RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN
ABDULLAH ALAWAB
7 JAMADIL AKHIR 1434 (KHAMIS)
18 APRIL 2013
Saya bertemankan Suadara Idris Hamidin petang tadi ke Kampong Batu
Besar Sik, dari Sungai Karangan, Padang Serai. Bertujuan semata-mata untuk
melihat dan memberi sokongan kepada makanik dan jurutera PAS yang membina seuah
pesawat jenama big rocks, dengan kepakaran dan istiqamah kurang dari 10 hari
pembinaan pesawat tersebut siap sepenuhnya. Malam nanti pelancaran persiapanya
akan disempurnakan oleh Shahibul Fadzilah Al Fadzil Tuan Guru Haji Salleh Musa
Sik. Kepada seluroh ahli dan penyokong PAS Cawangan Batu Besar Sik, saya
ucapkan tahniah dan syabash diatas kriatif anda menjana dan mengeluarkan dana
untuk pembinaan pesawat tersebut.
Saya diantara beribu-ribu yang datang menziarahi pesawat yang tuan
bina itu. Saya yakin, kunjungan ramai yang hadhir sekadar mereka melihat
replika pesawat tersebut secara mendatarnya. Bila saya berdiri dalam jarak 30 m
dengan pesawat, air mata saya mengalir dan menitis dan tidak dapat ditahan.
Betapa kerdilnya saya berdiri yang tidak jauh darinya pesawat tersebut landed,
disana di Parit Panjang terdapat makam syuhada yakni Al Marhom Assyahid Ustadz
Ibrahim Mahmood Libya bersama bersemadi disitu 12 teman-temannya yang lain.
Ingatanku melayang dan terbayang dengan wajah, Almarhom Ustaz Fadzul, Almarhom
Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Almarhum Ustaz Suhaimi
Ahmad dan lain-lain. Jantung berdegup pantas, laju tidak terator. Aku akhirnya
berlindung disebatang tiang.
Apabila saya merenung dan fokas kepada pesawat yang dikelilingi
pengunjung, dikala itu tercetus angka 123, 123, 123, 123 yang anakku Abdullah
Fahmi berusia 5T6B yang 123 adalah PAS menang ke Putrajaya. Kata-kata anak
bungsuku semalam, ianya menusuk dan menikam langsung kedada kejantungku, betapa
pekara simple itu anakku berumur 5T6B mampu menyelesaikannya. Justeru, aku
bertindak memperkukoh dan menjelaskan
dengan lebih pada angka 123, 123, 123 yang anakku Abdullah Fahmi sebutkan. 123,
123, 123 itu adalah jumlah kerusi yang PR melalui PAS, DAP dan PKR akan
mendapat, mencapai kemenangan SERATUS DUA PULOH TIGA KAWASAN PARLIMEN dan PR -
PAS, DAP dan PKR ke Putrajaya.
Maaf teman sahabat PAS Batu Besar. Saya namakan pesawat anda PAS 123. Dengan penumpang 123 ahli
parlimen PR dari PAS, DAP dan PKR itulah kita mampu dengan pesawat tuan ke
Putrajaya distinasi sulong PAS 123
jenama 'big stone'. Subhanallah.
Alhamdulillah.
Saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya ambilnya seperti
dibawah:
7 JAMADIL AKHIR 1434 (KHAMIS) 18 APRIL 2013
RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB