Saturday, August 7, 2010

40 ulamak muda umno di tolak tepi

40 ULAMAK MUDA umNO DI TOLAK TEPI
umNO KURANG CAYA, LU MAMPU HADAPI ULAMAK PAS
MAKANYA TINGKAP LUBANG ANGIN DI KOPEK -
TERJUNKAN GURU SELAMATKAN umNO.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
6 Ogos 2010 - Jumaat - 25 Syaaban 1431

Kalau sebelum ini gah gegak gempita, kilat sabung menyabung dengan dentuman guruh petir, gamat 1Malaysia dari PWTC gayung bersambut sampai negeri Indra Kayangan kini negeri Darul Sunah. Iaiatu mantan MB Perlis yang gila talak kerusi MB Perlis, menyintuk limau dirinya untuk mendapat perhatian keutamaan penguasa PWTC dan penunggu berpuaka di Putrajaya, agar kelih nampak dirinya masih 1utama, 1penting, 1satunya sahaja yang layak berkayak jawatan MB Perlis. Mengiakan menjaja sahabat karibnya mantan SS Mufti Perlis Darul Sunah Dr Asri dan 39 ulamak muda termasuk menantunya sendiri juga anak kepada mantan mufti sebelum Dr Asri akan masuk umNO. Rupa-rupanya kurang umph dan menjadi.

Sebaik penyerahan borang kemasukan dalam umNO yang kuantitinya sekadar kurang dari separuh yang diwar-warkan penyerahan dan penerimaan orang kemasukkan kedalam umNO oleh Presiden unMO DS Najib Tun Razak di PWTC dalam 1majlis yang diambil kesempatan baru-baru ni. Ianya berakhir dengan macam-macam suara sumbang dan suara sumbing. Iaitu penafian dan sebagainya. Sampailah saat ini, ulamak umNO yang seluruh jasad dan roh mereka dah berada dalam umNO, juga menyepi diri. Sunyi tanpa mendengar khabar berita akan aktiviti perdana dan round 1Malaysia. Dalam menerangkan betul baiknya umNo dan buruk salahnya PAS. Nyata mereka tidak garang kehadapan menjadi pelindung, penyerandang dan tungkat aladin kepada umNO yang rebah dan kini menghadapi pupus kepercayaan rakyat dan pengundi.

Pertamanya beranikah segelintir ulamak muda umNO tersebut, ketuk pintu rumah PM dan memaklumkan kepada PM 1Malaysia YAB DS NTR bersekali dengan isteri PM Rosnah Mansor , dedah aurat, buka kepala macam kepala titi Pulau Pinang itu haram. Ada berani ka ulama muda umNO? Sampaikan kepada bini PM, isteri yang ganggu gugat, kacau daun jawatan resmi suami sebagai PM kehadapan adalah tidak berakhlak, berdosa dan memalukan laki serta negara. Beranikah ulamak muda umNO mengatakan pembaziran dan menginaya orang itu berdosa dan sebagainya. Atau ulama muda UMno baru ini, samalah tarafnya seperti ulamak-ulamak tua bangka dalam umNo sekarang? Menjaga periok nasi dan mal masing-masing supaya tidak digugat di ganggu? Sekadar itukah berani iklas ulamak muda umNO?

Sah, jelas lagi terang lagi bersuloh disiang hari. Suluhan lampu 10 biji bateri cap ayam siang hari yang sia-sia, tidak diperlu dan dipinta. Samalah seperti kemasukkan katanya 40 ulamak muda yang ubun-ubunnya masih dadih masuk umNO itu, sesungguhnya umNO masih tidak bermaya dan masih ditolak rakyat. Hatta ulamak muda umNO tersebut masih tidak berdaya mampu menghadapi, berhujah dan bertarong ilmu yang termaktub didalam kitab-kitab muktabar menghadapi lawan mereka, iaitu ulamak PAS disemua peringkat. Diatas semua kelemahan tersebutlah, satu tindakkan macam tsunami, dibuat peristiharan demi untuk menyelamatkan umNO dalam PRU13, tidaklah ulamak muda umNO mampu menghadapinya.

Justeru, tindakkan diatas sifat balas budi kepada umNObn yang lanjut banyak kali bangkakan jawatan sebagai KSN, menyebabkan berlusin kawan-kawan bawahannya dinafikan 1kenaikkan pangkat kerana bijaksana ampusana ampusini umNObn untuk dirinya. Ramai bakal penyandang kempunan dan sumpah seranah, diatas sifat pelepah pisang kera, pisang hutan dimiliki oleh KSN kontrak sekarang dan beberapa mantan KSN terdahulu, kini umNO terpaksa kembali diawal penubuhannya, yang rata-rata umNO dihidupkan oleh guru-guru Melayu. Dari rebah tersungkur biarlah ianya senget; dari belah baiklah sekadar retak. Makanya diatas apa-apa pun alasan yang diukir, apa-apa pun penjelasan dicanangkan, rakyat dan pengundi diluar kotak umNObn pantas mengatakan KSN - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membalas budi secara tuntas dan langsung, menghargai budi umNObn diatas setiap kali dilanjutkan perkhidmatannya.

Maka mata nenas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, mencelah ditengah-tengah hangat ketuanan Melayu, penyatuan Melayu dan seumpamanya yang dicetus oleh SS TS Harussani Mufti Perak yang dicela dikalangan beberapa pihak dan terhenti terkedu seketika. Maka bijaklaksana diatas sifat ampusana and ampusini taukeh umNObn, makanya KSN - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, keluarkan keris berbisa yang disintik limaunya, dengan 1tikaman, 1bedehem dan 1bersin. Ianya cukup bisa, lebih biasa dari ular tedung selar. Baik cobra maupun tedong selar, patukkannya sekali saja pada mangsa, tetapi bisanya menjalar sampai PRU13 bakal tiba.

Iaitu guru-guru Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan menyertai politik mulai Ogos 2010 ini. Malah, lebih mengejutkan mereka juga dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang mana-mana jawatan dalam parti politik. Saya tambahkan yang tersirat dan tersurat, iaitu keutamaan dan ke40 ULAMAK MUDA umNO DI TOLAK TEPI
umNO KURANG CAYA, LU MAMPU HADAPI ULAMAK PAS
MAKANYA TINGKAP LUBANG ANGIN DI KOPEK -
TERJUNKAN GURU SELAMATKAN umNO.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
6 Ogos 2010 - Jumaat - 25 Syaaban 1431