SELOKA PANTUN PRK N45 GALAS - (2) -
KITA PERTAHANKAN GALAS DAN GALAS PERJUANGAN INI DENGAN IKLAS, INSHAALLAH KITA AKAN GALAS KEMENANGAN DI GALAS.
29 Oktober 2010 - Jumaat - 21 Zulkaedah 1431
Seloka oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Berani diri menunjuk mencuba
Balun kompang gemuroh sakan,
Hari mengundi 4 Nov akan tiba
Calun PAS-PR pengundi menangkan.
Allah hu Akbar patek menyembah
Sembah mengadap junjung hurmat,
PRK N45 Galas jangan ambil mudah
Pangkah PAS-PR umat akan selamat.
Ikan betok, cencaru di beli di pasar
Membeli minyak bersama pelanta,
Hadiah Tok Guru 20t Menteri Besar
Anugerah Sultan Mohd V naik tahta.
Monkey orang utan menyet kera
Gayut melompat ke pohon palas,
TPM TS MY umumkan mee segera
Sebagai umpan undi PRK N45 Galas.
Beoing 747 Supersonic kuasa jet
Terbang angsa macam geruda,
Projek mee segera TPM diluar bajet
Selesai pilihanraya habuk ta’ ada.
Ahmad Maslan menteri Felda
Menoreh getah di Padang Sanai,
Tabor projek biarlah berpada
Mungkir janji kemati tak tertunai.
Pulau Sumatera tsunami melanda
Tsunami menjalar sampai Mindano,
RTM, Media prima alat propoganda
Menjadi pendinding pecacai umNO.
Hishamuddin Hussein kris dihunus
Dihunus dikucup sumpah pemuda,
Penjawat Awam dinafikan bonus
JKKK-P umNO Najib naik gaji berganda.
Tasek Gelugor Kampong Keramat
Beramai berhibur di Padang Kota,
Rakyat marhaen disuruh berjimat
Baiki istana Perdana Menteri 65 juta.
Runtoh akhlak bohjan dan bohsia
Berkepit meramas kehilir ke hulu,
PM siang & malam jaja 1Malaysia
TPM sanggah, kata Melayu di dulu.
Menanah mata kerana tuma
Mengalami sakit tidak tertahan,
Rosnah Najib wanita pertama
Digerun menteri pejawat kerajaan.
Melancong bersuka ke Sabak Bernam
Petani ke sawah membakar jerami,
FDI negara merudum 81% menjunam
PM dakwa ia bijaksana urus ekonomi.
Munggal sawa periuk kera ambera
Beli lampin, buah pala dan ikan,
Gagal bawa FDI kedalam negara
PR pula umNO Najib Ros salahkan.
Kerajaan Kelantan dizalimi umNO Pusat
Royalti jadi ehsan perjanjian di pedaya,
Sememang umNO parti yang bangsat
Kuda hazanah negara jana pilihanraya.
Kapal selam di Tanjung Pauh
Berlabuh tersadai di Port Dinding,
umNObn pelawak hapus rasuah
Kan rasuah budaya darah daging.
Turun memukat di Tasik Chini
Dapat ikan timbang dacing,
Rasuah nadi umNO dulu & kini
Hasil projek tiris + projek runding.
Badang berlumpur dipohon meranti
Berehat bermimpi mengutus hantaran,
Persidangan umNO ampu berganti
Sekadar lawan jadi bahan sasaran.
Habis semua gigi tinggal gerham
Cucuh jamong pasang pelita,
1Malaysia Dr Mahathir tak faham
Apalagi warganegara rakyat jelata.
Beli pekasam simpan di balang
Balang di letak di anjung tepi
Di ambil masak di campor pala,
Wawasan 2020 bernasib malang
Islam Hadhari di tolak ketepi
La Najib palu retorit 1M’sia pula.
Laluan Tuanku karpet di hampar
Daulat Tuanku seruan bergema,
Selogan Tranformasi sering di papar
Gema dicanang RTM, Mediaprima.
Ampun Tuanku Duli Al Sultan
Menyusun jari merapak sembah,
Bajet 2011 besarkan nafsu setan
Hiburan punah akan di cambah.
Spa rempah ratus menyeri badan
Dara peranakan bersolek tampan,
Sumpah berkecai nyawa di badan
Tanda unMOBN menemui kapan.
Sumpah terlaknat terbokti sudah
Roh Altantuya sembunyi dipedati,
Penyokong Pak Lah dipinggir sudah
Pengampu Rosnah Najib ambil ganti.
Pergi memburu di Batu Pekaka
Tertembak seekor rajawali sakti,
umNO bernafas bernadi PESAKA
Bantuan undi Melayu PRU13 nanti.
Seloka oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
29 Oktober 2010 - Jumaat - 21 Zulkaedah 1431