajaan haram melalui pintu istana. Untuk rakyat kembali menaungi dan mendaulatkan, mendoakan kebawah Duli Tuanku dan Keluarga, adanya.

YAB DS Ir Nizar dan kerajaan beliau telah mengejutkan Paduka Duli Tuanku, kerana Persidangan tergempar diadakan sekalipun di perkarangan parking kereta dibawah pokok. Nizar dan sakelian Exco dan ADUNnya dengan saorang wira bernama Speaker telah mencipta sejarah negeri Perak, sejarah Negara dan sejarah Dunia. Ya! Donia telah tahu bahawa para pengamal undang-undang dunia mengenali akan Raja berkuasa yang Ahli DUN negerinya bersidang dibawah pokok, macam cerita Tan Sri P. Ramli yang dah menjadi realiti. Pasti Duli Paduka Tuanku Sultan amat amat bangga dengan keadaan yang pembabitan langsung Tuanku menghancurkan Perlembagaan Negeri Perak menjadi pasir berdamar bukan Pasir Remis

Tahta kuasa ditangan duli Tuanku, pisau peledak C4 bersama Tuanku, sekelian sebahagian rakyat yang mempertikai kebiasan dan berpehak kepada lanun Umno/Bn itu rakyat Tuanku mendurhaka kepada Tuanku?