RENCANA & GAMBAR: IBN ABDULLAH ALAWAB
12REJAB 1434 (RABU) 22 MEI 2013
Sebaik lepas rehat jam 8.20 saya bersama tiga anak pergi ke UPU Sungai Karangan yang terletak bertentangan dengan SMK Sungai Karangan. Program majlis bacaan doa selamat dan tahlil akan diadakan selepas jam 9.15 malam yakni sebaik ahli-ahli yang terlibat keluar dari berjemaah di mesjid dan surau. Walau bagaimana pun ketika saya sampai ramai dikalangan kaum India penykong DHPP Sungai Karangan. Mereka juga adalah adalah penyumbang tenaga ketika sepanjang PRU13 yang lalu.
Tiga ekor kambing ditumbangkan sejak selepas zohor, kerja-kerja pakat gotong royong menyediakan sembelehan dan sebagainya sehingga siap dihidang atau layan diri sendiri. Tok Imam kami lagi awal pantang lepas wirid solat Maghrib mai pekena kepala kambing, itulah tuah Tok Imam dimana-mana pun dikampong mendapat layanan dan penghurmatan dan pengiktirafan dari anak qariah.
Sebelum makan dan selepas makan saya dan dibantu oelh anak mengambil gambar merakamkan suasana majlis sehingga jam 8.45 malam. Saya yakin selepas itu majlis tersebut lebih meriah dan ramai. Dan saya berkeyakinan kaum India dan Tionghua aka turut serta menjamu kenduri kesyukuran dan turut mengikuti program membaca Yaasin, doa selamat dan tahlil.
Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya berada lama di UPU tempat khenduri, maka saya terpaksa balik lebih awal. Saya tidak berkesempatan untuk menemu bual dan bertanya khabar dengan sesiapa. Kerana sakit dan kesihatan menjadi penghalang. Sekadar menjamah kambing gulai dan sup kesyukur mudah-mudahan disitu ianya memiliki penawar walau zahirnya dikatakan mengundang penyakit kerana makan kambing.
Saya lebih meriah dan bermakna sekiranya kenduri kesyukuran ini turut serta oleh Adun N.33 Merbau Pulas YB Datok Ustazah Ashah Haji Ghazali dan Ahli Parlimen P.17 Padang Serai YB N. Surendran. Entahlah mereka datang atau dijemput atau tidak. Ketika saya pulang saya berselisih dengan Ketua PAS Cawangan Pekan Sungai Karangan juga Ketua UPU Kuala Sedim.
Saya doakan majlis kenduri kesyukuran tersebut terus mendapat sokongan dari ahli dan Penyokong PAS dan penyokong PR, InshAllah.
Sekadar info terus berjalan aktiviti PAS di Sungai Karangan, walau PAS - PR tewas dalam mempertahankan negeri Kedah diatas bijaksana SPR merealisasi penipuan untuk menangkan tuannya dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 lepas iaitu umNO(Baru)bN. Kepada PSJ PAS YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar juga Naib Presiden PAS bila agak-agak nak mai ke Sungai Karangan?
RENCANA : IBN ABDULLAH ALAWAB
12REJAB 1434 (RABU) 22 MEI 2013