Mata Rantai.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati 'Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui". - (Al-Anfal : ayat 27).
"Hai Nabi, khabarkanlah semangat para Mukmin itu untuk berperang, Jika ada dua puloh orang orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musoh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) diantaramu, mereka dapar mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti". - (Al-Anfal : ayat 65).
"Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta'ati 'Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya". - (Al-Israa' : ayat 16).
'Mesjid mana yang pertama didirikan di atas bumi ini? Jawabnya: Masjidil Haram. Kemudian yang mana? Jawab Baginda: Masjid Aqsha. Tanyaku pula: Berapa tahun jarak keduanya? Jawab Rasulullah s.a.w.: empat puloh tahun, dan dimana sahaja anda berada jika waktu sembahyang itu tiba sembahyanglah, kerana disitu pun masjid". (Sahih Muslim).
Mudah-mudahan saya dapat menumpukan perhatian kepada perbicaraan kali ini. Kepada pembaca blog hargailah kesihatan anda. Tanyalah kepada YB Dr Ustaz Mujahid Yusof Rawa bagaimana siksa dan sabarnya berlawan menghadapi asma-lelah. Anda semua, "kesihatan dan sihat tidak terdapat di gudang farmasi; kecuali kepelbagaian ubat-ubatan dan penawar".
Umat Islam Tenggelam di Ulit Mimpi.
Hampir sepanjang 3/4 tahun 2008 yang lalu, umat Islam dinegara kita ramai ditipu, rela ditipu serta bersekonkol meluruskan tipu dek ulit mimpi. Fenomina tersebut turut melanda disemua negara umat-umat Islam di semua benua di ufuk bumi ini amanya masyarakat dunia. Umat Islam telah memberi perhatian yang besar dengan harapan yang tinggi. Serta membuang masa berharga mereka, semata-mata menganjur sokongan moral menerusi kepelbagaian cara.
Umat Islam terhakis minda dan kontang jihad dalam mengesani atau tepat dalam pembacaan politik sepak terajang ketika menghadapi sesuatu perkara. Mata lendir umat-umat Islam di Malaysia maupun di dunia terhalang pandangannya di lindungi oleh kepentingan pedal, dan kepentingan perut masing-masing.
Pemimpin politik di negara kita, khususnya dikalangan umat Islam buta idola dan buta sifu mereka sebagaimana yang dilakarkan didalam kitab yang mereka memperakui menerimanya iaitu Al Quraan dan Hadis Junjungan. Mereka memberi sokongan yang besar kununnya perubahan politik besar berlaku sekian ratus tahun di negara USA. Orang Islam mengharapkan dan berdoa agar perubahan parti dan presiden berlaku di negara Amerika. Hebat dan bijaknya orang Amerika berpolitik membebaskan perkauman kulit rupa bangsa.
Maka calun umat Islam yang menyokong tadi khususnya dari negara Islam di Teluk, khususnya negara-negara Arab bangga suka meninggi, termasuk negara kita khasnya rakyat Indonesia dan lain-lain negara memberi info besar di semua media dengan memuji melangit mencapai kemenangan besar di Amerika. Pemimpin umat Islam berbagai cara macam kera menghantar sokongan dan sebagainya. Hebat suggoh dan prihatin ambil berat sungguh pemimpin umat Islam keatas USA disaat mereka mengadakan pilihanraya umum.
Tahta dan Makbul.
Masin mulut umat Islam diatas doa harapan dan sokongan mereka, akhirnya pada 4 November 2008 Barack Hussein Obama cemerlang gemilang memenangi kerusi Presiden US dengan mendapat 365 undi berbanding dengan pencabarnya McCains memperolehi 173. BHO akan mengangkat sumpah resmi menjawat jawatan Presiden amerika yang Ke 44 barangkali (biarlah yg keberapa pun).
Saya, isteri dan anak-anak adalah di kalangan segelintir tidak sedikit pun memberi masa berharga keatas pemilihan itu. Kami samasekali tidak sekonkol dalam apa cara sekali pun keatas Obama ini. Walau kulitnya hitam spesis yang bernama Obama ini, tetapi pedal hatinya lebih tinggi dan kebalnya maqam Yahudi Zionis yang terpehat dan tersemat di dalam qalbu hati nuraninya.
Perakuan besar yang keramat diminggu terakhir perjalanan kempennya menuju ke Rumah Putih bukan ke Putrajaya, adalah kunjungan mengandakan beribu kali pengakuan hati nuraninya semasa kunjungan ke Israel. Beliau melafaz sumpah janji ulang ikar oleh setiap individu yang nak ke RP wajib mestilah memperakui segala-galanya demi keutamaan bangsa Yahudi disemua sudut keperluan dan bantuan. Dan pengakuan mestilah memberi sokongan dalam semua perkara kepada Israel untuk menghadapi rakyat Palastin dan umat Islam bangsa Arab di sekeliling bumi haram Isreal tersebut.
Obama menang besar kerana janjinya lebih besar lagi di yakini oleh Yahudi Zionis Israel dalam semua kepentingan dari pengakuan bantu kepada laknat Yahudi yang di buat oleh McCains. Syaitan Bush amat bangga dengan sikap dan kejantanan yang terdapat kepada Obama yang akan mewarisi jawatan presiden pada 20 January 2009 kelak. Bush pintar menjana politik melindungi Yahudi dan Bush mengenali hati budi bahawa Obama ini lebih hebat darinya dalam melindungi Yahudi Zionis dan Israel. Yang jahilnya adalah umat Islam dan pemimpinnya mudah memperakui baiknya kulit hitam ini menjadi Presiden US.
Ehsan Singa Melindungi biri-biri.
Pasti raja-raja teluk Arab akan pantadbiran baginda-baginda dan terus di sokong oleh presiden baru Amerika Obama dalam mengawasi tahta raja mereka tidak senget dan rebah. Amerika pijak kepala Raja-raja Arab dan pemimpin Negara Umat Islam dikalangan Melayu Nusantara dan dipelbagai benua. Hatta pemimpin Negara-negara Teluk dan Arab, sanggup membenarkan bumi mereka kepada Amerika dan membiayai perbelanjaan untuk memburu dan membunuh rakyat mereka sendiri yang cuba mengoyang tahta mereka atau kerusi presiden mereka. Atas nama dan slogan kuffar haramjadah USA memburu pelampau dan pengganas dikalangan umat-umat Islam. Benarkah mereka pengganas??????????????
Separuh peluru atau peledak dari negara-negara Arab termasuk yang bumi tanahnya haram Mekah dan Medinah tidak pernah singgah mencecah ke bumi Israel. Tidak sebutir pun kereta kebal dan jet pejuang supersonic atau wang rial yang sampai membantu umat Palestin datangnya dari negara-negara tersebut. Pemimpin sebegini rupa seolah-olah mereka mengharapkan seekor singa yang lapar melindungi dan menjaga biri-biri. Dalam kata lain mereka harap sangat USA melindungi mereka.
Singa Baham Kambing.
Lampu hijau dan nafiri ditiupkan oleh Obama kepada kekandanya syaitan Bush buatlah satu kerja peringatan yang besar sebelum kekanda menamatkan jawatan Presiden dan keluar dari Rumah Putih. signal dari Obama, Bush dapat membaca dengan tepat silaunya. Maka di penghujung karearnya sebagai Presiden USA yang Obama amat-amat setuju iaitu mengarah klon USA iaitu Yahudi Israel Zionnis menyerah Gaza dikala Umat Islam dunia sedang menyambut tahun baru Hijrah 1430. Hingga tinta blog ini dijanakan, Yahudi terus membunuh dan mengganas di Gaza Palastin. Telah ramai yang gugur syahid di Gaza (Tuhanku! Perbendaharaan MU amat besar Ya! 'Allah! Tintakanlah saudara-saudaraku itu dengan dakwat jihad dan mereka adalah shuhada').
Sejak wujudnya negara haramjadah Israel ini pada tahun 1948 mereka amat sengsara. Dimana ngara-negara Arab dikala saudara mereka memerlukan bantuan itu? Mereka bangunkan Dubai dan Doha seolah-olah mereka mempunyai 1,000 nyawa untuk hidup tungkat langit. Hati mereka telah mati. Perasaan dan ukhwah sesaudara Islam telah mampus dikalangan hati nurani. Islam bagi mereka sudah tercabut roh. Yang tinggal adalah tanda Arabnya sahaja iaitu jubah, tasbeh, serban dan egal. Itulah mereka megah milikinya.
Mereka bangga bakar mercun sahaja untuk pembukaan resmi hotel dengan menjangkau lebih 20J USD. Manusia apa ini? Di saat saudara memerlukan bantuan, mereka menjadi jemuan. Tunggulah saat kebinasaan 'Allah pasti menghukum kamu pemimpin yang lalai lagi leka.
Seru dan Terharu.
Wahai umat Islam di dunia, marilah sama-sama kita buka hatinurani kita, apakah masalah Palastin itu tidak kena mengena dengan kita? Apakah Masjidil Aqsa itu tidak kena mengena dengan kita? Tidakkah saudara kita di Palastin, Gaza dan umat-umat Palastin itu telah, sedang dan terus mempertahankan Palastin dan Masjidil Aqsa itu, hakikatnya bukan mereka sahaja yang wajib membertahankannya. Tetapi ianya wajib seluruh umat Islam mempertahankannya.
Ayuh! Sumbanglah apa yang kita mampu untuk disampaikan kepada mujahidin Palastin.
Kita kuatkan, kita kukuhkan nilai sen menjadi ringgit dan seterusnya untuk membantu mereka di Gaza yang memerlukan. Usahlah kita harap kepada Multi million USD orang Islam di dunia, raja-raja dan pemimpin umat Islam. Mereka tidak akan bagi kerana mereka korow iman dan jihat. Mereka takut kepada tuhan Amerika nanti Presiden US tarik sokongan mungkin mereka bila-bila tidak menjadi raja, tidak menjadi Presiden dan tidak menjadi Perdana Menteri. Ini adalah realitinya. Ya! Realiti. Hendak di boktikan secara undang-undang yang bertulis sulit untuk di bokti dan di ketengahkan. Samalah seperti mencari manis di dalam gula; mencari masin di dalam garam. Itulah sikap sebenar mereka.
Orang marhean, di kalangan marheanlah mereka mampu menyelami penderitaan dan kesusahan dialami diantara satu dengan yang lain. Ceritakan lapar, susah dan fakir kepada anak Perdana Menteri, anak-anak Raja samalah seperti mengesek gebab dan biola ditelinga kiri dan kanannya.
Wasallam.
Ibn Abdullah Awab: http://tintaibnabdullahawab.blogspot/
6 Muharram 1430 / 3 Januari 2009 - Sabtu (2.40 pagi)