SEDETIK IMBAU BERTEMU SAHABAT WALAU BERLAWAN PARTI, MENGIMBAU DAN MENGENANGI.
(DI KALAMANA MENDAPAT RAWATAN SUSULAN SAYA DAN ISTERI DI KL - TIDAK DIJANGA DIDUGA)
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
8 August 2010 - Ahad - 27 Syaaban 1431
Minggu lepas saya dan isteri mendapat rawatan susulan penyakit masing-masing, di premis hospital yang berlainan di Kuala Lumpur. Untuk memudah ingatnya kepada sekelian pembaca yang peka, iaitu dihari kemalangan maut yang membabit sebuah kereta bewarna putih berprofil tinggi di lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Buloh dan hari yang sama juga matinya adik peguam korek, korek korek VK Linggam peguam hebat tersohor lagi berparoh yang berdayamampu atur baris perlantikkan hakim negara. Difahamkan ianya bukanlah kemalangan biasa, seprti lari pecut merempit berlumba dan terbabas seperti anak muda remaja gila-gila di lebuhraya dimana-mana dalam negara kita.
Kemalangan tersebut bermula dengan kejadian bersebab terlebih dahulu. Iaitu pertengkaran atau persepakatan bersama diantara pemandu dan penumpang, tetapi kereta adalah milik penumpang. Walau bagaimana pun kemalangan tersebut telah disahkan sendiri oleh KP Negeri Selangor merupakan kemalangan maut yang bermula adegan tembak mati; membunuh dan bunuh diri oleh mangsa kemalangan sendiri. Ianya samasekali tidak melibatkan pihak ke3. Pihak polis telah sahkan bahawa pistol yang didapati bersama-sama manyat mangsa, adalah pemilik sah berlesen kurban peluru 1butir dikepala dan pasangannya kesan 2butir peluru dikepala. Walau apa-apa pun janganlah mana pehak membuat spekulasi sendiri, kerana mangsa adalah pemimpin politik besar dari umNO Selangor khususnya Bahagian Tanjung Karang, kata KP Selangor.
Allahyarham merupakan mantan Adun umNO sepenggal juga AJK umNO Tanjung Karang (seusia umur dengan saya) telah beristeri dan mempunyai anak yang berjaya dalam akademik menjawat jawatan pensyarah dan kerjaya politik seperti kuah tumpah kenasi anak-anaknya. Manakala pasangannya yang rapat dengannya ,erupakan seorang janda juga setiausaha pribadinya atau pembantu khas. Allahyarhamah adalah penjawat tinggi Wanita unMO Bahagian Tanjung Karang. Ikrab dan intimnya pasangan ini, dikhabarkan juga kereta tersebut adalah punya milik Allahyarhamah tetapi dipandu oleh Allahyarham mantan Adun Dun Selangor, mati bersama kubur masing-masing, dapatlah kita ukur sukat betapa intim erat rapatnya perhubungan mereka. Pembuka mukadimah rencana.
Awal malam saya dan isteri menunaikan hasrat anak-anak ke PWTC yang disitu letaknya ibu pejabat umNO untuk turut bersama-sama menyaksikan majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh SPBYDA Musabaqah Al Quraan Peringkat Antarabangsa. Sebaik kami turun teksi jam 8 malam diperhentian The Mall - Lagend, Allah takdirkan diluar temujanji telah menemukan saya dengan sahabat lama saya kira-kira 8 tahun kami tidak bertemu. Menanya khabar dan mengkhabarkan tentang diri dan kesihatan diri, rupa-rupanya tidak setakat itu, sahabat lama saya ini 10 tahun lebih muda usianya dari saya. Bersungguh-sungguh dan serius mengundang saya, ke isteri dan anak-anak coffee house hotel The Lagend meneruskan perbincangan dan beberapa pekara untuk disampaikan.
Saya menolaknya. Kerana berhasrat menunaikan hajat anak-anak tersebut. Justeru, saya membuat keputusan persetujuan anak-anak dan isteri, kita cuma akan berada di Dewan Merdeka sekadar selama sejam sahaja, kerana meraikan undangan kerana jam 9 abah nak teruskan perbincangan dengan Datuk kawan abah ini. Cadangan saya dipersetujui, dan datuk sahabat saya sedia untuk menunggu kami temph sejam di Dewan Merdeka PWTC. Dan itulah kali ke2 isteri menjejak kaki ke DM PWTC selepas tahun 2006 di konvo OUM meneima ijazahnya. Sebaik kami kembali dari Dewan Merdeka ke The Mall bersebelahan, nyata sahabat saya setia menunggu dengan teman-temannya sedang makan dan santai di pinggir kaki lima The Mall. Tetapi saya tukarkan tempat perbincangan iaitu penginapan kami di UKHWAH, dan Datuk Pi setuju.
Sebaik dipersetujui, maka menjalarlah Jaguar betul-betul didepan pintu Hotel Legend. Pemandunya turun mendapatkan tuannya yakni datuk sahabat saya, saya melihat bossnya menghulurkan sesuatu. Jaguar tersebut dipandu sendiri oleh datuk sahabat saya, kami menaiki Jaguar tersebut (itulah pertama kali saya menjejak kaki merasai tumpang naik Jaguar kawan). Banyak mata tertumpu barangkali tertanya-tanya siapakah gerangannya, sampai datuk yang besar hebat, kaya dan buaya tu pandu sendiri membawa kami, orang kampong dengan pakaian stail kampong, sanggup memandu sendiri. Pi! Pasai apa mu pandu sendiri tak guna khidmat pemandu? Sheikh! 3 menesia sahaja sahabat yang pasti aku pandu sendiri. Dua kawan yang lain dan mu adalah diantaranya.
Setiba dikediaman UKHWAH, isteri dan anak-anak masuk kebilik dan saya bersama Pi kebilik perbincangan. Sebaik-baik didalam bilik, Pi memeluk saya kiri kanan kiri dengan erat, nyatalah airmatanya berderai dan isak tangisnya mula seperti 30 tahun dulu ia memeluk ku. Aku jenis pantang memeluk dan dipeluk oleh siapa-siapa sahaja, pasti air mataku dan isakku sama naik dengan yang memelukku. Selepas kedua ibu bapa meninggal, di KL tidak ada sahabat untuk mengadu dan jenis menesia simpan rahsia seperti anta. Sekali pun kita belaga parti politik, sahabat diutamakan rahsia sahabat kemas keming disimpan. Banyak berkisar tentang bininya, anak-anak yang porak peranda lemas dalam tempayan emas.
Sebelum meneruskan perbincangan, Pi kal seorang macainya. Beliau pinta saya panggil isteri dan anak2 untuk mendapatkan menu makan untuk diodernya di restoran 5 bintang. Selesai makan diruang tamu, dengan fee makanan mencecah RM400, anak-anak saya terpinga dan terkejut. Sedangkan kalau sebanyak itu kami belanja dapur untuk sebulan. Sebaik selesai makan kami terus berbincang. Pi tanya saya, masihkah berhubung dengan Ahmad Shah Tambakau, AK Alauudin dan beberapa lagi kawan lama di Sabah dan Sarawak. Tidak Pi! Dengan serba kekurangan apalagi dah 5 tahun berpenyakit berat Pi. Aku terubat rindu apabila membaca rencana-rencan diblog anta Sheikh! Aku tau cerita dikalamkan itu, wataknya adalah aku, tetapi anta hurmat melakarnya.
Maaf Pi!!! Walau semua anta belanja untuk meninjau suasana di Sarawak selama 2 minggu. Kita melihat suasana sebenar di Sarawak yang menyebabkan sebagaimana info yang dapat disahkan katanya PRU Negeri Sarawak diputuskan diadakan pada bulan Jun 2010 yang lepas tak jadi, telah ditanggohkan. Mesti punyai masalah besar dihadapi TS Pehin Taib Mahmud dan BN Sarawak yang kesannya sampai ke Semenanjung akan mengugatkan Putrajaya menjadi Putratinggal kepada DS NTR. Itulah bacaannya mengikut kawan saya Datuk Pi. Hatta katanya DS Najib keluar negara senyap-senyap, macam lari senyap-senyap nak pi menikah bini muda lawa di Golak penuh rahsia dari bini mula dua hari lepas. Katanya mengikut khabarnya PM terpaksa bertemu KM Sarawak TS Pehim TM diluar negara.
(NOTA:- MAU RASANYA UNTUK MENULIS DAN KELUARKAN RENCANA SETIAP HARI MENULIS MEMAPARKAN PENGALAMAN LAMA DAN TANGGUNGJAWAB MEMBANTU PR YANG SELARI SEBATI DENGAN ROH DAN JASAD KU, NAMUN APAKAN DAYA KERANA KEKANG GANGUANNYA YANG MENGHALANG ADALAH KEFAQIRAN KESIHATAN YANG KRONIK REALISASI UBAT DAN RAWATAN-REHAT YANG SARAT KOMPONAN PENYAKIT DAH LAMA MENGALAMINYA, DIPENGHUJUNG UMUR DAN USIA DIIZINKAN ALLAH. BERSEKALI GANGUAN INTERNET DALAM SEMUA PEKARA. MAKANYA TIMBUL TENGGELAMLAH RENCANA MAMPU DIJANAKAN).
8 August 2010 - Ahad - 27 Syaaban 1431
Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB