BERSATU KITA BERPADU, BULATKAN TEKAD, BERGANDING KONGSI MAKLUMAT - MENDEPANI KEMUNGKARAN umNObn. MANFAAT PRU13.
(Rencana susunatur dari minda teman-teman blogger PR dipetik dikutip - Maaf dan Terima kasih- SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN KARIM 1431)
Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB.
11 August 2010-08-11 - Rabu - 1 Ramadan 1431
Saya padukan sebahagian dari saripati minda yang cukup bernilai disudut perjuangan, kebenaran menolak kebatilan dari rencana teman blogger terhormat. Kedalam dalam satu rencana di susunatur bertujuan memudahkan pembaca rakyat kepada kesedaran celik minda, merdeka siasah dan ceria dalam mampu membuat perbandingan bagaimana selama ini umNObn sambil selam sambil minum mentedah kedarah air; iaitu jana reka projek turut sama songlap dana jana masuk kesaku. Setiap rakyat pengundi wajar mendapat maklumat dan buatlah bandingan dari maklumat yang bermatlamat untuk manipulasi rakyat kampong peneroka Felda, mengikut telunjuk, menurut perut pedai umNObn disemua media.
Mulanya saya bercadang mau membuat rencana tersendiri sebagaimana lebih dari 220 rencana yang dihasilkan dalam blog saya. Apabila ditoleh dan dilihat kembali lembaran-lembaran minda yang mantap, bernilai tinggi telah anda teman-teman blogger memerah otak menyiapkan rencana dan dimuatkan ke blog masing-masing, saya kagum dan tabik hurmat dengan anda semua, demi masa yang yang cemburu. Maka saya membuat manfaat berusaha memungut kembali mutiara, emas platinum anda tersebut diambil sebahagian untuk dijadikan sebahagian diatara isi-isi rencana saya kali ini. Kerana saya tidak masa yang banyak, memandangkan keadaan kesihatan saya yang menurun dari masa kesemasa. Minda masih mantap tetapi kudrat dan kemampuan sudah tidak bersama lagi, faktor penyakit tegar.
Disaat menghadapi anugerah Illahi dengan sakit jantung, darah tinggi dan lelah yang kronik melalui ubatan dan rawatan susulan setiap masa, biarkanlah usia yang berbaki dengan kudrat tersisa ini. Walauapacara sekalipun, saya berusaha menulis rencana untuk diblogkan walau dalam keadaan baring, saya tunaikan demi ditelinga saya masih berdengung-dengung dan mata sya terus berkelip-kelip. Mengimbau 27 tahun dahulu di Pustaka Antara dipejabat pemiliknya Almarhom Dato’ Aziz, disatu petang Almarhum Pak Su Hussein Yaacob yakni Ibn Muslim penulis politik tersehor berasal dari Kuala Krai Kelantan dan isterinya Mak Su dari Padang Tok La Pasir Mas Kelantan. Kata Pak Su, “Beranikan diri, iklas menulis dan paparkan kenyataan melafazkan kebenaran dalam mencari kebenaran. Kejayaan kita menulis menghadapi kerajaan yang rakus zalim adalah membawa kepada kerajaan tersebut rebah tersungkur kebumi dari tahta memerentah menekan menipu rakyat dan negara, diganti dengan kerajaan baru”.
Kata-kata Almarhom Ibn Muslim masih mengiang-ngiang ditelinga saya. Sebelum mati walau menerap berserandang untuk menghadapi tikus lap top membuat rencana, sampai hasrat tercapai nampak kelih menjadi hakikat, menjadi realiti iaitu PAKATAN RAKYAT - PAS, DAP dan KEADILAN kepersada mengambil tempat di Putrajaya gantikan umNObn yang zalim itu. (Al Fatehah untuk Pak Su dan Almarhum Datuk Aziz).
1. TUNGGANG FELDA: Kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4,080,000,000.00 pada 2004 kepada hanya RM1,350,000,000.00 pada tahun lalu. jawapan timbalan menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2,730,000,000.00 di tempoh 5l tahun. PM DS Najib wajib melepaskan cengkamannya ke atas Felda bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional. Kira-kira 50 tahun umNO tanam dan kekang jiwa dan minda peneroka Felda lebih letakkan peneroka-peneroka dijadikan alat sebagai tali hayat akhir pergantungan nasib politik umNO. Terdapat peneroka yang bernafanya umNO, batoknya umNO, kencing beraknya umNO, pantang sesiapa sentoh umNO, maka mereka akan keluar dari sarang, keluar dari kepompong lamun lena ulit mimpi, keluarkan keris bogel bangun mempertahankan pemimpin umNO lebih dari pemimpin umNO menjaga keselamatan dirinya. Sedangkan pemimpin umNO sanggup membunuh dan bunoh diri, bukan keraan perjuangan tetapi kerana pribadi.
Sayangnya pada umNO yang pemimpin umNO kencing berak diatas kepalanya dalam menindas. Kini muncul kesedaran pelapis, disana terdengar suara rungutan penindasan dalam bantuan. umNO tanam dan kekang jiwa dan minda peneroka Felda jadikan mereka umpama simpanan tetap untuk ditunai di PRU dan PRK. Yakni missi khusus menyelamatkan politik umNO. Nampak kejayaan kolektif dalam bentuk lembaga besar Felda yang kaya meliana. Kini penkorbanan peneroka itu dikhianati makanya telah dapat dilihat simbul tanda dikhianati muncul dan timbul dari hari keminggu kebulan. Menerusi tepis tolak, kuntau sepak terajang Najib dan Ahmad Maslan, kununnya Felda melabur pada hakikatnya melebor lebuh mengkhianati RM500,000,000.00 di Boston & Cincinatti di Amerika dalam Twin Rivers INC 3 tahun dulu kini sunyi sepi. Kenapa Felda mengambil keputusan cetusreka bersungguh-sungguh pada projek mega hakikatnya bukan bersungguh-sungguh keperluan.
Mereka beria-ia dan bersungguhnya dan mengutamakan pembaziran perdana untuk mengaut dana sampingan dalam membina bangunan ibu pejabat korporat baru di premis termahal sehingga kosnya melantun, dan melambung. Khabarnya menerusi pengurusan tipupandai dari RM220,000,000.00 melantun melambung kos ke angka RM660,000,000.00 untuk tengek peneroka-peneroka ka? Pitih tu adalah sumbernya titik peluh lebih 100,000 dikalangan warga Felda yang dzaif kehidupannya. Ingatlah Felda gerannya bukanlah milik umNO beribu pejabat di PWTC. Penjelasan PM dan Ahmad Maslan yang makan diri macam keris keramat umNO menusuk perut sendiri, apabila umumkan angka bantuan tanam semual yang bohong dan tipu dibandingkan denga syarikat besar lain. Kini sah dan terbokti cakap berdegar-degar, ekor bergelomang tahi. Wahai pahlawan cangkul Ahmad Maslan apa sudah jadi lanie menikus menyepi macam tikus keturi. Baru-baru ni cukup sibuk-sibuk mereka beriya-iya benar mewar-warkan ingin menyaman akhbar arus perjuangan milik Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan, tiba-tiba kini mereka pula yang dikenakan tindakan tersebut.
Rakyat masih ingat Menteri Felda, Si Ahmad Maslan yang kononnya ingin menjadi jagoan bagi menyakinkan rakyat Felda tidak menganiaya mereka, malah Felda sedikit pun tidak "bankrap" biarpun rizab tunai agensi itu menyusut hampir RM3 bilion mulai tahun 2004 hingga 2009 lalu. Kira-kira seminggu Ahmad Maslan menjadi seperti panglima tahi lembu membuka tari bunga silat digelanggang tahi kerbau mempertahankan Felda dan kedudukkannya bila terpalit PM1Malaysia DS Najib dan dirinya yang mencekam faraid Felda dibawah kuasa mutlaknya. Beliau yang kononnya ingin menyatakan kebenaran dengan lagaknya mengeluarkan kenyataan bahawa Felda akan menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta termasuk juga beberapa orang individu yang dipercayai menjadi dalang untung memalukan agensi itu. Namun anehnya, selepas beberapa ketika tiba-tiba Ahmad Maslan menyepi tanpa berita. Tindakan saman yang diwar-warkan itu langsung tidak kedengaran. Hanya "suara-suara sumbang" mereka sahaja yang masih berbunyi. Malah, ada sebilangan peneroka Felda yang tertanya-tanya mana perginya saman yang diperkatakan itu. Manakala Tungkat Ali Melaka ajak juak-juak berhimpun buat unggun api dengan bakar akhbar SUARA KEADILAN. Apa macam Ali, bakar 1Melaka pun kes Felda pasti menjadi bara dan api yang memanaskan kepada umNObn sampai menjadi abu.
Ahmad Maslan "menikus koro mandom" dan tidak berani, kini dah buat tukaran jantina batang anunya dah sifar". Kini dunia dah terbalik, menteri Felda menjadi pondan. Tiba-tiba anak jantan tulin Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman awal-awal lagi mencabar Ahmad Maslan berdebat tentang isu "Felda Bankrap". Namun ditolak oleh Menteri UMNO itu, mungkin takut dengan risiko yang bakal berlaku seperti kes Shabery Chik berdebat dengan Anwar Ibrahim dulu. Maka ditukarkan kepada "berdialog", itu pun tidak mahu dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung oleh TV. Kononnya isu tersebut bukanlah isu yang penting buat rakyat. Semua ini adalah petanda awal yang Felda sebenarnya sudah "menyerah kalah" dek kerana desakan suara rakyat.
Mereka boleh mendabik dada kononnya Suara Keadilan dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat membuat fitnah tentang isu tersebut. Namun, dari sebalik tabir hanya orang-orang tertentu yang mengetahui rahsia sebenar Felda ini. Malah, ramai yang tahu siapakah individu yang telah menghuru-harakan serta "mentekedarah @ merompak" hasil mahsul dan khazanah Felda selama ini. Mereka kenal siapa itu PHD Ahli Sauh Yusof Noor dan siapa itu si Md Bakke yang bertanggungjawab "melingkupkan" agensi tersebut. Malah, mereka juga tahu siapa dibelakang individu terbabit kalau bukan Najib Razak anak kepada bekas PM Tun Razak yang mengilhamkan kewujudan Felda itu sendiri. Soalnya sekarang, kenapa Ahmad Maslan gagal menfailkan tindakan saman RM200 juta seperti yang dihebohkan itu?. Apakah beliau takut berhadapan dengan hujjah-hujjah panas dan bukti-bukti kukuh tentang betapa tenatnya agensi itu sekarang ini. Mungkin juga beliau tidak berani lagi untuk "menegakkan benang yang basah".
Bahkan beliau juga tahu status Felda itu sebenarnya, namun dek kerana "mengampu" dan mahu menjaga "maruah bossnya" maka beliau terpaksa mempertahankan agensi yang kian nazak itu. Tambah "menyedihkan", gara-gara juah kedepan membela Felda dan Najib dengan cakap besar cakap celupar mahu menyaman semua pihak yang mengatakan "Felda Bankrap" termasuk Suara Keadilan akhirnya semalam agensi itu pula disaman RM200 juta oleh 766 orang peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Pasti akan menjadi bualan seperti Felda menipu peneroka di Kemahang ternyata dah sampai keputusan di Mahkamah akhir dalam sistem perundangan negara, sah Felda penipu peneroka di Kemahang Kelantan, sama-sama kita tengok.
2. 430% FDI MALAYSIA MERUDUM - HAKIKAT TERHAKIS KEYAKINAN PELABUR KEATAS INTEGRITI KERAJAAN: Pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan PM6 1Malaysia YAB DS Najib Tun Razak juga Menteri Kewangan, telah mencipta dan mencatatkan rekod menjunam, merudum FDI Malaysia sebanyak 430%, sebagaimana laporan dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN. Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Malaysia di kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. Indonesia hanya mengalami kejatuhan sebanyak 91 peratus dengan nilai FDInya masih lebih tinggi dari Malaysia pada 2009 iaitu USD4, 877 juta berbanding USD9, 318 juta pada 2008. Thailand yang bergolak pada tahun lepas pula alami kejatuhan sebanyak 44 peratus iaitu dari USD8, 570 juta pada 2008 kepada USD5, 957 juta pada 2009.
Kerajaan BN melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berbohong dengan rakyat berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009. Datuk Pa tidak bercakap benar, berpusing berbelit dalam memberi alasan remeh. Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura. Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan. Faktor merudum FDI negara diantaranya adalah:-
Pandangan pelabur global dan rakyat peka negara dan keadaan, menyakini bahawa kejatuhan ini berpunca dari beberapa tindakan DS Najib. TPM DS Najib berganding dengan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaik menguasai dan mencengkam umNO Perak dan BN Perak, menjuarai kudeta merampaskuasa dari Kerajaan sah rakyat Pakatan Rakyat. Kesan dari kudeta itu para pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan politik di negara ini. PM6 1Malaysia sekarang, ketika menjawat Menteri Pertahanan - TPM DS Najib telah gagal menjamin tahap keselamatan negara, cuai apabila dua enjin pesawat TUDM dicuri. Manakala kapal selam Scorpene yang dibeli gagal berfungsi dengan baik. Apalagi berkumandang rakyat dendang kes rasuah yang turut membabitkan nama PM 1Malaysia sekarang semasa dalam pembelian kapal ini pula mula disiasat Perancis akhir tahun lepas dan ini mencemarkan imej negara kerana kes ini mulai memasuki mahkamah tahun ini.
Bertambah parah apabila bolos buruan politik secara rahsia mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang gagal dikesan Polis Malaysia menimbulkan keraguan kalangan pelabur berkaitan keseriusan kerajaan melindungi negara ini. Malah Malaysia dikatakan menjadi negara transit kepada aktiviti pengedaran dadah, pelacuran, pemerdagangan orang dan pengganas. Imej buruk ini amat menakutkan pelabur asing. Ini tidak termasuk lagi dengan faktor kes jenayah dalam negara. Dilengkapkan lagi dengan dendam kesumat dan ketakutan melampau penguasa PWTC dan Putrajaya kepada mantan TPM-Menteri Kewangan iaituYB DS Anwar Ibrahim dilantik kejawatan Ketua Pembangkang. Makanya klon tektik ulang tayang zaman Mahathir klonkan lengkap kes tatacara tuduh fitnah terancang di heret ke mahkamah dengan isu liwat. Kredibiliti DS Anwar Ibrahim yang dihormati dipersada antarabangsa dan negara menjadi sebab pelaburan asing tertahan melabur.
Hatta penipuan menteri BN dan pemimpin MCA dan umNO dilindungi diatas pembabitan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga menjadi tumpuan kerana ia melibatkan aset fasiliti perdagangan negara. Ketirisan yang berlaku dalam projek ini amat menakutkan pelabur asing kerana mereka juga boleh jadi mangsa kebuasan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika melabur dinegara ini. Sikap mengugut rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Bertujuan menakutkan rakyat, tipu pujuk rakyat menerima dasar Kerajaan memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hakikatnya negara akan muflis dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.
3. APCO - HIPOKRIT TIDAK SENSITIF PADA ISLAM: PM 1Malaysia DS Najib memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali. Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia. Hatta lebih parah lagi apabila di sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, Ketua Pemangkang DS Anwar Ibrahim, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju".
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau. "Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.
Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini. Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.
Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.
Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional. Lebih kuat dari "tidak' utk kerajaan membayar RM77,000,000.00 kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan bini PM Rosnah Mansor 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010. Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang Melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yang melantik firma yahudi dan membayar RM77,000,000.00 kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khususnya orang-orang Islam dan Melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yang muka banyak ini.
4. KHAZANAH KEDAULATAN NEGARA DIGADAI: PAS kesal kerana Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd. Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!
271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%. Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas PM1Malaysia DS Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%. Inilah rakyat negara ditekan.
5. MENGKHIANATI KHAZANAH RAKYAT NEGARA PETRONAS: Rakyat berhak dimaklumkan tentang sumbangan PETRONAS sebanyak RM592,000,000,000.00 kepada kerajaan sejak ditubuhkan pada tahun 1974 demi ketelusan dan akauntabiliti. Tahun 2008, PETRONAS membayar RM61,600,000,000.00 , manakala tahun 2009 sebanyak RM74,000,000,000.00 telah dibayar. Pada tahun ini 2010 walaupun ia merosot sebanyak RM16,400,000,000.00 , jumlah sumbangan PETRONAS kepada kerajaan masih berjumlah RM58,300,000,000.00 termasuk RM30,000,000,000.00 billion sebagai dividen. Demi mengelakkan rasuah dan jumlah harta Negara tidak tertumpu menjadi longgukan kepada segelintir kroni, adalah tanggungjawab kerajaan mengumumkan bagaimana kekayaan atau khazanah Negara tersebut diurus dan ditadbirkan. Kesian sungguh ahli UMNO totok di kampung-kampung. Pemimpin UMNO kebas berbilion ringgit, ahli UMNO yang lain masih menjulang pemimpin yang menipu mereka.
CIMB, yang dipengerusikan oleh adik Najib bernama Nazir Razak adalah diantara rakyat Malaysia yang terkaya di negara ini. Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama pernah memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri. Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar. Nazir dilaporkan memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69. Manakala isterinya Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71. Kini, Petronas digunakan untuk terus membesarkan tembolok harta keluarga Najib..
6. PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN DANA NEGARA RAKYAT: Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Negara mengalami kerugian RM28,000,000,000.00 setiap tahun akibat penyelewengan, ketirisan dan pemborosan pengurusan kewangan agensi dan Jabatan-jabatan kerajaan dibawah pimpinan BN. Perbelanjaan mengurus JPM meningkat 150% dari RM1,500,000,000.00 menjadi RM4,000,000,000.00 dalam tempoh 8 tahun. Perbelanjaan JPM telah meningkat sebanyak RM2,500,000,000.00 dalam tempoh 8 tahun sahaja sejak tahun 2003 untuk jumlah kakitangan di Jabatan Perdana Menteri telah meningkat dari 21,045 menjadi 43,544 orang dalam tempoh 8 tahun.
Jumlah kos pengurusan jabatan tersebut juga meningkat dari RM1,500,000,0000 setahun menjadi RM4,000,000,000.00 Setahun. Tiris dan jolinya JPM belanja hora wang rakyat negara.
Ajaib, pelik cukup gila babi ketika pengumuman ini dibuat oleh PM DS Najib Tun Razak, beliau dengan rasa bangga menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik dalam dekad ini . Kemudian mengumumkan pula kenaikan harga petrol dan gula. Apa makna kepada rakyat kalau kononnya pertumbuhan ekonomi sebanyak itu tetapi harga barang naik. Kerajaan pada hari ini terlalu dhaif dalam menguruskan ekonomi sehingga terpaksa menaikan harga petrol dan gula. Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan saman ekor.
DS Najib mengumumkan dengan kenaikan harga gula dan petrol kerajaan dapat jimat wang RM24 bilion. PAS merasa bangga dengan kebolehan dan kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di empat negeri, dimana pemimpinnya siang malam memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat bukan membebankan rakyat. Dengan kemampuan yang minima pendapatan di bawah kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mampu mengurus tadbir dengan baik, contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.
Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol dan eletrik. PAS menyeru kalau kerajaan BN sudah bangkrap idea untuk membantu rakyat, sila serahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk kami mentadbir. Biar rakyat boleh banding kemampuan Pakatan Rakyat dengan BN di negara ini. PAS menyeru semua jentera penerangan PAS sila naikkan kain rentang di pelusuk kampung terutamanya sebagai tanda protes, supaya rakyat mengetahui untuk ajar pemimpin negara ini ialah dengan bahasa undi sahaja. Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BARANG NAIK yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini.
7. SCANDAL SCORPENE: Menteri Pertahanan, DS Zahid Hamidi mendedahkan Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6,700,000,000.00) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah. Kes rasuah yang turut membabitkan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang semasa dalam pembelian kapal ini pula mula disiasat Perancis akhir tahun lepas dan ini mencemarkan imej negara kerana kes ini mulai memasuki mahkamah tahun ini. Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, individu mempunyai kaitan rapat dengan PM DS Najib Razak.Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4,850,000,000.00).
Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. 100 Juta Euro untuk melatih 500 Crew Kapal Selam? Tetapi menurut Wikipedia, dalam kontrak perjanjian atau kontrak pembelian Kapal Selam ini hanya 150 Anggota TLDM akan dilatih sepenuhnya di Perancis.. Yang mana satu betul ni? 500 Orang atau 150 Orang? Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. "Saya ingin tahu 500 anggota ini dilatih untuk apa? Adakah untuk menyelenggara atau mengendalikan kapal selam Scorpene sedangkan menurut spesifikasinya ianya hanya memerlukan 20 orang untuk mengendalikannya. "Jumlah tersebut tidak munasabah dan kita juga ingin tahu di mana dan mengapa dan yang begitu besar perlu untuk tujuan latihan itu?," soal Tian Chua.
Kata Tian Chua lagi, pada pandangannya 100 juta euro itu sebenarnya kemungkinan besar adalah komisen yang telah dibayar kepada pihak terbabit termasuk bayaran kepada ahli politik di Perancis yang terlibat dalam proses jual beli kapal selam tersebut. "Kes kapal selam ini sekarang di bawah siasatan pendakwaraya Perancis dan kita juga dimaklumkan oleh pihak Perancis tiga minggu yang lalu, satu tindakan tergempar merampas dokumen mengenai kapal selam Scorpene ini daripada pengilangnya, DCN di Paris," tegas beliau. Tambah Tian Chua lagi, kertas siasatan tersebut telah dibuka dan dimulakan dan beliau berharap kerajaan Umno-Barisan Nasional telus untuk menjawab isu ini dan bagaimana wang itu diagihkan sebagai komisyen.-Suara Keadilan -Dari Wikipedia
8. BUTA TULIKAN RASUAH SARAWAK PERDANA, JANJI BN OK: Membiarkan rasuah perdana dijalankan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya memiliki hartanah bernilai lebih C$100,000,000 (RM320,000,000.00) di Kanada. Memiliki kompleks mewah - Preston Square dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa. Menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib. Syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.
Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada. Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah. Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28,000,000.00 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibu negara Kanada.
9. FOBIA, MISTERI DAN KUASA: Keluarga mendiang Kes pembunuhan gadis Monggolia dengan peledak C4 Altantuya apabila saman sivil ke atas kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dan dua pembunuhnya akan dibicarakan di mahkamah. Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu beliau telah mendapat pengesahan daripada kerajaan Mongolia bahawa mereka akan membayar RM70,000 sebagai wang jaminan dan kos perundangan sebelum kes itu dibicarakan kenyataan melalui peguamnya Munkhsaruul Mijiddorj di Ulaanbaatar. Pada Mac lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersetuju mengurangkan jumlah kos sekuriti daripada RM1.25 juta kepada RM60,000, selepas mendengar permohonan daripada peguamnya di Malaysia, Karpal Singh. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof bersetuju menetapkan jaminan sekuriti RM30,000 setiap satu bagi kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.
10. BN Enggan Bayar Royalti, Telaga Minyak Diberi Pada Negara Lain Secara Percuma
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap tindakan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei secara percuma sebagai satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara negara ini. Keputusan itu hanya dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan perkenan Yang DiPertuan Agong. Disini rakyat boleh mempersoalkan sikap BN terhadap Yang Dipertuan Agong, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas membelakangkan kuasa yang dipertua agong dan hak rakyat melalui wakil mereka di Parlimen.
Walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian pada 11 Februari 2009, namun Najib secara rasminya menandatangani MOU itu selepas mengambil alih pada 16 Mac 2009. Siapa pun yang jadi Perdana Menteri yang jelas, BN jugalah parti yang khianati rakyat dan layak dipanggil penderhaka. Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara jiran. Ini soal bagi khazanah bernilai RM 320 bilion. Dalam keadaan dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang memberikannya kepada negara jiran.
Isu Penyerahan Blok L dan M kepada Kerajaan Brunei merupakan malapetaka paling serius dalam sejarah pemerintahan UMNO Barisan Nasional. Tragedi ini lebih buruk bilamana pihak kerajaan cuba merahsiakan isu sebenar di sebalik penyerahan kedua-dua blok yang mempunyai hasil lebih dari RM320 billion. Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) apa yang mendukacitakan ialah penyerahan kedua-dua blok ini hanya diumum sepintas lalu, seolah-olah ianya bukanlah perkara besar yang perlu diketahui oleh rakyat.
Sikap baik sangka rakyat terhadap kenyataan PM pada waktu itu, bahawa pertukaran surat dibuat bagi menyelesaikan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara, dan lebih meyakinkan bilamana ia dianggap jalan baik “win-win situation” bagi menyelesaikan isu tuntutan Limbang oleh Kerajaan Brunei. Pertikaian sempadan wilayah adalah perkara biasa dialami oleh mana-mana negara di dunia, apatah lagi bila ianya melibatkan kawasan ZEE.
Lantaran itu penyelesaiannya akan mengambil masa yang panjang dan pelbagai jalan dilakukan bagi mempertahankan hak negara. Kita boleh bandingkan negara berhak mengambil tindakan ketenteraan bilamana perairan atau ruang udara diceroboh. Itulah makna kedaulatan negara. Amat malang bilamana pemimpin hanya mengadakan perbincangan di peringkat kabinet, dan membuat keputusan menyerahkan wilayah sendiri sebegitu mudah.
"Kita memahami deklarasi yang dibuat, Namun ianya bukanlah bermakna kita terus tunduk tanpa membuat apa-apa usaha. Tragedi ini adalah kali ketiga negara menghadapi situasi kehilangan wilayah. Bermula dengan penyerahan Singapura, kemudian melalui mahkamah antarabangsa kita kehilangan Batu Putih, dan hanya melalui mesyuarat kebinet kita hilang dua blok minyak. Apakah selepas ini kita akan hilang lagi kedaulatan mana-mana wilayah kita?
Dengan sikap pimpinan BN yang ada semuanya tidak mustahil. Rakyat kini menuntut satu tindakan ke atas semua pemimpin yang terlibat dengan tragedi malang ini" kata beliau. "Kita sangat sedih dengan kehilangan ini. Namun lebih dukacita bilamana pemimpin seolah-olah melihat isu ini sebagai perkara remeh temeh, dan rakyat pula disibukkan dengan kempen Piala Dunia yang diulang setiap kali selepas berita utama.
Andainya isu sebegini berlaku di negara lain, kita yakin kerajaan BN sudah hilang dari persada politik tanahair; bahkan mungkin pimpinannya sedang termenung di sebalik tabir besi. Ternyata sebenarnya rakyat semakin hilang petrotisma; sehingga kehilangan wilayah sebesar ini pun tidak menjadi satu isu yang membangkitkan amarah rakyat" tambah Dato' Tuan lagi.
11. BILA PEGUAM NEGARA DILUTUT PM: Peguam Negara lemah merealisasi laporan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah (SCC) bahawa timbalan pendakwaraya (DPP) yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh membuat keputusan dalam siasatan kes-kes biasa sahaja, manakala kes-kes sensitif dan berprofail tinggi, perlu dirujukkan kepada Pejabat Peguam Negara. Kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang berkuasa mutlak. Maka tersangat penting ia dilaksanakan secara terbuka, telus dan tidak meragukan. Daripada laporan SCC terdapat peraturan berlainan digunakan untuk 'kes-kes biasa rasuah' dan 'kes sensitif dan berprofail tinggi'.
Rasuah tidak ada kes biasa atau kes sensitif atau berprofail tinggi. Tindakan mesti diambil terhadap semua kes-kes di mana siasatan mendapati ada bukti berlaku amalan rasuah. SPRM hanya dilihat pada kuasanya untuk menjalankan siasatan dan tiada kuasa untuk mendakwa. Inilah negara kita ia memberi tanggapan bahawa terdapat kes-kes di mana siasatan mendedahkan berlaku amalan rasuah tetapi tiada pendakwaan dibuat. Makanya wajar (baca wajib) hendaklah kuasa mendakwa SPRM, bebas daripada Peguam Negara. Badan yang kepalai jabatan utama negara hendaklah komited sepenuhnya terhadap usaha memerangi rasuah, berdasarkan pemerhatian SCC dalam laporannya. Banyak kes mengapa Peguam Negara sendiri berdiam diri, tetapi utama untuk tuduh KP Parlimen DS Anwar Ibrahim disumbat ke penjara, serta menjadi wak yek memangsakan pimpinan PR.
12. FITNAH TERANCANG UNTUK DS ANWAR: Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah halalkan fitnah jahat demi menggambarkan DS Anwar Ibrahim yang terdesak dan sanggup menjadi talibarut CIA. Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan juga memintal pembohongan kononnya DS Anwar Ibrahim membuat bayaran kepada Cable News Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World. Utusan Malaysia milik umNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan lebarkan fitnah kempen yang berakarkan kebencian. Walaubagaimanapun pada 13 Julai 2010, pihak Cable News Network (CNN) telah menafikan bahawa DS Anwar Ibrahim membuat sebarang bayaran kepada organisasi media tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World.
Penafian ini sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan umNObn terhadap DS Anwar Ibrahim melalui akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan kewartawanan yang bermaruah dan bebas.
13. SEMARAKAN JUDI: Dalam jawaban bertulis di Parlimen Najib selaku Menteri Kewangan menjawab lesen itu belum dikeluarkan lagi kerana masih menerima maklum balas dari berbagai pihak. Manakala Vicent Tan yang diberikan lesen judi menerusi syarikat Berjaya Corp pula mengatakan lesen itu sudah pun diluluskan kepadanya. Beliau siap untuk menderma hasil judi haram dimanipulasi sebagai kebajikan sebanyak RM525,000,000.00 hasil dari wang berkenaan. Jadi, apakah PM DS Najib berbohong ataupun Vicent Tan yang benar, atau sebaliknya?
14. SPRM BERANI DALAM NEGARA, PENGECUT DILUAR NEGARA: Bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan barisan peguamnya melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan rancangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan keterangannya di sini. Balasubramaniam telah sampai di sini dari India selepas pegawai SPRM menghubungi peguamnya untuk menyampaikan hasrat mengambil keterangannya mengenai perakuan sumpah yang ditarik balik berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbu. Dalam sidang akhbar di Hotel Holiday Villa di sini pada Rabu, Balasubramaniam bersama barisan tiga peguamnya berkata: "kini semuanya terletak di tangan SPRM". "Kami ingin menegaskan bahawa kami kini berada di sini dan anak guam kami, Balasubramaniam sentiasa bersedia dan sanggup membantu SPRM jika mereka mahu menemubualnya,"" kata peguam Americk Sidhu.
"Sekiranya SPRM ingin menemubual Balasubramaniam maka kali ini mereka perlu mematuhi syarat kami sepenuhnya kerana mereka terlepas peluang keemasan," katanya. Americk mendakwa SPRM bimbang untuk datang ke London bagi mendengar kisah sebenarnya. Menurut salah seorang peguam, Manjeet Singh Dhillon, bahawa pihaknya berhasrat supaya Balasubramaniam menonjolkan kisah keseluruhan yang berkisar dalam hal Altantunya jika pegawai SPRM datang ke sini. Manjeet berkata polis telah merekodkan tidak kurang lima kenyataan daripada Balasubramaniam. Balasubramaniam merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam. Abdul Razak didakwa bersuhabat dalam pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt 2008, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie terhadapnya. Selepas kematian Altantunya, Balasubramiam membuat perakuan sumpah berhubung pembunuhan itu tetapi menarik balik perakuan itu sehari selepas itu menerusi perakuan sumpah keduannya.
"Cara Balasubramaniam dilayan selepas perakuan sumpah pertama pada 3 Julai, 2008, dia segera ditahan, disuap, dipujuk, diugut dan dibuang dari Malaysia," kata Manjeet. Balasubramaniam mengakui bahawa beliau bimbang untuk kembali ke Malaysia dan mendakwa beliau mungkin ditahan. Katanya beliau akan disoal oleh pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai ini berhubung bayaran komisen bagi pembelian kapal selam itu sebelum kembali ke India untuk bertafakur di pergunungan Himalaya. "Apabila SPRM meminta saya datang ke London, saya datang.
15. SELEWENG KUROP DI SIME DARBY BERHAD: Wajar lagi bermaruah sebagai anak jantan negarawan bukan nanacendawan Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan serta-merta, memikul tanggungjawab kerana kerugian perdana ditangan pengurusan pengendalian mereka memikul amanah rakyat negara. Lebor kerugian di 2 projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi mulanya syarikat tepis silat menafikannya. Maknanya ALP dan team Pengurusan Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnya malah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, khususnya negara dan rakyat.
Cara-cara kunu umNObn dulu, lanie dan bila-bila akan memangsakan CEOnya sahaja iaitu Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat keputusan terlepas. Perlantikan Mohd Bakke Salleh menerajui Sime Darby amatlah mengejutkan. Tambahan pula beliau bukanlah orang yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. Perlantikkannya jelas sekali merupakan satu penghinaan kepada syarikat konglomerat yang telah rugi berbilion ringgit itu. Mengikut rekod dan sejarah, Bakke Salleh telah gagal ketika menerajui Tabung Haji dan kemudian terbaru beliau antara orang yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian Felda Holdings. Soalnya, kenapa beliau dilantik menerajui Sime Darby pula. Apakah motifnya?. Adakah kerana beliau itu sahabat karib BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor?.
16. HAK ASASI MANUSIA YANG BURUK: Setahun menerajui negara njadi PM 1Malaysia DS Najib Razak mencemari cipta rekod buruk dalam menangani hak asasi manusia, seperti di laporkan oleh Suaram 2009. Pencabulan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui BN keatas kerajaan negeri pemerentahan PR. Mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi. Salah guna itu bukan sahaja oleh polis tetapi juga agensi lain seperti SPRM dan terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Sauram laporkan 8 kematian dalam tahanan pihak berkuasa dicatatkan tahun lalu, dengan tujuh daripadanya ketika berada dalam tahanan polis. Kematian kelapan membabitkan setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal-siasat sebagai saksi oleh SPRM.Turut membimbangkan adalah jumlah orang ramai yang ditembak mati oleh polis. Pada 2007 terdapat 13 kematian dan jumlah itu bertambah menjadi 82 pada 2008 dan terus meningkat kepada 88 pada tahun lalu. “Tidak ada seorang pegawai polis yang dipertanggungjawabkan bagi sebarang kematian itu,” katanya.
Hatta kes tidak bertolak ansur dengan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan dasar atau keputusan kerajaan semakin menjadi-jadi. Ramai orang awam ditangkap apabila mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan secara aman. Hampir 1,000 orang ditangkap oleh polis kerana terlibat dengan pelbagai protes yang diadakan secara aman, termasuk upacara memegang lilin, memakai pakaian hitam dan juga mengambil bahagian dengan bermogok lapar. Ketika krisis kerajaan negeri Perak, 167 orang ditangkap pada Mei lalu, manakala 589 orang termasuk mereka yang di bawah umur ditahan pada ralli anti-ISA Ogos lalu. Pada akhir tahun lalu, sembilan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikurung tanpa dibawa ke mahkamah , manakala 1,000 lagi orang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga Akta Dadah Bahaya.
17. HARGA BARANG NAIK - PUTAR BELIT BAHASA: Baru-baru ini PM DS Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat. Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya. BN BARANG NAIK.. BN BARANG NAIK...BN BARANG NAIK...najib marah ke...?Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh PM DS Najib Razak memberi amaran kepada semua media dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Najib bukan pedulikan tentang kesihatan rakyat Malaysia pun.. apa yang difikirkannya ialah bagaimana boleh mendatangkan keuntungan dengan segera kepada Kilang gula yang kini dikuasai Felda Holding.. Kecuali ladang tebu miliknya di Perlis, Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding. Kenapakah Robert Kuok bertindak menjual kepentingannya begitu saja sedangkan perniagaan itu menjanjikan keuntungan yang berterusan? Kenapa beliau tidak mewariskan sahaja perusahaan itu kepada anak-anaknya? Menurut seorang sahabat yang bertugas didalam industry pengeluaran gula yang pernah dikuasai oleh Robert Kuok itu, sebelum Robert Kuok melepaskan pegangannya itu terdapat banyak tekanan dari agensi kerajaan terhadap perusahaannya itu. Tekanan yang sangat luarbiasa dari berbagai-bagai agensi penguatkuasaan.
Kita telah melihat dalam masa tidak sampai pun setahun Felda Holding menguasai industry pengeluaran gula kenaikkan harga sebagaimana yang disebut Najib meningkat 45 sen.. Kali pertama harganya dinaikkan sebanyak 20 sen menjelang 1 January yang lalu dan kali kedua baru-baru ini sebanyak 25 sen lagi dinaikkan. Dan menurut Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. 45 Sen harga gula telah dinaikkan bila industry itu dikuasai Felda Holding! Tetapi semasa Robert Kwok menguasai industri pengeluaran gula ini untuk mendapatkan kenaikkan 5 sen bagi setiap Kilogram Gula, beliau telah memohonnya selama lima tahun dari Kerajaan dan hasilnya tiada kebenaran diberikan..menurut sahabat itu juga.
18. UMNO TELIOR KAMPONG BARU: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan juak-juak umNObn kapasitinya atas nama kerajaan BN 1Malaysia, Rakyat ditekan lanun umNO didepan. Makanya sekian lama umNO telior dan meleleh air lior basi yang beracun, melihat Kampong Baru KL, diibaratkan manusia seperti secantik, selawa cute Datuk Siti Nurhaliz dizaman sebelum beliau menjadi isteri kepada jejaka bertuah Datuk Khalid Mohd Jiwa, Tergila-gila dengan kecantikan CT dan kemerduan suara aslinya. Begitulah pandangan maunya Kampong Baru mau diratah oleh pemimpin umNO atas nama pembangunan
Akhirnya samalah formula berbisa yang ada dikepala pemimpin umNObn dan kerajaan mereka diatas nama hantu membangun, berkesudahan tanah milik 100% Melayu itu diatas bijaksana umNO hakikatnya macam singa lapar pantang nampak mangsa. Makanya umNO lesu mata kuyu iklas macam lanun nak membantu dan dipenghujungnya akan jadi seperti projek PKFZ pelabuhan Klang yang malang. Sama nasib tanah Keretapi Tanah Melayu diberi kepada Singapura kong kalikong tup-tup seolah-olah bini kita bagi orang pakai guna. Kayanya menuai diatas belakang Melayu menerusi pembangunan, biasalah kesempatan sebat merembat selam minum air pasti ada. Kalau tidak mampoih lahum itu bukan sifat umNO namanya, caya la pada gua. Dalam matlamat mencapai hasrat umNO oooiiiiii! Cukuplah jangan berbelit sembelit shit untuk berlindung dan memangsa undang-undang.
19. MAHKAMAH SESYEN PUTRAJAYA KATA MANTAN MENTERI MCAbn DISABITKAN PENIPU BERSEKALI KABINETNYA: Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang. Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang. Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku. "Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat. "Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang. “Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri. "Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz. Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa. Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".
20. KERAJAAN HALANG - MAHKAMAH ARAH KERAJAAN BN DEDAH PERJANJIAN KONSESI AIR: Kerajaan persekutuan mempunyai tujuh hari untuk mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen tersebut - yang diklasifikasikan kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - diumumkan kepada awam. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut.
Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut. "Ia juga bertentangan dengan prinsip urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelutsan dan kepentingan rakyat harus didahulukan," katanya dalam hatinya. Hadhariah memutuskan bahawa oleh kerana kerajaan telah gagal memenuhi prinsip-prinsip tersebut, maka mahkamah terpaksa memerintahkannya untuk berbuat demikian. Hadhariah membuat keputusan tersebut dalam kes semakan kehakiman yang dikemukakan oleh presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dan 13 orang lagi, terhadap kementerian Tenaga, Air, dan Telekomunikasi, dan kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan.
Menurut peguam para Plaintif, Ang Heng Leng, ini adalah keputusan penting yang membolehkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, boleh dicabar demi kepentingan awam dan masyarakat mempunyai hak untuk melihat dokumen tersebut. Keputusan tersebut telah dihalang dengan rayuan, berakhir tertutup maklumat untuk pengetahuan rakyat, dengan alatkan mahkamah demi kepentingan kroni, biar rakyat merempat. Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail. "Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5,100,000.00 setahun, RM425,000.00 sebulan. Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.
21. SAMAN EKOR PUNCA PENDAPATAN KERAJAAN: MDL (KDN), Hishamuddin Hussein suapaya Polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) menimbangkan daripada mengambil tindakan dan kuatkuasakan saman ekor ke atas pemilik kenderaan yang terlibat dialu-alukan. Tetapi minta cadang beliau bukan kerana rakyat dizalim dan diinayai oleh saman ekor yang zalin itu. Tetapi kerana saman ekor tersebut boleh jejaskan undi Rintihan keluar air mata darah sekali pun SAMAN EKOR diteruskan demi rakyat didahulukan menekan. Tindakan zalin dan kejam ole Polis dan JPJ menjalankan kerja-kerja tersebut. Bayaran fee saman ekor adalah pendapatan kerajaan. Bayangkan sejak September 2009, 2.5 juta pesalahan tarfik dikenakan saman dan dari jumlah itu sebanyak 1.07 juta pesalah trafik kereta mereka disenaraihitamkan.
Saya berharap agar SAMAN EKOR ini digarap sepenuhnya menjadi masalah nasional rakyat marhaen yang tertindas dizalami yang kini mangsa-manga dianggarkan mencecah lebih sejuta dan akan meningkat menjelang PRU13 tidak lama lagi. Kita berpadu tenaga berpadu undi dengan mengundi PR dan tolak umNObn dan daparlah kerajaan baru negara dizahirkan KERAJAAN PR MAMPU hapuskan semua denda dari kerajaan umNObn yang diwakili polis dan JPJ. SESUNGGUHNYA KERAJAAN MELALUI POLIS DAN JPJ MEREKA PROJEK MAYA PERDANA, IAITU MENDERA DAN MENYEKSA RAKYAT DENGAN SAMAN EKOR BERLINDUNG DIATAS MEMBENDUNG KESELAMATAN JALANRAYA. HAKIKAT TERSEMBUNYI DISANA umNObn NAMPAK FEE DENDA MELAMPAU SEBAGAI PUNCA KERAJAAN DAPATKAN PUNCA DANA DUIT MUDAH DANA KERAJAAN DAN KRONI.
Mereka harus melunasi jumlah saman sebelum road tax diperbaharui. Jumalah itu bukan sedikit. Lantaran itu ada yang beranggapan penguatkuasaan saman ekor secara tiba-tiba itu kerana kerajaan ketiadaan wang. Jadi jalan mudah untuk kerajaan menambah duit ialah dengan mengikis wang rakyat dengan pelbagai denda dan hukuman atas pelbagai kesalahan. Saman ekor ini dapat dihapuskan dengan semua yang dizalimi baik polis maupun JP dalam PRU13 tidak lama lagi beri undi anda kepada PAKATAN RAKYAT untuk KE PUTRAJAYA.
22. MENGHALANG PENERBITAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT: Kerajaan umNObn rakus untuk menghadapi PRU Negeri Sarawak untuk menafikan maklumat benar negara dan negeri khususnya kepada Sarawak dengan ganggu gugat penerbitan HARAKAH, TOKET dan SUARA KEADILAN dengan KDN jadikan beberapa tajuk benar yang mengancam kehancuran umNObn disebabkan dengan fitnah, keselamatan negara dan sebagainya, sedangkan hakikatnya umNObn takut menghadapi hukuman rakyat dan pengundi dengan berita-berita benar dilaporkan akhbar PR. umNObn berpendapat rakyat kini terus menolak media-media kerajaan letronik maupun citak. Walau sekalipun media citak Ulusan Meloya, Kera Heran dll sebagai lidah resmi kerajaan sahaja, namun...........
Sekalipun umNO membabit dada goyang kaki sebagai parti bangka, ramai ahli kaya meliana, sampai saat ini tabloid akhbar yang bernadi dan bernafas umNO tulin sebenarnya tidak ada dan pupus. umNO gagal mengeluarkan akhbarnya sendiri yang beribu pejabat pendaftaran di PWTC, dengan pengarang cap umNO keris telanjang. Pernah dulu saya melihat sekalipun dihargakan RM2, tetapi ianya dicambah diberi free. Dalam free itu pun ianya tidak dibaca oleh sekelian ahli umNO bersekali dengan pemimpin2nya. Kerana akhbar jenis cobra itu berkisar menghentam sesama sendiri, tikam sesama sendiri, akhirnya menjadi aruah setelah 2 atau 3 kali dikeluar baik pemuda umNO maupun umNO bangka. Tabliod umNO gagal memberi maklumat sesama mereka, tetapi mengundang perpecahan dan kemusnahan jauhlah dalam menghadapi lawan. Kerana mereka bergelut jatuh dan naikkan kroni melalui tabloid sendiri.
Diatas sebab-sebab itulah ramai ahli-ahli umNO kalih kepercayaan mendapatkan info maklumat negara, penyelewengan kerajaan umNObn dan cap ayam jenis pemimpin mereka dengan kepercayaan menerusi maklumat tepat melalui dan menerusi HARAKAH, ROKET dan SUARA KEADILAN, inilah punca umNObn peralatkan KDN mengharamkan akhbar keluaran PR. Semua bangsa baca akhbar PR.
ALTERNATIF PRU13 RAKYAT PILIH PR KE PUTRAJAYA: AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'.
Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi adalah juga untuk kebaikan rakyat. Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir.
Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30. Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.
11 August 2010-08-11 - Rabu - 1 Ramadan 1431
(Rencana susunatur dari minda teman-teman blogger PR dipetik dikutip)
Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB.