Saturday, September 18, 2010

PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN

PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN
(LIKU DAN PAYA SEDANG DILALUI)

YANG LAMA JANGAN DILUPA, YANG BARU JANGAN SOMBONG.

7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
Sebagai pembuka kata rencana ini, saya pungut muat kata ucap Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 38 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, setelah 3 tahun PAS menawan Kelantan diatas nama Angkatan Perpaduan Umah PAS dengan Parti Semangat Melayu 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah . Muka Surat 29 di para dua iaitu;-
“Dalam sepanjang sejarahnya, PAS tidak sekadar mengenakan tindikan displin terhadap ahli-ahi biasa, Pernah displin dikenakan kepada mereka yang pernah menjadi Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Agung, malah yang jadi Menteri Besar pernah dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Mereka yang istiqamah dengan perjuangan tidak memandang tindakan itu sebagai anti ahli tetapi menerimanya dengan semangat jemaah. Mereka yang tidak puas hati dengan tindakan itu sentiasa diberi peluang merayu dan setiap rayuan diberi pertimbangan”.
Menjejak PAS Kedah
Seorang ulama yang aktif dalam Umno kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air ketika itu termasuklah melibatkan diri, adalah seorang pemuda waja anak kelahiran Kedah, Pak Ya Junid sinonimnya TG Haji Yahya bin Junid. Pak Ya telah aktif dalam gerakan menentang penjajah British, kemudian beliau mengasaskan Persatuan Ulama Kedah pada 1946 bersama dengan Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra. Diwaktu yang sama Pak Ya turut menyertai Kesatuan Melayu Kedah (KMK) dan beberapa kali mewakili persatuan ini ke Kongres Kebangsaan Melayu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Umno pada 11 Mei 1946.
Bilamana KMK menyertai Umno, maka Pak Ya turut menjadi ahli Umno yang aktif semasa itu, sama seperti saya kata manis bersekali didalam gula, wanginya didalam atar. Sebaik sahaja tertubuhnya PAS maka beliau menganggotai PAS diperingkat awalnya sampai akhir hayat usianya. Pak Ya belajar di Pondok Chegar, Gajah Mati dan berguru dengan TG Ahmad Rabat pada 1924. Beliau kemudian belajar dibeberapa pondok seperti Pondok Tandop (TG Abdul Ghani Awang), Pondok Titi Gajah (TG Haji Endut) dan akhirnya ke Pondok Khairiyah, Pokok Sena, Seberang Perai. Di pondok ini, beliau mendapat sentuhan dari TG Haji Tuan Hussein Kedah, ulamak Banjar yang terkenal itu.
Tahun 1931 Pak Ya berhijrah ke Kelantan untuk berguru dengan Tok Kenali selama 2 tahun di Pondok Masjid Muhammadi. Antara guru beliau di sini ialah TG Saad Kangkong, TG Ali Pulau Pisang dan TG Yaakub Legor. Selepas kematian Tok Kenali pada 1933, beliau belajar di Madrasah Ahmadiah Pondok Bunut Payung dan sempat berguru dengan TG Abdullah Tahir dan TG Mokhtar Ahmad. Selain pondok di Bunut Payung, Pak Ya juga mengambil kesempatan untuk bermulazamah dengan ulama besar seperti Mufti Dato’ Ahmad Maher, Mufti Dato’ Sheikh Mohd Nor Ibrahim dan TG Yaakub Gajah Mati.
Sebaik TG Haji Ahmad Fuad Hassan mengetuai Bahagian Agama Umno pada 1950, satu Persidangan Ulama Se Malaya diadakan di Muar Johor. Diikuti oleh persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Ketika PAS hendak ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Bagan Dalam Butterworth di Kelab Melayu Bagan. Beliau merupakan ahli PAS di generasi terawal dengan memegang bilangan ahli PAS No 12. Dalam perjumpaan tersebut TG Yahya bin Junid dilantik menjawat Ahli Jawatankuasa Agung PAS sehingga 1960-an. Dalam masa yang sama beliau turut memegang jawatan penting dalam Dewan Ulama PAS Pusat.
TG Haji Yahya bin Junid adalah tokoh yang paling lama memegang jawatan Ketua Dewan Ulama’ PAS Kedah iaitu tempoh 20 tahun sehingga 1995. Jawatan tertinggi yang dipegang oleh TG Haji Yahya bin Junid dalam PAS adalah Ahli Majlis Syura Ulama PAS semenjak 1987. Di samping itu juga, Pak Ya pernah dua kali dipilih menjadi Adun Sala (1974 dan 1978). Lanie kawasan tersebut diwakili oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak. Kerena ilmu yang tinggi dimiliki TG Haji Yahya bin Junid, maka beliau di lantik sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Majlis Fatwa Kedah dan AJK Zakat Kedah selama 40 tahun. Manakala khidmatnya dalam Majlis Fatwa berakhir pada 1985 setelah beliau berkeras dengan pendirian bahawa mangsa peristiwa Memali adalah syahid, sedangkan Majlis Fatwa yang dikuasai Umno berpandangan sebaliknya.
Ketika PAS sedang sibuk bersiap menyambut ulang tahun ke-50 pada 23 Ogos 2001, pengasas PAS Kedah ini telah dijemput oleh penciptNya kembali menemui Allah pada 6 Ogos 2001. Jenazahnya diimamkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Beliau meninggalkan jasa yang besar kepada perjuangan Islam di negeri Kedah dan negara amnya termasuk di institusi pendidikan pondok dan sekolah arab, dengan melakar nama yang tersohor. Dengan jasa-jasanya kepada PAS yang tidak ada tolak banding itu, bersekali dengan menjadi tokoh Pendidik tulin sebagai guru diatas daya usaha mengasas dan mendirikan pondok dan berkembang pesat mengikut zaman dengan membina sekolah agama arab. Sekolah yang melahirkan puluhan ribu murid dan pelajar. Yang mereka keudiannya menjadi manusia dengan menjawat jawatan utama dalam negeri kedah dan negara. Murid-murid beliau itulah sedang terus mendoakan guru mereka TG Haji Yahya Jonid.
Kalau saya sampai hari ini tersentuh, pasti Almarhom TG Haji Yahya Jonid lagi tersentuh bersekali dengan warga Pondok Pak Ya yang lain, bila musibah kebakaran pondoknya yang berlaku pada dengan mengurbankan putra putri pelajar anak didiknya. Musibah yang cukup menyayat hati, dan sampai kini tidak dapat dilupakan. Walau pun begitu pengajian diteruskan sampai saat ini.
Disamping guru-guru pondak diatas yang turut serta melibatkan diri dalm PAS, selain dari itu diantara tokoh-tokoh lain seperti Almarhom Haji Abdullah Abbas Nasution, Almarhom Ustaz Azhari Abdul Razak, Almarhom Dato’ Abu Bakar Umar, Dato’ Sudin Wahab, Haji Ahmad Shukri, Ustaz Halim Arshad, Almarhom Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Aris Awang, Mohd Najib Fahmi dan ramai lagi pemimpin selepas mereka. Ramai dikalangan mereka sudah meninggal dunia (Al Fetaheh untuk mereka).
“Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu, iaitu beberapa derjat”. (Maksud Surah al-Mujadilah:11)
Atas maksud celik sejarah, mempelajari dari sejarah sekadar selayang pandang secara rambang, saya membicarakan PAS di Kedah masa awalnya dan penglibatan tokohnya yang sewajarnya dikenang. Hendaklah di ingati di sepanjang zaman dengan penuh hurmat dan menginsafi. Yakinlah! Merekalah yang memulakan perjuangan PAS ini, dengan meletak batu asas (PAS) membolehkan kita menerima dan mewarisi wadah perjuangan ini penuh yakin dan pasrah. Jangan pelekeh mereka, jangan menghina mereka, jangan meletak kesalahan kepada mereka, hatta usahlah melebel mereka seraya memperkecilkan pengurbanan usaha mereka terdahulu dengan lebel yang bukan-bukan tidak menyenangkan. Biri-biri yang mati tidak merasai sakit sekalipun telinganya disayat. Tetapi mata yang melihat merasai sakitnya hati kecil yang merintih. Perjuangan yang mereka mula, dengan kerengat dan air mata, dengan darah Syuhada Memali akhirnya kita panjat Wisma Darul Aman. Subhanallah.

Jadi, jangan belit dan balikkan sejarah, kerana mereka tidak mampu membuat pembelaan diatas penghinaan kita kepada mereka; kerana mereka dah mengadap Tuhan mereka Allah Azzajawalla. Marilah kita basahi dan sirami mereka dengan doa-doa sejahtera, dengan mengenangkan jasa-jasa mereka membangun dan menghidupkan PAS ini. Dahulu di saat orang menolak PAS, ketika mana orang mencerca mencebeh kepada PAS dan lawan kita meludah puui!!!!!. Ketika mana mereka menyeru ajak sokong masuk PAS. Merekalah dulu-dulu dihadapan mempertahankan PAS, dikala susah senang, dikala duka mereka, dengan rezeki yang dipekin. Sekupang ditangan, 5 duit ketabung PAS. Senaleh padi yang ada, setengah senaleh sedekah jariah mereka kepada PAS. Itulah sumber dana berkat PAS sampai subur kini. Diatas pengurbanan mereka itulah anda mewarisi PAS sekarang. Memastikan anda bersemadi di Wisma Darul Aman dan mampu berehat di Mentalon. Berfikirlah sejenak, bertafakut renung renunglah. Siapalah kita.

“Allah bersaksi bahawa tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Dia; sedangkan malaikat dan orang-orang berilmu tegak dengan adil (lurus); tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa”. (Maksud Surah Ali Imran: 18)

PAS Kedah yang majmuk ini, sesungguhnya dikalangan PAS yang kental gagah membela PAS macam Almarhom Pak Mat Jawa, Almarhom Syuhada’ Othman Talib. Mereka kaya perjuangan membujur lalu melintang patah menghadapi musuh PAS juga musuh mereka walaupun mereka miskin faqir ilmu. PAS Kedah juga sampai sekarang berganda memiliki pemimpin besar dari jenis kaya ilmu kaya harta. Terdapat yang kaya gedung kitab-kitab besar Arab, kitab Agama Muktabar. Tetapi dikalangan mereka tandus miskin faqir, kerdil disudut kental perjuangan seperti Ustaz Nakahei Ahmad dan ramai lagi. Tanpa malu segan silu ayam 2 ekor di lau, sekor itulah disembeleh digulai dijamukan kepada pemimpin mereka sayangi di rumah buruk layak dipanggil dangau. Kayuh gerek sebelah tangan pegang lampu gaselin berkayuh ke tempat ceramah 10 batu jauh di pelantar belakang muat pembesar suara. Tunggu kehadiran orang kampong untuk ceramah jual PAS dan perjuangannya. Insaf dan bayangkanlah!!!!

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Maksud Surah al-Anfal: 63)

Semuanya masih terbayang dipelupuk mata ku, sampai saat ini air mata berderau mengenangkan PAS dulu dan kini serba canggih dan mewah. Mereka ada Mercedes dan macam-macam lagi, bermuktamar menginap dihotel 5 bintang. Pendapatan besar profesional. 40 - 45 tahun dulu, pekin simpan duit sebulan $2.00 cadang cukup untuk pi muktamar PAS di KL. Baju seluar pinjam. Beg pun pinjam. Ikut dan tumpang lori ikan, lori surat khabar dan lori barang. Kebanyakkan pemandunya keturunan Cina. Suasana dulu mereka dengan mudah kira bicara membenarkan menumpang. Sampai saat ini ku terkenang diakhir tahun 70han. Betapa baik hatinya pemandu lori dulu.

Jadi, wahai pemimpin PAS di Kota Sarang Semut, wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman. Kenangkanlah mereka-mereka terdahulu yang telah dahulu pergi mengadap Allah dulu dari kita. Tetapi sesetengah dikalangan mereka, masih mempunyai waris-waris yang hampir. Wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman, jejaklah anak-anak mereka, cucu-cucu maupun cicit mereka. Salahkah? Rugikah? Kurangkah kedudukan kita? Layangkanlah ingatan penghurmatan dengan secepis sekeping tinta pahatan jasa perjuangan mereka dimajlis besar mengenangkan jasa budi mereka di Seri Mentalon. Sebelum fajar dan anak bulan PRU13 kelihatan, lakukanlah sesuatu kerana disana ianya memiliki banyak hikmah yang besar dan maanfat pulangan kepada kita juga. Anak cucu cicit mereka berkembang biak lebih ramai dari mereka bapa atau datuk mereka dahulu. Kembalikanlah anak cucu cicit kepangkuan PAS dengan penuh kasih sayang. Jamulah mereka walau setegup air sekeping roti kapai sebiji meskut, tanda kita ingat jasa ayah tokwan nenek mereka. Realisasi dan lunasilah!!!!!!!!!!!

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianti Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”. (Maksud Surah Al-Anfal: 27)

Apalah erti dan maknanya kita membuat jamuan besar, sekiranya disaat yang sama kita melupai anak cucu pejuang-pejuang PAS terdahulu. Kita beri dan menghargai penghargaan kepada gulungan dan pihak tertentu. Tetapi kita malu, kita loket memberi penghargaan kepada pejuang kita dimajlis khusus. Apakah kurangnya jasanya sahabatku Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhum Ustaz Othman Marzuki dan ramai lagi kepada PAS?. Kalau depa umNObn tidak menghargai dan mengingati tokoh-tokoh pejuang kita, ianya benar dan tepat. Tetapi kalaulah kita juga subur sambungkan dalam menafi penghargaan kepada mereka, wajarkah? Bahagian protokol dan bahagian politik pejabat YAB MB, semarakkanlah, mudah-mudahan sisa-sisa usia ini dapat saya turut saksikan majlis tersebut. Inshaallah, dalam masa terdekat.



PAS Berkembang Bersekali Kematangan Pemimpin dan Pengikutnya

“Katakanah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerentahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kekuasaan pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkalah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dari Engkkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam Ke kuasaan Engkaulah sahaja segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Maksud Surah Ali Imran: 26)

PAS negeri Kedah bersekali dengan pimpinan PAS Kedah Darul Aman, sejak penubuhan PAS Kedah telah menyertai semua PRU dan PRK untuk Dun dan Parlimen. PAS Kedah dipimpin dan diterajui oleh beberapa tokoh terdahulu yang menjawat Pesuruhjaya mengikut kesesuaian pengisian semasa tuntutan keperluan ketika itu. Mereka meletakan PAS dipersada dan diatas landasannya bergerak diatas paksi yang benar dan hak. Sebaik Ustaz Fadzil meninggal dunia, Pesuruhjaya PAS Kedah dipegangan diterajui oleh sahabat karib Almarhom Ustaz Fadzil iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak. Allah takdirkan Ustaz Azizan telah mengetuai menuboh kerajaan PR - PAS bersama-sama PKR dan DAP menjadi realiti bukan cobaan tidak mimpi. Kini di kenali YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak MB Kedah Darul Naim selepas PRU12 yang lepas. Alhamdulillah.

(NOTA:Saya imbau kenangan kira-kira 16 - 17 tahun dahulu. Sebaik YAB TG Nik Aziz Nik Mat menjawat jawatan MB Kelantan. Dalam kunjungan lawatan kerja Presiden PAS Pusat Ustaz Fadzil Noor bersama Ustaz Azizan Razak ketika itu baru melepaskan jawatan pensyarah di UKM. Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan menginap di Hotel Ansar (bilik 208). Seperti biasa Ustaz Fadzil memanggil saya menemuinya di Hotel Ansar jam 8 malam (ketika itu hampir benar negara akan menghadapi PRU). Tepat masa dijanjikan terlebih dahulu saya dapatkan buah tangan kesukaan Ustaz Fadzil kalau sampai di Kota Bharu iaitu roti tempayan, gulai daging cincang dan kaki lembu bersama teh tarik kegemaran Ustaz Fadzil. Saya melangkah kebilik Ustaz Fadzil, Ustaz terus memperkenalkan saya dengan Ustaz Azizan. Ketika itu Ustaz Fadzil siap dengan jarumnya untuk menyuntik ubat insulin penyakitnya dan pinta saya bantu sempurnakan. Maaf Ustaz, ana tak boleh. Disitulah Ustaz Azizan maklumkan kepada saya yang asal keluarganya dari Sungai Baru, Sungai Belati. Saya maklumkan sebelum masuk tadi, “ana nampak Ustaz Hassan Mahmud Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan nak jumpa Ustaz, dia pesankan sesuatu untuk kehendak dirinya disampaikan kepada Ustaz, ana tinggalkan diluar Ustaz Azmi adik TMB II Ghazali Ishak juga maksud sama tumpang juga nak jumpa Ustaz maksud berkisar tempat di PRU”. Semuanya bersikar dengan calun-calun Ustaz Fadzil pinta pandangan saya kerana saya mengenali. Selesai saya memberi pandangan jam 11 malam saya pohon beredar dan jumpa pagi besok di kedai Jaafar Rawas(belum meninggal dunia ketika itu). Sebelum beredar baru saya panggil kedua-dua tadi bertemu Ustaz Fadzil, bersalaman dan sama-sama kami meninggalkan Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan inilah 16 tahun kemudian selepas PRU12 pada 8 Mac 2010 menjawat jawatan MB Kedah Darul Aman. Dan selepas 2 tahun 6 bulan baru kali pertama menjejak kaki kekediaman resmi MB, sebaik menerima panggilan undangan phone dari pegawai khasnya jam 8.03 pagi. Dari Bagan Dalam tepat jam 12.02 tengah hari saya sampai di kediaman resmi MB di Mentalon hari rumah terbuka MB Kedah. MB Ustaz Azizan turun dari pentas, bersalaman dan berdakapan dengan saya dengan menyembut nama saya. Dengan bertanya dok di Kelantan atau di KL, saya jawab di Padang Serai. Tanya macam mana boleh mai? Ustaz Hassan Razak kal pukoi 8 pagi tadi dan menanya tentang kesihatan. Terima kasih Ustaz Azizan masih menghargai ana. Ana doakan Ustaz dan keluarga dalam sihat sejahtera dan selesa menjalankan tugas sebagai Adun dan MB, Alhamdulillah).



Selari dengan peredaran masa dan perkembangan zaman, rakyat negara generasi baru selepas merdeka, yang mereka merdekakan minda dan merdekakan perjuangan dari belenggu khurafat umNObn yang sentiasa menekan rakyat marhaen “Hanya umNObn sahajalah yang mampu memerentah negara ini untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman rakyat dengan aman damai dan makmur”. Pasca dunia tanpa sempadan, peranan jalor lebar dan lebuhraya maklumat dalam beberapa versi yang canggih. Fahaman khurafat tentang umNObn tersebut rakyat sebahagian dari warganegara yang sebagai pengundi menterjermahkan dalam pembentukkan dipeti undi. Ianya memungkikan hampir kerajaan BN pusat tersungkur.

Swing dan citarasa rakyat dan pengundi menyeluroh di peringkat nasional, dengan rakyat memberi kepercayaan kepada PR mempertahankan Kelantan dan menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan. Manakala Negeri Sembilan nyaris-nyaris umNObn tumbang, tetapi setakat condong sahaja. Itu adalah sejarah yang negara rekodkan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Sekarang PAS didukungi keanggutaan oleh umat-umat Islam yang majmuk bangsanya serta majmuk pekerjaannya, didalam kepelbagaian katogeri hidup dan kehidupan yang menunjangi Pas Kedah membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan besar dari bangsa keturunan negara juga bersifat majmuk dari India, Cina, Bumiputra Sabah Sarawak hatta PAS mendahului umNO membuka pintu menubuhkan satu dewan baru sebagai saya baru kepada PAS yang setara dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan seumpamanya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS - DHPP. Kini era PAS diberi kepercayaan besar dikalangan penyokong bukan Islam iaitu DHPP yang dianggotai pelbagai keturunan bangsa memberi kepercayaan dan bersama PAS merealisasi keadilan kesejahteraan politik sejagat negara.

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa”. (Maksud Surah - Al Ma’idah: Ayat 8).

Asam garam didalam PAS tidak sama dengan garam belacan didalam umNObn. Sebusuk-busuk pemimpin atasan PAS khususnya dkalangan AJK PAS Pusat mereka tidak berzina dan minum arak, saya menyakini pernyataan ini dengan simpul mati. Mereka mampu membaca khutbah dan menjadi imam untuk solat Jumaat dan solat sunat 2hari raya hatta menyempurnakan solat jenazah dan menjadi kepala halipah membaca Yaasin dan tahalil dan menyempurna sembelehan qurban dan aqiqah dan sebagainya. Hebatnya PM6 1Malaysia, 1kali pun tak pernah naik keatas mimbar membaca khutbah dan mengimamkan apa-apa solat sekadar menjadi makmun, fakta ini saya tidak fitnah, ia adalah benar. Dalam umNO ada yang boleh agama; tepati jarang-jarang, kadang-kadang kata Almarhom TS P. Ramli.


Melayani Menghadapi Mehnah dan Kerenah

Ahli-ahli PAS diperengkat cawangan, yang berkampong dengan juzu lebih besar bernama PAS Kawasan. Asas pemimpin dari cawanganlah meletakkan diri mereka setakah kekawasan. Selanjutnya panjat ke peringkat negeri di Badan Perhubungan PAS Negeri dan Dewan Harian PAS Negeri yang bermula di peringkat kawasan. Disinilah mereka akan melangkau ketakah akhir di posisi AJK PAS Pusat disemua dewan-dewan. Terdapat juga pemimpin yang diatas nama keperluan kepentingan keutamaan jemaah ditarik dan diletakan di Kawasan terutamanya di pusat sebagai AJK PAS Pusat. Tanpa melalui proses kepimpinan cawangan, kawasan dan negeri. Khususnya dikalangan elit profesional atau tokoh pencen penjawat awam tinggi.


Fenomina kepimpinan sesuatu cawangan dengan cawangan lain disudut kepimpinan terdapat perbedaannya. Termasuklah kepimpinan diperingkat PAS Kawasan. Sesetengah PAS Kawasan berkebetulan kepimpinan PAS Kawasan adalah juga sebagai Adun kadang-kadang sekali gus menjawat Exco atau Ahli Parlimen samaada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Kadang-kadang mai tegang juga kalau tidak bijaksana pengurusan kalau Adun, Ahli Parlimen pula tidak terpilih menjawat jawatan di Kawasan setidak-tidaknya. Semuanya sedikit sebanyak menjadi duri dalam daging kalau tidak diurus pentadbiran dan pengurusan dengan sebaik-baiknya. Ada cawangan yang hebat kerana ketuanya orang hebat dan sebaliknya.

Hatta kepimpinan kawasan pun akan bermasalah sekiranya tidak ditangani. Terdapat sesetengah kawasan dan Dun mendapat Adun yang serba loket dan tidak mempedulikan parti dan ahli. Genggam tak tiris, belulang kerbau balar kering. Kadang-kadang perbelanjaan parti yang dimanahkan diluar cermat dan berhati-hati bertukar menjadi perbelanjaan pribadi guna untuk jana sendiri sesuka hati. Diluar membuat catatan perisitharan dan rela berdepan menyelesaikan yang kusut, meleraikan yang bersimpul. Sikap angkuh berhelah, mencipta reka menghalal tindakkan membersikan diri tidak melalui saloran. Pemimpin serba pengampu, selalunya cawangan yang diuruskan cacamerba dan kawasan pun tidak terurus. Rekod parti dan rekod perbelanjaan sering mengundang masalah sesama AJK dan kadang-kadang sampai bertegang urat bersimpai tuduh.

Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui dan menyelami mereka secara bersungguh-sungguh, mengikut keadaan hidup dan kehidupan mereka ahli kita, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka semuanya. Membantu kemantapan ahli dan mnegukuhkan kepercayaan mereka kepadanya. Dengan itu dia dapat menggunakan tenaga mereka untuk keperluan parti. Bukan jenis pemimpin yang mengambil kesempatan pelekoh hak-hak ahli menjadi hak pemimpin. Kisaran ini janganlah kita dikalangan PAS mengulangi apa yang umNObn lakukan selama mereka memerentah. Jangan pemimpin mencari makan diatas kepala rakyat. Pertolongan rakyat pohon mesti bersekali dengan harga upah menyelesaikan maksud. Pemimpin jangan amalkan kerja-kerja keji tersebut. Maaf cakap la, berterus terang lebih baik dari pendam benam.

Kepimpinan cawangan, kepimpinan kawasan dan kepimpinan negeri dalam menghadapi kemelut pemimpin yang mengundang masalah kepada parti, mengundang benci dan penolakkan ahli, pengundi dan rakyat jelata dikala PRU12. Jangan sekali-kali biawak hidup mewakili parti di calun kembali. Pasti calun dan parti akan berdepan kepangkuan hakim rakyat untuk memutuskan. Jenis pemimpin berjenama besar tetapi sekadar luaran kosmatik, di sana satu pertimbangan khusus, keputusan yang tepat walau pun pahit wajarlah disempurnakan. Bertindak awal lebih baik dari lengah bertindak. Kerana ianya mengundang ancaman kalau tindakkan di ambil hampir dengan hari pilihanraya. Jangan kerana cuba menyelamatkan satu individu, kita terpaksa kurbankan satu Dun atau satu Kawasan Parlimen yang mengundang dalam mengurang peluang penguasaan.

Kerana sekian lama ahli, penyokong, rakyat dan mengundi memperkatakan jangan sekali-kali calun itu, di pilih di letakkan kali kedua untuk kami undi. Kami dah tak mau dah calun tu. Cukup la. Sekalipun ianya menjadi kesayangan kepimpinan disebabkan tertentu hubungan tertentu. Justeru, usahlah memperjudikan pengundi, kerana pengundi adalah hakim pemutus menang kalahnya kerusi Dun juga Kerusi Parlimen. Walau hebat mana pun sesaorang pemimpin itu, bintang dan derjatnya, tersohornya dengan gelaran dan akdemik profesional, kalau rakyat pengundi benci mereka depa tak peduli. Kepimpinan janganlah sampaikan memusnahkan peluang menang dengan memerangkapkan parti meletakkan parti dikandang salah dipenjara kerana buruknya calun. Dikeranakan terdapat pemimpin yang tersilap memilih calun dikalangan ahli-ahli terbaik yang ramai. Kerana terpengaruh dengan lakonan pribadi diluar menyedari dan merasai melakukan kesalahan keatas amanah parti dan amanah ahli. Inilah fenomina terkini parti menghadapi kepimpinan yang ahli tersalah membuat pilihan.

Era PRU13 ahli lagi sekali jangan tersalah dan silap memilih pemimpin untuk ditunjuk angkat menjadi Adun, Ahli Parlimen. Pilihkanlah wahai ahli, wahai pengundi rakyat jelata, pemimpin anda seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu 50 tahun dahulu, 40 tahun dahulu nak cari orang menjadi calun Dun dan Parlimen tidak ada yang menawarkan diri, kerana disana mereka fikirkan kalah dalam PRU, bukan diatas dasar perjuangan maukan reza Allah. Kini apabila PAS memiliki kerajaan, PAS menjadi sebutan, pasti menjadi hambatan sesetengah dikalangan kita pasang angan-angan. Cara aku, kedudukan aku, hebatnya aku, lebihnya aku, pro nya aku, alimnya aku. Diawal dan diakhir nama ada gelaran makna. Aku lebih dari ahli-ahli yang comot, petani, nelayan, penyadat sawit, jaga kilang, pemandu teksi. Kamu tidak sesuai kerana tak pandai sesuaikan diri dalam majlis besar dalam dewan, dalam parlimen dan bersantap dengan raja dengan sultan.

Jadi akulah layak dipilih untuk jadi calun. Sana saya derma 5Ribu, sana sana 10Ribu, situ kampong pendalaman seratus. Masjid Jamik dimajlis MB berbuka puasa saya derma 100Ribu replika cek, lagi besar dermawan saya dimajlis berbuka puasa bersama MB dan Tuanku setengah juta replika cek juga. Hampa apa ada? Tengok aku derma banyak mana? Setengah kilo kurma murah tak main la. Tak layakkah aku dipilih? Replika 100Ribu dan setengah juta melambung bila cek hakiki yang bersaiz 4” X 7” sebaik dimasukkan ke akaun pokai ac dan lama katup. Reblika 10Ribu melantun dan 5Ribu pon pok. Tak pok adalah seratus kerana itu adalah tunai. Pasai apa jadi macam ni? Tat pa jangan hingaq nanti kalau saya dapat dipilih jadi calun saya bagi penuh, saya janji saya akan tunai. Sumpah!!! Tak caya gua ka!!!! Saya paparkan ini sebagai renungan sempadan, seloka maklumat. Kalau-kalau terdapat jenis tu, awai awai kita tolak ketepi kelongkang. Jangan undang masalah jemput padah.

7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB