KEMUNCAK PM6 MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK KERANA DESAK DAN ASAK TS MUHYIDDIN YASSIN - TURUNNYA PM6 OLEH SPESIS YANG SAMA.
TELINGKAH TERJERMAHAN 1MALAYSIA DIANTARA TPM TS MUHYIDDIN YASSIN DENGAN PM DS NAJIB. DIBARAKAN SEMARAK TAK SETUJU DARI TUN MAHATHIR.
MAKANYA HALATUJU 1MALAYSIA MENJADIKAN KOMPONAN PELENGKAP MEMPERCEPATKAN KEHANCURAN umNObn.
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
13 August 2010 - Jumaat - 3 Ramadan 1431
Sikap purba selama-lamanya yang dimiliki secara tegar dikalangan wartawan media pengampu umNObn, sentiasa mendahului tuan besar dan tuan pecacainya dalam menghadapi membantai lawan politik yang ditakuti dan digeruni pada hakikatnya iaitu PAS, DAP dan PKR sejak 15 tahun mutakhir ini. Justeru sikap media-media pengampu tersebut, menjadi merapu 3suku apabila berlaku sedikit sahaja desir kucai sudu dalam cawan dikalangan komponan PR, samada dari PAS, PKR maupun DAP.
Maka seluruh media perdana propoganda umNObn dari jenis citak dan eloktronik, ulang dan ulang sampai rakyat naik jelek dan menyampah dengan propoganda yang keterlaluan tanpa terlebih dahulu mereka mendapat info dan maklumat yang sah, saheh dari lidah resmi komponan PR. Berita longkang dan danor acaq cuba digilap disepuh menjadi harga sebagai halua fitnah kepada rakyat menerimanya.
Bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib2 Presiden dan lelain peringkat pemimpin dalam dan luar umNO bukan main lagi mereka berkukok dengan macam-macam bunyi dan kadangkala ekor bergelomang tahi candu. Telahan, fitnah adu domba tokok tambah menjadi santapan minda fitnah terancang. Menjdikan berita 1inci, 1depa tandu tarik mengeluarkan pendapat sekian-sekian yang negatif kepada PR, gah 1Malaysia.
Seperti kata pepatah, umNO ni jenis naga saiz gajah, korap panau dipelupok mata buta, tetapi kuman ameba atom 1,000 km nampak. Selalunya apabila yang digah diwar-warkan itu, itu kebanyakkan berbentuk fitnah dan fitnah itu kembali makan diri umNO sendiri. Bengong terkedu akhirnya membisu, menyepi dan menikus. Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan mertabat kepimpinan umNO dan umNO itu sendiri, tetapi ianya adalah realiti, setakat ini.
Mari sama-sama kita imbau ingat dan mengambil perhatian penuh. Hampir 30 dahulu, pembunuhan senjata api juga berlaku dikalangan diantara pemimpin umNO sesama umNO menyebabkan kematian. Ia itu kes kelasik mantan Ahli Parlimen Tampin-Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Pemuda umNO Malaysia menembak mati Speaker Dun Negeri Sembilan, sebagaimana dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Penembak tertudoh tersebut saya mengenali dan sebaliknya dan mangsa tembakkan saya cuma mengenali nama tidak pernah bersua.
Sering dizaman Almarhum Dato’ Haron Idris saya bersama saudara Haji Baiza Shahurin, Allahyarham Zainal Abidin Husman, Saudara Saidin Thamby Chik, Azhar Alias, saudara ABI-Abdullah bin Ismail dan beberapa lagi. Disatu tempat kami menemui Datu’ Haron dan sering bersua dengan mantan TK Pemuda umNO - Mantan Timbalan Menteri tersebut, secara santai dan membicarakan politik semasa ketika itu dulu, sekalipun saya tidak pernah menyinsing keris bogel didada maupun di pinggang.
Kes yang sama berulang, yakni pembunuhan tembak mati dengan pistol pada 3 Ogos 2010 Selasa lepas. Melibatkan mantan Adun Permatang Dun Selangor, Datuk Aziz bin Mohd Noor berumur 64 tahun masih menjawat AJK umNO Tanjong Karang, dengan tembakan pistol miliknya yang sah. Sehubungan bunuh dan membunuh tersebut, ianya mengundang kemalangan kereta di lebuhraya. Kereta tersebut adalah milik Siti Rohana tetapi dipandu oleh Datuk Aziz, terbabas di Km 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat Shah Alam.
