SYUHADA' MEMALI, LUPAKAH KITA TARIKH : 19 NOVEMBER 1985
NOTA:
Sebenarnya, abah tidak pernah lupa tarikh keramat peristiwa Syuhada’ Memali. Abah bercadang untuk membuat versi baru, malangnya penghalang utama adalah kesihatan yang tidak menyebelahi Abah. Jadi, abah pinta kakak membantu keluarkan rencana “Syuhada’ Memali” yang terdahulu, dengan sedikit pindaan dan tambahan untuk bertepatan masa sekarang.
Abah pinta kakak muatkan gambar-gambar yang terdapat dalam makalah pendek yang lama, untuk mengiringi rencana ini. Mudah-mudahan pembaca dapat mengamati gambar-gambar hitam putih yang berusia 25 tahun.
Mungkin dalam masa cuti persekolahan sekarang kakak dapat berbakti untuk membantu Abah siap dan muatkan keblog akan rencana-rencana Abah, Inshaallah.
Salam hurmat dari: Kakak Anak Abah Ibn Abdullah Al Awab.
13 Zulhijjah 1431 - Sabtu - 20 November 2010
SYUHADA' MEMALI, LUPAKAH KITA TARIKH :
19 NOVEMBER 1985????
Rencana oleh: Ibn Abdullah Awab
Tarikh: 19 November 2008
Mukadimah
"Sesungguhnya mereka adalah belia-belia (pemuda-pemuda) yang beriman dengan Tuhan mereka, dan kami tambahkan pada mereka petunjuk, kami tambatkan hati mereka dengan kimanan dan keyakinan, dikala merekab bangun menentang kufur dan jahilliah dengan beraninya dan berkata "Rabbunallah"........ Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak akan menyeru tuhan lain daripadaNYA. Jika sekiranya kami lakukan begitu (menyeru lain daripada 'Allah) maka kami telah berucap dengan kata-kata yang jauh dari kebenaran." - (Al - Kahfi : 13 - 14) .
"Sesungguhnya 'Allah telah membeli dari orang-orang mukmin akan nyawa mereka dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka yang berperang pada jalan 'Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar yang tersebut dalam Taurat, Injil dan Quraan." - (At - Taubah : 111).
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugor di jalan 'Allah itu mati: bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira di sebabkan karunia 'Allah yang diberikanNya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap oran-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang besar dari 'Allah, dan bahawa 'Allah tidak menyianyiakan pahala orang-orang yang beriman (Yaitu) orang-orang yang mentaati perintah 'Allah dan RasulNYA sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikkan diantara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar." - (Al - Imran : 169 - 172).
'Takutilah doa mereka yang Kena - Dzalim, sesungguhnya diantara doa-doa mereka dengan 'Allah tiada sebarang hijab-sekatan.' - (Hadith Riwayat : Bukhari dan Muslim).
Mengimbau
PESANAN AKHIR
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan...................
Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.
Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun!!!!! disana fajar sedang memancar.......................
Lupakah Kita?
Sudah luputkah daya ingatan kita (khusus dan khasnya ahli-ahli penjawat Jawatan dalam PAS/Penjawat Awam Kerajaan PR dikalangan ahli-penyokong PAS) kepada bait-bait sajak diatas? Sudah tidak ada nilai sejarah dan nilai perjuangan sehubungan tarikh diatas? Lupakah kita??????? Sehari menjelang tarikh tersebut ulang tahun 25 tahun berlakunya peristiwa tersebut, saya bergelut dengan teman setia yang kronik. Iaitu tembok panjang memintas, menghalangi untuk menitip tinta mengimbau sejauh dan seingat akan sejarah peristewa tersebut dengan asthma, jantong, darah tinggi dan kencing manis. Sesungguhnya peristiwa "Syuhada' Memali" ini sentiasa saya ingat dan kenangkan sekalipun ianya berlalu menjangkau 25 tahun lamanya.
Hari ini 12 Zulhijjah 1431- Jumaat - 19 November 2010 sekali pun agat lewat tetapi tidak saya lupakan peristiwa tersebut. Kerajaan umNObn belum selesai menangani penyelesaian dalam membina keadilan kepada mangsa dan warisnya di mahkamah, sampai saat ini. Mudah-mudahan akhie YB Senator Haji Yusoff Hussein - "Pak Chuk" sentiasa mengingatinya dan lakukanlah sesuatu diatas nama Kerajaan PR Negeri Kedah Darul Aman. Mengingati Almarhom Syuhada' Memali dan menangani keluarga waris mereka oleh Kerajan PR Negeri Kedah kini yang dipimpin oleh Menteri Besar YAB DS Ustaz Azizan Razak (kalau saya tertinggal dan tersalah pandang info terkini sehubungan tajuk dibicara ini, saya memohon maaf).
Tarikh 19 November 1985 adalah tarikh pembunuhan resmi kerajaan umNObn keatas Ulama' PAS, ahli dan penyokong PAS bersekali dengan 14 anak muridnya di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman menjadi syahid. umNObn menerusi kroni upahannya yakni, Anggota Keselamatan telah menyerang dan melakukan pembunuhan dengan menembak mati dan Syahidnya saorang Ulamak muda iaitu Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya bersekali dengan anak murid dan pengikutnya.
Peristiwa ini dinobat, diangkat dikenali oleh dunia khususnya dikalangan ahli dan penyokong PAS dan gerakan Islam dunia sebagai "Syuhada' Memali". Manakala bait-bait sajak "PESANAN AKHIR" adalah hasil karya besar dihari-hari akhir Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood menulis tinta untuk tatapan kepada kita semua. Dikenang diulit ingat jenerasi demi jenerasi sampai dihari kiamat untuk umat mengingatinya, Inshaallah.
Selain Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya yang syahid turut mengiringi menjadi syuhada', dimakamkan dalam satu liang lehad besar dikubur Parit Panjang, adalah seramai 13 syuhada' yang lain, iaitu;-
1 - Ash Syahid Abdullah Bin Yasin
2 - Ash Syahid Cikgu Shafie Bin Ali
3 - Ash Syahid Zakaria Bin Ahmad
4 - Ash Syahid Hambali Bin Senang
5 - Ash Syahid Abdul Manaf Bin Wadin
6 - Ash Syahid Idris Bin abdul Kadir
7 - Ash Syahid Mohd Daud Bin Abdul Kadir
8 - Ash Shahid Ahmad Bin Ismail
9 - Ash Syahid Haji Abdullah Bin Saman
10 - Ash Syahid Mohd Araf Bin Hashim
11 - Ash Syahid Ghazali Bin Haji Saman
12 - Ash Shahid Zamri @ Sobri Bin Mohd Isa dan
13 - Ash Shahid Ustaz Ahmad Bin Hassan
Semua syuhada'-syuhada' ini dimakamkan didalam satu liang lehat di Parit Panjang disemadi selayaknya sebagai syuhada'. Manakala jenazah yang paling awal dikeluarkan dari kamar mayat Hospital Sungai Petani adalah jenazah Almarhom Ash Syahid Ustaz Ahmad Bin Hasaan dibawa pulang dengan keadaan yang tergesa-gesa oleh waris dan kelurganya dimakamkan di kampong kelahirannya Tanjung Bedil, Alor Setar (pengunjung blogku sekalian, sedekahlah Al Fatehan untuk semua syuhada' Memali - Al Fatehah!!!).
Kenapa jenazah-jenazah mereka tidak ditempat dan dikuburkan di kariah mereka dikampong Memali?
Kampong Memali ketika itu adalah diperentah berajakan Polis dan tentera dengan tandu dalangnya adalah umNObn yang mendesak setiap kali mereka mengadakan Persidangan umNO perengkat pusat di KL agar satu tindakan tegas diambil keatas Ustaz Ibrahim Libya. Kerana usaha-usahanya ketika itu mengancam dan membahayakan kepada umNO. Memali berada didalam keadaan dharurat yang tidak diistiharkan. Perentah berkurung-curfew 24 dijalankan dipersekitaran kampong Memali dan kampong persekitaran dengannya.
PAS Pusat khususnya Presiden PAS ketika itu Tuan Guru Haji Yusof Abdullah Al Rawa, telah memberi mandat besar kepada Pesuruhjaya PAS Kedah iaitu Ustaz Fadzil Noor, menangani dan menyelesai pengkebumian jenazah-jenazah tersebut. Dengan ilmu yang ada dengan Ustaz Fadzil, walaupun begitu Ustaz Fadzil tidak kesaorang untuk menyelesai dalam menangani kemelut tersebut. Pertemuan beliau dengan Tuan Guru Haji Omar seorang guru yang alim ilmunya diperakui serta disegani oleh penduduk daerah Baling. Makanya dengan ilmu yang ada padanya beliau memutuskan Ustaz Ibrahim Mahmood dan sahabat-sahabatnya “mati Shahid”, jadinya jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolatkan, kata Tok Guru Haji Omar.
Ustaz Fadzil juga mendapat pandangan dengan merujuk kepada Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah iaitu Tuan Guru Haji Yahya Joned (Pak Ya Joned) dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah Ustaz Azahari bin abdul Razak juga menantu kepada Pak Ya. Kebetulan mereka berdua adalah pemimpin utama PAS Negeri Kedah menyokong sepenuhnya pendapat Tuan Guru Haji Omar tersebut.
Beberapa bulan selepas syuhada' dimakamkan di makam Parit Panjang, kebawah DYMM Tuanku Al Sultan telah sudi mencemarkan Duli Tuanku menziarahi dan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar dipusara syuhada'-syuhada' tersebut diiringi oleh Almarhom PSJ PAS Ustaz Fadzil Nor, Almarhom TG Pak Ya Joned, Almarhom TG Ustaz Azahari dan ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong yang lain mengiringi Duli Tuanku. Justeru Tuanku Al Sultan secara resminya menafikan tuduhan yang dihala tuduhkankan oleh Kerajaan umNObn keatas hamba rakyat Tuanku. Alhamdulillah. Masakan pendurhaka kepada agama dan negeri akan dilawati dan Tuanku Al Sultan mencemar Duli menziarahi?
Statistik, Pembunuhan Memali.
Meninggal dikalangan Polis - 4 orang
Syuhada' Orang Awam - 14 orang
Mengalami kecederaan - Orang Awam - 20 orang
Mengalami kecederaan - Polis - 9 orang
Serentak dengan pembunuhan orang-orang awam yang ditangkap ketika itu adalah :-
Orang awam lelai - 118 orang
Orang awam perempuan - 29 orang
Kanak-kanak (11 tahun keatas) - 12
JUMLAH yang ditangkap adalah 159 orang mangsa. Banyak rampasan dan khazanah milik Ustaz Ibrahim termasuk wangnya sampai kini tidak dikembalikan. Hatta perbicaraan keatas mangsa-mangsa Memali yang masih hidup ditangkap dahulu, perbicaraan mereka tidak selesai sekalipun ianya telah mencapai masa lebih 23 tahun.
Watak-watak bajingan
Pelaksanaan serangan keatas penduduk kampong Memali dan berakhir dengan pembunuhan. Mati dipehak polis dan syahid dikalangan penduduk, ianya melalui titian dan rentetan yang panjang. Sahamnya dimiliki khusus oleh dikalangan UMNO Bahagian Baling dan UMNO Pusat dan beberapa pehak Penjawat Awam beruniform dan non beruniform yang lain sebagai rangkaian tenaga yang bersepadu.
Mereka bersekonkol menjalankan perentah yang sememangnya mereka ketahui letak duduk benar atau salahnya. Ianya berakar, disirami desakkan dan mengembanglah api amarah dan kebencian meninggi UMNO/Polis kepada PAS khususnya kepada Ustaz Ibrahim Mahmood. Fitnah menjadi raja; nyawa syuhada' menjadi tarohan dan mangsanya.
Aku akan ulangkan sampai roh dihalkum akan ku ceritakan kepada anak-anakku peristewa ini berpandukan versi pegangan agamaku dan pedoman dari Ulama' partiku tunjangi PAS, dulu, kini dan selama-lamanya, Inshaallah.
Sebaik peristewa pembunuhan tersebut meletus, maka semua saluran media, khususnya RTM, TV dan surat Khabar Perdana yang dikuasai sekian lama ditunggangni oleh UMNO/BN, maka ianya berfungsi dengan sepenuhnya, cover menabur cambahkan bibit fitnah, hasutan dan tuduhan agar rakyat jelata khusus dan khasnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman agar bersama-sama bersekonkol menerima, akur dan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di kampong Memali tersebut. Pembunuhan ini puncanya adalah balutan dan salutan sentimen sempit kepartian yang bermotifkan politik sempit.
Dalam apa-apa perkara atau sesuatu peristewa itu pastilah wujudnya persimpangan dua hala yang tidak akan menemui pertemuan. Iaiatu penentang dan penyokong. Penyokong dan bersorak gembira adalah dikalangan ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya. Manakala penentang adalah ahli PAS serta penyokong-penyokongnya. Bantahan PAS yang dihadapannya diketuai oleh Pimpinan Ulama' yang berwibawa dengan alasan berlandaskan Al Quraan, Hadis, Ijma' dan Kias bertanggungjawab berdada berdepan dengan fitnah tuduhan jahat keatas ahli dan penyokong PAS yang dibunoh dilemparkan sebagai 'pendurhaka' maupun 'burah'.
Sesungguhnya, Ulama' dan Pimpinan Perdana dan Pimpinan PAS Kedah semasa pembunuhan tersebut berlaku yang menghasilkan "SYUHADA' MEMALI", mereka-mereka juga telah kembali menemui penciptaNYA yakni 'Allah, dengan terlebeh dahulu pergi meninggal kita. Terakhir dikalangan pimpinan meninggal dunia adalah Almarhom Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (mantan ADUN Kupang).
Tokoh-tokoh negara UMNO-BN dan Kerajaan ketika itu ialah Pengarahnya adalah Datuk Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri manakala timbalannya adalah Razi Sheik Ahmad (anak kepada mantan MB Perlis Tan Sri Sheik Ahmad bin Sheik Hashim). Dalam masa yang sama Musa Hitam mempunyai hubungan yang erat dengan manusia yang berpengalaman dalam membunuh Ulama' dan anak-anak muridnya di Tanjung Periok Indonesia iaitu Panglima Angkatan Tentera Indonesia ketika itu iaitu Jenderal Beni Murdani.
Manakala pelakon-pelakon utamanya diantaranya adalah menteri penerangan ketika itu Rais Yatim. Perdana Menteri adalah Dr Mahathir Mohamed yang bersikap acuh dan keadaan memerli apabila wartawan menaya beliau sebaik kembali dari luar negara, "Apa Syahid???? Mana ada Syahid!!!!!!!!!!"
Menuai Diatas Mengalirya Darah Syuhada'
Saya perpegang dan berdiri teguh dengan pernyataan ini, bahawa sesungguhnya perjuangan pejuang terdahulu didalam PAS; penyokong-penyokong setia dan pendukong setia PAS sejak dahulu dengan penuh keiklasan tanpa memohon menadah upah, duit kupang yang mereka jana infaqkan untuk perjuangan ini. Masa yang panjang mereka kurbankan. Peluh yang memercik dan menitik membadai menjalankan arahan kerja maupun secara sukarela. Berbekalkan ilmu yang sedikit ditanam solid dihati nurani teguh tumang iman oleh guru-guru mereka. Mempertahankan hak diri, hak agama dan hak 'Allah; mereka terkurban dan terbunuh dengan darah merah mereka mengalir. Kemana perginya darah mereka yang mengalir itu???
Sesungguhnya, Kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh PAS yang Menteri Besarnya adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YAB DS Ustaz Azizan Razak dan dibantu oleh pembantu-pembantu yang lain, bibit-bibit kejayaannya diantaranya adalah manipestasi kematian syuhada' Memali. Mudah-mudahan para Syuhada; Memali kini roh mereka berada ditempat dan persada yang 'Allah janjikan dengan mereka dan mereka pula telah menunaikan janji 'Allah itu.
Terbelakah keluarga-keluarga syuhada' Memali? Bagaimana nasib bini emak bapa mereka sekiranya masih panjang usianya. Bagaimana dan dimana pula nasib dan berada semua anak-anak Syuhada' Memali berada? Saya kemukakan soalan ini untuk diri saya yang fakir ini menjawab dan membelanya. Saya juga halatujukan soalan ini terus kepada Kerajaan Negeri PR Kedah sekarang dan pada pendukung setia perjuangan ini. Maaf!!!
Bagaimana keluarga Syuhada' Lubuk Merbau Ash Syahid Othman Talib. Bersama-samalah kita menjejakinya dan seada-adanya kita menangani agar tidak terlepas pandang.
Wasallam.
Salam hurmat dari : Ibn Abdullah Awab
Tarikh: 19 November 2008
Siap jam: 8.55 malam. Alhamdulillah.
Posted by al 'awab at 2:55 PM