Tuesday, November 2, 2010

AYUH!!! SELURUH PENYOKONG PR-PAS - PIKUL DAN GALASLAH MISI PERJUANGAN. BERJIHADLAH DI PRK N45 GALAS - UNTUK MENJANA KEMENANGAN DALAM MEMPERTAHANKAN DU

AYUH!!! SELURUH PENYOKONG PR-PAS - PIKUL DAN GALASLAH MISI PERJUANGAN. BERJIHADLAH DI PRK N45 GALAS - UNTUK MENJANA KEMENANGAN DALAM MEMPERTAHANKAN DUN GALAS.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB - Zulkaedah 24, 1431 - Isnin - November 1, 2010


Sebelum saya panjangkan rencana ini, saya yakin menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Pasukan Negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang bertemu dengan Pasukan Negeri Sembilan jam 9 malam pada 29 Oktober yang lalu. Penantian selama 89 terungkai apabila Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2 - 1 dan Kelantan berada dikelas dan posisinya tersendiri.Saya pisahkan politik dan sokan kerana keduanya saling bertangkup perlu berkepentingan.

Walau apa-apa pun saya kalongkan ucapan tahniah kepada semua pemain yang berjuang bersungguh-sungguh di Stadium Putra Bukit Jalil. Bermain dengan skill yang hebat mampu menewaskan johan bertahan juga merupakan pasukan yang anda kalahkan, bersekali pengurusan dan kepimpinan pasukan. Hari ini kepimpinan Kafa bermain politik parti menyepak bola ke Galas di Gua Musang. Diluar berasa malu dan bersalah dengan rakyat dalam usaha mendapatkan untung politik sekalipun terpaksa mengurbankan pemain-pemain dan jurulatih.

Ketika detik saya berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan rencana ini jam di laptop menunjukkan pukul 23.40 atau 11.40 malam yang 20 minit lagi kiraan masihi menjadi 2 November hari Selasa. Bermakna kira-kira 56 jam lagi pengundi di Galas akan mula keluar dan membuang undi bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang pada 4 November Khamis ini. Dihari penamaan calun 26 Oktober yang lepas pihak SPR menerima dan sahkan 2 calun bertanding. Iaitu dari PAS-PR Dr Zulkifli bin Mohamad dan dari umNObn Abdul Aziz Yusof. Rupanya calun Pas seorang pengamal perubatan atau senonimnya doktor, manakala calun umNObn?
Sebelum menjelang hari penamaan calun oleh TG Datuk Niz Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan juga Mursyidul Am PAS merangkap YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim. PAS-PR terlebih awal mengistiharkan bakal calun untuk mewakili PAS-PR di satu perhimpunan rakyat perdana, memperkenalkan calun PAS-PR untuk PRK N45 Galas di Dataran Ilmu, Gua Musang jam 11.54 malam pada 21 Oktober 2010 hari Selasa bersamaan 13 Zuhijah 1431. Dihadapan lautan manusia dikalangan ahli PR, penyokong dan pendukongnya hatta dihadapan pimpinan tertinggi PAS dan PR. Yang mana calun dikemukan sememangnya terkenal dan rapat dengan pengundi rakyat Galas dan Gua Musang selama ini, untuk pengundi memberi undi mereka pada hari mengundi 4 November 2010 Khamis ini, Inshaallah.
“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad.”
Pemgumuman keramat yang diumumkan oleh Tok Guru. Dengan diikuti seruan takbir spontannya dari sekelian hadirin bergema menyebut, Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Dihadapan pemimpin-pemimpin PAS dan PR dari PKR dan DAP ianya mengegarkan Pejabat umNO Kawasan Gua Musang dan.
Dr Zulkifli Mohamad adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang. Sebaik Almarhum Chek Hashim Sulaima meninggal dunia Dr Zulkefli memangku jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang. Kepimpinan PAS Kelantan dan PAS Pusat menaroh keyakinan yang tinggi, bahawa Dr Zulkifli berkemampuan untuk meneruskan komit dan komited serta berkeupayaan meneruskan legasi kerja yang cemerlang yang dilaksana dan telah diusahakan oleh Adun terdahulu, Almarhum Chek Hashim untuk mengalas mempertahankan kemenangan di Dun N45 Galas dalam PRK N45 Galas pada 4 November 2010 nanti.
Calun yang PAS-PR kemukakan adalah jenis manusia yang boleh tumpang dan mendampinginya. Berpendidikan tinggi dan berkerjaya profesional sebagai saorang doktor. Dr Zulkefli Mohamad berumur 44 tahun. Graduan lepasan Universiti Malaya yang tamat pengajian pada tahun 1992 dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan. Berpengalaman kerja sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak. Hospital Besar Kota Bharu dan Pusat Kesihatan Ciku 3, Gua Musang. Meletak jawatan perkhidmatan doktor kerajaan dan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang. Justeru Dr Zul berterusan mendampingi rakyat, menabur khidmat dan menjalin perhubungan yang rapat dengan rakyat.
Pengumuman awal calun diumumkan Tok Guru, hakikat sebenar dan realitinya memberi kelebihan yang jauh lebih besar dipehak umNO mendapatkan calun berganda dalam semua sudut untuk dikemukakan pada dihari penamaan calun 26 November 2010. Huuuuuh!!!! Rupanya tidak. Penyokong umNObn dan ahlinya hampa keciwa dengan calun umNObn diumumkan Timbalan Presiden umNO itu. Apakah ianya diluar pengetahuan umNO Pusat, umNO negeri hatta oleh Pengarah Pilihanraya umNObn untuk PRK N45 Galas? Peluang mengekori cukup terbaik dipehak umNObn mampu memilih calun yang berganda hebat dari yang telah dikemukan oleh PAS-PR. Itu adalah harapan pengundi khususnya ahli-ahli umNO dan penyokongnya.
Tak sangka cempedak menjadi nangka. Selepas negara mencapai kemerdekaan lebih dari 57 tahun baru ku tahu, rupanya umNO tandus calun dan tandus kepimpinan. Sewajarnya umNO letakkan calunya yang berprofil tinggi-perdana, lebih hebat dari calun dimandatkan oleh PAS-PR. Atasi dengan calun uNO itu Dr Pakar atau setara dengannya dalam bidang profesional yang berlainan, boleh tahan juga. Pemimpin umNObn bersaiz geruda iaitu Timbalan Presiden umNO - Timbalan Pengerusi BN, TPM YAB TS Muhyiddin Yassin turun ke Gua Musang, mengumukan calun umNObn bersaiz burung wak-wak disudut pendidikan, profesional dan ehsan kerja lebihnya keranamu umNO. Iaitu Abdul Aziz Yusof Setiausaha umNO Kawasan Gua Musang. Pelajarannya cuma sekadar SPM kerjanya besar kerananya umNO. Di KESEDAR sebagai Pengurus, pejabat operasi di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri dari umNO, tidak rasa bersalah dan malu mengumumkan kelulusan calunnya tanpa pehak media bertanya dan sentoh tentang kelayakan calun umNObn tersebut. TPM berkata,” Kita tidak mempertikaikan apa jua kelulusan calon Umno itu kerana di dalam Umno kelulusan tidak penting”. "Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin." Kalau itulah kenyataan resmi TPM merangkap Timbalan Presiden umNO, negara tidak perlu ada IPTA dan IPTS. Cukup setakat SMK sahaja. Tidak perlu rakyat mendapat pendidikan tinggi kerana umNO tidak mengiktiraf yang berpendidikan tinggi di dalam umNO untuk dipilih menjadi calun dalam PRK dan PRU.
Mustahil dikalangan AJK umNO Kawasan Gua Musang atau ahlinya yang tidak memiliki ijazah walau bukan dalam bidang perubatan untuk diangkat dipilih menjadi calun. Atau pun benar umNO Gua Musang hakikinya telah pupus dan tandus ahli dan pemimpinnya yang berpendidikan sampai ijazah. Sebab itulah saki baki yang ada dikalangan kaca yang pecah dalam keadaan terpaksa tetapi bersedia mengemukakan calun umNO seperti Abdul Aziz Yusof dengan SPMnya menjadi calun ayam serama pilihan hebat. Paling utama calun PRK N45 Galas kepada umNObn untuk rakyat pilih dedah persembahkan. Adakah patut? Adakah wajar? Persolan ini saya angkatkan sebagai jawapan kepada TS Anwar Musa membawa pasukan bola sepak Kelantan ke kem umNO berpolitik parti.
Atau selama ini umNO menghalang bijak pandai lulusan keluaran universiti untuk menjadi ahli dan bersama-sama menjadi pemimpin. Atau pemimpin pelepah pisang, jenis pisang kelat biji. Seriau, takut dengan kemasukan anak muda lepasan universiti, takut kedudukan pemimpin usang bangka terancam dan tercabar, barangkali? Tak kan kot guru-guru berijazah DG41, DG44, DG48 tidak memohon masuk umNO dah lampu biru diberi oleh kerajaan baru-baru ini? Atau pun dikalangan warga guru DG41, DG44, DG48 tak ingin dan kelapaq nak masuk memohon menjadi tukang sapu dan tandu kepada umNO yang tenat berada dinoktah akhir hayat dan usianya di Putrajaya. Inilah kontradiknya bila wartawan Mediaprima ajar dalam temubual pengundi, yang orang Gua Musang maukan universiti. Untuk apa?
Pengumuman calun Pas-PR yang diumumkan oleh YAB Tok Guru Menteri Besar selaku Pesuruhjaya PAS dan Mursyidul Am PAS iaitu calun PAS-PR disegi kepimpinan dalaman parti pun Dr Zulkifli adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang yang dipilih oleh ahli melalui muktamar merangkap Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan. Bukan pemimpin dilantik memegang jawatan ehsan sebagai Setiausaha umNO Bahagian Gua Musang yang dilantik oleh Ketua Bahagian. Itu disudut batang tubuh didalam kepimpinan parti masing-masing. Maka dengan itu berkaitan kerjaya, profesional diantara calun PAS-PR dengan umNObn kemukakan calunnya umpama perbandingan motosikal kapcai dengan kereta CAMRY. Pastilah mempunyai perbedaan ketara disemua sudut. Nilai, harga dan perbandingan keupayaan dan macam-macam lagi.


Disudut calun PAS-PR kemukakan, sah macam bulan purnama al badrul lambang PAS calun kita Dr Zulkifli Mohamad melebihi semuanya dari calun yang umNO dalam faqir calun ditonjolkan. Saya umpamakan kalau perlumbaan lari jarak jauh 1,000m, calun PAS Dr Zul dah melangkah berlari di perengkat 850m berlari, tetapi calun umNO Abdul Aziz baru melepasi 240m mengekori Dr Zul. PAS telah meletakkan dan amanahkan dengan secara amanah lagi bertanggungjawab dipilih mewakili PAS Dr Zulkifli Mohamad sebagai calun dalam PRK Dun N45 Galas, bukan calon non kelas dalam PRK Galas seperti umNO kemukakan.
Disudut calun sentario dunia dapat memberi jawapan yang jujur membuat pandangan diantara calun PAS dan calun umNO, siapa intan permata platenium dan siapa pula kaca suasa. Apalagi khusus dan khasnya pengundi Dun Galas dulu dan sekarang. Makanya terletaklah percaturan kombinasi yang bersepadu, kental di antara toggak PAS-PR seperti Datuk Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (mantan ketua pemuda saya dahulu-taukeh bata - Ustaz Halim), sahabat saya Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (30 tahun dahulu usahawan air kacang soya dan tauhu), Haji Abdul Fatah Haron (babanya TG Haji Haron Repek Batu3 guru dan teman politik saya serta abangnya sahabat dan teman PAS saya Ustaz Haji Ab. Illah).
Dibantu oleh kepimpinan PAS Kawasan dan seluroh tenaga PAS Malaysia, serta turunnya dengan semangat kekuatan perpaduan dan kerjasama dengan 1matlamat untuk ke Putrajaya. Calun PAS Dr Zul mendapat sokongan dan bantuan asasi dari seluroh kepimpinan PKR, DAP bersekali dengan ahli dan penyokong-penyokong. Sejak sehari sebelum penamaan calun sebilangan besar mereka telah berkampung dalam gua di Gua Musang hinggalah dihari membuang undi pada 4 November 2010.
Adunan pengalaman, aplikasi gerak kerja, strateji menghadapi lawan semuanya dalam perhatian, tindakan dan pengamatan kepimpinan untuk mengatasi dan memintas jentera pilihanraya upahan umNO. Kesabaran dan daya juang jihad yang tinggi yang terdapat pada jentera pilihanraya PAS dan begitu juga teman taulan bantuan jentera pilihanraya dari PKR dan DAP termasuklah individu-individu tertentu, NGO dan keseluruhan pengundi Galas. Anugerah khusus pengundi Galas sempena 20 tahun Tok Guru Nik Aziz menjadi besar Kelantan Darul Naim. Kalau kemenangan bola kalahkan N9 dihadiahkan kemenangan kepada Tuanku Sultan.
Sesungguhnya lebih besar dari itu pengundi Galas dengan iklas akan hadiahkan kemenangan calun PAS Dr Zulkifli Mohamad sebagai Adun melalui PRK N45 Galas pada 4 November ini sempena naiknya tahta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Mohamad V, Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!!
Mudah-mudahan PAS Allah izinkan mempertahankan Dun Galas dengan mengalas kemenangan, Inshaallah. Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! (20X).
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB - Zulkaedah 24, 1431 - Isnin - November 1, 2010