(BAHAGIAN KE - DUA)
PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN
(KEDAH SEJAHTERA - RAKYAT SELESA)
28 Ramadan 1431 - Selasa - 7 September 2010
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB
MANTAPKAN KERAJAAN
Pungutlah Iktibar Dari Pertelingkah Lawan.
Mantap atau goyah, goyang dan tumbang sesebuah kerajaan itu secara ghalibnya, kerana tidak penguasaan majoriti 2/3 di Dun maupun di Parlimen. Ianya sekadar kelaziman cermin politik dalam negara kita, tetapi tidak kepada negara-negara maju dunia. Walau pun begitu, penguasaan 2/3 menguasai Dun ianya belum tentu memiliki fungsi kekuatan, perpaduan dalam melaksanakan pengisian kerajaan. Ia bergantung erat diatas sikap persefahaman, dikalangan sesama Adun yang tidak wujud berpuak, berkelompok dan berkabilah. Mengalami perpecahan satu dalam dua dalam 1sangkar. Semuanya semata-mata menunaikan kepentingan keutamaan diri dan peribadi. Bukan berfungsi pada dasar kepentingan perjuangan, menunaikan aspirasi matlamat parti. Mereka berpecah kepada serpihan pelbagai jenama gelaran.
Contoh terkini di 2 negeri pemerentahan umNObn di negara kita. Negeri Terengganu Darul Iman dan Perlis Indera Kayangan - Darul Sunnah dimaksudkan. Sekali pun dalam 1parti 1umNObn, mereka Adun-adun umNObn mengalami dendam kesumat dengki meninggi. Sikap tidak memperakui keupayaan pengganti dan menghulurkan sokongan tiada dlam kamus mereka. Tetapi sebaliknya mengundang percakaran tegar sesama sendiri. Mereka bermusuhan berlanjutan bagai anjing dengan kucing. Kerajaan umNObn pasca selepas PRU12 di kalangan MB dengan mantan MB dan kabilah Adun-adun, seperti musuh utama perlu disembelih, dicah keting ditaket tulang kering menjadi agenda utama. Itulah fenomena yang menimpa sesama kabilah-kabilah umNObn disudut menghadapi takut kuasa puaka terlepas dari genggaman dan terlepas habuan dana di pelehap selama ini .
Kerana disebalik kuasa puaka itulah disana, terdapat banyak harta karun dan harta timbul. Berterusan menjadi cakaran rebutan khususnya kepada Adun umNObn yang menjawat MB, barisan Exco dan dikalangan Adun biasa yang mengetuai CLC dan digandakan pula dengan menjadi Pengarah atau Pengerusi Perbadanan Agensi Kerajaan baik diperingkat negeri apa lagi peringkat pusat. Hilang kuasa bererti hilanglah bukit emas dan telaga minyak ditangan. Petelingkahan dan perbalahan sesama sendiri berkaitan kuasa menjadi agenda perdana dalam umNObn. Apalagi sekiranya 1kerajaan negeri diikuti kerajaan pusat terlepas. Maka pasti macam dunia kiamat dirasai oleh pemimpin-pemimpin umNObn. Sebab itulah hina dina menimpa pemimpin umNObn, sanggup mereka kini subur balas, dalam gelar MB pak anggok ditandu telunjuk, cap ayam, cap berok dan macam-macam cap jenama, kata tajam terukir disembor, jadi mainan macam cucu-cucu mereka di Tadika Kemas mula belajar.
Walaupun umNObn menguasai 2/3 dalam Dun, kerajaan umNObn sampai kini terus berentap, berkrisis, berlaga sesama sendiri macam lembu berlaga. Ianya ibarat pelengkap menggali kubur melangkah percepatkan lagi ke titik akhir hayat umNObn. Kerajaan umNObn Terengganu dan Perlis, sebenarnya sengaja mereka sedang menyiap dan perlengkapkan diri dalam mengekori menjejaki UMno Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan untuk tukar batin kepada PR selepas PRU13 nanti Inshaalah. Saya nampak macam kebenaran dalam kenyataan dengan semerbak saya menghidu fenomena tersebut. Saya harapkan PR khususnya PAS di Negeri Terengganu Darul Iman dan Negeri Perlis Indera Kayangan/Darul Sunnah untuk mengetuai kerajaan PR di kedua-dua negeri tersebut. Ingatlah, ianya tidak mustahil dan ganjil.
Ianya serba kemungkinan diterjermahkan menjadi kerajaan PR, menerusi persediaan jihad pelaksanaan yang rapi dari PR untuk mengambil alih kerajaan, sebaik pengundi dan rakyat memberi kepercayaan undi mereka, Inshaallah. Hujah diatas dan kebenaran berada dengan kerajaan umNObn negeri Terengganu Darul Iman sekarang. Disana kepimpinan MB menghadapi pembangkang dalaman tekenal dengan cap ayam, cap sauh dan macam-macam jenama dikemukakan untuk menajam pertembungan. Perlis pula popular dengan memiliki MB suruhan kata mantan MB, disamping menghadapi pembangkang sebenar iaitu PAS-PR.
Tetapi realiti sekarang yang kerajaan PR Kedah Darul Aman, sekalipun tidak mendapat majoriti 2/3 penguasaan dewan, tetapi mendapat sokongan besar dan dukongan bulat dari Adun PR dari PAS, PKR dan DAP. Ianya tegap dan mantap mampu menghadapi kerapuhan pembangkang umNObn yang tempang dalam dan luar Dun. Walau diperingkat awal kerajaan PR Kedah Darul Aman, pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak, menghadapi gangguan, sabotaj bersepadu dari pembangkang umNObn yang bersekutu dengan macam-macam pihak berpusat di PWTC juga di Putrajaya. Walau dengan gusi yang bernanah dan berdarah, umNObn masih cuba juga mengigit dan menggugat menerusi strategi basi dalam pelbagai cara dan macam-macam gejala diusaha terhadap kerajaan PR Kedah, sehingga lanie gagal.
Pembangkang umNObn sanggup berusaha bersungguh-sungguh dalam pekara tidak sungguh. Sungguh-sungguh menabur fitnah disepanjang PR memerentah mengambil alih kerajaan. Walaupun pembangkang umNObn Kedah melancarkan penentangan bertali arus. Pembangkang umNObn tetap gagal mendapat kepercayaan berpaling tadah dari Adun PR yang memungkinkan kerajaan PR Kedah ditumbangkan menerusi rampasan kuasa kudeta dari umNObn. Seperti perlanggaran undang-undang dan perlembagaan dilakukan umNObn di negeri Perak Darul Redzuan. umNObn terus dilanda virus H1N1, apabila Adun Kota Seputih menjadi hitam legam kekosongan Dun Kota Seputih dilakukan batang tubuh berkenan, dan Adun MCA pula bercuti panjang dari BN dan Dun. Kini, tenat dan penat lelah umNObn berhasrat teruskan agenda jahat mereka untuk menggugat kerajaan PR Kedah Darul Aman pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak.
Melepasi Cabaran Mendaki Kejayaan
Selepas bulan Mei 2010, nyatalah kedudukan PR telah mendapat perhatian besar dan sokongan dari rakyat majmuk Kedah, kukuh dalam Dun. Disini, saya yakin proses semulajadi keguguran Adun PR dari PKR di Dun Kedah Darul Aman. Adalah langkah proses nyahkan petualang dan pendurhaka dari parti dalam memacu perjuangan rakyat, bertujuan mematangkan kerajaan serta memantapkan kerajaan. Menepati keadaan masa yang tepat, walau kerajaan menghadapi sedikit sebanyak gangguan, menggugat perjalanan kelancaran Kerajaan sebelum ini. Seperti menampi beras untuk menasingkan diantara beras bernas dengan antah melukut dan hampa. Ianya bermatlamat untuk melahirkan Adun PR dalam Dun Kedah bersih, seperti membasuh kain putih dengan drive atau omo dan dibilas untuk mantap warnanya berkualiti umph.
Kerana Adun PR Kedah dan kerajaan PR Kedah, mereka telah mempunyai contoh sejarah, di Dun yang klasik dibawah pimpinan sifu mereka. Kegentalan dan pejalnya kerajaan PAS-BA dengan kelebihan memerintah majoriti 1kerusi 2undi pada sesi 2004 - 2008 dinegeri Kelantan dalam Dun Kelantan. Itupun tak mampu umNObn gugat. Menteri Besar YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu dan mantap memerentah negeri Kelantan, sehingga Dun dibubarkan. Dan mencipta kejayaan cemerlang cuma tinggal 6 jahanam pembangkang (seperti dikatakan sendiri dikalangan Adun umNO sebaik menerima keputusan PRU12 dahulu), pimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz dalam PRU12 dan kembli di persada kerusi MB Kelantan, lebih gagah dan perkasa. Ahamdulillah.
Sejak mendapat perkenan Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Al Sultan Kedah sebaik PRU12 pada 8 Mac 2008 menerima hakikat yang realiti. Sesungguhnya umNObn telah tewas dan tidak mendapat kepercayaan rakyat pengundi. Selari dan selaras dengan rakyat memilih PR - PAS, PKR dan DAP untuk memerentah negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan Tuanku Al Sultan Yang Berdaulat (kata Almarhum Ustad Fadzil , “Sultan yang cukup berhemah tinggi, bersopan santun cakapnya cukup lemah lembut bila bercakap bertitah dengan rakyat jelata dan bertimbang rasa”) telah menerima baik dan menjalin kepercayaan penuh dan memperakui mengikut perlembagaan dan tubuh kerajaan negeri Kedah berpandukan keputusan PRU12.
Maka Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah memperkenankan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dari PAS mengetuai kerajaan PR Kedah dengan mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar Kedah Darul Aman yang baru. Serta diikuti sepenuhnya mengangkat sumpah memegang jawatan saf Exco Kerajaan negeri. Ianya mendapat perkenan penuh kebawah DYMM Tuanku Al Sultan. Makanya dalam masa yang singkat Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, telah menganugerah bintang kebesaran kepada YAB MB yang membawa gelaran Dato’ Seri termasuk dikalangan bebera saf Exco.
Kerajaan PR pimpinan YAB MB Dato’ Seri Azizan Razak dan saf Exconya, kini sedang mendapat perhatian, perhatian dari sekalian rakyat jelata pengundi yang bermastautin dalam negeri Kedah. Serta pengundi anak negeri yang berada diperantuan diseluruh negara. Beriring dengan salam KEDAH SEJAHTERA, dalam masa yang sama banyak masa kerajaan, YAB MB dan saf Exco terpaksa menghabis masa yang banyak dalam membuat menangani peninggalan kerja-kerja terbengkali kerajaan umNObn yang bermacam-macam kategori, kencing berak serta muntah hantu raya. Kerja membasuh ada sampai peringkat menyemak pun ada. Disamping meneruskan kerja peninggalan yang baik berjalan lancar. Jelas saat ini dah masuk usia kerajaan PR Kedah Darul Aman 2 tahun 6 bulan.
Para penjawat awam turus dan penjawat awam yang dibawahnya telah dapat menyesuaikan diri. Mengikut cara dan stail pemerintahan kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Azizan serta penjawat awam utama perlantikkan politik dibawah pejabat YAB DS MB Kedah Darul Aman. Dalam keadaan ini para penjawat awam wajib menyatakan sekongan kepada dasar dan polisi kerajaan Negeri Kedah semasa. Bukan menjadi duri dalam daging, mengugat Kerajaan negeri dari menerusi peguasaan pentadbiran dan pelaksanaan pengurusan urus tadbir diluar etika sumpah setia taat kepada kerajaan. Penjawat awam negeri Kedah adalah bebas sepenuhnya dalam membuat pilihan parti politik sokongan mereka. Tetapi janganlah berpolitik kepartian semasa ketika menjalankan tugas-tugas kerajaan yang mereka memikul memegang amanahnya.
Mana-mana kerajaan negeri dalam negara kita, bila mendapat sokongan penuh dari Tuanku Al Sultan dan Istana, serta mendapat sokongan besar dari penjawat awam, bukannya mereka umpama api dalam sekam, garam dalam laut. Disini jelas saya nampak lubang kubur resmi umNObn akan ditemui selengkapnya dalam PRU13. Makanya pada menghadapi ujian terkini adalah melalui PRK Dun Kota Seputih, yang kosong diwakili setelah Adun umNO digugurkan melalui undang-undang tubuh kerajaan Negeri Kedah. DI PRK itulah samaada umNObn berkubur dengan jasad disemadikan di PRK Kota Seputih atau mati tanpa kubur. Kedua-duanya adalah mati dalam erti kata umNObn tidak ada wakil di Dun Kota Seputih. Pasti SPR bermasalah besar berdepan dengan Speaker Dun Kedah. Saya mengulangi dan menegaskan disini, kedua-duanya jawabannya adalah mati. Kerana Dun dan Speakernya menolak dan menafikan wujudnya Adun Kota Seputih sekarang.
Mantapkan Kerajaan PR Kedah Darul Aman.
Era kerajaan PR; PAS, DAP dan PKR sekarang telah lulus dalam pepereksaan memerentah walau tempoh 2 tahun 6 bulan. Kini zaman menanam menyemai dan akan kita tuai hasilnya pada PRU13 nanti, Inshaallah. Menjadi kewajiban YAB Dato’Seri MB dan anggota saf Exconya menjalankan misi pemerentahan berpandukan undang-undang yang termaktub. Masa dan suasana, memyedari semua penjawat awam mampu membezakan tugas peranan eksekutif kerajaan dengan kepentingan bias kepada parti yang dalam PR yang diwakili. Dalam dua dalam satu iaitu kepentingan parti dan kepentingan kerajaan. Saya cukup-cukup tegar dan memegang kepada realiti, keadilan dan kesaksamaan semasa menjalankan tugas. MB dan para saf Exco dapat membezakan pelaksanaan menjalankan program kerajaan wajarlah, diselesai dan dijana sepenuhnya di Wisma Darul Aman, sekali pun wartawan media mengasak MB atau Exco untuk dapat info.
Kalau wartawan media nak juga maklumat, sila ke Pejabat Perhubungan PAS Kota Sarang Semut Batu 10, menjadi kewajipan MB sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Exco, katok tibai pembangkang umNO sebagai jawapan resmi politik diatas asak fitnah pembangkang keatas PAS pimpinan DS Azizan Razak termasuk PR sebagai Ketua Penyelaras PR negeri Kedah Darul Aman. Sekiranya berkaitan dengan urusan tadbir kerajaan dan perlaksanaan dipertikaikan oleh umNObn pembangkang, maka medannya adalah dipejabat YAB MB dan saf Exco di Wisma Darul Aman. Kalau itulah dapat dijanakan dengan membeza diantara kepentingan membela kerajaan dan disatu pihak lain keutamaan dan kepentingan politik menjaga selia parti yang kita wakili dikalangan PR. Mengelak dari tidak dicemoh dan diperlekehkan dengan macam-macam mehnah dan kerenah oleh pembangkang umNObn kepada Kerajaan PR Kedah Darul Aman. Iaitu memperalatkan alat kerajaan untuk parti.
Membela, Menjana Pengisian Kerajaan
Kerajaan negeri Kedah sejak mengangkat sumpah selepas PRU12, terus mendapat gangguan, tohmahan, fitnah yang bertali arus dengan strateji yang bersepadu dari pembangkang iaitu umNObn. PAS dan PR mampu menterjermahkan diri menjadi sebuah kerajaan dan memerentah dengan seadanya. Sedangkan oleh kerana lamanya memegang tampuk kerajaan, umNObn gagal menjadikan diri mereka sebagai pembangkang yang sehat. Mereka sentiasa tersasul dan tatkala menghadapi penyokong ahli mereka menonjolkan diri, seolah-olah mereka masih berkerjaya sebagai kerajaan. Semuanya telah dapat dipatahkan dengan bijaksana dan bersahaja oleh kepimpinan parti PR dan Ketua Eksekutif Kerajaan PR Kedah Darul Aman Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman YAB DS Ustaz Azizan Bin Haji Abdul Razak.
Sekarang umNObn telah masuk zon masa tambahan dan kini mengalami penat lelah dan letih, kerana stamina mereka dah berkurangan dan lapik perut mereka dah jadi nipis. Kegagalan tersebut, pembangkang umNObn di negeri Kedah Darul Aman dikalangan sesama sendiri kian berpecah. Pertentangan perselisisan kian menajam dan menjadi-jadi. Dikalangan mereka ada yang memutuskan mencari pengkalan baru dan ada yang berkelana. Tetapi ramai yang kecewa, mengalami dan menghadapi tekanan perasaan pupusnya kuasa berlarutan sampai menjadi tekanan jiwa. Sesetengahnya terdapat yang merintis, terkejut dan masih tak percaya yang umMObn Kedah tak ada dah Kerajaan. Lanie adalah pembangkang.
Sebab itu kita belajarlah dari sejarah, dalam menimbang parti dan memberat peragakan kerajaan. Pastilah parti wujud dahulu baru kerajaan. Tidak seperti telur ayam, siapa yang mendahului sejarahnya, menjadi teka teki sampai kini. Sokongan padu rakyat pengundi kepada parti dan mengangkat menjadi Adun atau Apar dikalangan yang berintergriti menjadikan parti kukuh dan diyakini serta kerajaan yang ditubuhkan menjadi kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dalam memenuhi keperluan rakyat. Sebab itulah sekiranya parti tersilap langkah memilih calon mewakili parti dalam PRU13 dan PRK dikalangan berudu kodok, musang atau jebon, maupun kala jenking. Rakyat terpaksa mengundi demi muslihat menjaga parti, akhirnya parti dan pengundi mendapat rugi. Parti memiliki Adun dan Apar seperti anjing menggigit tulang melihat bayang-bayangnya, atau seperti menyelamat singa lemas, akhirnya kita dibahamnya.
Komponan PR PAS, PKR dan DAP telah mengalami dan merasai keadaan sakit pedih tersebut. PR dan PAS khasnya dalam kontek negeri Kedah, jangan tersilap langkah memilih calon. Jangan lagi kita memikul biawak hidup apa lagi biawak gabok, tanggung bangkai anjing kurap yang sedang kita tanggung hasil PRU12. Beberapa ekor jebon Adun dan musang Apar. Jangan sampai pisang berbuah dua kali dan jangan mengulangi masuk ke lubang biawak. Terdapat jenis fail wakil rakyat sesi 2008 dikalangan PR baik PAS, DAP maupun PKR, rakyat mengenali dan mengawasi mereka sekarang dan jangan PR samada PAS, DAP dan PKR terlepas pandang, atau sengaja lepas pandang kerana ia merupa kroni. Anjing-anjing kurap ini, katak berudu dan kala jengking ini atau yang setara dengannya, ambil sikap putus mutlak, mereka sudah diharamkan mutlak untuk tagih calon Adun dan Apar. Kita talak tiga.
Jangan kerana mereka dikalangan Adun bijak ampu, bijak pandai pusing diperingkat atasan penguasa parti. Jangan kerana petah berhujah, pandai melepas diri berhelah, pemimpin penguasa parti mati kaki bersekali hujah kerananya. Adun jenis itu tak apa, kita kekalkan untuk semusim saja lagi, biarkanlah di dapat pencen penuh. Atau biarkanlah selepas PRU13 nanti bagi peluang dia menjawat Exco tentu dia berubah perangai bertukar sikap. Justeru, jangan sekali-kali memperjudi kehendak rakyat dan kemahuan rakyat disudut undi yang akan diberi. Parti mampu dan berkuasa meletak sesiapa sahaja mewakili parti, walau rakyat pengundi akar umbi benci dan tidak peduli. Penguasa parti komponan PR dan Penguasa PR itu sendiri ingatlah pernyataan ini. Rakyat adalah pengundi kepada calun dari mana-mana parti. Bukan calon parti yang mengundi memilih rakyat pengundi.
Rakyat adalah hakim pengundi berdaulat dalam sistem demokrasi berparlimen dalam memilih Adun dan Apar. Silap-silap edar penguasa parti dalam memutus memilih calun, dengan membelakangkan samasekali pandangan dan cadangan balas ahli-ahli parti diperingkat bawah yang mereka, urat nadi dan susah senang, panjang pendek dalam memenuhi mengisi keperluan kehidupan. Penguasa parti dan pemimpin diatas sana wajar (dalam makna wajib) mendengar dan menerima serta akur pandangan dan cadangan balas pemimpin rakyat jelata bernama pengundi hakim dalam pilihanraya. Kerana pemimpin rakyat mereka melata dan bergerak bersama-sama beriringi dengan denyutaan nadi rakyat juga pengundi setiap masa bukan bermusim. Mereka mengenali hatibudi dan perut pedai diantara satu dengan lain. Dikala senang maupun dikala susah menderita yang mencenkam. Belajarlah dari pengalaman dan dari rekod sejarah.
Bencinya pengundi kepada calun mengakibatkan parti ditolak pengundi dan hilang kerajaan. umNObn merasai kini dibeberapa negeri. Pengundi tolak calun samalah pengundi tolak parti kerana tolak calun. Parti dan calun umpama manis didalam gula, masin dalam garam. Tiada gula tiadalah manis; tiada garam tiadalah masin. Usah pisang berbuah dua kali. Tengoklah umNObn bila mereka tolak TS Mohamed Yaacob sebagai Pengerusi Badan Perhubungan umNO Kelantan dan calun-calun pilihannya, kerajaan umNObn Kelantan ranap. Samalah juga keadaan kembar menimpa umNObn di Terengganu. Bilamana rakyat benci menolak TS Wan Mokhtar sebagai ketua parti dan ketua kerajaan bersekali dengan calun-calun kroninya. Akhinya jawapan dalam PRU umum kerajaan umNObn pimpinannya ranap tersungkur. Justeru ambillah pelajaran dan pengajaran darinya. Usah mengulangi kesilapan umNObn disudut menolak kemahuan tuntutan rakyat pengundi.
Tetapi penyakit yang berat yang dapat dikesan dan dilihat oleh ahli parti, penyokong dan pengundi adalah penyakit kepimpinan PAS Kawasan, cawangan dan dewan-dewan yang sampai tahap tegar. Iaitu penyakit tidak sabar dan penyakit mempertikai ketua pemimpin, bilamana diri dibawah dipong, dibodek diampu, dipuji mengatakan anta lebih layak dan lebih berhak untuk mengisi sesuatu jawatan tersebut kerana penyandangnya dah tua dan dah tak bermaya. Sesetengahnya ada yang mengikut tari gong dipalu menari sumbang dengan langkah tempang. Gejala ini disemua posisi. Jadinya humbanlah penyakit dan bibit penyakit tersebut kedalam sungai Sungai Kedah biar dihanyutkan kelaut. Baik Adun biasa, baik saf Exco, ingtkanlah bahawasanya diri kamu berada ditempat itu, ianya bermula dari parti memberi tempat. Rakyat ahli dan pengundi meletakkan anda dikeadaan posisi menjawat Adun.
Kami dari luar sini, untuk anda anta didalam diatas sana, agar membawa terus madrasah Ramadan dan semua isi intipati Ramadan menjiwai dan membaluti roh dan jasad anda dan bersekali dengan kami seadanya. Sekupang yang disedekahkan diatas nama taqwa kepada faqir miskin, lebih mulia disisi Allah walau semilion derma dihulurkan dengan sekeping replika cheque diserah dihadapan tv dan media untuk info dunia yang penuh makna dalam tanda tanya. Justeru, pengundi adalah pengadil muktamat dalam berkuasa mewarnakan PRU dan PRK, hargai dan berilah penghurmatan kepada pengundi dan rakyat. Rakyat dan pengundi tidak merempat memohon dari kerajaan, tetapi kerajaan wajib menunaikan keperluan asas rakyat pengunsi. Parti dan bernama bakal Adun dan Apar atau mantan Adun dan Apar yang pasti menjadi pengemis undi yang faqir dikala menghadapu pilihanraya.
Parti kukuh kerana kental perpaduan ahli. Menangnya wakil rakyat dan parti kerana ahli, penyokong bersekali dan undi rakyat pengundi sepakat kata membina kecenderungan swing memenangkan kita atau kandaskan kita. Jadi ahli penyokong rakyat pengundi memberi ingatan jangan memperdagankan jawatan Adun dan jawatan Exco sebagai jelapang mencari makan dan membina kekuatan dan kabilah anjakan mendapat kedudukkan. KEDAH SEJAHTERA bebaskanlah Adun dan saf Exco dari sifat-sifat tersebut. Jadikanlah anda wakil rakyat sebenar, Exco sebenar mengikut kehendak parti dan kehendak rakyat. Jangan bila berada diatas sama, parti dan ahli bersekali rakyat pengundi dijadikan umpama ladang dan lautan sebagai destinasi memunggah hasil dan khazanah.
Siap pada: 1 Syawal 1431 - Jumaat
10 September 2010 - Menjelang Subuh
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL IZIN WAL FAIZIN. MAAF DZAHIR DAN BATIN. AZAM DAN TEKAD MADRASAH RAMADAN YANG KITA LULUS DARINYA, UNTUK KITA BINGKAS BANGUN MELIHAT PARTI KITA PAS, DIMANAKAH MASING-MASING DENGAN KELEBIHAN DAN KEUPAYAAN KITA TAGIH MEMBANTU MEMANTAP DAN MEMPERKASAKANNYA DISEMUA KEADAAN BERSIAP SIAGA DALAM MENGHADAPI, MENGHARUNGI MENDEPANI PRU13 DAN SEBELUMNYA DI PRK KOTA SEPUTIH.