Tuesday, November 2, 2010

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 2
KOPAK KANDANG, UNDANG SERIGALA BAHAM TERNAKAN.
(TINDAKAN SEPAROH PEMIMPIN PAS PENDANG BUANG JAWATAN. SEGELINTIR AHLI PAS BUNUH NYAMOK BERSEKALI KELAMBU & RUMAH DIBAKAR, JADI WIRA PEKASAM LAMPAM)
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
20 Oktober 2010 - Rabu - 12 Zulkaedah 1431
Sejarah negara selepas PRU12 pada 8 Mac 2008, iaitu rakyat dan pengundi Kedah tolak umNO dan memilih PAS-PR untuk memerentah negeri Kedah Darul Aman. Bukan melalui kudeta rampasan kuasa seperti umNObn bersekali jentera utama kerajaan harta rakyat berkongsi bersekonkol Perak selepas PRU12 dulu. Tendang terajang perlembagaan negara dan negeri Perak menjadi lanun. Sikap penyokong-peyokong PAS tegar, penyokong PAS semasa dan penyokong PAS instant dan penciplak mengaku penyokong PAS-PR. Bersekali dengan kepimpinan dan pemimpinnya dari cawangan, kawasan dan negeri serta dewan-dewan.
Ramai dikalangan mereka tidak seiring dapat menyesoikan diri dan keadaan berganding seiring menjadi pendukung, penyokong kerajaan yang PAS mengetuai kerajaan PR Kedah. Cara berfikir, cara-cara bertindak dan berkumunikasi dengan pihak luar seolah-olah mereka masih mewarisi menjadi pembangkang bukan sebahagian sebagai Kerajaan PAS-PR Kedah Darul Aman. Mereka tidak membela kerajaan dan memberi pandangan balas diatas asakkan lawan, hatta tumpang membuka pekung apabila dijolak, dipuji dan sebagainya.
Disudut menjaga memulihara PAS dan menyantuni saf Exco Kerajaan Negeri dan Ketua Eksekutif Kerajaan secara bersahaja. Mereka menganggap dan bersikap pemimpin-pemimpin PAS sekarang, sama macam dulu, seperti sebelum 8 Mac 2008 yang lepas. Maaf cakap, protokol cukup rendah dalam menghadapi pemimpin parti mereka yang berada di WISDA. Mereka lupa atau buat-buat lupa atau tidak menyedari, kini PAS adalah mengetuai kerajaan PR negeri Kedah Darul Aman. Menjadi MB dan menduduki saf Exco kerajaan negeri berpusat di WISDA. Pastilah mereka terpaksa membelah dan membahagi masa yang ada itu, untuk menangani keseluruhan masalah rakyat dan pengisian pelaksanaan kerajaan.
Mereka kini bukan 24 jam memikirkan kepentingan melayan ahli penyokong PAS-PR sahaja. Mengertilah MB dan Exco punyai masa yang terhad kini. Mereka bukan MB dan Exco kepada ahli PAS, atau bertanggungjawab khusus kepada Dun yang mereka wakili sahaja untuk tumpu perhatian dan lungguk pembangunan. Tetapi MB dan Exco kepada sekelian rakyat jelata negeri Kedah Darul Aman dan mengambil berat kepada semua kawasan Dun Kedah membahagi masa dan perhatian, inilah hakikatnya. Ahli PAS dan sewaktu dengannya tidak dapat mengerti, peranan dan sumbangan pemimpin mereka kepada negeri Kedah Darul Aman. Penyesuaian diri mereka dalam banyak pekara tidak seiring mengiringi Kerajaan yang berpusat di WISDA.
Mereka tidak dapat membezakan memberi kerjasama yang padu, dan kepercayaan bulat kepada pemimpin yang berpusat di Kompleks PAS Batu 10, ianya memperkasakan Ketua Eksekutif dan saf Exco di WISDA. YAB MB dan saf Exco pula wajar bijak membuat keputusan menunaikan keputusan kerajaan dengan keperluan menangani parti sendiri dan komponan PR. Kemana perginya Anggota Dewan Harian PAS Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan, bila MB diasak dan dipalu, kita membisu dan kelu. Tidak membela parti dan kerajaan ketika MB dan Exco diasak, tidak berusaha bertindak berdiri menjadi pendinding mempertahankan polisi-polisi kerajaan dan sebagainya. Ingatlah bila kerajaan diserang; sakit yang dirasainya adalah parti yang menubuh kerajaan.
Kenapa? Barangkali perasangka rakyat melihat dan membuat rumusan tersendiri. Apabila berus ditangan sebaik ahli memberikan kepercayaan kepada mereka, untuk gunakan berus tersebut dengan cat warna hijau dan beberapa warna ditentukan. Tetapi oleh kerana mereka bijak pandai dan bistari, mereka campurkan cat biru dengan kuning dan bertukar warna menjadi hijau. Hatta mereka macam bebas diluar kawalan penguasaan, yang mereka itu pula mencipta macam-macam warna dalam mewarnai PAS diperingkat kawasan. Sampaikan penghuni di WISDA menjadi buta warna jahil colour. Lebih-lebih lagi fenomina jumud, degil dengan menafikan realiti dan hakikat.
Mereka, kepimpinan umNObn bersekali ahli-ahli dan penyokong mereka yang masih menafikan hakikat, realiti sejak selepas 8 Mac 2008 mereka adalah pembangkang. Ya! Pembangkang dalam negeri Kedah bukan pemerentah. Saya ulangi umNObn adalah pembangkang dalam negeri Kedah ingat tu umNObn. Sedarlah, akuilah sesuaikanlah diri pemimpin dan ahli serta penyokong-penyokong umNO negeri Kedah. umNO adalah pembangkang dalam negeri Kedah dah 2T 8B+, jangan berlagak macam gagak dan menyalak macam merasai masih berada (menguasai) di WISDA. Jangan menjadi batu api dan penghasut rakyat untuk menentang kerajaan PR Kedah yang semua ruang rencah pelaksanaan, ianya adalah dari kerajaan pusat yang diketuai umNO di Putrajaya.
Bukan sengaja penguasa di WISDA bertujuan untuk menyeksa rakyat dalam apa pekara. Dan kadang-kadang dikalangan penyokong PAS atau penyamarnya sekaki melawan arus bersekonkol dalam satu tempayan mengeluar kenyataan bersama umNO secara disedari atau mimpi telah bertindak godam kerajaan sendiri, macam duri dalam daging, semilu ditapak kaki. Teman dan kawan yang menziarahi saya ajukan pertanyaan kenapa sheikh tidak sentuh beberapa pekara yang berlaku pada PAS Kedah? Keuzuran saya mereka juga percaya akal minda saya tidak merana sakit, saya mampu membuat rencana. Halangannya saya dan isteri sahaja yang arif menangani dalam menghadapi suasana dan keadaan.
Pertama kerana keuzuran syaraai saya alami, kedua ianya mantan kawasan Ahli Parlimennya adalah Almarhom Ustaz Fadzil dan ketiganya laptop usang saya bermasalah dan internet lagi-lagi bermasalah. Sekalipun perletakan jawatan secara group itu, adalah macam pekara biasa, tetapi dalam PAS ianya adalah cukup-cukup luar biasa dan berbisa. Makanya ia akan menzahirkan kesan buruk kepada parti peringkat negeri dan mampu terguris dan tertusuk perasaan dan letak duduknya pemimpin kita, di Wisma Darul Aman. Pasti mereka terkejut dan tergamam sakan.
Mereka jadi keliru dalam menerima peluru dari Pendang tersebut. Perletakan beramai-ramai itu bagi saya adalah berniat, walau apa-apa niat sekali pun dinafikan. Ianya 1tindakan gopoh diluar sabar, macam bersetuju bersekonkol dengan lawan kita di sudut menterjermahkan tindakan terpendam diburai berjela keluar. Walau sekalipun itu saya menafikan persepsi tersebut sebagai hakikatnya. Tetapi macam terdapat kebenaran diatas sikap perbuatan. Setelah berada dalam feri dan kita bertolak dari Kuala Kedah dengan perjalanan feri ke Kuah, Pulau Langkawi. Dipertengahan perjalanan feri laju berlayar kita terjun ditengah laut untuk cepat sampai, betul dan benarkah tindakan itu? Bijakkah tindakan kita?
Kenapa kita tidak sabar turun bersekali dengan penumpang-peumpang yang lain dari feri samaada kita kaptain, kelasi atau penumpang. Sebaik feri merapat dan berlabuh di jeti Kuah, kenapa kita bertindak meletakkan jawatan memimpin diamanahkan? Kenapa tidak sabarnya kita menunggu tamat tempoh tahun depan dan membuat pengumuman ketika itu kita tidak mau lagi mempertahankan jawatan yang disandang untuk tempuh berikutnya, cukup comea macam tu. Kalau itulah caranya, baru ianya dinamakan berhikmah dan berhemah. Tidak mengundang spekulasi yang mengundang persepsi boleh PAS mati.
Makanya itu, barulah kita dinamakan orang yang jenis pemimpin yang berjiwa besar, luhur membina sabar dalam mengiringi menyelesaikan masalah secara bijalaksana, berhikmah disanjung dan sentiada dihargai. Kita menyerahkan jawatan captain kepada peganti dimedan penumpang. Bukan caranya ketika kelajuan 100 km per. jam Proton Waja ketika sedang memandu, kita buka pintu dan terjun keluar dan membiarkan setereng berfungsi sendiri. Bukan sahaja pemandu yang terjun keluar dari kenderaan tersebut mengundang kemalangan, hatta kereta tersebut hilang kawalan dan megundang kemalangan ngeri. Itulah dapat saya simpulkan apa yang berlaku dalam kepimpinan PAS Pendang.
Maafkanlah sekiranya ianya tidak disenangi dengan butiran contoh-contoh dikemukakan. Semata-mata untuk diambil iktibar dan dijadikan ilmu pengukur, benar atau salah dengan apa yang dicontohkan saya. Tengoklah mengiringi kita meletak jawatan dikalangan parti tulang belakang PR dari PAS, ianya macam gayung bersambut, pucuk dicinta ulam mendatang. Saksikanlah pada 10 Oktober 2010 hari Ahad, betapa segelintir orang yang mendakwa serta mengaku mereka adalah dari JK Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air Negeri Kedah menyerah memorandum bantahan mengenai kenaikan harga air oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Khabarnya dikepalai oleh Pengerusinya, Encik Abdullah bin Hashim (senonim dengan Lah 46) kepada penjawat petugas di Pejabat YAB MB Kedah, Encik Zulkifli Osman di Pekarangan Wisma Darul Aman. Disertakan memo, tuntutan hatta mendesak YAB MB mendedahkan butiran perjanjian berkaitan perjanjian air. Saya tidak menentang dalam usaha sekiranya sengaja sikap kerajaan nak tekan kepala rakyat. Tetapi ianya biarkanlah caranya tepat sempurna dan betul dengan mendatangkan manfaat. Tetapi yang saya tentang adalah cara-cara yang dilaksanakan terus bertindak melakukan demonterasi walau pun tidak mendapat sambutan, perhatian dan sokongan rakyat. Sewajarnya ianya terlebih dahulu di dengan sesi dialog, perbincangan dan sebagainya.

Kalau itu itu tidak mencapai persetujuan dan persepakatan dalam perbincangan dan jelas sikap kerajaan kejam, demonterasi adalah jalannya saya bersetuju. Macam kita membeli lembu di tengah jalan di malam gelap gelita. Bila tiba siang hari baru kita dapat melihat cacat cela lembu yang dibeli dengan harga yang tinggi malam tadi. Apa nak kata, nasi dah menjadi bubor. Tentang dan lawan tidak salah. Salah cara dibuat dimulakan dengan demonterasi adalah jalan yang tersasar dan nanar. Tetapi yang menjadi persoalan dan pertanyaan kepada saya wakil kumpulan tadi, Lah 46 atau selengkapnya Encik Abdullah bin Hashim, apakah matlamat dan hakikat tujuannya yang sebenar?
Atau beliau dan kumpulan kecil ini sekadar? Mau menonjol diri dan membuat perkiraan untuk diri menjadi harga yang besar kerana kedepan menjuarai isu air naik harga, atau silap-silap edar, salah caranya menjadi kupang tembaga. Sedangkan proses awal seperti bertanya khabar kedudukan sebenar, mendapatkan maklumat dari tubuh badan yang sah letak duduk keadaan sebenar, berunding dan berwacana. Kalau semua peluang terbaik itu dilakukan dan buntu jawapan, demonterasi adalah jawapannya. Tetapi mendengar guroh di langit, lintar membelah bumi, tetapi hujan tak turun. Kit korek telaga raksaksa seluas Gunung Keriang untuk tadah air atau nak terjun kedalam telaga raksaksa tersebut? Menggali telaga raksaksa untuk tadah air, air di tempayan dimasukkan racun.
Saya tidak menentang apa-apa yang memihak untuk kesejahteraan kesontosaan rakyat marhean kerana saya adalah diantara marhaen yang marhaen. Tetapi yang saya tentang adalah cara-cara yang dilaksanakan berdemonterasi dijadikan tindakan awal dalam mencari titik penyelesaian dalam apa-apa pekara sekalipun adalah tidak bertanggungjawab dan munasabah sama sekali. Kerana dihadapan kita punyai berbagai saluran dan cara-cara harmoni dan terhurmat medan yang wajar menjadi pilihan bukan jalan demonterasi . Tetapi sudut awal adalah dengan sesi dialog, perbincangan dan sebagainya. Mereka yang bersifat duta mampu dimeja perundingan. Bukan dikalangan yang macam naga lanun sikap tingkah lakunya bersila lendik dimeja perundingan. Hendaklah berkepala dingin bukan suara yang nyaring berdesing telinga mendengar.
Tanganilah suasana dengan tidak seperti saya umpama seperti kita membeli lembu di tengah jalan diwaktu malam gelap gelita saya umpamakan tadi. Ada lagikah dikalangan kepimpinan PAS Kawasan yang akan membeli lembu ditengah jalan diwaktu malam yang gelap pekat? Bertindak menggunakan peletup C4 untuk membunuh seekor nyamok edes hinggap dicuping telinga. Bukan sahaja nyamok edes tersebut yang mati terbunuh, tetapi ianya akan berkecai samalah seperti mendiang putri Monggolia Altantuya Syaaribu beberapa taun dahulu yang mengemparkan negara dan dunia melibatkan dikatakan orang berkail beruit tinggi.
Kalau seekor nyamok edes hinggap dimana-mana badan kita, cukup sekadar 1jari telunjuk menampar atau memukoi, pasti nyamok aedes tersebut mati dan kerkecai. Tidak perlu kita gunakan peletup C4. Mangsanya bersekali dengan tuan dan mangsa disekililing bersam-samanya.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
20 Oktober 2010 - Rabu - 12 Zulkaedah 1431