Beliau memanfaatkan sepenuhnya kepakaran menembak tepat seperti penembak negara dalam sukan Olimpik dengan melepas 2bedilan kekepala pembantu pribadinya Siti Rohana binti Ismat berumur 43 tahun seorang janda yang juga Naib Ketua Wanita umNO Bahagian Tanjung Karang. Kejadian diluar fitrah dilakukan iaitu bunuh dan membunuh disusuli dengan kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi, disaat seluruh umat-umat Islam negara dan dunia menunggu kehadiran bulan Ramadan karim TH 1431.
umNO menyepi dan seolah-olah mau menafikan yang mati terbunuh dan membunuh dengan pistol itu bukan terdiri dari ahli dan pemimpin parti mereka umNO. Bayangkanlah wahai rakyat pengundi sekelian, sekiranya ianya berlaku dikalangan pemimpin PAS, PKR atau DAP dijaja keliling dunia, meratip siang malam radio tv mengata dengan mengulas taraf dan kualiti yang terdapat dikalangan pemimpin PR, dengan macam-macam andaian. Apakan daya apa nak buat, bunoh dan membunoh itu kejadiannya mengulangi tawarikh lama umNO diberi nafas baru untuk rakyat mendapat tawarikh baru pembunuhan dikalangan sesama pemimpin umNO. Apa nak jadi! Apa nak jadi!! Apa nak jadi!!!
Pemimpin umNO tua dan Kaum Ibu UMno nama lama. umNo Selangor seyap sepi terkedu dan terpukul rebah terterap 2 kali. Terhenti seketika heboh riuh pasai curi pasir di Selangor, hantu toyol sepi seketika. Pasti bunoh dan bunoh dikalangan sesama sendiri pemimpin umNO Bahagian Tanjung Karang, sedikit sebanyak terpalit dan tergamam juga Ketua umNO Bahagian Tanjung Karang sekarang. Sehingga saat saya membuat rencana ini telah masuk puasa hari ke4, belum terdengar Ketua umNO BTK dan jawatankuasanya secara resmi mengadakan khenduri aruah dan doa selamat selepas solat Terawaih untuk kedua-dua mantan pemimpin mereka. Kalau terlepas maklumat saya pohon maaf.
Saya kembali dan fokaskan kepada tajuk yang saya paparkan iaitu JADINYA PM6 MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK KERANA DESAK DAN ASAK TS MUHYIDDIN YASSIN - TURUNNYA PM6 DARI SPESIS YANG SAMA.TELINGKAH TERJERMAHAN 1MALAYSIA DIANTARA TPM TS MUHYIDDIN YASSIN DENGAN PM DS NAJIB. DIBARAKAN SEMARAK TAK SETUJU DARI TUN MAHATHIR.
Mantan PM4 Wawasan 2020 jadi 0202 Tun Dr Mahathir juga mantan Presiden umNO, bermadah “Melayu mudah lupa”. Kebenarannya ada, tetapi tidak tahap 100% Melayu mudah lupa. Saya adalah diantara jenis manusia yang tidak pernah lupa apa yang berlaku dalam umNO maupun PAS sejak saya mengenali ABC - Alif Ba Ta politik kepartian. Saya mengenali kerajaan Perikatan Kapal Layar, menyaksi serta merasai PAS hilal dan bintang - Kerajaan Champoran dan PAS - BN. PAS dengan Angkatan Perpaduan Ummah hingga terkini dalam Pakatan Rakyat.
Saya mengenali PAS ini diakhir tahun 1960han menerusi Almarhom Ustadz Abu Bakar Hamzah sampai sekarang. Watak-watak dalam PAS maupun dalam umNO seimbanglah saya megenali sebahagian diantaranya kesan dari Kerajaan Champoran tahun 1974 dulu. Apa yang ditiupkan perpaduan Melayu dan perpecahan Melayu, apalagi butangnya ditekan oleh Mufti Perak SS TS DS Harussani Alhaj sebagai point detik sejarah formula keramat penyelamat umNO, menghindarkan agar umNO tidak mengulangi nasib kemusnahannya selepas PRU 1969. Maka gema pecah padu, umNO nampak PASlah mampu menyelamatkan umNO untuk kali ke 2.
umNO terkini sedang menghadapi cabaran getir samalah seperti pasca PRU 1969 seperti 41 tahun dahulu. Sejak selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 umNO melalui tekanan dalaman dan tekanan ancaman dari parti komponan tua dan baru BN kepada umNo Kedengaran paluan kritikan, ancaman serta kecaman, diutarakan seolah-olah kearah menguat dan mengukuhkan umNO. Tetapi hakikatnya umpama tikus membaiki labu. Dahulu segelintir ahli Umno dikepalai Dr. Mahathir Mohamad telah mendesak Tengku Abdul Rahman meletakkan jawatan sifatnya anak jantan memikul tanggungjawab atas prestasi buruk BN khususnya umNO itu sendiri.
Krisis umNObn kesan PRU1969, sekali lagi umNO tepaksa menghadapi dan menerima ledakkan krisis perdana yang menjadikan umNO parti haram pada tahun 1988 melalui keputusan mahkamah, ianya berkaitan rapat keputusan pemilihan kepimpinan umNO tahun 1987. Perpecahan besar mewujudkan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden umNO. Sebelumnya gejala malapetaka Datuk Musa Hitam TPM meletak jawatannya pada 1986. Perletakkan jawatan TPM oleh Datuk Musa Hitam terus melemah dan gulanakan umNO menjadi tempoyak budu berpanjangan.
Hasil dari umNO pecah tersebut umNObn dalam PRU1990 kehilangan negeri Kelantan kepada Angkatan Perpaduan Ummah - PAS sebagai komponen utama menubohkan kerajaan Kelantan dengan melantik Tuk Guru Nik Aziz menjadi MB. Dalam keadaan tertekan berterusan umNObn mengalami kemerosotan populariti undi. Tempoh 10 tahun kemudian sekali lagi krisis besar umNO iaitu PM Dr Mahathir memecat TPM/Menteri Kewangan DS Anwar Ibrahim dan menciptareka tuduhan. Kesannya umNO dalam PRU berikutnya turut tewas dan terlepas negeri kaya minyak Terengganu kepada PAS dan TG DS Haji Abdul Hadi Awang menjawat MB.
Ditangan genggaman kuasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMno dan PM di PRU122008 pada 8 Mac BN kehilangan lima negeri termasuk gagal merampas Kelantan. Negeri-negeri lain ialah Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. 10 daripada 11 kerusi Parlimen di WP KL ditawan Pakatan rakyat. PRU 2004, Umno menang 109 kerusi Parlimen dan 302 kerusi DUN. Cuma tepoh 4 tahun berselang umNO hanya menang 79 kerusi Parlimen dan 239 kerusi DUN.
Saya menyaksikan baik buruk, untung labanya PAS dalam Kerajaan Champoran, PAS dalam BN. PAS bersama APU bersama gemulah PM Semangat 46. PAS bersama BA - Barisan Alternatif dan dinaikkan taraf menjadi PR - Pakatan Rakyat PAS telah bersama-sama dalam PR menjadi tulangbelakang utama bersama PKR dan DAP (Inshaallah sekiranya kesihatan mengizinkan saya akan jadikan 1tajuk rencana khas tentang PAS membabitkan dirinya sepanjang perjalanannya disamping tokok-tokoh yang masih hidup dari PAS, berjasa sepanjang masa).
Naik turunnya PM Malaysia sejak PM Pertama Almarhom YBM Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj kepada PM Ke2 Almarhom Tun Abdul Razak Hussein. Kepada PM Ke3 Almarhum Tun Hussein Oon kepada PM Ke4 Tun Dr Mahathir. PM Ke5 Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada PM6 1Malaysia DS Najib Tun Razak. Semuanya dari umNO. Naik turunnya mereka adalah melalui sebab dan musabab. Samada ketika menjawat jawatan dan pupus jawatan selain dicanang terbentang, disana masih terdapat rahsia-rahsia tersendiri. Samalah bagaimana PM6 1 Malaysia menjejak kaki ke PWTC dan Putrajaya.
Licik dan licinnya macam belut kadang-kadang bersisik macam tengeling itulah dapat saya katakan watak TPM sekarang TS Muhyiddin Yassin. Kalaulah tidak kerana keberanian dan kelantangannya secara tuntas ketika menjalankan tugas resmi di Singapura. Dari Singapura atau Temasek itulah TS Muhyiddin Yassin melepaskan peluru peledak C4nya melalui Tambak johor menyeberangi Johor Bharu melantun jatuh ke PWTC dan gugur di Putrajaya. Bahana 1ledakkan muntah peluru, gugur 1 dan 2 tampil kepersada.
Apa dia? Peletup C4 jenis manakah bisanya yang dilepaskan dari Temasek itu oleh TS Muhyiddin Yassin? Iaitu peluru berbisa dan beracun yang dilepaskan oleh TS Muhyiddin Yassin ditujukan khusus kepada Presiden umNO ketika itu DS Abdullah ahmad Badawi iaitu SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO. Itulah peluru keramat yang dilepaskan oleh TS Muhyiddin Yassin mendapat sokongan besar dari yang berkepentingan, termasuk seteru musoh politik DS Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan Presiden umNO dan jawatan PM dilepaskan.
SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO. 6 Perkataan tersebut makanya jadilah DS Najib Tun Razak menjawat PM6 Negara dengan retorit 1Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan berkuasa di PWTC dan mencekam Putrajaya. Seiring dengan itu berganding dengan PM6 1Malaysia DS Najib Tun Razak adalah pemegang kotak hikmat SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO yang berani gagah perkasa iaitu TS Muhyiddin Yassin gantikan tempat Najib tinggalkan iaitu TPM. Maka TS Muhyiddin Yassin menuailah apa yang disemainya dari benih SEGERAKAN PERALIHAN KUASA, UNTUK SELAMATKAN unMO, kira-kira 4 bulan sahaja.
Atas nama peralihankuasa dalam umNO atau sesetengah orang kata kudeta-rampasankuasa dalam umNo secara terancang. Jadilah DS Najib Tun Razak Perdana Menteri - Menteri Kewangan dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri - Menteri Pelajaran. Kedua2 watak ini sejak bergiat dalam umNo sebagai warisan keluarga masing-masing hampir setara menjawat jawatan. Najib pernah menjadi MB Pahang dan Muhyiddin menjadi MB Johor. Najib dan Muhyiddin pernah dan menjawat Menteri Pelajaran. Sama-sama pernah duduk Naib Presiden dan Timbalan Presiden umNO. Lebihnya Najib pernah menjadi Ketua Pemuda umNo tetapi tidak Muhyiddin.
Dipenghujung hayat kuasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden umNo dan PM, ketika itulah TS Muhyiddin Yassin sekiranya tidak dilakukan peralihan kuasa umNO dengan segera ketika itu, katanya “umNO sedang berada dititik titik terakhir hayatnya”. Semboyan benci Pak Lah dan bencinya dekat menantunya Khairi menjadi sunggoh-sunggoh bernilai. Sebarang minta hasrat tercapai. Tempoh setahun dalam pengamatan saya TS Muhyiddin Yassin macam mengiakan telahan dan pendapatnya iaitu umNO sedang berada dititik titik terakhir hayatnya. Sebab itulah beliau kempunan untuk pantas kesempatan ada untuk merasai jawatan PM7 terakhir dari umNO.
Najib dan Muhyiddin mendapat laba dengan ledak peluru yang dilepaskan dari Temasek ketika beliau berurusan disana. Tetapi kali ini ketika PM6 1Malaysia DS Najib keluar berahsia dan senyap sunyi bercuti selama 10 hari diawal August ke Itali dan Perancis bertemu KM Serawak untuk memutuskan PRU Sarawak. Dihari ke3 August Najib PM keluar negara, kombinasi dan strateji TS Muhyiddin Yassin dengan mantan PM5 juga mantan Presiden umNo Tun Dr Mahathir melepaskan 1butir peluru untuk sekor burung dari dalam negara kali ini, ketika PM bercuti tergesa. Katanya semua urusan parti dan negara dijalankan oleh TS Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir berkata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum. “Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri. “Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.
Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera. Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera. Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.
Pandangan dan pendapat Tun Mahathir tidak kesaorang. Ianya mendapat respon penuh dari TS Muhyiddin Yassin yang sedang mengorak dan mempersiapkan dirinya menadi 1 dan no 1negara pula. Kata TS Muhyiddin Yassin, “Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham. “Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1 Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.
Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1 Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1 Malaysia. “Bagaimanapun ada kecenderungan di mana pemahaman dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu, walaupun dijelaskan oleh perdana menteri bahawa 1 Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan negara kita. “Apa jua tafsiran, ia tidak harus lari daripada semangat perlembagaan seperti hak Bumiputera, Bahasa Malaysia, kebudayaan, agama dan raja.
Pertembongan ini akan menjadikan 1Malaysia hasrat Najib dan agenda Melayu diutamakan menjadi hasrat utama dan batu loncatan serta tulang belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapat tempat dikalangan umNO yang kini sedang melalui detik-detik suram cuka sebagaimana dirasai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, didenai dan dilalui oleh DS Najib. Marilah sama-sama kita melihat episod selanjutnya. Saya yakin jawapannya akan tertunai sebaik selepas PRU negeri Sarawak tidak lama ladi.
Selepas ini tidak ada lagi serunai ditiup, gong dipalu untuk umNo perangkap PAS dengan modal beracun bernama PERPADUAN MELAYU sekalipun ianya datang dari seorang Mufti. Bagi saya beliau sedang memungut ufti sebagai balasan anugerah TS dan Dr kehormat disemat didadanya dengan kemas keming lagi bersongket sampin menyinseh keris bogel umNO dipinggang.
Bersama-samalah kita pakat-pakat tengok berapa purnama lagi dapat betahannya 1Malaysia ini.
13 August 2010 - Jumaat - 3 Ramadan 1431
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB