SELOKA PANTUN PRK N45 GALAS - (3) -
KITA PERTAHANKAN GALAS DAN GALAS PERJUANGAN INI DENGAN IKLAS, INSHAALLAH KITA AKAN GALAS KEMENANGAN DI GALAS.
Tarikh: 31 Oktober 2010 - Ahad - 23 Zulkaedah 1431
Seloka oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Ku Li pengarah PRK umNObn Galas
Mantan Presiden PM Semangat 46
PM Semangat 46 mati di tangan Ku Li,
Calun PAS-PR Dr Zul hemah dan iklas
Pendukong PAS-PR fokas membenam
Nafi calun umNObn dihari mengundi.
Kupas pisang dipicik diramas
Meramas melecet tidaklah rimas,
umNobn di Galas semakin cemas
Pengundi padu sokong calun PAS.
Tahi itik, jala emas pisang sera
Menjadi kegemaran Shahrizat Jalil,
Gomo-gomo Kelatea menjadi juara
Kalahkan Negeri 9, 2-1 di Bukit Jalil.
Haruman cempaka wangi di Teloi
Kudeta di Perak tidaklah rahsia,
Penat lelah anda dah berbaloi
Menanti 89T juara Piala Malaysia.
Burung kedidi bertelor punai
Sayang di telan si ular sawa,
Sebagaimana niat janji ditunai
TG MB Nik Aziz istihar ‘Cuti Peristiwa’.
Gulai kerang goreng tumis petola
Restoren Minang di Kampong Meranti,
Tok Guru hargai jasa wira-wira bola
Hadiah Kerajaan negeri sedia menanti.
Menampi di nyiru mengasing antah
Sudah menampi di sukat gantang,
Bijak sengoti umNObn memerentah
Jengoi kedunia RM14,500 pikul hutang.
Harga getah naik melambong
Getah dimuat kedalam Hino,
Najib umNObn jgn lagak sombong
Putrajaya NO harta pesaka umNO.
Cerita lama bukan hikayat
J WW Birch mati di Pasir Salak
Mati terbunoh di tusuk besi,
Dibina Putrajaya pitih rakyat
umNObn tewas PRU13 kelak
Serah kpd PR ikut demokerasi
Kubor batu nesan telah dipesan
Tukang profesional di Telok Kecai,
umNO Najip kalah, aku berpesan
Usah putih tulang badan berkecai
Rezeki, maut kawin cerai dan jodoh
Bukan kehendak sendiri kemas simpai,
Dalam Parlimen Nadzri jawab bodoh
4 juta pengundi SPR hantar tak sampai.
Dipusingan terakhir tercicir mata,
Juri pengadil sengaja persalahkan,
Kabinet bini Rosnah dapat RM111 juta
Untuk SAR cuma RM95 juta diagihkan.
Sayangnya ibu dahi dikucup
Ibu tua berjasa, tidak di hina,
Dana negara kian mengucup
Menara Warisan Najib nak bina?
Hang Tuah Jebat bergelar laksamana
Bersilat tersohor, mantap diri bertapa,
Festival Busana Islam selesai dilaksana
40 Ulamda umNO baca doa, itu siapa?
Lif rosak mengguna tangga
Penat langkah kencing terberak,
Rosnah First Lady IFF berbangga
Jakim- Yadim sah IFF acuan syarak?
Sarang kelawar diperdu palas
Pokok palas di hujung jalan,
TPM taborlah janji undi di Galas
Jangan tawar mentari dan bulan.
Jampi serapah doa mentara
Mengubat kembong sakit telinga,
Rakyat hidup susah sengsara
Najib umNObn jana projek mega
Menanak nasi padinya huma
Di tanam bersama limau kedangsa
Sayor lemak, ulamtai goreng kailan,
Tranformasi mesti menjadi utama
Pelajaran rendah ketinggalan masa
Dr Zul calun profesional jadi pilihan.
Dari Ghucil mudik ke Dabong
Kendong kilik bahan di galas,
Legasi Che Hashim kita sambong
Menangkan Dr Zul PRK N45 Galas.
Tuanku Al Sultan di kamar peraduan
Sultan Mohd V sultan negeri Kelantan,
Tok Guru Nik Aziz simbul perpaduan
DS Anwar, Lim Kit Siang jana kekuatan.
Air yang panas di dalam gelas
Gelas di letak di sisi bejana
Berabuk debu di ambil sapu,
Jangan pekuno pengundi Galas
Isu nasional tak kena mengena?
Sememang umNO cuba menipu.
Burung terbang dipipiskan lada
SM Sains Jitra di Padang Perahu,
Semua isu rakyat wajib di beri tahu
Walau di mana mereka berada.
RM wanita pertama anak kandong
Menjana hal ehwal Islam tidak iklas,
Seleweng umNObn cuba di tudong
Dari pengetahuan pengundi Galas.
Bertongkang layar kita berkemudi
Menongkah angin ke Tanjung Kapas,
Khamis, 4 Nov. keluarlah mengundi
Pangkah Dr Zulkifli menangkan PAS.
Dari Ghucil mudik ke Dabong
Kendong kilik bahan di galas,
Legasi Che Hashim kita sambong
Menangkan Dr Zul PRK N45 Galas.
Musuh di depan umNo menekan
Putrayaja, pusat simbul keramat,
Selamat mengundi saya ucapkan
Bangun bersama Islam jana umat.
Seloka oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
31 Oktober 2010 - Ahad - 23 Zulkaedah 1431